Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 31

:

PENGENALAN Perkataan Arab : garisan. Seni khat bermaksud garisan indah yang membentuk tulisan. Ia juga bermaksud tulisan-tulisan (kitabah) yang terikat dengan peraturan dan kaedah yang telah dikaji dan ditentukan oleh mereka yang terlibat dengan kemajuan seni. Tulisan-tulisan Arab pula mempunyai nilai dan kaedah tertentu yang mempunyai estetika yang tinggi.

METOD AMALI PENULISAN KHAT


KHAT NASAKH Dicipta oleh Ali bin Muqlah (tahun 272-328H digunakan di jabatan-jabatan kerajaan dalam urusan surat-menyurat pada zaman permulaan Islam Jenis-Jenis Khat Nasakh: -- Nasakh Klasik -- Nasakh Akhbar

KAEDAH PENULISAN KHAT NASAKH

Huruf Tunggal

Huruf-huruf khat yang ditulis di atas garisan

Huruf-huruf yang ditulis di bawah garisan pula adalah seperti berikut:

Kepala huruf-huruf berongga tertentu ditutup seperti huruf Ain dan Ghain yang berada di tengah dan dihujung serta huruf Mim ekor ke bawah ketika di akhir perkataan. Contohnya:

Huruf-huruf menegak mestilah dicondongkan sedikit ke sebelah kiri seperti berikut:

Huruf-huruf berekor boleh di tarik memanjang mengikut kesesuaian contohnya :Huruf Nun, Sin, Syin, Fa, Sod, Dhod, Qaf dan Ya

Terdapat juga penulisan huruf-huruf yang ditebalkan dan dinipiskan.

Huruf mim () , Ra( )dan Ha( ) mempunyai beberapa jenis bentuk

Semua huruf Khat Nasakh condong ke bawah ada bahagian kiri (akhir) setiap huruf

Huruf-huruf yang ditulis dalam satu kalimah yang bersambung boleh diangkat sedikit samada menajam ataupun sambungan yang lembut. Lihat contoh berikut

Menajam Sambungan lembut: Gigi-gigi huruf keluarga Ba yang berturutan antara 3 dan lebih hendaklah ditinggikan sedikit pada gigi pertama seperti di bawah:

KHAT RIQAH
Sejenis khat yang direka cipta oleh orang Turki pada zaman kerajaan Uthmaniyah (850H) Berfungsi untuk menyeragamkan tulisan dalam semua urusan rasmi di kalangan kakitangan kerajaan Riqah bermaksud kertas yang ditulis Ciri tulisan ini ialah bentuk huruf yang kecil, lebih cepat dan mudah ditulis, jika dibandingkan dengan khat nasakh

Kaedah Penulisan Khat Riqah Huruf-Huruf Tunggal

Huruf Khat Riq'ah tidak boleh di Irsal kan ( di tarik panjang ). Khat Riq'ah tidak mempunyai baris dan hiasan. Jarak di antara huruf dengan huruf dan perkataan dengan perkataan ialah satu titik tepat. Satu titik pada huruf-huruf dalam Riq'ah ialah bersamaan setengah titik tepat.

Bentuk titik:

Semua huruf Khat Riqah ditulis di atas garisan kecuali huruf Jim,Ha, Kha, Ain, Ghain dan Mim

Manakala kepala huruf-huruf perlu ditutup ( tidak berongga ). Contohnya;

Huruf-huruf menegak mestilah dicondongkan sedikit ke sebelah kiri seperti berikut;

Gigi-gigi huruf yang berturutan hendaklah mengikut kaedah seperti berikut:

Huruf-huruf menegak yang disambung sebelumnya perlu mempunyai sudut yang bersegi seperti berikut;

Bentuk Huruf Bersambung Huruf Ba, Ta Dan Tha Bersambung

Huruf Jim, Ha Dan Khat

Huruf Dal, Zal ,Ra, Zai Dan Wau Bersambung

Huruf Sin Dan Syin Bersambung

Huruf Sod Dan Dhod Bersambung

Huruf Tho, Zho Dan Ya Bersambung

Huruf Ain, Ghain Dan Ha Bersambung

Huruf Kaf Bersambung

Huruf Mim Bersambung

Huruf Lam Alif Bersambung

KHAT THULUTH
Dinamakan Thuluth kerana huruf menegaknya ditulis dengan mata pen (qalam) yang ukuran lebarnya menyamai 1/3 (thuluth) mata pen.

Khat ini merupakan khat yang paling sukar dibandingkan dengan tulisan khat yang lain dari segi kaedah, ukuran, gaya memperelok atau kemampuan untuk menghasilkan tulisan yang tepat ukiran dan seninya. Digunakan dalam menghiasi bangunan ruang-ruang dinding dan kubah di masjid-masjid.

Antara jenis Khat Thuluth:


Khat Thumar

Khat al-Muhaqqaq
Khat Raihani Khat al-Thuluthain Khat Musalsal

Khat Thuluth memerlukan latihan yang banyak dan berterusan bagi mendapatkan tulisan bentuk-bentuk huruf dengan tepat dan cantik. Selain itu, latihan ini juga adalah satu senaman untuk melembutkan pergerakan tangan semasa menulis Pada peringkat permulaan, penggemar Khat Thuluth perlu memperbanyakkan latihan dengan menulis huruf- huruf tunggal dari huruf alif hingga huruf ya pada setiap hari untuk membiasakan pergerakan tangan menulis hurufhuruf mengikut timbangannya yang sebenar

Untuk mendapatkan hasil tulisan Khat Thuluth yang halus, menuntut kepada pembelajaran dengan guru yang muktabar Penulis yang mahu mengetahui rahsia Khat Thuluth hendaklah menulis Qasidah nun dan amsyak yang sering di tulis oleh penulis yang terkenal .

Merupakan khat yang paling cantik dilihat dan yang paling sukar untuk ditulis. Berbeza dengan Khat Nasakh dengan kelembutannya dan besar ukuran hurufnya. Kebanyakan huruf mempunyai beberapa bentuk seperti huruf ba , dal, ra, a`in, kaf, mim, nun, ha, lam alif dan ya. Oleh yang demikian, penulis boleh menulis pelbagai bentuk huruf dalam penulisannya

Huruf-huruf menegak mestilah dicondongkan sedikit ke sebelah kiri dan mempunyai zulu ( topi ) seperti alif di atas manakala bentuk huruf ha mempunyai tiga bentuk apabila bersambung dengan huruf menegak, mendatar dan menurun. Bentuk huruf bersambung Huruf Ba Bersambung

Huruf Jin dan Ha' bersambung:

Huruf Sin Bersambung

Huruf Ain Bersambung

Huruf fa bersambung

Huruf Kaf Bersambung

Huruf Ha Bersambung

Bentuk Baris Dan Ragam Hiasan Khat Thuluth Bentuk baris dan hiasan sangat penting dalam penulisan Khat Thuluth dan merupakan satu kemestian dalam penulisan Khat Thuluth. Ini kerana kedua-duanya akan menambahkan kecantikan dan keseimbangan Khat Thuluth. Kedua-duanya mesti ditulis dengan seimbang dan halus. Saiz baris dan hiasan satu pertiga mata pen dan ada juga sama dengan saiz huruf. Bentuk baris dan ragam Khat Thuluth terbahagi kepada dua jenis.

Bentuk baris dan hiasan di atas huruf :

Bentuk baris dan hiasan di bawah huruf:

You might also like