Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

DALAM NEGERI

ARKIB : 13/09/2013

MKKM cadang wajibkan ibu bapa hadir kelas kemahiran keibubapaan undang-undang kemahiran ibu bapa

Formatted: Font: (Default) Georgia, 10.5 pt Font color: Black

Zaleha Ismail

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Majlis Kebajikan Kanak- Kanak Malaysia (MKKM) mencadangkan agar kerajaan menguatkuasakan undang-undang mewajibkan ibu bapa menghadiri kelas kemahiran keibubapaan berikutan peningkatan kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak. Presiden MKKM, Tan Sri Zaleha Ismail berkata, langkah itu perlu memandangkan modul sedia ada kurang mendapat sambutan daripada ibu bapa. "Kita boleh lihat modul Kursus Pembangunan Keluarga yang diperkenalkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) meliputi pelbagai aspek kekeluargaan seperti Modul Permata Kasih, Eksplorasi Remaja, Smartbelanja, Smartstart, Bahtera Kasih, Belaian Kasih, Mutiara Kasih dan Pop Komuniti.

"Namun, tidak ramai ibu bapa yang menghadiri kelas seperti ini terutamanya golongan muda, jadi saya berharap kerajaan dapat berbuat sesuatu demi pembangunan dan kesejahteraan kanakkanak di Malaysia," katanya kepada pemberita sempena majlis riang-ria bersama kanak-kanak istimewa dan anak yatim anjuran MKKM di Kelab Darul Ehsan di sini hari ini. Yang hadir sama, Raja Datuk Seri Azureen Sultan Azlan Shah dan Pengarah Eksekutif Berjaya Corporation Berhad, Datuk Zurinah Musa. Menurut Zaleha, ramai ibu bapa masih tidak didedahkan dengan kemahiran keibubapaan dan keadaan itu menyebabkan mereka tidak tahu kewujudan peruntukan-peruntukan yang terdapat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. "Mereka harus sedar bahawa jika mereka tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu bapa atau sengaja mencederakan anak mereka, mereka boleh dihukum dan diambil tindakan," tambahnya. Beliau juga berharap akta kanak-kanak sedia ada dapat dilaksanakan dengan tegas serta penelitian yang lebih telus daripada pihak berkuasa. Dalam majlis berkenaan, MKKM turut menerima cek bernilai RM10,000 daripada Berjaya Corporation Berhad sempena meraikan kanak-kanak istimewa dan anak-anak yatim dari sekolah serta institusi kebajikan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130913/dn_11/MKKM-cadang--wajibkanibu-bapa-hadir-kelas-kemahiran-keibubapaan-undang-undang-kemahiran-ibu-bapa#ixzz2i2RPYvmM Utusan Melayu (M) Bhd

You might also like