Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Penghargaan Pertamanya saya memanjatkan kesyukuran kehadarat ilahi atas limpah dan keizinannya dapat saya menyiapkan tugasan

yang diamanahkan ini pada masa yang ditetapkan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih saya kepada Encik Patarai bin Haji Cholen, Pensyarah Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang telah membimbing saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tanpa bimbingan dan bantuan daripada beliau tidak mungkin dapat saya menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada warga Sekolah Kebangsaan Yaacob Latiff(1) yang telah memberikan kerjasama dan berkongsi ilmu yang mereka ada serta memberikan peluang kepada saya untuk mentakbir ujian pada Tahun 5. Terutama pada Guru Bahasa Malayu Tahun 5 iaitu Puan Suhaida binti Ahmad. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya iaitu Salwa Binti Ibrahim dan En. Mohd Nor Bin Hamzah. Tanpa restu dan keberkatan daripada mereka saya tidak mungkin berada di sini pada ketika ini. Akhir sekali terima kasih diucapkan rakan-rakan seperjuangan yang sedikit sebanyak membantu dalam menyiapkan kajian yang diberikan.

1.0 Pengenalan 1.1 Laporan sebelum Sebelum membuat soalan untuk ditakbir, saya telah melakukan satu nota grafik berkaitan dengan pentaksiran, pengujian dan penilaian. Nota grafik ini perlu dilakukan sebelum saya melakukan pratikum fasa kedua. Hal ini disebabkan oleh, semasa pratikum nanti, saya hanya perlu membina soalan dan mentakbir soalan. Ini akan memudahkan kerja sama semasa menjalani praktikum fasa kedua. Sebelum membina soalan, saya perlu membaca apa kehendak soalan. Selain daripada itu, saya juga perlu membuat sedikit kajian tentang soalan-soalan mengikut aras dan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Saya juga perlu menelaah

semula cara membuat soalan mengikut JSU. Setelah membina soalan, saya telah berjumpa dengan Encik Patarai bin Haji Cholen untuk diperiksa. Selepas di periksa oleh Encik Patarai bin Haji Cholen, saya mendapati banyak soalan yang salah dan perlu diperbetulkan semula. Setelah mendengar terangan daripada Encik Patarai bin Haji Cholen, saya telah membuat pembetulan ke atas soalan saya

berdasarkan beberapa tips yang telah diberikan. 1.2 Laporan semasa Pada hari selasa, 16 September 2013, pada jam 08.35 sehingga 09.35 saya telah mentadbir satu ujian ringkas kepada murid Tahun 5 Marikh di Sekolah Kebangsaan Yaacub Latiff(1). Sebelum memasuki kelas tersebut, saya perlu meminta kebenaran guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 iaitu Puan Suhaida binti Ahmad. Puan Suhaida memberikan kebenaran untuk mentadbir ujian Bahasa Melayu tersebut. Saya mengambil masa satu jam untuk proses mentadbir ujian tersebut. Sebelum

mengedarkan kertas ujian, saya perlu memberikan sedikit penerangan kepada murid Tahun 5 tentang Ujian tersebut. Saya juga perlu meminta kerjasama daripada murid tahun 5 untuk menjawab soalan tersebut agar mereka menjawab dengan bersungguhsungguh. Sebelum memulakan ujian, saya perlu mengira kehadiran murid tahun 5. Pada hari tersebut seramai 18 orang daripada 19 orang telah hadir.

Saya mula mengedarkan kertas pada jam 08.45. Murid dikehendaki menulis nama dan tahunpada kertas tersebut. Selepas memberikan kertas soalan, murid dikehendaki memeriksa kertas jawapan tersebut, jika terdapat kesilapan terhadap kertas soalan. Kertas ujian tersebut mengandungi 12 soalan objektif dan 6 soalan pemahaman. Murid mula menjawab pada jam 08.50 sehingga jam 09.20. murid diberikan masa selama setengah jam untuk menjawab soalan ini. Semasa murid menjawab soalan ini, saya perlu meronda untuk memastikan murid tidak meniru antara satu sama lain. Pada jam 09.20, masa untuk ujian telah tamat. Murid dikehendaki meletakkan pensil dan guru akan mula mengutip kertas soalan tersebut. Kemudian saya dikehendaki mengira jumlah kertas ujian tersebut agar tiada yang tercicir. Masa mentakbir ujian tamat pada jam 09.35. 1.3 Laporan selepas Selepas mentakbir soalan, saya perlu memeriksa ujian tersebut dan memberikan markah. Murid yang berjaya menjawab dengan betul akan diberikan hadiah atau ganjaran. Selepas memeriksa jawapan murid, saya perlu membuat data tentang jawapan yang diberikan. Data tersebut perlu dihuraikan melalui graf dan karangan. Kemudian, saya perlu membuat rumusan tentang data yang telah dihuraikan.

2.0 Dapatan

Hasil daripada pentakbiran ujian di Sekolah Kebangsaan Yaacob Latiff (1) , terdapat dua ketagori soalan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif ( pemahaman). Soalan objektif mengandungi 12 soalan yang terdiri daripada enam aras manakala soalan subjektif ( pemahaman) pula mengandungi enam soalan yang terdiri daripada enam aras.

2.1 Soalan objektif Soalan objektif merupakan soalan yang mempunyai jawapan yang tepat. Hanya satu jawapan sahaja yang betul. Dalam soalan objektif ini terdapat 12 soalan iaitu setiap aras mempunyai dua soalan yang terdiri daripada tatabahasa.

Soalan Objektif
18 16 14 12 10 8 6 4 2 0 Betul Salah

Graf 1.0 Soalan Objektif

Bil.

Aras soalan

Betul Jum. % 84 % 84 % 78 % 67 % 84 % 61 % 89 % 100% 44 % 84 % 72 % 33 %

Salah Jum. 3 3 4 6 3 7 2 0 10 3 5 12 % 16 % 16 % 22 % 33 % 16 % 39 % 11 % 0 56 % 16 % 28 % 67 %

Jum.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Pengetahuan Pengetahuan Kefahaman Kefahaman Aplikasi Aplikasi Analisis Analisis Sistesis

15 15 14 12 15 11 16 18 8 15 13 6

18 18 18 18 18 18 18 18 18 18 18 18

10. Sistesis 11. Penilaian 12. Penilaian

Jadual 1.0 Soalan Objektif Berdasarkan jadual 1.0 soalan objektif, soalan satu dan soalan dua , aras pengetahuan seramai 15 orang murid ( 84%) telah menjawab betul manakalah seramai 3 orang murid (16%) telah menjawab salah bagi jawapan tersebut. Soalan ketiga pula, aras kefahaman, seramai 14 orang ( 78%) telah menjawab betul, manakala seramai 4 orang (22%) telah menjawab salah bagi soalan tersebut. Soalan keempat pula aras kefahaman, seramai 12 orang (67%) boleh menjawab soalan tersebut, manakala murid yang tidak boleh menjawab soalan tersebut pula seramai 6 orang murid (33%). Seterusnya bagi soalan lima, aras aplikasi seramai 15 orang murid (84%) boleh menjawab soalan tersebut, tetapi 3 orang murid (16%) tidak dapat menjawab dengan baik. Soalan keenam pula, 11 orang murid (61%) menjawab dengan betul dan selebihnya iaitu 7 orang murid ( 39%) tidak berjaya menjaya dengan betul. Soalan aras analisis iaitu soalan yang ke tujuh pula, 16 orang murid dapat menjawab dengan betul dan terdapat dua orang murid ( 11%) menjawab salah untuk jawapan tersebut. Soalan yang kelapan aras analisis lagi, semua murid (100%) dapat menjawab dengan betul.

Seramai lapan orang (44%) menjawab betul bagi soalan sembilan aras sistesis, manakala seramai 10 orang murid (56%) tidak dapat menjawab soalan tersebut. Bagi soalan yang ke sepuluh, aras sistesis , 15 orang murid ( 84%) telah menjawab dengan betul dan 3 orang murid (16%) lagi tidak dapat menjawab dengan betul. Seramai 13 orang murid (72%) murid telah menjawab dengan betul bagi aras penilaian, soalan ke sebelas, manakala hanya lima orang murid (28%) tidak dapat menjawab dengan betul. Akhir sekali bagi soalan objektif, soalan yang ke dua belas, hanya enam orang murid (33%) dapat menjawab dengan betul dan 12 orang murid (67%) tidak menjawab dengan betul.

2.2 Soalan Subjektif (Kefahaman) Soalan subjektidf merupakan soalan yang mempunyai pelbagai jawapan yang logik yang boleh diterima. Dalam soalan ini terdapat enam soalan yang terdiri daripada pelbagai aras. Soalan ini dinamakan soalan kefahaman, murid perlu membaca teks terlebih dahulu sebelum menjawab soalan.

Soalan Subjektif
15 10 5 Betul 0 Salah

Rajah 2.0 Soalan Subjektif

Bil.

Aras soalan

Betul Jum. % 84 % 84 % 56 % 38 % 78 % 50 %

Salah Jum. 3 3 8 11 4 9 % 16 % 16 % 44 % 61 % 22 % 50 %

Jum.

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sistesis Penilaian

15 15 10 7 12 9

18 18 18 18 18 18

Jadual 2.0 Soalan Kefahaman Berdasarkan jadual di atas, seramai 15 orang murid (84%) telah menjawab dengan betul soalan yang pertama dan kedua bagi aras pengetahuan kefahaman . Manakala hanya tiga orang murid dan aras

(16%) sahaja yang tidak dapat

menjawab dengan betul. Bagi soalan yang ketiga, aras aplikasi, 10 orang murid ( 56%) telah menjawab dengan tepat dan lapan lagi ( 44%) tidak dapat menjawab dengan tepat. Seterusnya soalan aras sistesis, soalan yang ke lima, seramai 12 orang murid (78 %) telah menjawab dengan betul dan tepat manakala hanya empat orang ( 22%) sahaja tidak dapat menjawab dengan betul. Akhir sekali untuk soalan kefahaman aras yang terahkhir iaitu aras penilaian seramai sembilan orang murid (50%) dapat menjawab dan separuh lagi iaitu sembilan orang murid ( 50 %) tidak boleh menjawab dengan betul.

3.0 Rumusan Kesimpulannya, selepas mentakbir soalan ujian ini kepada murid, saya dapat memahami beberapa perkara. Pertama saya boleh mengetahui aras murid tersebut walaupun saya tidak mengajar Bahasa Melayu untuk kelas tersebut. Dalam kelas 5 Marikh ini, terdapat murid yang pandai dan terdapat juga murid yang kurang dalam matapelajaran. Semasa saya mentakbir soalan ini, terdapat seorang murid yang mempunyai salah satu dalam kesemua soalan yang dijawab. Dia memperoleh 94% dalam ujian Bahasa Melayu ini. Manakala terdapat seorang murid yang mendapat 27 %, dengan hanya betul 5 soalan daripada 18 soalan. Berdasarkan data yang saya kumpul diatas, saya mendapati terdapat soalan analisis yang kesemua murid boleh menjawab. Pada pandangan saya, jawapan untuk soalan analisis tersebut senang. tiada yang meragukan. Ini menyebabkan murid dapat menjawab dengan betul. Selain daripada itu, jawapan bagi soalan tersebut juga tiada kekeliruan diantara soalan yang lain. Murid boleh mengenal pasti jawapan yang betul dengan mudah. Soalan tersebut telah menjadi mudah walaupun soalan tersebut dikategorikan sebagai soalan analisis. Dalam soalan kefahaman, soalan yang keenam soalan penilaian, terdapat 50 % orang murid dapat menjawab dengan betul dan 50 % lagi menjawab salah. Saya mendapati separuh daripada kelas tersebut boleh berfikir diluar teks tersebut. Sembilan orang murid boleh menyatakan sebab amalan gotong-royong berkurangan dikawasan bandar dan separuh lagi murid tidak boleh berfikir. Terdapat juga pelajar yang tidak memahami soalan. Hal ini disebabkan oleh, kelas tersebut bercampur kebolehan dan dan tahap murid tersebut. Mengikut guru mata pelajaran Bahasa Melayu, terdapat dua orang murid yang agak kurang di dalam kelas tersebut. Mereka berdua berasal

daripada kelas 5 Musytari yang tidak mempunyai kemahiran membaca dengan lancar. Hampir keseluruhan kelas ini, dapat menjawab soalan aras tinggi dengan baik. Terdapat juga beberapa orang yang tidak boleh menjawab soalan aras tinggi dengan baik pada soalan objektif. Contohnya pada soalan yang kesembilan dan soalan yang ke 12. Hampir separuh kelas telah menjawab dengan salah. Hal ini disebabkan oleh,

kemungkinan, murid tersebut tidak pernah belajar tentang jenis kata majmuk. Murid yang lemah atau sederhana tidak dapat menjawab dengan baik berbanding dengan murid yang pandai. Bagi soalan 12 pula, hanya murid yang mempunyai IQ yang tinggi sahaja dapat menilai peribahasa yang diberikan. Manakala murid yang lemah tidak dapat memahami kehendak soalan tersebut. Soalan ini telah membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah. Bagi soalan kefahaman pula, hanya tujuh orang murid sahaja yand dapat menjawab dengan betul. Seramai sebelas orang murid tidak dapat menjawab dengan betul. Ini telah menunjukkan murid tidak mengetahui maksud peribahasa yang diberikan oleh guru. Saya mendapati murid kelas 5 Marikh ini kurang pendedahan kepada tatabahasa peribahasa. Peribahasa berat sama dipikul ringan sama dijinjing merupakan peribahasa yang sering digunakan untuk kerjasama. Pada pandangan saya, hanya murid yang pandai sahaja boleh menjawab soalan peribahasa ini dengan betul. Murid yang lemah hanya meniru semula jawapan didalam teks. Mereka juga tidak memahami maksud gotong-royong tersebut. Jika mereka dapat memahami maksud gotong-royong mereka boleh menjawab peribahasa tersebut dengan mudah. Akhirnya, saya mendapati kelas ini mempunyai murid yang pelbagai latarbelakang IQ. Guru perlu memberikan penekanan terhadap murid yang lemah dan tidak mengabaikan murid yang pandai. Terdapat juga murid yang mempunyai kotak ingatan yang singkat, menyebabkan mereka tidak dapat menyimpan memori dengan terlalu lama. Melalui ujian ini juga saya boleh mengetahui murid yang boleh menyimpan terus maklumat yang diajar oleh guru didalam kotak ingatan mereka atau tidak. Terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat menyimpan terus ke dalam kotak ingatan mereka. Mereka perlu mengulang-ulang semula apa yang diajar agar mereka dapat mengingati dengan cepat.

Bibliografi Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009). Murid dan Alam Belajar.Oxford Fajar Sdn.Bhd Khairuddin Mohamad, (2011). Literasi Bahasa Melayu.Oxford Fajar Bdn.Bhd. Kamaruddin Hj. Husin, (1999).Kemahiran Mendengar dan Bertutur .Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Jabatan Pendidikan Khas (1999a). Buku panduan perlaksanaan program pendidikan pemulihan khas. Kuala Kumpur. Ahmad Fazil IPTS. (2008),PISMP Literasi Bahasa. Jabatan PengajianMelayu

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) BAHASA MELAYU TAHUN 5 NO. SOALAN


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22

TAJUK / BIDANG 1
Kata Nama Kata Adjektif Kata kerja Kata Tanya Kata Seruan Kata Hubung Kata Sendi Nama Kata Perintah Kata Bilangan Kata Bantu Kata Majmuk Kata Terbitan Kata Ganda Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk Jenis Ayat Huruf Besar dan Tanda Bacaan Peribahasa Kata Sinonim Kata Antonim Kata Banyak Makna Penanda Wacana Soalan petikan 1 Jumlah
/

ARAS KESUKARAN 2 3 4 5
/ / / /

/ /

/ / / / / / 3 / 3 / 3 / 3 / 3 / 3

ARAS KESUKARAN

RENDAH SEDERHANA SUKAR JUMLAH SOALAN

6 6 6 18

Aras Taksonomi Bloom : 1 2 3 : : : Pengetahuan Kefahaman Aplikasi 4 5 6 : : : Analisis Sintesis Penilaian

You might also like