Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 33

TAJUK 8 : BUMI BATUAN DAN GALIAN PLAT TEKTONIK BATUAN Pengkelasan batuan dibuat berdasarkan : 1.

kandungan mineral iaitu jenis-jenis mineral yang terdapat di dalam batuan. 2. tekstur batuan, iaitu saiz dan bentuk hablur-hablur mineral di dalam batu 3. struktur batuan, iaitu susunan hablur mineral di dalam batuan. Kitar batuan

1. Kitar batuan ialah perubahan kumpulan batu. 2. Batuan igneus boleh bertukar kepada batu enapan atau batuan metaforfosis. 3. Batu enapan boleh bertukar kepada batuan metaforfosis atau batuan igneus. 4. Batuan metaforfosis boleh bertukar kepada batuan igneus atau batuan enapan. 5. Batuan igneus terbentuk apabila magma menyejuk dan membentuk kristal. Magma ialah cecair panas berasal daripada mineral yang cair. Mineral boleh membentuk kristal apabila sejuk. Batuan igneus boleh membentuk bawah tanah apabila magma menyejuk perlahan-lahan @ batuan igneus boleh membentuk permukaan tanah apabila magma menyejuk dengan cepat. 6. Apabila magma keluar daripada permukaan bumi, ia disebut lava. 7. Pada permukaan bumi, angin dan air boleh memecahkan batuan kepada ketulan kecil dan memindahkannya ke tempat lain. Ketulan-ketulan batuan kecil ini dipanggil enapan dan membentuk lapisan. Lapisan tersebut boleh tertanam di bawah lapisan enapan lain. Selepas tempoh masa yang panjang, enapan tersebut bersatu bersama membentuk batuan enapan. Melalui cara ini, batuan igneus boleh membentuk batuan enapan. 8. Semua batuan boleh menjadi panas. Di dalam bumi terdapat haba daripada tekanan, pecahan dan pereputan radioaktif. Haba tersebut memanaskan batuan. 9. Batuan yang dipanaskan tidak mencair tetapi berubah bentuk. Ia membentuk kristal. Disebabkan batuan tersebut sudah berubah, ia dipanggil batuan metaforfosis. 10. Apabila plak tektonik bergerak, haba terhasil. Apabila ia berlanggar, terbentuklah gunung. 11. Kitar batuan berterusan. Gunung yang terdiri daripada batuan metaforfosis boleh pecah dan dihanyutkan oleh aliran. Enapan yang baru daripada gunung ganang boleh membentuk batuan enapan yang baru. Kitar batuan tidak akan berhenti.

Jenis batuan 1) Batuan Igneus

Batuan igneus terjadi akibat daripada penyejukan dan pembekuan magma dari dalam kerak bumi.

berbentuk hablur, tidak berlapis-lapis dan tidak mengandungi fosil. Batu igneus boleh dikelaskan berdasarkan kandungan bahan-bahan logam di dalamnya.

batuan asid mengandungi lebih banyak silika. Sebagai batuan granit, batuan igneus jenis asid tidak padat dan lebih muda warnanya daripada batuan bes.

Batuan bes lebih padat dan lebih hitam warnanya kerana banyak mengandungi oksid bes, seperti besi, aluminium dan magnesium.

Dari segi asal kejadiannya, batuan igneus boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu : i. Batuan Igneus Plutonik atau Rejahan.

Batu ini adalah batu igneus yang terjadi di bahagian bawah kerak bumi.

Penyejukan dan pembekuan cecair ini berlaku secara perlahanlahan.

Oleh kerana itu terjadilah hablur-hablur kasar yang mudah dikenal.

Batu jalar dalam ini, umpamanya granit, diorit dan gabro terdedah di permukaan bumi akibat daripada proses gondolan dan hakisan.

Batu Granit

Batu Gabro

ii.

Batu Gunung Berapi atau Terobosan.

Batu gunung berapi adalah batu cecair yang telah melimpah keluar dari gunung berapi sebagai lava.

Lava ini membeku dengan cepat di permukaan bumi dan hablur yang dihasilkannya berbentuk halus.

Batu gunung berapi atau batu jalar luar yang biasa terdapat ialah batu basalt

Batu basalt ini menghasilkan hanyutan lava, litupan lava dan daratan tinggi lava.

Setengah-setengah batu basalt membeku dengan cara yang luar biasa dan menghasilkan menara-menara batu.

Sebahagian daripada lava cair itu mungkin mengalir keluar melalui rekahan-rekahan.

Lava cair itu kemudian membeku dalam bentuk daik yang tegak dan sil yang datar.

Batu Basalt

Batu Andesit

2.

Batuan Endapan

Batu endapan terjadi daripada enapan yang terkumpul di kawasan perairan. Kejadiannya memakan masa yang panjang.

Batuan ini dapat dibezakan daripada batuan jenis lain oleh sifatsifatnya yang berlapis-lapis. Oleh sebab itu batuan ini disebut batubatan berlapis.

Bentuknya kasar atau berbiji-biji halus, mungkin juga lembut atau keras.

Bahan-bahan yang membentuk batuan endapan ini mungkin telah diangkut oleh sungai-sungai, glasier, angin atau binatang-binatang.

Batuan endapan tidak berhablur dan sering kali mengandungi fosil-fosil binatang, tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan halus.

batuan endapan dapat dikelaskan berdasarkan umurnya. Batuan endapan boleh dikelaskan kepada tiga jenis utama dengan berdasarkan kepada asal kejadiannya dan kandungannya iaitu :

i.

Batuan endapan yang terjadi secara mekanik

Batuan jenis ini terjadi daripada pemaduan bahan-bahan yang terkumpul daripada batuan yang lain.

Batu pasir merupakan batuan endapan yang paling banyak terdapat.

Batuan ini terjadi daripada pasir dan kadang-kadang serpihan batu kuarza.

Susunan, kandungan dan warnanya sangatlah berbeza-beza. Batu pasir banyak dipecahkan di kuari-kuari untuk kegunaan membuat rumah atau membuat batu penggiling.

Batu pasir yang lebih besar dikenal sebagai grit. Apabila batu-batu kelikir yang lebih besar berpadu dengan kukuhnya sehingga menjadi batu besar, maka batuan itu disebut konglomeret (sekiranya bulat) dan brekia (sekiranya bersegisegi).

Batuan endapan yang lebih halus menjadi tanah liat yang banyak digunakan untuk membuat bata, syil atau batu lodak.

Pasir dan batu kelikir mungkin terdapat dalam bentuk yang tidak berpadu.

Batu Pasir
ii.

Batuan endapan yang terjadi secara organik

Batu ini terjadi daripada bangkai hidup-hidupan yang halus. Contohnya, organisma seperti karang dan kerang yang telah reput dagingnya akan meninggalkan kulit-kulit yang keras.

Kebanyakan batu yang terjadi secara ini terdiri daripada jenis kalkeria antaranya termasuklah batu kapur dan kapur.

Batu yang mengandungi karbon juga terjadi secara organik. Batuan ini terjadi daripada pemendapan tumbuh-tumbuhan yang telah reput seperti yang terdapat di kawasan paya dan hutan.

Batuan di atas memberikan tekanan kepada tinggalan tumbuhtumbuhan itu dan memampatkannya menjadi jisim karbon yang padat.

Akhirnya tinggalan ini menjadi gambut, lignit atau arang batu.

Arang batu
iii.

Batu kapur

Batuan endapan yang terjadi secara kimia

Batu jenis ini terenap melalui tindakan kimia larutan yang berbagai jenis.

Natrium klorida (garam batu) berpunca daripada lapisan yang pada satu masa dahulu berada di dasar laut atau tasik.

Gipsum atau kalsium sulfat didapati dari penyejatan yang berlaku di tasik-tasik masin seperti Laut Mati yang sangat masin airnya itu.

Kalium karbonat dan nitrat juga terjadi dengan cara yang sama.

Batu Gipsum

3.

Batuan Metamorfik Batuan metamorfik terbentuk dari batuan yang sedia ada tetapi mengalami proses perubahan mineralogi, tekstur dan struktur batuan. Batuan metamorfik terbentuk dari perubahan batuan induk; iaitu batuan sedimen, igneus, dan juga batuan metamorfik itu sendiri. 3 jenis metamorphosis :-

i. Metamorfik Rantau kesan tindakan tekanan yang tinggi membentuk mineral baru dan pengaturan semula mineral biasanya batuan yang telah berubah sifat akibat tekanan

mengakibatkan rekahan mineral, oleh yang demikian batuan ini mudah terbelah seperti batu slat dan batu gneis

Batu slat

Batu gneiss

ii. Metamorfik Sentuh (Terma). kesan tindakan haba biasanya batuan ini ditemui bersama-sama dengan igneus rejahan. Perkara yang penting tentang batuan metamorfik adalah semua perubahan terhasil sewaktu batuan masih pepejal. Jika batuan lebur dan mengeras semula, hasilnya ialah batuan igneus. Batuan yang telah diubah sifatnya oleh haba adalah agak besar dan tidak mempunyai struktur dalaman, seperti marmar. Ia digunakan dalam seni ukir kerana tidak mudah merekah.

Batu marmar

iii. metamorfik dinamik terbentuk akibat dari daya tegasan (stress) yang kuat; yang menyebabkan pemecahan batuan dan perubahan pada mineral. Contoh; kesan dari aktiviti sesar dan perlipatan

Definisi mineral terjadi secara semulajadi bentuk pepejal struktur kekristalan mempunyai komposisi kimia yang tersendiri. bukan dari bahan organik,

Cara pembentukan mineral proses pengkristalan daripada magma (crystallization from magma) proses pemendakan (precipitation) tekanan dan suhu cairan hidrotermal (hydrothermal solutions)

Kumpulan mineral silikat karbonat oksida sulfat dan sulfida halida elemen asal

Ciri-ciri fizikal mineral


1)

Warna - menunjukkan wajah mineral-mineral lut cahaya dalam cahaya terpantul atau cahaya terhantar (iaitu wajahnya pada mata kasar).

2) 3)

Streak/ coreng - warna serbuk yang ditinggalkan oleh sesuatu mineral. Kilau - bagaimana permukaan sesuatu mineral bertindak balas dengan cahaya

Bak logam - kebolehpantulan tinggi seperti logam, misalnya galena Sublogam - kebolehpantulannya kurang daripada kebolehpantulan logam, misalnya magnetit

Kekaca - kilau kaca pecah, misalnya kuarza

Bak mutiara - cahaya yang amat lembut yang ditunjukkan oleh sebilangan silikat lapisan, misalnya talkum

Bak sutera - cahaya lembut yang ditunjukkan oleh bahan-bahan berserat, misalnya gipsum

Suram/bak tanah - ditunjukkan oleh mineral-mineral hablur yang halus, misalnya hematit jenis karang ginjal.

4)

Kekerasan - ukuran rintangan mineral apabila diregang

Kekerasan fizik sesuatu mineral biasanya diukur mengikut skala kekerasan mineral Mohs. (1: plg lembut, 10: paling keras)

Kekerasan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
5)

Mineral Talkum Gipsum Kalsit Flourspar Apatit Oxtoklas Kuarza Topaz Korundum Intan

Belahan - kecenderungan mineral untuk pecah dengan cara-cara yang berlainan

Untuk keratan yang nipis, belahan boleh dilihat sebagai garisangarisan selari yang halus melintasi sesuatu mineral.

6)

Fraktur - bagaimana sesuatu mineral boleh pecah bertentangan dengan satah-satah belahan semula jadinya

7)

Graviti tentu - mengaitkan jisim mineral dengan jisim air yang sama isi padunya, iaitu ketumpatannya.

8)

Sifat-sifat lain:

Pendarfluor (respons terhadap cahaya ultraungu), magnetisme, keradioaktifan,

kekukuhan (respons terhadap perubahan-perubahan bentuk yang diaruh secara mekanik),

kereaktifan terhadap asid-asid cair.

Perbezaan mineral dengan batuan Mineral - pepejal inorganik yang wujud secara semula jadi, dan mempunyai kandungan kimia serta struktur hablur yang tetap. Batuan - agregat satu atau lebih mineral. (Batuan boleh merangkumi sisasisa organik.) Batuan adalah terbentuk daripada kumpulan mineral-mineral yang terikat bersama. Mineral-mineral yang terkandung di dalam sesuatu batuan amat berbeza.

TEORI PLAT TEKTONIK


Mengikut Teori Plat Tektonik lapisan kerak bumi kepingan- kepingan yang dikenali sebagai plat.

boleh dibahagikan kepada

Plat ini terbahagi kepada 2 bahagian: a) plat benua - plat yang membawa benua b) plat lautan - plat yang membawa lautan

Di permukaan bumi terdapat tujuh plat benua yang besar dan beberapa plat benua yang kecil. Plat-plat ini sentiasa bergerak. a) Pergerakan plat-plat adalah disebabkan wujud pergerakan arus

pergolakan magma yang panas di lapisan astenosfera yang terletak di atas mantel bumi. b) Arus perolakan dalam magma mempunyai daya yang kuat untuk

menggerakkan plat yang terapung-apung di atas lautan magma. c) Pergerakan ini berlaku secara perlahan-lahan iaitu hanya beberapa sentimeter setahun. d) Kadar dan arah pergerakan antara plat-plat tersebut juga berbezabeza antara satu sama lain. Plat-plat tektonik ini bergerak secara 3 cara : 1) Secara pertembungan Zon plat lautan yang terjunam dinamakan sebagai zon subduksi@zon benam. Di zon ini, terbentuk jurang lautan yang sangat dalam (Contoh:Jurang Mindanao di Filipina yang terhasil melaui pertembungan Plat Pasifik dengan Plat Filipina). Seterusnya plat yang terbenam ke bawah akan mengalami pencairan dan peleburan akibat suhu dan tekanan yang sangat tinggi dalam mantel bumi. Plat ini akan cair membentuk magma. Magma ini pula akan bergerak ke luar ke permukaan kerak bumi di dasar laut membentuk barisan-barisan gunung berapi di dasar laut.

Pertembungan plat terjadi apabila dua sempadan plat bertembung antara satu sama lain. Petembungan antara plat-plat ini boleh berlaku antara :

a.

Plat benua dengan plat benua Apabila dua plat benua bertembung maka pinggir kedua-dua plat tersebut akan dimampatkan dan terlipat. Proses lipatan ini berlangsung kerana adanya kuasa tolakan dari kedua-dua arah plat yang bertembung tadi. Dalam pertembungan ini tidak ada sempadan plat yang terbenam ke bawah kerana kedua-dua plat benua mempunyai ketumpatan yang sama.

Seterusnya,lapisan

kerak

bumi

akan

terlipat

membentuk

banjaran gunung lipat. Misalnya sistem pergunungan Himalaya adalah terhasil melalui pertembungan Plat Indo-Australia dengan Plat Eurasia

b.

Plat lautan dengan plat lautan Apabila dua plat lautan bertembung antara satu sama lain maka plat yang tumpat akan terjunam atau terbenam ke bawah. Menerusi proses ataman(pengangkatan kerak bumi),lamakelamaan barisan-barisan gunung berapi ini akan timbul dan munculdi permukaan laut membentuk pulau dan rangkaian gunung-gunung berapi. Contoh di Kepulauan Jawa,Indonesia dan Kepulauan Filipina.

c.

Plat benua dengan plat lautan Apabila plat lautan berkembang dengan plat benua maka proses yang hampir sama berlaku. Plat lautan yang lebih tumpat berbanding dengan plat benua akan terbenam ke bawah. Di zon benam,plat lautan akan mencair berbentuk magma. Manakala di sepanjang sempadan pertembungan antara plat lautan dengan plat benua tadi akan terdapat juga jurang benua. Ini berbeza di bahagian plat benua.Di bahagian ini kerak bumi akan termampat.Proses mampatan kerak bumi akan

menghasilkan gunung lipat yang selari dengan jurang lautan tersebut. Jika terdapat rekahan-rekahan di banjaran gunung lipat tadi,maka magma boleh keluar melaluinya sebagai fenomena gunung berapi di bahagian daratan/benua. Misalnya pertembungan antara plat Nazca dengan plat Amerika Selatan yang menghasilkan Jurang Peru-Chile dan Banjaran Andes sebagai gunung lipatnya.

2) Secara pencapahan atau pemisahan Dalam pergerakan ini,plat-plat akan terpisah dan bergerakmenjauhi antara satu sama lain. Pencapahan menghasilkan tegangan yang kuat pada lapisan kerak bumi,kesannya kawasan sempadan pencapahan yang akan merekah. Ini menyebabkan wujud satu garis kelemahan pada kerak bumi yang membolehkan magma yang panas dari lapisan mantel mengalir keluar.

Jika plat lautan yang mengalami pencapahan ini,maka magma tersebut akan menyejuk dan membeku di dasarlaut membentuk lapisan kerak yang baru yang dikenal sebagai permatang tengah lautan.

Contoh:Permatang Tengah Lautan Atlantik yang berada di tengah lautan Atlantik. Kewujudan permatang tengah lautan akibat proses pencapahan kerak bumi menunjukkan berlakunya perebakan dasar laut.

3) Secara perselisihan Berlaku di sepanjang garis gelinciran(sesar). Garis sempadan berlakunya perselisihan ini dinamakan sebagai

sempadan neutral iaitu sempadan plat-plat yang tidak bertembung atau bergerak menjauhi antara satu sama lain tetapi sekadar berselisih dan bergeseran sahaja. Selain itu,fenomena yang sering berlaku di semapadan neutral ialah gempa bumi.

1.

Teori Hanyutan Benua

Alfred Wegener mengemukakan teorinya tentang hanyutan benua tetapi teori ini ditolak sebagian besar ahli ilmu bumi. 1950-an -1960-an banyak bukti yang ditemukan oleh para peneliti yang mendukung teori tersebut, sehingga teori yang sudah pernah ditinggalkan ini menjadi pembicaraan lagi.

1968, melalui perkembangan teknologi banyak dilakukan pemetaan pada lantai lautan, data yang banyak tentang aktiviti seismik dan medan magnit bumi diperoleh.

Sehingga muncul teori baru yang dinamakan Teori Plat Tektonik.

Benua pertama yang ada bernama Pangea pertama kali terpecah 300 tahun yang lalu, setengah di bagian utara yang disebut Laurasis (Eropah dan Asia)

dan setengah lagi di selatan yang disebut Gownwanaland (Amerika Selatan, Afrika, India, Antartika, Australia dan New Zealand).

Bukti Teori Hanyutan Benua

1. Kesesuaian benua Bukti yang paling kuat adalah kesamaan antara benua Amerika Selatan dan Afrika. terpecah-pecahnya Pangea, iaitu sebelumnya benua Afrika dan Amerika Selatan merupakan satu daratan yang bergabung

pada pematang pertengahan Lautan Atlantik. Ketika lapisan kerak bumi pada ridge/pematang baru terbentuk, daratan ini didesak secara perlahan-lahan, dan terpisah satu sama lain. Rata-rata kecepatan gerakan memisah ke arah timur dan barat, terbukti seimbang, oleh karena itu pematang ini sekarang terletak pada jarak yang sama dari kedua benua. Hal ini juga telah dibuktikan oleh Sir Edward Bullard dan kawankawannya pada tahun 1960-an. Buktinya ialah peta yang digambar dengan menggunakan bantuan komputer, datanya diambil dari kedalaman 900 meter di bawah muka air laut

2. Bukti-bukti Fosil Bukti- bukti fosil ini telah ditemukan oleh Alfred Wegener (1913-1930) dan para ahli geologi lainnya seperti : Fosil tumbuhan Glassopteria yang ditemukan menyebar secara luas di benua-benua bagian Selatan, seperti Afrika, Australia dan Amerika Selatan. Fosil ini diperkirakan berumur Mesozoikum. Fosil tersebut kemudian ditemukan juga di benua Antartika. Fosil reptil Mesosaurus dan haiwan amphibia yang ditemukan di Amerika Selatan bahagian timur dan Afrika bahagian Barat dan benua lainnya yang diperkirakan hidup pada Periode Triassic (kira-kira 200 juta tahun yang lalu) dan Kapur Akhir (kira-kira 75 juta tahun yang lalu) Penemuan fosil karang (jenis brachiopods) banyak terdapat di daratan Eropah bahagian timur, Amerika Utara, Asia, pegunungan Alpen dan Himalaya yang diperkirakan hidup sekitar 300 juta tahun. Ini menandakan bahawa daerah ini sebelumnya merupakan wilayah lautan, kerana menurut ilmu koral (koralogi) bahawa karang hanya hidup pada daerah perairan dan di atas suhu 18 o C atau hanya boleh berkembang pada daerah khatulitiwa, sedangkan kedua benua tersebut berada pada daerah subtropis.

3. Kesamaan jenis dan Struktur Batuan Di daerah Busur Pegunungan Appalachian yang berarah timur laut dan memanjang sampai ke bahagian timur Amerika Syarikat, yang tiba-tiba menghilang di bahagian pantai Newfoundland.

Pegunungan yang mempunyai umur dan struktur yang sama dengan pegunungan di atas, ditemukan di Greendland dan Eropah Utara. Jika kedua benua tersebut (Amerika dan Eropah) disatukan kembali, maka pergunungan di atas juga akan bersatu menjadi satu rangkaian pegunungan.

LETUSAN GUNUNG BERAPI


Faktor mempengaruhi letusan 1. Fakor yang mempengaruhi keganasan sesuatu letusan i. Kandungan magma ii. Suhu magma iii. Gas terlarut dalam magma 2. Kelikatan ukuran kerintangan bahan untuk mengalir a. Faktor mempengaruhi kelikatan i. Suhu- jika suhu meningkat, kelikatan bendalir menurun ii. Kandungan komposisi 1. Silica tinggikelikatan tinggi 2. Silica rendah lebih cair iii. KetumpatanSemakin tinggi ketumpatan bendalir, semakin

tinggi kelikatan bendalir . 3. Gas terlarut a. Wap air dan karbon dioksida b. Gas mengembang berdekatan permukaan c. Keganasan letusan bergantung kepada kesukaran gas untuk meletus daripada magma i. Gas lebih mudah meletus daripada magma cecair. ii. Magma yang likat menyebabkan kegansan letusan yang tinggi Bahan luahan 1. Aliran lava a. lava basalt kurang likat (lebih cair) b. jenis lava i. Pahoehoe lava

1. (permukaan licin dan bertali atau berkedut dan biasanya terbentuk hasil aliran lava cair.) 2. Biasanya hanya aliran mafik akan meletus sebagai phoehoe, disebabkan ia sering meletus pada suhu lebih tinggi atau mempunyai kandungan kimia yang

membenarkan ia mengalir dengan lebih cair. ii. Aa lava 1. (permukaan kasar, berkedut (clinkery) dan merupakan bentuk kebanyakan lava paling likat dan panas) 2. aliran basaltik atau mafik boleh meletus sebagai aliran a, terutamanya sekiranya kadar letupan adalah tinggi dan lerengnya adalah tajam. Phoehoe bercirikan 2. Gas a. 1-5% kandungan magma b. Kebanyakannya wap air dan karbon dioksida 3. Pyroclastic materials(bahan piroklastik) a. Bahan atau partikel yang terhasil semasa letusan gunung berapi (bahan muntahan) b. Jenis bahan piroklastik i. Abu dan debu ii. Pumis/Batu apung mempunyai banyak lubang,

ketumpatannya rendah menyebabkannya dapat timbul dalam air. iii. Sinder - sisa serpihan batu piroklastik (lahar atau magma) yang dingin. Ia adalah batu igneus, baik rejahan (magma yang didinginkan di dalam bumi) mahupun terobosan (lahar yang didinginkan di luar bumi). iv. Lapilli- bahan-bahan pepejal yang mempunyai diameter antara 4-32 mm c. Partikel yang lebih besar daripada lapilli i. Blok- lava yang mengeras ii. Bom pepejal yang lebih kasar daripada 32mm.

Gunung berapi: 1. Kamar magma besar 2. Batu dasar 3. Penyalur (Conduit) 4. Asas 5. Sill 6. Paip cabang 9. Lapisan lava dari gunung berapi 10. Tengkuk 11. Kon parasit 12. Aliran lava 13. Bukaan 14. Kawah

7. Lapisan abu dari gunung berapi 15. Kepulan abu 8. Sisi

Jenis gunung berapi Gunung berapi dibahagikan kepada beberapa jenis bergantung kepada jenis dan kelikatan magma yang membentuk gunung berapi itu.
1) Gunung berapi lava asid 2) Gunung berapi lava bes 3) Gunung berapi komposit 4) Gunung berapi abu dan sinder

1) Gunung berapi lava asid

letusan gunung berapi amat kuat.

lava sangat likat dan mengalir dengan perlahan. mempunyai cerun yang curam.
o

contoh: Gunung Vesuvius di Itali.

2) Gunung berapi lava bes - Gunung berapi perisai


mempunyai cerun yang landai. lava sangat panas dan cair. lava mengalir dengan laju dan jauh
o

contoh: Gunung Mauna Loa di Hawai.

3) Gunung berapi komposit


dikenali sebagai stratokun. kon utama terbina daripada abu dan lava. kon-kon kecil terbentuk di cerun-cerun kon utama. kon-kon kecil dinamakan kon parasit.
o

contoh: Gunung berapi Fuji,Jepun, Gunung Mayon,Filipina.

4) Gunung berapi abu dan sinder(kon bara)


terbentuk daripada letupan yang sangat kuat. mengeluarkan bahan piroklas seperti lapilli, abu, bom, serpihan kecil dan gas. bahan piroklas akan jatuh di sekitar lohong dan membentuk cerun yang curam.
o

contoh: Gunung berapi Paricutin di Mexico.

Bentuk muka bumi oleh gunung berapi. Apabila magma disejukkan dalam bumi sebelum dikeluarkan, magma ini akan membentuk pelbagai bentuk muka bumi yang dikenali sebagai bentuk muka bumi jalar dalam. Bentuk muka bumi jalar dalam akan kelihatan apabila pergerakan air dan perubahan iklim telah menghakis dan mendedahkan nya pada permukaan bumi. Antara jenis-jenis bentuk muka bumi jalar dalam adalah :-

1) Sil batuan igneus yang berkedudukannya selari dengan rataan lapis. mempunyai ketebalan berbeza-beza dari beberapa meter. Sil yang mengalami penggondolan akan membentuk air terjun atau jeram jika ia merentasi sungai. Sil yang besar mungkin membentuk penara. Contoh, Great Whim Sil di Northumberland, England. 2) Daik batuan jalar dalam yang terbentuk kerana magma yang menaik telah membeku di dalam rekahan batuan. Biasanya bersudut tepat dengan rataan lapis dan terbentuk tembok tegak. Daik yang terdedah membentuk rabung atau permatang yang kukuh. Daik juga mewujudkan air terjun atau jeram di dalam sungai dan membentuk tebing tinggi di pinggir laut. Contohnya, pantai selatan Cheng Chau di Hong Kong. 3) Batolitos bentuk batuan jalar dalam yang sangat besar dan terletak paling jauh dari permukaan bumi. Batolitos yang terdedah akan membentuk banjaran gunung yang besar, penara dan bukit-bukit terpencil. Contohnya, Dartmoor Dome di England dan Gunung Ledang di Semenanjung Malaysia. 4) Lakolitos Berbentuk kubah dan terdapat selari dengan rataan lapis. Jika terdedah akan membentuk bukit bulat yang rendah. Contohnya, Gunung Henry di Utara Amerika Syarikat. 5) Lapolitos Terbentuk daripada magma jalar dalam yang telah membeku di dalam kerak bumi secara mendatar dan membentuk piring. Bahagian atas di sebelah tengah lapolit ini membentuk satu lembangan cetek. Contohnya, Bushreld Compleks di Transvaal Afrika Selatan.

6) Paklitos Berbentuk seperti kanta dan terjadi secara mendatar di antara lapisan lipatan batuan di puncak lintap mungkum atau di bawah bahagian lintap lendut. Contohnya, Bukit Corndon di England.

PLAT TEKTONIK DAN AKTIVITI IGNEUS


1) Capahan sempadan kepingan Bumi (convergent plate boundaries) Di permatang tengah laut, dua keping tektonik mencapah sesama sendiri. Kerak lautan baru terbentuk dari batu cair yang perlahan-lahan menjadi sejuk dan mengeras. Di tempat ini, kerak Bumi agak nipis disebabkan tarikan kepingan tektonik. Pembebasan tekanan akibat kerak nipis mendorong kepada

pengembangan Adiabatik, dan kerak menjadi separa cair. Pencariran ini menghasilkan gunung berapi dan menghasilkan kerak laut yang baru. Bahagian utama rabung tengah lautan terdapat didasar laut, dan kebanyakan aktiviti gunung berapi adalah dibawah laut. Perasap hitam (Black

smoker) adalah contoh biasa aktiviti gunung berapi jenis ini. Di mana rabung tengah lautan muncul di atas permukaan laut, gunung berapi seperti Hekla di Iceland terbentuk. Capahan sempadan kepingan bumi

menghasilkan dasar laut baru dan kepulauan gunung berapi.

2) Pertembungan sempadan kepingan Bumi (divergent plate boundaries) Zon subduksi, adalah tempat di mana dua kepingan kerak Bumi, biasanya kepingan kerak lautan dan kepingan benua, bertembung. Dalam kes ini, kepingan lautan mendap, atau tenggelam di bawah kepingan benua membentuk jurang dalam lautan dipinggir pantai. Kerak ini kemudiannya dicairkan oleh haba dari kerak dan membentuk magma. Ini disebabkan kandungan air merendahkan tahap cair.

Magma yang terhasil di sini cenderung menjadi amat likat disebabkan kandungan silikanya yang tinggi, dengan itu sering tidak sampai pada permukaan dan mengeras jauh di dalam Bumi.

Apabila sekiranya ia tiba pada permukaan, gunung berapi terhasil. Jenis biasa bagi gunung berapi jenis ini adalah gunung berapi di Lingkaran Api Pasifik, Gunung Etna.

3) Titik panas (intraplate igneous activity) Titik panas tidak terletak pada rabung kepingan tektonik, tetapi pada pluma mantel, di mana perolakan Bumi mantel menghasilkan turus bahan panas yang naik sehingga sampai pada kerak, yang cenderung lebih nipis berbanding kawasan lain di Bumi. Suhu pluma menyebabkan kerak cair dan membentuk paip, yang membebaskan magma. Disebabkan kepingan tektonik bergerak, manakala turus mantel kekal pada tempat yang sama, setiap gunung berapi menjadi tidur selepas beberapa lama dan gunung berapi baru terbentuk setelah kepingan Bumi bergerak di atas titik panas. Kepulauan Hawai dipercayai terbentuk dalam bentuk itu, dan juga Dataran Sungai Ular (Snake River Plain), dengan Kawah Yellowstone merupakan bahagian terkini kepingan Amerika Utara berada atas titik panas.

Kitaran hayat gunung berapi


1. 2. 3.

Gunung berapi aktif. Gunung berapi pendam. Gunung berapi mati. Gunung berapi terdapat dalam beberapa bentuk sepanjang kitaran

hayatnya. Gunung berapi yang aktif mungkin bertukar menjadi separuh aktif, menjadi pendam, sebelum akhirnya menjadi tidak aktif atau mati

Bagaimanapun gunung berapi mampu menjadi pendam selama tempoh 200 tahun sebelum bertukar menjadi aktif semula.

1) Gunung berapi aktif


Gunung berapi hidup adalah aktif dan sering meletus. Gunung berapi ini sentiasa mengeluarkan asap dan diikuti dengan gegaran kecil sekali sekala.

Gunung berapi jenis ini seperti Gunung Etna di Itali, Mauna Loa di Hawaii dan Gunung Stromboli di Itali.

Kira-kira 500 buah gunung berapi yang aktif terdapat di seluruh dunia. Lebih separuh daripada 500 buah gunung berapi yang aktif terletak di sekitar Lautan Pasifik yang dipanggil sebagai "Lingkaran Api Pasifik".

Indonesia yang terletak di Lautan Pasifik mempunyai gunung berapi aktif paling banyak. Sejak tahun 1800, sebanyak 600 letusan gunung berapi telah direkodkan daripada 70 buah gunung berapi. Di Amerika Tengah mempunyai 60 buah gunung berapi aktif. Gunung berapi juga terdapat di Rusia, Jepun, Afrika, Iceland. Itali dan kawasan lain.

2) Gunung berapi pendam


Gunung berapi ini pernah meletus dan terpendam dalam satu jangka masa. Gunung berapi ini akan meletus semula dalam jangka masa yang panjang. Gunung berapi ini dikenali sebagai gunung berapi "tidur".
o

contoh: Gunung Pinatubo terpendam kira-kira 610 tahun telah meletus pada 13 Jun 1991. Gunung Vesuvius di Itali dan Gunung Fuji di Jepun.

3) Gunung berapi mati


1) 2)

Gunung berapi ini tidak aktif dan tidak akan meletus lagi. Walau bagaimanapun adalah sukar untuk mempastikan sama ada gunung berapi itu pendam atau mati. Ini disebabkan tempoh yang lama antara sesuatu letusan gunung berapi itu yang boleh mencapai sehingga tempoh 610 tahun.
o

contoh: Gunung Kenya di Kenya dan Gunung Kilimanjaro di Alaska.

Cara menentukan bila gunung berapi akan meletus. Teknik geofizikal - sebarang perubahan fizikal pada batu-batan di bawah tanah. 1) Graf gempa "Seismograf" Apabila magma mengalir melalui rekahan batu, magma akan menolak batubatan ke tepi. Ini menyebabkan gempa bumi lemah pada gunung berapi atau kawasan sekitarnya. Gegaran yang berterusan ini boleh bertahan dari beberapa jam hinggalah beberapa hari. Gegaran ini boleh diukur dengan seismograf. Seismograf akan mengesan gelombang bawah tanah "seismic" yang dihasilkan oleh gempa bumi dan merekodkannya pada kertas. Seismograf berfungsi dengan pen dan pemberat yang tergantung dengan spring. Apabila bumi bergetar disebabkan pergerakan magma di bawah tanah, pen akan merekodkan gelombang tersebut yang dipanggil "seismogram" pada drum berpusing. Beberapa bacaan "seismogram" akan dibandingkan bagi menentukan lokasi sebenar di mana magma akan keluar. Gempa bumi yang terhasil akibat aktiviti gunung berapi boleh menentukan pusat aktiviti gunung berapi tersebut. Bacaan daripada 3 seismograf paling minima yang terletak pada lokasi yang berlainan mesti di ukur untuk menentukan pusat aktiviti gunung berapi. Bacaan seismograf juga boleh digunakan untuk menentukan saiz gempa bumi. Saiz gempa bumi yang di ukur dengan seismograf diberikan menurut skala Richter. Skala Richter merupakan ukuran logarithmik. Ini bererti gegaran bersaiz 3 skala Richter mempunyai kekuatan 10 kali ganda lebih kuat berbanding gempa bumi yang bersaiz 2 skala Richter.
3)

Meter Sendeng "Tiltmeter"

Sebelum sesebuah gunung berapi meletus, magma yang mengalir keluar akan menolak batu-batan dengan tekanan yang kuat. Ini akan menyebabkan tanah disekitarnya mengelembung dan merekah.

Perubahan

kecondongan

permukaan bumi ini dapat diukur dengan

menggunakan meter sendeng yang dipanggil "tiltmeter". Tiltmeter terdiri daripada dua bekas separuh berisi air, disambung dengan tiub. Apabila magma bergerak naik, salah satu bekas beranjak naik, dengan itu menolak air melalui tiub ke dalam bekas yang lebih rendah, dengan itu memberi isyarat tentang pergerakan magma di bawah tanah..

3) Pengukur graviti "Gravitimeter" Magma mempunyai daya graviti yang berbeza berbanding dengan batu-batan disekeliling. Apabila magma bergerak naik, magma menolak batu-batan ketepi. Perubahan graviti ini dapat diukur dengan menggunakan "gravitimeter". Oleh itu, semakin besar perbezaan graviti ini, semakin hampir magma pada permukaan bumi, dan semakin hampir waktu gunung berapi itu akan meletus.

4) Pengukur magnetik "Megnometer". "megnometer" berfungsi seperti jarum kompas yang sensitive. Apabila batu dipanaskan, ia hilang daya megnetik dan berlaku perubahan pada bacaan megnometer. Semakin hampir magma dengan permukaan bumi, semakin besar perubahan bacaan pada alat megnometer ini, dan semakin hampir waktu gunung berapi itu akan meletus.

5) Pengawasan infra-merah. Apabila magma menghampiri permukaan bumi, semakin banyak haba terbebas pada permukaan bumi. Jumlah haba yang di bebaskan ini dapat di ukur melalui pengawasan infra-merah. Pengawasan infra-merah ini dapat dilakukan dengan penggunaan satelite, dengan itu membolehkan kawasan yang lebih luas dapat diawasi berbanding cara yang lain.

Setelah sesuatu kawasan itu telah di kenalpasti, waktu yang tepat tentang bila gunung berapiitu akan meletus, akan dapat ditentukan melalui

pengunaan alat-alat lain.

Teknik kimia. o Teknik kimia memerlukan pengawasan gas yang dibebaskan pada kawasan mata air panas "hot spring" dan juga pada rekahan "fumaroles" pada tanah di mana gas dalam bumi dibebaskan. o Apabila sesebuah gunung berapi hampir meletus, terdapat perbezaan dalam komposisi sebatian gas yang dibebaskan. Terdapat lebih banyak gas seperti sebatian klorin, sulfur oksida, karbon dioksida, hidrogen, dan radon dibebaskan. o Cara ini memerlukan pakar sains untuk menghampiri gunung berapi itu dan amat merbahaya. Bagaimanapun, pada masa sekarang peralatan jarak jauh dapat dipasang pada gunung berapi, dan diawasi dari jarak jauh melalui Internet. Kemusnahan oleh gunung berapi

Aliran lava Letusan gunung berapi. Aliran lumpur Abu Kebakaran Gas beracun Gelombang tsunami Gempa bumi

Faedah dari gunung berapi i. Tanih yang terbentuk daripada letusan gunung berapi lava bes kaya dengan pelbagai mineral. Tanih gunung berapi ini sangat sesuai untuk kegiatan pertanian. Contohnya seperti di Dataran Tinggi Deccan di India subur untuk tanaman kapas. Di Jawa, kawasan gunung berapi diteres untuk tanaman padi. ii. Mata air panas dan geiser gunung berapi boleh digunakan untuk menghasilkan tenaga geotermal. Paip akan ditanam jauh ke dalam tanah untuk memanaskan air untuk menghasilkan wap bagi menjalankan turbine dan seterusnya menghasilkan kuala eletrik. iii. Mata air panas juga dipercayai boleh mengubati penyakit kulit. Mata air panas juga juga menjadi tarikan kepeda pelancong. Mata air panas dan geiser banyak terdapat di Daerah Rotorua diNew Zealand, Yellowstone di Amerika Syarikat, Pulau Jawa-Indonesia dan Jepun. iv. Aktiviti gunung berapi membentuk genahar (kawah gunung berapi) yang amat besar. Genahar ini akan mewujudkan tasik-tasik yang besar dan luas. Contohnya Danau Toba di Sumatera dan Tasik Crater di Amerika Syarikat. Tasik genahar ini menjadi daya tarikan pelancong. v. Gunung berapi bawah laut dan di pinggir laut juga mampu membentuk tanah baru hasil magma yang keluar dari perut bumi dan masuk kelaut. Sebagai contoh, kepulauan Hawai terbentuk daripada aktiviti gunung berapi yang terletak di Rabung Tengah Atlantik. Gunung berapi ini mengeluarkan magma, dengan itu membentuk kepulauan yang boleh didiami oleh manusia.

Pembentukan batuan (Mountain building)


Pembentukan -istilah umum merujuk kepada semua perubahan bentuk atau saiz asal suatu jasad batuan. Faktor mempengaruhi pembentukan batu : 1) Suhu dan tekanan 2 cara pembentukan iaitu mulur dan rapuh Mulur (ductile) kebolehan untuk mengekalkan cangaan

plastik tanpa retakan atau patah Rapuh (brittle) - keadaan dimana bahan akan pecah apabila diberi tekan atau tegangan. 2) Jenis batu - komposisi mineral dan tekstur batuan 3) Tempoh masa Tekanan (Stress) - daya yang bertindak pada luas permukaan bahan 1) Tensional stress 2) Compressional stress 3) Shear stress Regangan (Strain) - perubahan bentuk atau isipadu suatu jasad batu kesan daripada tekanan Lipatan (folds) Lipatan adalah bentuk ombak atau gelombang pada suatu lapisan kulit bumi, yang ditunjukkan oleh perlapisan batuan. Lipatan terbentuk kerana pergeseran plat tektonik. Pergeseran plat tersebut mengakibatkan adanya lapisan yang terdorong secara menegak sama ada pada salah satu tepi lapisan ataupun pada kedua tepi lapisan. Lapisan batuan kemudian mengalami pelipatan atau pelengkungan.

Struktur lipatan Antklin - struktur lipatan yang melengkung ke atas , membentuk bukit dan gunung. Sinklin - lipatan yang melentur ke bawah, membentuk lurah

Sayap (limb) - bahagian dari lipatan yang terletak menurun mulai dari lengkungan maksimum suatu anklin hingga sampai lengkungan maksimum

Jenis-jenis lipatan dan ciri-cirinya : Jenis lipatan Lipatan semukur Lipatan tak semukur Lipatan atas Lipatan tindih Lipatan sesar atas Ciri-ciri Kecerunan kedua-dua cerun adalah sama Kecerunan kedua-dua cerun tidak sama Proses lipatan yang lebih kuat Proses lipatan bertambah kuat Mampatan melampau menyebabkan lipatan lebih melengkung dan sebahagian retak

Gelinciran (faults) Gelinciran bumi merupakan retakan, rekahan ataupun pecahan di kerak bumi ekoran kesan penegangan dan himpitan yang tidak seimbang di kedua-dua belah garisan gelinciran. Apabila berlakunya penegangan di kerak bumi, terjadilah bahagian bahagian terpisah. Sekiranya terdapat bahagian tengah dianatara dua garisan kelemahan, bahagian tersebut akan tenggelam atau tergelincir turun. Sebaliknya jika ada strata permukaan yang menunjukkan sifat sendeng atau melencung ke atas, retakan pada kerak bumi boleh menyebabkan bahagian di sisi retakan tersebut tergelincir lalu membentuk lembah gelinciran. Gelinciran boleh mewujudkan lurah gelinciran dan gunung bongkah o Lurah gelinciran atau graben: terbentuk apabila satu jalur kerak bumi jatuh ke bwh antara 2 atau lebih satah gelinciran. o Gunung bongkah atau horst: ialah tanah tinggi yg terbentuk apabila kerak bumi di luar 2 atau lebih garisan gelinciran jatuh.

Jenis gelinciran: 1) Gelinciran biasa Gelinciran biasa terjadi akibat kuasa tegangan dikerak bumi.

Melalui pergerakan menegak, bongkah batu batan pada bahagian satah gelinciran bergerak ke atas berbanding dengan bahagian lain. Pembentukan gelinciran biasa melibatkan pemanjangan di bahagian dasar. Gelinciran biasa mempunyai satah gelinciran curam yang apabila mengalami proses gondola, akan membentuk satu permukaan seakanakan tebing tinggi yang curam yang dikenali sebagai cerun gelinciran.

Kebanyakan gelinciran biasa mempunyai dua hujung gelinciran yang terpisah serta saling menutup antara satu sama lain.

2) gelinciran songsang berlaku apabila satu bahagian kerak bumi terangkat ke atas akibat daya mampatan akibat daripada gelinciran ini, akan terhasil cerun gelinciran yang curam dan lurus dan berketinggian angaran tinggi anjakan itu gelinciran mendatar keadaan cerun yang berlaku tidak kelihatan begitu ketara. Malah tiada cerun yang terbentuk. Apa yang terbentuk hanyalah garis garis halus yang kelihatan di permukaan tanah.

3) Gelinciran rabak Terjadi akibat daya ketegangan atau mampatan yang melibatkan pergerakan melintang, tanpa ada atau sedikit sahajaperubahan menegak. Pergerakannya sama ada mendatar ke kiri atau mendatar ke kanan mengikut garis retakan gelinciran dari beberapa meter hinggalah ke beriburibu meter panjangnya. Oleh itu, tebing atau cerun gelinciran tidak akan terhasil walaupun garisan gelinciran berkeadaan tegak. Biasanya boleh dikesan selepas berlakunya kejadian gempa bumi kuat sehingga menyebabkan kesan landasan keretapi,jalan.

You might also like