Jaw A Pan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 21

Jawapan

TOPIK 1: ASAS KAJIAN Ujian


1. Kajian asas dibuat untuk meningkatkan kefahaman teori-teori sedia ada atau menghasilkan teori-teori baru, sementara kajian gunaan dibuat untuk menyelesaikan masalah harian.
Kajian Asas 1. Kajian ialah untuk kepuasan dalaman dan penilaiannya dibuat oleh penyelidik lain dalam bidang yang sama. Fokus dan masalah kajian dipilih secara bebas. Kajian dinilai menggunakan normanorma saintifik, dan dijangka mencapai tahap akademik yang tertinggi. Perhatian utama diberikan kepada logik dalaman dan usaha mereka bentuk kajian. Matlamat utama kajian ia sumbangan kepada pengetahuan teori asas. Kejayaan kajian diukur daripada penerbitan hasilnya dalam jurnal dan impak kepada komuniti kajian. Kajian Gunaan Kajian ialah sebahagian daripada kerja dan penilainnya dibuat oleh penaja atau majikan dalam bidang yang berbeza. Fokus dan masalah kajian dibatasi permintaan daripada penaja atau majikan. Tahap usaha dan akademik kajian bergantung kepada kegunaan hasilnya. Kajian mungkin dibuat cecara cepat atau terperinci seperti kaedah saintifik. Perhatian utama diberikan kepada generalisasi dapatan kajian kepada bidang diminati penaja atau majikan. Matlamat utama kajian ialah penggunaan dapatan kajian dalam amalan harian. Kejayaan kajian diukur daripada penggunaan hasilnya oleh penaja atau majikan dalam membuat keputusan.

2.

3.

4.

5.

6.

Sumber: Neuman. (2000). Social research methods. Boston: Allyn & Bacon

2.

Para guru menghadapi masalah yang kompleks, seperti dinamika sosiobudaya dan pedagogi, yang memaksa mereka berfikir dan membuat adaptasi. Justeru, para guru perlu menjalankan kajian tindakan untuk menyelesaikan masalah ini.

230

JAWAPAN

3.

Penyelidik perlu menyatakan batasan-batasan atau kesilapan-kesilapan yang berlaku semasa kajian dijalankan, yang boleh memberi kesan kepada dapatan kajian, atau lebih buruk, akan mengganggu keseluruhan kajian. (a) Model Induktif menjelaskan proses yang bermula daripada perkara spesifik kepada perkara umum. Dalam kajian, model ini boleh digunakan dengan cara membuat pencerapan terhadap perkara spesifik dan kemudian membentuk prinsip umum. Model Deduktif, sebaliknya, bermula daripada perkara umum kepada perkara spesifik. Ia boleh digunakan dalam kajian dengan membina hipotesis berasaskan teori tertentu dan kemudian membuat pencerapan untuk menguji hipotesis ini. Untuk menggunakan Model Deduktif dalam kajian, kita perlu terlebih dahulu mengenal pasti teori yang boleh digunakan untuk membina hipotesis dan merancang kajian. Sebagai contoh, mengikut Teori Pembelajaran Koperatif (dalam modul Psikologi Pendidikan), Pembelajaran dalam kumpulan kecil akan menggalakkan pelajarpelajar bekerjasama bagi memaksimumkan pembelajaran sendiri dan juga rakan-rakan lain. Kita boleh jalankan kajian tindakan ini dengan membina satu hipotesis berasaskan teori ini, misalnya, Pelajar cerdas akan membantu pelajar lambat dan akan berusaha untuk meningkatkan pencapaiannya sendiri. Kajian ini boleh dibuat dengan mengadakan pembelajaran dalam beberapa kumpulan kecil yang melibatkan pelajar cerdas dan lambat. Sebagai motivasi, guru boleh memberi hadiah kepada kumpulan yang mendapat markah purata paling tinggi dalam ujian yang diberikan.

4.

(b)

(c)

JAWAPAN

231

TOPIK 2: PENYEDIAAN RANCANGAN KAJIAN Latihan 2.1


Latar belakang masalah kajian adalah penjelasan awal tentang masalah-masalah dalam amalan harian yang berkait rapat dengan topik kajian, yang akhirnya menjadi asas kepada pembentukan kerangka konsep kajian.

Latihan 2.2
Topik kajian: Hubungan antara motivasi dan kemahiran asas dengan pencapaian matematik. Pernyataan Masalah: Kajian ini cuba menentukan hubungan antara motivasi dan kemahiran asas dengan pencapaian matematik.

Latihan 2.3
Motivasi Pencapaian Matematik Kemahiran Asas

Latihan 2.4
Literatur Berkaitan: Menurut Biehlar dan Snowman (1990), motivasi belajar bertambah jika pelajaran yang diajar adalah menarik dan juga pembelajaran adalah aktif, bersifat menyelidik, menyeronokkan dan bermanfaat. Kajian Berkaitan: Kajian kes yang dilakukan oleh Wong (1990), menggunakan inventori Myers Achievement Motivation Scale and Test Anxiety Questionnaire, mendapati wujud hubungan antara motivasi dengan pencapaian akademik.

Latihan 2.5
Item soal selidik yang dapat mengukur motivasi belajar: 1. Saya ingin menjadi murid terbaik dalam mata pelajaran Matematik. 2. Saya ingin mendapat A dalam mata pelajaran Matematik UPSR.

232

JAWAPAN

Ujian
1. Pengkaji perlu menyediakan cadangan kajian untuk membuat persediaan awal terutama dari segi reka bentuk, sampel dan alat-alat kajian, kaedah pengutipan data, perisian dan pengaturcaraan statistik serta kewangan dan pembiayaan kajian. Kajian dalam contoh ini cuba menentukan sama ada lima (5) nilai murni; iaitu kasih sayang, rasional, kegigihan, berdikari dan kerjasama; boleh diterapkan melalui pengajaran sains menggunakan struktur pembelajaran koperatif TGT. Kajian ini dibataskan kepada pelajar-pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran Biologi daripada beberapa buah sekolah di Kuala Lumpur sahaja. Justeru, hasil kajian hanya boleh digeneralisasikan kepada sekolah-sekolah di Kuala Lumpur sahaja. (a) Sekiranya dapatan kajian menunjukkan motivasi dan kemahiran asas dapat meningkatkan pencapaian matematik, guru perlu memestikan setiap murid mempunyai kemahiran asas dan motivasi belajar sebelum mula topik baru. Adakah wujud hubungan antara motivasi belajar dengan pencapaian matematik?; (ii) Adakah wujud hubungan antara kemahiran asas dengan pencapaian matematik. Matematik adalah mata pelajaran yang diwajibkan di semua peringkat persekolahan, namun pencapaian dalam mata pelajaran ini amat membimbangkan. Menurut Hussein Ahmad (1995), kira-kira 62.4% pelajar lepasan Tingkatan 5 menguasai mata pelajaran Matematik pada tahap lulus sahaja. Seterusnya, Cheam (1989) menyatakan bahawa pencapaian matematik dipengaruhi oleh motivasi, minat dan sikap pelajar. Kajian ini diharapkan dapat mencari sebab-sebab utama mengapa ramai pelajar lemah dalam mata pelajaran ini. Dapatan-dapatan ini mungkin boleh dijadikan panduan kepada guru-guru matematik.

2.

3.

4.

(b)

(c)

TOPIK 3: MASALAH KAJIAN Latihan 3.1


Topik kajian: Beberapa faktor yang mempengaruhi pencapaian matematik pelajar-pelajar sekolah menengah. Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian matematik pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Objektif-objektif kajian ini ialah: (a)

JAWAPAN

233

Menentukan sama ada motivasi pembelajaran matematik mempengaruhi pencapaiaan Matematik SPM; dan (b) Menentukan sama ada usaha untuk memahami matematik mempengaruhi pencapaian Matematik SPM.

Latihan 3.2
Konsep-konsep penting dalam kajian ini termasuklah motivasi, motivasi pembelajaran dan motivasi pencapaian; sementara teori-teori penting pula termasuklah Teori Keperluan Maslow dan Teori Motivasi Pencapaian. Konsep-konsep dan teori-teori ini akan membantu pengkaji memahami apakah motivasi dan bagaimana motivasi mempengaruhi pencapaian pelajar.

Latihan 3.3
Soalan kajian ini boleh dijawab dengan mencari hubungan antara jumlah jam menonton televisyen dengan tingkah laku ganas kanak-kanak. Sampel kajian ialah kanak-kanak berumur antara 8-14 tahun. Dua (2) variabel kajian penting yang perlu diukur dalam bentuk kuantitatif ialah jumlah jam menonton televisyen dan kekerapan tingkah laku ganas kanak-kanak.

Latihan 3.4
H01: Tiada hubungan antara jumlah jam menonton televisyen dengan tingkah laku ganas kanak-kanak. Ha1: Terdapat hubungan antara jumlah jam menonton televisyen dengan tingkah laku ganas kanak-kanak.

Latihan 3.5
H02: Tiada hubungan atau hubungan negatif antara jumlah jam menonton televisyen dengan tingkah laku ganas kanak-kanak. Ha2: Terdapat hubungan positif antara jumlah jam menonton televisyen dengan tingkah laku ganas kanak-kanak.

Ujian
1. Kita menjalankan kajian untuk menyelesaikan masalah kritikal yang memerlukan tindakan segera, membawa perubahan kepada amalan pendidikan, dan menghasilkan penemuan baru, ilmu baru atau produk yang berguna dalam pendidikan.

234

JAWAPAN

2.

Masalah kajian bukanlah masalah-masalah yang dihadapi dalam amalan harian atau masalah-masalah yang akan dihadapi pengkaji semasa menjalankan kajian. Ia adalah masalah yang akan ditangani oleh kajian anda, iaitu soalan atau tujuan pokok kajian. Daripada kajian-kajian berkaitan anda akan mengetahui dapatan-dapatan kajian lepas, reka bentuk dan alat-alat kajian yang digunakan, masalah-masalah yang dihadapi pengkaji, batasan-batasan kajian tersebut dan cadangan kajian-kajian lanjutan. (a) Bidang kajian ialah pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah dan topiknya ialah: Penggunaan lembaran kerja untuk meningkatkan pencapaian matematik murid-murid pemulihan sekolah rendah. Masalah kajian ialah: Kajian ini cuba menentukan jenis lembaran kerja yang dapat meningkatkan pencapaian matematik murid-murid pemulihan. Motivasi kajian ialah: Diharapkan dapatan kajian ini dapat membantu murid-murid pemulihan dalam pembelajaran matematik. Pengkaji juga berhasrat untuk menerbitkan lembaran kerja yang sesuai untuk murid-murid pemulihan. (i) Kepentingan kajian: Penggunaan bahan bantu mengajar amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini meneliti penggunaan lemabaran kerja matematik untuk murid-murid pemulihan. Dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu muridmurid pemulihan untuk memahami matematik yang diajar kepada mereka. Hasil kajian ini juga diharapkan dapat membantu para guru untuk membina sendiri lembaran kerja yang sesuai dengan keupayaan murid-murid mereka. Kajian ini juga diharapkan dapat meneyedarkan pihak sekolah, para guru dan ibu bapa tentang kepentingan lembaran kerja dalam pembelajaran murid-murid pemulihan. (ii) Batasan kajian: Kajian ini merupakan satu kajian kes yang melibatkan hanya satu (1) kelas pemulihan, yang diajar sendiri oleh pengkaji. Lembaran kerja disediakan sendiri oleh pengkaji berdasarkan keupayaan keseluruhan murid-murid. Ia tidak dibina untuk setiap orang murid secara individu. Pengajaran dilaksanakan dalam masa 30 jam, yang meliputi dua (2) topik pengajaran sahaja. Selain itu, bilangan murid yang agak ramai (10 orang) menyebabkan perhatian guru kepada setiap murid tidak dapat dibuat dengan baik. Justeru, generalisasi dapatan kajian ini hanya boleh dibuat dengan mengambil kira batasan-batasan kajian yang dinyatakan.

3.

4.

(b)

(c)

JAWAPAN

235

TOPIK 4: TINJAUAN LITERATUR Latihan 4.1


Seseorang pengkaji itu perlu mempunyai pengetahuan yang mantap dalam bidang kajiannya disebabkan oleh kajian yang hendak dijalankan itu perlu diasaskan kepada perkembangan pengetahuan dan kajian dalam bidang tersebut, iaitu pengkaji perlu memahami perkembangan ilmu dalam bidang ini daripada permulaannya hingga kini.

Latihan 4.2
Perbezaannya ialah: (a) sampel kajian berbeza pemilihan sampel pelajar sekolah rendah dan sampel pelajar sekolah menengah; (b) alat-alat kajian berbeza dari segi penggunaan temubual, rakaman video, analisis kategori dan kertas penilaian personal; dan (c) analisis berbeza berbeza dari segi penggunaan kaedah kualitatif dan kuantitatif.

Latihan 4.3
Kajian kuasi-eksperimen menyelesaikan masalah murid-murid sukar dipisahkan daripada kumpulan kelas untuk menyertai kajian, dengan menggunakan beberapa cara kawalan. Salah satu daripadanya ialah menggunakan ujian-pra untuk menentukan sama ada skor min ujian-pra bagi kumpulan kawalan dan eksperimen sama atau tidak.

Ujian
1. Tinjauan literatur berkaitan dibuat bertujuan untuk pengkaji memahami bidang kajian dengan lebih mendalam, yang meliputi penjelasan tentang konsep-konsep penting, teori-teori yang berkaitan serta model-model dan prinsip-prinsip yang boleh diguna pakai dalam kajian yang akan dijalankan nanti. Sumber maklumat tentang kajian berkaitan boleh didapati daripada jurnal, tesis, laporan kajian, buku dan prosiding seminar yang ditulis berdasarkan kajian yang dijalankan serta maklumat daripada internet. Tinjauan kaedah kajian dapat memberi maklumat tentang reka bentuk kajian, skop kajian, populasi dan sampel kajian, teknik persampelan, alatalat kajian, prosedur pengutipan data dan kaedah analisis data.

2.

3.

236

JAWAPAN

4.

(a)

Apabila anda membaca laporan kajian, anda perlu melihat bagaimanakah artikal ditulis, apakah pernyataan masalah kajian, apakah reka bentuk kajian, apakah alat-alat kajian yang digunakan, dan apakah kaedah analisis data yang digunakan. Untuk topik kajian ini, kita perlu membaca dan memahami konsepkonsep lembaran kerja, pemulihan dan pemulihan dalam matematik. Selain itu, kita perlu membaca dan memahami tentang teori-teori berkaitan pemulihan dan bahan bantu pengajaran serta kaedah dan prinsip pemulihan matematik sekolah rendah. (i) Literatur berkaitan: Menurut Crealock dan Bachor (1995), muridmurid pemulihan adalah mereka yang mempunyai kecerdasan rendah, kurang upaya untuk menerima pendidikan biasa dan memerlukan bimbingan khas daripada guru. Broody dan Hume (1991) menyatakan lembaran kerja yang baik perlu mengandungi ilustrasi, gambar dan simbol untuk menjelaskan konsep-konsep yang hendak diajar. Kajian berkaitan: Kajian Wiseman dan Randy (1995) mendapati lembaran kerja yang dibinanya mampu meningkatkan keupayaan murid-murid 0menakul dan menyelesaikan masalah. Seterusnya, kajian yang dilakukan Maktab Perguruan Perempuan Melaka (1992) mendapati 75% guru pelatih menyedari bahawa lembaran kerja yang mereka bina hendaklah berdasarkan objektif pengajaran, manakala 54% menyedari bahawa lembaran kerja perlu juga berfungsi sebagai alat yang berupaya mengukur pencapaian objektif pengajaran.

(b)

(c)

(ii)

TOPIK 5: KAEDAH KAJIAN Latihan 5.1


Dalam reka bentuk eksperimen, peserta kajian boleh dipilih secara rawak kepada kumpulan kawalan dan eksperimen, bagi reka bentuk kuasi-eksperimen, mereka tidak boleh dipisahkan dan tidak boleh dipilih secara rawak kepada dua kumpulan ini.

Latihan 5.2
Satu kajian tindakan yang boleh dilakukan oleh guru untuk memperbaiki pengajarannya ialah mengkaji sama ada murid-muridnya mempunyai pengetahuan/kemahiran asas yang diperlukan untuk sesuatu topik baru, sebelum guru mula mengajar topik tersebut.

JAWAPAN

237

Latihan 5.3
Persampelan rawak, iaitu persampelan rawak mudah dan persampelan rawak berstarata, lebih diutamakan berbanding teknik-teknik persampelan lain sebab persampelan ini dapat menghasilkan sampel yang lebih tepat untuk mewakili populasi.

Latihan 5.4
Kesahan ramalan ialah sejauh mana alat berupaya menghasilkan skor yang berhubung dengan skor alat lain, yang diambil kemudian; sementara kesahan serentak ialah sejauh mana ia berhubung dengan skor yang dihasilkan oleh alat lain, yang diambil serentak.

Latihan 5.5
Nota lapangan yang ditulis semasa pengkaji berada di lapangan, biasanya amat ringkas dan tidak jelas kepada pembaca lain. Justeru, ia perlu dikembangkan dan ditulis semula dengan menggunakan gaya bahasa yang boleh difahami pembaca lain.

Ujian
1. Kaedah saintifik digunakan dalam kajian pendidikan dengan merancang kajian secara teliti dan sistematik, berasaskan ilmu dalam disiplin tertentu, (seperti psikologi pendidikan) dan dilaksana secara tepat mengikut tatacara yang telah dirancangkan. Rancangan kajian perlu dibuat untuk memberi gambaran kepada pengkaji tentang siapakah responden kajian; apakah variabel kajian, jenis data kajian dan alat-alat kajian yang akan digunakan; dan juga bagaimana data akan dikutip dan dianalisis. Apabila terdapat data hilang bagi responden tertentu, pengkaji boleh menggunakan min kumpulan untuk menggantikan skor yang tidak dilengkapkan oleh responden kajian, misalnya, min bagi skor-skor kumpulan pelajar lelaki berpencapaian tinggi. (a) Dalam reka bentuk eksperimen, murid-murid dipilih secara rawak dan diagihkan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Jenis rawatan juga, sama ada kawalan atau eksperimen, perlu diagihkan secara rawak kepada kedua-dua kumpulan.

2.

3.

4.

238

JAWAPAN

(b)

Topik kajian: Keberkesanan kaedah pengajaran koperatif berbanding kaedah pengajaran terus bagi mata pelajaran Matematik. Soalan kajian: Adakah kaedah pengajaran koperatif lebih berkesan daripada kaedah pengajaran terus? Senaraikan semua murid Tahun 5 di sebuah sekolah sebagai populasi kajian dan pilih 60 orang murid dengan menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Agihkan mereka kepada kumpulan pertama dan kumpulan kedua secara bergilir-gilir, iaitu murid pertama dipilih diagih kepada kumpulan pertama, dan murid kedua diagih kepada kumpulan kedua, dan seterusnya, sehingga setiap kumpulan menerima 30 orang murid. Rawatan yang diberi ialah kaedah pengajaran terus sebagai rawatan kawalan dan kaedah pengajaran koperatif sebagai rawatan eksperimen. Rawatanrawatan ini diagihkan secara rawak kepada kedua-dua kumpulan murid yang telah dipilih. Oleh sebab murid-murid ini tidak dapat dipisahkan untuk menyertai kajian ini semasa sesi persekolahan, guru boleh menjalankan kajian di luar sesi persekolahan, seperti pada waktu petang, sekiranya sesi persekolahan adalah di sebelah pagi.

(c)

TOPIK 6: KAJIAN KUALITATIF Latihan 6.1


Topik kajian: Ciri-ciri pelajar berpencapaian tinggi. Objektif kajian: Mengenal pasti ciri-ciri pelajar berpencapaian tinggi di dalam kelas. Persoalan kajian: Apakah ciri-ciri pelajar berpencapaian tinggi yang boleh dikenalpasti di dalam kelas?.

Latihan 6.2
Bentuk kajian yang sesuai untuk topik dan objektif kajian Ciri-ciri pelajar berpencapaian tinggi ialah bentuk kajian lapangan, yang mana data boleh dikutip melalui pemerhatian ke atas subjek kajian.

Latihan 6.3
Alat kajian yang sesuai bagi objektif kajian ini ialah pemerhatian yang meliputi reaksi pelajar berpencapaian tinggi semasa mereka memasuki kelas, ketika guru masuk kelas, ketika guru sedang mengajar, apabila guru bertanya soalan, memberi kerja rumah dan meninggalkan kelas.

JAWAPAN

239

Latihan 6.4
Data kajian ini dikutip melalui pemerhatian terhadap reaksi pelajar berpencapaian tinggi dalam kelas. Kaedah triangulasi kajian ialah menggunakan seorang lagi pemerhati untuk mengesahkan data yang dikutip oleh pemerhati pertama.

Latihan 6.5
Bagi kajian ini, kesimpulan yang mungkin ialah pelajar berpencapaian tinggi mempunyai ciri-ciri tingkah laku pro-pembelajaran lebih tinggi daripada ciri-ciri tingkah laku anti-pembelajaran. Kesahihan kesimpulan ini boleh disahkan melalui triangulasi teori.

Ujian
1. Tujuan kajian kuantitatif ialah menentukan hubungan antara variabelvariabel kajian, sementara tujuan kajian kualitatif ialah menentukan makna tingkah laku subjek-subjek kajian untuk memahami sesuatu fenomena. Kajian lapangan ialah kajian yang dijalankan dalam masyarakat di mana sesuatu fenomena yang ingin dikaji berlaku. Data kajian dikutip melalui temubual dengan responden kajian atau melalui pemerhatian terhadap fenomena yang dikaji. Mengemaskan data bermaksud menyediakan data untuk dianalisis, iatu mengubah data mentah kepada data yang mudah difahami. Contohnya, mentranskripsikan data temubual kepada data tekstual yang lebih berfokus kepada persoalan kajian. (a) Tingkah laku yang ingin diperhatikan ialah tingkah laku lima (5) pelajar yang suka mengganggu pelajar-pelajar lain di dalam kelas. Alat kajian yang boleh digunakan untuk mencerap tingkah laku ini ialah pemerhatian berstruktur. Pelajar-pelajar akan diperhati dari segi tingkah laku sampai ke kantin (masa), datang berkumpulan/bersendirian, memotong/tidak memotong baris, mengambil makanan/minuman, membayar apa yang diambil dan makan berkumpulan/ bersendirian.

2.

3.

4.

(b)

240

JAWAPAN

(c)

Data kajian dianalisis seperti berikut: (i) Tahap pra-analisis: Data pemerhatian setiap pelajar disemak, dilengkapkan dan disusun mengikut struktur pemerhatian seperti dalam (b), membuat pengkodan kepada data mengikut kategori tingkah laku, mengenal pasti data mengikut tema. Tahap kemasan data: Data dimasukkan ke dalam komputer dalam bentuk teks mengikut struktur pemerhatian dalam (b), data dipermudahkan dan berfokus mengikut persoalan kajian.

(ii)

(iii) Tahap pamiran data: Data dipamerkan dalam bentuk jadual bersama tanda (tally) dan tindakan tambahan. (iv) Tahap verifikasi data: Triangulasi data menggunakan temubual digunakan untuk verifikasi data pemerhatian sebelum kesimpulan dibuat. (v) Tahap dapatan: Menyemak maklumat yang diperoleh dan merumuskan dapatan kajian.

TOPIK 7: KAJIAN KUANTITATIF Latihan 7.1


Topik: Hubungan antara lama masa belajar dengan pencapaian. Objektif: Menentukan hubungan antara lama masa belajar dengan pencapaian. Soalan: Adakah wujud hubungan antara lama masa belajar dengan pencapaian?.

Latihan 7.2
Reka bentuk kajian yang sesuai untuk topik dan objektif kajian Hubungan antara lama masa belajar dengan pencapaian ialah reka bentuk kajian deskriptif silang, yang mana data boleh dikutip dengan mengukur lama masa belajar dan markah ujian semester.

Latihan 7.3
Alat kajian yang sesuai digunakan bagi kajian ini ialah soal-selidik untuk mengukur lama masa pelajar mempelajari sesuatu mata pelajaran dalam masa seminggu, sementara ujian semester digunakan untuk mengukur pencapaian pelajar.

JAWAPAN

241

Latihan 7.4
Kita harap pelajar akan jujur menjawab item-item soal-selidik supaya dapatan kajian menjadi sah. Selain lama masa belajar, kualiti pengajaran juga mempengaruhi pencapaian pelajar, yang boleh menyebabkan dapatan kajian menjadi tidak sah.

Latihan 7.5
Kaedah analisis data yang sesuai bagi kajian ini ialah analisis korelasi/hubungan antara lama masa belajar dengan pencapaian pelajar. Kesimpulan yang mungkin ialah: Wujud hubungan linear positif antara lama masa belajar dengan pencapaian.

Ujian
1. Kita melakukan kajian kuantitatif dahulu untuk menentukan hubungan antara variabel-variabel kajian, dan kemudian melaksanakan kajian kualitatif untuk menentukan bagaimana atau apa yang menyebabkan hubungan itu wujud. Rekabentuk Solomon-dua-kumpulan-kawalan dapat mengawal kesan ujianpra ke atas ujianpos Kajian lapangan ialah kajian yang dijalankan dalam masyarakat di mana sesuatu fenomena yang ingin dikaji berlaku. Data kajian dikutip melalui temubual dengan responden kajian atau melalui pemerhatian terhadap fenomena yang dikaji. Satu daripada tujuan memasukan beberapa item negatif ialah untuk mengesan sama ada subjek kajian membaca item terelbih dahulu sebelum menjawabnya. Contoh item negatif ialah: Pada saya mata pelajaran Matematik amat membosankan. (a) Objektif kajian ini ialah untuk menentukan hubungan antara minat membaca di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah dengan umur mereka. Kajian yang sesuai untuk objektif ini ialah kajian kuantitatif jenis deskriptif dengan menggunakan reka bentuk silang. Data perlu dikutip sekali sahaja daripada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. (b) Alat-alat kajian yang sesuai digunakan untuk mengukur variabelvariabel kajian ini, iaitu minat membaca dan umur pelajar, ialah soal-

2.

3.

4.

242

JAWAPAN

selidik. Pengkaji boleh memasukkan item-item berkaitan minat, tujuan membaca, jenis buku yang dibaca, jumlah masa membaca, jumlah buku dibaca dan lain-lain item yang berkaitan. Temu bual juga boleh digunakan untuk memahami minat membaca secara lebih mendalam. (c) Langkah-langkah yang perlu diambil, mulai daripada pengutipan data hingga penyediaan data untuk dianalisis, ialah seperti berikut: (i) Pengkaji memohon kebenaran membuat kajian daripada pentadbir sekolah bersama surat kebenaran daripada Kementerian Pelajaran. Selepas mendapat kebenaran tersebut, temu janji dibuat dengan guru kelas untuk membincang kajian yang ingin dijalankan. Apabila subjek kajian dikenalpasti, borang soal-selidik diedarkan dan pengkaji/guru meminta mereka mengisikannya. Maklumat latar belakang subjek kajian perlu ditentukan dahulu sebelum analisis dibuat, misalnya, jantina, umur, tahun/tingkatan, tahap sosioekonomi ibu bapa, jumlah gaji dan lokasi sekolah.

(ii)

(iii) Data daripada soal-selidik diubah kepada skor variabel-variabel kajian, seperti minat membaca, jenis buku dibaca, jumlah jam membaca, jumlah buku dibaca dan umur. Ini dibuat dengan menggunakan skor dan kekerapan. Klasifikasi jenis buku dibaca mungkin perlu dibuat, seperti buku teks, cerpen dan sebagainya. Pengiraan skor untuk minat membaca perlu dibuat, misalnya dengan menggunakan jumlah skor bagi semua item berkenaan.

TOPIK 8: ANALISIS DATA Ujian 1


1. Peratus kekerapan relatif ialah nisbah kekerapan dalam bentuk peratus bagi sesuatu kategori, skor terkumpul atau skor individu bagi sesuatu variabel kepada jumlah kekerapan. Korelasi linear adalah ukuran kekuatan hubungan linear (hubungan berbentuk garis lurus) antara dua variabel. Pekali korelasi untuk populasi menggunakan simbol dan untuk sampel menggunakan simbol r.

2.

JAWAPAN

243

3.

Andaian bagi ANOVA ialah populasi kajian mengikuti taburan normal dan mempunyai varians yang sama serta sampel-sampel kajian adalah takbersandar antara satu sama lain.
Jumlah jam belajar (x) Pencapaian (y) 2 3 3 4 5 5 6 7 7 8 7 9

4.

(a)

Min dan sisihan piawai data. Min (x) = (2 + 3 + 5 + 6 + 7 + 7)/6 = 30/6 = 5 Min (y) = (3 + 4 + 5 + 7 + 8 + 9)/6 = 36/6 = 6

Varians (x) =

S2 =

x2

( x )
n

n 1

= [172 302/6]/5 = [172 150]/5 = 4.4

Varians (y) = [244 362/6]/5 = [244 216]/5 = 5.6 Sisihan piawai (x) = _/4.4 = 2.098 Sisihan piawai (y) = _/5.6 = 2.366 (b) Pekali korelasi linear antara (x) dan (y).

r=

n ( xy ) ( x )( y )
n

( x ) ( x)
2

( y ) ( y)
2

6(204) (30)(36) 1224 1080 = _/[6(172) 30 30] _/[6(244) 36 36] _/[1032 900] _/[1464 1296]

= 144 /_/ 132 _/168 = 144 /(11.489)(12.961) = 144 /148.908 = 0.967.

Nilai r ini menunjukkan terdapat hubungan yang kuat antara jumlah jam pembelajaran dengan pencapaian.

244

JAWAPAN

(c)

Pengujian hipotesis. (i) Pernyataan hipotesis H0: = 0, lawan H1: > 0, (ujian satu hujung kanan). Rantau penolakan Untuk H 1 : > 0, n = 6, guna = 0.05. Daripada jadual taburan t, diperolehi nilai genting t 4, 0.05 = 2.1318. Maka rantau penolakan adalah T > t 4, 0.05 = 2.1318. (iii) Statistik ujian Nilai statistik ujian bagi pengujian hipotesis ini adalah:

(ii)

T =r

n2
1 r 2

= (0..967) _/[6 2) /(1 0.9672 )]

= (0.967) _/[(4) /(0.0649)] = (0.967) _/ 61.63) = (0.967)(7.850) = 7.591 (iv) Keputusan pengujian statistik Tolak H0 pada aras keertian = 0.05 jika nilai staistik ujian T memenuhi syarat seperti dalam jadual pada prosedur 2.
(v) Kesimpulan Data yang diberi memberikan maklumat yang cukup untuk menyokong bahawa pekali korelasi populasi bernilai positif.

TOPIK 9: PENULISAN LAPORAN KAJIAN Latihan 9.1


Clich ialah perkataan yang digunakan berulang kali sehingga ia tidak memberikan apa-apa impak kepada pembaca/pendengar dan boleh membosankan mereka. Contoh clich ialah perkataan-perkataan seperti cun, pi mai pi mai tang tu, macam-macam ada.

JAWAPAN

245

Latihan 9.2
Contoh rujukan internet: McNiff, Jean. (2002). Action Research for Professional Development: Concise Advice for New Action Researchers (3rd edition) [cited 18 February 2005]. Available from http://www.jeanmcniff.com/booklet1.php#2.

Latihan 9.3
Anda perlu meneliti semua hasil analisis data kajian sebelum anda menulis dapatan kajian supaya anda sendiri memahami hasil tersebut, yang akan membantu anda menulis dapatan kajian yang dapat difahami orang lain.

Latihan 9.4
Ringkasan kajian perlu ditulis untuk membantu pembaca mendapat gambaran menyeluruh tentang kajian yang telah dijalankan, yang meliputi objektif, reka bentuk, sampel, alat, kaedah pengutipan data dan kaedah analisis data kajian.

Latihan 9.5
Selain kandungan lima (5) bab, tesis/laporan kajian perlu mengandungi maklumat tambahan, seperti halaman topik, pengakuan, abstrak, penghargaan, jadual kandungan, senarai jadual, senarai rajah, senarai singkatan, rujukan dan lampiran.

Ujian
1. Sebenarnya, dalam penulisan laporan kajian, ayat yang kompleks atau panjang itu bukanlah tinggi mutunya. Ayat begini sukar difahami pembaca, sebaliknya yang terbaik ialah ayat yang mudah, yang mempunyai subjek-verba-objek. Kajian sebenar, disebabkan kekangan tertentu, berbeza sedikit daripada cadangan kajian. Justeru, untuk laporan akhir, kandungan cadangan kajian perlu diubah supaya ia selari dengan perubahan kajian sebenar, selain menambah rujukan terkini. Cadangan kajian lanjutan dibuat untuk memantapkan dapatan kajian. Selain itu, kajian yang dijalankan mungkin menghadapi kekangan tertentu, seperti reka bentuk kajian, sampel kajian dan sebagainya. Kajian lanjutan mungkin akan dapat mengatasi masalah ini.

2.

3.

246

JAWAPAN

4.

(a)

Bahagian Implikasi Dapatan Kajian membincangkan tentang implikasi dapatan-dapatan kajian yang dijalankan terhadap amalan pendidikan, termasuk proses pengajaran dan pembelajaran dan pentadbiran pendidikan. Topik kajian: Kesediaan Murid-murid Sekolah Rendah Mempelajari Mata Pelajaran Matematik Tingkatan 1 Sekolah Menengah. Dapatan kajian yang dijangka bagi kajian ini ialah: (i) Murid lemah dan sederhana mempunyai minat yang rendah, sementara murid pandai mempunyai minat yang tinggi terhadap matematik. Murid lemah dan sederhana mempunyai motivasi yang rendah, sementara murid pandai mempunyai motivasi yang tinggi untuk mempelajari matematik.

(b)

(ii)

(iii) Murid lemah dan sederhana tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang kukuh, sementara murid pandai mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang kukuh untuk mempelajari Matematik Tingkatan 1. (c) (i) Kajian ini mendapati murid lemah dan sederhana mempunyai minat yang rendah, sementara murid pandai mempunyai minat yang tinggi terhadap matematik. Implikasi utama dapatan ini ialah guru perlu memilih pendekatan pengajaran dan pembelajaran matematik yang dapat meningkatkan minat murid lemah dan sederhana. Kajian ini mendapati murid lemah dan sederhana mempunyai motivasi yang rendah, sementara murid pandai mempunyai motivasi yang tinggi untuk mempelajari matematik. Implikasi utama dapatan ini ialah guru perlu memberi perhatian dan semangat kepada murid-murid supaya mereka mempunyai motivasi yang tinggi untuk mempelajari matematik.

(ii)

(iii) Kajian ini mendapati murid lemah dan sederhana tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang kukuh, sementara murid pandai mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang kukuh untuk mempelajari Matematik Tingkatan 1. Implikasi utama dapatan ini ialah guru perlu menentukan kelemahan murid berkaitan pengetahuan dan kemahiran asas untuk sesuatu topik baru. Seterusnya, guru perlu membuat ulang kaji pengetahuan dan kemahiran ini, sebelum memulakan pengajaran topik matematik baru.

JAWAPAN

247

TOPIK 10: PENDEKATAN PENGAJARAN Latihan 10.1


Pendekatan pengajaran terus melalui kaedah kuliah, iaitu guru menyampaikan maklumat berstruktur yang disediakan lebih awal. Dari segi tekniknya, pertama guru perlu memestikan murid-murid mempunyai pengetahuan/kemahiran asas untuk topik baru. Jika tidak, guru perlu sediakan isi pengajaran berkaitan dengannya. Kedua, guru perlu sediakan isi pengajaran termasuk contoh dan latihan bagi topik baru serta bahan bantu mengajar/belajar. Ketiga, guru menyampaikan isi pengajaran serta membenarkan murid menyoal dan memberi pendapat. Keempat, guru membantu murid membuat latihan. Akhirnya, guru memberi rumusan dan kerja rumah.

Latihan 10.2
Dari segi motivasi, guru boleh memberi semangat supaya murid-murid rajin belajar untuk mereka menyambung pengajian dalam bidang tertentu seperti perubatan. Dari segi pemahaman, guru boleh mengadakan kelas tambahan bagi murid-murid lemah. Dari segi pengukuhan, guru boleh membantu murid-murid semasa membuat latihan. Akhirnya, dari segi kemahiran peperiksaan, guru boleh memberi soalan peperiksaan bagi setiap topik sebagai kerja rumah dan menyemak jawapan setiap murid.

Latihan 10.3
Sebagai contoh, dari segi latar belakang, andaikan murid-murid kita adalah murid-murid yang lemah. Dari segi kandungan pelajaran, untuk mereka memahaminya, kita perlu mengulang pengetahuan/kemahiran asas yang diperlukan murid-murid sebelum mengajar kandungan baru. Bagi kandungan yang susah, kita perlu mengajar mereka secara perlahan, memberi contoh dan menjelaskannya sehingga mereka faham, membantu mereka semasa membuat latihan, menyemak kerja rumah secara individu dan memberikan soalan peperiksaan berkaitan kandungan ini lebih awal.

Latihan 10.4
Seperti contoh jawapan bagi Latihan 9.3, pendekatan yang sesuai bagi murid lemah ialah pendekatan pengajaran terus. Ini adalah disebabkan murid-murid lemah tidak dapat belajar sendiri tanpa pengawalan dan bantuan rapi daripada guru. Mereka biasanya tidak mempunyai pengetahuan/kemahiran asas yang

248

JAWAPAN

kukuh. Tanpa bantuan yang rapi, mereka tidak boleh memahami kandungan pelajaran, terutama kandungan yang susah. Selain itu, kumpulan pelajar ini juga menggangu murid-murid lain semasa guru mengajar, sekiranya mereka tidak dikawal ketat.

Ujian
1. Prinsip asas yang diguna untuk menjelas/mengkelaskan pendekatan pengajaran ialah tahap penglibatan guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan guru paling tinggi ialah dalam pendekatan pengajaran terus. Motivasi menyebabkan murid-murid berusaha lebih gigih dan terus berbuat demikian. Antara motivasinya ialah mereka cuba mengekalkan pencapaian lepas dan pada masa yang sama cuba bertanding dengan murid-murid lain. Pemahaman mata pelajaran secara mendalam akan membantu guru mengenal pasti kesalahkonsepan murid bagi topik tertentu, menentukan pengetahuan/kemahiran asas yang diperlukan murid dan menyediakan aktiviti pembelajaran yang sesuai. (a) Pendekatan pengajaran berpandu adalah pendekatan pengajaran di mana seorang guru memberi panduan kepada murid-murid untuk melakukan aktiviti pembelajaran sehingga mereka menguasai kemahiran dan prinsip tertentu. Salah satu daripada kaedah pengajaran yang sesuai dengan pendekatan penemuan berpandu ialah kaedah perbincangan. Dalam kaedah ini, guru akan memberi topik tertentu untuk dibincang oleh murid-murid. Sebagai panduan, guru boleh memberi topik-topik kecil perbincangan dan, akhirnya, memberi komen terhadap hasil perbincangan. Dalam kaedah ini, penglibatan guru hampir sama banyak dengan penglibatan murid-murid. Sebagai contoh, kita boleh pilih mata pelajaran Kajian Tempatan dan kaedah perbincangan bagi murid-murid mempelajari topik Kesan cuaca dan iklim kepada aktiviti manusia. Dalam perbincangan ini, guru perlu merancang apakah topik-topik kecil yang akan dibincangkan dan bagaimanakah perbincangan akan dibuat (teknik pengajaran), sama ada dalam kumpulan kecil atau keseluruhan kelas. Bagi topik-topik kecil pula, guru boleh senaraikannya seperti: (a) definisi konsep cuaca dan iklim dan

2.

3.

4.

(b)

(c)

JAWAPAN

249

aktiviti manusia; (b) aktiviti pada hari/musim hujan; (c) aktiviti pada hari/musim panas; (d) aktiviti pada hari/musim tengkujuh; (e) aktiviti pada hari/musim lain daripada yang diberikan. Untuk menggalakkan semua murid mengambil bahagian, perbincangan boleh dibuat dalam kumpulan kecil (3 atau 4 orang) dan hanya membincang topik kecil tertentu. Sebelum perbincangan dimulakan, guru boleh berbincang dengan semua murid supaya mereka memahami maksud cuaca dan iklim dan aktiviti manusia. Akhirnya, setiap kumpulan akan membentang hasil perbincangan dan guru perlu memberi komen. Laporan akhir bagi semua kumpulan perlu disiapkan dan diberikan kepada pelajar sebagai hasil pengajaran penemuan berpandu melalui kaedah perbincangan.

You might also like