Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

EPPA2033

Pusat Pengajian Perakaunan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Semester 1 Sesi 2013/2014

EPPA2033 PERAKAUNAN KOS

SOALAN TUTORIAL 9 TUTORIAL 11

EPPA2033 TUTORIAL 9: PENGEKOSAN PRODUK BERSAMA & SAMPINGAN

SOALAN DARI BUKU: Introduction to Cost Accounting (Hansen & Mowen, 2011): Exercise Problem Chapter 7: 7-25 (pg. 344), 7-26, 7-27 (pg. 344) Chapter 7: 7-32 (pg. 347)

SOALAN 1 Syarikat Rainbow mengeluarkan dua jenis produk iaitu Unggu dan Biru yang terhasil melalui satu proses bersama. Kos bersama yang dilibatkan bagi setiap kelompok barang siap yang dihasilkan terdiri dari item-item berikut: Bahan mentah Buruh langsung Overhed RM8,000 RM1,500 RM1,500

Setiap kelompok barang siap terdiri dari 10,000 liter, 30 peratus adalah produk Unggu dan 70 peratus produk Biru. Sebelum dijual kepada pelanggan, kedua-dua produk ini menjalani proses lanjutan yang tidak melibatkan sebarang tambahan atau kurangan ke atas volum. Kos proses lanjutan ialah RM0.25 seliter bagi produk Unggu dan RM0.35 seliter bagi produk Biru. Selepas proses lanjutan ini, harga jualan produk Unggu ialah RM2.00 seliter, manakala harga jualan produk Biru ialah RM1.50 seliter. Dikehendaki: a) Kirakan amaun kos bersama yang diagih kepada setiap produk menggunakan asas unit fizikal. b) Kirakan amaun kos bersama yang diagih kepada setiap produk menggunakan asas nilai realis bersih (NRB). c) Berdasarkan pengiraan dalam a), tentukan kos seunit bagi setiap produk. d) Kirakan amaun kos bersama yang diagih kepada setiap produk menggunakan asas peratus untung kasar malar. e) Andaikan Syarikat bercadang membuat proses lanjutan kedua ke atas produk Unggu bagi menukarkannya kepada Unggu-X. Kos tambahan sebanyak RM2.10 seliter akan dilibatkan dan tiada perubahan kos lain yang dijangkakan. Produk Unggu-X boleh dijual dengan harga RM6 seliter. Tentukan sama ada Syarikat patut mengeluarkan Unggu-X. f) Nyatakan satu (1) kelebihan menggunakan kaedah nilai realis bersih berbanding dengan kaedah unit fizikal dalam agihan kos bersama kepada produk. g) Jelaskan dua (2) kaedah layanan perakaunan terhadap keluaran sampingan. 2

EPPA2033

SOALAN 2 Syarikat VegeOil memproses minyak sayuran dengan menggunakan kos RM100,000 bagi menghasilkan empat jenis keluaran iaitu A1, B1, C1, dan D1 pada titik pemisah. Keluaran 1C adalah keluaran yang telah diproses sepenuhnya pada titik tersebut. Keluaran A1, B1, dan D1 boleh menjalani proses tambahan bagi menghasilkan SuperA1, SuperB1 dan SuperD1. Output pada titik pemisah pada bulan November adalah seperti berikut: Keluaran A1 B1 C1 D1 Kuantiti (liter) 300,000 100,000 50,000 50,000

Syarikat tidak mempunyai inventori awal atau inventori akhir. Jualan keluaran C1 bagi bulan November adalah RM50,000. Output keluaran A1, B1 dan D1 dijual selepas menjalani proses tambahan. Data bulan November adalah seperti berikut: Keluaran SuperA1 SuperB1 SuperD1 Kos tambahan (RM) 200,000 80,000 90,000 Jualan (RM) 300,000 100,000 120,000

Syarikat mempunyai pilihan sama ada untuk menjual keluaran A1, B1, dan D1 pada titik pemisah atau selepas proses tambahan. Alternatif menjual pada titik pemisah akan menghasilkan jumlah jualan berikut bagi pengeluaran bulan November. Keluaran A1 B1 D1 Jualan (RM) 50,000 30,000 70,000

Dikehendaki: a) Tentukan agihan kos bersama mengikut kaedah-kaedah berikut: (a) (b) (c) (d) Unit fizikal Nilai Realisasi bersih Peratus untung kasar malar Nilai jualan pada titik pemisah (18 markah) b) Tentukan sama ada VegeOil patut memproses lanjut A1, B1 dan D1. Tunjukkan perkiraan anda. (7 markah) 3

EPPA2033

TUTORIAL 10 : PENGEKOSAN PERKHIDMATAN SOALAN 1


Syarikat Pengangkutan Negeri sedang mengalami masalah kewangan dan operasi yang serius. Ini adalah disebabkan berlakunya kenaikan di dalam harga-harga alat ganti, kos minyak dan juga upah pekerja. Belanja-belanja operasi yang dilibatkan untuk bas setingkat telah dikira seperti berikut: Jumlah bas - 500 bas setingkat Purata penumpang setiap perjalanan - 40 Berikut adalah senarai perbelanjaan untuk period satu tahun berakhir 31 Disember tahun lalu:
Belanja-belanja Berubah: i) Minyak disel ii) Tayar, tiub dan bateri iii) Minyak pelincir iv) Alat-alat ganti dan aksesori v) Upah, benafaat sampingan dan bonus Belanja-belanja Tetap: i) Cukai jalan ii) Insuran iii) Sewa garaj iv) Kos penyelenggaraan garaj v) Kos asal sebuah bas - Susutnilai @ 15% asas garis lurus Belanja-belanja Pentadbiran: a) Kos gaji dan dana pekerja b) Kos kebajikan pekerja c) Ganjaran persaraan d) Sewa dan cukai e) Belanja perjalanan f) Belanja pos dan telefon g) Yuran Juruaudit h) Elektrik i) Caj bank dan faedah j) Belanja rencam Untuk 30,000 km sebuah bas setahun (RM) 10,000 5,000 1,500 4,500 28,000 1,500 2,500 3,000 2,000 200,000 Jumlah Setahun (RM) 1,305,000 57,000 50,000 50,000 38,000 210,000 25,000 70,000 280,000 40,000

Overhed pentadbiran diserap ke dalam kos operasi berdasarkan jumlah bilangan bas yang sediada beroperasi (di kira berdasarkan jumlah bas ditolak 15% kadar kerosakan).
Dikehendaki; Anda dikehendaki menasihati pihak pengurusan berkenaan dengan struktur kadar iaitu asas koscampur 10% untuk tahap-tahap perjalanan berikut, dengan andaian kadar dicaj secara berkadaran dengan kilometer perjalanan. Kadar Minimum atas: Tahap pertama perjalanan (0-5 km) 5 km Tahap kedua perjalanan (5-10 km) 10 km Tahap ketiga perjalanan (10-15km) 15 km Kadar hendaklah dibulatkan ke ringgit terhampir.

EPPA2033

SOALAN 2

Berikut merupakan maklumat-maklumat tentang Nicer, sebuah syarikat pengangkutan bas: 30 tempat duduk 5 5 RM220 RM20,000 12.5 RM350 RM340 50 tempat duduk 10 10 RM250 RM32,000 8.0 RM500 RM400

Bilangan bas Bilangan pemandu Gaji seminggu seorang pemandu Kos sebuah bas Penggunaan petrol (km se liter) Bayaran lesen setahun bagi sebuah bas Insuran setahun bagi sebuah bas

Belanja pembaikan dan penyelengaraan dibelanjawankan adalah RM65,000 setahun dan diagihkan kepada setiap jenis bas berasaskan nisbah perbatuan. Belanja pentadbiran dibelanjawankan adalah RM93,600 setahun dan diagihkan kepada setiap jenis bas berasaskan jumlah gaji pemandu. Bas-bas dengan muatan 30 tempat duduk akan diguna selama 6 tahun, di mana pada akhir tahun ke enam nilai jualan adalah RM2,000 sebuah. Bas-bas dengan muatan 50 tempat duduk pula akan ditukar setiap 7 tahun dan mempunyai nilai sisa RM4,000 sebuah. Syarikat mengunakan kaedah susutnilai garislurus. Dijangkakan jarak perjalanan setiap bas dengan muatan 30 tempat duduk adalah 500 km seminggu dan setiap bas dengan muatan 50 tempat duduk adalah 400 km seminggu. Kos petrol dibelanjawankan adalah RM2.20 seliter. Dijangkakan setiap bas beroperasi 50 minggu setahun dan gaji pemandu adalah 52 minggu. Dikehendaki: a) Tentukan kos se penumpang km berikut: i) Sebuah bas dengan muatan 30 tempat duduk. ii) Sebuah bas dengan muatan 50 tempat duduk. b) Syarikat di tawarkan kontrak menyediakan perkhidmatan pengangkutan bagi Kementerian Pendidikan selama 40 minggu untuk tahun hadapan. Kontrak itu melibatkan tiga buah bas bertujuan untuk mengangkut 25 orang pelajar sejauh 10 km sehari, 5 hari seminggu dan dua buah bas mengangkut 40 orang pelajar sejauh 15 km sehari, 5 hari seminggu. Tentukan harga kontrak dengan keuntungan 40% daripada harga jualan.
SOALAN 3

Berikut adalah maklumat-maklumat berkaitan Hotel Selesa: Gaji kakitangan: RM740,000 setahun. Atendan bilik: RM30 sehari. Hotel ini menyediakan seorang atendan bilik bagi setiap bilik yang digunakan. 5

EPPA2033 Utiliti: Belanja normal elektrik dan air adalah RM200 sebulan bila bilik digunakan. Pembaikan bangunan: RM70,000 setahun. Cadar, tuala dan sebagainya: RM33,600 setahun. Belanja-belanja am: RM46,200 setahun. Hiasan dalaman dan aksesori: RM70,000 setahun. Susutnilai sebanyak 5% dicaj kepada bangunan bernilai RM5 juta. Bagi peralatan yang bernilai RM1juta, susutnilai sebanyak 10% dikenakan. Faedah 5% dikenakan ke atas pelaburan bangunan dan peralatan berjumlah RM3.5 juta. Hotel mempunyai 100 bilik di mana kadar penginapan adalah 30% penuh pada enam bulan yang pertama dan 80% penuh untuk tempoh enam bulan yang seterusnya. Andaikan terdapat 30 hari dalam sebulan.

Dikehendaki: Kirakan kadar bilik yang perlu dicajkan kepada pelanggan dengan mengambilkan keuntungan 25% daripada jumlah kos.
SOALAN 4 Pusat Perubatan Damai mengoperasikan unit perubatan secara intensif. Untuk tujuan tersebut, pusat perubatan ini telah menyewa sebuah bangunan dengan kadar sewaan RM5,000 sebulan. Sebarang belanja-belanja penyelenggaraan dan pembaikan yang mungkin dilibatkan ke atas bangunan ini kemudiannya akan ditanggung oleh Pusat ini. Pusat ini mempunyai 25 katil dan tambahan sebanyak 5 katil lagi boleh dimuatkan jika diperlukan. Kakitangan pusat yang sedia ada adalah seperti berikut: 2 penyelia dengan gaji RM500 sebulan 4 jururawat dengan gaji RM300 sebulan 2 budak pembantu wad dengan gaji RM150 sebulan Walaupun unit ini dibuka kepada pesakit sepanjang tahun iaitu anggaran 365 hari, penganalisisan akaun dalam tahun lalu menunjukkan hanya selama 120 hari sahaja pusat ini beroperasi secara kapasiti penuh iaitu 25 pesakit sehari dan untuk 80 hari yang lain, tahap pengoperasian secara puratanya ialah 20 katil sehari. Terdapat juga waktu-waktu dimana katil-katil tambahan diperlukan. Katil-katil tambahan ini melibatkan caj sewaan yang perlu dibayar oleh Pusat pada kadar RM5 sebuah katil sehari. Jumlah caj sewaan katil tanbahan untuk tempoh sepanjang tahun ialah RM2,000. Pusat ini menggunakan doktor-doktor pakar dari luar untuk merawat peakit. Yuran pakar dibayar berasaskan bilangan pesakit yang dirawat dan masa yang dilibatkansepanjang rawatan. Secara puratanya, yuran kepakaran ini berjumlah RM10,000 sebulan dalam tahun lalu. Lain-lain belanja yang dilibatkan dalam tahun tersebut ialah seperti berikut: Pembaikan dan penyelenggaraan (tetap) RM 3,600 Makanan yang dibekalkan kepada pesakit 44,000 Pembersihan dan lain-lain khidmat untuk pesakit (berubah) 12,500 Caj membasuh kain cadar 28,000 Bekalan ubat-ubatan 35,000 Kos oxigen, x-ray, dan lain-lain (tetap) 54,000 Caj pentadbiran am yang diagihkan kepada Pusat 49,550

EPPA2033

Dikehendaki: Jika Pusat ini secara puratanya memperolehi sejumlah RM100 sehari daripada setiap pesakit, berapakah keuntungan sehari-pesakit yang diperolehi oleh Pusat ini di dalam tahun lalu?

SOALAN 5 Panggung Bangsawan mementaskan pelbagai jenis persembahan di sebuah premis bernilai RM6,000,000 dengan usaiguna 15 tahun. Sistem audio video dan peralatan lain berjumlah RM320,000. Premis disusutnilai sepanjang usiaguna, manakala sistem audio video dan peralatan disusutnilai pada kadar 10 peratus setahun. Maklumat berhubung kos operasi Panggung Bangsawan bagi tahun berakhir 31 Mac 2013 adalah seperti berikut: Gaji (bulanan): 1 pengurus 10 pengawal / penyemak tiket 2 kerani 4 pembantu Belanja-belanja lain (tahunan): Utiliti Penyelenggaraan Iklan Pentadbiran Sewa/ belian pakaian Lain-lain belanja RM 11,655 7,235 34,710 18,000 140,700 5,425 RM 2,500 RM 450 seorang RM 600 seorang RM 500 seorang

Sepanjang tempoh perakaunan semasa, tiga pertunjukan diadakan setiap hari selama 365 hari, di premis berkenaan. Kapasiti premis ialah 625 tempat duduk yang terbahagi kepada tiga kategori seperti berikut: Kategori Ledang Puri Istana Jumlah Bilangan tempat duduk 250 250 125 625

Setiap kategori tempat duduk memberi keselesaaan yang berbeza kepada penonton. Nisbah keselesaan adalah Ledang: Puri: Istana, 1:2:3. Secara purata 20 peratus tempat duduk dari tiap kategori tidak dipenuhi bagi setiap pertunjukan Dikehendaki: 1. Tentukan jumlah kos bagi tahun semasa. 2. Tentukan jumlah penonton pertunjukan setahun bagi tiap kategori tempat duduk. 3. Kirakan kos seorang penonton per pertunjukan bagi tiap kategori tempat duduk dengan mengambilkira nisbah keselesaan.

EPPA2033

TUTORIAL 11: PENGEKOSAN MARGINAL & SERAPAN

SOALAN DARI BUKU: Introduction to Cost Accounting (Hansen & Mowen, 2011): Cornerstone Exercise Exercise Problem SOALAN Syarikat Wikita yang mengeluarkan satu produk tunggal telah memberikan maklumat kos dan harga jualan yang dibelanjawankan untuk tahun berakhir 31 Disember, 2013 seperti berikut: RM seunit Harga jualan Bahan mentah langsung Buruh langsung Overhed pengeluaran Berubah Tetap Belanja Jualan Berubah Tetap Belanja Pentadbiran Tetap 45 11 8 4 3 5 2 3 Chapter 18: 18-3, 18-4 (pg. 899) Chapter 18: 18-15 (pg. 903) Chapter 18: 18-24 (pg. 907)

Kos tetap pengeluaran, jualan dan pentadbiran ditentukan berasaskan aktiviti normal tahunan iaitu 96,000 unit. Kos-kos ini dijangka dilibatkan secara sama rata sepanjang tahun 2013. Kesemua amaun overhed terlebih atau terkurang serap akan dihapuskira kepada kos barang dijual sebagai pelarasan di akhir bulan. Jangkaan tahap aktiviti untuk bulan Januari dan Februari 2013 adalah seperti berikut: Januari (unit) Jualan Pengeluaran 7,000 8,500 Februari (unit) 8,750 7,750

Andaikan tiada terdapat inventori pada 1 Januari, 2013. Dikehendaki: a) Sediakan penyata pendapatan untuk setiap bulan Januari dan Februari, 2013 menggunakan: i) Pengekosan serapan. ii) Pengekosan marginal. 8

EPPA2033

b) Selaraskan dan jelaskan perbezaaan angka keuntungan antara pengekosan serapan dan pengekosan marginal yang diperolehi dalam keperluan (a) untuk setiap bulan Januari dan Februari 2013.

SOALAN 2 Maltrek Inc. bercadang untuk menukar kepada kaedah pengekosan berubah bagi penilaian inventori untuk tujuan pembuatan keputusan dalaman. Penyata pendapatan serapan bagi Tahun 1 dan Tahun 2 adalah seperti berikut: Tahun 1 RM1,250,000 840,000 410,000 350,000 RM 60,000 Tahun 2 RM1,250,000 720,000 530,000 350,000 RM 180,000

Jualan (40,000 unit setiap tahun) Tolak kos barang dijual Untung kasar Tolak belanja jualan dan pentadbiran Pendapatan bersih

Dalam tahun pertama, syarikat mengeluar dan menjual 40,000 unit; dalam tahun ke dua, syarikat sekali lagi menjual 40,000 unit tetapi pengeluaran ditingkatkan kepada 50,000 unit, seperti di bawah: Tahun 1 40,000 40,000 RM6 RM600,000 Tahun 2 50,000 40,000 RM6 RM600,000

Unit pengeluaran Unit jualan Kos pengeluaran berubah seunit Kos overhed tetap perkilangan (jumlah )

Maltrek Inc.mengeluarkan satu keluaran tunggal. Kos overhed perkilangan tetap diapplikasikan kepada keluaran dengan asas pengeluaran setiap tahun. Belanja jualan dan pentadbiran adalah RM2.00 seunit Dikehendaki: a. Kirakan kos produk seunit bagi setiap tahun menggunakan: i. Pengekosan serapan ii. Pengekosan berubah b. Sediakan penyata pendapatan untuk Tahun 1 dan Tahun 2 menggunakan pengekosan berubah. c. Selaraskan angka pendapatan bersih di antara pengekosan serapan dan pengekosan berubah untuk setiap tahun. d. Jelaskan mengapa pendapatan bersih untuk Tahun 2 adalah lebih tinggi daripada pendapatan bersih untuk Tahun 1 walaupun unit jualan adalah sama untuk setiap tahun. SELAMAT MAU JAYA 9

You might also like