Asas Keusahawanan Bab 1

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

ASAS KEUSAHAWANAN

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SIBU

BAB 1 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN Keusahawanan ialah ciri-ciri yang dimiliki oleh seseorang yang membolehkan individu tersebut menghadapi cabaran dan mengenal pasti sesuatu peluang dan seterusnya merebut peluang tersebut.

1.2 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN DI INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI


Perkembangan bidang keusahawananan dapat dilihat dengan peningkatan jumlah institusi pendidikan tinggi menawarkan ijazah khusus dalam bidang keusahawanan di peringkat sarjana muda dan juga sarjana.

1.3 MANFAAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN Pembangunan keusahawanan mempunyai manfaat yang banyak kepada individu, masyarakat dan negara. 1.3.1 Manfaat Keusahawanan kepada Individu 1.3.2 Manfaat Keusahawanan kepada Masyarakat

1.3.3 Manfaat Keusahawanan kepada Negara

1.4 KONSEP KEUSAHAWANAN 1.5 ISTILAH USAHAWAN Istilah usahawan dipetik daripada perkataan entrepreneur dalam bahasa Inggeris.

Dalam bahasa Melayu, istilah usahawan adalah daripada perkataan asal usaha. Perkataan usaha adalah berkaitan dengan ciri-ciri daya upaya (ikhtiar, kegiatan, perbuatan, dan lain-lain) untuk mencapai (melaksanakan, menyempurnakan) sesuatu

1.6 USAHAWAN, PENIAGA KECIL DAN KEUSAHAWANAN Istilah usahawan sering disalahertikan atau disamakan dengan peniaga kecil.
1.6.1 Apakah Perbezaan Usahawan dengan Peniaga Kecil?

Seorang peniaga kecil tidak semestinya seorang usahawan kerana seorang peniaga kecil lazimnya tidak mempunyai ciri-ciri keusahawanan di tahap yang tinggi. Seorang usahawan mempunyai ciri-ciri keusahawanan di tahap yang tinggi dan menceburkan diri dalam perniagaan.

1.6.2 Hubungan Keusahawanan dengan Usahawan Keusahawanan membawa maksud lebih daripada sekadar menubuh dan menjalankan perniagaan. Keusahawanan ialah ciri-ciri yang boleh dibentuk dan diasah dalam diri individu dan ianya boleh dipaparkan di dalam dan luar organisasi perniagaan, bukan perniagaan, termasuk organisasi yang bukan bertujuan untuk mendapat keuntungan.

1.7 TEORI DAN PENDEKATAN KEUSAHAWANAN


Richard Cantillon dan J.B. Say. Mereka telah mempelopori kajian mengenai usahawan pada awal kurun ke-18. Pendekatan kepada keusahawanan boleh dilihat dari dua sudut, iaitu sudut makro dan sudut mikro.

1.8 SUDUT MAKRO Dari sudut makro, pemikiran keusahawanan boleh dipecahkan kepada tiga, iaitu: pemikiran aspek persekitaran; pemikiran aspek kewangan dan modal; dan pemikiran aspek displacement atau anjakan.

1.9 SUDUT MIKRO


Sudut ini melihat pentingnya ciri-ciri keusahawanan yang dimiliki oleh seseorang. Ciri-ciri ini didapati mempengaruhi kejayaan seseorang dalam keusahawanan. Di antara ciri-ciri tersebut ialah motivasi ke arah kejayaan, kreativiti, kesungguhan dan pengetahuan teknikal. Ciri-ciri ini dikatakan amat ketara di kalangan usahawan yang berjaya (Shaver dan Scott, 1991).

1.10 MITOS PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN

Berikut ialah beberapa mitos umum dan mitos spesifik yang utama serta realitinya yang berasaskan penyelidikan. 1.10.1 Mitos Umum (a) Mitos 1: Usahawan ialah pelaksana bukan pemikir

(b) Mitos 2: Usahawan dilahirkan bukan dibentuk (c) Mitos 3: Usahawan seringnya seorang pencipta
(d) Mitos 4: Usahawan ialah academic and social misfits

(e) Mitos 5: Usahawan mesti mempunyai semua ciri atau profil tertentu (f) Mitos 6: Apa yang usahawan inginkan ialah wang (g) Mitos 7: Apa yang diperlukan oleh usahawan hanyalah nasib

(h) Mitos 8: Usahawan mencari kejayaan tetapi mengalami kadar kegagalan yang tinggi
(i) Mitos 9: Usahawan adalah ibarat ahli judi yang mengambil risiko tinggi (j) Mitos 10: Memulakan sesebuah perniagaan mempunyai risiko dan sering berakhir dengan kegagalan

1.10.2 Mitos Spesifik Mengenai Perniagaan Pertumbuhan Tinggi Dalam aspek perniagaan yang mempunyai pertumbuhan tinggi, beberapa mitos sering diketengahkan. Antara mitos spesifik mengenai perniagaan pertumbuhan tinggi (high growth) ialah:

(a) Mitos 1: Mengambil risiko yang tinggi (b) Mitos 2: Mencipta teknologi tinggi (c) Mitos 3: Mempunyai rekod pengalaman yang lama dalam industri yang diceburi

1.11 TREND TERKINI KEUSAHAWANAN Trend keusahawanan dapat dilihat dari pembesaran skop keusahawanan serta penggunaan ICT dalam e-dagang.

1.11.1 Skop Keusahawanan

Pada masa ini bidang keusahawanan memperluaskan skopnya dengan mencakupi aspek-aspek berikut: (i) Intrapreneurship. (ii) Keusahawanan sosial (social entrepreneurship). (iii) Francais.

1.11.2 E-dagang E-dagang telah mendatangkan hasil jualan yang memberansangkan kepada negara maju dan membangun. E-dagang ialah pelaksanaan aktiviti pemasaran, promosi, belian dan jualan produk atau perkhidmatan melalui ICT, terutamanya melalui internet.
Penggunaan e-dagang ini memberi peluang yang lebih luas untuk melaksanakan perniagaan.

1.3 KESIMPULAN
Keusahawanan sebagai satu bidang ilmu adalah masih muda usianya.

Program keusahawanan adalah bidang baru di institusi pendidikan tinggi.

You might also like