Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

PRA3106 (Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah)

PENGENALAN SENI VISUAL

Membentuk dan membuat binaan

Menggambar

Seni Visual Teknik &Media

Membuat corak dan rekaan

Kraf Tradisional

Rajah 1 : Empat bidang kegiatan dalam Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah

PRA3106 (Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah)

Lukisan

Catan

Kolaj

Mozek

Montaj

Capan

Teknik Menggambar

Cetakan

Gurisan

Resis

Percikan

Stensilan

Gosokan

Rajah 2: Terknik- teknik Mengambar

PRA3106 (Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah)

KRAF TRADISIONAL

Kraf Tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja-kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing.

Kraf tradisional terdiri daripada 8 jenis, iaitu: 1. Alat Domestik 2. Seni Tekat 3. Alat Permainan 4. Tembikar 5. Alat Pertahanan Diri 6. Seni Anyaman 7. Batik 8. Seni Ukiran Kayu

PRA3106 (Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah)

Anyaman Anyaman merupakan satu proses menjalin helaian daun pandan, mengkuang, bilah buluh, rotan, lidi, bertam, paku-pakis ribu-ribu atau bahan-bahan lain dengan menggunakan cara dan peraturan tertentu melalui teknik selang-seli helaian antara satu sama lain. Kelarai ialah corak atau motif berbentuk dam pada anyaman yang melalui proses tranformasi idea daripada alam semulajadi. Anyaman yang tidak berkelarai disebut anyaman biasa atau ghadas. Anyaman yang lengkap harus dihiasi dengan kelarai. Dua jenis warna yang kontra digunakan bagi menunjukkan kesan. Pembikinan kelarai adalah dirancang dengan menggunakan mata atau langkah yang betul dan tepat. Kelarai ini diantaranya ialah: Kelarai berakar Kelarai anak ikan Kelarai beras patah Kelarai kepala lalat Kelarai bunga cengkeh Kelarai mata punai Kelarai tampuk manggis Kelarai sisik kelah Kelarai bunga mempelas Kelarai tapak harimau

PRA3106 (Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah)

BATIK

Batik merupakan sejenis kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mewarnakan kain. Batik tulis, batik lukis dan batik canting merupakan satu kaedah baru membuat batik. Untuk kanak-kanak prasekolah, batik boleh dilakukan di atas kertas putih dan menggunakan lilin pengganti damar. Kemahiran yang boleh di dapati dalam membuat batik ialah memanipulasi bahan, alat dan teknik. Bahan-bahan yang boleh digunakan ialah: 1. Kertas lukisan 2. Lilin 3. Warna air kemahiran

PRA3106 (Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah)

ANYAMAN

Anyaman merupakan satu proses menjalin helaian daun pandan, mengkuang, bilah buluh, rotan, lidi atau bahan-bahan lain dengan menggunakan cara dan peraturan tertentu melalui teknik selang seli helaian anatara satu sama lain. Seni anyaman adalah seni kraftanagan yangmuncul dan berkembang tanpa pengaruh luar. Proses anyaman adalah berbeza mengikut bahan asas yang digunakan. Bahan-bahan asas yng digunakan untuk kanak-kanak prasekolah: 1. Kertas A4 2. Kertas warna 3. Gunting Kemahiran yang kanak-kanak prasekolah dapat melalui aktiviti anyaman ini ialah kemahiran mata tangan dan kreativiti.

PRA3106 (Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah)

MOZEK

Mozek ialah susunan bahan yang ditampal di atas satu permukaan kertas secara sebelah menyebelah dan tidak bertindih-tindih. Susunan bahan yang ditampal perlu mengikut corak yang dirancang. Bahan yang digunting, dipotong atau ditamapal mengikut lakaran corak. Bahan yang sesuai adalah kertas warna-warni.

Bahan yang digunakan ialah: 1. Kertas lukisan atau kertas A4 2. Kertas warna 3. Gam 4. Gunting

Kemahiran mata tangan dapat dilihat semasa melakukan aktiviti mozek ini.

PRA3106 (Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah)

KOLAJ

Kolaj bermaksud menggumpul dan menampal bahan-bahan seperti perca kain, kertas, gambar dan sebagainya di atas permukaan tertentu engikut corak yang dirancang.

Bahan-bahan yang digunakan ialah: 1. Kertas A4 2. Kertas warna 3. Gunting 4. Gam

Kemahiran yang boleh didapati semasa aktiviti ini dijalankan ialah kemahiran berfikir serta kemahiran motor halus.

PRA3106 (Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah)

PERCIKAN

Bahan warna boleh dipercik dari sesuatu alat. Misalnya warna air boleh dipercik dari berus. Hasilnya ialah jalinan bertitik-titik. Sesuatu objek atau kertas yang berubah bentuk boleh digunakan untuk menghalang percikan itu kermukaan kertas. Objek atau kertas berubah bentuk itu boleh diubah kedudukannya supaya kesan tindihan berlaku apabila warna kedua dipercikan.

Kemahiran motor halus dan kemahiran mata tangan diperolehi semasa melakukan aktiviti ini.

Bahan yang diguanakan: 1. Kertas A4 2. Warna air 3. Berus gigi

PRA3106 (Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah)

GURISAN

Untuk menghasilkan karya dengan teknik gurisan, boleh menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapislapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas.

Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastic boleh digunakan untuk menguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.

Antara bahan yang digunakan ialah: 1. Kertas A4 2. Krayon 3. Lidi

PRA3106 (Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah)

CAPAN

Capan ialah teknik mengecap dengan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai jalinan tertentu. Capan adalah berbeza dengan cetakan kerana tidak perlu disediakan blok cetakan.Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan dipermukaan bahan semulajadi atau bahan alam tersebut. Contohnya, cap jari

menghasilkan kesan yangsama dengan jalinan yang ada pada jari.

Bahan yang boleh digunakan: 1. Batang betik 2. Batang pisang 3. Bawang besar 4. Kertas A4 5. Warna air

Kemahiran yang di dapati dari aktiviti capan ini ialah kemahiran berfikir dan kemahiran memanipulasikan bahan, alat serta teknik.

PRA3106 (Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah)

TIUPAN

Teknik tiupan ini menggunakan mulut atau selain mulut yang boleh mengeluarkan angin. teknik tiupana angin ini senang sahaja dan amat menarik kerana selain membuat corak (tidak terancang ) kita boleh juga menjadikan teknik ini sebagai menggambar. Contohnya seperti membuat ranting-ranting katu atau pokok yang rendang.

Antara bahan-bahan yang digunakan ialah: 1. Straw 2. kertas lukisan 3. warna air

Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik,

PRA3106 (Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah)

TITISAN

RENJISAN

LIPATAN

CORAK TIDAK TERANCANG

IKATAN DAN CELUP

TARIKAN

PUALAMAN TIUPAN

Rajah 3: Teknik corak tidak dirancang

You might also like