Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

CTH SOALAN BHG B DAN C BAHAGIAN B Bezakan antara dasar makroekonomi sebelah permintaan dengan dasar sebelah penawaran.

Huraikan dasar-dasar makroekonomi sebelah permintaan yang dapat digunakan oleh kerajaan Malaysia. Jawapan Dasar makroekonomi sebelah permintaan ialah dasar kerajaan mempengaruhi permintaan agregat dalam negara melalui dasar fiskal, dasar kewangan dan dasar kawalan langsung. Dasar sebelah penawaran pula ialah dasar kerajaan mempengaruhi penawaran agregat dalam negara melalui sistem pencukaian, insentif pelaburan, cukai input yang diimport dan lain-lain. Dasar fiskal ialah dasar perubahan perbelanjan kerajaan dan pencukaian untuk mengawal perbelanjan agregat sebuah negara supaya dapat mencapai guna tenaga penuh dan kestabilan harga umum. Kenaikan perbelanjaan kerajaan akan meningkatkan perbelanjaan agregat negara dan pengurangan perbelanjaan kerajaan akan menurunkan perbelanjaan agregat negara. Penurunan cukai yang dipungut oleh kerajaan akan menambahkan pendapatan boleh guna individu dan seterusnya meningkatkan perbelanjaan agregat negara. Sebaliknya, kenaikan cukai oleh kerajaan akan mengurangkan pendapatan boleh guna individu dan seterusnya menurunkan perbelanjaan agregat negara. Dasar Kewangan ialah dasar perubahan penawaran jumlah wang dan kadar bunga oleh bank pusat untuk mengawal perbelanjaan agregat sebuah negara supaya mencapai tujuan guna tenaga penuh dan kestabilan harga. Melalui dasar kewangan, kerajaan boleh mengurangkan bekalan wang semasa inflasi supaya perbelanjaan agregat berkurang. Semasa deflasi pula, kerajaan akan menambahkan bekalan wang supaya perbelanjaan agregat akan bertambah. Dasar kawalan langsung ialah kawalan secara langsung terhadap permintaan eksport dan import sebuah negara melalui tarif, kuota dan kawalan atas pertukaran asing. Kenaikan tarif dan kuota akan menurunkan import, manakala penurunan tarif dan kuota akan meningkatkan import. Pendek kata, dasar makroekonomi sebelah permintaan yang dilaksanakan oleh kerajaan boleh mengatasi masalah pengangguran, inflasi dan imbangan pembayaran defisit yang dialami oleh sebuah negara.

BAHAGIAN C 1 Jadual di bawah menunjukkan jumlah tenaga buruh dan jumlah guna tenaga di Malaysia bagi tahun 1996 hingga 2000.

(a) Berdasarkan jadual di atas, hitung: (i) jumlah pengangguran pada tahun 1999 dan 2000. (ii) Kadar pengangguran dari tahun 1996 hingga 2000. (iii) Pada tahun yang manakah negara Malaysia mengalami kadar pengangguran yang paling tinggi? (b) Apakah kesimpulan yang dapat anda buat tentang guna tenaga buruh Malaysia dari tahun 1996 hingga 2000? Jelaskan jawapan anda. CONTOH JAWAPAN 1 (a) (i) Jumlah pengangguran bagi : Tahun 1999 = 9 151.5 - 8 837.8 = 313.7 ribu orang Tahun 2000 = 9 573 - 9 271.2 = 301.8 ribu orang (ii) Kadar pengangguran bagi tahun 1996 Jumlah tenaga Jumlah guna = buruh 1996 - tenaga 1996 x 100 Jumlah tenaga buruh 1996 = 8616 - 8399.3 x 100 8 616 = 2.5% -Kadar pengangguran bagi tahun 1997 8 784 - 8 569.2 X 100 8 784 = 2.4% -Kadar pengangguran bagi tahun 1998 8 883.6 - 8 599.6 X 100 8 883.6 = 3.2%

-Kadar pengangguran bagi tahun 1999 9 151.5 - 8 837.8 x 100 9 151.5 = 3.4% -Kadar pengangguran bagi tahun 2000 9573 - 9271.2 X 100 9 573 = 3.2% (iii) Malaysia mengalami kadar pengangguran yang paling tinggi pada tahun 1999. iaitu sebanyak 3.4%. (b) Malaysia telah mencapai tingkat guna tenaga penuh antara tahun 1996-2000. Ini adalah kerana kadar pengangguran negara Malaysia adalah kurang daripada 4 %, iaitu antara 2.4% -3.4%.

You might also like