Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

ABSTRAK

Mata pelajaran Sejarah telah dijadikan sebagai syarat wajib untuk mendapat sijil SPM bermula pada tahun 2013. Ia juga melibatkan perubahan format peperiksaan antaranya Sejarah kertas 3 yang dilaksanakan dalam bentuk tugasan dan open book test semasa hari peperiksaan. Antara isu yang menjadi penyebab kepada pelaksanaan tersebut ialah kurangnya kesedaran generasi muda terutama di kalangan murid terhadap kepentingan mempelajari sejarah. Justeru, adalah perlu bagi guru-guru sejarah membangunkan satu modul pengajaran yang menarik minat murid untuk mempelajari sejarah di sekolah. Dengan menggunakan teknologi terkini dan kemudahan internet, pembelajaran Sejarah menjadi lebih

menyeronokkan, mudah dan dapat memperoleh maklumat dengan pantas pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Tambahan pula, generasi kini kebanyakannya memiliki gadget yang membolehkan mereka mengakses aplikasi internet. Kumpulan kami telah diberikan tugasan untuk membina modul pengajaran bagi Tema 5: Perjuangan Rakyat ke Arah Kemerdekaan Tanah Air. Subtema 5.5: Detik-detik Perisytiharan kemerdekaan. Tajuk bagi modul pengajaran ini berfokus kepada Rombongan Merdeka dan Penyediaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Kumpulan kami memilih Frog VLE sebagai platform pengajaran kerana bermula tahun 2014, penggunaan Frog VLE menjadi Key Performance Indicators (KPI) kepada semua sekolah. Jadi dengan penggunaan Frog VLE ini selain dapat meningkatkan KPI sekolah ia juga dapat meningkatkan kemahiran guru dan murid dalam mengendalikan platform ini. Pada mulanya mungkin kebanyakan guru dan murid menganggap bahawa penggunaan platform ini agak membebankan, namun apabila ianya mula digunakan dan mendapat galakan dari pihak sekolah ia akan menjadi lebih menarik dan berbaloi dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan lagi potensi pendidikan di Malaysia. Kami juga berharap agar guru-guru boleh mencuba dan mempelajari penggunaan Frog VLE ini bagi menyesuaikan sistem pengajaran supaya boleh menarik minat murid untuk mempelajari Sejarah kerana murid sekarang lebih cenderung terhadap teknologi moden. Oleh itu, guru-guru juga perlu berubah dan mengikut trends sekarang agar tidak dilabel sebagai guru yang ketinggalan zaman.

SENARAI KANDUNGAN

Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Abstrak Senarai Kandungan

Tajuk

Muka Surat i ii iii 1 9 17 20 23

Latar Belakang Pembinaan Modul Pengajaran Rancangan Pengajaran Harian Antaramuka (Interface) Isi Kandungan Modul Power Point Presentation Lembaran Kerja Nota Ringkas

ii

LATAR BELAKANG PEMBINAAN MODUL PENGAJARAN

1.0 TEMA Tema 5: Perjuangan Rakyat Ke arah Kemerdekaan Tanah Air Subtema 5.5: Detik-detik Perinsytiharan Kemerdekaan

2.0 TAJUK Tajuk: Rombongan Merdeka Rundingan Antara Kaum dan Penyediaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

3.0 TUJUAN PEMBINAAN MODUL Modul pengajaran ini dibina sebagai bahan bantu mengajar digital bagi guru yang menggunakan talian internet. Penggunaan bahan digital dapat menarik minat murid kerana murid boleh melihat sendiri idea yang cuba disampaikan oleh guru disamping murid boleh berinteraksi secara terus. Maka pengajaran dan pembelajaran akan berlaku secara dua hala. Diharap dengan pembaharuan ini dapat memancing minat murid terhadap pelajaran Sejarah.

4.0 MEDIUM PEMBINAAN MODUL Modul pengajaran ini dibangunkan dengan menggunakan platform VLE Frog. Semua guru dan murid di sekolah telah dibekalkan dengan Log in ID dan password masingmasing. Bahan-bahan yang terdapat dalam VLE Frog ini boleh dikongsikan dengan semua pengguna.

5.0 KANDUNGAN MODUL Modul pengajaran ini dimuatkan dengan bahan bantu mengajar digital seperti rancangan pengajaran guru, video, slaid power point, lembaran kerja, nota ringkas dan ruang forum untuk sessi perbincangan.

iii

You might also like