Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

http://olahraga2u.wordpress.

com/

Bola Tampar (Siri 2) August 4, 2010 by faozika BOLA TAMPAR SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA Permainan bola tampar diperkenalkan kira-kira seratus sepuluh tahun (110 tahun) yang lalu, iaitu pada tahun 1895. Orang yang bertanggungjawab memperkenalkannya ialah William G. Morgan. Beliau telah memperkenalkan permainan tersebut di Holyoke, Massachussetts, Amerika Syarikat. Ketika itu beliau mendapati permainan bola keranjang agak lasak dan bercadang untuk memperkenalkan permainan yang seumpamanya tetapi kurang lasak. Pada mulanya, permainan ini dinamakan Mintonette, tetapi ditukar kepada volley ball kerana permainan tersebut banyak menggunakan pergerakan secara lambung atau lambungan. Permainan tersebut menjadi agak popular. Tambahan pula ia menggunakan tiub bola keranjang yang lebih lembut dan dapat mengurangkan kecederaan dan kesakitan pada tangan para pemain. Permainan ini mula dipopularkan di luar Amerika Syarikat pada 1900 di Kanada, Cuba 1905, Puerto Rico 1909, Filiphina 1910, Uruguay 1912, China 1913 dan Jepun 1917. Ia terus berkembang selepas Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua, terutamanya oleh tentera-tentera Amerika Syarikat. Pertubuhan Bola Tampar Antarabangsa ditubuhkan di Paris pada tahun 1947. Kejohanan Antarabangsa Pertama pula diadakan pada tahun 1949, iaitu hanya untuk kaum lelaki sahaja. Hanya pada tahun 1952, kejohanan tersebut membuka penyertaan kepada kaum wanita. Permainan ini kemudian maju setapak lagi apabila diterima dan dipertandingkan di Sukan Olimpik, pada tahun 1964 Di Malaysia, permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1927. Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia atau MAVA ditubuhkan pada tahun 1959. BAGAIMANA BOLA TAMPAR DIMAINKAN Bola tampar ialah permainan berpasukan yang dimainkan oleh dua pasukan pada satu-satu masa di mana sesebuah pasukan dibarisi oleh enam orang pemain utama dan enam pemain simpanan. Mata diperoleh dengan meletakkan atau memasukkan bola ke kawasan lawan masing-masing. Para

pemain hanya dibenarkan menggunakan mana-mana anggota badan daripada bahagian atas pinggang untuk memukul atau memainkan bola. Permainan bermula sebaik sahaja wisel ditiup iaitu selepas undian untuk memulakan servis dilakukan. Skor (Pengiraan Mata) 1. Di peringkat antarabangsa, pertandingan dijalankan sebanyak 5 set. Di peringkat sekolah pula, pertandingan atau permainan dijalankan dalam 3 set sahaja. Pasukan yang paling banyak memenangi set permainan, akan diisytiharkan sebagai pemenang. 2. Skor bagi permainan di peringkat antarabangsa dan kejohanan serta perlawan bukan penentuan ialah 25 mata. Bagi perlawanan atas set penentuan, skornya ialah 15 mata, dengan minimun kelebihan 2 mata. 3. Pemain yang membuat servis akan berdiri di sebelah belakang iaitu di sepanjang garisan luar gelanggang. Servis perlu dilakukan dalam tempoh 5 saat selepas wisel dibunyikan. Servis dilakukan bergilir-gilir. Setiap pemain (atas), berpeluang melakukan servis. Pemain yang menghasilkan mata (bawah), akan berpeluang membuat servis sekali lagi dan seterusnya jika markah diperoleh. PUKULAN-PUKULAN DALAM PERMAINAN BOLA TAMPAR 1. Pukulan Menyangga (Digging) Teknik untuk menyangga. Rapatkan kedua-dua ibu jari Luruskan lengan untuk menyangga dengan baik Rendahkan badan supaya bola yang disangga melepasi jaring 2. Pukulan Mengumpan (Setting) Buka jari-jari supaya membentuk tiga segi seperti di dalam gambar dan sentuh bola pada ketinggian kepala Kemahiran mengumpan bola penting supaya rakan sepasukan dapat membuat rejaman

3. Pukulan Rejam/Rejaman (Spiking) Pukulan rejaman dibuat dengan tapak tangan terbuka dan dikeraskan 4. Menghalang (Blocking)

Teknik Pukulan Rejaman Lonjakan bagi menghalang pukulan hendaklah dilakukan serentak dengan lonjakan pemain lawan yang merejam bola

4. Cara Servis 4 cara 1. Pergerakan secara turutan kemahiran servis bawah tangan dengan menggunakan bahagian pangkal tapak tangan yang keras atau bahagian belakang tapak tangan 2. Pergerakan secara turutan bagi kemahiran servis menggunakan teknik pusing 2 belakang 3. Pergerakan secara turutan kemahiran servis gaya putar dengan bola dilambungkan sambil tangan memukul pada bahagian tepi bola. 4. Pergerakan secara turutan kemahiran servis ala tenis dengan bola dilambungkan dengan ketinggian yang agak munasabah dan mudah bagi seseorang pemain untuk memukulnya. PERMAINAN RELI (RALLY) Reli adalah keadaan di mana kedua-dua pasukan berbalas-balas pukulan. Pasukan yang sama handal akan membuatkan permainan berpanjangan dan menjadi menarik. Reli yang panjang membuat sesuatu permainan itu menjadi menarik CADANGAN LATIHAN RALLY 1. Servis Membuat latihan servis ke arah dinding Tandakan pada dinding, garisan melintang yang mempunyai ketinggian dua meter, dua meter setengah dan tiga meter. Pemain dikehendaki berdiri sejauh lima meter daripada jaring dan melakukan servis secara pukulan atas bahu ke dinding. Arahkan pukulan ke sasaran secara berperingkat-peringkat. Kemudian ulangi pukulan pada setiap sasaran sebanyak lima kali. Bola dipukul secara berperingkat-peringkat untuk latihan servis sehinggalah melepasi jaring Latihan servis ke dinding secara pukulan atas bahu. 2. Latihan Pukulan Sangga Latihan Mengumpan Bola

Latihan menyangga bersendirian Melambung dan menangkap bola dengan ketinggian paras dahi Latihan menyangga bola ke dinding bersama rakan Latihan menyangga boleh dilakukan ke arah dinding pada jarak 1 meter dan pada arah ketinggian kira-kira 1.8 meter. 3. Latihan mengumpan dan menyangga pada dinding Latihan mengumpan dan menyangga pada dinding secara berpasangan Latihan mengumpan dengan menggunakan gelung rotan. Latihan mengumpan bersama rakan 4. Latihan rejaman. semasa membuat rejaman, tangan tidak boleh menyentuh atau melintasi jaring 5. Latihan Menghalang/Membuat Hadangan (Blocking) Lonjakan serentak di hadapan jaring Melonjak dan memukul bola melepasi jaring untuk latiham merejam bola Latihan merejam dan menghalang bola. Posted in Bola Tampar | Leave a Comment

Bola Tampar August 4, 2010 by faozika KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPAR

1. Kemahiran servis Servis dilakukan untuk memulakan permainan. Servis dilakukan dari bahagian belakang luar gelanggang.Terdapat dua jenis servis,iaitu servis bawah tangan dan servis atas kepala. Servis atas kepala Gambarajah menunjukkan lakuan servis atas kepala. 1) Fasa Permulaan

Berdiri menghadap jaring dengan kaki seluas bahu. Kaki kiri di hadapan bagi peservis yang menggunakan tangan kanan. Pegang bola dalam tangan lambungan(tossing hand) lebih kurang satu kaki ke sebelah kanan muka peservis yang menggunakan tangan kanan. Menyokong bola dengan tangan servis (serving hand). 2) Fasa Perlaksanaan

Melambungkan bola lebih kurang tiga kaki ke atas kepala dan di hadapan bahu lengan yang membuat servis. Memindah berat badan dari belakang ke hadapan. Menghayun lengan yang membuat servis seperti seperti aksi membaling bola. Memukul bola dengan tapak tangan dan jari di keliling bola. Gunakan pergerakan pergelangan tangan yang cepat untuk melakukan putar depan 3) Fasa ikut lajak

Ikut lajak dengan lengan servis ke pertengahan badan. Memindahkan berat badan dari belakang ke depan. Servis bawah tangan Gambarajah menunjukkan lakuan servis bawah.

1) Fasa Permulaan Berdiri dengan kaki kangkang, jaraknya lebih kurang luas bahu. Kaki kiri ke hadapan untuk peservis yang biasanya menggunakan tangan kanan (right handed server). Kaki depan menuju ke arah di mana servis akan ditujukan. Bengkokkan sedikit lutut. Badan menghadap ke hadapan. Letak bola di tangan kiri untuk peservis tangan kanan di depan dan sebelah kanan badan. Berdiri berjauhan di antara 2 hingga 10 kaki daripada garisan belakang. 2) Fasa Perlaksanaan Lutut dibengkokkan dan kaki ke belakang sedikit. Pada masa yang sama bola dilambungkan terus ke atas di hadapan Tangan akan memukul bola tersebut (striking hand). Semasa bola dilambungkan tangan yang membuat servis di tarik kebelakang mengikut pergerakkan buah bandul jam Apabila bola yang dilambungkan telah mencapai puncaknya, berat badan akan dipindahkan dan hayunan tangan ke hadapan dimulakan. Kontak bola dimulakan tangan memukul (sama ada dengan bahagian bawah tangan, tapak tangan atau buku lima). Bola dipukul di tengah atau di bawah sedikit dengan lengan yang lurus. 3) Fasa Ikut Lajak Ikut lajak dengan lengan servis dihadkan.

Pergerakan tangan ditegarkan untuk mengelakkan putaran bola. Memastikan mata sentiasa mengikut laluan bola.

http://sejarahdankemahiransukan.blogspot.com/2009/08/bolatampar.html BOLA TAMPAR Pengenalan Sejarah atau bola tampar telah mencetuskan perdebatan yang hangat. Walaupun asal usulnya tidak jelas, tetapi dipercayai bahawa terdapat satu permainan yang hampir sama dengan bola tampar telah dimainkan beberapa ratus tahun dahulu di Amerika Tengah, Selatan dan di Asia Tenggara. Di dalam sebuah buku bertajuk Sports and Games yang di karang oleh Howard Keith pada tahun 1942 telah menyatakan bahawa bola tampar di Amerika telah diubahsuai daripada permainan Fraust Ball yang mana telah diperkenalkan di Jerman pada tahun 1893. Pada tahun 1895 David McConnaugh telah memperkenalkan permainan Minton dan di bawa ke Amerika. Kedua-dua jenis permainan tersebut mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan bola tampar Morgan. Walau bagaimanapun, Morgan tetap berpendirian bahawa beliaulah yang telah mencipta permainan bola tampar. Permainan bola tampar telah diperkenalkan pada tahun 1895 di Gimnasium Y.M.C.A., Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof. William J. Morgan pada tahun 1870-1942 sebagai suatu permainan rekreasi. Morgan sebagai seorang pengarah fizikal telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta suatu permainan rekreasi untuk sekumpulan lelaki yang enggan bermain bola keranjang. Pada peringkat mula, permainan ini telah menggunakan bola keranjang, bola ini di pukul dengan tangan supaya ia sentiasa di udara seperti menimbang bola takraw. Kemudian jaring diletakkan di tengah dan beberapa peraturan diwujudkan. Jaring ditinggikan kepada tujuh kaki namun bermain dengan bola keranjang telah menyebabkan tangan pemain menjadi sakit kerana menahan beratnya. Morgan seterusnya telah meminta pertolongan syarikat Spalding untuk

mencipta bola baharu yang dihasilkan dengan menggunakan kulit anak lembu. Sejak itu, permainan ini terus diminati dan diterima oleh masyarakat. Mesyuarat Pengarah Fizikal. Pada mulanya, bola tampar dikenali dengan nama Mintonette dan diubah kepada Volleyball oleh Prof H. T. Halstead pada tahun 1896. Populariti bola tampar bermula pada tahun 1900 apabila Kanada menjadi Negara pertama menerimanya dan kemudiannya diperkenalkan ke India pada tahun yang sama. Sukan bola Tampar terus berkembang apabila ia diperkenalkan ke Cuba (1905), China (1906), Jepun (1908), Puerto Rico(1909) dan Filipina (1910) sebelum ianya diperkenalkan ke Eropah. Semasa Perang Dunia Pertama, tentera Amerika Syarikat memperkenalkan permainan bola tampar ke Eropah; Yogoslavia (1918),Czechoslovakia dan Poland (1919) serta Rusia (1922). Secara beransur-ansur permainan bola tampar telah berkembang daripada peringkat permainan berbentuk rekreasi kepada sukan yang dipertandingkan. Pada tahun 1934, usaha pertama menubuhkan persatuan antarabangsa dan komisi khas telah bermula. Pada tahun 1936, usaha diteruskan semasa Sukan Olimpik Berlin tetapi telah diganggu oleh Perang Dunia Kedua. Perkembangan tersebut telah menyebabkan banyak persatuan bola tampar ditubuhkan. Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1928 dan diikuti oleh Czechoslovakia, Poland, Rusia, Jepun dan Filipina. Perancis, Itali dan Belgium masing-masing telah menubuhkan persatuan bola tampar pada tahun 1936,1945 dan 1946. Pada tahun 1947, Federation Internasionale de Volleyball (FIVB), iaitu sebuah badan rasmi bola tampar dunia ditubuhkan dengan 14 ahli. Presiden pertama badan tersebut ialah Paul Libaud (Perancis) yang memegang jawatan selama 37 tahun.

Peraturan Kawasan Permainan Kawasan permainan merangkumi gelanggang permainan dan zon bebas.

Dimenesi Gelanggang permainan adalah sebuah segiempat tepat bersimetri berukuran 18x9m, dikelilingi oleh satu zon bebas sekurang-kurangnya 3m lebar dan dengan suatu ruang bebas dari sebarang gangguan yang tingginya sekurang-kurangnya 7m dari permukaan permainan. Untuk pertandingan dunia FIVB, zone bebas hendaklah berukuran sekurang-kurangnya 5m dari garisan tepi dan 8m dari garisan belakang. Ruang bebasnya hendaklah sekurang-kurangnya 12.5m tinggi dari

permukaan permainan.

Permukaan Permainan Permukaan mestilah rata, mengufuk dan sekata. Untuk pertandingan dunia FIVB, hanya permukaan kayu atau bahan sintetik sahaja dibenarkan .Semua permukaan mestilah terlebih dahulu FIVB.

diluluskan oleh

Permukaan permainan mestilah bebas dari sebarang punca-punca yang boleh menyebabkan kecederaan kepada pemain .Adalah tidak dibenarkan atas permukaan yang kasar atau licin. gelanggang dalam dewan, permukaan permainan mestilah

bermain di Bagi

berwarna cerah.Untuk pertandingan dunia FIVB , warna putih bagi garisan dan warna yang adalah diperlukan . Bagi gelanggang terbuka di luar, kecuraman 5mm semeter dibenarkan untuk pengaliran air. Garisan gelanggang yang diperbuat daripada bahan dibenarkan. berlainan bagi gelanggang permainan dan zon bebas

pejal tidak

Peralatan

Peralatan permain terdiri daripada jersi, seluar pendek dan kasut sukan Jersi,seluar pendek dan stokin mestilah seragam ,bersih dan sama warna untuk kasut satu pasukan.Semasa pertandingan dunia FIVB untuk dewasa,warna mestilah seraga untuk sesuatu pasukan tetapi jenamany boleh

berbeza warna. Kasut mestilah ringan dan mudah lentu dengan tapak getah atau kulit tanpa tumit.

Jersi pemain mestilah bernombor dari 1 hingga 18 terangkum. Nombor-nombor tersebut mesti dilekatkan pada tengah bahagian depan dan belakang.

Warna nombor mestilah jelas dan muda dibeza daripada warna jersi dan mempunya ketinggian minimum 15cm di data dan 20cm di belakang.Lebarnya jalur yang membentukkan nombor-nombor tersebut hendaklah sekurangkurangnya 2cm. Ketua pasukan mesti memakai jalur berukuran 8 x 2cm dan diletak di bawah nombor di dada.

Bola Bola hendaklah berbentuk sfera, diperbuat daripada suatu lapisan kulit yang mudah lentur dengan satu pundi getah atau bahan yang serupa di dalamnya. Warna: Seragam dan cerah Ukur lilit : 65-67 cm Berat: 260-280 gram Tekanan di dalam : 0.30-0.325g/cm

Pertukaran Yang Dibenarkan Jika kedua-dua pasukan tiba untuk sesuatu perlawanan dengan memakai jersi yang sama warna , maka pasukan tuan rumah mesti tukar jersinya .Di

gelanggang berkecuali ,pasukan yang disenaraikan terdahulu pada jadual pertandingan mesti menukar jersinya.

Referi pertama boleh membenarkan seorang atau beberapa orang pemain: Bermain tanpa kasut Menukar jersi yang basah semasa selangan set atau selepas penggantian dan nombor pemain, dengan syarat jersi baru itu mempunyai warna,corak yang sama.

Dalam cuaca yang sejuk , referi pertama boleh membenarkan pasukan bermain dengan pakaian latihan,dengan syarat mempunyai warna dan bagi keseluruhan pasukan dan dinomborkan dengan betul.

corak yang sama

Objek dan Pakaian yang Dilarang Adalah dilarang memakai objek-objek yang boleh menyebabkan kecederaan atau memberi sesuatu kelebihan yang tidak semula jadi

kepada pemain. Pemain boleh memakai cermin mata atau risiko sendiri. Adalah tidak dibenarkan memakai pakaian seragam yang tidak mempunyai lain. nombor yang rasmi atau warna yang berbeza daripada pemain

Kesalahan-kesalahan Dalam Memainkan Bola Pukulan Empat Kali Sesuatu pasukan didapati melakukan kesalahan jika memukul bola sebanyak empat kali (tidak termasuk bola yang dihadang) sebelum semula ke pihak lawan.

menghantarkannya Bola Dipegang

Kesalahan berlaku jika seseorang pemain didapati tidak memukul bola dengan jelas atau memegang dan melambung bola.

Sentuhan Dua Kali

Kesalahan juga berlaku apabila seseorang pemain memukul bola dua kali secara berturut-turut atau bola itu menyentuh beberapa bahagian badan berturut-turut (kecuali pukulan penerimaan bola pertama).

Menyeberangi Jaring Semasa mengadang, seseorang pengadang boleh menyentuh bola pihak lawa lawan tanpa mengganggu pemain pihak lawan sebelum atau semasa pihak membuat pukulan serang.

Kemahiran Asas 1. Kemahiran servis Servis dilakukan untuk memulakan permainan.Servis dilakukan dari bahagian belakang luar gelanggang.Terdapat dua jenis servis,iaitu servis bawah tangan dan servis atas kepala. Servis Atas KepalaKawasan kontak bola dalam servis bawah tangan adalah pada bahagian lengan. Kaki dominan di belakang . Fleksi kedua-dua belah lutut Pegang bola pada aras atas pinggang. Ayun tangan dan kontak bola pada aras pinggang. Pukul pada bahagian bawah bola.

Tangan memukulke arah sasaran.

2. Kemahiran menyangga

Menyangga ialah kemahiran mengawal bola yang diterima. Kemahiran ini juga bertujuan untuk menaikkan atau melambungkan bola ke udara. Fleksi kedua-dua belah lutut.

Luruskan kedua-dua belah tangan di hadapan badan Kontak bola pada lengan tangan Kedua-dua belah tangan ikut arah pergerakan bola.

3. Kemahiran mengumpan Mengumpan ialah kemahiran melambungkan bola ke udara bagi membolehkan rakan sepasukan melakukan rejaman Fleksi kedua-dua belah lutut. Kedua-dua belah tangan di atas kepala. Kontak bola di hadapan dahi. Luruskan siku dan lutut serentak. Kedua-dua belah tangan arah ke sasaran.

4. Kemahiran merejam Merejam ialah kemahiran untuk mematikan bola dalam gelanggang pihak lawan bagi mendapatkan mata.Pemain perlu memukul bola dengan tapak tangan dengan kencang ke kawasan pihak lawan.

Bergerak ke arah bola. Lompat dengan kedua-dua belah kaki. Kontak bola dengan tangan lurus. Pukul pada bahagian atas bola Fleksi kedua-dua belah lutut semasa mendarat

5. Kemahiran menghadang Mengadang ialah kemahiran untuk menghalang rejaman yang dilakukan oleh pihak lawan. Kemahiran ini memerlukan kuasa otot kaki semasa melakukan lompatan. Badan dan tapak tangan menghadap jaring. Lompat dengan kedua-dua belah kaki. Luruskan kedua-dua belah tangan ke atas. Jarakkan jari-jari tangan. Mata pandang arah pergerakan bola. Fleksikan kedua-dua belah lutut semasa mendarat

Permainan berterusan dengan cara ini, mengumpulkan bolak-balik, sampai menyentuh bola mahkamah dalam batas-batas atau sampai melakukan kesalahan. Kesalahan paling sering yang dibuat adalah baik untuk gagal untuk mengembalikan bola ke jaring dalam dibenarkan tiga sentuhan, atau menyebabkan bola mendarat di luar mahkamah. bola adalah "di" jika ada bahagian yang disentuhnya sampingan atau akhir baris, dan sebuah spike yang kuat boleh menekan bola hanya ketika tanah bahawa sebuah bola yang pada awalnya tampak akan keluar mungkin sebenarnya masuk Pemain mungkin perjalanan baik diluar mahkamah untuk memainkan bola yang telah pergi lebih dari sampingan atau end-line di udara. kesalahan umum yang lain termasuk seorang pemain menyentuh bola dua kali berturut-turut, pemain "menangkap" bola, seorang pemain menyentuh net ketika cuba untuk bermain bola, atau pemain menembusi bawah bersih ke mahkamah lawan. Ada banyak kesalahan lain yang ditentukan dalam peraturan, walaupun kebanyakan mereka adalah kejadian jarang. Kesalahan ini meliputi back-baris atau libero pemain bola pengaruhi atau menghalang (back-baris mungkin spike pemain bola jika mereka melompat dari belakang garis serangan), pemain yang tidak berada di kedudukan yang betul apabila bola dilayani, menyerang melayani di depan mahkamah dan di atas ketinggian bersih, dengan menggunakan pemain lain sebagai sumber sokongan untuk mencapai bola, melangkahi garis batas kembali ketika melayani, mengambil lebih daripada 8 saat untuk melayani, atau bermain bola ketika berada di atas mahkamah lawan. [Sunting] Penilaian Ketika kenalan bola tingkat dalam batas-batas mahkamah atau melakukan kesalahan, pasukan yang tidak membuat kesalahan adalah titik diberikan, apakah mereka melayani bola atau tidak. Pasukan yang memenangi titik berfungsi untuk titik berikutnya. Jika pasukan yang memenangi titik bertugas di titik sebelum ini, pemain yang sama berfungsi lagi. Jika pasukan yang memenangi titik tidak melayani titik

sebelumnya, para pemain pasukan memainkan kedudukan mereka di mahkamah secara mengikut arah jam. Permainan berterusan, dengan pasukan pertama untuk mencetak 25 mata (dan dua mata di depan)

diberikan set. Cocok adalah best-of-lima set dan set kelima (jika perlu) biasanya dimainkan untuk 15 mata. (Scoring berbeza antara kumpulan, perlawanan, dan tingkat; sekolah tinggi kadang-kadang bermain best-oftiga hingga 25; di game NCAA dimainkan best-of-lima hingga 25 pada musim 2008.) [12] Sebelum tahun 1999, boleh mengutip mata hanya ketika sebuah pasukan mempunyai melayani (scoring sisi-out) dan semua set naik hanya 15 mata. The FIVB mengubah peraturan pada tahun 1999 (dengan perubahan yang wajib di 2000) untuk menggunakan sistem penilaian saat ini (sebelum dikenali sebagai sistem rally point), terutama untuk membuat panjang perlawanan lebih dapat diprediksi dan untuk membuat permainan lebih penonton-dan televisyen-ramah.

libero
Pada tahun 1998 Pemain libero diperkenalkan antarabangsa. Libero adalah pemain khusus dalam kemahiran defensif: libero harus memakai warna jersey kontras dari rakan pasukan-nya dan tidak boleh menghalang atau serangan bola ketika sepenuhnya di atas ketinggian bersih. Ketika bola tidak dalam permainan, libero dapat menggantikan pemain belakang-baris, tanpa notis terlebih dahulu kepada para pegawai. Penggantian ini tidak termasuk substitusi batas masing-masing pasukan dibenarkan per set, walaupun libero itu hanya boleh digantikan oleh pemain yang mereka gantikan. libero boleh berfungsi sebagai setter hanya di bawah had tertentu. Jika dia / dia membuat overhand set, ia / dia harus berdiri di belakang (dan tidak menginjak) garis 3 meter, jika tidak, bola tidak boleh diserang di atas bersih di depan garis 3 meter. Sebuah lulus curang dibenarkan dari setiap bahagian daripada mahkamah. Libero ini, umumnya, pemain defensif yang paling ahli dalam pasukan. Ada juga libero pelacakan lembar, di mana wasit atau pasukan bertugas harus menjejaki siapa libero kapal selam untuk masuk dan keluar.Kemungkinan hanya ada satu libero per set (game), walaupun mungkin ada libero yang berbeza padaawal setiap set yang baru (game). Selain itu, seorang libero tidak dibenarkan untuk melayani, mengikut peraturan antarabangsa, dengan pengecualian permainan bola tampar wanita NCAA, di mana perubahan Peraturan 2004 membolehkan

libero untuk melayani, tetapi hanya dalam putaran tertentu. Artinya, libero hanya boleh melayani untuk satu orang, bukan untuk semua orang untuk siapa ia pergi masuk Itu perubahan peraturan juga diterapkan untuk sekolah tinggi dan bermain akan selepas SMP. [Sunting perubahan] Peraturan terkini Perubahan Peraturan lain yang berlaku pada tahun 2000 meliputi membolehkan melayani yang menyentuh bola jaring, asalkan berjalan selama bersih ke mahkamah lawan'. Selain itu, kawasan perkhidmatan diperluas untuk membolehkan pemain untuk melayani dari mana saja di belakang garis akhir tapi masih dalam sambungan teori sela-sela. Laman lain yang dibuat untuk meringankan atas panggilan pada kesalahan untuk membawa dan double-menyentuh, seperti membolehkan beberapa

Ada 5 posisi diisi pada setiap pasukan bola tampar di peringkat elit. Setter, hitter luar / Side hitte Waktu, hitter Tengah, hitter Opposite / Side hitter Kanan dan libero Spesialis / defensif. Masing-masing posisi memainkan peranan, khusus kunci dalam memenangi perlawanan tampar. Setter * mempunyai tugas untuk mendalangi pelanggaran pasukan. Mereka bertujuan untuk menyentuh kedua dan tanggung jawab utama mereka adalah untuk menempatkan bola di udara di mana penyerang dapat menempatkan bola ke mahkamah lawan 'untuk titik. Mereka harus dapat beroperasi dengan hitters, menetapkan tempoh pihak mereka mahkamah dan memilih penyerang berhak menentukan. Setter mesti mempunyai penilaian pantas dan terampil dan ketepatan taktikal, dan harus segera di bergerak di lapangan. Liberos * adalah pemain defensif yang bertanggung jawab untuk menerima serangan itu atau melayani. Mereka biasanya para pemain di lapangan dengan masa reaksi terpantas dan kemahiran lulus terbaik. Libero bermaksud 'tidak' kerana mereka memiliki kemampuan untuk pengganti pemain lain di lapangan saat bermain masing-masing. Mereka tidak selalu harus tinggi, kerana mereka tidak pernah bermain di net, yang membolehkan pemain yang lebih pendek dengan melewati pertahanan yang

kuat dan kemahiran untuk unggul dalam kedudukan dan memainkan peranan penting dalam kejayaan pasukan. Seorang pemain yang dilantik sebagai libero untuk pertandingan tidak mungkin memainkan peranan lain dalam pertandingan itu. Liberos mengenakan kaus warna yang berbeza daripada rakan satu pasukan mereka. * Tengah bloker atau hitters Tengah Pemain yang dapat melakukan serangan yang sangat cepat yang biasanya berlangsung di berhampiran setter itu. Mereka khusus dalam menyekat, kerana mereka harus cuba untuk menghentikan sama cepatnya bermain dari pihak lawan-lawan mereka dan kemudian segera membuat blok ganda di sisi mahkamah. Dalam nonpemula bermain, setiap pasukan akan mempunyai dua hitters tengah. * Di luar hitters atau Waktu hitters sisi serangan dari dekat antena kiri. Para pemukul luar biasanya pemukul paling konsisten dalam pasukan dan mendapatkan set yang paling. Melewati pertama biasanya tidak tepat mengakibatkan set ke hitter luar daripada tengah atau sebaliknya. Sejak set sebahagian besar adalah di luar quality, pemukul di sekitar mungkin mengambil pendekatan yang lebih panjang, selalu bermula dari luar sideline mahkamah. Dalam non-pemula bermain, ada lagi dua hitters luar pada setiap pasukan dalam setiap perlawanan. * Opposite hitters atau Kanan hitters sisi membawa beban kerja defensif untuk pasukan bola tampardi barisan depan. tanggung jawab utama mereka adalah untuk memasang blok terbentuk dengan baikterhadap lawan hitters luar dan berfungsi sebagai sandaran setter. Set sebaliknya biasanya pergi kesebelah kanan antena.

Undang-undang dan Peraturan Pertandingan bola tampar dilaksanakan mengikut Undang-undang Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA) dan peraturan-peraturan am Majlis SukanSekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Antara undang-undang asas permainan bola tampar adalah seperti berikut:

1. Pertandingan bola tampar diadili oleh dua orang pengadil, iaitu pengadil pertama dan pengadil kedua. 2. Setiap pasukan perlu terdiri daripada sekurang-kurangnya enam orang pemain dan tidak melebihi 12 orang pemain yang berdaftar.

3. Servis hanya boleh dilaksanakan selepas pengadil pertama meniup wisel. 4. Servis perlu dilakukan oleh setiap pemain mengikut giliran yang sah. 5. Pemain yang melakukan servis tidak dibenarkan memijak garisan belakang. 6. Setiap pemain boleh menyentuh bola sekali sahaja. Pemain boleh menyentuh bola dengan mana-mana bahagian badan. 7. Setiap pasukan hanya boleh menyentuh atau memainkan bola dengan tiga sentuhan sebelum menghantar ke gelanggang pihak lawan. Pengiraan ini tidak termasuk sentuhan bagi mengadang. 8. Mengadang hanya boleh dilakukan oleh pemain barisan hadapan. 9. Pemain barisan belakang boleh melakukan rejaman tetapi dari luar kawasan serangan. 10. Pemain dilarang menyentuh mana-mana bahagian jaring atau memasuki kawasan pihak lawan. 11. Setiap pasukan boleh melakukan enam pertukaran dalam setiap set permainan bila-bila masa dengan kebenaran pengadil. Pemain yang ditukar perlu diganti dengan pemain yang sama apabila pertukaran dibuat semula. 12. Setiap pasukan boleh meminta dua kalitime-out dalam satu set permainan dengan kebenaran pengadil. 13. Mata kemenangan ialah 25 mata yang dikira secara pengiraan pingpong. Apabila kedudukan mata 24-24, lebihan dua mata diperlukan untuk menentukan kemenangan. 14. Set penentuan, hanya 15 mata sahaja digunakan dengan lebihan dua mata diperlukan untuk menentukan kemenangan 15. Antena berfungsi untuk memastikan bola masih berada dalam kawasan permainan semasa bola masuk ke kawasan pihak lawan 16. Setiap pasukan hendaklah memakai jersey yang mempunyai nombor. 17. Permainan akan dijalankan mengikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan olehInternational Volley Ball Association

You might also like