REFLEKSI CERAMAH Etika makanBIG FASA III

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

REFLEKSI CERAMAH BIG FASA III Fatin Daratul Ain bt Johari Pada 23 Februari 2013 yang lalu, sebuah

ceramah bagi Program Bina Insan Guru fasa III telah dilaksanakan dengan jayanya. Program Ceramah Protokol dan Etiket yang berlangsung pada hari Sabtu petang ini melibatkan kesemua pelajar PISMP Sem 3 ambilan Januari 2012.Ceramah yang bermula dari jam dua hingga lima itu dikendalikan oleh penceramah Puan Rohana Binti Mohamad iaitu wakil daripada Nur Beauty Academy. Terdapat dua slot bagi program ceramah ini iaitu slot pertama berkenaan Etika di Meja Makan manakala slot kedua adalah berkaitan dengan Pengurusan Majlis. Bagi slot pertama, pelajar diperkenalkan dengan pelbagai etika atau adab tertib di meja makan. Objektif slot ini adalah untuk mengetengahkan penilaian baik dan buruk perilaku manusia ketika berada dalam ruang waktu tertentu dan hal ini termasuklah ketika makan. Penceramah turut menyentuh bahawa perilaku seseorang di meja makan merupakan penilaian refleksi personaliti seseorang individu tanpa mereka sedari. Justeru itu, amat penting bagi seorang bakal pendidik untuk mengetahui sedikit sebanyak ilmu berkenaan tatatertib di meja makan agar dapat menjaga imej seorang guru dan secara tidak langsung memperbaik adab kelakuan ketika makan. Etika makan ini seringkali diperhatikan ketika menghadiri majlis-majlis makan rasmi. Bagi kedua-dua jantina lelaki mahupun perempuan, terdapat dos and donts yang perlu dipatuhi misalannya bagi lelaki adalah tidak sopan untuk merokok ketika berada di meja makan samada sebelum mahupun selepas makan. Bagi wanita pula, tas tangan tidak diletak di atas meja walau sekecil mana pun tas tangan itu kerana meja adalah tempat untuk meletakkan makanan dan perkakas. Selain itu, penceramah turut memberi input untuk membezakan apakah yang dimaksudkan dengan perkakasan dan peralatan. Perkasasan merupakan alatan-alatan yang digunakan ketika di meja makan manakala peralatan adalah alat yang melibatkan penggunaan soket dan elektrik. Setelah itu slot ini diisi dengan pengetahuan berkenaan

cara menggunakan napkin, perkakasan di meja makan dan cara menggunakan perkakasan. Terdapat banyak input dan maklumat baru yang saya perolehi daripada program ceramah kali ini. Bagi pelajar opsyen RBT, topik ini mungkin merupakan makanan ruji bagi mereka, namun bagi pelajar Tesl, isu seperti cara melipat napkin, susunan sudu garfu, pinggan dan cawan merupakan asing bagi saya yang jarang mengikuti majlis makan malam formal. Melalui ceramah ini saya dapat mengenalpasti jenis-jenis sudu, garfu dan pisau serta kegunaannya mengikut susunan sekiranya susunan perkakasan bagi jamuan makan adalah untuk menu barat. Selain itu, slot ini turut mengajar cara menggunakan perkakasan secara praktikal apabila penceramah memanggil beberapa nama pelajar daripada pelbagai opsyen untuk tujuan demonstrasi. Hal ini bukan sahaja memberi pengalaman segar malah, pelajar dapat mempraktikkan teori yang mereka perolehi semasa ceramah diberi. Malah, menerusi slot, nilainilai murni seperti adab di meja makan harus dipahat dalam kepala setiap bakal guru apatah lagi guru mencerminkan role model dan contoh kepada pelajar selain ibu bapa. Sekiranya guru tidak mengamalkan kebersihan dan tatatertib asas ketika makan, apakah pelajar masih akan hormat mendengar arahan guru? Selain itu, hal ini turut berkaitrapat dengan nilai keagamaan iaitu kebersihan, kekemasan dan patuh pada peraturan. Justeru itu, guru yang lengkap holistiknya pasti perlu mengamalkan adab dan tatasusial di meja makan ini. Untuk membentuk modal insane yang holistik dalam diri pelajar, guru hendaklah menagambil langkah pertama dan melengkapkan diri sebaiknya. Bagi slot kedua, kami diberi pencerahan tentang pengurusan majlis. Objektif kursus ini tertumpu kepada pendedahan kepada pelajar tentang perancangan dan pelaksanaan majlis. Selain itu, penceramah memberi input dan tips kemahiran asas yang cukup dalam bidang pengurusan majlis. sesebuah majlis formal tidak boleh dilaksanakan semberono kerana ia perlu mengikut protokol majlis agar dapat mengelakkan kelam kabut serta pembaziran masa, kos dan tenaga. Jenis-jenis majlis yang melibatkan protokol ialah majlis penuh istiadat, majlis rasmi dan formal, majlis rasni tetapi tidak formal, majlist tidak tidak rasmi tetapi formal dan majlis tidak rasmi dan tidak formal.

Untuk mengadakan sesuatu majlis, seseorang hendaklah mempunyai perancangan yang terperinci dan pengurusan yang bagus. 3S dalam pengurusan dan pengendalian majlis rasmi ialah Sebelum, Semasa dan Selepas. Dalam ceramah tersebut, turut disentuh berkenaan perancangan, persediaan, pelaksanaan dan post mortem majlis dari fasa penubuhan jawatankuasa dan bidang tugas hinggalah susunan tempat duduk dalam majlis rasmi serta penggunaan gelaran dalam ucapan pengerusi majlis. Persediaan awal sebelum majlis antaranya ialah kad jemputan & jawapan, aturcara majlis, teks ucapan aturcara majlis, penyambut tetamu, pegawai protokol/pengiring tetamu, kesesuaian pakaian dalam majlis, cara jamuan dan susunan tempat duduk merupakan atara aspek yang dititikberatkan dalam memastikan kelancaran majlis. Terdapat juga konsep 5M dalam pengurusan majlis yakni Merancang, Mengatur, Memimpin, Menyelaras dan Mengawal. Sekiranya kelima-lima konsep ini dapat dipegang dengan teguh, maka pelaksanaan sesuatu majlis itu akan berjalan dengan lancar. Sebagai bakal guru, kursus pengurusan majlis ini amat penting kerana guru merupakan antara individu yang sering mengadakan majlis samada di peringkat sekolah, daerah mahupun negeri. Justeru itu, asas yang kuat berkenaan protokol majlis amat berguna untuk kegunaan masa hadapan kelak. Pengurusan majlis tanpa protokol ibarat membina rumah tanpa tiang. Kelemahan program ceramah ini dilihat dari segi penetapan masa bagi slot. Hal ini kerana bagi slot pertama iaitu Etika di Meja Makan mengambil terlalu panjang masa sehinggakan waktu untuk slot yang kedua yakni slot Pegurusan Majlis terpaksa dipotong sedikit berikutan kekangan masa. Selain daripada faktor itu, program ceramah ini dilihat sebagai satu lagi program Bina Insan Guru yang dijalankan dengan jayanya serta mencapai objektif kearah membentuk guru yang cemerlang secara holistik.

You might also like