Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 39

Resepi makanann

truffle pudding

bahan2 untuk buat triffle puding

potong setebal 1 1/2 cm... hentam je la ikut suke tebal mane...xdan nak ukur...susun padat2...

tapis cocktail asingkan air n buah...amik air cocktail basahkan ckit kek...lepastu lapiskan dengan buah cocktail td...(air cocktail tu beberape sudu jer... if amik semua lembik plak kek)

masak layer custard plak... saya guna fresh milk... if guna susu cair pun boleh.... 2sb tepung custard, 400g susu dan gula secukup rase... saya guna 3 sudu jer....mix semua, tapis dan masak atas dapur...

lepas layer custard sejuk and keras cikit, taburkan buah longan...or buah pape je yg u'olls suke...

masak jelly nona - ikut jer arahan kt belakang... tunggu sampai sejuk baru tuang atas lapisan custard+longan... simpan dalam fridge... lagi sejuk lagi sedap....

padangan sisi... so.. sssseeeddaaappp!!!

*p/s - lebih cantik n senang makan if guna bekas kecik2 yang sekali makan habis.... selamat mencuba...

Sedaaaaaaaapkan nampak Kak Wana punya trifle ni?

* 1 bungkus kek swiss roll * 1 kotak agar-agar segera (Ladys Choice) perisa strawberry * 1 tin fruit cocktail * 2 sudu besar tepung kastard * 3 sudu besar gula * 3 cawan susu segar Cara: 1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.

2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh. 3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi. 4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata. 5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut. 6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi. 7. Masukkan ke dalam peti sejuk.

KEK MARBLE WARISAN


Assalamualaikum, Kek Marble memang menjadi kegemaran tiap lapisan masyarakat, mungkin kerana rasanya yang tidak muak dan enak hasil paduan antara perasa coklat dan vanilla. Membuatnya juga tidaklah serumit mana jika tau tekniknya. Ada berbagai cara pula resepi kek marble ini dan hari ini saya ingin berkongsi resepi kek marble warisan dan mungkin juga resepinya sama seperti yang ada pada pembaca. Jom kita lihat resepi kek yang mudah ini, enak juga buat sarapan pagi atau minum petang bersama keluarga tercinta.

KEK MARBLE WARISAN Sumber : majalah rasa (sept 2013) Bahan-bahan 250gm mentega - saya hanya gunakan majerin 210 gula kastor 5 biji telur 1 sudu makan ovalette (saya kurangkan kepada 1 1/2 sudu teh) 230gm tepung gandum 1 sudu teh serbuk penaik 1 sudu serbuk koko 80ml susu segar

Cara memasak: 1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan gebu. Kemudian masukkan ovellate dan telur sedikit demi sedikit di ikuti dengan esen vanila. Teruskan memukul.

2. Seterusnya masukkan tepung dan susu segar secara berselang seli. Pukul lagi sehingga sebati.

3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu daripada bahagian di adun dengan serbuk koko sehingga mesra.

4. Tuang kedua-dua adunan secara berselang seli kedalam loyang bersaiz 7 inci yang telah di lengser minyak dan beralas kertas. Bakar dengan suhu 180'c selama satu jam dan biarkan sejuk sebelum di potong.

PUDING KASTARD ROTI LAPIS AGAR AGAR


Tatadaaaa taadaaa.

Puding Kastard Roti Lapis Agar Agar. Jumpa resepi ni masa meronda ronda kotaraya. Tapi maaf sangat sangat lupa dari blog mana. InsyaAllah akan jumpa balik tuan punya resepi ni. Balik dari kerja mak cakap esok ada marhaban. Buat la sat apa apa yang senang nak bawak esok. Pikir punya pikir punya pikir dan semua bahan yang termaktub

Maka buat la dengan berbesar hati untuk mak.


tersedia ada.

Buat nya senang tapi kena pantas ya sebab cepat benar berketul , bila ada roti or biskut memang cepat je nak membeku. Anak lelaki sorang ni suka sangat makan pudding pudding ni, sebekas boleh habis kat dia sorang jer. Puding Kastard Roti Lapis Agar agar Agar agar 20 gm agar agar bertali 3 cawan air cawan gula Masak semua bahan di atas hingga hancur. Kemudian tapiskan dan bahagikan kepada 2 bahagian.

Puding Roti 3 keping roti cawan susu cair cawan susu pekat 2 biji telur 3 sudu besar tepung kastard sudu teh esen vanilla 1 sudu mentega Blender semua bahan kecuali mentega. Bila dah sebati masukkan ke dalam 1 bahagian agar agar tadi. Kacau hingga masak dan masukkan mentega. Dah agak pekat masukkan ke dalam bekas. Biarkan beku. 1 lagi bahagian agar agar tadi bubuh pewarna kegemaran. DAN KENA TAMBAH AIR LAGI 1 CAWAN. Jase guna merah je la sebab cam menarik plak nampak. Tuan punya resepi pun guna merah. Bila dah siap touch up kan dan POSING kan ia

Agar-agar Sirap Susu

Assalamualaikum wrh wbr..... Salam bahagia semua, semoga teman-teman ceriaceria selalu hendaknya. Di cuaca yang panas terik ni.... sedap juga kalau dapat makan agar-agar atau puding yang sejuk dan dapat menyamankan tekak. Oleh kerana masih ada lagi agar-agar yang berbaki maka saya buatkan agar-agar sirap susu. Lihat lah resepinya....

Resepi Agar-agar Sirap Susu Bahan-bahan:

10 gm agar-agar 2 cawan air 1/2 cawan gula 1 helai daun pandan 1/2 cawan susu cair sedikit sirap ros Cara memasaknya: 1. Masakkan agar-agar dengan air sehingga larut, masukkan gula dan daun pandan. Kacau lagi sehingga mendidih. 2. Bahagikan kepada dua bahagian. Sebahagian daripada agar-agar tersebut, masukkan pewarna sirap ros. Masukkan ke dalam bekas dan bekukan. Setelah sejuk potongkan kecil-kecil. Masukkan ke dalam bekas atau acuan yang disukai. 3. Sebahagian lagi masukkan susu cair. Biaran mendidih seketika. Kemudian barulah dituang ke dalam acuan yang berisi agaragar sirap tadi. Sejukkan ke dalam peti sejuk.

SUNDAY, JANUARY 20, 2008

Aneka Puding & Agar-agar


Himpunan beberapa resepi utk puding & agar-agar yg dah lama terperuk dlm PC.

PUDING LAICI kak liza http://hanieliza.fotopages.com/?entry=909314 bahan bahan: 10 gm agar-agar serbuk atau 1 paket agar-agar strips [28 gram] 6 cawan air 1 cawan gula 1 tin susu cair 1 tin laici dalam tin... [dimesin beserta dengan airnya] 1 tin laici [untuk hiasan jika mahu] Cara: 1. Masakkan agar-agar bersama air sehingga larut. 2. Masukkan gula. Biarkan hingga gula larut. [jika gunakan agar-agar strips kena tapis] 3. Masukkan laici yg dah dimesin dengan airnya dan susu cair. Kacau rata. Tutup api. 4. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Sejukkan 5. Hidangkan bersama buah laici.

PUDING KASTAD BERJELLY Bahan Puding : 1 cawan susu cair 1 cawan gula 1 cawan tepung kastad 1 cawan tepung jagung 5 cawan air Bahan jelly: nak senang gula instant jelly brand nona etc tu jer...guna perasa strawberry ke...tapi kalau terpaksa buat sendiri boleh try buat cam ni: 2 sudu kecil agar-agar serbuk 1 1/2 2 cawan air 1 cawan air sirap dari 1 tin fruit cocktail( tambah air jika tak cukuptambah gula jika kurang manis) sedikit sirap ros

buah-buahan koktel dalam tin Cara 1. Masukkan semua bahan puding dan kacau dalam periuk di atas api sehingga pekat. 2. Masukkan dalam bekas. 3. Taburkan buah-buahan koktel dalam tin di atas puding 4. Masakkan air dan agar-agar hingga larut, masukkan bahan yg selebihnya dan kacau rata. Tuangkan atas puding dan sejukkan.

Himpunan beberapa resepi utk puding & agar-agar yg dah lama terperuk dlm PC.

PUDING LAICI kak liza

http://hanieliza.fotopages.com/?entry=909314 bahan bahan: 10 gm agar-agar serbuk atau 1 paket agar-agar strips [28 gram] 6 cawan air 1 cawan gula 1 tin susu cair 1 tin laici dalam tin... [dimesin beserta dengan airnya] 1 tin laici [untuk hiasan jika mahu] Cara: 1. Masakkan agar-agar bersama air sehingga larut. 2. Masukkan gula. Biarkan hingga gula larut. [jika gunakan agar-agar strips kena tapis] 3. Masukkan laici yg dah dimesin dengan airnya dan susu cair. Kacau rata. Tutup api. 4. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Sejukkan 5. Hidangkan bersama buah laici.

Egg Tart @ Tart Telur

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Di sini hujan renyai-renyai dari petang semalam. Pagi ni cuaca pun mendung aje semendung perasaan di hati..chewah.

Hari ni terlebih rajin buat Egg Tart @ Tart Telur. Sebenarnya dah beberapa kali si bujang kecil kat rumah ni minta di buatkan Tart Telur ni. Setiap kali ke kedai kek atau ke pasaraya, bila ternampak acuan aluminium untuk tart selalu teragak-agak nak ambil sebab belum ada seru nak buat, tapi hari ni bila rajin nak buat tak ada pulak acuan tu hu hu. Jadi terpaksalah guna acuan cis tat ni.

Pagi tadi dok google lagi sekali resepi Egg Tart, akhirnya resepi dari ruang AllRecipe ni yang jadi pilihan sebab agak mudah ramuannya. Tapi saya buat separuh aje dari resepi ni. Tapi masih ada berbaki fillingnya, lain kali saya akan buat 3/4 dari resepi untuk crust nya sedang elok lah untuk 1/2 ramuan fillings. Alhamdulillah, kejadiannya tak mengecewakan...sedapp! Lain kali boleh buat lagi. Baki filling nya pun saya bakar sekejap sebab anak saya memang suka kalau makan fillings nya begitu saja :)

Egg Tart Sumber: All Recipe Ingredients: Serves : 12


Crust: 125g icing sugar 375g plain flour 225g butter 1 egg, beaten 1 dash vanilla extract

Filling:

125g caster sugar 350ml water 9 eggs, beaten 1 dash vanilla extract 225ml evaporated milk - saya guna full cream milk, next time nak guna susu sejat

Method:

In a medium bowl, mix together the icing sugar and flour. Mix in butter with a fork until it is in small crumbs. Stir in the egg and vanilla until the mixture forms a dough. The texture should be slightly moist. Add more butter if it is too dry, or more flour, if the pastry seems greasy. Shape pastry into 3cm balls, and press the balls into tart moulds so that it covers the bottom, and goes up higher than the sides. Use 2 fingers to shape the edge into an A shape. Preheat the oven to 230 C / Gas 8. Combine the caster sugar and water in a medium saucepan, and bring to the boil. Cook until the sugar is dissolved, remove from heat and cool to room temperature. Strain the eggs through a sieve, and whisk into the sugar mixture. Stir in the evaporated milk and vanilla. Strain the filling through a sieve, and fill the tart shells. Bake for 15 to 20 minutes in the preheated oven, until golden brown, and the filling is puffed up a little bit. Note

Full fat milk will work as a substitute for evaporated milk.

Ni khas untuk si bujang kecil...dah kehabisan acuan cis tat, guna muffin tray aje.

Wassalam...

TART TELUR (Sedap dan ringkas)

Pagi ini akak nak share menu yang akak buat sabtu lepas.entah macamana bila klik2 kat toutube ada resipi tart telur.akak pernah buat seklai tapi tak jadi..sayang betul sebab kena masukkan kedalam cik

tong.apa ke tidak nya inti crust tu akak tersalah buat.

resipi crust nya akak guna resipi yang biasa.akak guna acuan besar sedikit..tapi tak buat banyak sebab anak akak kurang gemar telur gini.lebihan adunan crust tu akak buat tat coklat..lepas ni nanti akak masukkan menu tat coklat pulak ya.

Memang berbaloi tengok cara cara kat youtube tu.untuk inti tu mudah aje.lepas nih akak rajin laa nak buat sebab bila dah siap rupanya encik Hb akak suka makan..sedap rupernye yer! Bahan untuk INTI TAT TELUR 5 sudu besar gula dimasak dengan 1 1/2 cawan air.(biarkan sejuk)>ikut kemanisan yang disukai

2 biji telur 1/2 tin @ lebih sikit susu cair(nak guna fresh milk pun boleh) sedikit esen vanila(kurangkan bau telur) 1-2 sudu besar tepung kastad(ni akak tambah sendiri-ikut cam CENDANA KASIH buat) Caranya : Masukkan air gula dalam bekas,masukkan telur,susu,esen vanila dan dikacau sebati.kemudian masukkan tepung kastad.kacau guna whisk aja.kemudian tapiskan.sedia digunakan... Untuk crustnya: 130gm butter 60gm gula icing 250gm tepung gandum 1 biji kuning telur sedikit esen vanila 1 sudu besar air sejuk caranya: campurkan gula,butter dan tepung.dengan menggunakan tangan ramas rata bahan sehingga menjadi serbuk roti. air,kuning telur,dan esen vanila dicampurkan dan pukul sekejap. masukkan kedalam adunan tepung.gaul hingga menjadi adunan doh. simpan sekejap dalam 10 minit boleh lah dibentukkan dalam acuan dengan mengambil sedikit dan ditekan rata dalam acuan. buat sehingga habis,baru tuangkan bahan inti. panaskan ketuhar dan dibakar 20 minit atau sehingga masak dalam suhu 170 darjah.

selamat mencuba...

Tat Telur

Dah lama berangan nk buat tat telur.... smlm barulah kesampaian. Dah pernah buat lama dah.... resepi dulu tu pun ntah mana perginya. Godek2 laptop ni, jumpa jugak resepi yg aku rasakan sesuai. Aku salin balik resepi ni dari blog zila4ever. Kalau nk tengok blog tu... klik SINI. Tanpa membuang masa... layan jelah tat telur aku ni...!!

Bahan utk crust : 2 cawan tepung gandum 1/4 cawan gula halus 1/2 st baking powder 1/4 st garam 1/2 cawan mentega 2 biji telur Bahan utk filling : ( aku kurangkan separuh tp masih ada baki lagi....) 1/2 cawan susu cair 2 biji telur 1/2 cawan gula halus 1/2 cawan air 1 sm tepung kastad - aku pakai tepung jagung 1/2 sm vanila Cara2 : Utk buat crust : Masukkan tepung, gula, baking powder dan garam kedlm doh mixer/guna tangan pun boleh. Masukkan butter. Gaul dan masukkan telur sebiji2 hingga menjadi doh. Utk buat filling : Pukul gula dan telur. Masukkan semua bahan lain. Kacau2 hingga sebati. Tekan doh kedlm bekas tat. Tuang bahan filing kedlm bekas tat yg diletakkan doh tadi. Bakar dalam oven ... Dah nampak kekuningan tu ....... dan filing dah nampak tak cair lagi kira dah masak lah tu.

p/s : Banyak jugaklah dapat... tp x sempat aku nk makan kali ketiga dan keempat dah abis dingap anak2... sedap dan rangup je crust tu.... nnti nk buat lagi :)

Kuih tat telur

200gm butter 100g gula aising 370 g tepung gandum 1 biji telur + 1 biji telur kuning sudu vanilla 4 biji telur 1/3 cawan gula kastor 1 tin susu cair 1 cawan air suam sudu vanilla 1 sudu makan tepung kastard

[ kacau gula + air suam -> masukkan susu cair + vanilla + kastard + telur ] haa.. ni la bahan-bahan nya:

Semangat! Faitink! ^-^

Lepas da sediakan bahan2nya, kami mula ikut sukatan.. klu boleh nak ikut sukati je, tapi takut jadi lain lak kan.. hehehehe :p shbt ana menggaul dgn semangat...! aja2 faitink! >.< ana ada la gak rasa menggaul tepung tu.. hihihihi :D

Gaul jgn x gaul!

Yang kat ats tu, mentega, gula, esen vanila etc.. ana lupa.. hik3! lepas dah gaul semua tu, baru masukkan tepung... sampai kita boleh bentuk acuan tu.. :) klu rasa kurang, tambahkan tepung lagi...

Gaul bersama tepung...

Yang dah siap punya.. ^-^

Lepas da dapat acuan yang kita rasa da puas, sediakan bekas utk kita masukkan acuan tu ke dalam bekas2 tersebut.. kita kena tekan2 sikit dan jgn ganas sangat.. nnt nak kena bakar acuan tu.. kami buat dalam lebih kurang 30 biji bekas bulat ( ) ni... ^-^ ana semangat bab mcm ni...! >.< inilah ana buat yg first sekali! ----->

Cubaan pertama..

Sedia utk masukkan ke dalam microWAVE~

S.A stands for Saddam Afuza ^-^

Masa utk mmbakar! :D

Sementara tnggu utk membakar acuan tersebut, kami buat acuan dalamnya pula... senang saja.. 4 biji telur 1/3 cawan gula kastor 1 tin susu cair 1 cawan air suam sudu vanilla 1 sudu makan tepung kastard [ kacau gula + air suam -> masukkan susu cair + vanilla + kastard + telur ] haaa.. ikut je arahan yg dberikan.. dan inilah hasilnya.... --->

Acuan cecair yg pertama ^-^

Pewarna hijau digunakan ^-^

Kami pilih pewarna biru juga ^-^

Tidak lupa warna pink ^-^

Tapi ana punya warna kegemaran, tidak ada pula... :( sob3x... tak apa lah... :) yg penting rasa nya ENAK!! setelah siap acuan yg dibakar tadi, kami masukkan pula acuan cecair... Biru, Hijau, Pink, Oren... :D

Lepas dibakar, letak acuan cecair pula.. >.<

Tnggu turn utk dibakar...

Kami bergilir-gilir mmbuatnya... da siap, masukkan yg lain pula... mana x nya, ada 30 biji bekas.. ini bermakna, kami ada 30 ketul kuih tat telur.. *.* makan-makan.. gemokgemok... :P Lepas da siap dibakar, dimasukkan acuan cecair, pastu bakar semula... dan baru selesai... kami tnggu kuih2 tersebut sejuk, baru dibalut... supaya nampak kemas + x masuk angin.. InsyaAllah...

Sudah siap! ^-^

keesokan paginya, wahhh~~ da siap kuih tat telur nya... sedia utk dimakan...! :) nyum3! :D kalian mahu kah?? Jemput2~~ insyaAllah, nnt ana buatkan ya... jika nak tempah pon bleh.. tapi tnggu ana jadi Chef la.. hihihihi.. :P p/s: Kepada shbt kanda ---> Ahmad Fahmi Huseini, nak ke kuih ni?? nanti ada masa, kami buatkan ya??? ^-^ insyaAllah! :) Kanda + ana memang suka masak.. tapi ana lagi suka jika kanda yg masak.. ^-^ heheheh.. ana tukang rasa saja.. boleh ke??? kami saling bekerjasama! insyaAllah! kanda masak, ana makan.. ana masak, kanda makan.. dua2 masak, dua2 makan! >.< ok ya semua, ana nak undur diri dulu... nak berbuka bersama yg tersayang... :) insyaAllah, ada masa kita jumpa lagi di sini ya~ semoga kalian diberkati Allah..! Amiin.. Wassalam. ssfss s.a

CARAMEL BUTTER BREAD PUDDING

Bahan-bahan (caramel):

1/2 cawan gula halus 2 sudu besar air biasa 2 sudu besar air panas

Bahan-bahan (pudding):

3 keping roti Sedikit butter 7 sudu besar gula halus 600 ml susu segar

4 biji telur 1 sudu besar esen vanila Sedikit kismis

Cara-cara (caramel):

Masak gula dengan air biasa sehingga perang Kemudian masukkan air panas dan dikacau rata Matikan api dan tuangkan ke adalam acuan yang telah disapu butter

Cara-cara (pudding):

Satukan telur, susu, gula dan esen vanila. Kacau rata Tuangkan ke dalam acuan yang berisi caramel tadi Sapukan roti dengan butter. Potong roti kepada cebisan-cebisan kecil Susun di dalam acuan yang berisi karamel dan adunan puding Bakar adunan secara stim bath selama 45 min pada suhu 170 degree celcius 15 min sebelum tamat proses membakar, taburkan kismis. Teruskan proses membakar Sedia untuk dinikmati

You might also like