Download as txt, pdf, or txt
Download as txt, pdf, or txt
You are on page 1of 2

JENIS WANG

1. Duit Syiling
- Dibuat daripada logam nikel dan gangsa.
- Nilai muka lebih tinggi daripada nilai sebenar logam. Ini dikenali wang tanda.
- Semua duit syiling adalah wang tanda kecuali duit syiling 1 sen.
- Adalah wang sah yang terhad iaitu boleh digunakan untuk buat bayaran hingga
nilai tertentu. 1sen, 5sen, 10sen, dan 20sen sah setakat RM2. 50sen sah setakat
RM10. Wang Sah/ Tender yang Sah. Erti wang yang diperakui oleh undang-undang
sesebuah negara sebagai alat perantaran pertukaran dan bayaran hutang. Semua pihak
harus menerimanya apabila seseorang membayar sesuatu barang dan perkhidmatan
dengan mata wang ini.

2. Wang Kertas
-dicetak oleh bank pusat bersandarkan kepada rizab antarabangsa iaitu emas dan
pertukaran wang asing. Setiap RM100 yang dikeluarkan, BNM mesti ada nilai rizab
sekurang-kurangnya RM80.59.
- Adalah wang tanda/wang fiat. Erti kerajaan isytiharkan kedua-dua duit syiling
dan wang kertas sebagai wang dan orang ramai terima dengan penuh keyakinan
walaupun nilai muka lebih tinggi daripada nilai sebenar logam dan kertas
digunakan.
- Wang sah tidak tehad.

3. Deposit Semasa
- wang yang disimpan dalam akaun semasa di bank perdagangan.
- dianggap wang sebab boleh buat bayaran melalui cek
- Bukan wang sah sebab tidak semestinya diterima
- hanya wang hampir

FUNGSI-FUNGSI WANG
1. Alat Perantaran Pertukaran
- Diterima umum
- Jimat masa + Memudahkan urusniaga.
- membolehkan pengkhususan dijalankan.

2. Unit Ukuran Nilai


-dapat menilai barangan dalam bentuk harga
-dapat buat perbandingan nilai sesuatu barang

3. Alat Penyimpan Nilai


-sebab tahan lama dan nilai stabil
-boleh perolehi faedah/dividen jika disimpan diinstitusi kewangan.

4. Alat Bayaran Tertunda


- boleh buat bayaran secara ansuran sebab penjual yakin akan mendapat kembali wang
mereka pada nilai yang sama pada masa depan.

Kebaikan sistem wang berbanding dengan sistem barter (kaitkan dengan fungsi wang
dan kelemahan sistem barter)

1. Wang berfungsi sebagai alat perantaraan pertukaran. Dengan ini sistem wang
lebih baik kerana urusniaga dijalankan tanpa melibatkan dua kehendak serentak dan
ini menjimatkan masa. Manakala sistem barter pula memerlukan dua kehendak serentak
dalam urusniaganya dan memerlukan masa yang lebih lama.

2. Wang berfungsi sebagai alat ukuran nilai. Dengan ini, dalam sistem wang,
barangan diukur berasaskan matawang yang digunakan. Manakala dalam sistem barter,
amat sukar untuk menentukan nilai sesuatu barangan kerana tiadanya suatu ukuran
nilai yang tetap.
3. Wang berfungsi sebagai alat penyimpan nilai. Dengan ini, sistem wang lebih baik
kerana nilai wangnya lebih stabil dan boleh disimpan di institusi kewangan.
Manakala sistem barter melibatkan komoditi yang cepat rosak dan tidak tahan lama
serta nilainya kurang stabil.

4. Wang berfungsi sebagai alat bayaran tertunda. Dengan ini, sistem wang lebih
baik kerana wang membolehkan individu membeli pada masa sekarang dan membayar pada
masa hadapan. Manakala dalam sistem barter, bayaran tertunda tidak boleh
dijalankan kerana komoditinya tidak tahan lama dan nilainya tidak stabil.

You might also like