Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

BAB 2 Penyataan Visi dan Misi Visi Visi merupakan satu pernyataan yang menyeluruh tentang penubuhan sesebuah

organisasi, sesuatu yang ideal dan unik untuk dicapai. Visi menjelaskan tentang arah tuju dan matlamat jangka panjang yang ingin dicapai oleh sesebuah syarikat dan selalunya dibentuk dalam satu baris ayat sahaja (Haim Hilman Abdullah, 2005). Beliau turut menyatakan visi terbahagi kepada dua kategori iaitu umum dan spesifik dimana visi umum lebih merujuk kepada visi syarikat yang terlibat dalam banyak jenis perniagaan manakala visi spesifik merujuk kepada visi syarikat yang terlibat dalam satu jenis perniagaan sahaja. Selain itu, visi juga merupakan panduan yang penting dalam menyediakan arah kepada organisasi dimana organisasi tersebut perlu mengenal pasti kualiti dalaman yang mereka ada untuk keperluan organisasi (Mohd Khairuddin Hashim, 2005). Ciri- ciri visi yang baik adalah yang pertama adalah ringkas, padat, tepat, realistik, menarik dan tidak melebihi 20 patah perkataan. Ciri yang kedua ialah menjawab persoalan apa, untuk siapa dan bila. Ciri yang seterusnya ialah difahami dan menjadi sebutan semua warga sekolah (dibudayakan). Visi sekolah ini ialah menjadikan Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra sebagai sebuah institusi pendidikan bertaraf dunia yang terus cemerlang dan terbilang menjelang tahun 2020. Misi Misi merupakan perantara yang digunakan oleh syarikat untuk menerangkan jenis perniagaan, prinsip, kepercayaan, falsafah dan tujuan kewujudannya. Menurut Haim Hilman Abdullah (2005) misi menjelaskan tentang apakah jenis perniagaan syarikat tersebut dan

fokus pembentukannya lebih berorientasikan kepada persekitaran luaran. Manakala definisi misi sekolah atau institusi adalah sebab bagi kewujudan sesuatu sekolah dan pertimbangan primer semasa menggubal objektif, dasar dan strategi sekolah atau institusi pendidikan serta suatu matlamat jangka masa yang panjang (Zainal Abidin Mohamed, 1999). Menurut beliau lagi dalam kandungan misi perlu ada jenis khidmat seperti khidmat sekolah adalah memberi pengajaran pembelajaran kepada pelajar, seterusnya pelanggan iaitu pelajar, ibubapa dan sebagainya serta imej dimana imej adalah melambangkan kedudukan sekolah tersebut seperti berdisplin, kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum dan sebagainya. Ciri- ciri misi yang baik adalah misi dinyatakan dalam bentuk point form, jawab kepada soalan bagaimana, biasanya tidak melebihi 25 patah perkataan, mesti dibudayakan dan dikongsi bersama serta boleh direalisasikan secara komited oleh semua pihak termasuk pihak atasan. Misi yang jelas juga memberikan faedah kepada organisasi, antaranya adalah memudahkan semua lapisan pekerja memahami matlamat utama syarikat, memaklumkan kepada semua pihak yang mempunyai kepentingan secara langsung atau tidak langsung terhadap arah tuju syarikat, proses pengagihan sumber ke unit- unit perniagaan dan bahagianbahagian dapat dilaksanakan dengan lebih terancang serta melicinkan proses membentuk objektif, strategi dan polisi (Haim Hilman Abdullah, 2005). Misi bagi sekolah ini adalah sebuah sekolah berasrama penuh yang komited untuk merealisasikan pendidikan berkualiti bagi membina insan yang berpersonaliti unggul serta mempunyai kecemerlangan akademik, kemapanan sahsiah, kesejagatan kepimpinan, kejituan patriotisme dan kehebatan kokurikulum serta kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkini.

ULASAN Visi Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra ialah menjadikan Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra sebagai sebuah institusi pendidikan bertaraf dunia yang terus cemerlang dan terbilang menjelang tahun 2020 adalah terlalu panjang, ciri- ciri visi yang baik perlu jelas, ringkas serta padat agar ianya mudah diingati oleh warga sekolah tersebut. Oleh yang demikian, visi yang disarankan oleh pihak kami ialah menjadikan Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra sebagai sebuah institusi pendidikan bertaraf dunia menjelang tahun 2020 Misi bagi sekolah ini adalah sebuah sekolah berasrama penuh yang komited untuk merealisasikan pendidikan berkualiti bagi membina insan yang berpersonaliti unggul serta mempunyai kecemerlangan akademik, kemapanan sahsiah, kesejagatan kepimpinan, kejituan patriotisme dan kehebatan kokurikulum serta kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkini. Misi terlalu panjang dimana ia melebihi 25 patah perkataan dan misi seharusnya jelas dan padat supaya warga sekolah dapat memahami dan menghayati misi tersebut. Pada saranan kami misi yang sesuai bagi SMSTSP ialah Sebuah sekolah berasrama penuh yang komited untuk merealisasikan pendidikan berkualiti, kecemerlangan akademik, kehebatan kokurikulum dan berkemahiran teknologi terkini

BAB 3 Objektif Objektif diwujudkan untuk tujuan merealisasikan visi dan misi syarikat serta merupakan matlamat khusus dan pencapaian yang boleh dinilai dengan terperinci berasaskan kepada tempoh masa yang telah ditetapkan (Haim Hilman Abdullah, 2005). Beliau menjelaskan lagi objektif boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu objektif jangka panjang (lebih dari tiga tahun), sederhana (satu tahun hingga tiga tahun) dan pendek (kurang dari satu tahun). Manakala, menurut Mohd Khairuddin Hashim (2005) mendefinisikan objektif organisasi adalah panduan yang standard bagi organisasi tersebut mencapai sesuatu pencapaian seperti keuntungan, pertumbuhan, khidmat pelanggan dan tanggungjawab sosial. Selain itu, objektif yang baik mempunyai ciri- ciri seperti specific, measurable, achievable, realistic dan timely (SMART) dalam pernyataanya iaitu boleh dinilai pencapaiannya dengan tepat. Objektif Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (SMSTSP) adalah:1. Memastikan semua pelajar yang berada di sekolah ini mendapat kemudahan pendidikan dengan teratur dan sempurna. 2. Memastikan semua pelajar mendapat pendidikan dalam bidang profesional mengikut keperluan negara. 3. Setiap pelajar didedahkan dengan aspek kepimpinan dan kemasyarakatan.

4. Semua pelajar dapat membentuk akhlak dan nilai-nilai hidup yang sesuai dengan kehendak masyarakat malaysia bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu, beriman dan beramal. 5. Semua staf pengurusan, tenaga pengajar dan staf sokongan mempunyai kesedaran supaya dapat berusaha ke arah penghayatan dan pencapaian matlamat sekolah berasrama penuh. 6. Menyediakan semua kemudahan pengajaran dan pembelajaran serta mewujudkan iklim persekolahan yang baik supaya matlamat kecemerlangan dapat dicapai. 7. Menjadikan sekolah berasrama penuh sebagai institusi pendidikan yang unggul dan boleh dibanggakan bagi memungkinkan pelajar-pelajar mencapai tahap

kecemerlangan dalam segala bidang. Objektif kurikulum Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (SMSTSP):1. Memastikan kandungan kurikulum yang ditetapkan disampaikan kepada pelajar dengan berkesan. Majlis kurikulum sekolah ditubuhkan untuk mengurus kurikulum di peringkat sekolah. 2. Memastikan faktor terpenting iaitu pdp berjalan dengan baik, berkesan dan mencapai standard kualiti sekolah dan matlamat falsafah pendidikan negara. 3. Hala tuju yang jelas, segala tenaga yang ada dalam organisasi dapat disenergikan untuk mencapai misi dan objektif organisasi. Keberkesanan bergantung kepada perancangan yang kukuh dan mantap serta pelaksanaan dan komitmen yang bersungguh-sungguh diikuti dengan proses pemantauan yang sistematik supaya kualiti proses pdp dalam kelas dapat ditingkatkan .

4. Majlis ini menyelaraskan kerja dan tugas supaya sumber dan kepakaran yang ada dipergunakan sepenuhnya untuk kemajuan organisasi. Segala data, maklumat dan input akan dijadikan aset untuk penambahbaikan bagi menjamin proses pendidikan yang berkualiti. 5. Memastikan penilaian terhadap proses pdp dapat dijalankan dengan baik, bersistem dan sempurna melalui pemeriksaan bagi mendapat malum balas kepada sekolah untuk merancang program-program penambahbaikan Objektif kokurikulum Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (SMSTSP):1. Memberi kesempatan kepada pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran asas, kebolehan mengurus dan kebolehan memimpin serta berdikari. 2. Bagi mempertngkatkan lagi keupayaan dan pengikhtirafan diri ke arah kecemerlangan kokurikulum smstsp. 3. Menanam kesedaran positif terhadap sukan dikalangan pelajar-pelajar di mana sukan dianggap sebagai keperluan jasmani dan rekreasi. 4. Sebagai persediaan masa depan untuk pelajar-pelajar melibatkan diri dalam kegiatan masyarakat. 5. Menyedarkan dan mengukuhkan interaksi dan intergrasi di kalangan pelajar melalui kegiatan-kegiatan tertentu untuk mencapai matlamat perpaduan negara. 6. Membantu dan mewujudkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

7. Untuk membolehkan lebih ramai lagi bilangan pelajar yang akan mewakili pasukan negeri dan negara di dalam aktiviti kokurikulum. 8. Meningkatkan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif selaras dengan falsafah pendidikan negara. 9. Menjadikan pelajar-pelajar individu yang sentiasa bersifat inovatif dan kreatif dalam sebarang tugas. 10. Meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan pelajar dalam usaha melahirkan budaya sekolah yang unggul. 11. Meningkatkan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan alumni, ibu bapa dan masyarakat setempat. 12. Memupuk perasaan cinta kepada alam sekitar dan menggalakkan nilai-nilai etika yang sihat menuju ke arah hidup yang bertamadun dan berkebudayaan. Objektif Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (SMSTSP):1. Meningkatkan disiplin pelajar. 2. Memperkasakan jati diri pelajar. 3. Menjalin kerjasama dengan agensi luar. 4. Melaksanakan latihan kepimpinan dan motivasi. 5. Melaksanakan latihan kepimpinan bertaraf global. 6. Mengadakan kerjasama dengan jkkk bagi kampung yang dipilih untuk mengadakan program khidmat masyarakat dan kesukarelawan. 7. Memantapkan sistem pengurusan skim pinjaman buku teks (spbt).

8. Memantapkan dan meningkatkan kecekapan pengurusan biasiswa, insuran takaful dan kebajikan pelajar. 9. Mewujudkan kelas yang kondusif dari segi keceriaan, kebersihan dan keselamatan pelajar. 10. Memantapkan pengurusan kesihatan pelajar. 11. Meningkatkan kesedaran pelajar tentang konsep sekolah selamat dan latihan kebakaran.

ULASAN Bagi objektif Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra yang mana merangkumi objektif pengurusan sekolah, objektif kurikulum, objektif kokurikulum dan objektif Hal Ehwal Murid (HEM) adalah baik. Hal ini kerana jika objektif itu mempunyai satu daripada lima ciri- ciri SMART, maka adalah mencukupi untuk ia dikategorikan sebagai objektif berciri baik. Walaubagaimanapun jika lebih banyak ciri- ciri tersebut wujud dalam setiap objektif adalah lebih baik. Ciri- ciri objektif yang baik ialah mempunyai ciri- ciri SMART iaitu boleh dinilai pencapaiannya dengan tepat. Objektif- objektif SMSTSP mempunyai beberapa ciri SMART iaitu khusus (specific), boleh dicapai (achievable), dan praktikal (realistic). Namun, objektif ini kekurangan ciri yang lain iaitu boleh diukur (measurable) dan berjangka masa (timely).

Rujukan Ayob Jantan (2004). Pengetua sekolah yang efektif. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Haim Hilman Abdullah (2006). Pengurusan strategik: konsep dan kes; edisi kedua. Universiti Utara Malaysia: McGraw- Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Haim Hilman Abdullah (2005). Pengurusan strategik. Universiti Utara Malaysia: McGrawHill (Malaysia) Sdn. Bhd. Mohamad Najib Abdul Ghafar (2004). Pembangunan organisasi di Malaysia: Projek pendidikan. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Khairuddin Hashim (2005). Strategic management. Malaysia: Thomson Asia Pte. Ltd. Shahril, Rahimah dan Hussein Ahmad (2010). Kepimpinan pengetua: menjana modal insan di sekolah berkesan. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Sonia Blandford (2004). Mengurus sumber di sekolah. Kuala Lumpur: Pearson Education Ltd. Zainal Abidin Mohamed (1999). Pengurusan strategik di sektor pendidikan. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

You might also like