Professional Documents
Culture Documents
STPM Pam Kertas 2 Set 1
STPM Pam Kertas 2 Set 1
PENGAJIAN AM
KERTAS 2 SET 1
LEARNING TO SCORE
(Tiga jam)
Jawab enam soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap bahagian A, B, D dan E,
dan dua soalan dalam bahagian C.
Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian.
Markah untuk tiap-tiap bahagian diberikan dalam tanda [ ].
1
KERTAS 2 SET 1
BAHAGIAN A
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300
patah perkataan. [ 25 ]
1. Akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan beberapa peristiwa kehilangan anak sehingga ada
yang tidak ditemui oleh keluarga masing-masing. Bincangkan punca dan langkah bagi menangani
masalah ini.
2. Pewujudan wilayah ekonomi memberi manfaat kepada pembangunan negara dalam usaha
mempertingkatkan potensi dan sumber wilayah yang belum diterokai. Namun, implikasi yang wujud
tidak harus diabaikan. Bincangkan.
BAHAGIAN B
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300
patah perkataan. [ 25 ]
3. Banyak orang mengambil makanan suplemen untuk menjamin kesihatan. Namun tidak
ramai yang tahu risiko yang mungkin dihadapi seseorang jika makanan itu diambil secara
berlebihan. Bincangkan.
BAHAGIAN C
Jawab dua soalan dalam bahagian ini. Pilih satu daripada soalan 5(a) atau 5(b) dan satu daripada soalan
6(a) atau 6(b). [ 10 ]
5(a) “… Bahasa asing merujuk kepada bahasa yang tidak dituturkan oleh masyarakat sesuatu tempat.
Terdapat pelbagai bahasa asing seperti bahasa Urdu, Kemboja, Myanmar dan Filipina dituturkan di
Malaysia. Hal ini berlaku kerana dasar liberalisasi pendidikan yang diamalkan oleh kerajaan serta
dasar pengambilan tenaga manusia dari pelbagai negara untuk bekerja dalam pelbagai sektor di
negara ini…..”
ATAU
2
5(b) “… Modal insan mempunyai dimensi yang luas iaitu daripada aspek individu, masyarakat dan
ekonomi. Dengan memperkukuhkan modal insan, ia akan menggalakkan produktiviti negara, sekali
gus akan menjana pendapatan lebih baik di samping mewujudkan peluang pekerjaan. Bagi negara
yang mana aset materialnya rendah seperti Korea Selatan dan Jepun, mereka berjaya membuktikan
bahawa pembangunan modal insan dapat membantu memajukan diri dan negara setanding negara
maju lain.”
(i) Apakah kelebihan yang diperoleh negara dengan memperkasakan modal insan?
(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan bagaimanakah modal
insan dapat memacu pembangunan negara.
6(a) “…Penubuhan Taman Laut Malaysia adalah untuk memulihara dan melindungi batu karang, ikan,
hidupan akuatik, flora dan fauna dalam kawasan perairan sejauh 2 batu nautika dari pasir pantai
yang dizonkan sebagai kawasan terhad atau pelindung sumber lautan termasuk komuniti terumbu
karang. Ekosistem yang paling utama di kawasan Taman Laut adalah ekosistem terumbu karang,
juga hutan bakau dan ekosistem dasar lumpur. Bagi sesetengah kawasan ia termasuk juga lumpur.”
ATAU
6(b) “…Penangan senjata yang digelar “Little Boy” yang digugurkan di Hiroshima dan “Fat Man” di
Nagasaki merupakan sebahagian senjata pemusnah besar-besaran atau WMD. Senjata pemusnah
ini adalah program ketenteraan yang menggunakan senjata yang berasaskan atom, biologi, kimia
dan nuklear. Ada banyak lagi senjata yang digunakan yang menjadi alat bagi menghalalkan segala
matlamat peribadi pemerintah perang.”
BAHAGIAN D
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
[ 15 ]
7. Berdasarkan petikan di bawah, lukis graf bar yang sesuai untuk menunjukkan jumlah
jualan bahan petroleum di stesen minyak seluruh Malaysia dari tahun 2003 hingga 2006.
Pada tahun 2003, jumlah jualan bahan petroleum adalah sebanyak 14466.0 juta liter di
stesen minyak dan meningkat sebanyak 1810.4 juta liter pada tahun berikutnya. Manakala pada
3
tahun 2006, jumlah jualan bahan petroleum adalah sebanyak 17163.6 juta liter melebihi jualan tahun
sebelumnya sebanyak 458.2 juta liter. Petrol RON 97 menunjukkan jualan yang tertinggi pada tahun
2003 iaitu sebanyak 8736 juta liter. Jualan ini melebihi sebanyak 4623 juta liter berbanding diesel
pada tahun berkenaan. Minyak diesel pula telah mencatat jualan kedua tertinggi pada setiap tahun
yang dinyatakan. Pada tahun yang sama petrol RON 92 hanya mencatat sebanyak 666.9 juta liter.
Jualan bahan petroleum yang selebihnya adalah untuk LPG iaitu menyumbang kira-kira 6.57%
daripada jumlah jualan pada tahun 2003.
Menjelang tahun 2005, jualan Petrol RON 97 telah meningkat kepada 9613 juta liter, jumlah
ini melebihi jualan diesel sebanyak 3951 juta liter. Petrol RON 92 pula menyumbang sebanyak 643.4
juta liter atau sebanyak 3.85% daripada jumlah jualan keseluruhan. Bahan LPG pula telah
menyumbang sebanyak 787.0 juta liter dan meningkat sebanyak 383 juta liter pada tahun
berikutnya. Jualan bahan petrol RON 92 bagi tahun 2006 telah berkurang sebanyak 1.68%
berbanding tahun 2005. Sumbangan jualan bagi bahan Petrol RON 97 dan diesel masing-masing
sebanyak 9895 juta liter dan 5466 juta liter bagi tahun yang sama.
Permintaan terhadap bahan bakar fosil ini semakin meningkat dan sukar untuk dikawal.
Meskipun Malaysia turut mengeluarkan minyak, tetapi bekalan bahan ini hanya mampu bertahan
untuk jangka 30 tahun sahaja. Justeru, penggunaan bahan bakar alternatif perlu mendapat
sambutan dari semua pihak.
8. Berdasarkan petikan berikut, lukis graf yang sesuai untuk menunjukkan peratus
perubahan kematian mengikut kategori bagi tahun-tahun yang dinyatakan.
Perangkaan kematian jalan raya menunjukkan peningkatan setiap tahun walaupun pihak
kerajaan telah mengambil pelbagai insiatif untuk mengurangkan tragedi yang tidak diingini ini. Oleh
itu, pihak PDRM telah melaksanakan operasi Ops Sikap pada setiap musim-musim perayaan utama.
Dalam tempoh Jan-Sept 2006, bilangan kematian bagi pemandu dan penumpang kereta
telah mencecah sebanyak 920 orang dan meningkat sebanyak 193 orang pada tempoh yang sama
bagi tahun 2007. Aktiviti tidak bermoral seperti merempit telah mengorbankan sebanyak 2736 orang
penunggang dan pembonceng motosikal bagi tempoh Jan-Sept 2006. Kempen kerajaan secara
besar-besaran melalui media massa untuk meningkatkan kesedaran kepada penunggang dan
pembonceng motosikal telah berjaya mengurangkan kematian sebanyak 260 orang pada tahun
berikutnya.
Keselamatan penumpang bas kini kurang terjamin kerana kebanyakan pemandu bersikap
sambil lewa dan kurang berhemah. Sikap pemandu bas telah mendorong kepada peningkatan
kematian pemandu dan penumpang bas sehingga mencecah 64 orang pada Jan-Sept 2007.
Manakala pada tahun 2006 bagi tempoh yang sama hanya mencatat sebanyak 26 orang. Bagi
kategori pemandu dan kelindan lori telah menyumbangkan kira-kira 3.73% daripada jumlah
keseluruhan atau sebanyak 174 orang bagi tempoh Jan-Sept 2006. Pada tempoh yang sama bagi
tahun 2007, bilangan kematian kategori ini telah menurun sebanyak 29 orang.
Dalam tempoh Jan-Sept 2006, kematian bagi pemandu dan kelindan van adalah sebanyak
73 orang. Bagi tahun berikutnya, kematian bagi kemalangan ini telah meningkat kepada 101 orang
berikutan kecuaian pemandu terutamanya pada waktu malam. Kemalangan maut bagi pemandu dan
kelindan pacuan 4 roda telah mencatat jumlah yang sama dengan kes pemandu / kelindan van bagi
tempoh Jan-Sept 2006. Bilangan kematian bagi kategori ini telah menunjukkan penurunan bagi
tempoh yang sama tahun 2007 iaitu mencatat 65 orang sahaja. Kemalangan yang membawa
4
kematian bagi kategori lain-lain pada tahun 2006 dan 2007 masing-masing sebanyak 48 orang dan
59 orang.
Kerajaan telah menanggung kerugian yang besar apabila kematian jalan raya meningkat
setiap tahun. Justeru, media massa perlu memperhebatkan lagi kempen kesedaran untuk
menyedarkan rakyat.
BAHAGIAN E
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. [ 15 ]
9. Berdasarkan jadual di bawah, huraikan perubahan import makanan bagi tahun 2000 hingga
2010(anggaran). Bincangkan sebab-sebab berlakunya penurunan dalam beberapa komoditi.
RM juta
Komoditi
2000 2005 2010*
Haiwan hidup 154.6 177.4 127.0
Daging dan Penyediaan Daging 771.4 1 054.4 1 262.0
Keluaran Tenusu 1 176.5 745.1 1 533.0
Sayur-sayuran dan Buah-buahan 1 585.2 1 515.1 1 482.1
Penyediaan Gula dan Madu 1 085.2 1 406.0 1 216.0
Penyediaan Bijirin 1 839.1 2 267.1 1 464.8
Ikan, Kerang, Kepah 1 085.8 851.9 841.0
Lain-lain 917.3 2 779.8 2 047.1
JUMLAH 8 615.1 10 796.8 9 973.0
10. Berdasarkan jadual di bawah, bandingkan pola eksport mengikut jenis yang dinyatakan di Malaysia.
Jelaskan mengapa keadaan sedemikian berlaku.
Malaysia: Komponen Eksport Barangan Malaysia bagi Tahun 2004 dan 2005
Soalan Tamat
5