Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Refleksi Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah Taala kerana dengan izin-Nya, saya Muhammad Farhan b.

Mohd Taufik telah berjaya melaksanakan tugasan yang diberikan oleh Dr. Tey serta berjaya menyiapkan tugasan yang diberi dengan jayanya . Saya berterima kasih kepada Dr. Tey kerana banyak memberikan tunjuk ajar di dalam sepanjang melaksanakan tugasan ini. Memahami tugasan memang amat penting sebelum melaksanakan sesuatu perkara, kerana sesuatu kejayaan itu bertitik-tolak kepada sejauh mana pemahaman dan bagaimana perlaksanaan kerja, hakikatnya pemahaman yang konkrit akan menjelaskan proses-proses yang perlu dijalankan..Oleh yang demikian saya sentiasa cuba memahami tugasan melalui sesi pertanyaan/perbincangan bersama dengan pensyarah dan rakan sekuliah..pada ketika ini saya masih lagi kabur tentang tajuk yang sesuai bagi latihan ilmiah yang akan dihasilkan..namun bergiat aktif dalam perbincangan yahoogroups sedikit sebanyak telah membantu penulis memahami tugasan seterusnya mencari idea-idea yang bermakna dalam laman web Pertamanya, saya telah menggunakan proses merancang iaitu merancang strategi yang sesuai untuk mengakses sesuatu maklumat dengan menggunakan kata kunci atau enjin pencarian tertentu. Seterusnya ialah saya telah menggunakan langkah kedua iaitu memantau bagi melihat secara keseluruhan sesebuah laman web bagi memastikan siapa pengarangnya, apa isi kandungan yang di muatkan dalam web itu dan lain-lain lagi. Seterusnya, langkah yang terakhir ialah proses menilai iaitu saya menggunakan proses ini dengan mengikut kriteria 10 standard pemikiran sama ada sesuatu laman web itu mempunyai kejelasan, ketepatan, keteperincian, logik, relevan, mendalam, luas,

signifikan,adil dan hikmah. Dalam proses akhir ini juga, saya juga mencari kekuatan dan kelemahan sesebuah laman web itu untuk di jadikan panduan dan asas sama ada ia sesuai atau tidak untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebelum saya membangunkan laman web ini, saya membuat lakaran apa yang sesuai dan hendak dimasukkan di dalam laman web ini.

Pertama sekali, saya mencari tajuk yang sesuai untuk dimuatkan. Saya memilih tajuk tanaman bunga semusim yang terdapat dalam sukatan pelajaran Kemahiran Hidup

sebagai hasil pembelajaran di dalam blog ini. Hal ini kerana ramai yang tidak memahami apakah yang sebenarnya tanaman bunga semusim. Dengan berpandukan peta konsep

yang dibuat mengenai tajuk tanaman bunga semusim ini, barulah saya nampak lakaran untuk membangunkan laman web ini ini. Seterusnya, Saya mencari bahan-bahan yang sesuai untuk dimuatkan di dalam laman web ini. Saya mencari pelbagai bahan di dalam buku, internet, majalah dan sumbersumber yang boleh dipercayai untuk dibuat rujukan. Namun tidak semua apa yang ada di dalamnya boleh di ambil sebagai panduan. Saya perlu membaca, memahami, menganalisis terlebih dahulu sebelum mengambilnya sebagai panduan untuk dinuatkan di dalam laman web P&P ini. Selepas itu, saya menaip isi-isi penting mengenai tajuk tanaman bunga semusim berpandukan Peta Konsep yang telah dibuat. Saya mengikut urutan yang telah disediakan bagi memudahkan pembaca melihat serta membaca isi kandungan yang di pamerkan. Seterusnya saya mencari gambar-gambar yang berkaitan, serta membuat penjelasan bagi memudahkan pembaca untuk melihat isi kandungannya serta membuat ringkasan bagi memudahkan pembaca untuk melihat isi kandungannya. Saya memikirkan adakah laman web pengajaran dan pembelajaran berasaskan web (Tanaman Bunga Semusim) ini sesuai untuk digunakan atau tidak untuk pelajar? Di sini, secara tidak langsung daripada bermula proses pemilihan tajuk sehinggalah selesai proses pembinaan laman web, saya telah mengaplikasikan 3 langkah asas sehingga terhasilnya sebuah tugasan.. Bermula dari proses membina pelan tindakan (merancang), mengekalkan atau memantau pelan (membina), dan menilai pelan tindakan (penilaian). Daripada sini juga, berlakunya proses pemikiran kritikal, di mana usaha-usaha menganalisis dan mentaksir sesuatu maklumat yang sesuai digunakan atau tidak. Apa yang saya harapkan kandungan yang dimuatkan di dalam laman web ini dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada orang yang membacanya. Semasa proses pembikinan laman web ini, saya dan rakan-rakan telah didedahkan dengan penggunaan pelbagai jenis software yang tidak pernah saya guna sebelum ini. Dr. Tey banyak memberi pengalaman dan ilmu baru. Saya mudah untuk faham segala penerangan yang diberikan oleh Dr Tey kerana sangat jelas dan terperinci. Kami menggunakan Microsoft Publisher untuk menghasilkan laman web bagi tugasan yang diberi. Walaupun, pada mulanya nampak rumit namun berkat kesabaran untuk menghasilkan laman web sendiri akhirnya membuahkan hasil. Pemilihan template yang sesuai merupakan suatu agenda penting yang perlu dilakukan bagi seorang pengarang laman web, hal ini kerana template yang sesuai memudahkan proses pengurusan blog dan susunatur posting serta widget. kadang-kadang laman yang tidak sesuai seperti ruang atau tulisan terlalu kecil, atau warna yang terlalu garang memberikan impak kepada pembaca, kemungkinan

pembaca akan hilang "mood" untuk meneruskan pembacaannya disebabkan fizikal template yang menyakitkan pandangan dan sukar untuk dibaca. Oleh yang demikian atas sebab itu penulis sendiri telah mencari dan mencuba beberapa template yang agak sesuai dan bertepatan dengan apa yang diajarkan. walaubagaimanapun memang tidak dinafikan pelbagai masalah yang dihadapi saya semasa ingin "publish template" akibat ketidaksuaian dengan laman web, namun selepas "try and error" akhirnya barulah saya berjaya. Masalah lain yang dihadapi saya merujuk kepada Dr Tey. Setelah menyiapkan laman web berkenaan, saya beralih pula kepada tugasan penghasilan video berpandu kepada intergriti dalam kemahiran hidup. Saya memilih untuk menghasilkan video tutorial medium pemasuan semula dengan bantuan rakan. Walaupun terdapat kekangan masa dan masalah kekurangan alatan namun proses pelaksanaan berjalan lancar juga akhirnya. Tugasan ini dilihat agak sukar juga pada mulanya, namun hasil perbincangan dengan rakan-rakan saya dapat melakukannya. Video ini perlu dihasilkan dalam durasi empat minit. Kemudian saya perlu membuat skrip hasil daripada video itu tadi. Video yang dihasilkan perlu dikemaskini dengan kemahiran menggunakan software yang telah dipelajari daripada Dr. Tey. Segala pendedahan yang diberikan oleh Dr. Tey telah saya aplikasikan dalam mengemaskini video yang dihasilkan agar nampak menarik dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Sepanjang melaksanakan melaksanakan tugasan yang diberi, saya telah belajar berbagai-bagai kemahiran yang boleh diaplikasikan dalam pembelajaran dan pengajaran di sekolah kelak sebagai seorang warga pendidik. Saya telah mempelajari kemahiran mencari maklumat, mengumpulkan maklumat, menyalin nota, kemahiran komunikasi, kemahiran berfikir, kemahiran menganalisis maklumat dan lain-lain lagi. Saya telah berusaha mencari maklumat daripada pelbagai sumber seperti internet, buku-buku di perpustakaan, dan temubual dengan pensyarah dan rakan-rakan lain. Selepas itu saya mengumpul maklumat tersebut untuk pemilihan maklumat yang terbaik. Kemudian saya menganalisis maklumat yang telah di pilih. Saya berpandangan bahawa displin dalam diri dalam menguruskan masa telah diperoleh dalam melaksanakan tugasan ini. Sepanjang melaksanakan tugasan, terdapat sedikit masalah yang terpaksa dihadapi. Semasa mencari maklumat di perpustakaan, saya menghadapi kesukaran untuk mencari maklumat kerana bilangan buku yang terhad di perpustakaan. Selain itu, jadual yang agak padat pada semester ini sedikit sebanyak mengganggu perjalanan untuk menyiapkan tugasan ini. Di samping itu, kesukaran untuk mencari maklumat melalui internet juga turut dihadapi kerana talian internet yang sangat lambat.

Oleh itu , saya berpendapat bahawa kelas Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran sememangnya berguna dan wajar diteruskan buat pelatih-pelatih guru pada masa akan datang. Selain itu, saya kira subjek ini dapat membantu saya dalam menjalani praktikum kelak kerana dilihat sangat bermanfaat dalam P&P.

You might also like