Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 54

Perakaunan AA015 Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia

BAB 9 PERAKAUNAN SYARIKAT

Objektif Pembelajaran
Di akhir pembelajaran, pelajar dapat:-

1. Menerangkan ciri-ciri syarikat.


2. Menerangkan jenis-jenis syarikat. 3. Menerangkan proses penubuhan syarikat mengikut Akta Syarikat 1965.

6. Menerangkan dan merekod terbitan saham.


7. Menerangkan dan merekod terbitan dan penebusan debentur. 8. Menerangkan rezab syarikat.

4. Menerangkan struktur modal syarikat.


5. Menerangkan dua jenis saham syarikat.

9. Menerangkan jenis-jenis dan tujuan dividen.


10. Melapor ekuiti pemegang saham dalam kunci kira-kira.
Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Ciri2 Syarikat
Ciri
Entiti berasingan Liabiliti terhad Hak milik boleh dipindah milik Keupayaan memperolehi sumber modal tidak terhad

Keterangan
Wujud secara berasingan dari pemiliknya/ pemegang saham. Liabiliti pemegang saham hanya terhad kepada jumlah pelaburan dalam syarikat tersebut. Milikan saham boleh dipindah milik tanpa mendapat persetujuan syarikat atau pemegang saham yang lain (kecuali syarikat sdn. bhd).

Melalui terbitan saham. Mudah untuk mendapatkan modal; pelabur berminat untuk melabur kerana ciri liabiliti terhad dan kebebasan pindah milik.
Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Ciri2 Syarikat
Ciri Jangka hayat berterusan Struktur Pengurusan Keterangan Tidak terbubar disebabkan oleh kematian, penarikan diri atau kehilangan keupayaan pemegang saham, pekerja atau pegawainya.
Pemegang Saham
Lembaga Pengarah Pihak Pengurusan Pekerja

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Ciri2 Syarikat
Ciri Peraturan kerajaan Keterangan Perlu mematuhi: 1. Akta Syarikat 1965. 2. Financial Reporting Standards (FRS). 3. Garis panduan Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti (bagi syarikat awam berhad).

Cukai tambahan (double taxation)

Syarikat akan membayar cukai atas keuntungan operasi. Pemegang saham akan membayar cukai atas dividen tunai yang diterima.

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Jenis2 Syarikat
1.

Syarikat berhad oleh saham. a. Syarikat sendirian berhad (Sdn. Bhd.). b. Syarikat awam berhad (Berhad). Syarikat berhad oleh jaminan.

2.

3.

Syarikat tidak berhad.

Tidak dibincangkan di peringkat matrikulasi

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Syarikat Sendirian Berhad

Bilangan ahli:

Minimum: 2 orang Maksimum: 50 orang

Tidak boleh menawarkan sahamnya kepada orang awam.

Pemindahan milikan saham hanya boleh dibuat setelah mendapat kelulusan daripada lembaga pengarah syarikat. Contoh: Abid Samudra Sdn. Bhd.
Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Syarikat Awam Berhad

Tersenarai dalam Bursa Malaysia. Bilangan ahli:


Minimum: 2 orang Maksimum: tiada had (mengikut jumlah saham)

Boleh menawarkan sahamnya kepada orang awam. Pemindahan milikan saham boleh dibuat pada bila-bila masa.

Contoh: Petroliam Nasional Berhad.


Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Penubuhan Syarikat

Berpandukan Akta Syarikat 1965. Didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Syarikat yang ditubuhkan perlu melantik:


1.

2.

Setiausaha syarikat (company secretary). Menguruskan rekod-rekod penting berkaitan tataurus syarikat seperti daftar pemegang saham, lembaga pengarah dan modal. Juruaudit luar (external auditor). Mengesahkan penyata kewangan dan rekod-rekod statutori syarikat telah disediakan dengan betul dan benar sebelum diterbitkan untuk pengguna maklumat perakaunan.
Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Memorandum & Artikel Syarikat

Dokumen yang menggariskan perjalanan hal ehwal sesebuah syarikat. Menghuraikan komponen penting struktur syarikat:

Nama syarikat Alamat berdaftar dan alamat ppejabat operasi syarikat Aktiviti yang dijalankan Tanggungan ahli; terhad atau tidak Jumlah modal dibenarkan Deklarasi berpersatuan

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Tataurusan Penubuhan Syarikat

Menjelaskan peraturan-peraturan yang mengawal hal ehwal dalaman syarikat. Perkara yang terkandung di dalamnya:

Hak bagi setiap kelas saham Pindahmilik saham

Tanggungjawab dan kuasa ahli lembaga pengarah syarikat


Notis dan prosiding mesyuarat

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Struktur Modal

Modal dibenarkan:

Modal saham maksimum yang dibenarkan untuk diterbikan oleh sesebuah syarikat. Jumlah modal dibenarkan dinyatakan dalam Artikel Syarikat.

Modal diterbitkan:

Bilangan saham yang telah diterbitkan dan dilanggan oleh orang awam.

Modal dibayar:

Bilangan saham yang telah dilanggan dan dibayar oleh pemegang saham syarikat.
Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Struktur Modal
Tanjung Perak Sdn. Bhd. Petikan Kunci Kira-kira (Bahagian Ekuiti Pemilik) Pada 31 Disember 2006 Modal dibenarkan: 20,000 unit 6% saham keutamaan pada RM4 500,000 unit saham biasa pada RM1 Modal diterbitkan dan dibayar penuh: 5,000 unit 6% saham keutamaan pada RM4 100,000 unit saham biasa pada RM1 20,000 100,000 120,000 80,000 500,000 580,000

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Jenis2 Saham
1.

Saham biasa (ordinary shares): Bahagian yang paling besar dalam komposisi modal saham yang diterbitkan oleh syarikat. Saham keutamaan (preferred shares):

2.

Saham yang diberi keutamaan dari aspek pembayaran dividen. Jenis-jenis saham keutamaan: Saham keutamaan kumulatif & bukan kumulatif. Saham keutamaan berpenyertaan & tidak berpenyertaan. Saham keutamaan kumulatif & berpenyertaan. Saham keutamaan boleh panggil. Saham keutamaan boleh tukar.
Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak2 Pemegang Saham


Ciri Saham Biasa Saham Keutamaan

Hak mengundi

Mempunyai hak untuk memilih Tidak mempunyai hak untuk ahli lembaga pengarah melalui memilih ahli lembaga pengarah. undian sewaktu mesyuarat agung tahunan syarikat.

Pembayaran dividen

Dibayar selepas pembayaran dividen kepada pemegang saham keutamaan. Dividen hanya diberi apabila syarikat memperolehi keuntungan.

Diberi keutamaan sebelum pemegang saham biasa. Dividen diberi setiap tahun walaupun syarikat mengalami kerugian. Pembayaran dividen boleh ditunda sekiranya dividen tahun semasa tidak dibayar

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak2 Pemegang Saham


Ciri Saham Biasa Saham Keutamaan

Kadar Dividen

Tidak tetap; bergantung kepada perolehan syarikat pada tahun kewangan.

Tetap; ditetapkan sewaktu saham diterbitkan.

Tuntutan Boleh membuat tuntutan Diberi keutamaan sebelum aset (apabila selepas agihan aset kepada pemegang saham biasa. syarikat pemegang saham keutamaan. bankrap)

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Catatan Jurnal

Catatan jurnal bagi terbitan saham boleh dikategorikan kepada tiga fasa:
1.

Merekod wang yang diterima bagi permohonan saham-saham yang diterbitkan.


Merekod perumpukan saham; proses merekod akaun modal saham. Merekod pemulangan wang lebihan.

2.

3.

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Terimaan Tunai Bagi Terbitan Saham


Butiran Debit Kredit xxx

Bank/Tunai
Permohonan Saham Biasa/Keutamaan (Merekod penerimaan wang permohonan modal saham biasa/keutamaan)

xxx

Catatan: Pengiraan nilai yang didebit dan dikredit bagi permohonan modal saham adalah: Unit Dipohon x Harga Tawaran (mungkin berbeza dengan nilai par/ tara). TIDAK ADA catatan jurnal bagi MODAL DIBENARKAN!

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Perumpukan Saham

Perumpukan merupakan catatan pewujudan akaun modal saham. Nilai yang direkodkan dalam catatan ini akan wujud dalam Penyata Ekuiti Pemilik di bahagian Modal Diterbitkan dan Dibayar Penuh.
Butiran Permohonan Saham Biasa/Keutamaan Modal Saham Biasa/Keutamaan (Merekod perumpukan unit Saham Biasa/Keutamaan)
Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Debit xxx

Kredit xxx

Perumpukan Saham

Untuk nilai yang didebitkan (Permohonan Modal Saham): Unit Diterbit x Harga Tawaran. Untuk nilai yang dikreditkan pula (Modal Saham): Unit Diterbit x Nilai Tara/ Par. Jika Harga Tawaran > Nilai Tara/ Par, akaun PREMIUM SAHAM (pemohon membayar pada harga lebih tinggi daripada nilai tara) perlu dikreditkan. Jika Harga Tawaran < Nilai Tara/ Par, akaun DISKAUN SAHAM (pemohon membayar pada harga lebih rendah daripada nilai tara) perlu didebitkan.
Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Pemulangan Wang Lebihan


Butiran Debit Kredit xxx

Permohonan Saham Biasa/Keutamaan


Bank/Tunai (Merekod pemulangan wang permohonan yang gagal)

xxx

Catatan: Pengiraan bagi nilai yang didebit dan dikredit bagi catatan ini adalah: Permohonan Modal Saham (sewaktu permohonan) Permohonan Modal Saham (sewaktu perumpukan) Jika kesannya adalah TIADA (RM0) catatan jurnal ini TIDAK PERLU dibuat.
Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Rumusan Terbitan Saham

Terimaan bayaran sewaktu permohonan:


Debit Kredit Bank ($ ditawar x Unit saham dipohon) Permohonan Saham ($ ditawar x Unit saham dipohon)

Perumpukan:
Debit Kredit Permohonan Saham ($ ditawar x Unit saham diterbit) Modal Saham ($ par x Unit saham diterbit)

Pemulangan wang lebihan:


Debit Kredit Permohonan Saham (Terimaan - Perumpukan) Bank
Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Contoh Terbitan Saham Pada Nilai Tara


Tanjung Perak Sdn. Bhd. mempunyai modal dibenarkan berjumlah 1,000,000 unit saham biasa dengan nilai tara RM2 seunit.

Pada 1 Jan. 2006, syarikat menerbitkan 800,000 unit saham biasa pada nilai tara RM 2 sesaham yang perlu dibayar penuh semasa permohonan.

Sehingga 1 Feb. 2006, syarikat telah menerima 1,000,000 permohonan. Syarikat telah membuat perumpukan kepada pemohon yang berjaya dan memulangkan wang bagi lebihan langganan pada 1 Mac 2006.

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Jurnal
Butiran Debit Kredit 2,000,000

Bank/Tunai (RM2 x 1,000,000 unit)


Permohonan saham biasa (Merekod penerimaan wang bagi permohonan modal saham biasa) Permohonan saham biasa (RM2 x 800,000 unit) Modal saham biasa (Merekod perumpukan 800,000 unit modal saham biasa) Permohonan saham biasa (RM2,000,000 RM1,600,000) Bank/Tunai (Merekod pemulangan wang permohonan yang tidak berjaya)

2,000,000

1,600,000 1,600,000

400,000 400,000

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Contoh Terbitan Saham Pada Nilai Premium


Tanjung Perak Sdn. Bhd.
Modal dibenarkan: 1,000,000 unit saham biasa pada RM2 seunit. Modal diterbitkan: 800,000 unit saham biasa pada RM 2.50 seunit. Jumlah permohonan: 1,000,000 permohonan; lebihan langganan akan dipulangkan. Nilai Terbitan

>

Nilai Tara

Premium RM2.50 RM2.00 RM0.50


Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Nilai terbitan Nilai tara NILAI PREMIUM

Jurnal
Butiran Bank/Tunai (RM2.50 x 1,000,000 unit) Permohonan saham biasa (Merekod penerimaan wang bagi permohonan modal saham biasa) Debit 2,500,000 2,500,000 Kredit

Permohonan saham biasa (RM2.50 x 800,000 unit)


Modal saham biasa (RM2 x 800,000 unit) Premium saham biasa (Merekod perumpukan 800,000 unit modal saham biasa) Permohonan saham biasa (RM2,500,000 RM2,000,000) Bank/Tunai (Merekod pemulangan wang permohonan yang tidak berjaya)

2,000,000
1,600,000 400,000

500,000 500,000

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Contoh Terbitan Saham Pada Nilai Diskaun


Tanjung Perak Sdn. Bhd.
Modal dibenarkan: 1,000,000 unit saham biasa pada RM2 seunit. Modal diterbitkan: 800,000 unit saham biasa pada RM 1.70 seunit. Jumlah permohonan: 1,000,000 permohonan; lebihan langganan akan dipulangkan. Nilai Terbitan

<

Nilai Tara

Diskaun RM1.70 RM2.00 RM0.30


Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Nilai terbitan Nilai tara NILAI DISKAUN

Jurnal
Butiran Bank/Tunai (RM1.70 x 1,000,000 unit) Permohonan saham biasa (Merekod penerimaan wang bagi permohonan modal saham biasa) Debit 1,700,000 1,700,000 Kredit

Permohonan saham biasa (RM1.70 x 800,000 unit)


Diskaun saham biasa Modal saham biasa (RM2 x 800,000 unit) (Merekod perumpukan 800,000 unit modal saham biasa) Permohonan saham biasa (RM1,700,000 RM1,360,000) Bank/Tunai (Merekod pemulangan wang permohonan yang tidak berjaya)

1,360,000
240,000 1,600,000

340,000 340,000

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Contoh Terbitan Saham Untuk Aset Bukan Tunai


Kelisa Berhad ialah sebuah syarikat awam berhad yang telah tersenarai di Bursa Malaysia dan sahamnya yang bernilai par RM1 sesaham telah diniagakan pada RM1.50 seunit. Untuk mendapatkan sebidang tanah seperti yang diiklankan pada harga RM150,000, syarikat telah menerbitkan 100,000 unit saham keutamaan.

Dikehendaki: Sediakan catatan jurnal bagi merekod urus niaga di atas.

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Jurnal
Butiran Tanah Modal saham keutamaan (RM1 x 100,000 unit) Premium saham keutamaan (Merekod terbitan 100,000 unit saham keutamaan untuk sebidang tanah) Debit 150,000 100,000 50,000 Kredit

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Debentur

Merupakan pinjaman berjangka dalam bentuk dokumen yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat untuk meningkatkan dana syarikat daripada orang awam (pelabur). Merupakan liabiliti jangka panjang. Ia mengandungi syarat tentang:1. 2.

bayaran faedah yang tetap. penebusan debentur.

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Catatan Terbitan Debentur

Terimaan bayaran sewaktu terbitan:


Debit Kredit Tunai/Bank Debentur

Merekod belanja faedah atas debentur:


Debit Kredit Belanja faedah Belanja faedah terakru

Tebusan debentur:
Debit Debit Kredit Debentur Belanja faedah terakru Tunai/Bank
Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Contoh
Pada 1 Jan. 2006, Tanjung Perak Sdn. Bhd. menerbitkan 500 unit debentur 6% berharga RM100 seunit yang dibayar sepenuhnya atas permohonan. Tempoh matang adalah 3 tahun. Dikehendaki:-

Sediakan catatan jurnal bagi merekod: a. Terbitan debentur. b. Belanja faedah tahunan. c. Penebusan debentur.
Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Jurnal
Tarikh 01.01.06 Debentur 31.12.06 Belanja faedah (6% x RM50,000) Belanja faedah terakru 31.12.07 Belanja faedah (6% x RM50,000) Belanja faedah terakru 3,000 3,000 3,000 3,000 Butiran Tunai/Bank (RM100 x 500 unit) Debit 50,000 50,000 Kredit

31.12.08

Debentur Belanja faedah Belanja faedah terakru Tunai/Bank

50,000 3,000 6,000 59,000


Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Rezab

Rezab Modal Kumpulan modal syarikat. Sebahagian daripada rezab berkanun. Tidak boleh diagihkan kepada pemegang saham sebagai dividen. Contoh: 1. Premium saham. 2. Rezab tebusan modal. 3. Rezab penilaian semula aset.

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Rezab

Rezab Hasil Kumpulan hasil syarikat. Boleh diagihkan kepada pemegang saham sebagai dividen. Contoh: 1. Pendapatan tertahan.

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Rezab
Tanjung Perak Sdn. Bhd. Petikan Kunci Kira-kira (Bahagian Ekuiti Pemilik) Pada 31 Disember 2006 Rezab: Rezab Modal: Premium saham keutamaan Diskaun saham biasa Rezab Hasil: Pendapatan tertahan 120,000 150,000 50,000 (20,000) 30,000

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Dividen

Agihan pendapatan kepada pemegang saham. Jenis-jenis dividen:


1.
2.

Dividen tunai Dividen saham

Pengiraan dividen:
Kadar Dividen

Nilai Par

Unit Saham Diterbitkan

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Contoh
Bagi setiap yang berikut, kirakan dividen yang dibayar:
1.

12% dividen atas 7,500,000 saham biasa, RM2 sesaham. (12% x RM2) x 7,500,000 unit = RM1,800,000

2.

RM0.08 dividen atas 8,000,000 saham biasa, RM1 sesaham. RM0.08 x 8,000,000 unit = RM640,000

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Contoh...
3.

Tanjung Perak Sdn. Bhd. mempunyai modal didaftarkan 7,500,000 saham biasa RM0.50 sesaham. Syarikat tersebut telah menerbitkan 5,500,000 saham biasa kepada orang ramai. Semua saham dipohon dan dibayar penuh. Bagi tahun berakhir 30 April 2006, syarikat tersebut telah mengisytiharkan pembayaran dividen 12% atas saham biasa. (12% x RM0.50) x 5,500,000 unit = RM330,000

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Dividen Tunai

Agihan pendapatan dalam bentuk tunai. Pembayaran boleh dibuat sama ada sebagai:

Dividen interim: Dibayar dalam tempoh perakaunan iaitu sebelum untung bersih tahunan diketahui. Bergantung kepada prestasi syarikat bagi setengah tahun yang pertama.
Dividen akhir: Dibayar setelah mesyuarat agung tahunan syarikat setelah untung tahunan syarikat diketahui.
Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Jurnal Dividen Interim


Butiran Pendapatan tertahan Dividen interim belum bayar (Merekod keputusan lembaga pengarah memutuskan untuk membayar dividen interim) Dividen interim belum bayar Bank/Tunai (Merekod pembayaran dividen interim kepada pemegang saham) xxx xxx Debit xxx xxx Kredit

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Jurnal Dividen Akhir


Butiran Pendapatan tertahan Dividen akhir dicadang (Merekod keputusan lembaga pengarah memutuskan untuk membayar dividen akhir) Debit xxx xxx Kredit

Dividen akhir dicadang


Dividen akhir belum bayar (Merekod kelulusan mesyuarat agung usul lembaga pengarah) Dividen akhir belum bayar Bank/Tunai (Merekod pembayaran dividen interim kepada pemegang saham)

xxx
xxx

xxx Xxx

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Dividen Saham

Saham yang diterbitkan oleh syarikat kepada pemegang saham sedia ada secara percuma mengikut nisbah pemegangan saham dalam syarikat. Biasanya dilakukan oleh syarikat yang mempunyai jumlah pendapatan tertahan atau rezab premium saham yang besar, tetapi tidak berupaya mengagihkan dividen tunai disebabkan perkara-perkara tertentu.

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Jurnal Dividen Saham


Butiran Pendapatan tertahan Saham bonus (Merekod penerbitan saham bonus) Saham bonus Modal saham biasa (Merekod peningkatan modal saham biasa) xxx xxx Debit xxx xxx Kredit

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Dividen Tunai vs. Dividen Saham


Dividen Tunai

Dividen Saham

Kunci kira-kira akan mengalami perubahan.

Kunci kira-kira tidak akan mengalami perubahan.

Akan mengurangkan aset (tunai) dan rezab hasil (pendapatan tertahan).

Tidak melibatkan pembayaran tunai.


Akan meningkatkan akaun modal dan mengurangkan rezab hasil (pendapatan tertahan).

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Terbitan Hak

Merupakan tawaran yang dibuat kepada pemegang saham sedia ada untuk membeli saham tambahan syarikat. Pada kebiasaannya, harga langganan saham yang ditawarkan adalah lebih rendah daripada harga pasaran. Jika pemegang saham sedia ada (yang diberikan hak untuk melanggan) tidak berminat untuk membeli saham tambahan boleh menjual pihak lain. Jika tidak, syarikat boleh menjualnya kepada pasaran terbuka.
Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Jurnal Terbitan Hak


Butiran Tunai/Bank Modal saham biasa/keutamaan (Merekod penerbitan hak kepada pemegang saham) Debit xxx xxx Kredit

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Saham Bonus vs. Terbitan Hak


Saham Bonus Terbitan saham bonus TIDAK AKAN MENAMBAHKAN ekuiti pegangan saham kerana terbitan saham bonus menggunakan rizab. Terbitan Hak Terbitan hak AKAN MENAMBAHKAN ekuiti pegangan saham/modal. Pemegang saham akan menerima sijil hak yang membolehkan mereka mendapat sejumlah saham tambahan mengikut syarat dan harga tertentu.

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Pelaporan Ekuiti
Milikan Tunggal Syarikat

Modal Awal

Modal Saham

+ + -

Modal Tambahan Untung Bersih Semasa

Ambilan

+ +

Premium Saham Diskaun Saham Pendapatan Tertahan

Modal Akhir

Jumlah Ekuiti

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Akaun Pendapatan Tertahan


Pendapatan Tertahan Dividen (dicadang) Baki h/b xxx Baki b/b xxx Untung bersih slps cukai xxx xxx xxx xxx

Boleh juga dibuat dalam bentuk penyata

Tanjung Perak Sdn. Bhd. Penyata Pendapatan Tertahan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2006 Pendapatan tertahan awal Untung bersih Dividen Pendapatan tertahan akhir 100,000 70,000 170,000 (50,000) 120,000

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Contoh Pelaporan
Tanjung Perak Sdn. Bhd. Petikan Kunci Kira-kira (Bahagian Ekuiti Pemilik) Pada 31 Disember 2006 EKUITI PEMILIK Modal dibenarkan: 20,000 unit 6% saham keutamaan pada RM4 500,000 unit saham biasa pada RM1 Modal diterbitkan dan dibayar penuh: 80,000 500,000 580,000

5,000 unit 6% saham keutamaan pada RM4


100,000 unit saham biasa pada RM1

20,000
100,000 120,000

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Contoh Pelaporan...

Rezab:
Rezab Modal: Premium saham keutamaan Diskaun saham biasa Rezab Hasil: Pendapatan tertahan Jumlah Ekuiti 120,000 150,000 270,000 50,000 (20,000) 30,000

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Rumusan

Di Malaysia, Syarikat yang ingin ditubuhkan perlu mematuhi Akta Syarikat 1965. Terdapat dua jenis syarikat berhad oleh saham: 1. Syarikat Awam Berhad 2. Syarikat Sendirian Berhad Ekuiti syarikat terdiri: 1. Modal syarikat - saham biasa dan saham keutamaan. 2. Rezab - rezab modal dan rezab hasil. Pemegang saham mendapat pulangan bagi pelaburan yang dibuat dalam bentuk dividen: 1. Dividen tunai. 2. Dividen saham.
Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

You might also like