Unit 1

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 14

SISTEM KOMPUTER B1003/UNIT1/1

SISTEM KOMPUTER

OBJEKTIF AM : Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai perkakasan


dan perisian komputer.

OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar akan dapat:

 Membezakan perkakasan dan perisian komputer.

 Membezakan perisian system pengoperasian dan


perisian aplikasi .

 Membeza sistem pengoperasian komputer dengan


sistem pengoperasian rangkaian.

 Menggunakan perisian aplikasi dengan betul.


SISTEM KOMPUTER B1003/UNIT1/2

1.1 Menerangkan dengan ringkas perkembangan komputer

Komputer berasal daripada perkataan lain ‘Computare’ bermaksud


mengira seperti mesin kira, slide rule dan lain-lain. Komputer adalah
media elektronik yang berupaya menterjemahkan dan melaksanakan
arahan-arahan input, output dan operasi logik.
Komputer membaca daripada media input atau media storan dan
menulis pada media output atau media storan. Biasanya data input
dimasukkan oleh operator data ke dalam media storan melalui papan
kunci dan dapat dilihat pada monitor. Apabila data dan maklumat telah
diproses maka outputnya boleh ditulis pada media output seperti alat
cetak atau cakera.

Asas pemprosesan sistem komputer .

Input Proses Unit Output


Papan Pusat Alat
Kunci Pemprosesan Tayang

Rajah 1.1
SISTEM KOMPUTER B1003/UNIT1/3

1.2 PERKAKASAN KOMPUTER

1.2.1 Mengetahui perkakasan yang membentuk suatu


komputer

Disket

CPU Monitor
Papan
Kunci

Pencetak

1.2.1.1 CPU (Central Processing Unit)

CPU merupakan perkakasan yang berfungsi untuk menterjemah


dan melaksanakan arahan aturcara dan berkomunikasi dengan
input,output dan pranti storan kawalan. Komputer boleh
menghantar pada kelajuan 654,000 kaki sesaat. Kelajuan
pemprosesan komputer adalah penting dalam melancarkan
perjalanan urusan seharian seperti pengeluaran wang,
penempahan tiket kapall terbang, penempahan bilik hotel dan
sebagainya.
SISTEM KOMPUTER B1003/UNIT1/4

CPU MENGANDUNGI TIGA KOMPENAN UTAMA:-

1.2.1.1a Unit Kawalan

Unit kawalan mengandungi litar yang akan mengarahkan


keseluruhan sistem untuk melaksanakan arahan aturcara yang
mengkoordinasikan bahagian-bahagian lain. Ia juga memberitahu
peranti input apabila input tambahan diperlukan dan memberi
arahan kepada peranti output di mana maklumat disediakan untuk
output.
Unit kawalan tidak menyimpan data atau aturcara. Ia dilakukan
oleh unit storan utama di mana data dan aturcara disimpan setiap
kenyataan dalam aturcara. Komputer merupakan input, unit
kawalan akan menterjemahkan setiap pernyataan dan
mengarahkannya kepada kompenan CPU.

1.2.1.1b Unit Arithmatik dan Logik (ALU)

Unit arithmatik dan logik merupakan bahagian CPU yang membuat


pengiraan dan perbandingan data berdasarkan arahan yang di
terima dari unit kawalan. Unit arithmatik dan logik mengawal
kelajuan pengiraan. Operasi arithmatik adalah operasi matematik
+ , - , * dan / . Operasi logikal mengandungi operasi perbandingan
seperti = , < , > , <>, <= dan >= .

1.2.1.1c Storan Utama

Storan Utama dipanggil sebagai ingatan utama. Ingatan utama


adalah sebahagian daripada komputer yang menyimpan:-

i. Data yang di proses.


ii. Arahan untuk pemprosesan aturcara.
iii. Memproses data yang sedang menunggu untuk
dijadikan output.
SISTEM KOMPUTER B1003/UNIT1/5

1.2.1.1d Storan Sekunder

Storan Sekunder di panggil storan auxiliary dan secara fizikal


terletak di luar pemprosesan. Storan Sekunder boleh didapati
dalam pelbagai bentuk seperti pita bermagnet, cekera keras dan
disket.

Kelebihan Storan Sekunder adalah seperti berikut:-

i. Ekonomi
Lebih jimat untuk menyimpan data pada media
bermagnet daripada kabinet atau di dalam storan
utama.

ii. Muatan
Terdapat lebih muatan dalam storan sekunder berbanding
dengan storan utama.

iii. Keselamatan.
Data selalunya disimpan dalam storan sekunder supaya ia
lebih selamat daripada gangguan pengguna yang tidak sah
atau daripada pencerobohan data maklumat.

1.2.2 Membezakan konsep komputer bersendirian dan rangkaian

Komputer persendirian tidak boleh berkongsi perisian dan


perkakasan. Sebaliknya bagi komputer rangkaian boleh berkongsi
sumber perisian dan perkakasan. Contohnya Rangkaian Komputer
Tempatan (LAN).

1.2.3 Mengenalpasti kelebihan system Rangkaian Komputer


Tempatan (LAN)

Merupakan system di mana banyak komputer dihubungkan


secara fizikal ke satu lokasi dalam kawasan geografi yang terhad.
Kelebihan menggunakan LAN adalah untuk berkongsi sumber di
antara nod yang disambungkan ke LAN dalam rangkaian.

Sumber-sumber yang dikongsi adalah peranti output, data dan


fail perisian,perkakasan telekomunikasi ( Modem dan feksimil ),
peranti storan sekunder ( cakera Optik dan CD-ROM ) dan
komputer khas ( Pemprosesan Vektor ).
SISTEM KOMPUTER B1003/UNIT1/6

1.3 Perisian Komputer

1.3.1 Mengetahui fungsi perisian sistem pengoperasian dan


perisian aplikasi

Perisian adalah satu set susunan arahan yang dapat difahami oleh
komputer. Ia dibuat untuk mengarahkan komputer melaksanakan
sesuatu operasi.

Perisian terbahagi kepada 3 bahagian:

1.3.1a Perisian system

Aturcara yang menggerakkan system komputer. Aturcara ini


mengandungi rutin yang membolehkan sumber-sumber komputer
digunakan secara maksimum. Setiap jenis komputer yang
dikeluarkan oleh pengeluar-pengeluar komputer mempunyai
perisian system yang berbeza. Contohnya:
• MS-DOS( MICROSOFT DOS )
• PC-DOS ( PERSONEL COMPUTER DOS )
• DR-DOS ( DIGITAL RESEARCH )
• UNIX ( MULTI USER MULTI TASKING )
• XENIX (MULTI USER MULTI TASKING )

1.3.1b Aplikasi Pengguna

Bagi penggunaan komputer mikro, terdapat banyak pakej perisian


telah direka bentuk bagi menyesuaikan kerja-kerja kursus seperti
bidang perniagaan, Matematik , Saintifik , teknikal dan lain-lain. Di
antara pakej perisian adalah:
• LOTUS 123
• dBASE III Plus
• PANACEA
• WORDSTAR
• WORDPERFE
• DAISY dan lain-lain.
SISTEM KOMPUTER B1003/UNIT1/7

1.3.1c Bahasa Komputer

• Bahasa Paras Rendah atau Kod mesin


• Bahasa Perhimpunan
• Bahasa Paras Tinggi ( Bahasa C++, Pascal, Java,
Fortran dan lain)

1.3.2 Mengetahui jenis sistem pengoperasian komputer sistem


Windows, UNIX dan Linux.

Sistem pengoperasian komputer seperti Windows, UNIX dan Linux


adalah satu set program yang dapat mengoptimakan penggunaan sistem
komputer. Ia berfungsi untuk mengawal, menjadual dan menyelaraskan
operasi komputer. Dan menjadikan perantaraan perkakasan komputer
dengan komputer.

1 .3.3 Memperkenalkan sistem pengoperasian rangkaian seperti


Novell Netware, Windows NT dan UNIX.

1.3.3a Windows NT

Aplikasi yang membenarkan kebanyakan UNIX dan LINUX untuk


berintegrasi dengan rangkaian Microsoft sebagai pelanggan dan
juga pelayan. Jika bertindak sebagai pelayan, ia membenarkan
pelanggan Windows 95, Windows for Workgroups, DOS dan
Windows NT untuk mencapai fail Linux . Ia boleh mengambilalih
Windows NT secara sepenuhnya , termasuk muat – turun (
download ) ,automatik pemandu ( driver automatic) pencetak
kepada pelanggan.

1.3.3b UNIX

Kaedah yang terbaik untuk berkongsi fail dalam persekitaran UNIX


ialah melalui NFS. NFS bermaksud Network File Sharing. IApabila
satu pelanggan “mount” sistem fail yang dieksport oleh pelayan
NFS, sistem fail tersebut akan dipaparkan kepada pelanggan
seolah-olah ia adalah salah satu daripada sistem fail tempatan. Fail
sistem NFS boleh di mount semasa boot, sekaligus
membolehkan penggunaan pelanggan tanpa cakera keras untuk
boot dan mencapai semua fail dari pelayan.
SISTEM KOMPUTER B1003/UNIT1/8

1.3.3c LINUX

Pencipta utama Linux ialah Linus Torvalds. Ia adalah klon sistem


pengoperasian UNIX yang ditulis secara keseluruhan awal.
Pembangunan Linux berlaku dengan serentak berbeza di seluruh
dunia. Linux berbeza dengan sistem pengoperasian yang lain
kerana tahap keupayaannya. Antaranya :

• Ia merupakan satu sistem pengoperasian pelbagai tugas


( multitasking ) 32-bit yang sebenar, lasak dan cukup
berkeupayaan untuk digunakan di universiti hingga ke
syarikat-syarikat gergasi.
• Ia boleh dilaksanakan dari pc 386 hinggalah kepada
komputer “ultra parallel” yang besar di pusat-pusat
penyelidikan.
• Terdapat versi untuk senibina Intel/Sparc/Alpha yang
boleh digunakan terus, dan sokongan penyelidikan
kepada PowerPC dan “embedded systems” antara
lainnya ( SGI, Ultra Sparc, AP1000+, Strong ARM, MIPS
R3000/4000..)

1.3.3d Novell

Seperti yang telah dinyatakan, Linux boleh dikongfigurasikan untuk


bertindak sebagai pelanggan atau pelayan , sekaligus
membolehkan khidmat fail dan percetakan melalui satu rangkaian
Novell dan pelanggan UNIX.
SISTEM KOMPUTER B1003/UNIT1/9

1.3.4 Mengenali jenis dan bidang penggunaan perisian aplikasi


seperti pemprosesan perkataan, lembaran kerja,
persembahan, animasi, perisian kejuruteraan dan perisian
komunikasi.

1.3.4a PERISIAN PERKATAAN

Membuat laporan, makalah, surat menyurat, buku dan lain-lain


kemudahan. Contohnya WORDSTAR, WORDPERFECT, PFS,
MULTIMATE, MICROSOFT WORD dan lain-lain.

1.3.4b LEMBARAN KERJA ( helaian elektronik )

Membuat pengiraan, jadual dan lain-lain. Contohnya LOTUS 123,


SYMPHONY, SUPERCALC, EXCEL dan lain-lain.

1.3.4c PERSEMBAHAN / ANIMASI

Membuat gambarajah, graf, pengiklanan dan lain-lain. Contohnya,


FREELANCE, NEWS ROOM, PRINTSHOP, PRINTMASTER,
POWER POINT dan lain-lain.

1.3.4d PERISIAN KOMUNIKASI

Mengawal laluan data dari satu lokasi ke lokasi lain. Contohnya,


NOVELL, ETHERNET, PHONEBOOT, PC-HOOKER, COMPUTER
TELEX dan lain-lain.
SISTEM KOMPUTER B1003/UNIT1/10

UNIT 1

1. Nyatakan 3 komponen utama CPU ( CENTRAL PROCESSING UNIT ).

2. Terangkan fungsi perisian system pengoperasian dan perisian aplikasi.

3. Apakah perbezaan antara Windows dengan Windows NT.

4. Nyatakan perisian aplikasi yang digunakan masa kini untuk


memproses perkataan, lembaran kerja, perisian kejuruteraan dan
perisian komunikasi.
SISTEM KOMPUTER B1003/UNIT1/11

UNIT 1

1. Komponen CPU adalah Unit Kawalan, Unit Aritmetik dan Logik dan
Storan Utama.

2. Perisian sistem pengoperasian adalah pengerak kepada setiap sistem


komputer. Sistem pengoperasian komputer adalah berfungsi untuk

• mengawal operasi komputer


• menjadual dan menyelaraskan operasi komputer
• menjadikan perantaraan perkakasan komputer dengan komputer

Manakala fungsi perisian aplikasi adalah direka bentuk bagi


menyesuaikan kerja-kerja kursus seperti bidang perniagaan,
Matematik , Saintifik , teknikal dan lain-lain.

3. Sistem pengoperasian komputer seperti Windows adalah satu set


program yang dapat mengoptimakan penggunaan sistem komputer. Ia
berfungsi untuk mengawal operasi komputer, menjadual dan
menyelaraskan operasi komputer dan menjadikan perantaraan
perkakasan komputer dengan komputer Windows adalah sistem
pengoperasian komputer. Pengerak kepada setiap sistem komputer masa
kini. Manakala Windows NT adalah sistem pengoperasian rangkaian
aplikasi yang membenarkan kebanyakan UNIX dan LINUX untuk
berintegrasi dengan rangkaian Microsoft sebagai pelanggan dan juga
pelayan. Jika bertindak sebagai pelayan, ia membenarkan pelanggan
Windows 95, Windows for Workgroups, DOS dan Windows NT untuk
mencapai fail Linux dan khidmat percetakan. Ia boleh mengambilalih
Windows NT secara sepenuhnya, termasuk muat – turun ( download )
automatik pemandu ( driver ) pencetak kepada pelanggan.

4. Fungsi perisian aplikasi masa kini:


SISTEM KOMPUTER B1003/UNIT1/12

memproses perkataan – Microsoft Word


lembaran kerja - Excel
perisian kejuruteraan – Autocad dan Protel
perisian komunikasi – Internet Explorer
SISTEM KOMPUTER B1003/UNIT1/13

UNIT 1
1. Apakah mungkin berlaku sekiranya sistem pengoperasian komputer seperti
Windows, Unix atau Linux tidak di Install kan .
SISTEM KOMPUTER B1003/UNIT1/14

UNIT 1

1. Komputer tidak dapat di Boot kan kerana tidak mempunyai sistem


pengoperasian komputer.

You might also like