Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 26

1.

0 PENGENALAN Permainan ping pong atau table tennis adalah satu sukan yang dimainkan oleh dua atau empat orang bermain, dan menggunakan raket (juga dikenali sebagai bats atau paddles) untuk memukul bola (bola pingpong) ke kawasan lawan. Permainan ini memerlukan meja khas untuk ping pong dan di tengah-tengah meja perlu diletakkan jaring (net) setinggi lebih kurang 15 cm. Semasa permainan berlangsung, pemain perlu membenarkan bola melantun hanya sekali sahaja dalam kawasan sendiri sebelum dapat memukul bola tersebut ke kawasan pihak lawan. Mata pula akan dikira bila pemain gagal mengembalikan bola mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

2.0 SEJARAH & PERKEMBANGAN PING PONG

2.1 Sejarah & Perkembangan Di Dunia

Pada mulanya permainan ping pong merupakan kegiatan masa lapang yang digemari oleh penuntut-penuntut universiti di Britain. Corak dan bentuk permainan ini telah didaftarkan pada tahun 1891 oleh Charles Barter dari Gloucestershire, dan lebih kurang pada masa yang sama James Gibb, seorang pelopor Persatuan Olahraga Amatur Britain telah membawa balik bola mainan seluloid dari Amerika yang kemudiannya diperkenal sebagai alternatif kepada bola getah atau gabus yang digunakan pada masa itu.

Tindakan ini membawa kejayaan serta-merta dan beberapa pengilang mula memasarkan satu rangkaian nama-nama seperti Gossima, Whiff Waff, Flim Flam dan Table Tennis. Apabila raket yang kosong disaluti velum diperkenalkan, istilah pingpong pun dicipta. Ia diambil daripada bunyi ping apabila bet bertembung dengan bola dan bunyi pong terhasil akibat dari bunyi bola melantun di meja permainan.

Dan sekali lagi James Gibb telah mencadangkan kepada pengilang John Jaque Ltd. bahawa nama ini sesuai untuk bet, bola dan jaring keluaran mereka. Pada tahun 1902, seorang professor pelawat Jepun telah membawa balik permainan ini ke Jepun dan

memperkenalkannya kepada pelajar-pelajar universiti di sana. Tidak lama kemudian seorang penjual berbangsa British, iaitu Edwards Shires telah memperkenalkan permainan ini kepada 1

orang-orang Vienna dan Budapest. Dengan ini benih untuk perkembangan sukan ini telah tersemai dan ia kini telah mendatangkan sambutan hampir di semua tempat di dunia. Kejohanan Pertama

Persatuan Pingpong (The Pingpong Association) telah dibuka. Kejohanan Sedunia yang pertama telah diadakan di London pada tahun 1927. Pemenangnya ialah seorang yang berbangsa Hungary, iaitu Dr. Jacobi. Selain daripada Fred Perry dari England, yang memenangi pada tahun 1929, pemain-pemain Hungary boleh dikatakan menguasai permainan ini sepanjang tempoh tahun 1930-an. Pasukan mereka diketuai oleh pemain terkenal, Victor Barna, yang mana kemahiran dan inspirasi beliau telah banyak membantu membawa sukan ini ke tahap semakin mendapat perhatian serius masyarakat dunia.

Pemain-pemain eropah boleh dikatakan telah menguasai dunia pingpong sehingga akhir tahun 1940-an menggunakan cara berjabat tangan untuk mementingkan corak pertahanan lebih dari corak menyerang. Permainan ini telah mengalami corak perubahan yang besar pada tahun 1950-an dengan kemunculan sandwich atau span terbalik (inverted sponge) iaitu satu bahan baru untuk membuat muka pukulan bet.

Sebelum ini muka pukulan yang diperbuat daripada getah berbintik nipis (pimpled rubber) telah banyak digunakan. Sehingga masa itu putaran (spin) hanya memainkan peranan kecil dalam permainan yang dikuasai oleh corak pertahanan. Tetapi senjata-senjata baru ini yang diperkenalkan oleh orang-orang Jepun amat menakjubkan.

ITTF sebagai badan pengawal (the rulling body) dengan cepat mengadakan peraturan untuk mengawal perkembangan baru ini kerana pada pandangan sesetengah pihak ia membekalkan kelebihan yang tidak adil kepada sesetengah pemain. Ketebalan span dan getah sandwich adalah dalam kawalan dan ia kekal sedemikian hingga kini. Tetapi sifat permainan ini telah pun berubah. Para juara kini telah mengukuhkan gaya kepantasan dan putaran serangan laju (fast attacking speed and spin).

Pada tahun 1950-an, pemain Jepun telah menguasai dunia pingpong dengan corak permainan dan cara cekak pen (pen-holder) yang mementingkan corak menyerang dan gerak kaki yang pantas. Pasukan lelaki Jepun telah menjadi johan dunia pada tahun 1954 hingga 1959. Dalam 2

tahun 1960-an negara China muncul sebagai sebuah negara kuasa pingpong yang handal. Mereka menguasai dunia pingpong melalui penggunaan corak laju dan dekat dengan meja.

Dalam tahun 1970-an, pemain-pemain Eropah menunjukkan kebolehan dan keyakinan mereka sekali lagi dan bertanding hebat dengan pemain-pemain Asia dalam beberapa pertandingan penting dunia. Dalam tahun 1980-an, pemain-pemain Eropah dianggap lebih handal daripada pemain-pemain Asia, terutamanya pemain-pemain Sweden yang telah menewaskan pasukan China dalam perlawanan antara pasukan lelaki walaupun China masih menguasai negaranegara lain dalam bahagian wanita.

Pemain-pemain perseorangan Eropah seperti Grubba, Waldner, Applegren, Persson, dan Lindh, manakala Guo Yuehua, Jiang Jialiang, Chen Longcan, Chen Xinhua dan Yoo Nam Kyu dari asia adalah pemain lelaki yang menguasai dunia pingpong. Dalam bahagian wanita pula, pemain-pemain dari China, Korea Utara, Korea Selatan, Kepun, Hong Kong dan sebagainya masih mendahului pemain-pemain dari Sweden, Hungary dan Rusia.

2.2 Sejarah & Perkembangan Di Malaysia

Kini baik di Malaysia ataupun di peringkat dunia kedudukan sukan ini semakin kukuh dan ia terus berkembang dari setahun ke setahun. Kemuncak daripada perkembangan ini ialah pengiktirafan yang diberikan kepada permainan ini sebagai salah satu acara olimpik dan ia mula diperkenalkan di Sukan Olimpik di Seoul pada tahun 1988.

Menurut laporan, liputan televisyen ke atas pertandingan akhir perseorangan lelaki telah menarik seramai 2 bilion penonton di seluruh dunia. Pada 1927, Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF) yang ditubuhkan pada tahun itu hanya mempunyai 9 ahli sahaja. Tetapi pada tahun 1990, ITTF mempunyai 145 persatuan di bawahnya.\

Di samping itu ada pula empat persekutuan peringkat benua, iaitu Recognised Continental Federation di bawah naungan ITTF, Persekutuan tersebut terdiri dari : 1. African Table Tennis Federation 2. Asian Table Tennis Union 3. Europian Table Tennis Union 4. South American Table Tennis Confederation 2.2 Perkembangan di Malaysia.

Pada tahun 1952, sebuah persatuan pingpong ditubuhkan dan persatuan ini dirasmikan pada tahun 1958 dan dikenali sebagai Persatuan Pingpong Malaya. Pada tahun 1964, Persatuan Pingpong Malaysia (TTAM) pula ditubuhkan dan selepas itu perkembangan pingpong di negara ini dipesatkan. Ini terbukti dengan aktiviti-aktiviti persatuan tersebut. Persatuan ini telah melaksanakan banyak kegiatan dalam negeri mahupun luar negara.

Pada masa sekarang, semua kaum telah kenal dengan permainan pingpong dan ramai penduduk di negara ini menjadikannya sebagai rekreasi ringan. Sehingga tahun 1974, boleh dikatakan semua yang terlibat dalam pertandingan antara negeri-negeri Malaysia adalah daripada keturunan cina. Pada tahun 1974, dan sehingga 1982, pertandingan untuk kaum lain (bukan cina) dimulakan. Ini adalah satu langkah yang baik dan diharapkan kelama-lamaan, tidak akan wujud perasaan perkauman dalam permainan ini.

Pada tahun 1982, pertandingan bukan cina ditukar menjadi pertandingan perpaduan di mana pemain-pemain cina yang belum pernah mewakili dibenarkan bertanding. Diharap juga dengan lebih ramai pemain bukan cina bermain pingpong, pemilihan pemain untuk pasukan negara kita akan diperluaskan dan bakat-bakat baru dapat dicungkil.

Pada tahun 1972, satu pasukan yang terdiri daripada tiga orang pemain lelaki telah pertama kali dapat menyertai Kejohanan Pingpong Dunia di Nagoya, Jepun dan kita telah mencapai tempat ke-25 daripada 39 pasukan yang mengambil bahagian. Dalam Kejohanan Pingpong Dunia ke32 di Yugoslavia pada tahun 1973, Malaysia telah mencapai tempat ke-18 daripada 52 buah negara dalam bahagian lelaki manakala ke-19 daripada 40 buah negara bagi wanita.

Di samping itu, Persatuan Pingpong Malaysia juga menjadi pengasas Asian Table Tennis Union pada tahun 1972 dan sejak itu Malaysia telah memainkan peranan penting dalam perkembangan pingpong di Asia. Dalam kalangan negara-negara Asean pula, Malaysia pernah menjadi pengerusi dan jawatankuasa teknik untuk mengelola Kejohanan Pingpong Belia Asean. Pada tahun 1979, buat kali pertama seorang wakil dari Malaysia, Dato Michael Chen telah dilantik menjadi ahli ITTF, sebuah badan sukan pingpong tertinggi dunia.

Pada tahun 1983 pula, seorang lagi rakyat Malaysia iaitu Encik Yap Yong Yih telah dilantik menjadi ahli ITTF. Oleh demikian, Persatuan Pingpong Malaysia berjaya memainkan peranan aktif dalam sukan pingpong dunia. Kepercayaan yang diberikan ITTF kepada Malaysia untuk 4

menjadi tuan rumah Piala Dunia ke-2 (1981), ke-5 (1984) dan ke-12 (1991) dengan jelasnya membuktikan Malaysia mempunyai kebolehteknikal yang tinggi.

Sejak tahun 1990, Malaysia telah menghantar beberapa pemain muda ke luar negeri seperti ke Jepun dan Korea Selatan untuk mendapat latihan intensif yang lengkap. TTAM juga berhasrat untuk mencari bakat baru yang terdiri dari pelbagai latarbelakang kaum untuk menganggotai persatuan ini. Kini TTAM mempunyai 15 ahli gabungan termasuklah 14 negeri dan Majlis Sukan Angkatan Tentera. Keahliannya adalah seramai 20 000 orang. Selain itu, TTAM telah menghasilkan 35 orang pengadil bertaraf antarabangsa dan 400 pengadil kebangsaan yang menjalankan tugas mereka di persatuan masing-masing dan juga pertandingan kebangsaan.

3.0 PERALATAN PERMAINAN Sebelum memulakan permainan pingpong, setiap peralatan haruslah disediakan dengan teliti dan teratur. Pingpong dapat dimainkan sama ada di dalam ataupun di luar dewan kerana ia hanya memerlukan sedikti sahaja ruang dan tidak memerlukan penyelenggaraan yang tinggi. Permainan pingpong memerlukan sebuah meja, sebiji bola pingpong, dua buah bet (bagi permainan secara individu)

3.1 Meja Meja pingpong mestilah berbentuk segiempat tepat, berukuran 2.74 m panjang dan 1.56 m lebar dan tingginya dari lantai ialah 76 cm. Permukaan meja boleh diperbuat dari pelbagai bahan tetapi mestilah memberi lantunan (bounce) bole lebih kurang 23 cm tinggi apabila bola dijatuhkan dari ketinggian 30 cm. Permukaan meja mestilah berwarna gelap dan pudar keseluruhannya dengan satu garisan putih yang tebalnya 2 cm di setiap empat sisi meja itu. Permukaan meja dibahagi kepada dua bahagian yang sama oleh satu jaring yang selari dengan kedua-dua garisan permukaan meja. Untuk

permainan beregu, kedua-dua permukaan meja itu dibahagi kepada 2 bahagian yang sama oleh garisan tengah yang tebalnya 3 mm dan selari dengan garisan tepi meja. 5

3.2 Bola Bola pingpong mestilah berdiameter 38 mm dan berat 2.5 gram. Bola pingpong boleh diperbuat daripada seluloid atau bahan plastik yang sama dan berwarna putih atau kuning yang pudar. Bola pingpong digred kepada satu bintang sehingga tiga bintang, masing-masing untuk latihan dan pertandingan. Bola pingpong mudah diperolehi dan harganya tidaklah mahal.

3.3 Jaring

Jaring untuk permainan pingpong terdiri dari jaring dan peralatan untuk memasangnya ke meja pingpong, dan sering disebut

gabungan jaring (net assembly). Panjang jaring ialah 1.83 m dengan 1.525 di atas meja dan 15.25 panjang di luar setiap garisan tepi. Tinggi jaring adalah 15.25 cm di atas permukaan.

3.4 Bet Oleh kerana terdapat berbagai-bagai jenis bet di pasaran pada masa kini, sehingga untuk memilih bet boleh menjadi satu masalah. Bagi mereka yang baru belajar bermain terutamanya terdapat beberapa panduan mudah yang boleh diikuti. Bet berbeza mengikut bentuk dan corak tetapi keselesaan patut diutamakan. Jika ia kelihatan cantik sahaja tetapi tidak selesa dipegang, kita tidak harus memilihnya.

Bet sepatutnya sepatutnya natural apabila digunakan tanpa menghalang atau menggangu teknik permainan kita dan

membenarkan kita mengekalkan kawalan maksimum ke atas pukulan kita. Berat bet dan jenis bet yang digunakan juga harus membenarkan keselesaan dan bersesuaian dengan corak

permainan kita. Sesuatu bet serba boleh adalah diperbuat daripada kayu lembut yang tidak melebihi lima lapisan getah.

Getah

yang

digunakan

boleh

dibahagikan kepada dua jenis. Jenis pertama ialah getah terbalik reverse yang licin dan rata dengan lapisan berbintik-bintik terbalik (inverted pimples) di bawah dan diikuti oleh satu lapisan span. Jenis kedua ialah getah berbintik keluar (pimples out) dengan atau tanpa satu lapisan span. Untuk pertandingan, semua getah yang digunakan mestilah mempunyai logo ITTF.

Getah yang digemari ramai ialah getah yang terbalik (reverse) yang boleh mengubah sifat-sifat kelajuan dan putaran bola secara meluas. Secara am, semakin tebal dan keras lapisan span, semakin cepat bola memantul (rebound) daripada bet. Di bawah undang-undang pingpong, tebal keseluruhan getah dan span tidak boleh melebihi 4 mm.

Jika getah digunakan pada kedua-dua permukaan bet, maka warnanya mestilah sebelah berwarna hitam dan sebelah lagi berwarna merah. Jika kayu digunakan pada salah satu permukaan, warnanya mesti warna hitam atau merah yang dicelup tetapi bukan dicat. Getah berbintik keluar dari span, boleh dibahagi lagi kepada bintik-bintik pendek dan bintik-bintik panjang. Getah berbintik pendek digunakan oleh pemain corak penyerang untuk memukul balik putaran lawannya kerana getah jenis ini mempunyai darjah kawalan yang tinggi. Kelemahannya ialah putaran yang dijanakan adalah tidak sekuat putaran getah terbalik.

Seorang pemain pakar menggunakan jenis ini ialah Jiang Jiliang dari China, johan perseorangan dunia pada tahun 1985 dan 1987. Getah berbintik panjang digunakan oleh pemain yang menggunakan corak permainan bertahan. Kelebihannya ialah ia boleh 7

membalikkan putaran atas dan memulangkan putaran bola belakang. Kelemahannya ialah ia amat susah dikawal dengan baik. Seorang pemain pakar dalam bidang ini ialah Li Gun Sang dari Korea Utara dan beliau sekarang mewakili Great Britain.

3.5 Pemain & Pakaian Seperti yang dimaklumkan, pingpong boleh dimainkan secara

perseorangan lelaki dan wanita dan beregu lelaki dan wanita dan beregu campuran. Pakaian untuk seorang pemain lelaki dan wanita termasuk baju lengan pendek, seluar pendek, stoking dan kasut. Warna baju dan seluar bergantung pada kehendak pemain atau pasukan yang

diwakilinya. Pakaian yang sesuai dan selesa dapat membantu sewaktu permainan.

3.6 Kawasan (Arena) Permainan Permainan pingpong boleh dijalankan di mana-mana tempat yang berdaftar, seperti di kaki lima, tepi jalan, di dalam bilik, di dewan dan sebagainya. Arena permainan pingpong berubah-ubah bergantung kepada keadaan pertandingan atau perlawanan dan pihak penganjur. Tetapi dalam pertandingan antarabangsa, arena ini tidak boleh kurang dari 14 meter panjang, 7 meter lebar, dan 4 meter tinggi untuk satu-satu gelanggang. Arena ini mestilah dikelilingi oleh pelindung (surrounds) yang tingginya 75 cm. lantai arena mestilah berwarna gelap. Lampu mesti dipasang dengan jarak tidak kurang dari 4 meter dari lantai.

Di negara kita terdapat banyak dewan dan stadium tertutup yang sering digunakan juga untuk perlawanan dan pertandingan pingpong sama ada di peringkat negeri, kebangsaan ataupun antarabangsa. Umpamanya Stadium Negara dan Stadium Badminton Kuala Lumpur pernah dijadikan arena pertandingan bertaraf dunia.

4.0 Kemahiran Dalam Permainan Pingpong

Kemahiran yang perlu dipelajari dan dikuasai dalam permainan pingpong ialah grip atau cara memegang bet, melakukan servis, pukulan dan smesy. 4.1 Grip (Memegang Bet) Terdapat 2 jenis grip yang selalu digunakan, iaitu: grip jabat tangan dan grip pegang pen. Setiap jenis grip mempunyai kelebihan yang tersendiri dan terpulang kepada keselesaan pemain untuk menggunakannya.

4.1.1

Teknik Grip Jabat Tangan Kelima-lima jari menggenggam pemegang seperti berjabat tangan Ibu jari dan telunjuk berada di bahagian permukaan bet yang berlainan

Jari tengah, jari manis dan jari kelengkeng menggenggam sepenuhnya pemegang bet

Jari telunjuk lurus dan ibu jari dibengkokkan sedikit Pegang bet dalam keadaan yang selesa.

4.1.2 Teknik Grip Pegang Pen

Jari telunjuk dan ibu jari menggenggam pemegang seperti memegang pen

Jari-jari lain dibengkokkan di bahagian belakang bet Pegang bet dalam keadaan selesa.

4.2 Servis

Permainan pingpong dimulakan dengan melakukan servis. Servis boleh dilakukan dengan pukulan hadapan atau pukulan kilas. 9

4.2.1

Teknik melakukan servis pukulan hadapan Kedudukan bersedia. Letakkan bola di atas tapak tangan dengan jari-jari diluruskan. Kilaskan badan dan ayunkan tangan ke belakang. Pindahkan berat badan ke kaki kanan (jika bola di tangan kiri) Lambung bola. Kilaskan badan serentak dengan ayunan tangan. Pukul bola sebaik sahaja bola jatuh. Pindahkan berat badan ke kaki kiri.

4.2.2

Teknik melakukan servis pukulan kilas Kedudukan bersedia. Letakkan bola di atas tapak tangan dengan jari-jari diluruskan. Bawa bet menyilang badan. Kilaskan badan. Pindahkan berat badan ke kaki kiri. Lambung bola. Kilaskan badan serentak dengan ayunan tangan ke hadapan. Pukul bola sebaik sahaja bola jatuh. Pindahkan berat badan ke kaki hadapan.

4.3 Pukulan

Terdapat dua jenis pukulan asas dalam permainan pingpong, iaitu pukulan hadapan dan pukulan kilas. Kekuatan pukulan bergantung pada kilasan badan, ayunan lengan dan pergerakan pergelangan tangan.

4.3.1 Teknik melakukan pukulan hadapan

10

Kilaskan badan dan ayunkan tangan ke belakang. Pindahkan berat badan ke kaki belakang. Pandang bola dan bawa bet rapat ke badan. Kilaskan badan bersama ayunan tangan ke hadapan. Pada kedudukan bola yang sesuai, pukul bola yang melantun .

dari meja.
Pindahkan semula berat badan pada kaki hadapan.

4.3.2

Teknik melakukan pukulan kilas

Bawa bet menyilang ke sisi badan Kilaskan badan dan pindahkan berat ke kaki belakang. Mata memandang bola. Balas kilas badan serentak dengan ayunan tangan ke hadapan. Pada kedudukan bola yang sesuai, pukul bola yang telah melantun

dari meja.
Pindahkan semula berat badan ke kaki hadapan.

4.4 Kedudukan berdiri dan bersedia (stance) Jarak kaki hendaklah berdiri mengangkang seluas bahu. Kaki kiri bertapak ke depan sedikit dari kaki kanan. Lutut bengkok sedikit dalam keadaan posisi yang bersedia. Halakan badan ke hadapan dengan membengkokkan bahagian belakang supaya dagu berada dalam garisan tegak dengan lutut. Kedua-dua tangan yang berada di hadapan dengan siku yang membengkok sebanyak 85 - 90 darjah.

11

5.0 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN 5.1 DEFINISI Rali (rally) Let Mata (point) Tangan berbet Tangan bebas Pembuat servis Penerima servis Pengadil Penolong pengadil Garisan belakang tempoh masa bola dimainkan. rali yang tidak menghasilkan skor. rali yang menghasilkan keputusan. tangan yang memegang bet. tangan yang tidak memegang bet. pemain pertama yang memukul bola dalam satu-satu rali. pemain kedua yang memukul bola dalam satu-satu rali. orang yang dilantik untuk mengawal sesuatu permainan. orang yang dilantik untuk menolong pengadil. garisan yang dipanjangkan tanpa hadnya dalam keduadua arah.

5.2 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN 5.2.1 Satu Permainan (A Game) Satu permainan ping pong dipertandingkan dengan menggunakan sistem 11 mata. Setelah 2 mata, pemain atau pasangan pemain yang menerima servis akan bertukar menjadi pemain atau pasangan pemain yang melakukan servis dan seterusnya sehingga tamat permainan. Setiap permainan akan dimenangi oleh pemain atau pasangan pemain yang mula-mula mendapat 11 mata; atau Jika kedua-dua pemain atau pasangan pemain mendapat 10 mata (disebut deuce) di mana permainan akan dimenangi oleh pemenang yang mula-mula mendapat 2 mata yang mendahului pihak lawannya, contoh: 12-10, 15-13, 2018. (di mana susunan melakukan servis dan menerima servis hendaklah sama tetapi setiap pemain hendaklah melakukan servis untuk 1 mata bergilir-gilir). Pertukaran tempat dilakukan selepas tamat satu permainan. Pemain yang mula menerima servis dalam permainan pertama akan memulakan servis dalam permainan kedua. 12

5.2.2

Satu Perlawanan (A Match) Sesuatu perlawanan hendaklah ditentukan dengan kemenangan daripada sebarang nombor ganjil permainan yang biasanya 3, 5 atau 7 permainan. Dalam pertandingan yang terakhir, apabila sampai pada mata yang ke 5, pemain perlu bertukar tempat.

5.3 Permulaan Satu Permainan (Start a game) Sebelum mula bertanding dalam sesuatu permainan, pengadil dikehendaki melakukan undian (toss coin) untuk menentukan pemain yang mana satu akan memulakan servis. Terdapat tiga pilihan bagi pemenang undian: 1. hak memilih untuk memulakan servis; atau 2. membenarkan pihak lawannya memulakankan servis; atau 3. melakukan pemilihan tempat. Jika pemenang undian melakukan pemilihan tempat, pihak lawannya ada pilihan sama ada hendak memulakan servis atau memilih pihak lawannya memulakan servis dahulu. Jika pemenang undian memilih untuk memulakan servis, pihak lawannya hanya boleh melakukan pemilihan tempat untuk memulakan permainan.

5.4 Servis Asas Sukan Ping Pong Pemain yang melakukan servis wajib berdiri di belakang hujung meja ping pong. Bola diletakkan di atas tapak tangan yang terbuka di atas permukaan permainan meja dan melambungkan bola itu menegak ke atas dan pastikan lambungan itu adalah di atas permukaan meja dan di belakang hujung meja. Semasa bola itu menurun, pemain perlu memukul bola itu dengan raket dan pastikan bola melantun di atas bahagian meja sendiri sebelum melepasi ke bahagian atas meja lawan.

13

Jika bola servis itu menyentuh jaring dan masih dilantun di atas meja lawan, let akan dipanggil dan servis perlu diulangkan semula. Jika bola servis itu menyentuh jaring dan bola itu tidak dilantun di atas meja lawan, maka pemain yang melakukan servis akan hilang satu mata.

5.5 Satu Mata Seseorang pemain akan kehilangan satu mata kecuali apabila rally itu adalah satu Jika gagal melakukan servis yang baik. Jika gagal melakukan hantaran balik yang baik. Jika memukul bola itu dua kali berturut-turut. Jika pemain atau apa-apa yang dipakai atau dibawanya tersentuh bola. Jika menggerakkan permukaan meja semasa bola itu dalam permainan. Jika tangan bebasnya menyentuh permukaan permainan semasa bola itu dalam permainan. Jika berkelakuan buruk walaupun selepas diberi amaran oleh pengadil.

5.6 Let Rally itu dikatakan Let jika: Apabila bola servis menyentuh jaring semasa melepasinya. Apabila pemain yang menerima servis belum bersedia ataupun pasangannya dalam acara beregu.

5.7 Waktu Rehat Waktu rehat di antara setiap game adalah 1 minit. Semasa berehat, pemain perlu meletakkan raket di atas meja pertandingan, kecuali dibenarkan oleh pengadil.

5.8 Time Out 14

Setiap pemain atau pasangan boleh meminta SATU kali time out yang diperuntukan 1 minit semasa permainan dijalankan. Pemain yang ingin meminta time out cuma menunjukkan satu tanda T dengan tangannya. Permainan akan disambung semula apabila pemain yang meminta timeout sudah bersedia atau pun masa 1 minit sudah tamat.

5.9 Penggunaan Tuala Pemain hanya dibenarkan menggunakan tuala mengelap peluh setelah 6 mata dalam sesuatu permainan. Pemain juga dibenarkan menggunakan tuala semasa pertukaran tempat.

5.10 Waktu Memanaskan Badan Pemain dibenarkan melakukan latihan di atas meja pertandingan sebelum pertandingan dimulakan. Waktu memanaskan badan cuma DUA minit.

5.11 Sistem Ekspedit Sistem ini akan dikuatkuasakan sekiranya satu-satu permainan tidak dapat diselesaikan selepas 15 minit, atau pada masa yang lebih singkat atas permintaan kedua-dua pemain atau pasangan. Jika boleh masih dimainkan jika masa telah tamat, permainan hendaklah dihentikan dan dimainkan semula dengan servis yang dibuat oleh pemain yang membuat servis dalam rally ketika servis dihentikan. Jika bola tidak dimainkan ketika masa sudah tamat, permainan akan disambung semula sekali lagi dengan servis yang dibuat oleh pemain yang menerima dalam rali sebelum permainan itu dihentikan. 15

Selepas itu, pemain akan membuat servis bagi satu mata mengikut aturan hingga akhir permainan. Jika pemain atau pasangan penerima membuat 13 hantaranyang baik, pembuat servis akan kehilangan satu mata. Apabila dikuatkuasakan, sistem ini akan kekal bagi sepanjang baki perlawanan dalam perlawanan tersebut.

5.12 Sistem Pertandingan Sistem kiraan mata yang digunakan bagi menentukan pemenang kumpulan adalah seperti berikut :Menang - 2 Kalah - 0 Tiap-tiap perlawanan akan ditentukan mengikut keputusan 5 set yang mengandungi 11 mata setiap satu set. Kesemua 7 perlawanan hendaklah ditandingi walaupun sesuatu pasukan telah mendahului dengan keputusan memenangi 4 perlawanan. Sekiranya berlaku persamaan mata dalam kumpulan, pemenang kumpulan akan ditentukan seperti berikut :i. Jika 2 pasukan memperolehi mata yang sama, maka pasukan yang mengalahkan lawannya dikira menang. ii. Jika 3 atau lebih pasukan memperolehi mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan seperti berikut :a) Pasukan yang memenangi bilangan perlawanan yang banyak dikira menang (Games Difference) b) Jika masih seri, pasukan yang memenangi bilangan set terbanyak dikira menang. (Sets Difference)

16

c) Jika masih seri pasukan yang mendapat perbezaan mata terbanyak dikira menang. (Points Difference) d) Jika 3 atau lebih pasukan masih seri, pasukan yang mendapat jumlah mata permainan terbanyak dikira menang. e) Jika 2 pasukan masih seri lagi, pasukan yang mengalahkan lawannya dikira menang. Diperingkat suku akhir, separuh akhir dan akhir, perlawanan akan dihentikan sekiranya mana-mana pasukan telah mendahului dengan kemenangan empat (4) perlawanan.

6.0 PENGELOLAAN KEJOHANAN / SISTEM PERTANDINGAN

6.1 Pertandingan Kalah Mati Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas dikelolakan. Pemenang akan terus bertanding manakala yang kalah akan tersingkir. Sistem ini Sangat sesuai dalam mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan masa, sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan dan sumber manusia. Sistem ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau peserta.

6.1.1

Kelebihan Boleh dijalankan dalam masa yang singkat; Cepat memilih pemenang; Boleh dijalankan dengan peralatan yang terhad; Seronok untuk ditonton; dan Penyertaan ramai.

6.1.2

Kelemahan Pasukan yang menjadi johan, boleh jadi bukan yang benar-benar terbaik; 17

Separuh daripada pasukan akan terkeluar selepas pusingan pertama; dan Kemungkinan ada di antara pemain dari pasukan yang kalah langsung tiada peluang bermain.

Cara mengira bilangan pasukan atau peserta menunggu (bye). Bilangan menunggu (bye) dalam sistem pertandingan ini boleh dikira dengan menggunakan angka ganda dua iaitu angka 2, 4, 8, 16, 32 dan seterusnya. Contoh pasukan yang bertanding. Angka yang lebih dari 7 ialah 8. Maka 8 tolak 7 ialah 1. Keadaan ini bermakna ada 1 pasukan

menunggu (bye).

6.2 Pertandingan Liga Merupakan satu-satunya pertandingan yang sesuai dijalankan sekiranya pertandingan itu bertujuan memilih pasukan yang terbaik. Perkara-pekara yang perlu diambil perhatian: Masa yang mencukupi Kewangan yang ada Bilangan pengadil Kemudahan dan peralatan yang ada.

6.2.1

Pertandingan boleh dijalankan dalam 18

Liga satu pusingan Liga berkumpulan

19

7.0 KEJURULATIHAN PING PONG

7.1 Peranan Jurulatih

Pengajar (Instructor) Guru (Teacher) Penggerak (Motivator) Pendisiplin (Disiplinarian) Pengurus (Manager) Agen publisiti Pekerja sosial Rakan perhubungan Saintis Keputusan Pelajar kebaikan diri.

Mengarah aktiviti Menyampai pengetahuan dan idea baru Menggerak perlakuan Mewujudkan ganjaran dan dendaan Mengetuai dan mengarah atlit Berhubung dengan media dan orang awam Membimbing, menasihat dan membantu atlit Memberi ruang dan masa untuk eratkan

Menganalisis, menilai, dan membuat

Mendengar, mempelajari dan berfikir untuk

Selain itu hubungan antara jurulatih dan atlit juga adalah penting untuk mewujudkan suasana yang baik. Di antara perkara -perkara yang perlu dititik beratkan adalah :

Menjadi contoh yang baik Jangan memalukan atlit Persahabatan yang positif Hormat menghormati Komunikasi dua hala Bersikap objektif Alasan bagi setiap arahan Sama rata Adil 20

Jurulatih yang baik juga harus menjalankan tugas - tugas yang tertentu dan di antaranya adalah:

Menyediakan program sebelum, semasa dan selepas pertandingan Mengawal dan mengendalikan program latihan Memberi nasihat mengenai latihan Mengelola latihan seimbang Menyimpan rekod atlit Mengendalikan kursus - kursus teknikal Mempengaruhi cara hidup

7.2 Jurulatih Yang Berkesan

Untuk menjadikan seseorang jurulatih itu berjaya menyampaikan segala teknik & taktik permainan sesuatu sukan, jurulatih perlu:

7.2.1

Mengenali diri sendiri

Tentang kekuatan dan kelemahan diri Tentang kejayaan yang diperolehi Tentang kejayaan dan kekecewaan Tentang ilmu pengetahuan

7.2.2

Mengenali atlit sendiri

Perlu mengenali atlet dan segi pencapaian, komitmen,objektif, kecerdasan dan lain lain. Mengenali atlit dan segi emosi, pemikiran, rakan dan keluarga, pemakanan, kesihatan, dan masalah diri. Mengecam bakat dan melatih bakat Kenalpasti hubungan jurulatih dan atlit

21

7.2.3 Pengetahuan tentang sukan yang diceburi Meningkatkan pengetahuan tentang permainan, teknik dan strategi sukan yang diceburi.

7.3 Sifat - Sifat Jurulatih Yang Baik

Berpersonaliti Berperawakan Kestabilan Emosi Tegas dan Berani Yakin diri Objektif Demokrasi Terbuka I Jujur FIeksibeI Futuristik Rasional Kreatif Pandai Menyesuaikan din Berfalsafah

Jurulatih yang baik juga perlu berpengetahuan dan berkebolehan tentang :

Teknik dan taktik permainan Binaan program latihan Kaedah pengajaran, menganalisis dan menilai Struktur dan organ badan (anatomi) Kesan tubuh terhadap latihan dan penandingan Sistem tenaga manusia yang utama Kesan pemakanan terhadap atlit Pencegahan dan rawatan kecederaan Proses dan reaksi pembelajaran motor Psikologi kemanusiaan dan sosial

22

8.0 PENUTUP

Dalam perkembangan yang sangat pesat, para penggemar permainan Pingpong dituntut untuk mempelajari dan menganalisa kepesatannya lebih mendalam dan secara detial. Dengan demikian, kita akan mengetahui cara-cara terbaru yang akan membawa para pemain meningkatkan mutu teknik bermain dan bertanding yang akan menuju kearah keberhasilan. Kita tentu sependapat bahwa tingkat kesempurnaan hanya akan terwujud melalui sistem latihan yang penuh disiplin disertai keteguhan hati dalam meraih kejayaan. Bermain pingpong ada dua tenaga yang paling mendasar; yang satu adalah tenaga pukulan membentuk bola yang lebih di kenal dengan sebutan memukul, dan yang satunya lagi adalah tentang pergesekan yang lebih di kenal dengan sebutan mengesek bola. Selain bola yang tinggi dekat net, dapat di pukul secara ringkas, memukul bola-bola yang lainya harus dilengkapi dengan gesekan Cara Memegang Bet dan mengawal Bet Ketika cara memegang Bet anda tidak sempurna akan membuat pukulan anda tidak sempurna pula. Contohnya anda dapat melakukan pukulan forehand yang sempurna dengan cara memegang bet yang tidak sempurna, tapi karena gerakan tubuh anda tidak akan mampu melakukan pukulan backhand dengan sempurna.

23

REFLEKSI

REFLEKSI PENGANJURAN KEJOHANAN PING PONG

KELEMAHAN

Untuk mengadakan sesuatu kejohanan bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan perancangan yang teliti dan telus agar segala yang dirancang berjalan dengan baik dan lancar. Namun begitu tidaklah semua perancangan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Masih ada lompongan yang boleh ditampung dan dibaiki untuk kejohanan yang akan datang. Untuk menjalankan kejohanan yang agak besar dan berprestij ini memerlukan kerjasama erat daripada semua pihak agar segala yang dirangka dapat dilakukan dengan teratur. Oleh itu, melalui penelitian saya masih lagi terdapat kelemahan yang boleh dibaik untuk kejohanan yang akan datang. Antara kelemahan seperti tiada kerjasama antara AJK yang dilantik menyebabkan berlaku sedikit salah faham terutama bahagian jadual perlawanan. Selain itu juga kawasan yang terhad disebabkan berlaku pertindihan masa penggunaan dewan sukan maka dewan terpaksa dibahagi dua kawasan. Kesuntukan masa untuk membuat perancangan kejohanan disebabkan kepadatan jadual pembelajaran semester.

KEBAIKAN

Penyertaan didalam kejohanan seperti ini memberikan pendedahan kepada saya untuk menambahkan lagi maklumat dan yang Penyertaan di dalam kejohanan yang besar seperti ini memberikan memerlukan pengalaman dan pengetahuan untuk dijadikan panduan untuk menganjurkan kejohanan seumpama ini pada masa akan datang. Bagaimana untuk bergerak dan bekerjasama didalam organisasi serta memainkan peranan yang telah diamanahkan sebaik mungkin. Selain itu juga memahami bidang tugas yang telah diberikan dengan mendalam serta dapat melaksanakannya dengan berkesan. Selain itu juga, saya dapati semua pelatih yang terlibat memberikan

24

komitmen yang tinggi kepada kejohanan ini sehingga dapat dijalankan dengan lancar dan baik.

PENAMBAHBAIKAN

Setelah post mortem dilakukan, kelemahan dan kekuatan dapat dikesan pada kejohanan ini seterusnya dapat dibaiki untuk kebaikan pada masa hadapan. Antaranya menambahkan lagi pengetahuan mengenai sukan dan permainan yang dianjurkan agar dapat merancang dan melaksanakannya dengan sebaik mungkin. Seterusnya mengeratkan lagi hubungan antara anggota organisasi yang terlibat didalam kejohanan yang dianjurkan agar membuahkan komitmen yang baik. Selain itu juga, pihak pentadbir hendaklah memberi sedikit ruang perbincanag tentang kejohanan tersebut kepada ahli-ahli yang terlibat agar mereka dapat melaksanakan tugasan dengan sebaik mungkin tanpa dihalang oleh kesuntukan masa.

REFLEKSI PENUTUP

Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian. Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi Bina insan guru ini,saya berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini. ini kerana tugasan ini diberikan ketika sesi pembelajaran telah bermula dan masa sudah suntuk. Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari nota yang berkaitan mengenai pingpong melalui internet dan buku-buku rujukan. Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu pengetahuan telah saya dapat perolehi, antaranya ilmu tentang pentingnya kerjasama dalam melaksanakan aktiviti di
25

sekolah dan ilmu tentang cara penyediaan dan perlaksanaan kejohanan sukan permainan kepada para pelajar. kejohanan merupakan satu aktiviti yang

menyeronokkan dan dapat melahirkan keadaan fizikal, sosial dan emosi yang baik dikalangan para pelajar. Berbagai maklumat dan input yang berguna dapat kami perolehi melalui tugasan yang diberikan ini .Sebagai seorang pendidik, ianya amat penting dan berguna sekali dalam proses melahirkan murid yang bersemangat patriotik, dan minat bersukan disamping menjaga kesihatan tubuh badan. Murid-murid juga akan memperoleh pengetahuan, kemahiran bermain sukan pingpong dan berusaha menjadi jaguh dan berbakti kepada negara suatu hari nanti. Sebagai guru, tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk perlaksanaan 1murid 1sukan di sekolah nanti. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggitinggi penghargaan Tuan Hj Musah B. Ahmad yang telah banyak membantu kumpulan saya dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan. Disediakan oleh, ( )

ABDUL HADI BIN MAT YUSOFF

26

You might also like