Istiadat Istana

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 30

TAJUK KERTAS KERJA : TRADISI-TRADISI ISTANA NAMA KURSUS KOD KURSUS NAMA PENSYARAH

NAMA PELAJAR NUR FARAH AIN BTE SUHAIMI AMIRAH NABILAH BTE JAAFAR LESSICA JAMAIN LUQMAN NUL HAKIM B. HARZAMA MUHAMMAD IZZUL IZHAM BIN MOHAMMAD NORDIN NURFASEHAH ROSLI NUR SHAHIRAH MAT ISA NURUL ASYIKIN BINTI SHAPIEE MUHAMMAD AMIRU BIN MAT YUSOFF NORAZMANIDAR BINTI AZWARMAN IZNEE FATEHA BINTI MHD SALLEH SITI ZURAIN BINTI ABDUL JALIL NUR HABIBAH BINTI SAAD NADIAH RUSYDINA BTE ROSLAN SITI NOR AMILIN BTE HAJI JEC130011 JEC130013 JEC130015 JED130006 JED130007 JED130002 JED130016 JEE130013 JEE130701 JEE130702
SEMESTER SATU SESI 2013/2014 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR

: TAMADUN MELAYU : JXEA1101 : DR ZURAIDAH HASSAN


NO. MATRIK JEB110721 JEB110723 JEC130003 JEC130004 JEC130007

Kandungan 1.0 Pengenalan 2.0 Istiadat Istana 2.1 Istiadat Raja Di Istana 2.1.1 Upacara Ketika Tujuh Bulan Hamil 2.1.2 Upacara Bersalin 2.1.3 Upacara Bercukur 2.1.4 Peri Raja Mengahwinkan Anakanda Baginda 2.1.5 Persiapan Menghantar Sireh 2.1.6 Perarakan Menghantar Sireh 2.1.7 Upacara Perkahwinan 2.2 Istiadat Rakyat Biasa Di Istana 2.2.1 Adab Tertib Mengadap Bagi Orang Awam 2.2.2 Adab Tertib Mengadap Bagi Pegawai Berpakaian Seragam 2.2.3 Hormat Takzim Apabila Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Atau Raja Permaisuri Agong Sedang Bersemayam 2.2.4 Adat Tertib Menyembah Sembahan 2.2.5 Adat Tertib Menyembahkan Sembah Apabila Tuanku Bersemayam (Duduk) 2.2.6 Adat Tertib Duduk Dalam Majlis 2.2.7 Adat Tertib Dalam Majlis Makan 2.2.8 Adab Tertib Bertutur 2.2.9 Adab Tertib Mengiring 2.2.10 Adat Tertib Mengadap 2.2.11 Adat Tertib Hormat Ketika SPB Tuanku Berdua Bersemayam (Duduk) 2.2.12 Adat Tertib Ketika Mengiring SPB Tuanku Berdua 2.2.13 Adat Tertib Menyembah Sembahan Ketika SPB Tuanku Bersemayam (Duduk) 2.2.14 Adat Tertib Ketika Menyembah Sembahan 2.2.15 Adat Tertib Ketika SPB Tuanku Berangkat Lalu Dihadapan/ Belakang 2.2.16 Adat Menanggalkan Kasut 2.2.17 Adat Menguruskan Pengebumian Keluarga Diraja 2.3 Penggunaan Bahasa Di Istana 2.4 Adat Istiadat Dan Pantang Larang Dalam Teks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu 2.4.1 Adat Istiadat 2.4.2 Pantang Larang 2.4.3 Kepentingan Adat Istiadat dan Pantang Larang 3.0 Penutup

Mukasurat 2 2 2 2 4 4 5 6 6 7 8 8 8

9 10 10 11 13 13 14 14 14 15 16 16 17 21 21 23 26 28 !"

"

1.0 Pengenalan Tamadun Melayu amat terkenal dengan institusi beraja. Institusi ini memainkan peranan yang amat penting dalam mentadbir sesebuah kerajaan di sesebuah negeri. Raja atau sultan akan tinggal di istana dan pentadbiran kerajaan akan dibantu oleh Pembesar-pembesar yang terdiri daripada bendahara, temenggung, laksamana, dan syahbandar. Pentadbiran sesebuah kerajaan wajib dijalankan mengikut adat istiadat yang ditetapkan terutama istiadat di istana. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, (2002:501), istana bermaksud rumah kediaman raja atau ketua negara. Istiadat di istana kebiasaanya berkait rapat dengan raja atau sultan, pembesar, kaum kerabat dan rakyat jelata. Setiap perkara yang dilaksanakan wajib bertepatan dengan adat istiadat yang ditetapkan. Setiap istana yang wujud mempunyai fungsi dan tujuan tertentu selain menjadi tempat kediaman rasmi raja.. Kertas kerja ini akan membincangkan tentang istiadat-istiadat istana dalam tamadun Melayu yang akan dibahagikan kepada raja dan rakyat biasa. Akan dibincangkan juga aspek bahasa istana dan juga penelitian yang dilakukan terhadap teks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu dari segi adat istiadat yang diamalkan dan pantang larang yang terdapat dalam teks tersebut. 2.0 Istiadat Istana Dalam kajian ini, istiadat istana akan dibahagikan kepada dua, iaitu istiadat yang diamalkan raja di istana dan juga istiadat yang diamalkan rakyat biasa. 2.1 2.1.1. Istiadat Raja di Istana Upacara Ketika Tujuh Bulan Hamil

Apabila seorang permaisuri raja hamil tujuh bulan, empat orang bidan yang terkenal akan dipanggil untuk rasa perutnya. Setelah memastikan bahawa permaisuri itu sudah hamil selama tujuh bulan, kesemua bidan itu akan diberi setahil emas sebagai hadiah. Kemudian, permaisuri itu akan diinai di atas pelamin selama dua malam. Pada malam pertama, keempat-empat bidan akan menyediakan beberapa perhiasan seperti bedak pudi; iaitu bedak yang sudah dilumatkan, yang dimasukkan ke dalam sebuah balang. Mereka akan memasukkan beras kunyit dan bunga rampai ke dalam balang tersebut.
#" "

Imam dan empat hingga lima orang tua-tua dipanggil ke istana. Mereka akan mengambil sedikit beras kunyit dan bunga rampai untuk ditaburkan ke atas riba permaisuri. Kemudian, mereka akan ambil inai dan mengasapi inai tersebut di atas bara api. Setelah itu, inai tersebut akan dibubuh di atas kedua-dua belah tapak tangan permaisuri. Permaisuri akan menyembah kesemua yang telah membubuh inai itu. Setelah selesai, imam akan membacakan doa selamat diikuti pula dengan santapan nasi kunyit bagi mereka yang hadir pada malam pertama itu. Upacara malam pertama diakhiri dengan bacaan doa selamat sekali lagi oleh imam. Pada keesokan hari, bidan-bidan akan menyediakan tujuh helai kain, sikat, minyak dan sebatang pucuk nipah. Permaisuri raja akan baring di atas tilam. Bidan akan susupkan sehelai kain ke bawah pinggang permaisuri. Bidan akan memegang bahagian kiri dan kanan hujung kain itu dan dilenggang-lenggangkan kain itu. Proses ini diulang sehingga tujuh kain telah digunakan. Selepas itu, bidan akan menyapukan minyak di perut permaisuri dan menyikat perut permaisuri sehingga turun ke bahagian pinggang. Kemudian, pucuk nipah itu akan dibaca jampi dan doa serta dilalukan dari atas perut hingga ke kaki. Setelah selesai, raja dan permaisurinya akan dibawa ke tempat permandian. Di situ, telah disediakan bermacam-macam air di dalam pasu tembaga yang besar. Semasa dimandikan, empat orang akan memegang kain putih yang panjang yang akan dibentangkan di atas kepala raja dan permaisurinya untuk menapis air mandi. Raja dan permaisuri akan menggunakan kain chaul; iaitu kain sutera, untuk menutup tubuh merka. Setelah selesai, mereka berdua akan memakai sejenis kain tenunan India. Raja akan bertanjak, permaisurinya pula bersanggul. Imam dan orang tua-tua dipanggil ke tempat permandian itu. Mereka akan memalit sejenis bedak di dahi raja dan permaisuri dan membubuh langir; iaitu limau yang diramas dalam bekas perak atau emas; di ubun-ubun kedua-dua raja dan permaisuri. Setelah selesai, imam akan membaca doa selamat. Kemudian, bidan akan membubuh daun-daun dan mayang-mayang di atas kaki raja dan permaisuri. Air tolak balak dan air doa selamat akan dijiruskan di atas kepala mereka berdua. Setelah selesai mandi dan salin pakaian, bidan akan mengelilingi raja dan permaisuri sebanyak tujuh kali dengan memegang cermin di mana dua batang lilin telah dicacakkan ke atasnya. Raja dan permaisuri akan masuk ke dalam bilik dengan pakaian pengantin dan duduk di atas pelaminan. Mereka berdua akan memakan nasi kunyit yang berpagarkan telur di situ. Dengan itu selesailah upacara melenggang-lenggang perut pada bulan ketujuh hamil.
$" "

2.1.2 Upacara Bersalin Setelah permaisuri sudah sembilan bulan mengandung dan mula terasa sakit, semua isteri pembesar-pembesar istana dipanggil untuk berpindah ke istana. Semua yang ada di istana pada ketika itu tidak akan berbual dengan suara yang kuat kerana raja berada dalam keadaan susah hati. Pada hari bersalin, empat orang bidan akan datang ke istana. Setelah selesai bersalin, raja akan diberitahu jika dia mempunyai anak lelaki atau perempuan. Setelah mendengar berita itu, baginda akan bertitah kepada bentara supaya memasang enam belas pucuk meriam dan menderma kepada semua fakir miskin supaya mereka akan mendoakan kesejahteraan anaknya. Kemudian, raja akan masuk ke dalam bilik untuk menyambut anaknya. Bidan akan memohon raja menamakan anaknya pada waktu itu. Setelah diberi nama, bidan akan mengerat pusat. Keempat-empat bidan akan dihadiahkan sepahar emas dan persalinan kain baju. Keesokan harinya, semua pembesar-pembesar istana akan datang mengadap raja. Bentara raja akan memilih seorang pembesar untuk menjunjung tembuni (uri) anak raja. Isteri pembesar yang dipilih itu pula akan dijadikan inang kepada anak raja. Bermacam-macam peralatan akan disediakan sebelum pembesar yang dipilih itu menjunjung tembuni tersebut. Tembuni akan dimasukkan ke dalam periuk yang dibungkus kain kuning. Mata pembesar itu akan dibalut dengan kain dan dia akan diiring oleh inang-inang dari belakang pergi ke sungai sambil menjunjung periuk berisi tembuni itu. Mereka akan mengayuh perahu hingga ke kuala negeri. Setelah tiba di tempatnya, periuk itu akan ditenggelamkan dengan menikamnya dengan tiga batang tebu. Setelah selesai, mereka akan pulang mengadap raja. Imam pun akan membacakan doa selamat dan permaisuri akan dimandikan. Semua isteri pembesar-pembesar istana akan berada di dalam istana selama empat puluh hari empat puluh malam sambil bersuka-sukaan dengan membaca hikayat dan bermain permainan. 2.1.3 Upacara Bercukur Semasa majlis cukur jambul atau aqiqah, imam dan pembesar-pembesar istana akan dipanggil ke istana. Anak raja akan diletakkan di atas tilam keemasan dan diselimuti kain songket. Anak raja akan dibawa keluar oleh inangnya bersama peralatan yang diperlukan untuk majlis tersebut.
%" "

Mereka yang akan mencukur rambut bayi itu termasuklah Dato Bendahara, Temenggung, Tun Nara Wangsa, Raja Indera Bungsu dan Maulana Kadhi. Setelah mencukur rambut bayi itu, Bendahara, Temenggung, Tun Nara Wangsa dan Raja Indera Bungsu akan memasukkan cincin permata seperti intan, kunang-kunang, yakud dan zamrut ke dalam nyiur muda (kelapa muda). Setelah upacara bercukur ini selesai, imam atau kadhi akan membacakan doa selamat. Anak raja pula akan dibawa masuk lalu dimandikan dengan air doa selamat dan air tolak balak. Permaisuri juga akan dimandikan dengan air yang sama. Dia akan disikati dan diminyaki selepas itu. Beratus hidangan santapan akan disediakan untuk mereka yang hadir di istana. Kemudian, raja akan menderma kepada semua fakir miskin dan orang asing yang ada di negeri itu. Bidan juga akan diberi hadiah berupa emas, kain baju, padi, beras dan bermacam-macam lagi. Akhir sekali, raja akan bertitah kepada inangda supaya menjaga anaknya dengan baik. 2.1.4 Peri Raja Mengahwinkan Anakanda Baginda Apabila anak raja sudah baligh, raja dan permaisuri akan berfikir untuk mencarikan isteri untuk anak mereka. Raja akan memanggil Dato Bendahara ke istana. Setelah diberitahu tentang niat mereka ingin mencarikan isteri untuk anak mereka, Bendahara akan bertanya kepada raja sama ada ingin mencari anak raja-raja di luar negeri atau anak orang besar-besar di dalam negeri. Selepas itu, Bendahara akan beritahu isterinya tentang perkara itu. Isteri Bendahara akan mengadap raja perempuan dan mereka akan berunding dan mencapai kata setuju tentang siapakah yang akan menjadi isteri kepada anak raja. Setelah membuat keputusan, isteri Bendahara akan memberitahu suaminya bahawa mereka ingin mengahwinkan anak raja dengan anak adinda Raja Besar Muda. Bendahara pula akan segera memberitahu raja tentang perkara itu. Keesokan harinya, Bendahara akan menyuruh isterinya bersama orang tua-tua dari golongan bangsawan pergi mengadap Raja Besar Muda untuk memberitahu tentang hasrat mereka. Setelah mengetahui niat mereka, mereka disuruh datang kembali selepas dua hari kerana Raja Besar Muda perlu berunding suami isteri. Bendahara dan isterinya pergi mengadap raja di istana keesokan hari untuk mengkhabarkan apa yang dikatakan oleh Raja Besar Muda. Raja pun menyuruh mereka ke istana Raja Besar Muda bersama pembesar-pembesar istana seramai tiga hingga empat puluh orang
&" "

dengan membawa puan kerajaan atau sireh tanya. Apabila mereka ke istana Raja Besar Muda, mereka dikhabarkan dengan berita gembira. Mereka pun kembali mengadap raja dan mengkhabarkan berita gembira itu. Setelah mendengar berita gembira itu, raja pun menyuruh pembesar-pembesar istana memastikan semua peralatan dan harta benda cukup dan jikalau ada yang tiada, disuruh ganti. 2.1.5 Persiapan Menghantar Sireh Sebelum berlangsungnya perkahwinan, terdapat satu adat yang dijalankan iaitu perarakan menghantar sireh. Persiapan menghantar sireh diketuai oleh Dato Bendahara yang akan mengumpulkan Temenggung Indera Wangsa, Laksamana serta semua menteri hulubalang menghadapnya dan menyuruh orang kaya Setia Bakti memanggil orang telok rantau, semua pegawai dan rakyat lalu membahagikan pekerjaan alat menghantar sireh. Antara persiapan yang dilakukan ialah pembinaan usungan gading yang dilarik dan dibubuh cat berair emas serta ditebuk kerawang, bunga-bunga dan awan. Usungan tersebut dinamakan mega berarak kerana ia merupakan tempat putera baginda naik di atasnya apabila masa perarakan ketika menghantar sireh. Selain dari itu, terdapat juga arak-arakan yang dilarik dengan gambar buah, bunga, burung, kupu-kupu, belalang dan kumbang. Tambahan pula terdapat sebuah patung yang berupa manusia yang akan menjadi kepala kepada perarakan tersebut. Terdapat bermacam-macam sireh yang disiapkan seperti sireh wilmana indera, sireh garuda melayang, sireh nuri berjentera, sireh merpati sekawan dan sireh Arab. Apabila persiapan telah selesai, ia dipersembahkan kepada Duli Banginda untuk mendapatkan persetujuan. Jika Duli Baginda gembira dan suka akan persiapan yang dilakukan, Baginda bertitah untuk mengadakan pesta yang berlangsung selama tiga bulan dan disambut oleh semua menteri hulubalang serta rakyat jelata. 2.1.6 Perarakan Menghantar Sireh Pada hari tersebut beraraklah semua rakyat dan menteri hulubalang sekeliling negeri dengan rasa gembira dengan sireh-sireh yang telah disiapkan. Setelah berarak mengelilingi negeri mereka pergi ke pagar Raja Besar Muda. Maka keluarlah menteri, pegawai, mengalu-alukan Duli Yang Maha Mulia serta putera baginda pun disambut oleh Raja Besar Muda. Anakanda baginda itu
'" "

dibawa naik ke atas balairong, didudukkan diatas petera'na kerajaan, dihadap oleh paduka ayahanda kedua dan semua menteri hulubalang. Maka putera baginda diberi sepuluh kati emas, baju persalinan, enam belas orang, seribu riyal serta sebuah pulau jajahan negeri tersebut. Setelah menerima hadiah tersebut putera baginda akan menjunjung Duli Ayahanda kedua serta Duli Bunda Baginda. Setelah selesai majlis tersebut maka bersantaplah keluarga diraja serta menteri hulubalang dan berlangsunglah pembacaan doa selamat setelah selesai makan oleh Maulana Kadhi. Kemudian bermula pesta selama tujuh hari tujuh malam oleh anak-anak perempuan raja yang bermain bermacam-macam permainan seperti topeng, wayang, rebab, dandi dan catur. 2.1.7 Upacara Perkahwinan Pada malam pertama berlaku upacara inai untuk putera baginda. Perkakas dan alat inai dibawa masuk oleh Dato Temenggung Paduka Tuan dan dipersembahkan kepada Duli Baginda. Apabila peralatan dan perkakas telah siap diatur, putera baginda diarahkan untuk bersemayam di atas peterana pelamin. Sehelai kain kuning disampirkan di bahu dan mula lah acara perasapan kemenyan. Selain itu bungaan rampai emas dan perak, tepung tawar, beras basah, beras kunyit, minyak, daun-daun yang harum serta beboreh iaitu bedak basah berwarna kuning yang dibuat daripada beras, kunyit dan ramuan lain yang berbau harum digunakan untuk upacara menabur. Upacara tersebut dilakukan dengan menabur bahan-bahan tersebut di atas riba putera baginda dan di atas tangannya oleh Dato Bendahara, Dato Temenggung, Raja Indera Bongsu dan Tun Nara Wangsa. Upacara tersebut ditutup dengan Maulana Kadhi membaca doa selamat. Pada malam kedua berlaku pertukaran inai dan keesokannya perarakan keliling negeri dijalankan dengan dipasang bunyi-bunyian dan dimainkan gong, gendang dan serunai. Masa berarak bermula selepas zuhur hingga asar.

(" "

2.2 Istiadat Rakyat Biasa Di Istana. 2.2.1 Adab Tertib Mengadap Bagi Orang Awam Apabila mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, hendaklah berdiri tegak dengan kaki kanan dan kiri dirapatkan. Luruskan kedua-dua tangan dan memberi hormat takzim dengan cara menundukkan dan mengangkat kepala sekali sahaja dan hendaklah jangan terlalu tunduk seolah-olah membongkok yang menyerupai adat hormat masyarakat Jepun. Selepas itu berjalan perlahan-lahan menghampiri baginda, dan tidak pula terlalu rapat. Jarak dengan baginda Tuanku adalah lebih kurang dua hingga tiga kaki. Beri hormat takzim sekali lagi. Bagi orang Islam adalah lebih elok jika mengucapkan "Assalamualaikum Tuanku". Bagi orang yang bukan beragama Islam boleh mengucapkan "Selamat Pagi Tuanku" atau "Good Morning Your Majesty" bagi rakyat asing mana yang berkenaan. Berundur kira-kira tiga tapak dan tunduk hormat sekali lagi. Dalam masyarakat Thailand pula, rakyat biasa tidak dibenarkan memandang mata raja dan sesiapa yang melanggar peraturan tersebut akan dibutakan.

2.2.2 Adab Tertib Mengadap Bagi Pegawai Berpakaian Seragam Bagi pegawai berpakaian seragam apabila mengadap hendaklah memberi Tabik Hormat Penuh (Full Salute) dahulu sebelum tunduk memberi hormat takzim. Jika berdiri jauh, perlu Tabik Hormat dahulu sebelum berjalan menghampiri baginda, selepas itu beri hormat takzim. 2.2.3 Hormat Takzim Apabila Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Atau Raja Permaisuri Agong Sedang Bersemayam Apabila mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sedang bersemayam di atas kerusi, hendaklah berdiri dengan kaki kanan dan kiri dirapatkan. Luruskan kedua-dua tangan dan beri hormat takzim dengan cara menundukkan
)" "

dan mengangkatkan kepala. Perilaku menundukkan kepala hendaklah dilakukan dengan penuh hormat dan tertib, iaitu dengan memberhentikan seketika segala pergerakan sebelum kepala ditundukkan ke arah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong mana yang berkenaan. Kemudian meghampiri baginda, berlutut dan mencium tangan baginda. Selepas itu berundur kira-kira tiga tapak, beri hormat takzim sekali lagi sebelum berpusing. 2.2.4 Adat Tertib Menyembah Sembahan Jika menyembahkan sesuatu persembahan berupa surat, cenderamata, bunga dan sebagainya kepada Tuanku dalam Majlis Rasmi hendaklah terlebih dahulu tentukan bahawa telah disediakan dua buah dulang yang beralaskan kain berwarna kuning. Sebuah untuk diletakkan persembahan dan sebuah lagi untuk Setiausaha Sulit atau untuk Pegawai Pengiring Peribadi atau Dang Perwara yang ditugaskan menyambut semula cenderamata daripada Tuanku. Beri hormat takzim kemudian mara ke hadapan anggaran tiga langkah atau sehingga berhadapan. Kemudian beri hormat takzim sekali lagi barulah sembahkan sembahan itu. Selepas itu berdiri tegak sebentar dan beri hormat takzim sekali lagi. Jika Tuanku menghulurkan tangan untuk bersalam, hendaklah beri hormat takzim sambil mencium tangan baginda. Undur tiga tapak ke belakang. Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing dan kembali ke tempat asal. 2.2.5 Adat Tertib Menyembahkan Sembah Apabila Tuanku Bersemayam(Duduk) Beri hormat takzim dahulu kemudian mara ke hadapan anggaran tiga langkah atau sehingga berhadapan mengadap atau di sebelah kiri kanan tertakluk kepada keadaan tempat baginda bersemayam. Beri hormat takzim dan kemudian kendurkan kaki hingga hampir berlutut dengan lutut kiri mencecah lantai dan sembahkan persembahan itu. Jika Tuanku menghulurkan tangan, sambut serta cium tangan baginda. Kemudian bangun dan berdiri sebentar, beri hormat takzim, undur tiga tapak ke belakang baru duduk semula ke tempat asal atau berpusing dan berjalan balik ke tempat asal, tertakluk kepada keadaan.

*" "

2.2.6 Adat Tertib Duduk Dalam Majlis Apabila duduk berhadapan dengan Tuanku hendaklah duduk dengan penuh adab sopan. Tidak duduk "bersila panggung" atau mengangkat kaki atas kaki atau lulut atau menghalakan tapak kaki ke hadapan Baginda ataupun berlunjur ataupun bersilang kaki. Jika duduk di majlis makan, hendaklah duduk dengan tertib. Kedua-dua tangan hendaklah diletak di atas peha dan tidak berpeluk tubuh. Siku tidak diletak di atas meja dan jika terpaksa meletak tangan di atas meja, letakkan tangan setakat pergelangan tangan di atas meja. Mendagu tidak dibenarkan. Apabila duduk, elakkan dari duduk bersandar seolah-olah badan hendak menggelungsur turun. Dalam majlis rasmi, elakkan dari berbual-bual sesama sendiri sehingga lupa bahawa Tuanku di hadapan. Jika perlu berbincang, bicaralah dengan perlahan dan penuh tertib. Jika Tuanku berangkat lalu di hadapan atau di belakang, di tepi atau di sebelah, adalah takzim jika bangun berdiri mengadap atau berpusing mengadap baginda dan tundukkan kepala sebagai tanda hormat. Bagi wanita, sekiranya duduk mengadap Tuanku di atas lantai, hendaklah bertimpuh dan kain hendaklah menutup kaki bagi wanita yang memakai kain labuh. Jika tidak, bertimpuh sahaja dengan tertib. Bagi lelaki, hendaklah duduk dengan bersila dengan tertib dan sopan dan tidak duduk dengan melunjurkan kaki atau mengangkat lulut dan sebagainya. Merokok tidak dibenarkan. 2.2.7 Adat Tertib Dalam Majlis Makan Terdapat beberapa tertib di meja makan yang perlu dijaga seperti jangan memulakan makan sebelum Tuanku santap. Jauhkan dari menganga besar apabila menyuap makanan. Apabila mengunyah makanan, mulut dan bibir hendaklah ditutup. Jangan bercakap dengan mulut yang penuh makanan. Tentukan penggunaan alat-alat memakan seperti pisau, garpu, camca dan sebagainya, digunakan dengan betul dan jangan sampai berbunyi bising. Sisa-sisa makanan tidak dibiarkan atas alas meja. Selepas habis makan, camca, pisau dan garpu hendaklah disusun rapat dan tidak dibiarkan berselerak. Jika makanan terselit di gigi, elakkan dari mengorek gigi dengan jari. Gunakan napkin untuk menutup mulut apabila mengeluarkan makanan yang terselit di gigi itu. Ketika batuk atau bersin, mulut hendaklah ditutup dengan napkin. Elakkan dari menguap
!+" "

atau sendawa kekenyangan kuat-kuat. Jangan mengorek telinga, menggaru-garu badan, meggeliat, mematahkan jari tangan dalam majlis jamuan. Jauhkan dari mengangkat dagu atau meletak kedua belah siku di atas meja. Apabila duduk di meja makan, bagi wanita, tas tangan hendaklah digantung di sebelah kanan dengan menggunakan "handbag holder" dan tidak sekalikali di atas meja makan walaupun tas tangan tersebut kecil. 2.2.8 Adab Tertib Bertutur Tertib apabila berbicara dengan baginda Tuanku hendaklah sentiasa dijaga, di antaranya :Apabila baginda Tuanku berkenan bertitah, anda hendaklah menjawab "Tuanku" setiap kali bersetuju iaitu menggantikan "Ya". Gunakan "Ampun Tuanku" atau "Tuanku" di pangkal atau di penghujung ayat semasa bertutur mengadap Tuanku. Jika bercakap tentang baginda berdua, hendaklah menggunakan "Tuanku Yang di-Pertuan Agong dan Tuanku Permaisuri Agong". Jauhkan dari menggunakan sebutan pendek dan ringkas seperti :Perkataan Ringkas Agong minta air Sebutan Yang Betul Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong titah berkenan santap kopi. Permaisuri Agong akan berangkat akan Tuanku Raja Permaisuri telah berkenan akan berangkat. berangkat.

Apabila Tuanku menunjukkan dengan jari telunjuk dan sebagainya, jangan meniru perbuatan yang sama, tetapi hendaklah menunjukkan sesuatu itu dengan "ibu jari" sambil menggenggam jari-jari yang lain dan gunakan "Ampun Tuanku atau Tuanku" Kepada Paduka Putera/Puteri, hendaklah tunduk hormat takzim dan bagi wanita hendaklah mengendurkan lutut sedikit dan tunduk hormat. Apabila bercakap gunakan "Tengku", "Mohon Tengku atau Ampun Tengku" di mana-mana yang sesuai.
!!" "

Apabila bertutur dalam Bahasa Inggeris, anda hendaklah sentiasa menggunakan Bahasa Beraja iaitu Royal Vocabulary atau Royal Language atau Royal Term. Elakkan dari menggunakan perkataan Inggeris apabila bertutur dalam bahasa Malaysia melainkan betul-betul fasih menguasai bahasa beraja dalam bahasa Inggeris. Jika terpaksa hendaklah menambah atau menggunakan perkataan: a) "His Majesty" bagi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. b) "Her Majesty" bagi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. c) "Your Majesty" untuk perkataan "Tuanku" bukan "You" atau "Your" atau "Yours"; d) Bagi perkataan "I" gantikan "Patik" walaupun anda menjawab dalam bahasa Inggeris melainkan anda menggunakan "Royal Vocabulary" sepenuhnya. Contoh:"I beg Your pardon, Your Majesty" atau penggunaan Bahasa Melayu/Inggeris "Yes, Your Majesty, patik menjunjung titah Tuanku Elakkan menggunakan perkataan berikut:"Yes, I have ..." "Yes, I can ..." "No, I am not free tomorrow" Contoh menjawab soalan:Titah Tanya Tuanku Awak sudah makan? Jawapan Yang Betul Jawapan Yang Tidak Betul

Ampun Tuanku, patik sudah Ampun Tuanku, patik sudah ayap Tuanku. makan Tuanku.

Mana perginya bola saya?

Ampun Tuanku, patik surang Ampun Tuanku, patik tidak periksa tuanku. tahu tuanku.

!#" "

2.2.9 Adab Tertib Mengiring Terdapat beberapa adab tertib yang perlu dipatuhi apabila mengiring iaitu; i. ii. iii. Apabila mengiring Tuanku, hendaklah berjalan di belakang sedikit daripada Tuanku dan tidak sekali-kali seiring dengan baginda (sebelah kiri atau sebelah kanan). Apabila terpaksa berlalu di hadapan atau di belakang Tuanku, hendaklah tunduk dengan hormat sambil berkata "Patik pohon lalu Tuanku". Apabila baginda berangkat lalu dihadapan, hendaklah memberi tunduk hormat (bagi lelaki). Jika baginda berangkat lalu di belakang, hendaklah berpusing mengadap Tuanku dan menundukkan kepala dan memberi hormat dengan takzimnya. iv. v. Apabila berdiri berhadapan dengan baginda/Kerabat-kerabat Diraja, elakkan dari berpeluk tubuh, bercekak pinggang, menyelok saku atau bersilang tangan di belakang. Bagi wanita yang menjadi pengiring rapat, jangan membawa tas tangan yang bergantung di bahu. 2.2.10 Adat Tertib Mengadap Bagi adab tertib mengadap pula terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti dan diikuti iaitu; i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Berdiri tegak , kedua kaki dirapatkan. Luruskan kedua-dua tangan menundukkan kepala. Jangan terlalu tunduk seolah-olah membongkok yang menyerupai adat hormat masyarakat Jepun Jarak dengan baginda Tuanku tidak terlalu rapat atau terlalu jauh (2 hingga 3 kaki). Ketika bersalaman - hendaklah tunduk hormat/mencium tangan Pegawai Pakaian Seragam Hendaklah memberi "Tabik Hormat". Jika berdiri jauh, perlu "Tabik Hormat" dahulu sebelum berjalan menghampiri baginda.
!$" "

di sisi tubuh, beri sembah hormat (menjunjung duli) /

2.2.11 Adat Tertib Hormat Ketika SPB Tuanku Berdua Bersemayam (Duduk) i. ii. iii. iv. Berdiri tegak - kedua kaki dirapatkan. Luruskan kedua-dua tangan di sisi tubuh- beri sembah hormat (menjunjung duli) / menundukkan kepala. Kemudian menghampiri baginda, berlutut dan mencium tangan baginda. Selepas itu berundur kira-kira tiga tapak, beri sembah hormat (Menjunjung Duli) / menundukkan kepala sekali lagi sebelum berpusing 2.2.12 Adat Tertib Ketika Mengiring SPB Tuanku Berdua i. Apabila mengiring kebawah SPB Tuanku, anda hendaklah berjalan di belakang sedikit daripada Tuanku dan tidak sekali-kali seiring dengan Baginda (disebelah kanan atau sebelah kiri). ii. iii. iv. v. vi. Apabila terpaksa berlalu di hadapan Tuanku, anda hendaklah hormat takzim / tunduk hormat sambil berkata "Patik mohon lalu Tuanku. Apabila Tuanku berangkat lalu di hadapan anda, anda hendaklah memberi hormat takzim / tunduk hormat (bagi lelaki) dan hormat penuh takzim (Courtesy) bagi wanita. Jika Baginda berangkat lalu di belakang anda, anda hendaklah berpusing menghadap Baginda Tuanku dan memberikan hormat takzim / tunduk hormat / hormat penuh takzim. Apabila anda berdiri di hadapan dengan Baginda, elakkan dari berpeluk tubuh, bercekak pinggang, menyeluk saku atau bersilang tangan belakang. Bagi wanita yang menjadi pengiring, elakkan dari membawa tas tangan yang bergantung di bahu. 2.2.13 Adat Tertib Menyembah Sembahan Ketika SPB Tuanku Bersemayam (Duduk) Terdapat tertib menyembah sembahan ketika SPB Tuanku bersemayam ketika sedang duduk iaitu; i. Beri hormat takzim/menundukkan kepala - mara ke hadapan anggaran tiga langkah atau sehingga berhadapan
!%" "

ii. iii. iv. v. vi.

Menghadap atau di sebelah kiri/kanan tertakluk kepada keadaan tempat Baginda bersemayam Beri hormat takzim - kendurkan kaki hingga hampir berlutut dengan lutut kiri mencecah lantai dan sembahkan persembahan itu. Jika Tuanku menghulurkan tangan, sambut serta cium tangan Baginda. Kemudian bangun dan berdiri sebentar, beri hormat takzim. Undur tiga tapak ke belakang baru duduk semula ke tempat asal atau berpusing dan berjalan balik ke tempat asal, tertakluk kepada keadaan.

2.2.14 Adat Tertib Ketika Menyembah Sembahan Terdapat juga adab tertib ketika menyembah sembahan iaitu; i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Sediakan dulang yang beralaskan kain berwarna kuning. Beri hormat takzim/menundukkan kepala - mara ke hadapan anggaran tiga langkah atau sehingga berhadapan Sembahkan sembahan itu dengan menghulurkan dulang. Jangan mengangkat barangan di atas dulang semasa menyembahkan sembahan kepada Baginda. Apabila selesai, berdiri tegak sebentar dan beri hormat takzim sekali lagi. Jika Tuanku menghulurkan tangan untuk bersalam, hendaklah beri hormat takzim sambil mencium tangan Baginda. Undur tiga tapak ke belakang. Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing dan kembali ke tempat asal. 2.2.15 Adat Tertib Ketika SPB Tuanku Berangkat Lalu Dihadapan/ Belakang Adab tertib ketika SPB Tuanku berangkat lalu di hadapan atau di belakang adalah; i. ii. iii. Jika Tuanku berangkat lalu di hadapan atau di belakang, di tepi atau di sebelah,adalah takzim dan santun Jika bangun berdiri menghadap atau berpusing menghadap baginda dan menjunjung duli/tundukkan kepala sebagai tanda hormat. Apabila Tuanku bangun dari tempat bersemayam, para hadirin perlulah juga berdiri sebagai tanda hormat.
!&" "

2.2.16 Adat Menanggalkan Kasut Setiap rakyat yang ingin memasuki istana perlu tanggalkan kasut dan tundukkan kepala kerana istana dan persekitarannya adalah kawasan larangan dan merupakan kawsan yang suci. Larangan ini sebagai simbol penghormatan tertinggi rakyat kepada raja. 2.2.17 Adat Menguruskan Pengebumian Keluarga Diraja Dalam konteks masyarakat Melayu, pengurusan pengebumian keluarga diraja dilakukan mengikut cara yang ditentukan agama Islam dan ia seharusnya mengambil tempat secepat mungkin. Hal ini termasuk memandikan mayat, mengkafankan mayat, seterusnya disembahyangkan dan didoakan serta dikebumikan jasad tersebut dalam sebuah kubur. Jikalau dilihat oleh sudut pandangan masyarakat Thailand, pengurusan pengebumian keluarga diraja juga dipengaruhi agama yang dianuti. Adat yang diamalkan di Thailand mempunyai pengaruh Hindu-Buddha. Hal ini kerana agama yang dianuti oleh masyarakat Thailand sewaktu pemerintahan dahulu ialah Buddha Theravada. Dalam agama ini, raja dianggap mempunyai unsur ketuhanan, mulia dan suci. Seperti adat dan tradisi kerajaan lain, terdapat upacara tertentu untuk menguruskan jasad apabila berlakunya kematian dalam keluarga diraja. Tradisi pengebumian diraja wujud sejak zaman Ayutthaya. Ayutthaya atau Ayudhya merupakan kerajaan Siam yang wujud dari 1351 hingga 1767 (Ancient Royal Traditions: 2008). Agama utama dalam kerajaan tersebut merupakan agama Theravada Buddha. Wat Na Phra Men atau biara pengebumian dibina pada pertengahan zaman tersebut. Dari situ bermulanya tradisi membakar mayat dalam kerajaan Thai. Tradisi ini dipengaruhi sejarah beribu tahun agama Hindu di India. Tradisi ini menganggap bahawa raja-raja akan wujud semula sebagai inkarnasi atau keturunan dewa-dewa. Dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu, terdapat beberapa kematian dalam keluarga diraja contohnya Putri Bejaratana Rajasuda dan Puteri Galyani Vadhana. Apabila berlakunya kematian dalam keluarga diraja, penduduk akan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang. Tentera akan melakukan lintas lalu dan membawa jasad mendiang di dalam keranda emas untuk dimakamkan. Upacara pengebumian Putri Galyani berlangsung selama enam hari dan berakhir dengan abunya dipindahkan ke Memorial Rangsi Vadhana(The Enshrinement of the Royal
!'" "

Ashes: 2008). Hari kedua upacara pengebumiannya, tiga perarakan berlaku. Perarakan pertama bermula dari dewan takhta diraja diiringi tiga ribu askar dan diapit oleh pemuzik upacara tersebut. Dua lagi perarakan melibatkan penggunaan Phra Yannamat Sam Lam Khan iaitu palanquin dari abad kelapan belas seberat tujuh tan, diangkat oleh enam puluh lelaki dan kendi gaharu keemasan jati yang menyimpan abu Puteri Galyani. Kendi tersebut didudukkan tegak di atas pengangkutan seberat empat belas tan. Perarakan seperti ini selalunya disertai oleh ahli keluarga diraja yang lain (Royal Carriages and Palanquins in the Royal Cremation Ceremony: 2008). Upacara seperti ini merupakan tradisi. Ia dilakukan setiap kali berlakunya kematian dalam keluarga diraja.

2.3 Pengunaan Bahasa Di Istana. Bahasa istana merupakan bentuk bahasa yang digunakan dalam kalangan keluarga diraja. Bahasa digunakan apabila berhubung atau berkomunikasi dengan kerabat diraja, serta apabila menyebut hal-ehwal berkenaan raja. Menurut Professor Emeritus Datuk Dr Asmah Haji Omar (2004:1) yang telah menggunakan istilah bahasa diraja dan mengatakan bahawa bahasa diraja ialah bahasa yang digunakan dalam perhubungan kebahasaan di mana sekurang-kurangnyasalah satu pihak terdiri daripada keluarga diraja. Bahasa perhubungan antara kalangan keluarga diraja dengan rakyat jelata mempunyai ciri-ciri khusus yang menandakan perbezaan dengan bahasa orang kebanyakan. Penggunaan bahasa istana mengikut konteks, iaitu baik dalam konteks rasmi mahupun konteks tidak rasmi. Konteks rasmi, iaitu penggunaan bahasa istana dalam urusan rasmi. Sementara penggunaan tidak rasmi pula kegiatan kebahasaan antara keluarga diraja dengan rakyat jelata ketika kegiatan sosial dan kekeluargaan. Bahasa istana mungkin berasal dari bahasa yang sama tetapi mempunyai kosa kata yang berlainan, atau penggunaan bahasa yang berbeza sama sekali. Sebagai contoh, wangsa Seuna yang pernah memerintah negeri Karnataka menggunakan bahasa Kannada bukannya bahasa Sanskrit sebagai bahasa istana, atau bahasa Arab yang menjadi bahasa istana di Parsi apabila negara tersebut ditakluki oleh orang Arab. Keluarga diraja mengunakan gelaran beta untuk kata ganti nama orang pertama yang selalunya digunakan apabila raja atau sultan bertitah kepada rakyatnya. . Di Tanjung Raden, Pusat Jambi, Sumatera Tengah , Indonesia, keturunan keluarga Dirajanya pula menggunakan
!(" "

Baso Kulongge (bahasa hormat) untuk kata ganti nama orang pertama , iaitu Kulo yang mempunyai persamaan bunyi bagi dengan perkataan bahasa istana Kaola di Brunei. Penggunaan di Sumatera juga berkait rapat dengan penggunaan di Jawa, Indonesia yang mengenalkan Krama Kedhaton. Perbezaan ketara dapat dilihat dalam penggunaan bahasa istana terutama dari segi penggunaan kata nama ganti diri orang pertama, kedua dan ketiga yang berdasarkan kepada penutur dan orang yang berbicara dengannya. Mengikut linguistik, bahasa istana dapat dibahagikan kepada tiga ciri utama. Pertama, terdapat senarai ganti nama berdasarkan strata sosial tradisi yang boleh menunjukkan status sosial, pekerjaan dan hubungan kekerabatan. Kedua. bahasa istana mempunyai satu set bidang tugas yang juga berkaitan dengan sosial, pekerjaan, dan hubungan kekerabatan. Ketiga, istilah biasa yang diberi makna khusus dengan perluasan semantik. Sebagai perbandingan dengan bahasa melayu biasa , bahasa istana berkongsi ciri yang sama, tetapi mempunyai beberapa perbezaan dalam ciri-ciri leksikal dan kefrasaan (ungkapan). (Fatimah , 2009:61)

Bahasa Istana Almarhum ampun kurnia anugerah baginda beradu berangkat mencemar duli

Bahasa Biasa Allahyarham maaf beri; hadiah dia (rakyat menyapa raja) tidur berlepas; bertolak berjalan; pergi ke

!)" "

Bahasa Istana berkenan berputera bersabda bersiram bertitah beta daulat gering hari keputeraan hulu iram-iram kaus kurnia mahkota makam mangkat

Bahasa Biasa sudi; suka akan beranak; bersalin berkata mandi berkata saya (raja) bahagia sakit hari jadi kepala payung kasut beri; hadiah topi kubur meninggal dunia

!*" "

Bahasa Istana menghadap murka patik peraduan permaisuri putera puteri santap semayam sembah singgahsana

Bahasa Biasa menjumpai marah saya (rakyat menghadap raja) tempat tidur isteri anak lelaki anak perempuan makan duduk; tinggal memberi salam kerusi kata; perintah

titah

#+" "

2.4 Adat Istiadat Dan Pantang Larang Dalam Teks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu Bagi mengkaji lebih mendalam lagi tentang tradisi-tradisi istana, penelitian juga telah dilakukan berdasarkan aspek adat istiadat dan pantang larang yang terdapat dalam teks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. 2.4.1 Adat Istiadat a) Adat Mengadap Raja Di Balairung Para pembesar akan disusun mengikut pangkat kebesaran masing-masing. Bendahara, Penghulu Bendahari dan Temenggung akan duduk di seri balai. Anak-anak raja akan duduk dibahagian serambi balai sebelah kiri dan kanan. Sida-sida yang muda-muda akan duduk berselang seli dengan Bentara dan hulubalang yang berdiri di ketapakan balai. b) Istiadat Raja ke Istana. Gendang adi dipalu sebanyak tujuh ragam, nafiri dibunyikan. Sampai kali ke tujuh, maka raja pun keluar bergajah di arak ke istana. Mereka yang hadir akan duduk di tanah. c) Adat Menjunjung Duli Empat lima orang kepala bentara yang terdiri daripada sida-sida akan duduk di Seri balai. Segala perkakas diraja seperti ketur,kendi.kipas,dan barang sebagainya diselang selang kedudukannya. Sementara puan dan pedang berada dikelekan kiri dan kanan. Pedang kerajaan akan dipikul oleh Laksamana atau Seri Bija DiRaja. d) Adat Menyambut Kedatangan Utusan Kerajaan Dari Luar Sambutan terhadap kedalangan utusan adalah berbeza mengikut tahap kebesaran kerajaan tersebut. Apabila utusan dari kerajaan yang besar seperti Pasai dan Haru, sambutannya menggunakan selengkap alat kerajaan seperti gendang, serunai bcergajah dan lain-lain. Sekiranya utusan datang dari negeri yang kurang kebesarannya, alat kelengkapan
#!" "

keraiaan untuk sambutan akan dikurangkan, cukup sekadar gendang, serunai sahaja, atau berpayung kuning atau bergajah. Walau bagaimanapun sepersalinan tetap akan diberikan. e) Adat Penganugerahan Gelaran Adat ini dimulakan dengan menjemput mereka yang menerima gelaran ke istana. Jemputan penganugerahan adalah mengikut pangkat dan gelaran yang akan diterima. Jika "Perserian" orang besar-besar akan menjemputnya. Jika "Persangan",orang kecil Di istana, riwayat menjemputnya. Jika "Pertuanan", orang sedang menjemputnya. Orang yang menerima anugerah akan dijemput dengan menggunakan gajah atau kuda. mereka akan dibaca dan diberi persalinan mengikut gelaran yang diberikan. Untuk Bendahara diberi lima ceper persalinan, anak raja dan menteri empat ceper persalinan, dan ada yang tiada berceper sekadar diampu oleh hamba raja. f) Adat Istiadat Perkahwinan Di Raja Adat ini dimulakan dengan adat meminang dan adat berjaga-jaga selama empat puluh hari empat puluh malam. Setelah selesai adat berjaga-jaga itu barulah diadakan majlis akad nikah. Misalnya perkahwinan antara Raja Omar dengan Raja Fatimah, bermula dengan menghantar sirih pinang dan emas belanja, perarakan dengan gajah dan akad nikah oleh kadi. g) Adat Menyambut Malam Tujuh Likur Atau Malam Dua Puluh Tujuh. Pada waktu siangnya sejadah akan diarak ke masjid. Temenggung akan gajah, puan serta segala alat kerajaan dan gendang akan dibawa terlebih dulu ke masjid. Keesokannya, laksamana akan mengarakkan serban. Raia-raja Melayu akan berangkat ke masjid bertengkolok dan berbaju sarung.

h) Adat Raja Berangkat Pada Hari Raya Secara Berusungan


##" "

Raja akan berangkat dengan usungan. Penghulu Bendahari

Kepala usungan kanan akan dipegang oleh

dan sebelah kiri oleh Laksamana. Di sebelah belakang pula

Menteri Kedua. Hulubalang berjalan di hadapan raja dengan membawa alat kerajaan di kiri dan kanan, sementara Bentara memikul pedang. Bendahara berjalan di belakang raja dengan kadi, pakeh segala orang besar dan segala menteri yang tua. i) Adat Menyambut Hari Raya. j) Bendahara dan segala Orang Besar-besar akan duduk berkampung dan usungan akan diarak oleh Penghulu Bendahari. Apabila usungan tiba, segala orang yang duduk dibalai turun berdiri, beratur bersaf-saf gendang akan dipalu tujuh ragam, diiringi nafiri. selepas tujuh kali, raja berangkat menaiki gajah dan diarak ke masjid dan barulah ke istana. 2.4.2 Pantang Larang a) Larangan Memakai Barangan Berwarna Kuning. Orang-orang kebanyakan dilarang memakai sapu Langan, tepi tabir dan bantal besar yang berwarna kuning. Kain baju, destar yang berwarna kuning boleh dipakai sekiranya dianugerahkan oleh raja. b) Larangan Berbuat Rumah Bermanjungan Bertiang Gantung. Rakyat dilarang membina rumah yang bertiang gantung dan tidak terletak ke tanah atau bertiang terus dari atap . c) Larangan Memakai Penduk Dan Teterapan Keris. Orang kebanyakan dilarang bergelang kaki emas dan berkeroncong emas berkepala perak kecuali yang dianugerahkan oleh raja.
#$" "

d) Larangan Bertengkolok Dan Berbaju Sarung. Rakyat biasa tidak dibenarkan memakai baju sarung dan bertengkolok pada hari perkahwinan kecuali dikurniakan oleh raja. dikenakan hukuman denda e) Larangan Berbaju Keling. Rakyat tidak dibenarkan memakai pakaian ini kecuali disediakan oleh orang-orang Besar. Sekiranya adat ini tidak dipatuhi akan dikenakan hukuman denda. f) Larangan Berkelakuan Biadap Terhadap Raja Pembesar. Rakyat mesti menghormati raja dan pembesar, hukuman bunuh. menguis tikar di hadapan Bendahara. g) Larangan Menyebarkan Fitnah. Perbuatan menyebarkan fitnah adalah berdosa besar. tidak bersalah teraniaya. Malah menyebabkan orang yang sekiranya engkar akan dijatuhkan Sekiranya adat ini tidak dipatuhi, akan

Contohnya Perpatih Hitam cuba dibunuh oleh Laksamana kerana

Hukuman bunuh terhadap orang yang menyebar fitnah.

Contohnya, Raja Mandaliar dan Kitul dijatuhkan hukuman bunuh kerana mereka yang bertanggun9jawab menyebarkan fitnah. h) Larangan Tidak Mengikut Perintah Raja. Rakyat atau pembesar mesti mematuhi perintah kerana jika ingkar akan dikenakan hukuman bunuh. i)
"

Contohnya,

Seri Bija Diraja diperintahkan bunuh oleh Sultan

Mahmud Syah kerana tidak datang menghadap pada hari raya. Larangan Memakai Sesuatu Yang Menjadi Hak Seperti Isteri Dan Gundik Raja.
#%"

Sesuatu yang menjadi hak raja tidak boleh diganggu kerana akan dijatuhkan hukuman bunuh. Contoh hukumah bunuh yang dijatuhkan kepada Hang Tuah yang dikatakan telah bermesra dengan salah seorang gundik raja. j) Larangan Menderhaka. Rakyat tidak boleh sesekali menderhaka kepada raja. Sekiranya menderhaka, mereka akan dikenakan hukuman bunuh. Contohnya hukuman bunuh ke atas Bendahara Seri Maharaja serta seluruh ahli keluarganya kecuali Tun Fatimah kerana dikatakan Bendahara sedang merancang untuk merampas kuasa atau cuba mencabar hak dan kedudukan raja. k) Larangan Menggunakan Paying Putih Dan Kuning Payung kuning untuk anak-anak raja dan orang-orang Besar. Manakala payung putih untuk raja. Sekiranya tidak dipatuhi akan dikenakan didenda pati, yakni sekati lima. l) Larangan Bersekedudukan Dengan Isteri Orang Atau Merampas Isteri Orang Hukuman bunuh boleh dilakukan oleh si suami. Contohnya Tun Biajid menimangnimang lembingnya pada sultan kerana perbuatan Sultan Mahmud Syah berkendak dengan isterinya. Pengiring sultan cuba membunuh Tun Biajid kerana berkelakuan biadap depan sultan tetapi baginda melarang kerana tindakan Tun Biajid betul dari segi undang-undang. m) Larangan Mencuri Dan Mengambil Harta Orang Atau Barang Orang Yang Tercicir Hukuman kepada pencuri ialah hukuman bunuh. Sesiapa yang terjumpa harta mesti dihantar ke balai yang disediakan. Contohnya, semasa pemerintahan Sultan Alauddin
#&" "

Riayat Syah, baginda bertindak membunuh pencuri--pencuri yang ditemuinya pada malam baginda menyamar keluar untuk membanteras kegiatan kecurian yang terlalu berleluasa. n) Larangan Menyembah Pembesar Sebelum Menyembah Raja Atau Di Hadapan Raja Perbuatan menyembah pembesar sebelum menyembah raja akan dihukum cerca. Contohnya, Bendahara Seri Maharaja telah mencerca Raja Mandeliar kerana hendak menyembah Bendahara Seri Maharaja di balai raja. o) Larangan Mengambil Tunangan Atau Anak Dara Orang Hukuman bunuh akan dikenakan. Contohnya, Sultan Abdul Jamal berusaha membunuh Hang Nadim kerana telah melarikan tunangannya Tun Teja. Tetapi gagal kerana Hang Nadim sempat berlepas menyelamatkan diri dengan kembali ke Melaka. p) Larangan-Larangan Diraja Mengenai Perhiasan, Pakaian Dan Peralatan Diraja Larangan-larangan memakai kain kuning, membuat rumah dengan bentuk tertentu, membuat perahu dengan kelengkapan tertentu, memakai perhiasan emas, memakai keris tertentu dan lain-lain akan dikenakan hukuman sekati lima. 2.4.3 Kepentingan Adat Istiadat & Pantang Larang

Terdapat beberapa kepentingan adat istiadat dan pantang yang didapati dari kajian terhadap teks Salatus Sulalatin Sejarah Melayu. i. Menggambarkan Keagungan Dan Kebesaran Raja Kedudukan raja yang tinggi dalam struktur pemerintahan dapat dilihat melalui segala adat istiadat dan juga pantang larang yang menunjukkan perbezaan ketara dengan golngan rakyat.
#'" "

Sebagai contoh, kedudukan raja semasa dalam balai penghadapan. Begitu juga dari segi pemakaian emas adalah barangan yang amat berharga adalah khusus untuk untuk golongan raja sahaja. Ini menunjukkan kedudukan dan ketinggian martabat raja di kalangan rakyat. ii. Menggambarkan Keagungan Kerajaan Melayu Melaka. Adat istiadat yang disusun dan diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Syah menunjukkan Kerajaan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan yang agung, besar dan berdaulat. Sistem pentadbiran yang tersusun di mana raja sebagai pemerintah dibantu oleh pembesar-pembesar yang berwibawa bagi melancarkan perjalanan pentadbiran negeri. iii. 2.4.3.3 Menggambarkan Kesetiaan Rakyat. Melalui adat istiadat dan pantang larang dapat menggambarkan masyarakat Melayu yang taat dan patuh serta sanggup menjunjung segala perintah dan peraturan yang dikenakan oleh golongan pemerintah. Mereka beranggapan bahawa golongan raja adalah berdaulat dan wajib ditaati dengan berpegang teguh prinsip :Pantang Melayu Derhaka Kepada Raja. iv. Mengukuhkan Institusi Istana dan Pembesar Melayu Melalui adat istiadat dan pantang larang dapat menggambarkan institusi istana dan kuasa pembesar dilindungi daripada ancaman jahat yang cuba untuk menjatuhkan mereka kerana melalui adat dan pantang larang, rakyat seolah-olah dinafikan hak mereka. Secara tidak langsung golongan istana dan pembesar akan dipandang tinggi dan mulia dan rakyat tidak berpeluang untuk mencabar institusi beraja.

#(" "

3.0 Penutup Istiadat istana ini sememangnya sesuatu perkara yang penting di istana. Adat istiadat merupakan sebahagian daripada kehidupan masyarakat Melayu. Sehingga satu pepatah tercipta iaitu Biar mati anak, jangan mati adat. Istiadat istana ini mengambarkan bahawa tamadun Melayu mempunyai satu cara hidup yang istimewa dan berbeza bebanding tamadun lain. Keistimewaan ini menunjukan perkembangan masyarakat Melayu telah meningkat dari masa ke semasa dari segi ekonomi, sosial dan budaya. Oleh demikian, istiadat istana ini perlulah di pelihara agar tidak dilupai masyarakat. Dalam kajian ini, telah dibincangkan adat istiadat yang terdapat dalam kalangan raja dan rakyat biasa. Bahasa Istana juga merupakan sebuah istiadat yang terdapat dalam tamadun Melayu. Penelitian juga telah dilakukan dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu sebagai salah satu korpus dalam meneliti aspek adat istiadat dan pantang larang yang terdapat dalam tradisi istana Melayu.

#)" "

3.0 Bibliografi Asmah Haji Omar. 2004. Bahasa Diraja. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Hasuria Che Omar, et.al. 2009. Kelestarian Bidang Penterjemahan. Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-12. Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia. Kamus Dewan Edisi Ketiga. 2002. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tardjan Hadidja.1964. Adat Raja-Raja Melayu. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara

#*" "

You might also like