Dasar Ekonomi DR Mahathir

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

1.

0 PENGENALAN Sebelum kedatangan penjajah ke negara Malaysia, ekonomi yang dijalankan oleh penduduk tempatan tertumpu kepada pertanian tradisional. Kaum Melayu pada masa itu

ketinggalan jauh ke belakang dalam semua sektor ekonomi. Kemudian, datangnya penjajah British dan Jepun telah memburukkan lagi keadaan di negara ini. Hal ini kerana penjajah menggalakkan perkembangan masyarakat secara plural melalui amalan dan dasar pecah dan perintah lalu menyebabkan berlakunya jurang perbezaan antara kaum antara kawasan luar bandar dengan bandar yang sangat ketara. Sehubungan dengan itu, pihak penjajah telah menggalakkan kedatangan tenaga buruh asing dari negara luar seperti Cina dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan bijih timah, perdagangan dan perladangan. Akibat daripada pertambahan dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar, jalan-jalan, jalan keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Sebanyak 64.8% iaitu jumlah yang terbesar orang Melayu hidup miskin di negara Malaysia berbanding kaum lain di mana orang cina hanyalah sebanyak 26%, India 39.2% dan lain-lain sebanyak 44.8% pada awal tahun 70-an. Jadi, penggubalan dasar ekonomi telah dibuat bagi membangunkan ekonomi kaum bumiputera khasnya penduduk tanah melayu. Melalui penggubalan dasar ekonomi secara tidak langsung kerajaan dapat merangka rancangan pembangunan secara berperingkat-peringkat. Ianya bertujuan untuk menitikberatkan

pertumbuhan dan perbaharuan ekonomi negara Malaysia.

2.0 DASAR EKONOMI YAB TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD, PERDANA MENTERI MALAYSIA KEEMPAT (1981-2002)

Sejak dilantik sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bin Mohamad tidak pernah letih memperkenalkan perubahan. Langkah awalnya setelah menjadi Perdana Menteri ialah memperkemaskan jentera kerajaan dengan menggerakkan kempen 'Bersih, Cekap, Amanah' dan 'Kepimpinan melalui teladan' ke arah menerap nilai kebertanggungjawaban dan etika murni dalam kalangan kakitangan awam khususnya dan masyarakat amnya. Beliau juga turut

memperkenalkan penggunaan 'kad perakam waktu' dan pemakaian tanda nama kepada semua kakitangan kerajaan.

Tun Dr Mahathir bin Mohamad juga menampilkan 'Dasar Kependudukan 70 juta' ke arah menjadikan Malaysia mempunyai pasaran dalam negara yang mampu menyokong

pengeluarannya. Selain itu, beliau turut memperkenalkan pelbagai slogan, dasar dan konsep baru. Antaranya dasar pandang ke timur, dasar penerapan nilai-nilai Islam, dasar kependudukan 70 juta, wawasan 2020, dan slogan bersih, cekap dan amanah.

Dalam pembangunan ekonomi negara, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad telah memperkenalkan beberapa dasar ekonomi seperti dasar pembangunan nasional iaitu dalam rangka rancangan jangka panjang kedua.

2.1 Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (1991-2000)

Rangka rancangan jangka panjang kedua ialah dasar pembangunan nasional. Dasar ini telah dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad pada 17 Jun 1991 dan ia meliputi Rancangan Malaysia Keenam (RMK6) dan Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK7).

Dasar pembangunan nasional ini telah dilancarkan untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang maju serta meningkatkan perpaduan dan kerjasama antara kaum. Dengan adanya dasar ini, negara Malaysia dapat menjadi lebih maju kerana garis panduan yang terkandung dalam dasar ini ialah mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera (MPPB) bagi menggalakkan penglibatan bumiputera dalam ekonomi. Jadi, secara tidak langsung, taraf hidup penduduk setempat menjadi semakin baik dan mempunyai masa depan yang lebih terjamin.

Selain itu, di bawah dasar pembangunan nasional juga kerajaan telah menumpukan kepada usaha untuk menggalakkan pembangunan seimbang dalam sektor ekonomi dan sosial. Ini bermakna, sektor ekonomi dan sosial negara Malaysia berada dalam keadaan stabil. Di samping itu, kerajaan turut menggalakkan penjagaan alam sekitar dan menggariskan usaha membasmi kemiskinan dalam kalangan golongan penduduk termiskin.

Projek negara disediakan bagi membasmi kemiskinan. Dengan adanya projek negara maka, ia akan menggalakkan lagi kemasukan pelabur asing ke dalam negara untuk meningkatkan peluang pekerjaan. Jadi para penduduk tidak perlu bimbang mengenai ketiadaan peluang

pekerjaan. Turut melaksanakan dasar telekomunikasi dan koridor raya multimedia.

2.2 Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995)

Rancangan Malaysia keenam dijalankan selepas tamat tempoh dasar ekonomi baru, 19701990. Rancangan ini adalah selaras dengan Fasa I Rangka Rancangan Jangka Panjang 2 bagi menambah baik rancangan yang sedia ada. Rancangan ini dilaksanakan kerana untuk

mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara dan memastikan perpaduan dalam kalangan penduduk dikekalkan. Dengan itu, negara Malaysia dapat menjadi sebuah negara yang aman damai dengan rakyat yang bersatu padu.

Selain itu, rancangan Malaysia keenam juga bertujuan mengekalkan penjagaan alam sekitar dan menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat, sekaligus dapat mengatasi masalah kemiskinan. Penggunaan teknologi baru juga sangat digalakkan jadi ia dapat

mendedahkan kepada para penduduk mengenai teknologi terkini. Dengan itu, setiap penduduk mempunyai kemahiran untuk menggunakan teknologi terkini dan dapat menggunakannya dengan baik.

Program pembangunan bagi penduduk termiskin dititikberatkan seperti menyediakan rumah kepada mereka. Selain itu, rancangan ini dapat membaiki kemudahan sektor kesihatan, pendidikan, kemudahan rumah dan kemudahan asas serta peluang pekerjaan di sektor mahir dan kurang mahir dapat ditingkatkan. Yayasan pelaburan bumiputera menggalakkan penduduk

menjadi pengusaha dalam sektor perusahaan dan perindustrian jadi ia dapat meningkatkan pembangunan sosioekonomi melalui Permodalan Nasional Berhad (PNB), Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, ASN serta ASB.

2.3 Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000)

Melalui rancangan Malaysia ketujuh ini, kerajaan telah berusaha untuk meningkatkan taraf hidup penduduk kearah kemajuan sosial dan ekonomi. Ianya dilaksanakan untuk membaiki kelemahan rancangan Malaysia sebelum ini dan program yang belum dapat diselesaikan. Dasar ini dibuat bagi memajukan ekonomi global dan meningkatkan ekonomi negara. Dengan itu, kadar kemiskinan dapat dikurangkan dan masalah sosial dapat diatasi. Selain itu, produktiviti negara dapat ditingkatkan melalui penyediaan modal yang cukup dan membaiki kecekapan buruh. Juga dapat meningkatkan daya saing dalam kalangan petani dan pengusaha serta meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasilkan keluaran baru dan mempertingkatkan kualiti keluaran baru yang sedia ada. Program yang bersesuaian telah dirancang dan dilaksanakan untuk memajukan sektor ekonomi dan mengurangkan import. Lebih banyak institusi pendidikan dibina untuk memajukan pendidikan negara. Kerajaan juga menggalakkan pertumbuhan sector swasta dalam memajukan pembangunan negara.

2.4 Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001-2010)

Dalam rangka rancangan jangka panjang ketiga, dasar wawasan negara telah diperkenalkan. Ia merupakan gabungan antara dasar ekonomi baru dan dasar pembangunan nasional. Dasar ini sebenarnya merujuk kepada cabaran strategi negara Malaysia bagi

menghadapi wawasan 2020 dan program di bawah rangka rancangan jangka panjang ketiga. Selain itu, perlaksanaan dasar wawasan negara juga dapat menjadikan negara Malaysia menjadi sebuah negara yang maju. Dengan adanya dasar wawasan negara, kemiskinan dalam kalangan kelompok kecil miskin di kawasan Bandar dan pedalaman tanpa mengira kaum, kumpulan suku kaum minoriti bumiputera di kawasan Sabah, Sarawak dan orang asli dapat dibasmi serta dapat menyusun semula masyarakat. Kualiti hidup terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah

daripada 30% dapat ditingkatkan dan mngukuhkan lagi ekonomi negara. Selain itu, dasar wawasan negara juga dapat membangunkan Malaysia sebagai sebuah masyarakat yang berasaskan pengetahuan (k-ekonomi) dan menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik. masyarakat yang saksama dapat dilahirkan melalui dasar ini dan seterusnya dapat mencapai penyertaan bumiputera secara berkesan dalam sektor utama ekonomi.

2.5 Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005)

Rangka rancangan jangka panjang ketiga dibentang oleh Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad yang bertempat di Dewan Rakyat pada tanggal 9 Mei 2001. Dasar ini diperkenalkan kerana untuk memulihkan ekonomi negara akibat daripada kemelesetan ekonomi. Bagi memastikan kejayaan ekonomi dibawah rangka rancangan tersebut, Majlis Perundingan Ekonomi Negara Kedua (MAPEN II) yang dianggotai seramai 154 orang ahli, mewakili pelbagai kumpulan masyarakat telah ditubuhkan.

Rancangan Malaysia Kelapan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020 dan menyediakan dasar institusi yang kondusif. Di samping itu, ia juga dapat menjadikan rancangan ini sebagai buku panduan untuk generasi yang akan datang serta menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi bagi membangunkan sektor swasta.

Selain itu, dasar kewangan dan fizikal yang lebih baik perlu diambilkira bagi pembangunan negara manjadi lebih mantap. Membangunkan ekonomi yang berasaskan

pengetahuan juga merupakan strategi rancangan Malaysia kelapan dan seterusnya dapat menyelaras dan memperkukuhkan program dan wilayah.

2.6 Dasar Pandang Ke Timur

Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad tidak gentar dengan kontroversi dan pernah menggemparkan hubungan baik diplomatik Malaysia British dengan mengamalkan dasar 'Buy British Lasts" sebagai satu tindakbalas di atas sikap London yang mendiskriminasikan kepentingan Malaysia. Beliau kemudiannya memperkenalkan 'Dasar Pandang Ke Timur' dengan menjadikan budaya kerja masyarakat Jepun dan Korea sebagai suatu yang harus diteladani oleh rakyat demi meningkatkan produktiviti serta menyemai etika kerja professional.

Antara elemen penting dalam Dasar Pandang Ke timur ialah melihat bagaimana Negara Jepun dan Korea boleh menjadi sebuah negara maju dan menjadi pemimpin dalam beberapa jenis industri dunia. Program penswastaan mula diketengahkannya pada tahun 1983 sebagai satu usaha melihat betapa pentingnya peranan swasta. Tun Dr. Mahathir Mohamad juga melihat beberapa sektor dalam kerajaan perlu diswasta agar dapat diuruskan secara profesional dan menguntungkan serta dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan dalam menjana projekprojek pembangunan.

Dalam memperhebatkan eksport negara, Dr. Mahathir memperkenalkan 'Sogossosha Malaysia yang diceduk dari versi Jepun yang bertujuan menjadikan syarikat-syarikat Malaysia berdaya saing di peringkat antarabangsa dengan penyatuan sumber dalam usaha meluaskan pasaran produk Malaysia. Sehubungan itu, beliau telah melancarkan 'Dasar Perindustrian

Negara' yang bertujuan mengorientasikan kegiatan ekonomi Malaysia kepada eksport barangan industri demi mengurangkan pergantungan ekonomi terhadap komoditi dan seterusnya mempertingkatkan teknologi negara melalui pemindahan teknologi. Melalui dasar ini HICOM, Perwaja dan beberapa kilang berkapasiti tinggi telah diwujudkan.
8

2.7 Penggerak Industri Permotoran Malaysia

Dr. Mahathir mahu Malaysia terlibat dalam industri permotoran agar rakyat negara ini dapat menguasai teknologi dan kekayaan yang ada dalam industri ini. Hasil dasar ini maka lahirnya kereta nasional 'Proton Saga'. Sejak itu, Malaysia menjadi pemain yang aktif dalam industri otomobil dengan mengeluarkan van 'Rusa' dan motosikal 'Kriss' dan menjadi pengeksport kereta yang berdaya maju.

Tidak cukup dengan dengan membuat kereta, Dr. Mahathir juga menggerakkan projek litar Formula 1 yang bakal menjadikan Malaysia salah satu destinasi grand prix dunia. Pada tahun 1993 Malaysia terlibat dalam bidang pengeluaran pesawat terbang ringan 'Eagles X-TS'. Belum sempat rakyat mengejar teknologi negara di jalan raya, beliau telah membawa negara ke angkasa lepas. Beliau mengasaskan Pusat Kajian Sains Angkasa Lepas dan impiannya terserlah dengan terbinanya Planetarium Negara yang dilancarkan pada tahun 1994. Sehubungan itu, beliau telah mengilhamkan agar Malaysia mempunyai satelitnya sendiri.

2.8 Dasar Ekonomi Baru

Matlamat ringkas DEB ialah membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum, menghapuskan identifikasi kaum dengan fungsi ekonomi dan lain-lain. Semasa DEB dilancarkan, kadar

kemiskinan dalam Negara adalah lebih daripada 40 peratus. Hari ini kemiskinan telah turun pada lima peratus. Ini bermakna, matlamat pertama jelas telah tercapai. Bagi matlamat kedua, kejayaan yang terbesar DEB ialah dalam bidang pelajaran. Ramai Bumiputera telah mendapat peluang dalam bidang-bidang profesional sehingga dalam bidang perubatan daripada hanya 8-10 peratus sahaja doktor perubatan yang terdiri daripada Melayu dan Bumiputera tetapi sekarang jumlah mereka mencecah 40 peratus.

Demikian juga dalam profesyen lain, seperti pensyarah dan profesor dalam university di mana jumlah mereka beratus ribu. Apabila ramai individu Bumiputera mendapat saham dari IPO (Initial Public Offer), semuanya menjual saham dengan serta-merta. Kemudian mereka pohon untuk saham baru. Keuntungan daripada jualan saham dihabiskan secara hangus. Kerajaan boleh hentikan agihan saham pada Bumiputera tetapi ini akan menjadikan syarikat yang tersenarai tidak dimiliki sahamnya oleh Bumiputera sama sekali.

Oleh itu, Permodalan Nasional Berhad telah ditubuhkan bagi membeli saham Bumiputera, memasukkannya dalam unit trust (saham amanah) untuk dijual kepada semua Bumiputera kalaupun mereka boleh labur hanya RM10 sahaja. Melalui sistem amanah saham PNB hari ini lebih lapan juta Bumiputera memiliki saham dalam syarikat-syarikat besar. Tanpa DEB tidak mungkin begitu ramai Bumiputera memiliki saham dalam syarikat-syarikat gergasi.

10

3.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, era pantadbiran Dr. Mahathir Bin Mohamad telah membawa banyak perubahan dan pembaharuan dalam negara Malaysia. Dr. Mahathir adalah seorang yang menjaga waktunya, sehubungan itu beliau telah menukar waktu negara dengan mempercepatkan setengah jam di Semenanjung agar selaras dengan Sabah dan Sarawak sebagai satu usaha integrasi nasional. Dalam proses itu Singapura telah diyakinkan untuk turut serta dalam

membaiki dan meningkatkan mutu perkhidmatan dalam sektor awam.

Malaysia juga mengalami pembangunan prasarana yang luar biasa pesatnya di bawah kepimpinan Dr. Mahathir. Contohnya Projek lebuhraya yang menghubungkan utara - selatan dan timur - barat semenanjung telah menjadikan Malaysia negara yang mempunyai rangkaian lebuh raya antara yang terbaik di dunia. Malaysia juga melangkah ke era pengangkutan

berteknologi tinggi apabila transit aliran ringan (LRT) diperkenalkan di Kuala Lumpur.

Dr. Mahathir Mohamad kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari dibelenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya. Bagi Dr. Mahathir falsafah pembangunan haruslah dijana dari dalam, manakala sumbernya bolehlah didatangkan dari luar dan bukan disebaliknya. Beliau mengakui bahawa beliau tidak percaya lagi dengan penulisannya dalam 'Malay Dilemma' tetapi hakikatnya Malay Dilemma sudah tidak relevan sejak Dr. Mahathir memegang pacuan negara. Tun Dr Mahathir Mohamad memikul harapan negara untuk merintis jalan ke arah suatu peranan kepimpinan di dalam dunia ekonomi dan politik antarabangsa.
11

4.0 RUJUKAN

Buku R. Kuberan, Foo Kok Man, Mohd Azami Ahmad. Pengajian Am. pertama sekali diterbitkan (2010). Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd.

Internet http://www.docstoc.com/docs/62014288/DASAR-EKONOMI-BARU-Pengajian-Malaysia-YEEPIN (5/4/2013) http://mahathir-mohamad.blogspot.com/2009/09/dasar-ekonomi-baru.html (6/4/2013)

12

You might also like