Manual Kerja Kursus PBS 9004 2014

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 54

TERHAD

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)

Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Pengajian Am Kertas 4 (900/4)


Penggal 2 Tahun 2014

PERINGATAN: Manual ini khusus untuk kegunaan Guru, Pemeriksa, dan Calon sahaja. Manual ini terdiri daripada 54 halaman bercetak. Majlis Peperiksaan Malaysia 2014 TERHAD

TERHAD

2 KANDUNGAN Bahagian I: Manual Guru/Pemeriksa Halaman

1.0 2.0

Pengenalan Objektif 2.1 Kemahiran kognitif 2.2 Kemahiran manipulatif 2.3 Kemahiran insaniah (soft skills) Pelaksanaan Kertas Kerja Kursus 3.1 Arahan Umum 3.2 Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam (Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan) 3.3 Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam (Sekolah Swasta) 3.4 Tanggungjawab Guru (Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan) 3.5 Tanggungjawab Guru (Sekolah Swasta) 3.6 Tanggungjawab Pemeriksa (Guru sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan yang dilantik sebagai pemeriksa kerja kursus (kerja projek) untuk Calon Sekolah Swasta 3.7 Tanggungjawab Pemeriksa (Guru sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan yang dilantik sebagai pemeriksa kerja kursus (kerja projek) untuk Calon Sekolah Swasta Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 4.1 Guru Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan 4.2 Guru Sekolah Swasta 4.3 Pemeriksa Calon Sekolah Swasta 4.4 Pemeriksa Calon Persendirian Individu Format Penulisan Struktur Penulisan Penskoran Garis Panduan Pemilihan Isu Kajian Kertas Kerja Kursus Carta Alir Proses Penghasilan Kerja Kursus (Kerja Projek) Pengajian Am Lampiran

4 5

3.0

611

4.0

1222

5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 10.0

23 23 24 25 2629 3041

TERHAD

TERHAD

3 Bahagian II: Manual Pelajar Halaman

1.0 2.0

Pengenalan Pelaksanaan Kertas Kerja Kursus 2.1 Arahan Umum 2.2 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Calon Sekolah Bantuan Kerajaan 2.3 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta 2.4 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 3.1 Calon Sekolah Kerajaan dan Calon Sekolah Bantuan Kerajaan 3.2 Calon Sekolah Swasta 3.3 Calon Persendirian Individu

42 4346

3.0

4752

Bahagian III: Kertas Soalan

Halaman 1.0 Kertas soalan (tema) 5354

TERHAD

TERHAD

BAHAGIAN I: MANUAL GURU DAN PEMERIKSA

PENGENALAN Setiap calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta, dan calon persendirian individu wajib melaksanakan kerja kursus (kerja projek) sebagai satu daripada komponen penilaian untuk penggal 2. Wajaran markah bagi komponen kerja kursus (kerja projek) ini adalah sebanyak 20%. Markah penilaian kertas kerja kursus hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) untuk diambil kira bersama-sama dengan markah peperiksaan akhir bagi setiap penggal untuk tujuan penggredan mata pelajaran Pengajian Am. Penilaian pencapaian calon dalam kerja kursus ini berdasarkan aspek yang telah ditetapkan dalam Sukatan Pelajaran (SP). Manual kerja kursus (kerja projek) ini disusun bagi membantu guru dan pemeriksa menilai kerja kursus calon. Pada masa yang sama, manual ini juga dapat membantu calon untuk menghasilkan kerja kursus (kerja projek) bagi mata pelajaran Pengajian Am. Penyediaan dan penilaian kerja kursus (kerja projek) ini mestilah dilaksanakan pada penggal 2 mengikut tempoh yang ditetapkan oleh MPM.

TERHAD

TERHAD 2 OBJEKTIF

Kerja kursus ini disediakan untuk menilai keupayaan calon dalam; 2.1 Kemahiran kognitif: 2.1.1 2.1.2 2.1.3 mengenal pasti dan menghuraikan masalah dan isu yang berkaitan dengan pembangunan negara serta mencadangkan langkah untuk mengatasinya mengaplikasi teori dan kaedah yang diajar dalam bilik darjah dengan tugasan yang diberikan mentafsir, mensintesis, dan merumuskan data dan maklumat berkaitan dengan isu yang dibentangkan

2.2

Kemahiran manipulatif: 2.2.1 2.2.2 2.2.3 2.2.4 mencari dan mengumpul pelbagai jenis data dan maklumat daripada pelbagai sumber memperoleh sumber melalui aktiviti memerhati, merekod, menemubual, dan mengkaji selidik memperoleh sumber melalui kajian perpustakaan, penulisan agensi kerajaan dan swasta serta daripada sumber Internet mempersembahkan data dan maklumat yang diperoleh dalam bentuk grafik, jadual, rajah, carta, dan tulisan

2.3 Kemahiran insaniah (soft skills): 2.3.1 2.3.2 2.3.3 2.3.4 2.3.5 2.3.6 2.3.7 2.3.8 2.3.9 berkebolehan untuk berkomunikasi secara lisan dan tulisan berkebolehan untuk bekerjasama dalam kumpulan, mengorganisasi tugas, dan bekerja sebagai satu pasukan berupaya mengawal aktiviti kerja kursus yang disediakan dengan berkesan berupaya menguruskan masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan berupaya menyelesaikan masalah berupaya menghasilkan tugasan secara kreatif dan inovatif berkemampuan untuk menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif secara saintifik berkebolehan untuk menjalankan kajian dengan jujur, amanah, dan beretika berupaya meningkatkan keyakinan diri dan motivasi

TERHAD

TERHAD 3 PELAKSANAAN KERTAS KERJA 3.1 Arahan Umum 3.1.1 3.1.2 3.1.3

Kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am wajib diambil oleh semua calon. Kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am hendaklah dilaksanakan dalam penggal 2. Tema kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am tahun 2014 adalah berdasarkan tajuk yang dipelajari dalam penggal 2.

3.2

Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam (Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan) 3.2.1 3.2.2 Memastikan calon yang melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am dibimbing dan ditaksir kerja mereka oleh guru mata pelajaran Pengajian Am Memastikan pemeriksa kedua ada untuk menyemak kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am calon bagi sesi pembentangan dan soal jawab. Pemeriksa kedua hendaklah dalam kalangan guru yang mengajar mata pelajaran Pengajian Am pada penggal kerja kursus (kerja projek) itu dilaksanakan. Jika di sekolah tersebut cuma ada seorang guru sahaja yang mengajar mata pelajaran Pengajian Am pada penggal kerja kursus (kerja projek) itu dilaksanakan, maka pemeriksa kedua hendaklah dipilih dalam kalangan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah, Ekonomi atau Kesusasteraan Melayu Komunikatif. Menandatangani Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRMKKC) sebagai pengesahan bahawa calon telah menghasilkan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am dan kerja kursus (kerja projek) itu telah ditaksir dan diberikan markah oleh guru mata pelajaran Pengajian Am mengikut prosedur dan kriteria yang ditetapkan dalam Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Pengajian Am

3.2.3

3.3

Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam (Sekolah Swasta) 3.3.1 3.3.2 Memastikan calon yang melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am dibimbing dan diselia oleh guru mata pelajaran Pengajian Am Menandatangani Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRMKKC) sebagai pengesahan bahawa calon telah menghasilkan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am dan kerja kursus (kerja projek) itu telah ditaksir dan diberikan markah oleh pemeriksa mengikut prosedur dan kriteria yang ditetapkan dalam Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Pengajian Am

3.4

Tanggungjawab Guru Pengajian Am (Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan) 3.4.1 3.4.2 3.4.3 3.4.4 3.4.5 Memastikan semua calon memahami kehendak Sukatan Pelajaran Pengajian Am Memastikan semua calon memahami keperluan melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am Memuat turun Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Pengajian Am dari portal MPM Menjadi pemudah cara kepada calon sewaktu proses penghasilan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am Memastikan semua calon menghasilkan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am secara individu

TERHAD

TERHAD 3.4.6

7 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Pengajian Am Membimbing calon dalam aspek yang berikut: (a) (c) (e) 3.4.9 memilih tema, menetapkan tajuk dan skop kerja kursus, mengenal pasti asas kaedah penyelidikan (b) mengenal pasti isu, (d) mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai, dan Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data/ maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am

3.4.7

3.4.8

3.4.10 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am 3.4.11 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain untuk menghasilkan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am 3.4.12 Memastikan calon menghantar hasil kerja kursus (kerja projek) kepada guru Pengajian Am pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru Pengajian Am/pihak sekolah. Calon hendaklah menggunakan muka hadapan kerja kursus (kerja projek) yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) 3.4.13 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus (kerja projek) pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am dan tidak mengambil kertas 900/4 3.4.14 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama-sama dengan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am 3.4.15 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon 3.4.16 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus (kerja projek) 3.4.17 Menyelia dan menandatangani BRKKC calon setiap kali pertemuan antara guru dan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus (kerja projek) calon 3.4.18 Menghantar surat iringan, kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am, BMKKC, dan BRKKC calon yang bertukar sekolah ke sekolah calon yang baharu 3.4.19 Memeriksa/menilai/menaksir kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am setiap calon dan mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4) 3.4.20 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM ketika mentaksir kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am calon

TERHAD

TERHAD

8 3.4.21 Memasukkan markah kerja kursus (kerja projek) calon dengan menggunakan aplikasi e-submission yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) 3.4.22 Mencetak Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRMKKC) dan membuat semakan silang (cross checking) markah kerja kursus (kerja projek) calon bersama dengan seorang lagi guru Pengajian Am. Pembetulan hendaklah dibuat sekiranya terdapat kesilapan dalam memasukkan markah calon 3.4.23 Menghantar markah kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am calon kepada MPM. Kegagalan guru menghantar markah kerja kursus (kerja projek) calon akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am dan tidak mengambil kertas 900/4 3.4.24 Menyediakan dan menyerahkan kerja kursus (kerja projek) calon yang diminta sebagai sampel untuk tujuan penyelarasan oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK) (Jika sekolah itu dipilih sebagai sampel penyelarasan) 3.4.25 Menyediakan calon yang kerja kursus (kerja projek)nya dipilih sebagai sampel untuk membuat pembentangan (jika diminta oleh KPK dan jika sekolah itu dipilih sebagai sampel penyelarasan) 3.4.26 Memastikan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am , BPC, BMKKC, dan BRKKC bagi setiap calon disimpan di tempat yang selamat bagi tempoh enam bulan dari tarikh keputusan peperiksaan STPM diumumkan.

3.5

Tanggungjawab Guru Pengajian Am (Sekolah Swasta) 3.5.1 3.5.2 3.5.3 3.5.4 3.5.5 3.5.6 Memastikan semua calon memahami kehendak Sukatan Pelajaran Pengajian Am Memastikan semua calon memahami keperluan melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am Memuat turun Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Pengajian Am dari portal MPM Menjadi pemudah cara kepada calon sewaktu proses penghasilan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am Memastikan semua calon menghasilkan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am secara individu Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Pengajian Am Membimbing calon dalam aspek yang berikut: (a) (c) (e) 3.5.9 memilih tema, menetapkan tajuk dan skop kerja kursus, mengenal pasti asas kaedah penyelidikan (b) mengenal pasti isu, (d) mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai, dan Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data/ maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am TERHAD

3.5.7

3.5.8

TERHAD

9 3.5.10 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am 3.5.11 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain untuk menghasilkan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am 3.5.12 Memastikan calon menghantar hasil kerja kursus (kerja projek) kepada pemeriksa kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am yang dilantik oleh MPM pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh pemeriksa. Calon hendaklah menggunakan muka hadapan kerja kursus (kerja projek) yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) 3.5.13 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama-sama dengan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am 3.5.14 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon 3.5.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus (kerja projek) 3.5.16 Menyelia dan menandatangani BRKKC calon setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus (kerja projek) calon 3.5.17 Memastikan kerja kursus (kerja projek) calon yang telah siap mempunyai Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4) 3.5.18 Menghantar surat iringan, kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am, BRKKC, dan BRKKC calon yang bertukar sekolah ke sekolah calon yang baharu 3.5.19 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus (kerja projek) pada tarikh penghantaran akhir yang telah ditetapkan oleh pemeriksa akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am dan tidak mengambil kertas 900/4

3.6

Tanggungjawab Pemeriksa (Guru sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan yang dilantik sebagai pemeriksa kerja kursus (kerja projek) untuk Calon Sekolah Swasta 3.6.1 3.6.2 Memastikan calon tidak meniru atau meminta orang lain menghasilkan kertas kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama-sama dengan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon Memeriksa/menilai/menaksir kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am setiap calon dan mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4) Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM ketika mentaksir kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am Memasukkan markah kerja kursus (kerja projek) calon dengan menggunakan aplikasi e-submission yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

3.6.3 3.6.4

3.6.5 3.6.6

TERHAD

TERHAD 3.6.7

10 Mencetak Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRMKKC) dan membuat semakan silang (cross checking) markah kerja kursus (kerja projek) calon bersama-sama dengan dengan seorang lagi pemeriksa kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am yang dilantik oleh MPM. Pembetulan hendaklah dibuat sekiranya terdapat kesilapan dalam memasukkan markah calon. Menyerahkan BRMKKC kepada Pengetua sekolah untuk disahkan bahawa calon telah menghasilkan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am dan kerja kursus (kerja projek) itu telah ditaksir dan diberikan markah oleh pemeriksa mengikut prosedur dan kriteria yang ditetapkan dalam Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Pengajian Am Menghantar markah kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am calon kepada MPM. Kegagalan pemeriksa untuk menghantar markah kerja kursus (kerja projek) calon akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am dan tidak mengambil kertas 900/4

3.6.8

3.6.9

3.6.10 Menyediakan dan menyerahkan kerja kursus (kerja projek) calon yang diminta sebagai sampel untuk tujuan penyelarasan oleh Penyelaras Negeri (PN) atau Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK) (Jika sekolah itu dipilih sebagai sampel penyelarasan) 3.6.11 Meminta kerjasama guru mata pelajaran Pengajian Am untuk menyediakan calon yang kerja kursus (kerja projek)nya dipilih sebagai sampel untuk membuat pembentangan (jika diminta oleh PN atau KPK dan jika sekolah itu dipilih sebagai sampel penyelarasan) 3.6.12 Memastikan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am, BPC, BMKKC dan BRKKC bagi setiap calon disimpan di tempat yang selamat, iaitu di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bagi tempoh selama enam bulan dari tarikh keputusan peperiksaan STPM diumumkan. 3.7 Tanggungjawab Pemeriksa (Guru sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan yang dilantik sebagai pemeriksa kerja kursus (kerja projek) untuk Calon Persendirian Individu 3.7.1 3.7.2 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan kertas kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am Menemui calon sebelum calon melaksanakan kerja kursus (kerja projek). Pertemuan ini adalah untuk menyampaikan taklimat tugasan kepada calon di samping memaklumkan tarikh akhir penyerahan kerja kursus (kerja projek) mengikut arahan Majlis Peperiksaan Malaysia. Pemeriksa juga dikehendaki menjelaskan aspek yang dinilai dalam penulisan kerja kursus (kerja projek) dan memberikan penjelasan kepada calon tentang elemen kemahiran insaniah (soft skill) yang dinilai dalam kerja kursus (kerja projek) calon. Pemeriksa juga diharapkan dapat membimbing calon untuk mengenal pasti tema dan memilih isu, tajuk, dan skop kerja kursus (kerja projek). Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama-sama dengan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon Memeriksa/menilai/menaksir kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am setiap calon dan mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4)

3.7.3

3.7.4 3.7.5

TERHAD

TERHAD 3.7.6 3.7.7

11 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM ketika mentaksir kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am calon Memasukkan markah kerja kursus (kerja projek) calon dengan menggunakan aplikasi e-submission yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Mencetak Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRMKKC) dan membuat semakan silang (cross checking) markah kerja kursus (kerja projek) calon bersama-sama dengan dengan seorang lagi pemeriksa kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am yang dilantik oleh MPM. Pembetulan hendaklah dibuat sekiranya terdapat kesilapan dalam memasukkan markah calon. Menghantar markah kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am calon kepada MPM. Kegagalan pemeriksa untuk menghantar markah kerja kursus (kerja projek) calon akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am dan tidak mengambil kertas 900/4

3.7.8

3.7.9

3.7.10 Menyediakan dan menyerahkan kerja kursus (kerja projek) calon yang diminta sebagai sampel untuk tujuan penyelarasan oleh Penyelaras Negeri (PN) atau Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK) (jika perlu) 3.7.11 Menghubungi dan menyediakan calon yang kerja kursus (kerja projek)nya dipilih sebagai sampel penyelarasan oleh PN atau KPK untuk membuat pembentangan (jika diminta oleh PN atau KPK) 3.7.12 Memastikan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am, BPC, BMKKC, dan BRKKC bagi setiap calon disimpan di tempat yang selamat, iaitu di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bagi tempoh enam bulan dari tarikh keputusan peperiksaan STPM diumumkan.

TERHAD

TERHAD 4

12

JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN 4.1 Guru Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

Tarikh 16 Disember 2013

Perkara Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Kerja Kursus Pengajian Am Kertas 4 (900/4), Penggal 2 Tahun 2014 Kriteria Penilaian Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Pengajian Am Kertas 4 (900/4), Penggal 2 Tahun 2014

Tindakan Guru Memuat turun: Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Kerja Kursus Pengajian Am Kertas 4 (900/4), Penggal 2 Tahun 2014 Kriteria Penilaian Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Pengajian Am Kertas 4 (900/4), Penggal 2 Tahun 2014

Tindakan Calon Memuat turun: Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Kerja Kursus Pengajian Am Kertas 4 (900/4), Penggal 2 Tahun 2014

Dari 6 Januari 2014 hingga 11 April 2014

Pelaksanaan, pemeriksaan dan pembentangan kerja kursus (kerja projek)

Menyampaikan taklimat tugasan kepada calon Menjelaskan aspek yang dinilai dalam penulisan kerja kursus (kerja projek) Memberikan penjelasan kepada calon tentang elemen kemahiran insaniah (soft skill) yang akan dinilai Membimbing calon untuk memahami skop tugasan kerja kursus (kerja projek) Membimbing calon mengenal pasti tema dan memilih isu, tajuk, dan skop kerja kursus (kerja projek) Membimbing calon untuk merancang jadual kerja

Memahami aspek yang dinilai dalam penulisan kerja kursus (kerja projek) Memahami skop tugasan kerja kursus (kerja projek) Membincangkan tema, isu, tajuk dan skop kerja kursus (kerja projek) yang telah dipilih, dikenal pasti, dan ditetapkan bersama dengan guru Merancang jadual kerja Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, temu bual, dan kaji selidik daripada pelbagai sumber Menyusun dapatan (data dan maklumat)

TERHAD

TERHAD

13

Tarikh

Aktiviti

Tindakan Guru Membimbing calon untuk mengumpul data dan maklumat berkaitan dengan kerja kursus (kerja projek) Memantau kemajuan kerja calon secara berterusan dengan merekod dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon Membimbing calon memproses dan menganalisis data Membimbing calon untuk menulis mengikut format yang ditetapkan Memantau kemajuan hasil penulisan calon secara berterusan dengan merekod dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon Membimbing calon membuat penambahbaikan terhadap kerja kursus (kerja projek) yang dihasilkan Menerima kerja kursus (kerja projek) daripada setiap calon Menyemak kerja kursus(kerja projek) dan menilai pembentangan kerja kursus (kerja projek) calon mengikut kriteria penilaian yang ditetapkan oleh MPM Menilai elemen kemahiran insaniah (soft skill) calon

Tindakan Calon Memproses data dan maklumat mentafsir, menganalisis dan membuat hubung kait antara dapatan yang diperoleh Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk jadual, graf, carta, dan lainlain yang bersesuaian Membincangkan dapatan kajian dan menghubungkaitkannya dengan teori yang bersesuaian Menghasilkan penulisan yang lengkap mengikut format yang ditetapkan Menyemak dan membuat penambahbaikan terhadap kualiti penulisan kerja kursus (kerja projek) Menyerahkan kerja kursus (kerja projek) mengikut tarikh yang ditetapkan kepada guru Membentangkan kerja kursus dan menjawab secara lisan soalan yang dikemukakan oleh guru dalam masa masa 10 hingga 15 minit pada tarikh dan waktu yang ditetapkan

TERHAD

TERHAD

14

Tarikh Dari 3 Mac 2014 hingga 11 April 2014

Perkara Pemantauan kerja kursus (kerja projek) oleh Pengurusan MPM dan Pegawai Mata Pelajaran MPM

Tindakan Guru Menyediakan kerja kursus (kerja projek) calon (yang terkini), fail PBS guru, dan fail PBS calon

Tindakan Calon Menyediakan kerja kursus (kerja projek) calon (yang terkini), dan fail PBS calon

Dari 14 April 2014 hingga 14 Mei 2014

Pengisian dan penghantaran markah kerja kursus (kerja projek) melalui e-submission

Memasukkan markah kerja kursus (kerja projek) calon ke dalam sistem e-submission Mencetak rumusan markah kerja kursus (kerja projek) calon dan membuat semakan silang (cross checking) rumusan tersebut dengan guru Pengajian Am yang lain Membuat pembetulan sekiranya terdapat kesilapan markah pada rumusan markah kerja kursus (kerja projek) calon tersebut Mendapatkan pengesahan Pengetua bagi rumusan markah yang telah disemak silang (cross checking) Menghantar markah kerja kursus (kerja projek) calon ke MPM sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan Menyediakan dan menyerahkan kerja kursus (kerja projek) calon yang diminta sebagai sampel untuk tujuan penyelarasan oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK) (Jika sekolah dipilih sebagai sampel penyelarasan) Menyediakan calon yang kerja kursus (kerja projek)nya dipilih sebagai sampel Membentangkan kerja kursus (kerja projek) dan menjawab lisan beberapa soalan yang dikemukakan Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK) dalam masa 10 hingga 15 minit pada tarikh dan waktu yang ditetapkan (calon yang dipilih sahaja jika diminta oleh KPK) (Jika TERHAD

Dari 14 April 2014 hingga 14 Mei 2014

Penyelarasan markah kerja kursus (kerja projek) oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK) (Jika sekolah dipilih sebagai sampel penyelarasan)

TERHAD

15

Tarikh

Perkara

Tindakan Guru untuk membuat pembentangan (jika diminta oleh KPK) (Jika sekolah dipilih sebagai sampel penyelarasan)

Tindakan Calon sekolah dipilih sebagai sampel penyelarasan)

Dari 14 Mei 2014 hingga 15 Oktober 2015

Penyimpanan evidens (kerja kursus (kerja projek)

Menyimpan evidens kerja kursus (kerja projek) dan Fail PBS calon di tempat yang selamat sehingga dimaklumkan oleh pihak MPM tentang kaedah pelupusan evidens PBS calon

TERHAD

TERHAD 4.2 Guru Sekolah Swasta Tarikh 16 September 2013 Perkara Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Kerja Kursus Pengajian Am Kertas 4 (900/4), Penggal 2 Tahun 2014 Pelaksanaan kerja kursus (kerja projek)

16

Tindakan Guru Memuat turun: Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Kerja Kursus Pengajian Am Kertas 4 (900/4), Penggal 2 Tahun 2014

Tindakan Calon Memuat turun: Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Kerja Kursus Pengajian Am Kertas 4 (900/4), Penggal 2 Tahun 2014 Memahami aspek yang dinilai dalam penulisan kerja kursus (kerja projek) Memahami skop tugasan kerja kursus (kerja projek) Membincangkan tema, isu, tajuk dan skop kerja kursus (kerja projek) yang telah dipilih, dikenal pasti, dan ditetapkan bersama guru Merancang jadual kerja Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, temu bual, dan kaji selidik daripada pelbagai sumber Menyusun dapatan (data dan maklumat) Memproses data dan maklumat mentafsir, menganalisis dan membuat hubung kait antara dapatan yang diperoleh Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk jadual, graf, carta, dan lainlain yang bersesuaian Membincangkan dapatan kajian dan menghubungTERHAD

Dari 6 Januari 2014 hingga 31 Mac 2014

Menyampaikan taklimat tugasan kepada calon Memaklumkan tarikh akhir penyerahan kerja kursus (kerja projek) mengikut arahan Majlis Peperiksaan Malaysia Menjelaskan aspek yang dinilai dalam penulisan kerja kursus (kerja projek) Memberikan penjelasan kepada calon tentang elemen kemahiran insaniah (soft skill) yang akan dinilai Membimbing calon untuk memahami skop tugasan kerja kursus (kerja projek) Membimbing calon mengenal pasti tema dan memilih isu, tajuk, dan skop kerja kursus (kerja projek) Membimbing calon untuk merancang jadual kerja Membimbing calon untuk mengumpul data dan maklumat berkaitan kerja kursus (kerja projek) Memantau kemajuan kerja calon secara berterusan dengan merekod dan

TERHAD

17

Tarikh

Perkara

Tindakan Guru menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon Membimbing calon memproses dan menganalisis data Membimbing calon untuk menulis mengikut format yang ditetapkan Memantau kemajuan hasil penulisan calon secara berterusan dengan merekod dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon Membimbing calon membuat penambahbaikan terhadap kerja kursus (kerja projek) yang dihasilkan

Tindakan Calon kaitkannya dengan teori yang bersesuaian Menghasilkan penulisan yang lengkap mengikut format yang ditetapkan Menyemak dan membuat penambahbaikan terhadap kualiti penulisan kerja kursus (kerja projek)

1 April 2014

Penghantaran kerja kursus (kerja projek) dan bahan pembentangan kerja kursus (kerja projek) oleh calon

Menerima kerja kursus (kerja projek) daripada setiap calon untuk diserahkan kepada pemeriksa bagi tujuan penyemakan

Menyerahkan kertas kerja kursus (kerja projek) mengikut tarikh yang ditetapkan kepada pemeriksa bagi tujuan penyemakan

Dari 2 April 2014 hingga 11 April 2014

Pemeriksaan kerja kursus (kerja projek) oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM Sesi pembentangan kerja kursus (kerja projek) Menyediakan calon untuk sesi pembentangan dan soal jawab kerja kursus (kerja projek) di hadapan pemeriksa (semua calon) Membentangkan kertas kerja kursus di hadapan pemeriksa dan menjawab lisan beberapa soalan yang dikemukakan oleh pemeriksa dalam 10 hingga 15 minit pada tarikh dan waktu yang ditetapkan

Dari 12 April 2014 hingga 31 April 2014

TERHAD

TERHAD

18

Tarikh Dari 1 Mei 2014 hingga 14 Mei 2014

Perkara Penyelarasan markah kerja kursus (kerja projek) oleh Penyelaras Negeri (PN) atau Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK) (Jika sekolah itu dipilih sebagai sampel penyelarasan markah)

Tindakan Guru Menyediakan calon untuk sesi pembentangan dan soal jawab kerja kursus (kerja projek) di hadapan PN atau KPK (calon yang dipilih sahaja jika diminta oleh PN atau KPK) (Jika sekolah itu dipilih sebagai sampel penyelarasan markah)

Tindakan Calon Membentang kerja kursus (kerja projek) dan menjawab secara lisan beberapa soalan yang dikemukakan oleh Penyelaras Negeri (PN) atau Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK) dalam masa 10 hingga 15 minit pada tarikh dan waktu yang ditetapkan (calon yang dipilih sahaja jika diminta oleh PN atau KPK) (Jika sekolah itu dipilih sebagai sampel penyelarasan markah)

Dari 1 Mei 2014 hingga 14 Mei 2014

Pengisian markah dan penghantaran markah melalui esubmission oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM Penyimpanan evidens (kerja kursus (kerja projek) oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM di tempat yang selamat, iaitu di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) sehingga dimaklumkan oleh pihak MPM tentang kaedah pelupusan evidens PBS calon

Dari 14 Mei 2014 hingga 15 Oktober 2015

TERHAD

TERHAD 4.3 Pemeriksa Calon Sekolah Swasta Tarikh Januari 2014 hingga 31 Mac 2014 Perkara

19

Tindakan Pemeriksa

Pelaksanaan kerja kursus (kerja projek) oleh calon

1 April 2014

Penghantaran kerja kursus (kerja projek) dan bahan pembentangan kerja kursus (kerja projek) kepada pemeriksa Pemeriksaan kerja kursus (kerja projek) oleh pemeriksa

Menerima kerja kursus (kerja projek) calon daripada guru sekolah swasta pada tarikh yang ditetapkan bagi tujuan penilaian

Dari 2 April 2014 hingga 11 April 2014 Dari 12 April 2014 hingga 31 April 2014

Memeriksa kerja kursus (kerja projek) calon mengikut kriteria penilaian yang ditetapkan oleh MPM

Sesi pembentangan kerja kursus (kerja projek) oleh calon

Menilai pembentangan kerja kursus (kerja projek) calon (seorang calon antara 10 hingga 15 minit) mengikut kriteria penilaian yang ditetapkan oleh MPM Menilai elemen kemahiran insaniah (soft skill) calon

Dari 1 Mei 2014 hingga 14 Mei 2014

Pengisian dan penghantaran markah kerja kursus (kerja projek) melalui e-submission

Memasukkan markah kerja kursus (kerja projek) calon ke dalam sistem esubmission Membuat semakan silang (cross checking) markah kerja kursus (kerja projek) calon bersama-sama dengan seorang lagi pemeriksa kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am yang dilantik oleh MPM Membuat pembetulan sekiranya terdapat kesilapan markah pada rumusan markah kerja kursus (kerja projek) calon tersebut Mendapatkan pengesahan Pengetua bagi rumusan markah yang telah disemak silang (cross checking) Menghantar markah kerja kursus (kerja projek) calon ke MPM sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan

TERHAD

TERHAD

20

Tarikh Dari 1 Mei 2014 hingga 14 Mei 2014

Perkara Penyelarasan markah kerja kursus (kerja projek) oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK) (Jika sekolah itu dipilih sebagai sampel penyelarasan)

Tindakan Pemeriksa Menyediakan dan menyerahkan kerja kursus (kerja projek) calon yang diminta sebagai sampel untuk tujuan penyelarasan oleh Penyelaras Negeri (PN) atau Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK) (Jika sekolah itu dipilih sebagai sampel penyelarasan) Meminta kerjasama guru sekolah swasta untuk menyediakan calon yang kerja kursus (kerja projek)nya dipilih sebagai sampel untuk membuat pembentangan (jika diminta oleh PN atau KPK) (Jika sekolah itu dipilih sebagai sampel penyelarasan)

Dari 14 Mei 2014 hingga 15 Oktober 2015

Penyimpanan evidens (kerja kursus (kerja projek)

Menyimpan evidens (kerja kursus (kerja projek) di tempat yang selamat, iaitu di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sehingga dimaklumkan oleh pihak MPM tentang kaedah pelupusan evidens PBS calon

TERHAD

TERHAD 4.4

21 Pemeriksa Calon Persendirian Individu

Tarikh
6 Januari 2014 hingga 31 Mac 2014

Perkara Pertemuan Pemeriksa dengan calon persendirian individu Pelaksanaan kerja kursus (kerja projek) oleh calon

Tindakan Pemeriksa Menyampaikan taklimat tugasan kepada calon Memaklumkan tarikh akhir penyerahan kerja kursus (kerja projek) mengikut arahan Majlis Peperiksaan Malaysia Menjelaskan aspek yang dinilai dalam penulisan kerja kursus (kerja projek) Menjelaskan kepada calon tentang elemen kemahiran insaniah (soft skill) yang dinilai dalam kerja kursus (kerja projek) calon. Membimbing calon untuk mengenal pasti tema dan memilih isu, tajuk, dan skop kerja kursus (kerja projek) Menerima kerja kursus (kerja projek) calon pada tarikh yang ditetapkan bagi tujuan penilaian

1 April 2014

Penghantaran kerja kursus (kerja projek) dan bahan pembentangan kerja kursus (kerja projek) kepada pemeriksa Pemeriksaan kerja kursus (kerja projek) oleh pemeriksa

Dari 2 April 2014 hingga 11 April 2014 Dari 12 April 2014 hingga 31 April 2014

Menyemak kerja kursus (kerja projek) calon mengikut kriteria penilaian yang ditetapkan oleh MPM

Sesi pembentangan kerja kursus (kerja projek) oleh calon

Menilai pembentangan kerja kursus (kerja projek) calon (seorang calon antara 10 hingga 15 minit) mengikut kriteria penilaian yang ditetapkan oleh MPM. Membawa komputer semasa sesi pembentangan kerja kursus (kerja projek) oleh calon Menilai elemen kemahiran insaniah (soft skill) calon

Dari 1 Mei 2014 hingga 14 Mei 2014

Pengisian dan penghantaran markah kerja kursus (kerja projek) melalui e-submission

Memasukkan markah kerja kursus (kerja projek) calon ke dalam sistem esubmission Membuat semakan silang (cross checking) markah kerja kursus (kerja projek) calon bersama-sama dengan seorang lagi pemeriksa kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am yang dilantik oleh MPM Membuat pembetulan sekiranya terdapat kesilapan markah pada rumusan markah kerja kursus (kerja TERHAD

TERHAD

22

Tarikh

Perkara

Tindakan Pemeriksa projek) calon tersebut Menghantar markah kerja kursus (kerja projek) calon ke MPM sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan

Dari 1 Mei 2014 hingga 14 Mei 2014

Penyelarasan markah kerja kursus (kerja projek) oleh Penyelaras Negeri (PN) (Jika calon itu dipilih sebagai sampel penyelarasan)

Menyediakan dan menyerahkan kerja kursus (kerja projek) calon yang diminta sebagai sampel untuk tujuan penyelarasan oleh Penyelaras Negeri (PN) (Jika calon itu dipilih sebagai sampel penyelarasan) Menghubungi calon yang kerja kursus (kerja projek)nya dipilih sebagai sampel untuk membuat pembentangan (jika diminta oleh PN) Menyediakan tempat untuk sesi pembentangan kerja kursus (kerja projek) oleh calon

Dari 14 Mei 2014 hingga 15 Oktober 2015

Penyimpanan evidens (kerja kursus (kerja projek)

Menyimpan evidens (kerja kursus (kerja projek) di tempat yang selamat, iaitu di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sehingga dimaklumkan oleh pihak MPM tentang kaedah pelupusan evidens PBS calon

TERHAD

TERHAD 5 FORMAT PENULISAN 5.1 5.2

23

Calon digalakkan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) untuk mencari maklumat tambahan. Calon digalakkan menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian mengikut format berikut: 5.2.1 5.2.2 5.2.3 5.2.4 Saiz kertas: A4 putih sahaja Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci Tulisan: Times New Roman (font 12) Langkau (spacing): 1.5

5.3 5.4 5.5 5.6

Panjang penulisan tidak melebihi 5000 patah perkataan, iaitu tidak termasuk jadual, rajah, graf, carta, senarai rujukan, lampiran, sinopsis, kandungan, dan penghargaan. Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan. Format penghasilan Gambar rajah, jadual, peta, dan foto adalah seperti pada Lampiran 5. Calon dikehendaki menulis rujukan mengikut kaedah Gaya Dewan. Format penulisan rujukan adalah seperti pada Lampiran 6. Panjang abstrak adalah antara 100 hingga 150 patah perkataan. Abstrak hendaklah meliputi permasalahan kajian, kaedah kajian, penemuan utama, dan kesimpulan yang ditulis dalam satu perenggan. Susunan skrip kerja kursus adalah seperti berikut: 5.7.1 Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1) 5.7.2 Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) 5.7.3 Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) 5.7.4 Borang Markah Kerja Kursus Calon Sekolah (BMKKC) (Lampiran 4) 5.7.5 Kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am

5.7

5.8 Setiap helaian kertas jawapan kerja kursus (kerja projek) hendaklah dicatatkan nombor kad pengenalan di bahagian atas sebelah kanan kertas tersebut (nama calon tidak perlu). 5.9 Kerja kursus (kerja projek) yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan berjilid.

STRUKTUR PENULISAN 6.1 6.2 6.3 6.4 6.5 6.6 6.7 6.8 6.9 Abstrak Kandungan (butiran dan muka surat) Penghargaan Pengenalan Objektif Kajian Lokasi Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian dan Perbincangan Rumusan/Kesimpulan

6.10 Rujukan 6.11 Lampiran (jika perlu) TERHAD

TERHAD 7 PENSKORAN Bil. Penulisan: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Bil 1. Abstrak

24

Aspek Pemarkahan

Markah

Markah Penuh

2 4 3 2 5 18 4 2 Markah Markah Penuh 40 (72.7%)

Kandungan (butiran dan muka surat) Penghargaan Pengenalan Objektif Kajian Lokasi Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian dan Perbincangan Rumusan/Kesimpulan Rujukan Lampiran (jika perlu) Aspek Pemarkahan Pembentangan dan soal jawab: Pembentangan Hasil Kajian (a) pembentangan (b) kreativiti persembahan (c) keterampilan

2 2 1 5

10
(18.2%)

2. Bil 1.

Soal jawab Aspek Pemarkahan Impak keseluruhan: Impak keseluruhan (Penulisan, Pembentangan dan Soal jawab) JUMLAH MARKAH

Markah

Markah Penuh

5 (9.1%)
55 (100%)

55

TERHAD

TERHAD 8

25

GARIS PANDUAN PEMILIHAN ISU KAJIAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK) 8.1 8.2 MPM menentukan dua tema. Pihak sekolah dan calon perlu berbincang untuk mengenal pasti isu dan menetapkan tajuk dan skop tugasan daripada tema yang telah dipilih. Kawasan kajian yang dipilih hendaklah dihadkan kepada sekolah/ kampung/bandar/ daerah/negeri calon.

8.3

TERHAD

TERHAD 9

26

CARTA ALIR PROSES PENGHASILAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK) PENGAJIAN AM Contoh: Tema 1: Pencemaran Budaya Tema 2: Kebebasan Media

Calon mengenal pasti isu dan menetapkan tajuk dan skop tugasan

Calon memilih tema: Tema 1: Pencemaran Budaya

Calon mengenal pasti isu: (Isu yang dipilih hendaklah merujuk kepada kampung/taman perumahan/sekolah/bandar/daerah/negeri calon) Contoh: Pengaruh budaya negatif dalam kalangan remaja Budaya lepak dalam kalangan komuniti Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan pencemaran bahasa Kelunturan nilai murni dalam komuniti Pengaruh golongan pendatang terhadap komuniti

Calon menentukan tajuk: (Tajuk yang dipilih hendaklah berdasarkan isu yang telah dikenal pasti) Contoh: Budaya Lepak Golongan Remaja di Taman A

A TERHAD

TERHAD

27

Calon menentukan lokasi kajian: Calon digalakkan untuk memilih lokasi kajian yang sesuai, iaitu mudah dituju dan dekat dengan tempat tinggal calon. Ini memudahkan pengutipan data kajian. Dalam Penulisan: Peta negeri, peta daerah, peta bandar, gambar subjek (sebagai bukti). Bukti tersebut hendaklah dijelaskan dengan terperinci.

Calon menentukan skop tugasan: Skop tugasan yang dimaksudkan ialah fokus kerja kursus (kerja projek) yang akan dijalankan. Penjelasan ini penting bagi memastikan penilai dapat memahami sempadan kerja kursus berkenaan. Skop tugasan merangkumi isu penting yang cuba diketengahkan Contoh: Budaya Lepak Golongan Remaja di Taman A (Tugasan ini hanya tertumpu kepada golongan remaja yang didapati melepak di Taman A sahaja dan melihat kesan yang dibawa oleh budaya lepak ke atas golongan remaja tersebut)

Calon menentukan objektif kajian: Calon hendaklah menjelaskan hala tuju kajian dan perkara-perkara yang diharap akan dapat dicapai di akhir kajian nanti. Pernyataan ini hendaklah jelas, rasional, serta relevan dengan masalah yang dikaji. Objektif hendaklah mampu dicapai dan pencapaiannya itu sewajarnya boleh diukur. Calon boleh menyatakan objektif kajiannya secara khusus. Dalam Penulisan : Objektif kajian hendaklah ditulis dalam bentuk research statement . Contoh, penggunaan perkataan seperti Mengkaji, Mengenal pasti, Menilai, Menganalis is, dan Mensintesis. Calon digalakkan menulis antara dua hingga tiga objektif kajian agar hasrat kajian akan dapat dipenuhi dan kajian itu akan dapat dila kukan dengan lebih mendalam. Contoh: 1. Mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong golongan remaja melepak di Taman A 2. Mengenal pasti tingkah laku sosial yang diperlihatkan oleh golongan remaja yang melepak di Taman A

TERHAD

TERHAD

28

Calon menerangkan konsep kendalian: Calon dikehendaki memberikan penerangan mengenai Jargon dalam tajuk kajian yang akan diguna pakai. Dalam Penulisan: Jargon atau definisi yang diberikan terhadap sesuatu perkataan hendaklah diikuti dengan sumber rujukan. Dalam bahagian pengenalan juga, calon dikehendaki menyatakan apakah isu kajian beliau dan menyatakan hasrat atau keinginan beliau dalam melakukan kajian tersebut. Contoh: 1. Menerangkan maksud budaya lepak 2. Menerangkan maksud golongan remaja 3. Menerangkan maksud tingkah laku sosial

Calon menentukan kaedah kajian: Calon boleh menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat. Antaranya adalah seperti berikut: 1. Pemerhatian Kaedah ini boleh digunakan semasa lawatan ke kawasan kajian. Kaedah ini digunakan untuk memerhatikan perlakuan individu atau kumpulan orang atau kawasan yang dikaji. 2. Temu bual Kaedah ini melibatkan dua peringkat iaitu secara formal dan tidak formal. Kaedah secara formal melibatkan individu yang mempunyai jawatan/pangkat dalam sesebuah organisasi atau kelompok masyarakat. Temu bual ini menyentuh mengenai maklumat yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus. Manakala temu bual secara tidak formal pula berdasarkan temu bual dengan orang persendirian. Kaedah ini kebiasaannya menggunakan alat perakam suara untuk merakam perbualan dan kemudiannya digunakan menganalisis temu bual tersebut. 3. Soal Selidik Kaedah soal selidik ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk memudahkan lagi kajian yang hendak dijalankan. Calon boleh mereka bentuk borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk yang dikaji dan dapat memenuhi objektif kajian. Borang itu boleh diedarkan secara rawak kepada responden di kawasan kajian. 4. Rujukan (kajian arkib) Kaedah ini dijalankan dengan cara merujuk kepada buku teks dan buku rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Di samping itu, calon juga boleh membuat rujukan internet. Kaedah ini kebiasaannya menjadi kaedah tambahan kepada kajian. Hal ini berdasarkan kepada skop kajian.

TERHAD

TERHAD

29

Calon menganalisis data: Calon dikehendaki menganalisis data-data yang dikutip daripada kaedah kajian yang telah dijalankan. Data-data tersebut dianalisis secara kuantitatif atau kualitatif.

Calon menjelaskan/membincangkan dapatan kajian: Calon dikehendaki menjelaskan atau membincangkan dapatan kajian dalam bentuk esei bertulis dengan disertakan jadual/carta/graf bagi menyokong hasil kajian. PENTING: Maklumat yang dinyatakan dalam kaedah kajian perlu ada dalam dapatan kajian.

Calon menghasilkan rumusan kerja kursus: Calon dikehendaki membuat rumusan atau kesimpulan daripada perbincangan. Calon juga diharapkan dapat menunjukkan sejauh mana hasil kajian yang dijalankan itu menepati objektif kajian yang ditetapkan. Calon juga boleh menyatakan kepentingan (signifikan) hasil kajian yang telah dijalankan. PENTING: Kata ganti diri jangan digunakan.

Rujukan:
Tidak kurang daripada lima bahan rujukan yang merangkumi tiga jenis rujukan yang berlainan. Contoh: Dua daripada sumber internet, satu daripada buku, dan dua daripada majalah

TERHAD

TERHAD 10 LAMPIRAN

30

Lampiran 1

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 2 TAHUN 2014 MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN AM 4 (900/4)

TAJUK

NAMA CALON NOMBOR KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN

ALAMAT SEKOLAH/ ALAMAT CALON

NAMA GURU/PENILAI TANDATANGAN GURU/PENILAI TARIKH

MARKAH

TERHAD

TERHAD

31 Lampiran 2 BPC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 2 TAHUN 2014 MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN AM 4 (900/4) BORANG PERAKUAN CALON Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru/ pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan. Nama Calon No. Kad Pengenalan Calon Angka Giliran Calon Nama Pusat PBS Calon Makluman kepada calon: Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut. Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon: Saya telah membaca dan memahami makluman kepada calon di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus .......................................... tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali penerangan dan bimbingan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran ........................... di sekolah (untuk calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan dan calon sekolah swasta) atau pemeriksa kerja kursus mata pelajaran ......................................... (untuk calon persendirian individu). Tandatangan Calon Tarikh Perakuan oleh Guru/Penilai: Saya mengesahkan bahawa kerja kursus ........................................................ telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon. Tandatangan Guru/Pemeriksa Nama Guru/Pemeriksa Tarikh

TERHAD

TERHAD

32 Lampiran 3 BRKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK) PENGGAL 2 TAHUN 2014 MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN AM 4 (900/4) BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON No. Pusat/Angka Giliran: ........................................... No. Kad Pengenalan: ................................... Aktiviti dalam Penghasilan Kerja Kursus (diisi oleh calon)

Tarikh

Ulasan Guru

Tandatangan Guru

Tandatangan calon

(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman) Pengesahan Guru Mata Pelajaran: Pengajian Am Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Pengajian Am Tahun 2014 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Tandatangan Guru: ..................................... Nama Guru: ................................................ Tarikh: ....................................... Cap Sekolah: Catatan: Borang ini hendaklah dilampirkan bersama kerja kursus (kerja projek).

TERHAD

TERHAD

33 Lampiran 4 BMKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK) PENGGAL 2 TAHUN 2014 MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN AM 4 (900/4) BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON Nama Calon: .. Angka Giliran: ................... No. Kad Pengenalan: . (Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras) Kriteria Penilaian Markah Markah Penuh Guru/Pemeriksa A. Penulisan 1. Abstrak 2 2. Kandungan (butiran dan muka surat) 3. Penghargaan 4. Pengenalan 4 5. Objektif Kajian 3 6. Lokasi Kajian 2 7. Kaedah Kajian 5 8. Dapatan Kajian dan Perbincangan 18 9. Rumusan dan Kesimpulan 4 10. Bibliografi/Rujukan 2 11. Lampiran (jika perlu) B. Sesi Pembentangan dan Soal Jawab 1. Pembentangan 2 2. Kreativiti Persembahan 2 3. Keterampilan 1 4. Soal jawab 5 5 C. Impak Keseluruhan Jumlah Markah 55 PERAKUAN GURU/PEMERIKSA Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru/Pemeriksa: .. Nama: ................................................................... No. Kad Pengenalan: ............................................. Tarikh: ................................................................... No. Telefon (sekolah): ....................................... (bimbit): .......................................

Markah Penyelaras

PENGESAHAN PENYELARAS Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Penyelaras: ................................... Nama: ................................................................ No. Kad Pengenalan: ......................................... Tarikh: .............................................................. No. Telefon (sekolah): ...................................... (bimbit): .....................................

Nota: Markah calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan. TERHAD

TERHAD

34 Lampiran 5

Peta:

Peta 1: Peta Daerah Manjung Sumber: Laman Web Rasmi Pejabat Pertanian Daerah Manjung

Foto:

Foto 1: Taman Paya Bakau Sumber: Kerja Lapangan 2012

TERHAD

TERHAD Rajah:

35

Rajah 1: Umur Responden Sumber: Kajian Lapangan 2012

Jadual: Jadual 1: Punca-punca Ponteng Sekolah BIL 1 2 3 4 5 PUNCA Pengaruh Rakan Sebaya (Pujukan kawan-kawan) Pengaruh Persekitaran (Kafe siber/lepak) Faktor Keluarga ( Tiada perhatian/pemantauan) Masalah dengan guru (Tidak menyiapkan latihan) Kerja Sambilan (Sara keluarga/perbelanjaan sendiri) JUMLAH Sumber: Kajian Lapangan 2012 BIL. ORANG 4 3 2 2 1 12 PERATUS 33.3 25.0 16.7 16.7 08.3 100

TERHAD

TERHAD

36 Lampiran 6 PANDUAN PENULISAN RUJUKAN

1.

Karya Penulis Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Nama penulis, editor, atau penyusun (b) Tahun terbit (c) Judul (d) Bilangan jilid (e) Edisi dan terbitan (f) Tempat terbit (g) Nama penerbit Contoh: Oleh seorang penulis A. Samad Said, 1979. Dari Salina ke Langit Petang: Proses Mencipta Novel. Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Contoh: Oleh dua orang penulis Mohd Baidi Bahari dan Rahmat Awang, 1989. Panduan Mengguna Ubat. Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Contoh: Oleh tiga orang penulis Anderson, J., Durston, Berry H. dan Poole, Millicent, 1971. Thesis and Assigment. Edisi Kedua. New Delhi: Wiley Eastern Private Limited. Contoh: Oleh lebih daripada tiga orang penulis Nik Safiah Karim et al., 1985. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Cetakan Pertama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Kuala

2.

Karya Terjemahan Maklumat dan susunan adalah seperti untuk karya asli dengan tambahan. (a) Nama penterjemah (b) Keterangan bahasa teks asal dalam tanda kurung Contoh: Arena Wati, 1992. Wheels Within Wheels. Diterjemah oleh Hawa Abdullah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Teks asal dalam Bahasa Melayu) Morgan, Sally, 1992. Merunut Akar. Diterjemah oleh Ajikik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Teks asal dalam Bahasa Inggeris)

TERHAD

TERHAD 3. Kamus dan Ensaiklopedia

37

Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Judul (b) Jilid (c) Tahun (d) Edisi dan cetakan (e) Tempat terbit Contoh: Kamus Dwibahasa, 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Contoh: Ensaiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu Jilid 1, 1995. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Karya yang diusahakan oleh Badan, Institusi atau Jawatankuasa Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Nama negeri (b) Nama Badan atau Institusi atau Jawatankuasa (c) Tahun terbit (d) Judul (e) Tempat terbit (f) Nama penerbit Malaysia. Kementerian Kewangan Malaysia, 1994. Laporan Ekonomi 1994/1995. Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan Malaysia. Contoh: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993. Laporan Tahunan 1993. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 5. Majalah Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Nama penulis (b) Tajuk rencana (c) Kata singkatan dlm. (d) Judul majalah (e) Bilangan keluaran (f) Jilid (g) Halaman (h) Tarikh terbit Contoh: Kemala. Gagasan Hadiah Sastera ASEAN dlm. Dewan Sastera 21:3, hlm. 142-43, Mac 1977. TERHAD Contoh:

TERHAD 6. Jurnal

38

Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Nama penulis (b) Tajuk rencana (c) Kata singkatan dlm. (d) Judul jurnal atau kependekannya yang popular penggunaannya (e) Jilid (f) Bilangan keluaran (g) Halaman (h) Tarikh terbit Contoh: Abdullah Yusoff. Fikiran, Persekitaran, dan Pembentukan Isyarat Orang Pekak. Dlm. Jurnal Dewan Bahasa 39:7, hlm. 587-96, Julai 1995. Contoh: Zaba, Modern Development dlm. JMBRAS 12:3, hlm. 142-62, 1940. 7. Suratkhabar atau Buletin Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Nama penulis (b) Tajuk rencana (c) Kata singkatan dlm. (d) Nama suratkhabar atau Buletin (e) Tarikh terbit Contoh: Zaharuddin Mohd. Ali. PM: Maju Tanpa Mengorbankan Moral dlm. Utusan Malaysia, 21 April 1995.

TERHAD

TERHAD 8. Monograf

39

Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Nama penulis, editor atau penyusun (b) Tahun terbit (c) Judul (d) Nama siri (e) Jilid (f) Bilangan (g) Tempat terbit (h) Penerbit Contoh: Khalid M. Hussain dan N. Siahaan (ed.), 1979. Sumbangan Prof. J. Gonda terhadap Penyelidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Penerbitan Ilmiah no. 3). 9. Latihan Ilmiah Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Nama penulis (b) Tahun (c) Tajuk (d) Peringkat pengajian (e) Tempat Contoh: Kamaruzzaman Abdul Kadir, 1975. Dunia Kemala dalam Timbang Terima dan Meditasi. Latihan Ilmiah Sarjana Muda Sastera. Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. 10. Kertas data Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Nama penulis (b) Tahun (c) Tajuk (d) Jenis bahan (e) Tempat (f) Bentuk bahan dalam tanda kurung Sanat Md. Nasir, 1979. Bentuk Pasif Bahasa Malaysia: Satu Kajian Polar Keseringan dan Struktur. Kertas data. Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. (Stensilan). Contoh:

TERHAD

TERHAD 11. Kertas kerja

40

Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Nama penulis (b) Tahun (c) Tajuk (d) Jenis bahan (e) Nama seminar, persidangan, kursus, bengkel (f) Tempat (g) Tarikh Contoh: Othman Putih, 1991. Cerpen-cerpen Karya Pengarang Pahang: Pencapaian dan Arah Masa Depan. Kertas kerja dalam Simposium Darul Makmur Dua. Bandar Pusat Jengka, Pahang, 1-2 Februari 1991. 12. Nota Ceramah, Kuliah atau Syarahan Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Nama pensyarah (b) Tahun (c) Tajuk (d) Sumber nota (e) Tempat (f) Tarikh Artwood, Joyce, 1986. Editors in Publishing. Kumpulan nota ceramah yang disampaikan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 20-24 Mei 1986. 13. Wawancara Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Bahan berakam Contoh: Wawancara secara rakaman antara penulis dengan Sdr. Usman Awang selaku Setiausaha Sekretariat Anugerah Sastera Negara di pejabatnya di Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, pada jam 11 pagi, 15 Disember 1980. (b) Bahan tidak berakam Contoh: Wawancara secara bebas antar penulis dengan Sdr. Usman Awang selaku Setiausaha Sekretariat Anugerah Sastera Negara di pejabatnya di Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, pada jam 11 pagi, 15 Disember 1980. Contoh:

TERHAD

TERHAD 14. Bahan Alat Pandang Dengar (APD)

41

Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Tajuk (b) Tahun (c) Bentuk bahan dalam tanda kurung (d) Nama pengarah (e) Tempat terbit (f) Penerbit (g) Bilangan bahan (h) Tempoh (i) Lokasi Pentas Opera, 1989. (Pita video). Zakaria Ariffin (Pengarah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1 pita:130 min:VHS. Contoh: Amok, 1995. (Filem). Adman Salleh (Pengarah). Kuala Lumpur: Nizarman (M) Sdn. Bhd. Contoh: Lagu-lagu Nyanyian oleh Kumpulan Harmoni, 1981. (Pita kaset). Kuala Lumpur: EMI (Malaysia). 1 pita: 60 min. 15. Bahan Internet Nama Penulis (Tahun).Tajuk artikel [versi elektronik].Sub-judul (jika ada). Dicapai pada Bulan, Hari, Tahun, dari URL Contoh: Wordnet (2006).WordNet Search 2.1. Dicapai pada November 30, 2006, from http://wordnet.princeton.edu Contoh:

TERHAD

TERHAD

42

BAHAGIAN II: MANUAL CALON

PENGENALAN Setiap calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta, dan calon persendirian individu wajib melaksanakan kerja kursus (kerja projek) sebagai satu daripada komponen penilaian untuk penggal 2. Wajaran markah bagi komponen kerja kursus (kerja projek) ini adalah sebanyak 20%. Markah penilaian kertas kerja kursus hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) untuk diambil kira bersama-sama dengan markah peperiksaan akhir bagi setiap penggal untuk tujuan penggredan mata pelajaran Pengajian Am. Penilaian pencapaian calon dalam kerja kursus ini berdasarkan aspek yang telah ditetapkan dalam Sukatan Pelajaran (SP). Manual kerja kursus (kerja projek) ini disusun bagi membantu guru dan pemeriksa menilai kerja kursus calon. Pada masa yang sama, manual ini juga dapat membantu calon untuk menghasilkan kerja kursus (kerja projek) bagi mata pelajaran Pengajian Am. Penyediaan dan penilaian kerja kursus (kerja projek) ini mestilah dilaksanakan pada penggal 2 mengikut tempoh yang ditetapkan oleh MPM.

TERHAD

TERHAD 2

43

PELAKSANAAN KERTAS KERJA KURSUS 2.1 Arahan Umum 2.1.1 2.1.2 2.1.3 Kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am wajib diambil oleh semua calon. Kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am hendaklah dilaksanakan dalam penggal 2. Tema kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am tahun 2014 adalah berdasarkan tajuk yang dipelajari dalam penggal 2.

2.2

Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Calon Sekolah Bantuan Kerajaan 2.2.1 2.2.2 2.2.3 2.2.4 2.2.5 2.2.6 2.2.7 Memahami kehendak sukatan pelajaran Pengajian Am Mengetahui dan memahami keperluan melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am Mengetahui dan memahami kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am yang perlu dilaksanakan Menghasilkan penulisan kertas kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am secara individu Menepati masa dengan cara melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru Memulakan penghasilan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am seawal yang boleh Merancang proses penghasilan kerja kursus (kerja projek) mengikut peringkatperingkat yang telah ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Melaksanakan tugas (a) memilih tema, (b) mengenal pasti isu, (c) menetapkan tajuk dan skop kerja kursus, (d) mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai, dan (e) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am

2.2.8

2.2.9

2.2.10 Mengaplikasikan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/ pengumpulan maklumat dan pembentangan 2.2.11 Menghantar hasil kerja kursus (kerja projek) kepada guru pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan. Kegagalan calon menghantar kerja kursus (kerja projek) pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am dan tidak mengambil kertas 900/4. 2.2.12 Menggunakan kertas muka hadapan kerja kursus (kerja projek) yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) pada muka hadapan kerja kursus (kerja projek) calon 2.2.13 Mengakui kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am yang dihasilkan ialah hasil kerja calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)

TERHAD

TERHAD

44 2.2.14 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru ketika pertemuan antara calon dengan guru 2.2.15 Memastikan kerja kursus (kerja projek) calon yang telah siap mempunyai Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4) 2.2.16 Membentangkan hasil kerja kursus (kerja projek) pada sesi pembentangan dan soal jawab pada tarikh, waktu, dan tempat yang ditetapkan oleh guru 2.2.17 Membentangkan hasil kerja kursus (kerja projek) pada sesi pembentangan dan soal jawab di hadapan Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK) pada tarikh, waktu, dan tempat yang ditetapkan (jika kerja kursus (kerja projek) dijadikan sampel untuk penyelarasan) 2.2.18 Menyimpan semua maklumat yang berkaitan dengan penghasilan kerja kursus (kerja projek) dengan baik 2.2.19 Memastikan kerja kursus (kerja projek) yang dihasilkan ialah hasil usaha calon sendiri dengan cara merekodkan sumber maklumat yang digunakan dan mencatatkan sumber maklumat tersebut dengan betul dalam kerja kursus (kerja projek)

2.3

Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta 2.3.1 2.3.2 2.3.3 2.3.4 2.3.5 2.3.6 2.3.7 Memahami kehendak sukatan pelajaran Pengajian Am Mengetahui dan memahami keperluan melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am Mengetahui dan memahami kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am yang perlu dilaksanakan Menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am secara individu Menepati masa dengan cara melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru Memulakan penghasilan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am seawal yang boleh Merancang proses penghasilan kerja kursus (kerja projek) mengikut peringkatperingkat yang telah ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Melaksanakan tugas (a) memilih tema, (b) mengenal pasti isu, (c) menetapkan tajuk dan skop kerja kursus, (d) mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai, dan (e) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan

2.3.8

2.3.9

Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am 2.3.10 Mengaplikasikan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/ pengumpulan maklumat dan pembentangan

TERHAD

TERHAD

45

2.3.11 Menghantar hasil kerja kursus (kerja projek) kepada pemeriksa yang dilantik oleh MPM pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan. Kegagalan menghantar kerja kursus (kerja projek) pada tarikh yang telah ditetapkan oleh pemeriksa akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am dan tidak mengambil kertas 900/4. 2.3.12 Menggunakan kertas muka hadapan kerja kursus (kerja projek) yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) pada muka hadapan kerja kursus (kerja projek) calon 2.3.13 Mengakui kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am yang dihasilkan adalah hasil kerja calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) 2.3.14 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru ketika pertemuan antara calon dengan guru 2.3.15 Memastikan kerja kursus (kerja projek) calon yang telah siap mempunyai Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4) 2.3.16 Membentangkan hasil kerja kursus (kerja projek) pada sesi pembentangan pada tarikh, waktu, dan tempat yang ditetapkan oleh pemeriksa 2.3.17 Membentangkan hasil kerja kursus (kerja projek) pada sesi pembentangan dan soal jawab di hadapan Penyelaras Negeri (PN) atau Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK) pada tarikh, waktu, dan tempat yang ditetapkan (jika kerja kursus (kerja projek) dijadikan sampel untuk penyelarasan) 2.3.18 Menyimpan semua maklumat yang berkaitan dengan penghasilan kerja kursus (kerja projek) dengan baik 2.3.19 Memastikan kerja kursus (kerja projek) yang dihasilkan adalah hasil usaha calon sendiri dengan cara merekodkan sumber maklumat yang digunakan dan mencatatkan sumber maklumat tersebut dengan betul dalam kerja kursus (kerja projek) 2.4 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu 2.4.1 2.4.2 2.4.3 2.4.4 2.4.5 2.4.6 2.4.7 Memahami kehendak sukatan pelajaran Pengajian Am Mengetahui dan memahami keperluan menjalan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am Mengetahui dan memahami kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am yang perlu dijalankan Menghasilkan penulisan kertas kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am secara individu Menepati masa dengan cara melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am dalam tempoh yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Memulakan penghasilan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am seawal yang boleh Merancang proses penghasilan kerja kursus (kerja projek) mengikut peringkatperingkat yang telah ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

TERHAD

TERHAD

46

2.4.8

Melaksanakan tugas (a) memilih tema, (b) mengenal pasti isu, (c) menetapkan tajuk dan skop kerja kursus, (d) mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai, dan (e) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am

2.4.9

2.4.10 Mengaplikasikan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/ pengumpulan maklumat dan pembentangan 2.4.11 Menghantar hasil kerja kursus (kerja projek) kepada pemeriksa yang dilantik oleh MPM pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan. Kegagalan menghantar kerja kursus (kerja projek) pada tarikh yang telah ditetapkan oleh pemeriksa akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am dan tidak mengambil kertas 900/4. 2.4.12 Menggunakan kertas muka hadapan kerja kursus (kerja projek) yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) pada muka hadapan kerja kursus (kerja projek) calon 2.4.13 Mengakui kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am yang dihasilkan adalah hasil kerja calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) 2.4.14 Memastikan kerja kursus (kerja projek) calon yang telah siap mempunyai Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4) 2.4.15 Membentangkan hasil kerja kursus (kerja projek) pada sesi pembentangan pada tarikh, waktu, dan tempat yang ditetapkan oleh pemeriksa 2.4.16 Menyimpan semua maklumat yang berkaitan dengan penghasilan kerja kursus (kerja projek) dengan baik 2.4.17 Memastikan kerja kursus (kerja projek) yang dihasilkan adalah hasil usaha calon sendiri dengan cara merekodkan sumber maklumat yang digunakan dan mencatatkan sumber maklumat tersebut dengan betul dalam kerja kursus (kerja projek)

TERHAD

TERHAD 3 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

47

3.1 Calon Sekolah Kerajaan dan Calon Sekolah Bantuan Kerajaan Tarikh 16 Disember 2013 Perkara Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Kerja Kursus Pengajian Am Kertas 4 (900/4), Penggal 2 Tahun 2014 Pelaksanaan, pemeriksaan dan pembentangan kerja kursus (kerja projek) Tindakan Calon Memuat turun: Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Kerja Kursus Pengajian Am Kertas 4 (900/4), Penggal 2 Tahun 2014 Memahami aspek yang dinilai dalam penulisan kerja kursus (kerja projek) Memahami skop tugasan kerja kursus (kerja projek) Membincangkan tema, isu, tajuk dan skop kerja kursus (kerja projek) yang telah dipilih, dikenal pasti, dan ditetapkan bersama dengan guru Merancang jadual kerja Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, temu bual, dan kaji selidik daripada pelbagai sumber Menyusun dapatan (data dan maklumat) Memproses data dan maklumat mentafsir, menganalisis dan membuat hubung kait antara dapatan yang diperoleh Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk jadual, graf, carta, dan lainlain yang bersesuaian Membincangkan dapatan kajian dan menghubung-kaitkannya dengan teori yang bersesuaian Menghasilkan penulisan yang lengkap mengikut format yang ditetapkan Menyemak dan membuat penambahbaikan terhadap kualiti penulisan kerja kursus (kerja projek) Menyerahkan kerja kursus (kerja projek) mengikut tarikh yang ditetapkan kepada guru Membentangkan kerja kursus dan menjawab secara lisan soalan yang dikemukakan oleh guru dalam masa masa 10 hingga 15 minit pada tarikh dan waktu yang ditetapkan

Dari 6 Januari 2014 hingga 11 April 2014

TERHAD

TERHAD

48

Tarikh Dari 3 Mac 2014 hingga 11 April 2014

Perkara Pemantauan kerja kursus (kerja projek) oleh Pengurusan MPM dan Pegawai Mata Pelajaran MPM Penyelarasan markah kerja kursus (kerja projek) oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK) (Jika sekolah dipilih sebagai sampel penyelarasan)

Tindakan Calon Menyediakan kerja kursus (kerja projek) calon (yang terkini), dan fail PBS calon

Dari 14 April 2014 hingga 14 Mei 2014

Membentangkan kerja kursus (kerja projek) dan menjawab lisan beberapa soalan yang dikemukakan Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK) dalam masa 10 hingga 15 minit pada tarikh dan waktu yang ditetapkan (calon yang dipilih sahaja jika diminta oleh KPK) (Jika sekolah sebagai sampel penyelarasan)

TERHAD

TERHAD 3.2 Calon Sekolah Swasta Tarikh 16 September 2013 Perkara Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Kerja Kursus Pengajian Am Kertas 4 (900/4), Penggal 2 Tahun 2014 Pelaksanaan kerja kursus (kerja projek)

49

Tindakan Calon Memuat turun: Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Kerja Kursus Pengajian Am Kertas 4 (900/4), Penggal 2 Tahun 2014 Memahami aspek yang dinilai dalam penulisan kerja kursus (kerja projek) Memahami skop tugasan kerja kursus (kerja projek) Membincangkan tema, isu, tajuk dan skop kerja kursus (kerja projek) yang telah dipilih, dikenal pasti, dan ditetapkan bersama guru Merancang jadual kerja Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, temu bual, dan kaji selidik daripada pelbagai sumber Menyusun dapatan (data dan maklumat) Memproses data dan maklumat mentafsir, menganalisis dan membuat hubung kait antara dapatan yang diperoleh Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk jadual, graf, carta, dan lainlain yang bersesuaian Membincangkan dapatan kajian dan menghubung-kaitkannya dengan teori yang bersesuaian Menghasilkan penulisan yang lengkap mengikut format yang ditetapkan Menyemak dan membuat penambahbaikan terhadap kualiti penulisan kerja kursus (kerja projek)

Dari 6 Januari 2014 hingga 31 Mac 2014

1 April 2014

Penghantaran kerja kursus (kerja projek) dan bahan pembentangan kerja kursus (kerja projek) oleh calon Pemeriksaan kerja kursus (kerja projek) oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM

Menyerahkan kertas kerja kursus (kerja projek) mengikut tarikh yang ditetapkan kepada pemeriksa bagi tujuan penyemakan

Dari 2 April 2014 hingga 11 April 2014

TERHAD

TERHAD

50

Tarikh Dari 12 April 2014 hingga 31 April 2014

Perkara Sesi pembentangan kerja kursus (kerja projek)

Tindakan Calon Membentangkan kertas kerja kursus di hadapan pemeriksa dan menjawab lisan beberapa soalan yang dikemukakan oleh pemeriksa dalam 10 hingga 15 minit pada tarikh dan waktu yang ditetapkan Membentang kerja kursus (kerja projek) dan menjawab secara lisan beberapa soalan yang dikemukakan oleh Penyelaras Negeri (PN) atau Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK) dalam masa 10 hingga 15 minit pada tarikh dan waktu yang ditetapkan (calon yang dipilih sahaja jika diminta oleh PN atau KPK) (Jika sekolah itu dipilih sebagai sampel penyelarasan markah)

Dari 1 Mei 2014 hingga 14 Mei 2014

Penyelarasan markah kerja kursus (kerja projek) oleh Penyelaras Negeri (PN) atau Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK) (Jika sekolah itu dipilih sebagai sampel penyelarasan markah)

TERHAD

TERHAD 3.3 Calon Persendirian Individu Tarikh 16 September 2013 Perkara Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Kerja Kursus Pengajian Am Kertas 4 (900/4), Penggal 2 Tahun 2014 Pertemuan calon dengan Pemeriksa Pelaksanaan kerja kursus (kerja projek) oleh calon

51

Tindakan Calon Memuat turun: Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Kerja Kursus Pengajian Am Kertas 4 (900/4), Penggal 2 Tahun 2014 Menemui pemeriksa yang dilantik oleh MPM untuk membincangkan keperluan melaksanakan kerja kursus (kerja projek) dan pemakluman tarikh akhir penyerahan kerja kursus (kerja projek) Memahami aspek yang dinilai dalam penulisan kerja kursus (kerja projek) Memahami skop tugasan Menentukan tema, isu, tajuk dan skop kerja kursus (kerja projek) yang telah dipilih, dikenal pasti, dan ditetapkan. Merancang jadual kerja Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, temu bual dan kaji selidik daripada pelbagai sumber Menyusun dapatan (data dan maklumat) Memproses data dan maklumat mentafsir, menganalisis, dan membuat hubung kait dengan dapatan yang diperoleh Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk jadual, graf, carta, dan lainlain yang bersesuaian Membincangkan dapatan kajian dan menghubungkaitkannya dengan teori yang bersesuaian Menghasilkan penulisan yang lengkap mengikut format yang ditetapkan Menyemak dan membuat penambahbaikan terhadap kualiti penulisan kertas kerja kursus

6 Januari 2014 hingga 31 Mac 2014

1 April 2014

Penghantaran kerja kursus (kerja projek) dan bahan pembentangan kerja kursus (kerja projek) kepada pemeriksa

Menyerahkan kerja kursus (kerja projek) kepada pemeriksa mengikut tarikh yang telah ditetapkan untuk tujuan pemeriksaan

TERHAD

TERHAD

52

Tarikh Dari 2 April 2014 hingga 11 April 2014 Dari 12 April 2014 hingga 31 April 2014

Perkara Pemeriksaan kerja kursus (kerja projek) oleh pemeriksa

Tindakan Calon

Sesi pembentangan kerja kursus (kerja projek) oleh calon

Membentangkan kerja kursus di hadapan pemeriksa dan menjawab lisan beberapa soalan yang dikemukakan oleh pemeriksa dalam 10 hingga 15 minit pada tarikh dan waktu yang ditetapkan

Dari 1 Mei 2014 hingga 14 Mei 2014

Penyelarasan markah kerja kursus (kerja projek) oleh Penyelaras Negeri (PN) atau Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK) (Jika calon dipilih sebagai sampel penyelarasan markah)

Membentangkan kerja kursus (kerja projek) dan menjawab lisan beberapa soalan yang dikemukakan oleh Penyelaras Negeri (PN) atau Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK) dalam masa 10 hingga 15 minit pada tarikh dan waktu yang ditetapkan (calon yang dipilih sahaja jika diminta oleh PN atau KPK) (Jika calon itu dipilih sebagai sampel penyelarasan markah)

TERHAD

TERHAD

53 Bahagian III: Kertas Soalan

TERHAD

TERHAD

54

TERHAD

You might also like