Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 17

Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

| 34

UNIT PELAJARAN 3 ALAT PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. menjelaskan jenis-jenis pentaksiran 2. menjelaskan tujuan dan kriteria ujian 3. Menjelaskan Bentuk-bentuk Ujian 4. Menjelaskan Jadual Penentu Ujian dan Aras Ujian

PENGENALAN
Unit 3 modul ini akan memfokuskan kepada konsep dan prinsip pentaksiran dalam program pemulihan khas. Secara khususnya pentaksiran melibatkan membuat keputusan berdasarkan kepada sesuatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Lantaran itu pentaksiran dan penilaian merupakan satu proses berterusan yang digabungkan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Pentaksiran secara umumnya mempunyai ciri-ciri iaitu satu proses mengumpul data bertujuan membuat keputusan tentang individu dan kumpulan. Ujian juga merupakan sebahagian daripada pentaksiran dan apabila pentaksiran dibuat kepada pelaja sebenarnya kita mengukur tahap kecekapan yang perlu dikuasai pada satu peringkat pengajaran dan pembelajaran telah dapat diwjudkan.

KONSEP PENTAKSIRAN PEMULIHAN KHAS


Dalam konteks pentaksiran pemulihan khas lebih merujuk kepada Instrumen Penentu Penguasaan Tiga Kemahiran Asas iaitu kemahiran asas membaca,kemahiran asas menulis dan kemahiran asas mengira (IPP3M). Program IPP3M yang dibina pada tahun

Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

| 35

2000 oleh Jabatan Pendidikan Khas (Kini Bahagian Pendidikan Khas) Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan untuk menentukan tahap penguasaan 3M. Program IPPM menggunakan pendekatan klinikal yang akan merawat kesukaran pembelajaran yang dihadapi oleh murid pemulihan khas. IPP3M yang dibangunkan oleh JPK terdiri daripada IPP3M1 (Program Pemulihan Khas Tahun 1) IPP3M 2 (Program Pemulihan Khas Tahun 2) dan IPP3M 3 (Program Pemulihan Khas Tahun 3). Pentaksiran menggunakan IPP3M ini dilaksanakan secara kesinambungan. Walau bagaimanapun Program Literasi dan Numerasi (LINUS) bermula 2010 hingga 2012 di seluruh negara. Program LINUS ini bertujuan memastikan semua murid Tahun 1 2010 dapat

menguasai kemahiran asas membaca,menulis dan mengira pada tahun 2012 iaitu berada di Tahun 4. Lembaga Peperiksaan (LP) telah dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan Instrumen Saringan. Tujuan penghasilan instrumen ini adalah untuk mengesan dan mengenal pasti murid yang tidak menguasai asas Literasi dan Numerasi sepanjang tiga tahun mengikuti pendidikan rendah di Malaysia. Program Tiga M (PROTIM) juga telah dilaksanakan subjek Bahasa Melayu dikhususkan kepada murid yang mengalami kesulitan dalam menguasai kemahiran asas membaca dan menulis di samping mengira, tiga kemahiran asas yang menjadi fokus dalam KBSR. Sasaran program PROTIM ini adalah untuk murid tahun 4, 5 dan 6 pada mulanya akan terlibat dalam program PROTIM ini. PROTIM bagi Tahun 6 pula dijalankan selepas murid-murid selesai menduduki peperiksaan UPSR. Program Khas Murid Orang Asli telah dirancang oleh Kementerian Pendidikan untuk memenuhi keperluan pendidikan murid Orang Asli yang tidak dapat menguasai kemahiran asas lisan, membaca dan menulis. Mereka akan menjalani program Tahun Pemulihan selepas Tahun 2. Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) merupakan satu program yang dirancang khusus untuk membantu murid tahun satu menguasai kemahiran asas iaitu membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Pada masa yang sama program ini adalah bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu. Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. KIA2M ini dijalankan sepenuh masa oleh guru Bahasa Melayu tahun satu.

Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

| 36

JENIS-JENIS PENTAKSIRAN DALAM PEMULIHAN KHAS


a. Ujian Saringan

Ujian saringan ialah satu instrumen pengukuran yang menyeluruh terhadap kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas oleh murid secara individu untuk dicalonkan bagi mengikuti Program Pemulihan Khas. Ujian ini dapat mengesan murid-murid yang lemah dan memerlukan bantuan pemulihan khas. Dengan lain perkataan Ujian Saringan bertujuan untuk menentukan calon yang layak untuk dimasukkan ke program pemulihan khas Bahan atau topik. Bahan atau topik dalam Ujian Saringan merangkumi hanya kerja-kerja yang telah diajar oleh guru kelas sehingga masa saringan diberikan. Oleh itu senarai kemahiran yang diuji hendaklah ditentukan dan direkodkan dalam Jadual Penentu Ujian. Ujian ini boleh dijalankan apabila pencalonan diterima. Selain itu ujian akan dilaksanakan secara individu atau kumpulan kecil. Hasil daripada ujian akan direkodkan dalam Borang Rekod Ujian untuk difailkan. Bilangan murid yang diterima masuk ke kelas Pemulihan Khas berdasarkan beberapa faktor seperti skor yang lemah, jenis masalah yang dihadapi oleh murid dan ruang yang ada untuk Kelas Pemulihan Khas. Instrumen ujian saringan ialah Instrumen Penentu Penguasaan 2M (IPP2M) - mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Arithmatics Screening Tes t) bagi mata pelajaran Matematik. Biasa item yang ujian saringan perkara yang umum dan pendek dan dilaksanakan dalam kumpulan kecil iaitu tidak melebihi 15 orang satu kumpulan.Ujian ini dilaksanakan sebaik sahaja guru pemulihan menjalankan penyelidikan atau siasatan iaitu mengetahui mengenai maklumat biodata murid pemulihan khas daripada guru kelas biasa atau guru mata pelajaran. Beberapa kemahiran dalam Bahasa Melayu yang boleh digunakan sebagai item dalam ujian saringan seperti; Nama huruf Bunyi huruf Menyebut dua bunyi huruf vokal dan konsonan. Membina perkataan mudah daripada suku kata mudah iaitu KV KV

Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

| 37

Membaca perkataan Membaca cerita pendek dan memahami perkara yang mudah. atau sejajar

Instrumen Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy dan Numeracy Screening LINUS) direka bentuk berdasarkan 12 konstruk asas Literasi dan Numerasi

dengan definisi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua instrumen saringan mengukur konstruk yang sama. Item bagi setiap berdasarkan kedalaman kandungan 12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan. Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka. Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka. Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup. Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup. Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ng. Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong. Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung. Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran. Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah. Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan. instrumen dibina

Pentaksir hendaklah melengkapi Borang Pelaporan Penguasaan Individu dengan nama murid, kelas dan tarikh taksiran dijalankan.

(BPPI)

Borang pelaporan

Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

| 38

penguasaan individu mengandungi 12 konstruk. Murid dikatakan menguasai sesuatu konstruk jika mereka dapat menjawab item dalam Saringan Literasi Membaca dan

Saringan Literasi Menulis. Pentaksiran perlu mencatat penguasaan setiap konstruk pada ruang yang disediakan mengikut respons murid. Tahap penguasaan minimum membaca dan menulis yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

Contoh :

Konstruk

Saringan 1 Membaca Menulis 5/5 /10 /5 /5 /5 /5 /5 /5 /5 /3 /2

Penguasaan Saringan 1 Menguasai Tidak Menguasai

1 2 3 4 5 6 7 9 10 11 12

5/5 /10 /5 /5 /5 /5 /5 /5 /5 /3 /2

b. Ujian Diagnostik

Ujian diagnostik adalah ujian yang terpenting dalam Program Pendidikan Pemulihan Khas. Ujian ini digunakan untuk membantu guru pemulihan khas mengesan daerahdaerah kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh setiap murid.Fungsi utama Ujian Diagnostik wajib dijalankan dengan tujuan untuk membantu guru pemulihan khas mengesan kawasan-kawasan kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh seseorang murid secara khusus dan seterusnya membentuk objektif pengajaran (baseline). Ujian ini dibentuk bukan untuk menilai peringkat pencapaian tetapi untuk mengesan masalah-

Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

| 39

masalah yang dialami ketika belajar dan mengnal pasti punca kegagalan murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. Instrumen Ujian Diagnostik Sebagai panduan untuk membina dan mentadbir Ujian Diagnostik, Guru Pemulihan Khas boleh merujuk Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M) terbitan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (2000).

Tujuan Ujian Diagnostik Sebagai ujian yang boleh digunakan untuk mengesan daerah kelemahan dan puncanya beberapa tujuan ujian ini dilaksanakan iaitu; bertujuan membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh murid. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti punca kegagalan muridu ntuk menguasai sesuatu kemahiran. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti kumpulan

tertentumengikutkebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru merancang satu program pengajaran yangkhusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik Ujian diagnostik bertujuan membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan bantu mengejar yang bersesuaian mengikut tahap murid

c. Ujian Pengamatan Pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada pancaindera. Ujian ini disediakan untuk membantu mengesan mengumpul dan membuat penumpuan sebagai pembelajaran dan pengajaran. Sebagai tindakbalas

murid membeza,

persediaan untuk mengikuti

panduan guru boleh merujuk kepada Buku

Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M) terbitan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (2000).

Apakah yang dimaksudkan dengan IPP3M

Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

| 40

TUJUAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN.

Pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan dalam bilik darjah pemulihan biasanya bertujuan untuk mengenal pasti kelamahan dan kekuatan, diagnosis, pencapaian, pemilihan dan penempatan,bimbingan dan kauseling dan tujuan-tujuan lain. IPP3M contohnya dilaksanakan bertujuan untuk menentukan tahap penguasaan 3M murid Tahun 1 pada akhir penggal pertama persekolahan. Matlamat utama penilaian akhirnya untuk memperbaiki kelemahan pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperolehi dari penilaian akan digunakan oleh guru dan ibu bapa murid pemulinan khas untuk membuat keputusan dan perancangan tindakan susulan. Rajah di bawah akan lebih memudahkan anda untuk mengetahui tujuan pentaksiran dan penilaian di kelas pemulihan khas.

Diagnostik Bimbingan dan Kaunseling

Pemilihan dan Penempatan

Kebertanggungjawaban

TUJUAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

Pencapaian

Pensijilan

Motivasi Pemulihan

a. Pensijilan

Murid yang menunjukkan kecekapan dalam sesuatu bidang pembelajaran guru yang akan menentukan tahap pencapaian berbanding dengan kriteria yang telah ditetapkan. Murid kemudiannya dinilai dan keputusan yang diperolehi akan menentukan murid

Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

| 41

berkenaan dinaikkan ke kelas yang lebih baik,sederhana ataupun ke kelas pemulihan khas.

b. Kebertanggungjawaban

Penaksiran dapat menyokong perjalanan dan pelaksanaan sistem pendidikan dan komunikasi dengan institusi pendidikan yang diwujudkan. Masyarakat memerlukan satu kriteria kebertanggungjawaban yang boleh diukur dan sekolah dikehendaki menepati piawaian yang ditetapkan.

c. Pemulihan Penaksiran digunakan untuk mencari punca kelemahan dan membantu murid berkenaan meningkatkan prestasi atau memperbaiki kaedah pengajaran yang dibuat.

d. Motivasi Penaksiran dapat memotivasi pelajar untuk belajar. Mereka akan terus menghabiskan tugasan yang diberikan kerana ganjaran akan diberikan jika memperoleh pencapaian yang lebih baik.Sekira tugasan yang dilaksanakan cemerlang mereka akan diberikan pengiktirafan di atas pencapaian mereka.

e. Bimbingan dan Kaunseling Penilaian ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi dorongan yang bersifat dalaman dan luaran.Penilaian sebegini dilaksanakan dari semasa ke semasa untuk

meningkatkan motivasi untuk mencapaikan keputusan akademik yang lebih cemerlang. Sebaliknya bagi pelajar yang lemah dan gagal maklumat penilaian akan membantu guru memberi bimbingan dan tunjuk ajar atau kaunseling untuk menangani masalah murid berkenaan.

f. Pemilihan dan Penempatan Dalam konteks ini guru akan menggunakan ujian ini untuk mengetahui pengetahuan asas atau pengetahuan sedia ada murid dan kemahiran asas yang perlu diajar.

Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

| 42

Misalnya guru pemulihan yang hendak memulakan pengajaran membaca awal Bahasa Melayu disarankan menggunakan instrumen penilaian Aras Membaca Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) yang boleh mengenal pasti tahap kebolehan membaca murid pemulihan dengan cepat. Melalui maklumat ini guru boleh merancang tindakan dan melaksanakan strategi mengajar yang berkesan. Guru juga boleh

mengelompokkan murid mengikut kebolehan berdasarkan aras kebolehan sekiranya penguasaan mereka berbeza. Dalam keadaan ini penilaian bertujuan untuk memilih dan menempatkan murid mengikut penguasaan pengetahuan dan kemahiran mereka. g. Diagnostik Penilaian ini memberi maklum balas tentang penguasaan murid setelah tamat sesuatu tajuk atau sesi pengajaran dalam bilik darjah. Maklumat penilaian yang diperolehi

membolehkan guru mengenal pasti kemajuan seseorang muridnya berada pada tahap sangat memuaskan, memuaskan, sederhanan dan lemah.Guru juga akan mengguna data ujian ini untuk mengubah strategi pengajaran supaya bersesuaian dengan keupayaan dan kebolehan murid pemulihan khas.Ujian ini juga membolehkan guru mencari punca kelemahan murid sama ada disebabkan faktor murid,persekitaran, kaedah atau bahan pengajaran. h. Pencapaian Ujian pencapaian ini kebiasaannya dilaksanakan setelah tamat sesuatu sesi pengajaran ataupun di akhir tempoh persekolahan.Dalam konteks murid pemulihan khas ujian ini akan dilaksanakan setelah tamat tempoh pemulihan, murid atau kumpulan murid yang mengikuti Program Pemulihan Khas akan ditaksir dengan menggunakan instrumen piawaian yang bersesuaian, iaitu Instrumen Penentu Penguasaan. Dalam hal ini selepas sahaja murid telah mengambil IPP3M mereka akan mengambil IPP3M2. Setelah murid ditaksir dengan menggunakan IPP3M 2 guru perlu merumuskan skor yang diperolehi oleh murid tersebut. Berdasarkan rumusan skor yang dibuat guru membuat keputusan sama ada murid ini perlu meneruskan Program Pemulihan Khas atau mengikuti pemulihan di dalam bilik darjah atau mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa.
JADUAL PENENTU UJIAN

Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

| 43

Jadual Penentu Ujian merupakan satu blue-print ujian yang perlu dibina. JPU yang dibina hanya setelah pembina dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian yang hendak dibina. Pembinaan JPU membantu pembina ujian mendapatkan skor yang boleh dipercayai dan sah dari segi keputusan yang akan dibuat ke atas kandungan ujian berkenaan. Bhasah (2012) menggariskan 6 peringkat dalam membina JPU iaitu; Bahagikan jadual kepada dua dimensi, satu dimensi mengandungi objektif yang dikehendaki atau kandungan utama dalam sukatan mata pelajaran dan dimensi kedua mengandungi kemahiran pengajaran bagi setiap objektif/kandungan Mengkelaskan dari atas ke bawah. Menyusun mengikut susunan dalam sukatan mata pelajaran.Penyusunan dibuat berdasarkan kepentingan kandungan dan mengikut kepentingan objektif/kemahiran dalam pengajaran atau perkembangan kandungan kurikulum perlu disampaikan secara hieraki

Peringkat 1

Peringkat 2

Peringkat 3

Dalam dimensi kedua bahagikan lapan lajur mengikut susunan dari kiri ke kanan:Pengetahuan,kefahaman,aplikasi,analisis,sintesis dan penilaian,jumlah item dan peratusan item (lihat contoh)

Peringkat 4

Tandakan dengan nombor yang berturutan dalam setiap sel bagi menunjukkan item yang dibina. Kenal pasti format item yang sesuai untuk mengukur penguasaan dan kebolehan murid mengikut objektif perlakuan.

Peringkat 5

Tentukan bilangan item yang diperlukan itu mencukupi untuk mengukur pencapaian murid bagi setiap objektif.

Peringkat 6

Semak semua jenis-jenis item/soalan yang boleh ditetapkan dan tentukan ia telah menepati kehendak objektif kurikulum. Pastikan soalan/item sama rata bagi setiap sel yang dibuat

Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

| 44

Contoh Jadual Penentu Ujian (JPU)- Pemulihan Khas


Bil Kandungan Pengetahuan 1 2 3 Menamakan huruf Membunyikan Vokal Membaca dan memahami perkataan dan ayat Pratulisan Tulisan mekanis Menulis perenggan Membilang objek sama banyak Mengira operasi tambah 3 2 2 Kefahaman 3 2 2 Kemahiran Aplikasi 1 Analisis Sintesis Penilaian 6 5 4 12 10 8 Jumlah Item Wajaran (%)

4 5 6 7

2 1 1 3

2 1 1 3 3

4 2 2 9

8 4 4 18

8 9

3 2 1 1 21 42

3 2 1

3 2

9 6 2 1

18 12 4 2

Mengira operasi tolak 10 Mengira operasi darab 11 Mengira operasi bahagi Jumlah Item Wajaran (%)

20 40

9 8

50 100

Oleh kerana murid pemulihan khas kebiasaan item soalan yang diuji kebanyakannya berbentuk soalan melengkapkan dan memadankan aras kemahiran yang ditetapkan perlu pengubahsuaian supaya item/soalan yang diuji mewakili kandungan yang dirujuk daripada sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Kandungan ujian bagi sesuatu JPU hendaklah didasarkan kepada sukatan pelajaran atau huraian sukatan pelajaran (HSP) dan buku teks yang digunakan semasa.Perkara yang diperlukan pertimbangan termasuklah cakupan, skop dan kedalamannya,pendekatan,kepentingan kemahiran yang diuji,kerencaman dan masa yang diperuntukkan untuk ujian.Ciri-ciri ujian yang diberikan perhatian termasuklah bilangan item/soalan untuk setiap tajuk atau objektif, cara penskoran, wajaran bagi setipa tajuk. Pembinaan item/soalan perlu memikirkan aras kemahiran yang diuji,aras

Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

| 45

kemahiran yang akan diuji pada setiap bahagian soalan dan jumlah item bagi setiap aras kemahiran.

ARAS UJIAN

Aras ujian biasanya merujuk kepada aras kemahiran yang diuji.Dalam penerangan JPU telah dinyatakan pembinaan ujian disebut sebagai blue-print ujian. Dalam kerangka ini aras kemahiran bergerak dari yang paling rendah (pengetahuan) kepada aras paling tinggi (penilaian). Aktiviti pengetahuan lebih kepada daya ingatan tentang apa yang dibaca atau dipelajari. Aras kemahiran penilaian dianggap sebagai yang paling sukar kerana melibatkan proses mental sebelum seseorang itu membuat keputusan yang tepat. Dengan kata lain perkataan aras kemahiran menjadi satu petunjuk kepada kesukaran item yang dibina.Taksonomi Bloom menjelaskan domain kognitif yang berbentuk hierarki dari mudah kepada kompleks. Kaedah ini memudahkan pembina ujian menentukan aras ujian yang harus diuji bagi sesuatu kemahiran atau perkara.

Aras Taksonomi Pengetahuan Kefahaman

Ciri Soalan Memerlukan calon mengingat semula. Jawapan calon menggunakan bahasa asal. Menguji kebolehan murid untuk memahami apa yang dipelajari dan menyatakan alasannya sekali. Memerlukan calon memahami fakta dan menghuraikannya, memberi contoh atau illutrasi dalam bahasanya sendiri

Contoh Kata Kerja Labelkan,Senaraikan,Manakah dan Apakah. Tukarkan,terangkan,bezakan,asingk an, jelaskan, huraikan

Aplikasi (Penggunaan)

Memerulan murid menggunakan Kirakan,pindahkan,gunakan, apa yang telah dipelajari kepada hasilkan,sediakan,selesaikan,hubun suatu masalah atau situasi baru. gkan,tukarkan. Soalan yang dibina memerlukan murid menggunakan maklumat yang telah dipelajari. Memerlukan murid pasti pertalian mengenal Bezakan,simpulkan, pecahkan, antara hubungkan, asingkan, buat

Analisis

Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

| 46

idea,mencari persamaan.Aras kesimpulan. analisis menguji kebolehan murid tentang bagaimana mereka dapat memecahkan sesuatu perkara kepada bahagian-bahagiannya dan antara bahagian. Sintesis Memerlukan murid mengumpul Kategorikan, susunkan, bentukan, maklumat atau menyatukan rumuskan, fikirkan. maklumat, pengetahuan dan kebolehan. Soalan aras ini memerlukan murid menyelesaikan masalah yang luar biasa dengan cara yang unik. Soalan yang dibina memerlukan Taksirkan, selesaikan, terjemahkan, pelajar membentuk pertimbangan pertahankan, sahkan, kritik tentang nilai atau makna terhadap sesuatu kaedah,idea atau produk.

Penilaian

Senaraikan enam (6) aras ujian yang digunakan untuk membina item kepada murid pemulihan khas.
a. ______________________________________ b. ______________________________________ c. _____________________________________ d. _____________________________________ e. ____________________________________ f. ____________________________________

Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

| 47

RUMUSAN Program IPPM menggunakan pendekatan klinikal yang akan merawat kesukaran
pembelajaran yang dihadapi oleh murid pemulihan khas. IPP3M yang dibangunkan oleh JPK terdiri daripada IPP3M1 (Program Pemulihan Khas Tahun 1) IPP3M 2 (Program Pemulihan Khas Tahun 2) dan IPP3M 3 (Program Pemulihan Khas Tahun 3)

Ujian saringan ialah satu instrumen pengukuran yang menyeluruh terhadap


kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas oleh murid secara individu untuk dicalonkan bagi mengikuti Program Pemulihan Khas. Ujian ini dapat mengesan murid-murid yang lemah dan memerlukan bantuan pemulihan khas.

RUJUKAN Bhasah Abu Bakar. 2012. Asas Pengukuran Bilik Darjah. Quantum Books.Tanjong Malim. Jabatan Pendidikan Khas. 2000. Instrumen Penentu Penguasaan 3M.Pencetakan Nasional Berhad. Kuala Lumpur Gargnilo, R.M (2006) Special Education in Contemporary Society. USA: Watsworth Cole, P & Chan, L (1990) Methods and Strategies for Special Education. Sydney : Prentice Hall Bachor, D. & Crealock, C. (1986) Instructional for Students with Special Needs. Ontario: Prentice Hall Polloway, E. & Patton, J. (1997). Strategies for Teaching Learners with Special Needs. Ohio: Merrill

Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

| 48

Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

| 49

Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

| 50

You might also like