Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT KALI KE 11 PERSATUAN PENDUDUK LINTASAN MERU PERMAI FASA 2F, 30020 IPOH

Tarikh Masa Tempat

: : :

22 OKTOBER 2013 10.00 12.00 malam Bilik Mesyuarat Rukun Tetangga Lintasan Meru permai Fasa 2F

Nama Yang Hadir 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. En Mazlan B. Mohd Zaki En Mohd Rodzi B. Ibrahim En Anuar B. Sulong En Azzafrul Amin B. Amiruddin Ustaz Khir B. Ngah Ahmat Ustaz Burhanuddin B. Md Dali En Azilaluddin b. Khairuddin En Abu Bakar B. Awang En Mohd Rethuan B. Razali

1. Ucapan Pengerusi 1.1. En. Mazlan selaku pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jemaah yang hadir pada mesyuarat kali ke 11 ini. Tujuan mesyuarat ini dijalankan adalah untuk makluman semasa dan agenda kepada semua Ajk penduduk taman lintasan meru 2F.

2. Bilik Mesyuarat

2.1. Beliau berharap agar bilik mesyuarat yang baru ini dapat digunakan secara menyeluruh dan meminta semua AJK dapat merancang dan menggerakkan program yang seharusnya diadakan contohnya aktiviti bubur Asyura, sukaneka dan sebagainya supaya dapat melibatkan semua penduduk di taman ini khususnya program yang melibatkan penyertaan bagi kaum wanita .

3. Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat.

3.1. Setiausaha membentangkan minit mesyuarat kali 10 2013 Pencadang Penyokong : : En Mohd Rodzi B. Ibrahim En Azzafrul Amin B. Amiruddin

Minit Mesyuarat kali ke 10 telah disahkan tanpa sebarang pindaan.

4. Sambutan Jamuan Hari Raya 4.1. Beliau mengucapkan terima kasih kepada AJK dan semua penduduk Lintasan Meru Permai 2F kerana telah menjayakan dan memberi kerjasama yang baik semasa aktiviti taman yang dijalankan contohnya Jamuan Hari Raya bersama Ahli Parlimen Tambun Datuk Husni Hanazlah baru baru ini. 4.2. Di samping itu pengerusi menyatakan hasrat untuk memohon sumbangan daripada Datuk Husni untuk membina sebuah dewan komuniti , gelanggang bola tampar dan baik pulih taman permainan sebagai tujuan untuk kemudahan aktiviti bagi penduduk taman ini. 4.3. Permohonan ini memberikan reaksi positif dan janji daripada Datuk Husni bahawa kemudahan akan dibina pada tahun depan. 4.4. Pengerusi dan AJK sebulat suara telah memberi kata putus bahawa pembinaan dewan komuniti akan dibina di dalam padang taman ini. 4.5. Bendahari memaklumkan kutipan bagi jamuan hari raya bagi tahun ini agak sederhana dan mencukupi berbanding perbelanjaan pada tahun lepas. Sedikit sebanyak perbelanjaan ini dapat membantu menjimatkan kos perbelanjaan dan boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti program pada masa akan datang. 5. Program lawatan kali kedua Datuk Husni 5.1. Pengerusi juga memaklumkan bahawa Datuk Husni berbesar hati untuk membuat kunjungan kali kedua ke taman penduduk meru raya ini. Setiausaha Datuk Husni telah memberi kepercayaan penuh kepada pengerusi untuk mengendalikan program minum pagi bersama Datuk Husni pada waktu pagi hari sabtu 2hb November 2013 bertempat di Restoran Arnan.

5.2. Oleh itu pengerusi telah meminta kerjasama kepada semua AJK yang terlibat untuk menjayakan program ini dengan membantu menyediakan khemah dan kerusi sehari lebih awal sebelum program diadakan serta mewar-warkan aktiviti program ini kepada semua penduduk Taman Meru Raya . 5.3. Tujuan program ini diadakan untuk meminta sumbangan kebajikan dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara wakil rakyat bersama penduduk taman ini.

6. Surau 6.1. Pengerusi meminta persetujuan daripada AJK untuk menggunakan wang persatuan taman untuk tapak surau.

7. Hal- Hal Lain

7.1. Pengerusi mencadangkan agar Kabin rukun tetangga ini digunakan secara menyeluruh dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah kepada masyarakat seperti mengadakan program keagamaan , aktiviti riadah dan sebagainya tidak kira bangsa dan agama. 7.2. Selain daripada itu penduduk taman juga boleh menggunakan khemah dan kerusi untuk majlis bacaan yassin, kenduri kawin dan sebagainya di rumah.

7.3. Bagi kadar penyewaan bagi alatan khemah ialah seperti berikut. Kadar Sewa Setiap Meja Setiap Kerusi Setiap Khemah Jumlah Ahli Rm 1.00 0.50 sen Rm 70.00 Rm 100.00 Bukan Ahli Rm 1.00 0.70 sen Rm 100.00 Rm 130.00

7.4. Pengerusi mencadangkan agar memaklumkan semua penduduk taman yang beragama Islam supaya mendaftar untuk khairat kematian bagi kemudahan apabila berlaku sesuatu kematian . Apabila tidak mendaftar untuk khairat kematian ini kemungkinan besar boleh mengganggu proses pengurusan jenazah dan ini menyukarkan lagi ahli keluarga jenazah untuk menguruskan pengebumian jenazah tersebut. 7.5. En Mohd Rethuan B. Razali mencadangkan agar membuat aktiviti gotong royong taman bagi membendung masalah sampah dan kotoran di dalam taman ini.

8. Ucapan Penutup 8.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. 8.2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 malam .

Disediakan oleh : _____________________ ( En Azzafrul Amin B. Amiruddin ) Penolong Setiausaha PersatuanPenduduk Lintasan Meru Permai Fasa 2F

Disemak Oleh _____________________________ ( En Mazlan B. Mohd Zaki) Pengerusi Persatuan Penduduk Lintasan Meru Permai Fasa 2F

You might also like