Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 25

Top i k

Kaedah Kajian

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Merancang satu kajian dalam pendidikan dengan jayanya; 2. Membezakan antara rekabentuk kajian kualitatif dan kuantitatif; 3. Menjelaskan maksud populasi dan sampel; 4. Memilih sampel menggunakan beberapa teknik persampelan; 5. Membina alat-alat kajian; 6. Melaksanakan kajian rintis; 7. Membuktikan kebolehpercayaan dan kesahan alat-alat kajian; 8. Menganalisis data kualitatif dan kuantitatif; dan 9. Menjelaskan perbezaan antara statistik deskriptif dan inferential.

PENGENALAN
Topik ini akan menjelaskan konsep am dalam menjalankan kajian, yang meliputi langkah-langkah penting yang perlu diikuti semasa menjalankan kajian. Ia boleh dijadikan panduan kepada pengkaji-pengkaji baru agar tidak melakukan kesilapan semasa menjalankan kajian, yang akan merugikan masa pengkaji dan wang pihak penaja. Topik ini akan memberi panduan kepada anda tentang tatacara menjalankan kajian yang diharapkan menepati matlamat dan objektif kursus ini.

78

TOPIK 5 KAEDAH KAJIAN

5.1

APAKAH ITU KAJIAN?

Kajian adalah penggunaan kaedah saintifik secara formal dan sistematik untuk mengkaji masalah-masalah dalam bidang/disiplin ilmu tertentu. Oleh sebab kajian dalam pendidikan juga adalah berbentuk saintifik, sistematik dan berasaskan bidang ilmu tertentu, ia perlu mengikut setepatnya tatacara tertentu. Pertama, kajian perlu dirancang dengan baik supaya dapatan-dapatannya menjadi sah.

5.2

PERANCANGAN KAJIAN

Selepas topik kajian dikenalpasti, kita perlu menentukan tujuan, objektif, soalan dan hipotesis (jika ada) kajian. Seterusnya, kita perlu merancang kaedah dan tatacara kajian yang hendak dijalankan. Rancangan kajian ini akan memberi gambaran tentang siapakah responden kajian; apakah variabel kajian, jenis data kajian dan alat-alat kajian yang akan digunakan; dan juga bagaimana data akan dikutip dan dianalisis. Semasa anda mengenal pasti topik kajian, anda perlu juga memikirkan tentang apakah bentuk kajian yang sesuai dengan topik tersebut, iaitu bentuk kuantitatif atau kualitatif. Merancang kajian menggunakan kaedah kuantitatif adalah berbeza daripada merancang kajian menggunakan kaedah kualitatif. Anda perlu mengambil kira banyak faktor yang berbeza apabila anda merancang untuk menggunakan kaedah kuantitatif atau kualitatif.

5.2.1

Soalan dan Data Kajian

Soalan-soalan kajian adalah soalan-soalan yang kita tanya, yang jawapannya boleh digunakan untuk mencapai tujuan-tujuan kajian yang kita akan jalankan. Soalan-soalan ini hanya boleh dijawab dengan menganalisis data kajian selepas data ini dikutip. Bagi mengutip data ini, kita perlu menyediakan tatacara yang terperinci untuk melaksanakan kajian: (a) Tatacara Pengutipan Data Tatacara ini meliputi mengenalpasti peserta kajian, strategi untuk mengutip data serta bagaimana, bila, mengapa dan daripada siapa data perlu dikutip. Penjelasan yang terperinci akan membantu kita melaksanakan kajian dengan licin, tanpa menghadapi masalah yang ketara. Kesilapan-kesilapan yang berlaku semasa kita melaksanakan kajian akan menggugat kesahan dapatan-dapatan kajian kita.

TOPIK 5 KAEDAH KAJIAN

79

(b)

Analisis Data yang Dikutip Data akan dianalisis secara yang berbeza, bergantung kepada bentuk kajian. Sekiranya kajian berbentuk kuantitatif, maka analisis statistik perlu digunakan untuk menjawab soalan-soalan kajian dan seterusnya, akan memberikan dapatan-dapatan kajian. Sebaliknya, jika kajian berbentuk kualitatif, maka analisis deskriptif perlu digunakan. Nota-nota yang panjang perlu diteliti dan dirumuskan. Pencerapan yang dibuat perlu diterjemahkan menjadi laporan yang jelas dan mudah difaham. Pembentangan Dapatan Kajian Selepas data dianalisis, hasil-hasil dan dapatan-dapatan kajian perlu dilapor dan dibentangkan dengan jelas. Selain itu, implikasi dapatandapatan kajian juga perlu dibuat. Dapatan-dapatan ini boleh memanfaatkan seseorang atau sesebuah agensi atau organisasi atas sebabsebab tertentu. Pihak kerajaan mungkin boleh menggunakan dapatandapatan kajian ini untuk menangani masalah-masalah yang dihadapi atau meningkatkan khidmat yang sedia ada. Pengetua sekolah pula boleh menggunakan dapatan-dapatan ini untuk memperbaiki amalan di sekolah.

(c)

5.2.2

Pemilihan Reka Bentuk Kajian

Rekabentuk kajian ialah rancangan bagaimana sampel kajian dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan, apakah rawatan (jika ada) yang akan diberikan kepada kumpulan-kumpulan ini serta apakah data dan bagaimanakah data ini dikutip. Mengikut Creswell (2002), terdapat lapan (8) rekabentuk kajian yang biasa digunakan dalam kajian pendidikan. Bentuk kajian pendidikan adalah sama ada kuantitatif, kualitatif atau kadang-kadang gabungan antara keduaduanya. (a) Reka Bentuk Kajian Kuantitatif Rekabentuk eksperimen dan kuasi-eksperimen akan dijelaskan secara berasingan. (i) Rekabentuk eksperimen Rekabentuk ini biasanya dikenali sebagai kajian bandingan kumpulan (group comparison studies) disebabkan pengkaji membandingkan kumpulan-kumpulan dari segi satu atau lebih hasil (outcomes) eksperimen. Eksperimen juga disebut sebagai kajian ubahan (intervention studies) sebab kita mengubah atau memanipulasikan variabel. Pengkaji akan mereka-bentuk eksperimen untuk mendapatkan kesan variabel tak bersandar (independent variable) yang maksimum ke atas variabel bersandar (dependent variable), dan pada masa yang sama, meminimumkan kesan faktorfaktor ekstranus (extraneous factors).

80

TOPIK 5 KAEDAH KAJIAN

REKA BENTUK KAJIAN

Kuantitatif 1. 2. 3. 4. Eksperimen Kuasi-eksperimen Korelasi Tinjauan

Kualitatif 1. Teori grounded 2. Etnografi 3. Naratif

Gabungan Kuantitatif dan Kualitatif 1. Kedah bercampur 2. Kajian tindakan

Rajah 5.1: Rekabentuk kajian

Terdapat lima (5) ciri utama rekabentuk kajian eksperimen yang boleh menjadi panduan kepada kita: Peserta kajian dipilih dan diagihkan kepada kumpulan-kumpulan yang terlibat dalam kajian, iaitu kumpulan kawalan (control) dan kumpulan eksperimen. Rawatan (intervention) boleh diberikan kepada satu atau lebih kumpulan, iaitu secara rawak, sekiranya lebih daripada satu kumpulan. Hasil eksperimen (outcomes) diukur di akhir eksperimen. Tatacara kajian digubal supaya ancaman kepada kesahan dapat dikawal. Perbandingan secara statistik dibuat antara kumpulan-kumpulan kajian. Dalam bidang pendidikan, kajian eksperimen boleh digunakan dalam pelbagai keadaan. Salah satu daripadanya, ialah untuk membandingkan keberkesanan kaedah pengajaran baru dengan kaedah biasa. Murid-murid boleh dipilih dan diagihkan secara rawak kepada dua (2) kumpulan. Satu kumpulan diajar menggunakan kaedah baru (kumpulan eksperimen) dan satu lagi kumpulan diajar menggunakan kaedah biasa (kumpulan kawalan). Selepas pengajaran tamat, hasil eksperimen ini diukur, iaitu seperti pencapaian akademik yang boleh diukur melalui ujian. Analisis statistik boleh digunakan untuk membanding pencapaian murid-murid dalam kedua-dua kumpulan, untuk menjawab soalan kajian: Adakah murid-murid yang diajar menggunakan kaedah baru memperoleh pencapaian akademik yang lebih tinggi daripada murid-murid yang diajar menggunakan kaedah biasa?

TOPIK 5 KAEDAH KAJIAN

81

(ii)

Rekabentuk kuasi-eksperimen Biasanya keadaan di sekolah tidak membenarkan kita memisahkan murid-murid daripada kumpulan kelas mereka (intact groups), (contohnya, Tahun 4 Jujur, Tahun 4 Amanah). Dalam kajian, misalnya tentang program baru bahasa Inggeris, murid-murid tidak dapat dipilih dan diagih secara rawak kepada kumpulan kawalan dan eksperimen. Apa yang kita boleh buat ialah menggunakan kumpulan kelas-kelas yang sedia ada sebagai kumpulan kawalan dan eksperimen. Dalam keadaan ini, iaitu apabila murid-murid tidak boleh dipisahkan, kita boleh gunakan rekabentuk kuasi-eksperimen, iaitu menggunakan kelas-kelas yang sedia ada sebagai kumpulan kawalan dan eksperimen.

(iii) Rekabentuk korelasi Seorang guru sains ingin mengetahui seandainya murid-murid yang pandai matematik akan pandai juga dalam sains, betul atau salah. Bagi menentukannya, guru tersebut membandingkan keputusan peperiksaan murid-murinya dalam kedua-dua mata pelajaran ini. Dia mengkorelasi/menghubungkan pencapaian murid-muridnya dalam matematik dan sains. Secara prinsipnya, jika murid-murid yang mendapat markah tinggi dalam matematik, juga mendapat markah tinggi dalam sains, dan sebaliknya; maka kita boleh membuat kesimpulan wujudnya hubungan positif antara pencapaian matematik dengan pencapaian sains. Sekiranya keputusan ini tekal (consistent) dengan dapatan kajian-kajian lain, kita boleh katakan andaian ini benar. Cerita di atas menghuraikan satu rekabentuk korelasi yang digunakan dalam pendidikan. Kajian korelasi dalam kes ini hanya menggunakan tatacara korelasi linear mudah. Selain itu, kita juga boleh menggunakan kaedah statistik yang lebih canggih, seperti regresi, analisis laluan (path analysis) dan pemodelan sebab-akibat (causal modelling), kajian korelasi boleh dikelaskan sebagai salah satu daripada kajian kuantitatif. Kajian korelasi boleh digunakan dalam dua bentuk, iaitu untuk menjelaskan (explaining) perkaitan antara dua atau lebih variabel atau membuat telahan (predicting) sesuatu hasil (outcome). (iv) Rekabentuk tinjauan Katakan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin mengetahui pendapat ibu bapa dan murid-murid tentang persekolahan satu sesi, di mana pelajar perlu hadir ke sekolah antara pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Soalan untuk kajian ini mungkin seperti: Apakah pendapat murid-murid dan ibu bapa tentang persekolahan satu sesi?

82

TOPIK 5 KAEDAH KAJIAN

Dengan menggunakan rekabentuk tinjauan, KPM boleh mengumpulkan maklumat tertentu daripada murid-murid dan ibu bapa mereka. Rekabentuk ini adalah kaedah yang boleh menjimatkan perbelanjaan dan masa kajian, apabila responden kajian adalah ramai. Dalam hal ini, KPM boleh memilih responden secara rawak daripada dua kumpulan, (murid-murid dan ibu bapa), kemudian menghantar soal selidik, menganalisis data yang diperoleh dan membuat generalisasi kepada populasi. Kaedah tinjauan inilah yang kerap digunakan oleh sekolah-sekolah. Biasanya, rekabentuk tinjauan digunakan untuk: Menghuraikan sesuatu tren (trend); Menentukan pendapat tentang isu-isu berkaitan sesuatu polisi, seperti memberi pinjaman kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi; Latar belakang pensyarah-pensyarah daripada kolej dan universiti swasta; Mengenalpasti amalan-amalan tertentu, seperti membawa senjata ke sekolah, dan gangsterisme; dan Menilai program, seperti menggunakan bahasa Inggeris dalam matematik dan sains. Rekabentuk tinjauan terdiri daripada dua (2) jenis, iaitu (crosssectional) dan (longitudinal). Rekabentuk cross-sectional digunakan untuk mengutip data yang menggambarkan sikap, pendapat atau kepercayaan semasa. Rekabentuk longitudinal pula digunakan untuk mengkaji individu-individu dalam jangka masa tertentu, seperti mengkaji apa yang berlaku kepada mereka yang berpencapaian rendah dan tinggi di sekolah, selepas setiap lima (5) tahun.

LATIHAN 5.1
Apakah perbezaan antara rekabentuk rekabentuk kuasi-eksperimen? eksperimen dengan

(b) Rekabentuk Kajian Kualitatif Rekabentuk kajian kualitatif akan dijelaskan dalam bahagian berikut. (i) Rekabentuk kajian teori Grounded Seorang guru yang telah mengajar selama 20 tahun mempunyai pengalaman mengajar murid-murid daripada pelbagai latarbelakang sosio-ekonomi. Dia mendapati murid-murid berpencapaian tinggi

TOPIK 5 KAEDAH KAJIAN

83

biasanya adalah daripada keluarga bertahap sosio-ekonomi tinggi, sebaliknya, kebanyakan murid-murid berpencapaian rendah adalah daripada keluarga bertahap sosio-ekonomi rendah. Seterusnya, guru ini membina teori sendiri, iaitu ibu bapa bertahap sosio-ekonomi tinggi lebih perihatin agar anak-anak mereka mendapat gred yang baik. Mereka lebih menekankan disiplin dan banyak membantu kerja rumah anak-anak mereka, menyebabkan anak-anak mereka cemerlang dalam akademik. Sebaliknya, kanak-kanak daripada keluarga bertahap sosio-ekonomi rendah didapati kurang belajar, kurang diawas ibu bapa dan dengan persekitaran yang tidak sesui untuk belajar, yang semuanya tidak membantu kanak-kanak ini belajar. Akhirnya, guru ini ingin mengkaji fenomena yang telah pun menjadi teori grounded guru ini. Dia ingin menguji hipotesisnya seperti berikut: Murid-murid bertahap sosio-ekonomi tinggi lebih banyak menggunakan masa untuk belajar. Ibu bapa bertahap sosio-ekonomi tinggi menghantar anak-anak mereka ke kelas-kelas tusyen. Murid-murid bertahap sosio-ekonomi tinggi mempunyai saudaramara yang berpencapaian tinggi sebagai model. Jenis kajian yang sesuai untuk menguji hipotesis ini ialah kajian kualitatif. Kajian yang berdasarkan teori seperti ini memerlukan pencerapan (observation) dan juga temubual. Data yang dikutip mungkin panjang dan berbentuk kualitatif. Data ini perlu dianalisis dan laporan perlu dibuat. Untuk mengetahui bagaimana rekabentuk teori grounded digunakan, marilah kita meneliti satu kajian teori grounded yang telah diterbitkan (Creswell, 2002): Richie, Fassinger, Linn and Johnson (1997), studied the career development process of 18 high-achieving African American-Black and white women by generating a theoretical model. They explored critical influences in the careers of these 18 women. From the interview data, they developed a theoretical model that visually portrayed how socio-cultural conditions, personal backgrounds, such as socio-economic background, influence the womens strength and passion for work and interconnectedness with others in their careers. (ii) Rekabentuk Etnografi Istilah etnografi (ethnography) secara tersuratnya bermaksud menulis tentang kumpulan-kumpulan orang (LeCompte & Schensul, 1999: 21). Dengan menggunakan rekabentuk etnografi ini,

84

TOPIK 5 KAEDAH KAJIAN

anda boleh mengenalpasti satu kumpulan orang untuk dikaji, melawat seting kumpulan ini, catitkan bagaimana mereka bertingkahlaku dan berinteraksi dengan orang-orang lain, bagaimana mereka berfikir dan membina gambaran am tentang kumpulan tersebut. Maklumat ini boleh menggambarkan secara terperinci aktiviti-aktiviti harian mereka. Sebagai contoh, kita lihat Kehidupan pelajar-pelajar sekolah berasrama penuh di Malaysia. Kajian ini memerlukan anda mencerap pelajar-pelajar dan membuat catitan tentang aktiviti-aktiviti harian mereka. Anda boleh menjadi pencerap peserta (participant observer) untuk mengetahui dan memahami kehidupan harian mereka secara terperinci. Dengan cara berada bersama mereka dalam jangka masa tertentu, anda boleh menggambarkan kehidupan pelajar-pelajar secara etnografi. Rekabentuk etnografi adalah tatacara kajian kualitatif untuk menghuraikan tingkah laku, kepercayaan dan bahasa bagi ahli-ahli kumpulan tertentu, yang telah mereka bina dalam jangka masa yang agak lama. Bagi kes pelajar-pelajar sekolah berasrama, mereka mempunyai bentuk tingkahlaku tersendiri dan nilai-nilai bersama yang berbeza daripada pelajar-pelajar sekolah tanpa asrama. Van Maanen (1988); Denzin (1997); LeCompte, Preissle and Tesch (1993) telah mengkelaskan sembilan (9) jenis rekabentuk etnografi seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5.1.
Jadual 5.1: Sembilan Jenis Rekabentuk Etnografi Etnografi realis (Realist ethnography) Etnografi pengakuan (Confessional ethnography) Etnografi sejarah hidup (Life- history ethnography) Etnografi Auto (Auto-ethnography) Etnografi mikro (Micro-ethnography) Etnografi kajian kes (Ethnographic case study) Etnografi yang objektif dan ditulis secara saintifik. Laporan pengalaman etnografi. kerja lapangan ahli

Kajian terhadap seorang individu yang berada dalam konteks sesuatu budaya. Satu refleksi kendiri daripada penelitian oleh seorang individu yang berada dalam konteks budayanya. Kajian yang berfokus kepada satu aspek tertentu bagi satu kumpulan budaya. Analisis satu kes aktiviti atau proses. perseorangan, peristiwa,

TOPIK 5 KAEDAH KAJIAN

85

Etnografi kritikal (Critical ethnography) Etnografi pasca moden (Postmodern ethnography) Etnografi novel (Ethnographic novel)

Kajian tehadap perempuan dan amalan budaya yang menarik kuasa dan menekan mereka. Etnografi yang ditulis untuk mencabar masalahmasalah dalam masyarakat kita. Penulisan fiksyen yang berfokus kepada aspek kebudayaan sesuatu kumpulan.

Rekabentuk etnografi yang berbeza ini mempunyai ciri-ciri yang sama apabila pengkaji melaporkan dapatan kajian. Sekiranya anda ingin menggunakan rekabentuk etnografi ini, anda perlu membaca lebih meluas dan mendalam tentang kaedah ini. (iii) Rekabentuk naratif Rekabentuk naratif adalah kaedah yang digunakan oleh seseorang individu untuk menceritakan secara sendiri kepada pengkaji apa yang berlaku kepadanya. Dalam kajian naratif, pengkaji menghuraikan kehidupan individu, mengutip dan menceritakan tentang kehidupan seseorang serta menulis naratif pengalaman seseorang individu (Connelly & Clandinin, 1990). Sebagai satu bentuk kajian kualitatif yang berbeza, kajian naratif biasanya berfokus kepada mengkaji orang perseorangan dan mengumpul data daripada satu set cerita. Kajian naratif boleh menggunakan pelbagai bentuk penulisan. Kajian naratif juga boleh menggunakan pelbagai amalan kajian, seperti yang disenaraikan oleh Casey (1995, 1996). Contoh bentuk kajian naratif adalah seperti berikut: Autobiografi; Biografi; Penulisan tentang kehidupan (Life writing); Cerita peribadi (Personal accounts); Temu bual naratif (Narrative Interviews); Dokumen peribadi (Personal documents); Dokumen tentang kehidupan (Documents of life); Cerita dan sejarah tentang kehidupan (Life stories and life histories);

86

TOPIK 5 KAEDAH KAJIAN

Sejarah lisan (Oral histories); Sejarahetno (Ethnohistories); Ethnobiografi; Autoethnografi; Ethnopsikologi; Etnografi berpusatkan perorangan (Person-centred ethnographies); Ingatan popular (Popular memories); Testimoni Latin-American; dan

Polish memoirs.

Bagi guru-guru sekolah di Malaysia, bukan semua jenis naratif di atas boleh digunakan. Hanya beberapa jenis yang kerap dipakai, seperti autobiografi dan biografi, boleh digunakan dalam kajian. (c) Rekabentuk Gabungan Kaedah Kualitatif dan Kuantitatif Bahagian berikut akan menjelaskan tentang rekabentuk gabungan kaedah kualitatif dan kuantitatif. (i) Rekabentuk kaedah bercampur Rekabentuk kaedah bercampur adalah satu tatacara untuk mengutip kedua-dua jenis data, iaitu data kualitatif dan data kuantitatif dalam satu kajian. Sejak tahun 1930an, pengkaji-pengkaji bidang pendidikan dan sains sosial telah menggabungkan beberapa kaedah kajian untuk mengutip data kajian mereka (Sieber, 1973). Sieber telah mencadangkan gabungan antara kajian kes mendalam dengan tinjauan, yang telah mencipta gaya baru dalam menjalankan kajian, di mana kaedah kuantitatif dan kualitatif digunakan dalam satu kajian yang sama. Rasional menggunakan rekabentuk bercampur ialah untuk memestikan hampir semua faktor yang mempengaruhi sesuatu keadaan telah dikaji. Hampir keseluruhan variabel boleh dikaji menggunakan kaedah kuantitatif, tetapi variabel yang tidak dapat dikaji melalui kaedah ini, boleh dikaji melalui kaedah kualitatif. Sekiranya kajian peringkat seluruh Negara perlu dibuat, yang melibatkan pelbagai variabel, seperti keluarga murid, sistem sekolah, kurikulum, murid dan kewangan, rekabentuk kaedah bercampur adalah sesuai. Sebagai contoh, kajian tentang tabiat belajar perlu dibuat dengan meneliti bagaimana murid-murid mengurus masa belajar dan cara mereka belajar. Di sini, kajian kualitatif seperti

TOPIK 5 KAEDAH KAJIAN

87

ethnografi adalah lebih sesuai untuk mengkaji cara murid belajar, manakala maklumat lain seperti tempoh jam belajar, pendapatan keluarga, bilangan adik-beradik atau latarbelakang akademik boleh dikutip menggunakan data kuantitatif. (ii) Rekabentuk kajian tindakan Kajian tindakan adalah kajian yang cuba mencari penyelesaian kepada masalah atau isu spesifik berkaitan amalan profesional harian kita. Sama seperti kajian kaedah bercampur, kajian tindakan menggunakan data yang dikutip, sama ada secara kuantitatif atau kualitatif. Kajian tindakan juga memberi peluang kepada para guru menjalankan kajian dalam bilik darjah untuk mereka membuat refleksi tentang pengajaran mereka. Justeru, melalui kajian ini, guruguru dapat meningkatkan amalan profesional mereka, dan pada masa yang sama, dapat menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi sekolah. Sebagai contoh, seorang guru Bahasa Inggeris mendapati murid-muridnya lemah dalam bahasa Inggeris, selepas meneliti markah ujian dan juga interaksi dengan mereka. Dengan demikian, guru ini ingin membuat kajian ke atas murid-muridnya dari segi latarbelakang sosio-ekonomi keluarga, bilangan buku dalam bahasa Inggeris yang dibaca, sama ada ahli-ahli keluarga bertutur dalam bahasa Inggeris, dan sikap mereka terhadap bahasa Inggeris. Variabel-variabel ini boleh diukur secara kuantitatif dan kualitatif, yang boleh diguna untuk menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan bahasa Inggeris. Pengetahuan ini akan membantu guru menyediakan program pemulihan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid-muridnya.

LATIHAN 5.2
Apakah kajian tindakan yang boleh dilakukan oleh guru sekolah untuk memperbaiki pengajarannya?

5.2.3

Populasi dan Sampel Kajian

Apakah definisi populasi? Gay dan Airasian (2003) mendefinisikan populasi sebagai: Populasi adalah kumpulan sasaran pengkaji, iaitu kumpulan kepada siapa hasil kajian akan digeneralisasikan. Sampel kajian pula ialah respondenresponden kajian yang dipilih untuk mewakili sesuatu populasi. Penetapan populasi kajian adalah penting dalam kajian disebabkan populasi akan menentukan bagaimana dan berapa ramai sampel yang akan kita pilih serta perbelanjaan kajian. Sebagai contoh, kajian tentang keperluan murid-murid

88

TOPIK 5 KAEDAH KAJIAN

untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka di sekolah luar bandar tertentulah berbeza daripada kajian tentang keperluan murid-murid luar bandar di Malaysia. Populasi bagi kedua-dua kajian adalah berbeza, saiz sampel akan berbeza, begitu juga rekabentuk kajian yang akan digunakan juga berbeza. Rajah 5.2 menunjukkan empat (4) kaedah yang boleh digunakan untuk memilih sampel kajian daripada populasinya, iaitu secara persampelan rawak mudah (simple random sampling), persampelan rawak berstrata (stratified random sampling), persampelan sistematik (systematic sampling) dan persampelan kelompok (cluster sampling). Sesuatu sampel yang baik ialah sampel yang mewakili populasi kajian. Terdapat tiga (3) langkah dalam proses pemilihan sampel/persampelan, iaitu: (a) (b) (c) Tentukan populasinya; Tentukan saiz sampel; dan Pilih sampel yang diperlukan.

Rajah 5.2: Populasi dan sampel kajian

Sebagai contoh, kita ingin memilih sampel daripada murid-murid tahun 1 di sebuah sekolah. Anda sebagai seorang guru, pertama sekali perlu menentukan populasi kajian, iaitu murid-murid Tahun 1. Selepas itu, anda perlu menentukan saiz sampel, misalnya, daripada 200 orang murid Tahun 1, anda memerlukan 30% daripadanya, iaitu 60 orang murid. Bagi langkah ketiga, anda perlu memilih 60 orang murid daripada 200 orang secara rawak. Anda boleh menggunakan salah satu daripada empat (4) kaedah yang dinyatakan sebelum ini. Kaedahkaedah tersebut dihuraikan dalam bahagian berikut. (a) Persampelan Rawak Mudah Persampelan rawak mudah (PRM) adalah satu proses pemilihan sampel di mana semua individu dalam populasi tertentu mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel. Persampelan rawak mudah merupakan kaedah terbaik untuk mendapatkan sampel yang mewakili populasi. Dari

TOPIK 5 KAEDAH KAJIAN

89

segi tekniknya, ia perlu mengikuti beberapa langkah tertentu, seperti berikut: (i) (ii) Kenal pasti populasi dan berikan definisinya (misalnya, murid-murid Tahun 1). Tentukan bilangan ahli populasi dan senaraikan nama mereka (misalnya, 250 orang).

(iii) Berikan nombor (secara berturutan) kepada setiap ahli populasi (misalnya, 000 hingga 249). (iv) Tentukan saiz sampel (misalnya, 50 orang, iaitu 20% daripada populasi). (v) Ambil nombor daripada jadual nombor rawak (JNR) dan pilih ahli populasi yang bernombor sama dengan nombor daripada JNR ini sebagai sampel kajian, dan ulang cara ini sehingga mendapat 50 orang sampel.

(b)

Persampelan Rawak Berstrata Persampelan rawak berstrata (PRS) adalah satu proses pemilihan sampel iaitu populasi kajian dibahagikan kepada beberapa strata/kumpulan kecil [misalnya, murid lelaki pandai (MLP), murid lelaki lemah (MLL), murid perempuan pandai (MPP), murid perempuan lemah (MPL)] dan semua individu dalam setiap strata mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel. Kelebihan PRS berbanding PRM ialah penggunaan PRM lebih meyakinkan kita untuk mendapat perwakilan daripada setiap strata pupulasi mengikut peratusan bilangan ahli-ahli dalam strata tersebut. Dari segi tekniknya, ia perlu mengikuti beberapa langkah tertentu, seperti berikut: (i) & (ii) sama seperti teknik PRM. (iii) Bahagikan populasi kepada strata tertentu (misalnya, MLP, MLL, MPP, MPL). (iv) Tentukan bilangan ahli populasi dalam setiap strata (misalnya, MLP 50 orang, MLL 70 orang, MPP 100 orang, MPL 30 orang). (v) Berikan nombor (secara berturutan) kepada setiap ahli populasi dalam setiap strata (misalnya, MLP 00-49, MLL 00-69, MPP 00-99, MPL 00-29).

(vi) Tentukan saiz sampel bagi setiap strata (misalnya, 10 orang MLP, 14 orang MLL, 20 orang MPP, 6 orang MPL, iaitu 20% daripada populasi dalam setiap starata).

90

TOPIK 5 KAEDAH KAJIAN

(vii) Ambil nombor daripada jadual nombor rawak (JNR) dan pilih ahli populasi daripada setiap strata sehingga mendapat saiz sampel yang dikehendaki. (c) Persampelan Sistematik Persampelan sistematik (PS) adalah satu proses persampelan, iaitu setiap ahli populasi diberi nombor berturutan, dan sampel dipilih dengan mengambil ahli populasi yang bernombor dengan selang tertentu; misalnya nombor 5, 10, 15, 20, ....; sehingga saiz sampel yang dikehendaki diperoleh. Kelebihan PS berbanding PRM dan PRS ialah PS lebih mudah dilaksanakan, bagaimanapun kaedah ini tidak memberi peluang yang sama kepada setiap ahli populasi untuk dipilih. Dari segi tekniknya, ia perlu mengikuti beberapa langkah tertentu, seperti berikut: (i), (ii), (iii) & (iv) sama seperti teknik PRM. (v) Untuk mendapatkan selang nombor, kita bahagikan saiz populasi dengan saiz sampel (misalnya, 250/50 = 5).

(vi) Untuk mendapatkan sampel, kita boleh memilih ahli-ahli nombor 4, 9, 14, 19, ..., 249; yang akhirnya kita akan dapat 50 orang murid sampel. (d) Persampelan Kelompok Persampelan kelompok (PK) adalah satu proses persampelan, iaitu ahli-ahli populasi berada dalam kumpulan-kumpulan tertentu, dan pemilihan sampel dibuat dengan, pertama memilih beberapa kumpulan secara rawak dan, kedua, mengambil semua ahli daripada kumpulan-kumpulan ini sebagai sampel kajian. Kelebihan PK berbanding PRM, PRS dan PS ialah ia lebih mudah dilaksanakan, bagaimanapun, kaedah ini tidak memberi peluang yang sama kepada setiap ahli populasi untuk dipilih. Dari segi tekniknya, ia perlu mengikuti beberapa langkah tertentu, seperti berikut: (i) (ii) Sama seperti PRM. Tentukan bilangan ahli populasi dan ahli sampelnya (misalnya, 250 orang populasi, 50 orang sampel).

(iii) Tentukan bilangan kumpulan populasi ini dan berikan nombor kepada setiap satunya (misalnya, 10 kelas yang setiap satunya mengandungi 25 orang murid). (iv) Tentukan bilangan kumpulan populasi yang perlu dipilih sebagai sampel dan pilih kumpulan-kumpulan ini dengan menggunakan nombor rawak (misalnya, kita perlukan dua kumpulan untuk mendapat 50 orang sampel). (v) Ambil semua ahli daripada setiap kumpulan yang dipilih untuk dijadikan sampel kajian.

TOPIK 5 KAEDAH KAJIAN

91

LATIHAN 5.3
Mengapakah persampelan rawak lebih diutamakan berbanding teknik-teknik persampelan lain?

5.3

ALAT KAJIAN

Pengutipan data kajian, sama ada kualitatif atau kuantitatif, memerlukan alatalat kajian yang sesuai untuk menjawab soalan-soalan kajian. Data kualitatif boleh dikutip melalui temubual, pemerhatian, soalselidik, penelitian dokumen dan sebagainya. Data kuantitatif pula boleh dikutip melalui, misalnya, soal selidik, ujian atau inventori.

5.3.1

Pembinaan Alat Kajian

Alat-alat kajian perlu dibina terlebih dahulu, sebelum kajian sebenar dijalankan. Sekiranya kajian menggunakan ujian, ia perlu dirancang dan dibina supaya bersesuaian dengan tujuan dan objektif kajian. Sesuatu ujian yang dibina dengan baik akan memberi ukuran variabel dengan tepat/sah. Data yang dikutip ini akhirnya akan dianalisis dan hasilnya akan ditafsir oleh pengkaji. Justeru, ketepatan data kajian amatlah penting disebabkan penakrifan yang betul bergantung kepada data yang tepat. Proses pembinaan alat kajian boleh dibahagikan kepada dua (2) bahagian, iaitu (a) menentukan objektif alat kajian, dan (b) menentukan kandungan alat kajian, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.3.

Rajah 5.3: Pembinaan alat kajian

92

TOPIK 5 KAEDAH KAJIAN

(a)

Menentukan Objektif Ujian Sesuatu ujian perlu dibina mengikut objektifnya, iaitu apakah yang kita ingin tahu tentang responden kajian kita? Objektif tingkah laku yang ingin diukur hendaklah dinyatakan dengan jelas dan ia hendaklah boleh dicapai (realistic). Contoh objektif ujian ialah Murid dapat menjelaskan bentuk muka bumi kampung/taman perumahannya. Ujian juga boleh digunakan untuk mengukur kecerdasan murid-murid. Menentukan Kandungan Ujian yang berkesan ialah ujian yang mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan kandungan (content validity) yang tinggi, iaitu berupaya mengukur kandungan secara tekal dan tepat. Di sini, kebolehpercayaan bermaksud keupayaan ujian mengekalkan skor, sekiranya seseorang mengambil ujian yang sama beberapa kali. Kesahan pula bermaksud keupayaan ujian mengukur apa yang hendak diukur dengan tepat (contohnya, berapa tepat ujian kecerdasan berupaya mengukur kecerdasan). Sebelum ujian dijalankan, kandungan bidang yang ingin diukur hendaklah ditentukan terlebih dahulu. Biasanya, kandungan bidang adalah agak luas. Bagaimanapun, anda boleh menggunakan teknik persampelan ke atas kandungan ini untuk memilih sampel kandungan sebagai wakil kepada kandungan sebenar (populasinya). Kita juga perlu memastikan sampel kandungan yang dipilih dapat mengukur tingkah laku yang ingin diukur. Pakar bidang boleh digunakan untuk memastikan sampel kandungan adalah sesuai dan ujian yang dijalankan mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi.

(b)

5.3.2

Jenis Kebolehpercayaan dan Kesahan

Terdapat tiga (3) jenis kebolehpercayaan; iaitu kestabilan (stability), kesetaraan (equivalence) dan ketekalan dalaman (internal consistency), seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.4.

Rajah 5.4: Tiga jenis kebolehpercayaan

TOPIK 5 KAEDAH KAJIAN

93

(a)

Kestabilan Kebolehpercayaan kestabilan ialah ukuran ketekalan (consistency) mengikut peredaran masa bagi sampel yang sama. Ini bermakna alat/ujian yang boleh dipercayai akan memberikan skor yang sama dari semasa ke masa bagi responden yang sama. Indeks kebolehpercayaan kestabilan ialah korelasi antara skor ujian kali pertama dengan skor ujian kali kedua. Kesetaraan Kebolehpercayaan kesetaraan ialah ukuran kesetaraan antara skor bagi dua (2) ujian yang setara, iaitu ujian yang berbeza, tetapi mengukur kandungan yang sama. Ini bermakna ujian yang boleh dipercayai akan memberikan skor yang sama sekiranya responden yang sama mengambil dua (2) ujian yang berebeza tetapi setara. Indeks kebolehpercayaan kesetaraan ialah korelasi antara skor ujian pertama dengan skor ujian kedua. Ketekalan Dalaman Kebolehpercayaan ketekalan dalaman ialah ukuran ketekalan antara skor separuh daripada ujian dengan skor separuh lagi ujian bagi ujian yang sama. Ini bermakna ujian yang boleh dipercayai akan memberikan skor yang sama bagi responden yang sama, sekiranya ujian tersebut dibahagikan kepada dua (2) bahagian. Indeks kebolehpercayaan ketekalan dalaman ialah korelasi antara skor ujian bahagian pertama dengan skor ujian bahagian kedua.

(b)

(c)

Seterusnya, terdapat empat (4) jenis kesahan, iaitu kesahan kandungan (content validity), kesahan hubungan kriteria (criterion-related validity), kesahan konstruk (construct validity) dan kesahan muka (face validity). (a) Kesahan Kandungan Kesahan kandungan ialah ukuran sejauh/setepat mana sesuatu ujian dapat mengukur kandungan bidang yang hendak diukur. Kesahan kandungan sesuatu ujian adalah penting dalam kajian disebabkan, sekiranya kesahan kandungan rendah maka markah ujian yang diperoleh tidak menunjukkan keupayaan sebenar responden bagi kandungan yang diukur. Kesahan kandungan boleh ditingkatkan dengan membandingkan bahagianbahagian ujian dengan objektif dan kandungan bidang. Kesahan Hubungan Kriteria Kesahan hubungan kriteria terdiri daripada dua (2) bentuk, iaitu kesahan serentak (concurrent validity) dan kesahan ramalan (predictive validity). Kesahan serentak ialah sejauh mana sesuatu alat ukur itu berupaya menghasilkan skor yang mempunyai hubungan dengan skor yang dihasilkan oleh alat lain yang diambil serentak. Contohnya, satu ujian

(b)

94

TOPIK 5 KAEDAH KAJIAN

dibina untuk mengukur perkara yang sama, dikatakan lebih mudah dan lebih cepat digunakan berbanding dengan ujian sedia ada. Kesahan serentak boleh dikira dengan mencari korelasi antara dua skor ujian-ujian ini. Kesahan ramalan pula ialah sejauh mana sesuatu alat ukur itu berupaya menghasilkan skor yang mempunyai hubungan dengan skor yang dihasilkan oleh alat lain yang diambil kemudian. Contohnya, satu ujian dibina untuk mengukur pencapaian Matematik, dikatakan dapat meramal keputusan SPM Matematik. Kesahan ramalan boleh dikira dengan mencari korelasi antara skor ujian dan gred SPM. (c) Kesahan Konstruk Kesahan konstruk ialah ukuran sejauh/setepat mana sesuatu ujian dapat mengukur sesuatu konstruk/gagasan berasaskan teori psikologi tertentu. Contohnya, alat yang dibina untuk mengukur konstruk rajin sepatutnya dapat mengukur konstruk ini dengan baik. Kesahan konstruk boleh ditingkatkan dengan memahami maksud konstruk tertentu (misalnya, maksud rajin) dan mengetahui ciri-ciri orang yang mempunyai konstruk ini (misalnya, ciri-ciri orang yang rajin). Kesahan Muka Kesahan muka bukanlah kesahan seperti yang dijelaskan, tetapi lebih kepada sesuatu alat/ujian nampak pada permukaannya dapat mengukur apa yang hendak diukur. Contohnya, bagi alat yang mengukur konstruk rajin, kita sepatutnya nampak aspek-aspeknya berkait dengan ciri-ciri orang yang rajin. Kesahan muka akan memberi keyakinan kepada responden terhadap aspek-aspeknya yang hendak dijawab, Bagaimanapun, kesahan muka mempunyai kelemahan tertentu, disebabkan responden boleh meneka jawapan yang positif kepada konstruk yang hendak diukur.

(d)

LATIHAN 5.4
Jelaskan perbezaan antara kesahan ramalan dan kesahan serentak.

TOPIK 5 KAEDAH KAJIAN

95

5.3.3

Kajian Rintis

Kajian rintis adalah kajian yang dibuat sebelum kajian sebenar dijalankan yang bertujuan untuk memastikan alat-alat kajian mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi serta dapat menyelesaikan masalah-masalah yang mungkin berlaku semasa kajian sebenar dijalankan. Kajian ini dijalankan ke atas sekumpulan responden yang setara dengan responden kajian sebenar, iaitu dari segi lokasi, penyusunan dan profil responden (contohnya, umur, jantina dan sebagainya.). Selepas ujian rintis dijalankan, soal selidik perlu dimurnikan mengikut maklum balas yang diperoleh. Menurut Cohen, Manion dan Morrison (2000), fungsi kajian rintis ke atas soal selidik (questionnaire) adalah seperti berikut: (a) Menyemak kejelasan aspek-aspek, arahan dan dan susun atur (layout) soal selidik. Mendapatkan maklum balas tentang kesahan aspek-aspek soal selidik. Mendapatkan maklum balas tentang kesesuaian aspek-aspek dan format jawapan. Mendapatkan maklum balas tentang kategori jawapan bagi item-item tertutup. Mendapatkan maklum balas tentang daya tarikan soal selidik. Menyemak masa yang diperlukan untuk menjawab soal selidik. Mengenal pasti aspek-aspek yang tidak berkaitan dalam soal selidik. Menyediakan kod untuk kemasukan data dalam fail data komputer.

(b) (c)

(d)

(e) (f) (g) (h)

5.4

PENGANALISISAN DATA

Data yang dikutip perlu dimasukkan ke dalam fail data komputer dan disemak supaya apa yang dimasukkan adalah betul, sebelum analisis data dibuat. Data kualitatif dan data kuantitatif perlu dianalisis secara yang berbeza mengikut panduan yang diberikan dalam modul ini atau rujukan-rujukan lain.

96

TOPIK 5 KAEDAH KAJIAN

5.4.1

Mengukur Variabel Kajian

Data dikutip daripada responden kajian melalui ujian, soal selidik, pemerhatian, temubual dan sebagainya, yang dibina untuk mengukur variabel-variabel kajian. Contoh-contoh variabel dalam kajian pendidikan ialah: (a) (b) (c) (d) (e) (f) Gaya kepimpinan pengetua sekolah. Pencapaian akademik pelajar. Kemahiran komunikasi interpersonal. Sikap terhadap sekolah. Gaya pengajaran guru. Latar belakang sosio-ekonomi ibu bapa.

Variabel adalah idea yang pengkaji ingin meneliti dalam kajian mereka. Secara operasinya, variabel ialah sesuatu ciri atau atribut seseorang individu atau organisasi yang kita boleh cerap (observe) dan boleh diukur (measure). Variabel kepada latar belakang seseorang individu, misalnya, meliputi jantina, umur, pekerjaan dan pendapatan. Pengukuran variabel bermaksud proses yang dibuat untuk memberikan nombor/ukuran kepada sesuatu variabel bagi setiap responden kajian, individu atau organisasi, contohnya, dalam kajian kuantitatif: (a) Variabel Keputusan SPM boleh diukur dengan menggunakan skor 1 bagi pelajar yang mendapat keputusan cemerlang hingga 9 sekiranya pelajar itu gagal. Variabel Jantina boleh diukur dengan menggunakan skor 1 untuk lelaki dan 2 untuk perempuan. Variabel Gaya pengajaran guru boleh diukur dengan mengira purata atau jumlah kepada skor-skor beberapa bahagian berkaitan dengannya. Contoh item ini ialah: Guru selalu menggunakan contoh-contoh apabila mengajar topik yang susah. Aras persetujuan responden kajian terhadap pernyataan ini boleh dicerap dengan menggunakan skala Likert lima-poin, iaitu 1 bagi Sangat tidak setuju, 2 bagi Tidak setuju, 3 bagi Sederhana setuju, 4 bagi Setuju dan 5 bagi Sangat setuju.

(b)

(c)

Kajian kualitatif pula memerlukan kaedah penghuraian data yang berbeza, iaitu tidak menggunakan nombor untuk mewakilkan idea-idea, tetapi menulis huraian naratif yang panjang, yang kemudiannya disimpul dan dikelaskan mengikut variabel tertentu. Pengenalan kepada analisis data kualitatif dan kuantitatif dijelaskan dalam bahagian berikut.

TOPIK 5 KAEDAH KAJIAN

97

5.4.2

Penganalisisan Data Kualitatif

Pengkaji kualitatif menganalisis data dengan menggunakan langkah-langkah berikut: (a) (b) (c) (d) (e) Meyedia dan menyusun data untuk dianalisis. Menghurai dan membina tema daripada data. Melaporkan dapatan kajian. Menafsirkan (interpreting) dapatan kajian. Mengesahkan ketepatan dan kebolehpercayaan dapatan kajian.

Creswell (2002: 258) meringkaskan tatacara am penganalisisan data kualitatif seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.5. Mengikut tatacara ini, selepas pengkaji mengutip data, dia perlu menyediakan data untuk diananlisis dengan menulis semula (transcribing) nota lapangan (field notes) dalam bahasa biasa, iaitu membersihkan nota lapangan supaya ia mudah difahami. Langkah kedua ialah membaca semua data ini untuk mendapatkan gambaran umum daripadanya. Seterusnya, data yang banyak ini perlu diberikan kod tertentu supaya ia mudah dirujuk semasa membuat analisis atau menulis laporan. Kod ini diberi dengan mencari bahagian-bahagian (segments) dalam teks dan memberikan kod tertentu kepadanya. Seterusnya, pengkaji membuat analisis ke atas data kajian dengan memberikan kod kepada teks daripada data ini, yang boleh dibahagikan kepada dua (2) jenis, iaitu kod teks untuk tema dan kod teks untuk huraian, yang akan digunakan dalam penulisan laporan kajian. Analisis ini perlu dibuat berkali-kali supaya dapatan kajian menjadi mantap, dan, melalui proses ini, pengkaji dapat menapis (sift) data penting yang boleh digunakan untuk menulis laporan akhir kajian. Justeru, kita boleh katakan bahawa tidak ada sesuatu cara tertentu yang boleh digunakan untuk menganalisis data kualitatif, malah ia lebih merupakan proses bagaimana kita cuba memahami nota lapangan yang dikutip.

98

TOPIK 5 KAEDAH KAJIAN

Rajah 5.5: Proses kualitatif penganalisisan data

5.4.3

Penganalisisan Data Kuantitatif

Seperti data kualitatif, sebelum anda menganalisis data kuantitatif, anda perlu menyedia dan menyusun data terlebih dahulu. Langkah-langkah berikut boleh dijadikan panduan: (a) Pertama sekali, anda perlu menghimpun dan mengubah data daripada bentuk kualitatif kepada bentuk kuantitatif. Ini boleh dibuat dengan memberi nilai/skor numerik kepada setiap respons untuk semua item. Selepas itu, anda perlu memilih program komputer statistik yang akan digunakan dan data bagi setiap responden kajian dimasukkan ke dalam pengkalan data komputer. Langkah kedua, sebelum data dianalisis, anda perlu menentukan ukuran kepada setiap variabel kajian yang digunakan, iaitu adakah diukur menggunakan skor satu item (single-item score), atau skor komposit (composite score) beberapa item. Skor komposit ini boleh terdiri daripada pelbagai bentuk, seperti jumlah skor bagi aspek-aspek berkaitan (misalnya,

(b)

TOPIK 5 KAEDAH KAJIAN

99

item-item berkaitan gaya pengajaran), skor purata bagi aspek-aspek tersebut, atau perbezaan skor antara dua aspek (misalnya, perbezaan skor antara ujian pasca dan ujian pra). (c) Langkah ketiga ialah memprogramkan supaya komputer memberikan kekerapan (frequency) bagi setiap skor kepada bahagian yang dimasukkan, yang bertujuan untuk menyemak sekiranya tedapat skor yang tersalah masuk. Sekiranya pengkalan data anda mengandungi data hilang (missing data) bagi responden tertentu, anda boleh menggunakan beberapa teknik untuk menggantikan data ini, seperti menggunakan purata kumpulan (George & Mallery, 2001). Sebagai contoh, purata kumpulan murid-murid lelaki pandai boleh menggantikan data hilang bagi seorang murid lelaki pandai. Seterusnya, anda perlu memprogramkan pengiraan skor komposit bagi semua variabel berbentuk komposit, seperti menggunakan jumlah skor, skor purata, perbezaan skor atau skor log. Langkah keempat ialah memilih analisis statistik yang sesuai diguna untuk menjelaskan profil/latar belakang responden dan menjawab soalan-soalan kajian. Analisis statistik ini terbahagi kepada dua (2) jenis, iaitu statistik deskriptif dan statistik inferential. Statistik deskriptif diguna untuk menjelaskan perkara-perkara/ciri-ciri berkaitan sampel. Ini termasuklah menggunakan statistik kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai untuk menjelaskan profil/latar belakang responden dan sebagainya. Statistik inferential pula diguna untuk menjelaskan perkara-perkara/ciri-ciri berkaitan populasi dengan menggunakan data daripada sampel. Ini termasuklah menggunakan statistik lanjutan seperti kuasa-dua, korelasi, regresi, ujian-t, analisis varians atau analisis kovarians untuk menguji hipotesis-hipotesis kajian. Statistik-statistik ini juga boleh digunakan sebagai statistik deskriptif untuk menjelaskan ciri-ciri sampel. Pengiraan beberapa statistik ini akan dijelaskan dalam topik kemudian.

(d)

LATIHAN 5.5
Dalam kajian kualitatif, bagaimanakah (transcribe) nota lapangan? anda menulis semula

100 TOPIK 5 KAEDAH KAJIAN

Topik ini telah menjelaskan secara ringkas tentang proses pelaksanaan sesuatu kajian dan anda perlu membaca topik-topik lain dalam modul ini untuk memahami dengan lebih mendalam tentang apa yang didedahkan dalam topik ini. Topik ini telah mendedahkan kepada anda tentang perancangan kajian dalam pendidikan, perbezaan antara rekabentuk kajian kualitatif dan kuantitatif, populasi dan sampel kajian, beberapa teknik pemilihan sampel daripada populasinya. Malah membina alat-alat kajian, melaksanakan kajian rintis, membuktikan kebolehpercayaan dan kesahan alat-alat kajian, menganalisis data kualitatif dan kuantitatif, dan perbezaan antara statistik deskriptif dan inferential juga terdapat dalam perancangan kajian dalam pendidikan.

Kajian Kajian rintis Populasi kajian

Rekabentuk kajian Sampel kajian

1.

Pengkaji menggunakan kaedah saintifik untuk menjawab soalan tertentu. Jelaskan dengan ringkas bagaimana ia digunakan dalam kajian pendidikan. Selepas topik kajian dikenalpasti, rancangan kajian perlu disediakan. Jelaskan mengapa rancangan kajian perlu dibuat sebelum kajian dijalankan. Kadang-kala responden kajian tidak mengisi borang soal selidik dengan lengkap, yang menyebabkan ada data hilang. Jelaskan apa yang pengkaji boleh buat dalam hal ini. Kajian yang melibatkan murid-murid sekolah boleh dibuat dengan menggunakan rekabentuk eksperimen atau lain-lain rekabentuk.

2.

3.

4.

TOPIK 5 KAEDAH KAJIAN

101

(a)

Jelaskan apa yang anda faham tentang rekabentuk eksperimen dari segi pemilihan sampel dan pengagihan rawatan kepada kumpulankumpulan. Berikan satu topik kajian berkaitan kaedah mengajar yang boleh menggunakan rekabentuk eksperimen dan nyatakan satu soalan kajiannya. Jelaskan bagaimana anda memilih murid-murid untuk diberikan rawatan dan nyatakan apakah rawatan tersebut dan bagaimana rawatan ini diberikan.

(b)

(c)

You might also like