Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 38

TAJUK: PERBEZAAN INDIVIDU

AHLI KUMPULAN: LEE SEO LIN LEE HOOI SUN

Perbezaan individu

Pelbagai keupayaan Pelbagai taksonomi Ramalan Perbezaan pembolehubah individu

Perbezaan individu
Dalam mempelajari kemahiran motor, kebolehan seseorang untuk menguasai sesuatu kemahiran adalah berbeza. Terdapat juga peringkat-peringkat yang berbeza dalam aspek psikomotor (perkembangan

kemahiran dan kebolehan otot fizikal )berdasarkan


pelbagai taksonomi.

PELBAGAI TAKSONOMI
Taksonomi Fleishman Taksonomi Simpson Taksonomi Jewett

Taksonomi Dave
Taksonomi Harrow

Taksonomi Fleishman
Berdasarkan Fleishman (1972), dua taksonomi keupayaan motor iaitu: i ii keupayaan persepsi motor kecekapan fizikal

Ciri-ciri Keupayaan Persepsi Motor


Koordinasi pelbagai anggota

Ketepatan kawalan
Orientasi respons

Masa reaksi
Kelajuan pergerakan tangan Membidik atau mensasar

Kadar kawalan

Ketangkasan manual
Kecekapan jari

Ketegapan tangan
Kelajuan jari dan pergelangan tangan

Keupayaan persepsi motor


Koordinasi pelbagai anggota
Kebolehan menyelaras pelbagai anggota
badan dalam satu pergerakan pada masa

yang sama.
Contoh: Mengelecek bola hoki sambil berlari

memerlukan koordinasi mata-tangan dan


koordinasi tangan kaki.

Ketepatan kawalan
Kebolehan mengawal kualiti pergerakan agar hasil pergerakan adalah kemas dan tepat. Pergerakan melibatkan otot besar. Contoh: atlet terjun papan anjal dapat mengawal pergerakan postur semasa terjunan.

Orientasi Respons
Keupayaan tentukan respon yang sesuai
dihasilkan mengikut keperluan persekitaran. Contoh: Keupayaan penjaga gol untuk mengecilkan sudut bagi pihak lawan menjaringkan gol.

Masa reaksi
Kebolehan melakukan tindak balas segera terhadap rangsangan dalam tempoh masa yang singkat. Contoh : Masa yang diambil oleh seorang pelari 100m untuk memulakan larian selepas mendengar bunyi tembakan permulaan.(kaki meninggalkan garisan)

Kelajuan pergerakan tangan


Keupayaan mengubah tangan daripada

kedudukan asal ke kedudukan lain dengan


pantas. Contoh: penjaga gol dengan spontan bertindak menepis keluar bola yang datang ke arahnya dalam keadaan tidak bersedia.

Kadar kawalan
Kebolehan mengubahsuai kelajuan tangan
dan kaki supaya selaras dengan respons persekitaran. Contoh: pemain badminton menukar rentak permainan dengan pukulan laju secara tibatiba untuk mengelirukan pihak lawan.

Ketangkasan manual
Keupayaan menggerakkan keseluruhan

bahagian tangan dengan memanipulasikan


alatan yang bergerak laju. Contoh: seorang pemain bola jaring dapat menerima hantaran bola yang bergerak laju.

Kecekapan jari
Keupayaan jari memanipulasi objek-objek

kecil.
Contoh: penggunaan jari-jari dalam permainan softbol.

Ketegapan tangan
Keupayaan untuk mengubah kedudukan tangan dengan tepat supaya dapat meminimakan tenaga.

Contoh: pemain tenis yang melakukan


hantaran kilas, kedudukan tangan yang tegap membantu meminimakan tenaga yang digunakan.

Kelajuan jari dan pergelangan tangan


Keupayaan jari dan pergelangan tangan
melakukan pergerakan alternatif dengan pantas. Contoh: seorang pemain badminton yang boleh melakukan pukulan kilas dengan laju dan tepat.

Membidik atau mensasar


Kebolehan membidik atau mensasar sesuatu objek dengan tepat menerusi pergerakan pantas. Contoh: dalam acara menembak, memanah dan menjaringkan bola jaring

atau bola keranjang.

Ciri-ciri Kecekapan Fizikal


kekuatan statik kekuatan dinamik kekuatan eksplosif kekuatan bahagian anggota atas kelenturan statik kelenturan dinamik koordinasi asas keseimbangan asas daya tahan

Kekuatan statik
Daya maksimum yang dikenakan ke atas objek luaran yang statik (pegun) Contoh: menolak dinding.

Kekuatan dinamik
Kekuatan otot menghasilkan daya pergerakan yang berulang-ulang. Contoh: mengangkat dan menurunkan beban berulang kali dalam latihan angkat berat.

Kekuatan eksplosif Keupayaan memindahkan tenaga kepada

daya secara eksplosif.


Contoh: melakukan lonjakan dalam lompat jauh. Kekuatan tubuh bahagian atas badan Kekuatan otot pada bahagian badan. Contoh: otot bahagian abdomen dan pektoralis major.

Kelenturan statik Kebolehan melentur atau meregang bahagian badan dan belakang badan. Contoh: melentik badan ke belakang.

Kelenturan dinamik
Kebolehan melentur otot bahagian badan

secara berulang-ulang.
Contoh: duduk melunjur dan sentuh hujung jari kaki.

Koordinasi asas
Kebolehan menyelaras pelbagai anggota badan semasa pergerakan. Contoh: semasa menerima servis, melibatkan koordinasi mata-tangan dan tangan-kaki.

Keseimbangan asas
Keupayaan mengekalkan imbangan badan semasa bergerak tanpa bantuan penglihatan. Contoh: melakukan dirian tangan. Daya tahan Keupayaan melakukan aktiviti fizikal secara

berterusan dalam jangka masa yang lama.


Contoh: berlari jarak jauh.

Taksonomi Simpson
Taksonomi Simpson membahagikan aspek psikomotor kepada tujuh peringkat iaitu: Persepsi/pengamatan Persediaan Pergerakan terkawal Pergerakan mekanistik/biasa Pergerakan kompleks Pergerakan suaian (adaptasi) Pergerakan ciptaan( permulaan)

Persepsi/pengamatan:
bermaksud gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran tentang satu pergerakan tertentu, tanggapan, pandangan(menerusi pancaindera).

Persediaan:
bersedia secara mental, emosi dan fizikal untuk

melakukan sesuatu pergerakan.

Pergerakan Terkawal:
mencakup kemampuan untuk melakukan suatu pergerakan berkaitan kemahiran yang ingin

dipelajari, sesuai dengan contoh yang diberikan atau


imitasi.

Pergerakan mekanistik/biasa:
seseorang dapat melakukan sesuatu pergerakan yang dipelajari secara mahir, lancar dan yakin kerana sudah dilatih secukupnya, tanpa memerhatikan lagi contoh yang diberikan.

Pergerakan kompleks:
seseorang dapat melakukan sesuatu pergerakan yang kompleks secara cekap dan lancar . Gerakan kompleks mencakup kemampuan untuk melaksanakan suatu pergerakan yang terdiri atas beberapa komponen dengan lancar, tepat dan efisien. Adanya kemampuan ini dinyatakan dalam suatu rangkaian perbuatan yang berurutan

Pergerakan suaian (Adaptasi):


seseorang dapat melakukan sesuatu pergerakan secara cekap dan lancar dalam sesuatu keadaan tertentu/ perubahan.

Pergerakan ciptaan(Permulaan):
seseorang dapat melakukan sesuatu pergerakan baru secara lancar dalam sesuatu keadaan tertentu.

Pemindahan Pembelajaran
Pemindahan pembelajaran ialah pengaruh

kemahiran sedia ada ke atas pembelajaran


kemahiran yang baru. Jenis pemindahan pembelajaran umum terbahagi kepada tiga: a. Pemindahan positif

b. Pemindahan negatif
c. Pemindahan sifar

a. Pemindahan Positif
Berlaku apabila kemahiran sedia ada

membantu seseorang untuk menguasai


kemahiran yang baru dipelajari.

Contoh:
Jasmin mempunyai kemahiran menjaring dalam bola keranjang akan membantu beliau dalam kemahiran menjaring dalam bola jaring.

Contoh

Bola keranjang

Bola jaring

Pemindahan negatif
Berlaku apabila kemahiran sedia ada

mengganggu proses pembelajaran kemahiran


yang baru dipelajari.

Contoh: Mempelajari kemahiran pukulan hadapan dalam tenis boleh menggangu seseorang yang mempelajari kemahiran pukulan

hadapan dalam badminton.


Kerana, dalam badminton pergelangan tangan digunakan dan dalam tenis pergelangan tangan dikunci (tidak digunakan)

Contoh
Tenis Badminton

Pemindahan sifar
Berlaku apabila kemahiran sedia ada tidak mempengaruhi proses pembelajaran kemahiran yang baru dipelajari. Contoh: kemahiran dalam bola sepak tidak mempengaruhi untuk mempelajari kemahiran

dalam golf.

Contoh
Bola sepak Golf

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like