Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Muhd Shafiq Izri b Rosmi G-15 Blok E, Taman Dagang 68000 Ampang Selangor Darul Ehsan

Pengetua SMA Telok Kemang 71050 Port Dickson Negeri Sembilan Tuan/Puan, Perkara : Rayuan Kemasukan ke SMA TELOK KEMANG Tingkatan 1 2014

24 Disember 2013

Merujuk kepada perkara diatas, saya ingin merayu kepada pihak Tuan untuk mempertimbangkan semula pemohonan kemasukan anak saya ke SMA TELOK KEMANG tingkatan 1 sesi persekolahan 2014. 2. Dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2013 lepas, anak saya telah memperoleh keputusan yang cemerlang dengan keputusan 3A 2B dalam mata pelajaran yang di tawarkan di sekolahnya. Selain memperoleh keputusan yang layak menempatkan dia di sekolah tuan, anak saya juga bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum dengan menyertai badan beruniform Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), sukan olahraga, bola sepak serta kelab Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) pada peringkat sekolah. 3. Untuk pengetahuan pihan Tuan, anak saya ini merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik yang semuanya terdiri daripada lelaki. Jadi, besarlah harapan saya sebagai seorang ayah untuk melihat anak saya ini menjadi pendorong dan pembakar semangat kepada adik-adiknya bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam semua bidang terutama dalam aspek pendidikan. 4. Dengan kemudahan infrastruktur, suasana pembelajaran yang kondusif dan tenaga pengajar yang professional yang disediakan oleh pihak SMA TELOK KEMANG, saya percaya kemudahan yang disediakan adalah jauh lebih baik untuk dibandingkan dengan apa yang anak saya sedang jalani sekarang terutamanya dalam aspek persekitaran pembelajaran yang mana kami mendiami rumah flat yang agak kecil. 5. Diharapkan pihak Tuan/Puan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini seterusnya memberikan peluang kedua kepada anak saya bagi melanjutkan pelajarannya di SMA TELOK KEMANG yang saya percaya merupakan sebuah institusi pendidikan yang terbaik untuk melahirkan modal insan yang seimbang. Segala pertimbangan daripada pihak Tuan saya dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih. Yang Benar, (AHAMAD RAMLEE b MOHAMMED KASSIM)

You might also like