Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

EDISI MEI/JUN 2009

MOTTO PSS

MAKLUMAT TANPA SEMPADAN


Bangunan Pusat Sumber Sekolah SMK Padang Midin

ILMU TANPA BATASAN


KUALA TERENGGANU: Bertempat di Dewan Setia Budi, SMKPM, bertarikh 22 Mac 2009, Tuan Haji Kassim bin Husin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu (BTPNT) telah sudi hadir ke Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber SMKPM 2009. Kehadiran beliau bukan saja untuk merasmikan majlis berkenaan tetapi turut memberi motivasi kepada warga sekolah kerana Pusat Sumber SMKPM telah terpilih mewakili negeri Terengganu dalam Pertandingan Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Kebangsaan bagi kategori luar bandar. Dalam ucapannya, Tuan Haji Kassim berjanji pihaknya iaitu BTPN dan PKG akan sama-sama membantu pihak sekolah agar visi sekolah untuk menjadi Pusat Sumber Cemerlang peringkat kebangsaan akan menjadi kenyataan. Ternyata kata-kata beliau itu bukan sekadar janji apabila beliau sanggup turun padang untuk memberi dorongan dan kata-kata nasihat kepada Pengawas-pengawas Pusat Sumber untuk samasama memikul tanggungjawab bersama.

Diterbitkan oleh: PSS Sekolah Menengan Kebangsaan Padang Midin 24000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

Presiden Pengawas PSS mendahului senarai penerima watikah Pelantikan.

EDISI MEI/JUN 2009

KUALA TERENGGANU: a Dengan meletakkan visi SMKPM menjadi sekolah Gemilang pada tahun 2011, seluruh warga SMKPM mula bergabung tenaga, bersatu hati untuk merealisasikan matlamat tersebut. Ternyata segala pengorbanan itu tidak siasia apabila SMK Padang Midin mula mengukir nama dalam kecemerlangan akademik dan kokurikulumnya. Kejayaan-kejayaan yang digapai dalam lima bulan pertama ini telah menjadi titik tolak dan petanda positif yang kegemilangan sekolah akan berjaya diraih mengikut perancangan. Detikbersejarah sekolah Detik bersejarah sekolah mula direalisasikan pada tarikh 10 Februari 2009, apabila impian sekolah untuk memiliki sebuah bas telah menjadi realiti. Hasrat dan impian semua warga SMK Padang Midin setelah lebih 10 tahun berusaha memohon kepada manamana pihak akhirnya membuahkan hasil apabila ianya mendapat perhatian daripada Kerajaan Negeri Terengganu. Menjadi harapan Puan Pengetua

Kanan, Puan Hajah Anuar bt Harun, penyerahan bas tersebut boleh menjadi faktor pendorong dalam melancarkan lagi semua aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Majlis Penyerahan Bas ini telah diadakan di Dewan Setia Budi SMKPM dan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Haji Mokhtar bin Nong,

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, yang mewakili Pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Yang Berbahagia, Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu, Tuan Haji Arrifin bin Embong dan Encik Hashim bin Mat Zain, Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu.

Sebaik keputusan STPM 2008 diumumkan pada 10 Mac 2009, seluruh warga SMKPM turut berkongsi kegembiraan apabila dua calonnya iaitu Nurul Fatihah bt Mat Hassan dan Nur Ain Syuhada bt Atam, dinobatkan sebagai pelajar cemerlang STPM negeri Terengganu. Apa yang boleh dibanggakan walaupun sebagai sekolah harian biasa, SMKPM boleh melakarkan sejarah dalam kecemerlangan akademik di Negeri Terengganu serta membuktikan anak buruh bukan penghalang untuk mengenggam kejayaan jika sesuatu perkara itu ditentukan dengan niat yang bersungguh.

PUSAT SUMBER SEKOLAH SMKPM

EDISI MEI/JUN 2009

PUSAT SUMBER SEKOLAH SMKPM

EDISI MEI/JUN 2009

Seperti kelazimannya sambutan Hari Guru menjadi salah satu kemestiaan dalam takwim sekolah. Pada tahun ini sambutan Hari Guru peringkat Sekolah telah diadakan pada 17 Mei iaitu hari Ahad yang lalu. Biarpun sambutan diadakan dalam keadaan sederhana namun jalinan kemesraan guru dan pelajar begitu ketara melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang hari tersebut. Sambutan Hari Guru telah dimulakan dengan perarakan guru-guru ke khemah utama. Para pelajar telah mengambil kesempatan menabur bunga rampai dan turut diiringi dengan perarakan bunga manggar. Di perhimpunan ini,teks ucapan Menteri Pelajaran, Ketua Setiausaha Pelajaran dan Pengarah Pelajaran Terengganu turut disampaikan oleh pihak pengurusan sekolah.Dikesempatan ini wakil pelajar dan YDP PIBG turut menyampaikan ucapan masingmasing. Aktiviti sambutan hari guru tambah meriah dengan aktiviti sukaneka dan persembahan daripada pelajar-pelajar, juga daripada bekas pelajar iaitu bekas peserta akademik Nasyid, iaitu Aiman.

Bagi memantapkan kemahiran ICT dikalangan guru-guru Pusat Sumber dan Pengawas-pengawas Pusat Sumber SMKPM, satu Kem Literasi ICT telah diadakan oleh PSS SMKPM bersama PKG Bukit Besar dan turut mendapat kerjasama daripada Unit ICT Jabatan Pendidikan Negeri. Kem yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang pada 20 Jun 2009 telah memberi pendedahan kepada peserta kem mengenai pembinaan blog dankemahiran asas grafik. Hasil daripada kem tersebut, Pengawas PSS SMKPM kini telah mempunyai blog sendiri yang mana segala maklumat dan info pengawas PSS boleh diperolehi menerusi blog ini.

PUSAT SUMBER SEKOLAH SMKPM

You might also like