Kelab Alam Sekitar

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 16

RAHIMI BINTI

ISAHAK (731019-016432)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
KUALA LUMPUR

HBEF 2703
PENDIDIKAN KOKURIKULUM

TAJUK TUGASAN
PENCARIAN MAKLUMAT (T1A1)

NAMA: RAHIMI BINTI ISAHAK


NO.MATRIK: 731019016432001

SEMESTER JANUARI 2013

RAHIMI BINTI
ISAHAK (731019-016432)

TAJUK
1.0) Pengenalan

MUKASURAT
3

2.0) Visi
3.0) Misi
4.0) Matlamat
5.0) Tujuan Persatuan Alam Sekitar

6.0) Senarai aktiviti dan pertandingan yang akan


dilaksanakan.
7.0) Kelebihan dan manfaat penganjuran aktiviti.

4-5

8.0) Undang-undang atau peraturan.

6-14

9.0) Cabaran-cabaran atau halangan yang dihadapi.


10.0) Lain-lain maklumat yang berkaitan

15
15-16

PERSATUAN ALAM SEKITAR


2

RAHIMI BINTI
ISAHAK (731019-016432)

1.0)

Pengenalan
Murid adalah salah satu aset yang amat berharga dalam menentukan arah pembangunan

pada masa akan datang. Kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting yang perlu
didedahkan kepada murid-murid dan wajib diikuti demi membangunkan potensi diri muridmurid secara menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah berjaya
membina disiplin murid-murid bagi meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun
demikian, masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi yang
semakin mencabar dengan mempelbagaikan aktiviti kokurikulum di sekolah. Bagi mengisi
tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan yang dinamik dan berkualiti
serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi akhlak, jasmani , emosi, rohani
dan intelek ( AJERI ). Di sekolah terdapat pelbagai persatuan dan kelab yang wajib diikuti oleh
murid-murid. Antaranya adalah seperti Persatuan Alam Sekitar.
Persatuan Alam Sekitar telah ditubuhkan pada tahun 2009. Ia merupakan salah satu
persatuan yang aktif di sekolah ini. Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuk penglibatan dari
sekolah-sekolah lain . Persatuan Alam Sekitar ini telah mempunyai 16 orang ahli yang terdiri
daripada murid Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Persatuan Alam Sekitar ini mempunyai
4 orang guru penasihat yang akan mengendalikan segala aktiviti persatuan ini.
2.0)

Visi

Memastikan

kualiti

alam

sekitar

dapat

dikekalkan

bagi

menjamin

kesihatan,kesejahteraan,keselamatan dan keselesaan hidup pada masa kini dan masa


hadapan.
3.0)

Misi Menggalakkan ,meningkatkan dan mengekalkan pengurusan alam sekitar yang


baik dalam proses pembangunan negara.

4.0)

Matlamat Memupuk kesedaran dalam kalangan murid tentang pemeliharaan dan


pemuliharaan alam sekitar.

5.0)

Tujuan Persatuan Alam Sekitar


Tujuan Persatuan Alam Sekitar ditubuhkan adalah bagi:
3

RAHIMI BINTI
ISAHAK (731019-016432)

5.1)

Memupuk nilai murni alam sekitar pada kalangan warga sekolah.

5.2)

Meningkatkan tahap kesedaran murid dan warga sekolah mengenai kepentingan


pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

5.3)

Menggalakkan murid dan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam


dengan berkesan.

5.4)

Meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan


program alam sekitar.

5.5)

Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah


yang mempraktikkan amalan hidup yang sihat.

6.0)

Senarai aktiviti-aktiviti dan pertandingan yang akan dijalankan. Antara cadangannya


ialah:
6.1)

Pertandingan melukis poster Tahap 2 dengan tema: Cintai Alam Sekitar Kita.

6.2)

Pertandingan mewarna Tahap 1 dengan tema: Alam Sekitar Indah Hidup Ceria.

6.3)

Pertandingan rekacipta bahan terbuang Tahap 2 dengan tema: Sayangi Alam


Sekitar.

6.4)

Pertandingan mencari Flora dan Fauna yang tersembunyi Tahap 1.

6.5)

Pertandingan menulis sajak (kolaj kreatif) Tahap 2 dengan tema: Alam Sekitar.

6.6)

Petandingan menulis esei Tahap 2 dengan tema: Alam Sekitar.

6.7)

Pertandingan membuat kolaj kreatif dengan tema:Cintai Alam Sekitar Kita.

RAHIMI BINTI
ISAHAK (731019-016432)

7.0)

Kelebihan atau manfaat penganjuran aktiviti atau pertandingan.


7.1)

Dapat meningkatkan daya kepemimpinan murid. Daya kepemimpinan ini dapat


dipupuk apabila seseorang murid dilantik sebagai ketua dalam sesuatu aktiviti
atau pertandingan. Daya kepemimpinan ini juga amat berguna kepada muridmurid apabila mereka dewasa kelak. Sebagai contohnya, murid yang pernah
memimpin sesuatu pertubuhan kelab (alam sekitar, seni visual),badan beruniform
(pengakap, kadet remaja) atau persatuan (Matematik, Sains), mereka akan lebih
yakin untuk menjadi pemimpin sesuatu organisasi pada suatu hari nanti. Oleh itu,
daya kepemimpinan ini haruslah dipupuk sejak awal lagi kerana kalau hendak
melentur buluh biarlah dari rebungnya.

7.2)

Penyertaan dalam pertandingan ini juga dapat memupuk semangat perpaduan dan
dan kerjasama di dalam kalangan murid. Semangat perpaduan dan ini adalah amat
penting dalam mewujudkan negara yang aman dan makmur. Semangat perpaduan
dan kerjasama dapat dipupuk apabila murid melibatkan diri dalam aktiviti atau
pertandingan yang dianjurkan oleh guru bak kata perpatah ,bekerjasama bagai aur
dengan tebing dalam sesuatu aktivti atau pertandingan. Secara tidak langsung,
hubungan antara murid akan bertambah erat dan kukuh ibarat isi dengan kuku
serta bersatu untuk mencapai matlamat yang diharapkan kerana bersatu teguh
bercerai roboh.

7.3)

Penglibatan murid dalam Persatuan Alam Sekitar juga dapat mengembangkan


potensi seseorang murid. Sesetengah murid tidak mengetahui kelebihan yang
terdapat pada dirinya. Melalui penglibatan dalam aktiviti atau pertandingan yang
dianjurkan oleh guru, kelebihan itu akan dapat diketahui tanpa disedari oleh murid
itu sendiri. Sebagai contohnya, ada murid yang tidak mengetahui kelebihan yang
ada pada dirinya, tetapi setelah menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh guru,
bakatnya terserlah dan terus bergiat dalam acara yang diminati dan akhirnya
menjadi juara di dalam apa jua pertandingan yang dianjurkan oleh persatuan
tersebut. Murid ini juga akan berpeluang untuk mewakili persatuannya untuk
bertanding pada peringkat sekolah. Kejayaan pada peringkat sekolah pula akan
5

RAHIMI BINTI
ISAHAK (731019-016432)

membawa murid tersebut untuk mewakili daerah, negeri, dan kemudiannya


negara.

8.0)

Undang-undang atau peraturan

PERSATUAN ALAM SEKITAR


SK KESANG TASEK, SUNGAI MATI, LEDANG, JOHOR

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN)

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan


Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11,
Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini
dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Persatuan Alam Sekitar, SK Kesang Tasek ,
84400 Sungai Mati Ledang yang selepas ini disebut sebagai persatuan sahaja.

PERATURAN 1
a.

NAMA DAN ALAMAT

Nama Kelab :

Persatuan Alam Sekitar


SK Kesang Tasek Sungai Mati, Ledang , Johor
6

RAHIMI BINTI
ISAHAK (731019-016432)

b.

Alamat:

SK Kesang Tasek,
84400 Sungai Mati,
Ledang , Johor Darul Takzim

PERATURAN 2

MATLAMAT

Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang
dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
PERATURAN 3
3.1)

OBJEKTIF

Supaya ahli dapat menganggotai Persatuan Alam Sekitar dengan lebih terpimpin
dalam menimba ilmu dan memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri.

3.2)

Menyemai perasaan cintakan alam semula jadi.

3.3)

Keseimbangan antara perkembangan mental(akademik) dengan perkembangan


sosial, jasmani dan rohani murid.

3.4)

Pengukuhan interaksi di kalangan murid di sekolah.

3.5)

Menyemai perasaan cintakan alam semula jadi.

3.6)

Peningkatan minat dan kemahiran murid dalam menjaga alam sekitar.

3.7)

Pengisian masa lapang murid dengan perkara berfaedah,memberi kegembiraan


serta pembinaan kesihatan dan kesejahteraan diri.

3.8)

Peningkatan disiplin murid melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap
positif,selaras dengan hasrat Rukun Negara.

PERATURAN 4

KEAHLIAN

RAHIMI BINTI
ISAHAK (731019-016432)

4.1)

Dibuka kepada semua murid tahap1 (Tahun 3) tahap 2


dan

6 ) sekolah

( Tahun 4, 5

ini.

4.2)

Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan

4.3)

Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan


akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

PERATURAN 5

GURU PENASIHAT

5.1)

Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

5.2)

Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan


sesuatu aktiviti.

5.3)

Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti


dijalankan.

PERATURAN 6

AHLI JAWATANKUASA

6.1)

Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

6.2)

Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang
tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai
Ahli Jawatankuasa.

6.3)

Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

6.4)

Ahli

Jawatankuasa

Kecil

boleh

dilantik

oleh Guru

Penasihat tanpa

mengadakan mesyuarat.
6.5)

Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar


surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

6.6)

Ahli Jawatankuasa Persatuan Alam Sekitar hendaklah terdiri:6.6.1

Pengerusi

6.6.2

Naib Pengerusi
8

RAHIMI BINTI
ISAHAK (731019-016432)

6.6.3

Setiausaha

6.6.4

Penolong Setiausaha

6.6.5

Bendahari

6.6.6

Penolong Bendahari

6.6.7

Ahli Jawatankuasa(bilangan bergantung keperluan)

PERATURAN 7
7.1)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

Pengerusi
7.1.1

Mempengerusikan

semua

mesyuarat

dan

bertanggungjawab atas

kesempurnaan semua mesyuarat


7.1.2

Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang


diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

7.1.3

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari


masa ke semasa.

7.2)

Naib Pengerusi
7.2.1

Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang


diberi.

7.2.2

Mempengerusikan mesyuarat semasa


ketiadaan pengerusi.

7.2.3

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari


masa ke semasa.

7.3)

Setiausaha
9

RAHIMI BINTI
ISAHAK (731019-016432)

7.3.1

Menguruskan hal-hal surat menyurat.

7.3.2

Mencatat

dan

menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-

kegiatan.
7.3.3

Mencatat kehadiran ahli

7.3.4

Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan Persatuan Alam


Sekitar.

7.3.5

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari


masa ke semasa.

7.4)

Penolong Setiausaha
7.4.1

Membantu

setiausaha

dalam

menjalankan

segala tugas dan

tanggungjawabnya.
7.4.2

Menjalankan

tugas

setiausaha

sewaktu

ketiadaan setiausaha.

7.4.3

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari


masa ke semasa.

7.5)

Bendahari
7.5.1

Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan Alam


Sekitar.

7.5.2

Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan


dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.

7.5.3

Menyediakan Penyata

Kira-Kira bulanan

dan tahunan serta

menandatanganinya.
7.5.4

Melaporkan

kedudukan

kewangan

sekiranya

diminta

di dalam

mesyuarat ahli jawatankuasa.


7.5.5

Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam


Mesyuarat Agung.
10

RAHIMI BINTI
ISAHAK (731019-016432)

7.5.6

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari


masa ke semasa.

7.6)

Penolong Bendahari
7.6.1

Menjalankan tugas-tugas bendahari sewaktu ketiadaan bendahari.

7.6.2

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari


masa ke semasa.

7.7)

Ahli Jawatankuasa
7.7.1

Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang


dilaksanakan.

7.7.2

Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

7.7.3

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari


masa ke semasa

7.8)

Pemeriksa Kira-Kira
7.8.1

Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan


dan bertangungjawab keatasnya.

7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.


PERATURAN 8
8.1)

KEWANGAN

Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui

derma yang diputuskan

semasa Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM 1.00 seorang


sebulan.
8.2)

Persatuan ini juga

boleh

memperolehi

kewangan melalui aktiviti yang

dijalankan.
11

RAHIMI BINTI
ISAHAK (731019-016432)

8.3)

Ahli-ahli

yang

perbelanjaan

besar

bersetuju

menyertai

aktiviti

yang memerlukan

boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti

tersebut.
8.4)

Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SUWA


sekolah, sekiranya mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar.

PERATURAN 9
9.1)

KEHADIRAN/PENYERTAAN

Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh


Persatuan Alam Sekitar sepanjang tahun.

9.2)

Kegagalan

berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki

menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam


penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.
PERATURAN 10

AKTIVITI

10.1) Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli
jawatankuasa.
10.2) Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan
kepada pengetahuan ahli.
PERATURAN 11

PERATURAN-PERATURAN

11.1) Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.


11.2) Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
11.3) Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.
PERATURAN 12

TINDAKAN DISIPLIN

12

RAHIMI BINTI
ISAHAK (731019-016432)

12.1) Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak
mematuhi peraturan yang ditetapkan.
12.2) Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
12.2.1 Amaran lisan
12.2.2 Amaran bertulis
12.3) Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat
rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru
Penasihat adalah muktamad.
PERATURAN 13

PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1) Mana-mana bahagian

dalam

perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

13.2) Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli

jawatankuasa,

Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.


13.3) Satu

mesyuarat khas

yang

dihadiri

oleh

Guru Penasihat dan

Ahli

Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika


perlu.
13.4) Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh
Guru Besar.
PERATURAN 14

PEMBUBARAN PERSATUAN

14.1) Guru Besar

diberi

kuasa

untuk

membubarkan

persatuan

jika didapati

melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.


14.2) Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat
Agung Tergempar.

13

RAHIMI BINTI
ISAHAK (731019-016432)

PERATURAN 15

HAL-HAL LAIN

15.1) Setiap

ahli

perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang

dijalankan.
15.2) Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

................................................
(Pn. Rahimi binti Isahak)
Setiausaha
Persatuan Alam Sekitar

.................................

.................................

( Cik Norhayati bt.Abdul )


Pengerusi
Persatuan Alam Sekitar

( En.Zairi bin Kadir )

Guru Penasihat
Persatuan Alam Sekitar

14

RAHIMI BINTI
ISAHAK (731019-016432)

9.0)

Cabaran-cabaran dan halangan yang dihadapi untuk menggalakkan penyertaan dalam


aktiviti-aktiviti atau pertandingan yang dianjurkan, antarnaya:
9.1)

Kesuntukan masa. Kekangan masa menyebabkan aktiviti-aktiviti tersebut sukar


dijalankan dalam waktu persekolahan. Maka dengan itu guru penasihat boleh
melakukan aktiviti pada hari Sabtu . Jika melibatkan murid Tahap 1, pihak
pentadibir perlulah memasukkan slot tersebut di dalam takwin sekolah.

9.2)

Kerjasama dari pihak pentadbir. Kerjasama amat perlu bagi melancarkan segala
aktiviti yang telah dirancang supaya dapat berjalan dengan lebih lancar.

9.3)

Kerjasama dari ibu bapa juga perlu. Aktiviti yang memerlukan bahan kitar semula
atau bahan yang terdapat di rumah masing-masing seperti tin kosong, surat khabar
lama, majalah dan sebagainya memerlukan jasa baik ibu bapa dalam penyediaan
bahan-bahan tersebut sebagai persediaan untuk di bawa ke pertandingan yang di
anjurkan oleh Persatuan Alam Sekitar.

10.0) Maklumat lain yang bersesuaian:


a) Kepentingan menjaga alam sekitar

Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar.

Dapat mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan karbon


dioksida.

Dapat mengelakkan pembiakan serangga yang mampu membawa penyakit


seperti malaria, denggi ,taun dan sebagainya.

Dapat mengelakkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Sumber perubatan dengan pertumbuhan tumbuhan herba.


15

RAHIMI BINTI
ISAHAK (731019-016432)

Dapat meningkatkan ekonomi negara dengan kehadiran pelancong asing.

b) Langkah-langkah untuk menjaga alam sekitar:

Pendedahan media massa dan media elekotonik seperti surat khabar,


televisyen, radio dan komputer.

Kempen menjaga alam sekitar diperluaskan ke sekolah-sekolah, pejabatpejabat dan masyarakat setempat.

Pendidikan alam sekitar diajar secara formal di sekolah-sekolah bagi memberi


kesedaran tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar.

Penggunaan teknologi moden yang dapat mengurangkan pencemaran alam


sekitar.

16

You might also like