Assemble and Upgrade Computer Components

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA


MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
(F02-01-04-LE1-IS1d)

TAJUK KEMAHIRAN DAN TEKNOLOGI KOMPUTER (RANGKAIAN) – TAHAP 2


TAHAP (SEMESTER 1)

No. DAN TAJUK MODUL M04 COMPUTER ASSEMBLY AND UPGRADING

No. DAN TAJUK LE1 ASSEMBLE AND UPGRADE COMPUTER


PENGALAMAN COMPONENTS
PEMBELAJARAN LE2 INSTALL AND CONFIGURE NETWORK CLIENT
WORKSTATION
LE3 UPGRADE PC
LE4 ANTIVIRUS INSTALLATION

OBJEKTIF PRESTASI ASSEMBLE AND UPGRADING COMPUTER COMPONENTS


AKHIRAN / TERMINAL BY USING EQUIPMENTS, MATERIALS AND TOOLS SUCH
PERFORMANCE AS COMPUTER, HARDWARE MANUALS, ANTIVIRUS AND
OBJECTIVE INSTALLATION PROCEDURES SO THAT:-

1. SUITABLE COMPONENTS ARE VERIFIED AND


INSTALLED PROPERLY.
2. ANTIVIRUS ARE INSTALLED ACCORDING TO
PROCEDURES.

70
ISI KANDUNGAN

LE1 – ASSEMBLE AND UPGRADE COMPUTER COMPONENTS

 TASK 01.07d – Identify pc hardware components.

 TASK 01.02 – Conduct pre-installation hardware/software inspection.

71
No. & TAJUK
PENGALAMAN
LE1 Assemble and upgrade computer components
PEMBELAJARAN

No. & TAJUK TASK 01.07d – Identify pc hardware components.


TASK 01.02 – Conduct pre-installation hardware/software inspection.
TUGASAN

Code No. : F02-01-04-LE1-IS1d


Muka : 1 drp. 7

TAJUK : PERANTI STORAN

TUJUAN :

Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai komponen-komponen dalaman komputer
iaitu peranti storan supaya pelajar boleh mengenalpasti komponen-komponen tersebut dengan tepat.

PENERANGAN :

CAKERA LIUT (FLOPPY DISK)

Cakera liut (floppy disk) adalah peranti menyimpan data yang terdiri dari kepingan bulat nipis mudah lentur (liut),
medium storan bermagnet disarung oleh bekas plastik segi empat sama atau segi empat bujur. Cakera liut
dibaca atau ditulis dengan menggunakan pemacu cakera liut. Cakera liut boleh di dapati dalam dua bentuk saiz
iaitu 5 ¼ inci (jarang digunakan) dan 3 ½ inci.

Kelebihan cakera liut (floppy disk)

• Mudah alih - ia boleh dikeluarkan dan dibawa dari satu komputer ke komputer lain.
• Backup - sesuai unuk membuat salinan fail dari cakera keras untuk simpanan sekiranya fail dalam
cakera keras hilang atau rosak.
• Bekalan perisian baru - salinan asal perisian yang disediakan dalam disket boleh dibeli/disalin dan
pengguna dengan mudah dapat memindahkannya ke dalam cakera keras.

72
Code No. F02-01-04-LE1-IS1d Muka : 2 drp. 7

Kapasiti Data

Cakera liut 3 ½ inci kepadatan berganda (Double Density – DD) boleh menyimpan data sebanyak 720 Kilobait.
Biasanya cakera liut jenis ini hanya mempunyai satu lubang di bahagian atasnya.

Cakera liut 3 ½ inci kepadatan tinggi (High Density – HD) pula boleh menyimpan data sebanyak 1.44 Megabait.
Cakera liut jenis ini boleh dikenali berdasarkan terdapat 2 lubang dibahagian atasnya dan biasanya ditandakan
dengan huruf HD. Terdapat juga teknologi baru yang membolehkan sekeping cakera liut menyimpan data
sehingga 2.88 MB.

Satu kelebihan cakera liut ialah ruang simpanannya boleh digunakan berulang-ulang kali. Data boleh ditulis dan
dipadam mengikut kehendak pengguna bagi memperolehi tahap penggunaan ruang yang maksimum.

Pemacu Cakera Liut (Floppy Disk Drive)

Pemacu cakera (disk drive) merupakan alat yang memegang cakera bagi membolehkan data dibaca atau ditulis
kepadanya. Biasanya setiap komputer mempunyai satu atau dua pemacu cakera, pemacu tersebut biasanya
dinamakan ’drive A’. Sekiranya terdapat 2 pemacu cakera, pemacu yang kedua biasanya dinamakan ’drive B’.

CAKERA KERAS (HARD DISK)

Cakera keras secara umumnya merupakan plat besi yang diselaputi oksida bermagnet. Yang boleh
dimagnetikkan bagi tujuan pewakilan data. Istilah ’keras’ mewakili keadaan fizikalnya yang keras berbanding
cakera liut yang lebih lembut. Terdapat pelbagai saiz cakera keras iaitu 14 inci, 8 inci, 5 ¼ incidan 3 ½ inci. Ia
boleh didapati dalam bentuk fixed disk, disk pack dan removeable hard disk cartridge. Pemacu cakera keras
mempunyai kepala baca tulis untuk menulis data pada cakera keras atau membaca data dari cakera keras.

Kebanyakan komputer mempunyai satu cakera keras secara fizikalnya dan ianya sering berada di bahagian
dalam sesebuah sistem. Biasanya cakera keras akan diwakili sebagai pemacu C atau ’Drive C’ . Sekiranya
sesebuah komputer mempunyai cakera keras tambahan (sama ada secara fizikal ataupun virtual), ianya akan
dikenali sebagai pemacu D, E, F dan seterusnya. Secara amnya, cakera keras adalah kekal di dalam sistem
komputer dan tidak boleh diubah-ubah seperti cakera liut.

73
Code No. F02-01-04-LE1-IS1d Muka : 3 drp. 7

Kelebihan cakera keras

• Cakera keras mampu menampung saiz data yang lebih besar dari cakera liut.
• Membolehkan capaian data dilakukan dengan lebih pantas.
• Proses merekod data dari cakera keras lebih cepat.

CEKERA BOLEHUBAH (REMOVABLE DISK)

Cakera Bolehubah merupakan sejenis storan yang wujud hasil gabungan teknologi cakera keras dan juga cakera
liut.

Ia mempunyai kepantasan yang lebih dari cakera liut (tetapi tidak sepantas cakera keras). Dan juga mempunyai
keupayaan bolehubah seperti cakera liut. Ia juga mempunyai kadar storan data di antara 100 MB sehinggalah
kepada beberapa gigabait.

Cakera Bolehubah sesuai digunakan bagi menyimpan fail yang besar seperti fail multimedia yang terdiri daripada
fail-fail audio, video, animasi dan juga data-data yang penting sebagai salinan kedua cakera keras (Backup).

Jenis-jenis Cakera Bolehubah

Istilah cakera bolehubah boleh mewakili pelbagai jenis cakera. Namun demikian terdapat 2 jenis Cakera
Bolehubah yang popular pada masa ini iaitu :

• Pemacu jenis DAT


• Pemacu jenis Katrij

DAT Cassete

CAKERA OPTIK / CAKERA PADAT (OPTICAL DISK / COMPACT DISK)

Dia awal teknologi penggunaan komputer, kebanyakan program komputer dipasarkan dalam bentuk cakera liut.
Namun, apabila wujudnya masalah di mana program komputer semakin komplek dan memerlukan ruang storan
yang lebih besar, teknologi cakera liut tidak mampu menampungnya lagi. Cakera Optik atau cakera padat mula
diperkenalkan ke pasaran dan mendapat perhatian ramai.

Kategori Cakera Optik

Cakera optic secara amnya boleh dibahagikan kepada 4 kategori utama iaitu:

• CD-ROM (Compact Disk-Read Only Memory) – Cakera Padat – Ingatan Baca Sahaja
• CD-R (Compact Disk-Recordable) – Cakera Padat – Boleh Rakam
• CD-RW (Compact Disk-Rewritable) – Cakera Padat – Boleh Rakam Semula
• DVD (Digital Versatile Disk) – Cakera Digital Serbaboleh

Setiap format cakera yang dinyatakan memerlukan pemacu khas bagi membolehkan proses membaca atau
menulis data dilaksanakan kepadanya.

74
Code No. F02-01-04-LE1-IS1d Muka : 4 drp. 7

i. Cakera Padat – Ingatan Baca Sahaja (CD-ROM)

Cakera padat - Ingatan Baca Sahaja atau CD-ROM mampu menyimpan data dari 650 hingga 700 MB atau
bersamaan dengan lebih daripada 450 X 1.44MB cakera liut. Ia boleh juga dianggarkan bersamaan dengan
hampir lebih daripada 300 000 muka surat bercetak yang dipenuhi dengan teks. Istilah ROM – Read Only
Memory atau ’Ingatan Baca Sahaja’ merujuk kepada keadaan di mana media ini hanya boleh dibaca sahaja (data
daripadanya) tetapi tidak boleh ditulis (data ke dalamnya).

Biasanya pemacu CD-ROM diwakili oleh ’Drive D’ atau ’Drive E’ pada sesebuah sistem komputer dan ianya
bergantung kepada jumlah cakera keras yang terdapat di dalam sistem yang sama. Penentuan aksara bagi
pemacu ini biasanya akan ditentukan secara automatik oleh perisian sistem pengoperasian yang digunakan.

Pembinaan data ke dalam CD-ROM adalah berasaskan kepada teknologi pancaran laser. Ia juga mempunyai
teknologi yang hampir sama dengan cakera padat audio (CD audio). Ini bermakna seseorang boleh
menggunakan pemacu CD-ROM untuk mendengar muzik dari CD audio penyanyi kegemaran masing-masing.
Apa yang membezakan, CD audio hanya mempunyai trek bagi audio sahaja sedangkan CD-ROM mampu
membaca dan menyimpan data dalam bentuk teks, audio, grafik, video, animasi dan sebagainya.

ii. Cakera Padat – Boleh Rakam (CD-R)

Cakera Padat – Boleh Rakam atau CD-R atau Compact Disk – Recordable juga dikenali sebagai WORM atau
Write Once Read Many. Ia merupakan lanjutan dari teknologi CD-ROM yang mampu menyimpan data sehingga
700 MB. Ia juga menggunakan pancaran laser sebagai kaedah penulisan data. Berbanding dengan CD-ROM
yang hanya boleh dibaca, CD-R boleh dibaca dan juga ditulis. Cuma, ianya boleh ditulis sekali sahaja oleh
pemacu khas yang dinamakan pemacu cakera padat-boleh rakam (CD-R drive).

Penulisan data terhadap CD-R perlu dilaksanakan dengan penuh teliti kerana sekali ianya ditulis atau
dirakamkan, ianya tidak boleh dipadamkan (secara fizikal) lagi. Bagi membantu proses penulisan data, perisian
komputer yang khusus perlu digunakan. Antara perisian yang popular dikalangan pengguna ialah Easy CD Pro,
Corel CD-Creator dan Adaptec CD Deluxe bagi pengguna sistem berasaskan Windows dan program CD-Toaster
dikalangan pengguna sistem berasaskan Macintosh. Dengan program-program ini, pelbagai jenis CD boleh
dihasilkan misalnya CD-Data, CD-Audio, CD Video dan sebagainya.

CD-R yang telah siap ditulis oleh pemacu CD-R boleh digunakan pada mana-mana komputer yang mempunyai
pemacu CD-ROM.

75
Code No. F02-01-04-LE1-IS1d Muka : 5 drp. 7

iii. Cakera Padat – Boleh Rakam Semula (CD-RW)

Cakera Padat – Boleh Rakam Semula atau CD-Rewritable (CD-RW) juga kadang kalanya dikenali sebagai CD
Erasable (CD-E). Ia merupakan jalan penyelesaian kepada masalah CD-R yang hanya boleh ditulis sekali. CD-
RW boleh ditulis seberapa banyak kali yang dikehendaki dan juga dibaca sesuka hati dengan kadar simpanan
data sehingga 700 MB.

Pemacu CD-RW biasanya lebih mahal (berharga di antara RM 600 – RM 1500) berbanding dengan pemacu CD-
R. Namun demikian, kelebihannya ialah biasanya ia mampu digunakan bagi menghasilkan bukan sahaja CD-RW
tetapi juga CD-R. Cakera CD-RW juga biasanya lebih mahal berbanding dengan cakera CD-R (iaitu berharga
dalam lingkungan di antara RM 8 hingga RM 20 pada tahun 2001). Kelebihannya ialah ianya boleh digunakan
berulang-ulang kali (biasanya sehingga 1000 kali proses merakam dan memadam dan merakam semula).

CD-RW yang telah siap ditulis oleh pemacu CD-RW boleh digunakan pada mana-mana komputer yang
mempunyai pemacu CD-ROM multiread.

iv. Cakera Digital Serbaboleh (DVD)

DVD ialah sejenis format media penyimpan data dalam bentuk cakera digital yang digunakan untuk menyimpan
data termasuk filem dengan video dan suara berkualiti tinggi. DVD menyerupai cakera padat . DVD mempunyai
dimensi fizikal yang sama iaitu 12cm atau saiz mini 8cm tetapi di encode di dalam format yang berbeza dan pada
kepadatan yang lebih tinggi. DVD mempunyai sistem fail yang di panggil UDF, yang mana ianya merupakan
peningkatan kepada piawaian ISO 9660 yang digunakan pada CD-ROM.

Cakera Digital Serbaboleh (DVD) asalnya lebih dikenali sebagai Cakera Video Digital atau Digital Video Disk dan
kemudiannya digantikan kepada Digital Versatile Disk memandangkan teknologinya tidak bertumpu lagi hanya
kepada video sebaliknya ia lebih serbaguna atau serbaboleh (versatile).

Setiap cakera DVD mampu menyimpan data minima sebanyak 4.7 GB dan maksima sehingga 17 GB. Ini cukup
untuk menampung satu filem digital berkualiti tinggi sepenuhnya.

Teknologi DVD dikatakan bakal menggantikan teknologi CD-ROM sedikit masa lagi. Selain dari itu, DVD juga
dijangkakan akan menggantikan teknologi VHS, cakera laser dan juga video CD (VCD) dalam pengeluaran video
digital kerana kualiti gambar video dari DVD adalah lebih pantas, jelas dan bermutu tinggi berbanding teknologi
yang sebelumnya. Pemacu DVD biasanya mempunyai kadar pemindahan data selaju 660 KBps sehingga 1.3
MBps iaitu 8 kali ganda pantas daripada pemacu CD-ROM.

76
Code No. F02-01-04-LE1-IS1d Muka : 6 drp. 7

STORAN PITA MAGNETIK (MAGNETIC TAPE STORAGE)

Storan pita magnetik secara dasarnya kelihatan seperti pita yang digunakan oleh kaset muzik – pita plastik yang
dilapisi oleh lapisan magnet. Pita biasanya dikeluarkan dalam pelbagai bentuk antaranya pita ½ inci lebar yang
mengelilingi roda (wheel), pita ¼ inci lebar dalam katrij atau kaset dan sebagainya.

Kapasiti atau jumlah data yang mampu ditampung oleh sesebuah pita magnetik biasanya diukur dalam bentuk
kepadatan atau density yang mana ianya mewakili character per inch (cpi) atau bytes per inch (bpi).

Penyimpanan data menggunakan pita magnetik adalah lebih murah berbanding dengan cakera magnetik
terutamanya sekiranya anda mempunyai data yang banyak. Walau bagaimanapun masa capaian data yang
diambil oleh pita magnetik adalah jauh lebih perlahan berbanding dengan cakera magnetik. Ini adalah kerana pita
menggunakan kaedah linear dalam menyimpan dan juga mencapai data.

Cakera pula menggunakan teknologi capaian rawak (random access) yang membolehkan data ditulis atau
dicapai dengan lebih pantas.

Oleh kerana masa capaian pita yang agak perlahan, maka ianya lebih sesuai digunakan sebagai storan jangka
panjang bagi menyimpan data yang jarang digunakan dan juga bagi membuat salinan kedua (backup) sesuatu
data yang penting. Pita juga sesuai digunakan bagi memindahkan data yang besar. Antara format pita magnetik
yang popular di pasaran semasa ialah :

• QIC
• Travan
• DAT(Digital Audio Tape)

77
Code No. F02-01-04-LE1-IS1d Muka : 7 drp. 7

SOALAN :

1. Senaraikan peranti storan yang anda telah pelajari.

2. Nyatakan kegunaan storan.

3. Berapakah kapasiti maksimum data yang boleh dimuatkan dalam cakera liut?

RUJUKAN :

1. Baharuddin Aris, Mohammad Bilal Ali, Jamaluddin Harun dan Zaidatun Tasir, 2001, Sistem Komputer
dan Aplikasinya, Kuala Lumpur, Venton Publishing , ISBN: 983-2031-32-X.

78

You might also like