Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 26

Teknologi Pendidikan

Emy Erliana Yusuf


(M20082000263)
Definisi
 Teknologi dari kata Latin “textera” bermaksud
mendirikan, mengayam atau menenun; ~tidak
semestinya merujuk kepada bahan atau
perkakasan atau penggunaan mesin yang
canggih semata-mata.

 "Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia,


peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan
untuk memberi kesan baik kepada pendidikan"
(Crowell
(1971):Encyclopedia of education)
 "Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan
kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan,
yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan
persekitaran setakat mana ianya menimbulkan
pembelajaran"
(Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology)

 Kesimpulan: Teknologi pendidikan ialah satu sistem


yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang
digunakan secara terancang bagi menghasilkan
kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam
pembelajaran.
Sejarah
 Tahun 60’an, kita didedahkan dgn “khutub
khanah”. Almari, rak, ruang, sudut atau
bilik khubtub khanah ini menempatkan
koleksi bacaan terhad dan
kebanyakannya digunakan untuk urusan
pinjam meminjam pada masa
tertentu,atau masa rehat. Ada masa-
masanya khutub khanah ini didapati
sentiasa tertutup dan ini menyebabkan
orang memanggilnya “Tutup Khanah”.
 Tahun 1974, sekolah-sekolah
mewujudkan bilik Alat Pandang Dengar
(APD) yang menempatkan bahan bukan
buku seperti carta, gambar, glob, peta,
‘Overhead Projektor (OHP), projektor
slaid, radio kaset dan television.
 Tahun 90’an merupakan tahun ledakan teknologi
maklumat (IT) yang amat ketara.

 menimbulkan impak yang besar dalam pelaksanaan


kaedah-kaedah baru dalam pendidikan.

 Bagi sekolah yang berkemampuan penggunaan CD-


ROM dan perkhidmatam internet di praktikan, pusat
sumber sekolah menjadi suatu perkhidmatan yang
penting dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan,
dan persediaan untuk menghadapi zaman maklumat.
Sejarah Penggunaan Teknologi Dalam Pendidikan Di
Malaysia

 1960 - Pusat Audio-Visual Kebangsaan dibentuk di bawah Bahagian Latihan Guru dan
kemudian dipindahkan ke Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

 1965 - Television Pendidikan telah memulakan satu program perintis bagi Sains Am yang
diterbitkan di bawah Kementerian Penerangan Bersama dengan Kementerian pelajaran

 1966 - Penubuhan Bahagian Perkhidmatan Sebaran Am Pendidikan oleh Kementerian


Penerangan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran bertujuan penggunaan teknologi
pendidikan dan menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai infrasruktur penting yang dapat
menyokong amalan teknologi pendidikan di sekolah.

 1972 - Pusat Audio-Visual Kebangsaan Bahagian Perkhidmatan Sebaran Am Pendidikan ( Radio


Pendidikan) dan Television disatukan di bawah satu Unit iaitu Unit Perkhidmatan Media
Pendidikan.

 1988 - Unit Perkhidmatan Perpustakaan yang sebelum ini diletakkan di bawah Bahagian
Sekolah telah digabungkan dengan Unit Kejuruteraan. Pusat Audio Visual Kebangsaan,
Bahagian Perkhidmatan Sebaran Am Pendidikan, ( Radio Pendidikan & Television Pendidikan )
di bawah satu bahagian Kementerian Pendidikan dinamakan Bahagian Teknologi Pendidikan.

 1997 - Unit Teknologi Pendidikan dinaiktaraf kepada Pusat Sumber Pendidikan Negeri.

(Bahan Sumber Teknologi Pendidikan)


Teknologi dalam pendidikan
1.Teknologi Komputer
2.Teknologi Internet
 E-mail
 E-learning
 VSAT (Very Small Aperture Terminal)
3.Teknologi Multimedia
4.Web 2.0
Teknologi Komputer
 Budaya persekolahan seharusnya diubah
daripada sesuatu yang berdasarkan memori
kepada yang berpengetahuan, berpemikiran,
kreatif dan penyayang dengan menggunakan
teknologi terkini ( KPM, 1997)

 Pelaksanaan Sekolah Bestari akan membuka


ruang seluas-luasnya kepada teknologi
komputer, yang akan membolehkan fleksibiliti
dan kepelbagaian dibina dalam sistem
pendidikan (KPM, 1997).
 Penggunaan komputer dalam proses
pengajaran dan pembelajaran melibatkan
beberapa aplikasi, seperti microsoft word,
powerpoint, excell, spreadsheet, perisian
multimedia, internet dan sebagainya.
Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser,
1993; Henderson and Landersman, 1992; Chazan, 1988;
Mc Coy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati bahawa:

 Pelajar yang menggunakan komputer mempunyai sikap yang


lebih positif terhadap dirinya dan berkeupayaan menyelesaikan
masalah yang lebih kompleks.

 Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran


akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip
dengan mudah dan berkesan.

 Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai


kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang
lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang
lain.
Teknologi Internet
E-mail
 Kajian oleh Christie (1996) terhadap
penggunaan mel eletronik (e-mail) dan
penerokaan maklumat di kalangan para
pelajar sekolah rendah mendapati
bahawa, selain daripada semangat belajar
secara kumpulan (cooperative learning),
para pelajar juga semakin mesra dengan
alat teknologi ini dan sentiasa berusaha
untuk meneroka ‘alam yang baru ditemui’
(virtual reality).
Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru
dengan mengunakan e-mail ialah (Zulkifli, 1998):
 Berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu-bapa,
pelajar, dan pihak jabatan serta kementerian.

 Mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal.

 Berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses


pengajaran dan pembelajaran ; teknik pengajaran terbaik, idea
kreatif dan inovatif, latihan dan penilaian, bahan bantu mengajar
dan sebagainya.

 Menghubungi agensi pusat dan swasta serta institusi pendidikan


lain mengenai sesuatu program dan polisi yang di gunakan
khususnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar
melalui e-mail ialah:
 Berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di
sekolah-sekolah lain.

 Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai


budaya dan latar belakang negara mengenai berbagai
isu semasa.

 Mengalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa


Inggeris melalui komunikasi dengan rakan pena di luar
negara.

 Memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan


sesuatu masalah pelajaran secara “on-line”.
E-learning
 Selain itu e-learning juga merupakan satu model
pembelajaran dengan menggunakan media teknologi
komunikasi dan informasi khususnya internet. E-learning
merupakan satu penggunaan teknologi internet dalam
P&P bagi jangkauan luas yang belandaskan tiga kriteria
iaitu:
 E-learning merupakan jaringan dengan kemampuan untuk
memperbaharui, menyimpan, berkongsi maklumat dan memberi
tunjuk ajar,
 apa yang ingin disampaikan akan sampai pada semua
pengguna dalam masa yang sama
 focus pada pandangan yang lebih luas tentang pembelajaran
disebalik pembelajaran secara tradisional.
(Rosenberg 2001; 28)
VSAT (Very Small Aperture
Terminal)
 atau Satelit Bukaan Amat Kecil diperkenalkan di sekolah-sekolah
mulai akhir 2002 terutama di sekolah-sekolah kawasan luar bandar
yang tiada perhubungan komunikasi dalam talian. Muller (1998)
memberikan takrifan VSAT sebagai setesen bumi yang yang boleh
menghubungkan komunikasi dengan rangkaian satelit dan
menyokong apa juga bentuk komunikasi termasuklah suara, data,
fax, imej atau persidangan video secara digital.

 Tujuan VSAT diperkenalkan adalah untuk melengkapkan sekolah


dengan kelengkapan ICT, membantu guru dalam pengajaran dan
pembelajaran, perhubungan internet tanpa wayar, merapatkan
jurang pemikiran (mind gap) antara pelajar-pelajar di kawasan
bandar dan kawasan-kawasan pedalaman serta kumpulan di luar
jangkau (underserved communtiy)
Perkara penting yang perlu difahami oleh para pendidik
berhubung dengan penggunaan internet dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
 Pertama
Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam P&P . Aktiviti
pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat
digunakan dengan berkesan.

 Kedua
Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru. Malah sebaliknya ,guru akan
sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka,
khususnya dalam bidang IT. Ketrampilan dan keperibadian yang mulia akan tetap
menjadi tunjang dan ikutan utama.

 Ketiga
Penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan
murid di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan sistematik.

 Keempat
Internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibubapa khususnya dalam
menghadapi cabaran IT dan era globalisasi. Industri berasaskan maklumat yang
akan mencorakkan kehidupan pada masa hadapan , perlu diberi perhatian
sewajarnya oleh setiap ahli masyarakat, khususnya warga pendidik dan para
ibubapa.
Teknologi Multimedia
 Multimedia merangkumi pelbagai media dalam
satu perisian untuk memudahkan guru untuk
menyampaikan bahan pembelajaran dan pelajar
berasa terlibat dalam proses pembelajaran
kerana teknologi multimedia membolehkan
berlakunya interaktiviti.

 ciri
interaktif dalam persembahan multimedia
merupakan komponen penting yang tidak
seharusnya diabaikan kerana ia boleh
menyokong keupayaan ingatan manusia itu
sendiri.
Kelebihan multimedia berbanding media
pengajaran yang lain

a) Tahap interaktif yang tinggi


b) Pengajaran berdasarkan kebolehan
pelajar
c) Pelajar mengawal sendiri
pembelajarannya
d) Menarik dan mengekalkan minat
terhadap pelajaran
Web 2.0
Web 2.0
 Web 2.0 merupakan platform yang menunjukkan
satu kemajuan dalam dunia internet dalam
menyampaikan informasi serta menjadi
rangkaian yang mampu dijalankan melalui
internet .

 Didalampenididikan aplikasi yang dijalankan


secara online tersebut membolehkan pengguna
samada pelajar dan guru untuk bersama-sama
berkongsi maklumat serta membina konten di
dalam aplikasi yang digunakan.
 Chat, Discussionboard, VLEs, Blog, Wikis,
Sosial Networking Sosial sharing, M-
learning, Podcasting, Virtual worlds,
Digital Storytelling, VoIP, Vodcasting,
Folksonomies
Kesimpulan
 Teknologi ini dengan mudah akan
menghilangkan kekangan-kekangan yang
wujud, terutamanya kekangan masa didalam
dunia pendidikan.

 Keberkesanan penggunaan teknologi maklumat


juga bergantung kepada keterbukaan warga
pendidik menerima teknologi maklumat dalam
elemen pengajaran dan pembelajaran.

You might also like