Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

1. Semantik dikatakan berhubung dengan bidang ilmu yang lain. a) Jelaskan hubungan ilmu semantik dengan ilmu berikut: i. Sejarah Kajian perubahan makna melalui zaman. Makna sesuatu perkataan mungkin kekal sejak awal hingga kini. Hal ini berlaku kerana sifat bahasa yang berkembang dan hidup. ii. Linguistik Pada awal kajian bahasa yang berasal daripada falsafah yang menganggap bahawa makna merupakan hal yang utama dalam perkataan atau ayat. Semantik sudah boleh diterima sebagai salah satu komponen penting dalam ilmu linguistik seperti bidang fonetik dan tatabahasa. iii. Falsafah Sesetengah ahli falsafah menyarankan masalah falsafah boleh diselesaikan melalui kajian bahasa biasa. Salah satu bahagian daripada falsafah ialah logik. Tujuan logik ialah adalah agar orang dapat berfikir secara bersistem sehingga hasilnya dapat

dipertanggungjawabkan secara ilmu pengetahuan. Dalam logik, bahasa harus mencerminkan maksud yang setepat-tepatnya.

b) Semantik mengkaji makna. Jelaskan makna berdasarkan huraian yang dibuat oleh Odgen dan Richard. Ogden dan Richard (1956) pernah memberikan tidak kurang 16 pengertian bagi perkataan makna dalam buku mereka yang berjudul The Meaning of Meanings. Antara pengertian yang diberikan termasuk makna seperti suatu sifat intrinsik, konotasi sesuatu kata, suatu inti, pokok, suatu kemahuan, dan emosi yang ditimbulkan oleh sesuatu.

2. Cakupan makna secara leksikal termasuklah denotasi, konotasi, derivisasi, perkataan lebih dari satu makna dan perkataan sama lambang lain makna. a) i. Berikan maksud kesinoniman

BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU


Kesinoniman bermaksud kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Secara umumnya, sinonim disebut sebagai perkataan seerti. ii. Nyatakan tiga jenis kesinoniman berserta satu contoh setiap satu. Sinonim pinjaman ialah perkataan yang dipinjam daripada bahasa dialek yang mempunyai maksud yang sama dengan perkataan tersebut. Contohnya, belalang bermakna pepatung dalam kebanyakan dialek Melayu. Walau bagaimanapun, dalam dialek Perak, belalang berm akna cakcibau. Sinonim konteks ialah perkataan yang hampir serupa maksudnya tetapi digunakan dalam konteks yang berbeza. Contohnya, perkataan jemput digunakan dalam konteks lisan, manakala undang dalam konteks tulisan. Sinonim kolokasi ialah perkataan-perkataan itu berlaku hanya secara berhubungan dengan perkataan-perkataan lain. Contohnya, perkataan banyak dan ramai. Perkataan banyak digunakan sama ada manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan benda manakala ramai hanya untuk manusia sahaja.

b) i. Senarai kata ialah kereta, kenderaan, kenaikan, gerbang, motokar, bas, kereta api, tunggangan. Berdasarkan senarai kata di atas, kenal pasti penjenis hiponim dan contoh-contohnya. Pengangkutan kereta kenderaan kenaikan gerbang motokar bas kereta api tunggangan

BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU


ii. Berikan satu perkataan berpolisim dan bezakan maknanya melalui penggunaan dalam konteks ayat. Kata bantu tentang boleh bermaksud berkaitan sesuatu perkara. Ada masanya perkataan tentang boleh membawa maksud lawan. Contoh ayat: Mereka sedang bercerita tentang motosikal itu. Kita tentang habis-habisan kegiatan cetak rompak ini, kata pegawai polis itu kepada anak buahnya.

3. Sumber kata bahasa Inggeris akan dicari sekiranya semasa proses pembentukan kata, kata bahasa Melayu dan kata serumpun yang lazim atau tidak lazim tidak dapat dicari padanannya. i. ii. iii. iv. Partikel, stabil Sains, insurans Kaunter, silinder Garaj, kolaj

a) Pilih dua pasangan istilah bersumberkan bahasa Inggeris di atas dan jelaskan prinsip-prinsip pembentukan istilah berkenaan. Sains, insurans Menerima gugus konsonan likuida /l/ dan /r/ yang diikuti konsonan b, d, f, m, n, s, t , konsonan n dengan k atau s, dan k dengan s.

Kaunter, silinder Huruf e yang biasanya dilafazkan [e-pepet] dalam suku kata akhir tertutup dikekalkan.

b) Morfem terikat menjadi pilihan bukan morfem tak bebas. Mikroskop dipilih dan bukan teropong halus. Nitrogen dipilih dan bukan zat lemas. Media massa dipilih dan bukan media masa.

Berdasarkan penyataan di atas, jelaskan syarat penentuan bentuk istilah bagi tiga daripada istilah yang dinyatakan di atas.

BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU


Ungkapan yang paling singkat. Jika ada dua kata atau lebih yang mempunyai rujukan yang sama, maka yang dipilih ialah kata yang paling singkat. Istilah dalam bentuk positif tidak diterjemahkan dengan istilah dalam bentuk negatifnya. Mengekalkan ejaan dengan sedikit penyesuaian yang diperlukan kepada salah satu istilah itu sehingga bentuknya berlainan walaupun lafaznya mungkin sama. Hal ini bagi mengelakkan kekeliruan berlaku. Elakkan konotasi buruk. Kata yang mempunyai konotasi yang buruk atau sebutan yang sumbang dijauhkan. Ungkapan yang sedap didengar.

4. Antara aspek tatabahasa yang perlu dipertimbangkan semasa pembentukan istilah bahasa Melayu ialah pematuhan peraturan-peraturan proses

pengimbuhan, proses reduplikasi, proses analogi dan proses penggabungan. a) Berdasarkan penyataan di atas jelaskan berserta contoh yang sesuai proses-proses yang berikut. i. Reduplikasi Istilah yang mengungkapkan konsep keanekaan, kemiripan, kumpulan atau kejamakan dapat dibentuk dengan penggandaan. Misalnya, Siku Langit sesiku lelangit

ii.

Proses analogi Bentuk istilah baru dapat dibentuk dengan menggunakan asas analogi. Kata prasangka dijadikan acuan untuk mencipta bentuk prasyarat, prakata dan prasejarah.

b) Tiga prinsip utama dalam penterjemahan bahasa asing ialah i. Kesamaan dan kesepadanan makna konsep

BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU


ii. Medan makna dan ciri makna istilah dalam bahasa sumber dan bahasa sasar perlu dipertimbangkan. iii. Istilah dalam bentuk positif sebaiknya tidak diterjemahkan dalam istilah bentuk negatif dan sebaliknya. Berdasarkan setiap prinsip di atas, berikan dua contoh istilah yang berkaitan. Jawapan anda perlu disertakan dengan istilah sumber. Kesamaan dan kesepadanan makna konsep Perkataan circular network Maksud surat pekeliling rangkaian Istilah Sumber Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris

Medan makna dan ciri makna istilah dalam bahasa sumber dan bahasa sasar perlu dipertimbangkan. Perkataan folk culture place value Maksud budaya rakyat nilai tempat Istilah Sumber Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris

Istilah dalam bentuk positif sebaiknya tidak diterjemahkan dalam istilah bentuk negatif dan sebaliknya. Perkataan bound morpheme Maksud morfem terikat Istilah Sumber Bahasa Inggeris

BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU


1. Noam Chomsky telah memulakan aliran tatabahasa transformasi generatif yang kerap diterapkan dengan kajian semantik sebab huraian beliau terhadap struktur permukaan dan struktur dalaman dalam penerbitan ayat. Huraikan makna ayat-ayat berikut berdasarkan aliran yang dipelopori oleh beliau. i. ii. iii. Ahmad pelajar. Ahmad pelajar bijak dan rajin. Ahmad yang bijak dan rajin dianugerahkan bintang harapan negara pelajar kolej Tun Hussein Onn. Dalam lingusitik, aliran transformasi generatif (TG) ialah satu aliran mazhab pengkajian bahasa yang telah dikemukakan oleh Noam Chomsky. TG memberi tumpuan terhadap bidang sintaksis (ayat) serta mengutamakan bidang

semantik(makna). Dasar utama teori ini ialah dengan menganggap bahawa setiap ayat yang dihasilkan sebenarnya mengandungi dua peringkat. Peringkat-peringkat tersebut ialah struktur dalaman dan struktur permukaan. Struktur dalaman ialah struktur yang mengandungi ayat dasar atau ayat inti. Struktur permukaan pula ialah struktur yang telah pun mengalami perubahan daripada struktur dalamannya dan merupakan bentuk ayat yang dituturkan oleh seseorang penutur. Mengikut hukum TG, struktur dalaman dan struktur permukaan diterbitkan oleh dua rumus tatabahasa. Rumus-rumus tersebut ialah Rumus Struktur Frasa (RSF) dan Rumus Transformasi. RSF akan membentuk ayat pada struktur dalaman, manakala Rumus Transformasi pula akan menerbitkan ayat pada peringkat permukaan. Ayat-ayat yang terhasil daripada kedua-dua bentuk tersebut biasanya tidak mempunyai persamaan. Ayat yang terhasil daripada struktur dalaman akan menjadi input kepada pembentukan ayat pada peringkat permukaan.

BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU


2. Simpulan bahasa, subgolongan peribahasa bermaksud ayat atau kelompok kata yang terbentuk untuk menyatakan sesuatu maksud lain daripada yang lain. Tafsirkan maksud kata emas berdasarkan sekurang-kurangnya i. Lima simpulan bahasa berpangkalkan kata emas Emas putih bermaksud campuran emas berwarna putih. Emas tempawan bermaksud orang yang dikasihi. Emas urai bermaksud emas yang halus seperti pasir Emas tua bermaksud emas yang tinggi mutunya. Emas sebungkal bermaksud barang berharga. Lima simpulan bahasa berakhir dengan kata emas Anak emas bermaksud orang yang sangat disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya. Hati emas bermaksud baik hati. Suara emas bermaksud suara yang bernilai.

ii. -

BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU


3. Antara cara penulisan bentuk-bentuk istilah bahasa Melayu ialah penggunaan singkatan, akronim, lambang huruf dan bilangan. Banding beza antara penggunaan: i. Singkatan dan akronim

Persamaan antara akronim dan singkatan ialah kedua-duanya terbentuk daripada gabungan huruf pertama. Misalnya ADUN dan JAIS yang merupakan akronim untuk Ahli Dewan Undangan Negeri dan Jabatan Agama Islam Jais. DEB dan BSN pula merupakan singkatan untuk Dasar Ekonomi Baru dan Bank Simpanan Nasional. Perbezaan akronim dan singkatan pula adalah akronim diujarkan

berdasarkan suku kata atau disebut dalam satu atau lebih ujaran. Tetapi kata singkatan diujarkan berdasarkan huruf dan diujarkan secara satu persatu seperti PLKN (Program Latihan Khidmat Negara) tidak diujarkan sekali gus tetapi disebut satu persatu berdasarkan huruf pertama setiap perkataan. Selain itu, kata akronim adalah tergolong dalam kata tunggal manakala kata singkatan bukan tergolong dalam kata tunggal. Selain itu juga , apabila sesuatu perkataan diakronimkan dan hasil perkataan tersebut adalah mudah untuk diujarkan manakala kata singkatan adalah perkataan yang telah disingkatkan dan sukar untuk diujarkan. Singkatan digunakan untuk mengenal bentuk yang diringkaskan manakala akronim pula terbentuk daripada huruf-huruf yang terdapat dalam perkataan yang ingin diakronimkan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pakar bahasa. ii. Singkatan dan lambang huruf dan bilangan.

Persamaan singkatan dan lambang huruf dan bilangan ialah kedua-duanya merupakan kependekan bagi sesuatu perkataan. Perbezaannya pula ialah singkatan terbentuk dengan menanggalkan satu bahagiannya atau lebih. Misalnya lab(oratory). Singkatan juga dibentuk dengan menyingkatkan huruf ejaan, tetapi sebutannya seperti bentuk lengkap. Contohnya, cm. Lambang huruf dan bilangan pula ialah singkatan khusus berdasarkan kebiasaan yang terdiri daripada satu huruf atau lebih tanpa titik di belakangnya dan digunakan untuk menandai sesuatu gagasan dasar keilmuan atau konsep.

BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU


4. Penyesuaian ejaan, istilah-istilah pinjaman khasnya pinjaman bahasa Inggeris perlu mematuhi prinsip-prinsip ubahsuai visual dan ubahsuai lafaz. Huraikan tiga prinsip ubahsuai dan prinsip visual berserta lafaznya berdasarkan kata pinjaman bentuk akar, dasar dan imbuhan.

You might also like