Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Pengerusi : Bolehkah En. Ng memberi sedikit perkongsian tentang kegunaan sinaran dalam bidang pertanian?

Sinaran mempunyai pelbagai kegunaan dalam bidang pertanian terutamanya bagi meningkatkan hasil pelbagai tanaman; pengurusan tanah dan baja. Pembangunan teknik yang tepat dan jitu dalam bidang pertanian ini dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti tanaman; pembangunan kaedah berkesan untuk kawalan penyakit dan hama serangga, kesihatan dalam pengeluaran hasil ternakan serta pengurusan air yang efisien untuk tujuan aktiviti pertanian. Dalam konteks ini, radioisotop banyak digunakan sebagai penyurih atau lebih dikenali sebagai teknik radiopengesan terutamanya dalam kajian yang berkaitan dengan metabolisme haiwan, pengambilan nutrisi oleh tumbuhan melalui baja dan menjejaki pergerakan air untuk meningkatkan kualiti sistem pengaliran. Teknik radio pengesan banyak digunakan dalam kajian ke atas hubungan tanah dengan tanaman untuk tujuan peningkatan pengeluaran makanan, keselamatan dan menjamin bekalan makanan, Radioisotop yang biasa digunakan sebagai penyurih dalam bidang pertanian dan penternakan ialah fosforus-32 (32P), nitrogen-15 (15N), kalium42 (42K), karbon-14 (14C), sultur3S (35S), ferum-59 (59Fe), iodin-131 (1311 ), tritium (3H)dan klorin-35 (35C1). Sinaran mengion digunakan untuk mengubah genetik bijih benih yang lebih dikenali sebagai teknik mutasi aruhan tumbuhan, iaitu bijih benih atau bahagian tertentu tumbuhan akan diaruh oleh sinaran mengion dos rendah. Kini, teknik ini banyak digunakan dalam pengeluaran pelbagai mutan baharu tanam-tanaman seperti tanaman hiasan, padi, pisang, jagung, kacang tanah, kacang soya, dokong, kapas, kelapa sawit dan lainJain. Selain itu, teknik sinaran mengion digunakan untuk mengawal serangga perosak melalui teknik pemandulan serangga. Dalam konteks ini, sinaran mengion yang biasa digunakan ialah sinar-X, sinaran gama yang terhasil daripada kemudahan penyinaran gama yang menggunakan punca radioaktif kobalt-60 (60C0) dan sesium-137 (137Cs); dan alur elektron daripada pemecut elektron. Lain-lain penggunaan sinaran mengion ialah mengitar semula sisa pertanian melalui proses pemecahan komponen polimer asli untuk mendapatkan

produk bernilai tinggi. Sebagai contoh, pensterilan sisa selulosa daripada kelapa sawit untuk digunakan sebagai substrak untuk penanaman cendawan dan menghasilkan makanan haiwan serta baja komposit. Pengerusi : Bolehkah En. Ng memberi maklumat yang lebih lanjut? Dalam bidang pertanian, sinar radioaktif mempunyai manfaat yang sangat besar, Ia digunakan dalam mutasi tanaman untuk menemukan varietas unggul. Salah satu cara untuk mendapatkan rangkaian sifat yang baik iaitu dengan mengubah faktor pembawa sifat (gen). Perubahan gen yang dapat menyebabkan perubahan sifat makhluk hidup dan diwariskan disebut mutasi. Sinar radioaktif yang biasanya digunakan untuk mutasi adalah sinar gamma yang dipancarkan dari radioaktif Cobalt-60. Contohnya adalah padi atomita dan kedelai muria. Seterusnya dalam pemberantasan hama tanaman. Penggunaan sinar radioaktif untuk pemberantasan hama tidak untuk mematikan hama tetapi untuk memandulkan hama. Sejumlah serangga jantan diradiasi dengan sinar gamma dalam dosis tertentu sehingga mengalami kemandulan (steril). Sehingga sperma yang dihasilkan tidak dapat membuahi sel telur. Cara ini dikenal dengan istilah teknik jantan mandul. Dengan penggunaan teknik ini, maka populasi hama akan menurun secara lambat dan bertahap tanpa mengganggu ekosistem. Sinar radioactive juga digunakan dalam pengawetan makanan. Dilakukan agar bahan makanan yang disimpan tidak mudah rusak. Pengawetan makanan secara tradisional seperti pengeringan, pemanasan, dan pengasapan masih memiliki kekurangan karena pada jenis makanan tertentu sifat makanan dapat berubah, ditumbuhi jamur, dan dapat diserang serangga. Penemuan cara pengawetan dengan teknik radiasi dapat meminimalkan kerusakan yang terjadi pada makanan. Q : Terima kasih kepada En. Ng atas perkongsian beliau tadi.

You might also like