Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

KARANGAN DIALOG : Aqilah : Hello, boleh saya bercakap dengan Farhan? Farhan : Ini Farhan bercakap. Siapa disana?

Aqilah : Saya Aqilah. Assalamualaikum Farhan! Farhan : Walalaikummussalam! Oh, awak Aqilah! Mengapa awak tidak hadir ke kelas tambahan semalam? Aqilah : Saya mengikuti ibu saya menghantar abang saya ke MRSM di Kuala Lipis. Jadi, saya tidak dapat menghadiri kelas tambahan semalam. Farhan : Oh, begitu rupanya! Aqilah : Siapakah yang mengajar semasa kelas tambahan semalam? Farhan : Cikgu Hamidi dan Cikgu Azizul yang mengajar kami semasa kelas tambahan semalam. Aqilah : Apakah ada kerja rumah yang diberi oleh Cikgu Hamidi dan Cikgu Azizul? Farhan : Ya, ada! Kerja yang dibekalkan oleh Cikgu Hamidi ialah membuat karangan yang bertajuk "Keluarga Saya", manakala Cikgu Azizul pula meminta semua pelajar membuat latihan dalam buku kerja di halaman 52 . Aqilah : Terima kasih kerana memberitahu saya tentang kerja rumah yang perlu dilakukan. Baiklah, bolehkah pada pukul 5.00 petang ini saya datang ke rumah awak untuk membuat ulangkaji pelajaran bagi menghadapi ujian pengesanan pada minggu hadapan. Farhan : Sama-sama. Silalah datang! Saya akan menunggu awak pada pukul 5.00 petang nanti.

You might also like