Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SAIDATUL NISA BINTI MOHD SAIDIN A137957

Apakah nama bahagian-bahagian otak yang penting untuk pemahaman dan produksi bahasa?

Otak merupakan organ yang berada di bahagian atas kepala yang mengawal pemikiran atau perasaan. Terdapat dua bahagian otak yang utama iaitu hemisfera kiri dan hemisfera kanan. Bahagian-bahagian otak ini dihubungkan oleh lebih 200 juta korpus kolosom.

Setiap hemisfera ini terbahagi kepada empat lobus iaitu lobus frontal, lobus parietal, lobus oksipital dan lobus temporan. Lobus frontal merupakan lobus yang terletak di bahagian depan otak. Lobus ini berfungsi untuk mendengar, kemahiran motor, pemprosesan kognisi tinggi dan bahasa ekspresif. Lobus frontal yang mempunyai masalah boleh menyebabkan perubahan dalam seksual dan meningkatkan pengambilan risiko.

Lobus parietal pula terletak di bahagian tengah otak yang berfungsi untuk memproses deria sentuh seperti tekanan, sentuh, kesan dan sebagainya. Deria ini lebih dikenali sebagai somatosensory. Kerosakan yang berlaku di lobus parietal menyebabkan manusia mengalami masalah dengan memori verbal, gangguan kemampuan untuk mengendalikan pandangan mata dan masalah dengan bahasa.

Lobus oksipal ini terletak di bahagian belakang otak dan berhubungan dengan rangsangan visual untuk mentafsirkan rangsangan dan maklumat visual. Sekiranya bahagian lobus ini mengalami kerosakan, manusia akan menghadapi masalah penglihatan seperti susah untuk mengenali objek, ketidakmampuan untuk mengidentifikasi warna dan kesulitan untuk mengenali kata-kata.

Lobus temporal pula terletak di bahagian bawah otak. Lobus ini merupakan korteks auditori utama yang menterjemahkan bunyi dan bahasa yang didengari. Bahagian ini juga merupakan bahagian terletaknya hipokampus iaitu daerah ingatan. Bahagian ini memainkan peranan utama untuk mengawal emosi, deria bau, deria rasa dan tingkah laku seksual. Ia juga mengawal tindakan logikal untuk merangsang keinginan-keinginan seperti rasa lapar, dahaga dan tindakan mempertahankan diri apabila menghadapi situasi yangmencemaskan seperti bahaya, ketakutan dan ketegangan emosi. Bahagian inilah yang banyak mengawal tahap

SAIDATUL NISA BINTI MOHD SAIDIN A137957

kepintaran emosi(EQ). Kerosakan yang berlaku pada lobus temporal ini akan menimbulkan masalah dengan memori, persepsi ujaran, dan kemampuan bahasa.

Hemisfera kiri otak dapat mengawal bahasa, terutamanya pemprosesan sintaksis dan produksi bahasa. Hemisfera kiri ini juga berfungsi untuk mengawal dan menguasai aktivitiaktiviti logikal dan akademik.

Hemisfera kanan pula memainkan peranan dalam pemahaman dan aspek pragmatik dalam bahasa. Hemisfera ini menguasai perkara-perkara yang berkaitan dengan imaginasi dan kreativiti seperti muzik, imaginasi, pengenalan objek dan sebagainya.

You might also like