Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

1.

Pengenalan

Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, kami telah ditugaskan untuk membentuk satu Jadual Penentuan Ujian (JPU) yang meliputi salah satu sukatan pelajaran sekolah menegah, di mana melalui JPU berkenaan kami perlu menganalisis satu set instrumen ujian aneka pilihan. Kami perlu menentukan aras dan peratusan aras bagi setiap item kertas soalan berkenaan. Selain itu, kami juga perlu mencari kelemahan bagi item dan mencadangkan penambahbaikan item mengikut cirri-ciri pembinaan item objektif yang betul. Oleh yang demikian, bagi melaksanakan tugasan ini, kami telah memilih kertas soalan sebenar peperiksaan semester 2/2013, matapelajaran Geografi Tingkatan 2 daripada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Kertas soalan ini berbentuk objektif dan mengandungi 60 soalan.

1.2

Jadual Penentu Ujian (JPU)

Jadual Penentu Ujian (JPU) adalah carta duahala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Antara ciriciri yang terdapat pada Jadual Penentu Ujian ialah ia mengandungi kandungan sukatan pelajaran, jenis item yang digunakan, kemahiran dan aras soalan mengikut aras Taksonomi Bloom, nombor soalan serta jumlah keseluruhan soalan. JPU yang dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas ujian dan pembina item atau soalan ujian. Antara kepentingan JPU ialah, kertas ujian dapat digubal secara teratur dan bersistematik, untuk menjamin kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran, memberi keseimbangan terhadap taburan soalan mengikut tajuk yang telah ditetapkan dan perlaksanaan ujian adalah meliputi keseluruhan sukatan pelajaran yang telah dipelajari. Di samping itu juga, aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina oleh pembina soalan yang berbeza.

Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, kami telah membentuk satu Jadual Penentu Ujian (JPU) yang meliputi sukatan pelajaran Geografi Semester 2 bagi Tingkatan 2 sepertimana yang terdapat pada Jadual 1.1 berikut. Berdasarkan JPU tersebut, kami telah memecahkan 7 topik utama yang diajar kepada subtopiksubtopik masing-masing. Daripada topik topik ini kami telah mengenalpasti waktu mengajar bagi setiap topik dan mencari wajaran bagi setiap topik. Kemudian, kami menganalisis item soalan daripada contoh kertas peperiksaan yang kami ada. Itemitem yang dianalisis telah dispesifikasikan mengikut aras Taksonomi Objektif Domain Kognitif Bloom. Selain itu, kami juga telah menspesifikasikan setiap item dalam kertas peperiksaan mengikut jenis-jenis soalan aneka pilihan. Berikut merupakan maklumat-maklumat yang diperlukan dalam pembinaan JPU.

(i)

Bilangan soalan iaitu sebanyak 60 soalan bersamaan dengan wajaran 100%. Wajaran soalan bergantung kepada jumlah banyaknya peruntukan mengajar topik dalam sukatan matapelajaran Geografi Tingkatan 2.

Bab Bab 10 Bab 11 Bab 12 Bab 13 Bab 14 Bab 15 Jumlah masa mengajar dalam semester 2 Jadual 1

Kadar Masa Mengajar 2.25 masa 2.25 masa 2.50 masa 2.25 masa 1.50 masa 2.00 masa 15 masa

(ii)

Wajaran Formula Wajaran = Jumlah Sub Topik setiap Bab Jumlah Semua sub topik x 100 %

Bab

Formula

Wajaran

Bab 10 (2.25/15) x 100% 15% Bab 11 (2.25/15) x 100% 15% Bab 12 (2.50/15) x 100% 16.67% Bab 13 (2.25/15) x 100% 15% Bab 14 (1.50/15) x 100% 10% Bab 15 (2.00/15) x 100% 13.33% Bab 16 (2.25/15) x 100% 15% Jumlah Jadual 2 100%

(iii)

Proses menentukan bilangan item mengikut wajaran berdasarkan isi kandungan matapelajaran Geografi Tingkatan 2

Formula Jumlah Item = Nilai wajaran x Jumlah soalan diperuntukkan 100 (60 Soalan)

Bab Jumlah item bab 10 Jumlah item bab 11

Formula (15/100) x 60 (15/100) x 60

Item 9 9 10 9 6 8 9 60 soalan

Jumlah item bab 12 (16.67/100) x 60 Jumlah item bab 13 Jumlah item bab 14 (15/100) x 60 (10/100) x 60

Jumlah item bab 15 (13.33/100) x 60 Jumlah item bab 16 JUMLAH Jadual 3 (15/100) x 60

Seterusnya, item-item dikategorikan mengikut aras kognitf Taksonomi Bloom dan dibahagikan kepada aras mudah , sederhana dan sukar. Selain itu, Jadual spesifikasi item juga dianalisis mengikut jenis-jenis soalan aneka pilihan (rujuk Lampiran).

1.3

Jadual Tahap Pengetahuan Item

Fakta Tahap Pengetahuan

Konsep Prosedur Metakognitif

Aras Kognitif Taksonomi Bloom Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian 1,2,5,10,13, 7,12,24,37, 11,29,32, 3,4,42, 19,22,26,30, 50,56 33,60 47,57 31, 40 23 9,20,25,34, 15,35,36, 28,54. 44,45 38,41,52 59 6 14,16,39 8,49 17,43,46, 51,53,58 17 18,21, 27,48, 55 13 -

Jumlah

16

14

1.4

Hasil Dapatan Pembinaan JPU

Daripada jadual JPU yang diperoleh, kami mendapati item-item yang terdapat dalam soalan telah dibahagi dengan sekata dan mengikut wajaran subtopik yang sesuai. Daripada 60 item yang kami analisis, ianya terdiri daripada x soalan aras pengetahuan, x soalan aras kefahaman ,x soalan aras aplikasi , x soalan aras analisis, x soalan aras sintesis dan x soalan aras penilaian. Soalan soalan yang dibina juga adalah terdiri daripada xx soalan aras rendah, x soalan aras sederhana dan x soalan aras tinggi. Berikut merupakan peratus aras kognitif mengikut aras mudah, sederhana dan sukar. Peratusan ini tidak jauh beza dengan standard peratusan soalan bagi tiga aras soalan objektif iaitu, aras mudah (50%), aras sederhana (30%) dan aras sukar (20%) daripada keseluruhan bilangan item. Ini membuktikan bahawa, kertas peperiksaan ini telah dibina dengan teliti dan mengikut standard kebangsaan.

Aras Kognitif Mudah Sederhana Sukar Jadual 4

Peratus (%) 48.33 28.33 23.33

1.4

Kelemahan dan Penambahbaikan Item

Kelemahan dalam pembinaan item adalah perkara yang tidak patut dilakukan oleh pembina item ujian mahupun peperiksaan. Setiap jenis item mepunyai cara pembinaannya yang tersendiri. Pembina perlu mengetahui cara-cara menulisnya dengan baik. Untuk kertas peperiksaan yang telah kami pilih, kami dapati terdapat juga beberapa kesalahan pada item-item tertentu. Item-item ini perlulah dibaiki dan diubahsuai dengan cara yang betul. Kami telah membahagikan item-item kepada soalan mudah, sederhana dan sukar. Berikut merupakan contoh item-item yang perlu diubahsuai struktur penggubalannya.

JENIS ITEM ITEM MUDAH

CONTOH ITEM Item 3

KETERANGAN Kelemahan: Pembina tidak menyatakan stem dengan jelas. Pembetulan: Soalan 3 adalah berdasarkan gambar 1 di bawah:
G1

Berdasarkan Gambar 1 di atas, apakah kesan daripada aktiviti yang dilakukan kepada alam sekitar?

Item 14

Kelemahan: Pembina tidak menyatakan stem dengan jelas. Pembetulan: Soalan 14 adalah berdasarkan Peta 1 di bawah:
Peta 1

Berdasarkan Peta 1 di atas, kawasan bertanda yang manakah mempunyai bilangan penduduk yang berlebihan?

Item 40

Kelemahan: Arahan yang diberikan tidak jelas dan ayat yang digunakan tidak lengkap Pembetulan: Antara berikut, jalan manakah digunakan dalam sistem pengangkutan masyarakat pada zaman dahulu?

ITEM SEDERH ANA

Item 32

Kelemahan: Stem adalah kabur dan tidak jelas. Pembetulan: Soalan 32 adalah berdasarkan rajah di bawah:
Senarai

Rajah di atas menunjukkan senarai penempatan bandar. Apakah fungsi penempatan bandar ini? A. Pusat B. Pusat C. Pusat D. Pusat..

Item 46

Kelemahan: Stimulus dan stem kurang jelas. Keadaan ini menyebabkan pelajar keliru untuk menjawab soalan. Pembetulan: Soalan 46 adalah berdasarkan Peta 8 di bawah:
Peta 8

Kawasan berlorek dalam Peta 8 di atas menunjukkan kawasan jaringan jalan raya. Mengapakah jaringan jalan raya padat di kawasan yang berlorek?

Item 54

Kelemahan: Kedudukan stem dan stimulus tidak tersusun dengan baik. Pelajar boleh keliru untuk menjawab soalan. Pembetulan: Soalan 54 adalah berdasarkan rajah di bawah:
Rajah

Rajah di atas menunjukkan dua kawasan yang mempunyai kemudahan perhubungan yang sama. Apakah kemudahan yang diberikan oleh perhubungan ini?

ITEM SUKAR

Item 4

Kelemahan: Stem tidak jelas. Pembetulan: Antara senarai berikut, empangan yang manakah dibina untuk tujuan menjana kuasa hidroelektrik di Malaysia?

Item 18

Kelemahan: Stem dan stimulus agak kabur. Pelajar boleh keliru untuk menjawab soalan. Pembetulan: Soalan 18 adalah berdasarkan Peta 3 di bawah:
Peta 3

Berdasarkan Peta 3 di atas, apakah ciri-ciri bagi negara yang berada di kawasan berlorek?

Item 27

Kelemahan: Stem kurang jelas. Pembetulan: Soalan 27 adalah berdasarkan Peta 6 di bawah:
Peta 6

Berdasarkan Peta 6 di atas, kawasan bertanda yang manakah merupakan penempatan awal di Malaysia?

You might also like