Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

REFLEKSI

Alhamdulillah syukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus subjek minor iaitu literasi nombor bagi semester yang kedua ini. Saya berasa bersemangat dan sungguh berpuas hati dengan hasil kerja yang telah saya lakukan walaupun mengharungi pelbagai kekangan dan cabaran sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Banyak ilmu dan pengalaman yang telah saya perolehi dan terokai. Pertama sekali semasa mula-mula mendapat tugasan ini daripada pensyarah mata pelajaran Literasi Nombor, Jabatan Matematik, Dr. Fan Siong Peng, saya berasa sangat bersemangat kerana mendapat begitu banyak input dari beliau semasa sesi taklimat. Saya amat berterima kasih kepada beliau atas penerangan yang telah diberikan. Seterusnya saya telah berbincang dengan rakan-rakan mengenai kerja kursus ini. Banyak maklumat yang telah kami kongsi bersama dan daripada sesi perbincangan, setiap sudut dan pandangan telah diteliti dimana ianya membantu saya dalam mempermudahkan lagi tugasan ini. Pelbagai pengalaman
berharga saya perolehi, disamping dapat mengetahui dan mempelajari cara-cara atau proses menyediakan kertas cadangan bagi penghasilan sesuatu pembungkusan makanan dan minuman. Melalui soalan tugasan projek yang diberi, kami dikehendaki menghasilkan satu kertas cadangan pembungkusan makanan dan minuman kepada sebuah syarikat yang telah menganjurkan satu peraduan merekacipta pembungkusan makanan dan minuman. Bagi melaksanakan tugasan projek ini, kami telah memilih sebuah syarikat iaitu YLF Manufacturing Sdn. Bhd. Kami membuat kertas cadangan adalah berasaskan kaedah penyelesaian masalah Polya. Melalui kaedah tersebut, saya cuba memahami soalan serta masalah dan kekurangan yang terdapat pada ciri-ciri pembungkusan yang lama. kami juga mengenal pasti masalah dan keperluan yang dihadapi oleh pengguna untuk memiih sesuatu produk makanan dan minuman. Berdasarkan permasalahan-permasalahan tersebut, kami merancang pula strategi penyelesaian iaitu kami membuat penambahbaikan terhadap ciriciri pembungkusan yang lama supaya sesuai dan dapat memenuhi kehendak pengguna.

Dalam merancang strategi penyelesaian, kami membuat beberapa pengiraan mengenai bentuk sesuatu pembungkusan tersebut. Kami menggunakan formula-formula matematik bagi mengira luas, isipadu, panjang dan tinggi sesuatu bentuk geometri yang

dihasilkan bagi membentuk pembungkusan makanan dan minuman seperti yang diinginkan. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya banyak belajar memahami konsep matematik melalui formula-formula yang berkaitan. Melalui kerja kursus ini juga membantu saya untuk mengingat kembali akan pelajaran matematik khususnya dalam kaedah mengira isipadu semasa di alam persekolahan dahulu. Kami juga telah melukis beberapa lakaran yang sesuai untuk menghasilkan pembungkusan kami. Lakaran tersebut menggunakan pelbagai kaedah iaitu melalui perisian komputer serta menggunakan lukisan tangan. Beberapa lakaran telah dihasilkan bagi memperolehi satu lakaran idea yang bersesuaian untuk pembungkusan makanan dan minuman kami. Setelah itu, saya belajar menggunakan teknologi untuk menghasilkan produk sendiri. Rekabentuk yang dihasilkan melalui pirisian komputer kelihatan lebih berkualiti dan menarik perhatian. Saya menggunakan perisian adobe photoshop untuk membuat reka benatuk dan corak produk yang direka.

Kemudian

kami

melaksanakan

pula

strategi

penyelesaian

setelah

segala

perancangan telah dibuat. kami telah memilih dan mencetak lakaran akhir pembungkusan makanan dan minuman dan telah menghasilkan model 3D bagi pembungkusan tersebut dengan menggunakan kertas manila. Akhir sekali kami meyemak semula hasil kerja kami nagi mendapatkan hasil pembungkusan yang betul-betul sempurna dan bersesuaian dengan sesuatu produk serta kehendak pengguna.

Sepanjang proses menyiapkan tugasan projek ini, pelbagai masalah yang kami hadapi, terutamanya masalah sambungan internet IPG yang perlahan menyukarkan pencarian maklumat serta masalah ketika mencari buku yang berkaitan dengan pembungkusan makanan dan minuman serta buku yang berkaitan dengan pengiraan sesuatu bentuk 3D. Hal ini, adalah kerana masalah sambungan internet yang masih belum dipertingkatkan serta kurangnya buku rujukan yang berkaitan di pusat sumber. Tetapi,

semua itu saya anggap sebagai salah satu proses untuk menimba pengalaman setelah pelbagai rintangan dan keadaan yang mencabar telah saya tempuhi selama saya berkerja bersama rakan dalam menyiapkan tugasan projek ini.

Dalam penghasilan tugasan projek ini, saya dan kawan saya telah merujuk pelbagai kertas cadangan yang pernah dibuat oleh syarikat-syarikat pembungkusan sedia ada. Kami juga telah membuat rujukan terhadap pelbagai konsep pembungkusan yang kreatif dan unik yang terdapat dalam internet.

Selepas menyiapkan kerja kursus ini, saya berasa amat bersyukur dan lega. Namun begitu, saya masih lagi menilai dan mencari kelemahan pada setiap hasil kerja yang telah dilakukan. Kesilapan yang umum dilakukan ialah kesalahan dalam pengiraan matematik untuk mengira isipadu. Saya perlu menggunakan formula yang betul contohnya formula bentuk prisma untuk kotak minuman dengan tepat. Saya juga menganalisis semula kerja kursus yang dilakukan amat penting agar kesalahan yang kecil dapat dielakkan. Di samping itu, menganalisis semula dapat mengesan jika terdapat maklumat-maklumat yang tidak lengkap atau tidak berkenaan dengan kehendak soalan kerja kursus. Saya akan menambah maklumat-maklumat yang penting dan membuang jika terdapat mana-mana maklumat yang tidak berkenaan. Selepas selesai menganalis, saya akan merujuk sumber dari internet berkenaan dengan maklumat-maklumat yang diambil dari buku rujukan. Tujuannya, infomasi sumber internet yang lebih ringkas boleh diletakkan pada bahagian lampiran. Akhir sekali saya merasakan tugasan seperti ini perlu diteruskan untuk generasi akan datang kerana ia amat berguna terhadap semua pelajar kerana dapat menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada.

................................................................ (MOHD HAFIZUDDIN BIN ABD GHANI)

You might also like