Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

EKONOMI

CHAPTER 3

Permintaan
– Kesanggupan dan keupayaan pembeli untuk membeli sesuatu barang
dalam kuantiti yang berbeza pada harga yang berbeza dalam satu
tempoh masa tertentu.

Hukum permintaan
– Hubungan songsang antara tingkat harga dan kuantiti diminta. ; ceteris
peribus
– Apabila harga sesuatu barang naik, kuantiti diminta untuk barang
tersebut jatuh
Apabila harga sesuatu barang jatuh, kuantiti diminta untuk barang
tersebut naik.

Harga mutlak
Harga sesuatu barang dalam bentuk wang.

Harga Relatif
– Harga sesuatu barang dalam bentuk barang lain.
– Dikira dengan membahagikan harga mutlak sesuatu barang dengan
harga mutlak barang yang lain
– Apabila harga mutlak sesuatu barang meningkat, harga relatif sesuatu
barang meningkat dan ceteris peribus

Mengapa Kuantiti Diminta Jatuh Apabila Harga Naik


– Orang ramai menggantikan barang yang berharga rendah dengan
barang yang berharga tinggi.
– Hukum Utiliti Marginal Semakin Berkurangan
bagi tempoh masa yang diberikan, utilitimarginal (tambahan) atau
kepuasan yang diperolehi daripada penggunaan bilangan unit
berikutnya yang sama bagi sesuatu barang akan jatuh apabila bilangan
penggunaan meningkat.

Empat cara menggambarkan hukum permintaan


1. Perkataan
2. Simbol
3. Jadual
-Jadual yang menunjukkan kuantiti barang yang diminta pada pelbagai
tingkat harga

4. Keluk
-Gambaran berangka bagi hokum permintaan

Keluk permintaan individu


– Menunjukkan kombinasi harga dan kuantiti bagi barang tertentu untuk
pembeli tunggal.

Keluk permintaan pasaran


– Kombinasi harga dan kuantiti bagi barang tertentu untuk semua
pembeli.
– Diterbitkan dengan mencampurkan keluk permintaan individu

Perubahan dalam Keluk Permintaan


1. Pendapatan
2. Citarasa
3. Harga Barangan yang Berkaitan
4. Bilangan Pembeli
5. Jangkaan Harga Masa Depan
6. Musim – hujan
7. Kemudahan kredit -peraturan ketat : turun
-kemudahan kredit mudah : naik

1. Pendapatan
• Barang normal
barang yang permintaannya meningkat (jatuh) apabila pendapatan
meningkat (jatuh).

• Barang inferior
barang yang permintaannya meningkat (jatuh) apabila pendapatan
jatuh (menigkat).

• Barang neutral
Barang yang permintaannya tidak akan berubah apabila pendapatan
berubah.

2. Citarasa
mempengaruhi amaun sesuatu barang yang sanggup dibeli pada
harga tertentu.

3. Harga barang berkaitan


• Pengganti
– Barang yang boleh digantikan penggunaannya oleh barang lain.
– Hubungan langsung dengan perubahan kuantiti barang pengganti
dan harga sesuatu barang.

• Penggenap
– Barang yang digunakan bersama barang lain
– Hubungan songsang dengan perubahan kuantiti barang penggenap
dan harga sesuatu barang.
4. Bilangan pembeli
• Meningkat
1. Kadar kelahiran
2. Peningkatan migrasi
3. Perpindahan orang ramai

• Menurun
1. Kematian
2. Peperangan
3. Perpindahan

# Perubahan dalam permintaan menyebabkan anjakan dalam keluk


permintaan.
– Disebabkan selain gharga barang itu ; musim, bilangan pembeli
– Jika permintaan bertambah, keluk anjak ke kanan.
– Jika permintaan jatuh, keluk anjak ke kiri.

# Perubahan dalam kuantiti diminta mengubah satu titik di sepanjang


keluk permintaan.
– Disebabkan harga barang itu sendiri

Penawaran
– Kesanggupan dan keupayaan penjual untuk mengeluar dan menjual
sesuatu barang dalam kuantiti dan harga yang berbeza dalam satu
tempoh masa tertentu.

Hukum Penawaran
– Wujud hubungan langsung dengan tingkat harga dan kuantiti barang.
– Tidak boleh diguna pakai untuk barang yang tidak boleh dikeluarkan
semula pada sebarang tempoh masa.
– Apabila harga sesuatu barang naik, kuantiti yang ditawar bagi barang
tersebut naik
– Apabila harga sesuatu barang jatuh, kuantiti yang ditawar bagi barang
tersebut jatuh.

Mengapa Keluk Penawaran Mencerun Ke Atas


– Keluk penawaran yang mencerun ke atas menunjukkan dalam keadaan
tertentu, harga yang lebih tinggi merupakan satu insentif kepada
pengeluar untuk mengeluarkan lebih banyak sesuatu barang.
– Hukum pulangan marginal berkurangan

Keluk penawaran individu


– Kombinasi harga dan kuantiti untuk penjual tunggal

Keluk penawaran pasaran


– menunjukkan kombinasi harga dan kuantiti untuk semua penjual bagi
sesuatu barang tertentu.

Anjakan Keluk Penawaran

1. Perubahan dalam kuantiti ditawar


– Sepanjang keluk ; harga barang itu sendiri

2. Perubahan dalam penawaran


– Peralihan dakam keluk ; kanan dan kiri
– Selain factor hg barang itu sendiri ; teknologi

Faktor Penawaran
1. Harga Sumber Yang Berkaitan
– Jika harga sumber yang berkaitan berubah, keluk penawaran akan
beralih
(Contoh: -Harga kayu meningkat, kos mengeluarkan pintu bertambah)

2. Teknologi
– Kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dengan penggunaan
sumber dalam pengeluaran.
– Teknologi boleh meningkatkan kuantiti yang ditawar dengan
mengeluarkan lebih banyak sesuatu barang dengan menggunakan
sumber yang sama.

3. Bilangan Penjual
– Jika bilangan penjual bertambah, keluk penawaran beralih ke kanan.
4. Jangkaan Terhadap Harga Masa Depan
Jika harga sesuatu barang dijangka naik pada masa depan, pengeluar
akan menangguhkan pengeluaran, keluk penawaran beranjak ke kiri.

5. Cukai dan subsidi – menambahkan kos per unit ; kiri


Subsidi : pembayaran berbentuk wang oleh kerajaan kepada pengeluar
Sesuatu barang atau perkhidmatan

6. Kawalan kerajaan – menghadkan pengeluaran melalui kuota atau


pelesenan

Keseimbangan Pasaran
Persilangan keluk permintaan dan keluk penawaran

Lebihan (surplus) atau lebihan penawaran


Jika kuantiti ditawar melebihi kuantiti diminta akan wujud

Kurangan (shortage) atau lebihan permintaan


Jika kuantiti diminta melebihi kuantiti ditawar akan berlaku

Harga dan kuantiti keseimbangan (equilibrium price)


Harga dimana kuantiti diminta sama dengan kuantiti ditawar adalah
Kuantiti yang sehubungan dengan harga keseimbangan adalah kuantiti
keseimbangan.

Lebihan Pengguna
perbezaan diantara harga paling tinggi atau maksimum yang pembeli
sanggup bayar dengan apa yang sebenarnya pembeli bayar.

Lebihan Pengeluar
perbezaan diantara harga yang penjual terima dengan harga paling
rendah atau minimum yang penjual sanggup jual untuk barang
berkenaan.

Kawalan Harga
• Harga Bumbung
– harga maksimum yang ditetapkan oleh kerajaan ke atas sesuatu
barang yang lebih rendah daripada harga pasaran.
– Harga bumbung boleh menyebabkan:
1. Kurangan (Lebihan Permintaan)
2. Urusniaga Yang Kurang
3. Alat Catuan Bukan Harga
4. Pembelian dan Penjualan Pada Harga Terlarang (Lebih Daripada
Harga Bumbung)
5. Tie in Sales (Jualan Secara Pakej)

• Harga Lantai
– harga minimum yang ditentukan oleh kerajaan ke atas sesuatu
barang yang lebih tinggi daripada harga pasaran.
– Harga lantai boleh menyebabkan:
1. Lebihan (Lebihan Penawaran)
2. Urusniaga Yang Berkurangan

You might also like