Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

GLUL3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

Pendahuluan Perlembagaan Malaysia dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan yang mengandungi 183 Perkara adalah merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.1 Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuat kuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Ia bermula daripada satu persidangan perlembagaan yang telah diadakan di London pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada Persekutuan Malaya, yang mengandungi empat wakil pemerintah iaitu Ketua Menteri Persekutuan dan tiga menteri-menteri lain dan juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya.2 Perlembagaan Persekutuan mengandungi pelbagai peruntukan mengenai susunan sosial, atau adat-susila dan amalan ketatanegaraan untuk menjamin keharmonian, perpaduan, kemakmuran, keselamatan serta kelangsungan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk. Susunan ini merangkumi aneka cabang kehidupan termasuk mengenai Islam dan lain-lain agama, kesamarataan, kebebasan dan kewarganegaraan, keselamatan negara, keistimewaan bangsa Melayu dan

bumiputera serta kepentingan sah rakyat bukan Melayu. Memandangkan Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di Malaysia dan menjadi tunggak kepada semua undang-undang, maka semua undang-undang yang digubal tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan persekutuan. Jika wujud percanggahan, undang-undang tersebut dianggap terbatal setakat mana ia bercanggah. Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan
1 2

http// Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.htm Ibid 1

1 No.Matrik : 201785

GLUL3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

berperanan menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat. Perlembagaan juga merupakan suatu kumpulan undang-undang dasar yang menentukan cara pemerintahan sesebuah negara itu dijalankan.

Perlembagaan menerangkan kuasa-kuasa yang dipunyai oleh pelbagai anggota sesebuah negara tersebut, hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah dan perhubungan antara yang memerintah dengan orang yang diperintah. Profesor Dicey di dalam Tun Mohd. Salleh Abas, 1997 berpendapat bahawa undang-undang perlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja, iaitu prinsip kedaulatan parlimen dan prinsip undang-undang. Sebagai undang-undang utama di sebuah negara, perlembagaan mengandungi pelbagai peruntukan, antara lain Badan Perundangan iaitu Parlimen, Badan Pemerintah seperti Jemaah Menteri, mahkamah dan lain-lain. Perlembagaan juga mengandungi peruntukan-peruntukan lain seperti kenegaraan, kebebasan asasi, agama, bahasa kebangsaan dan sebagainya. Menurut Md. Bohari Ahmad pula, perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas negara. Perlembagaan wujud daripada kehendak keadaan semasa dan diasaskan atas kebolehan kerajaan untuk menjamin semua yang terkandung di dalam perlembagaan itu. Jika undang-undang yang dikanunkan berlandaskan perlembagaan yang tidak dapat dijalankan atau hak yang dijanjikan di dalamnya tidak dapat ditunaikan, maka perlembagaan itu tidak bermakna. Oleh itu, perlembagaan mestilah dipegang teguh dan seimbang dengan hasrat orang ramai. Yang nyata ialah perlembagaan bukan sahaja merupakan sebuah fikiran atau syor, tetapi merupakan undang-undang agung negara

2 No.Matrik : 201785

GLUL3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

ISU-ISU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA 1. Adakah kedudukan kebebasan asasi yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan bersifat mutlak. Hak-hak asasi di Malaysia terkandung di dalam sembilan peruntukan di bawah bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan di bawah tajuk Kebebasan Asasi. Ia bermula dengan Perkara 5 yang mengkanunkan apa yang dipanggil kebebasan diri dan berakhir dengan Perkara 13 yang melindungi hak terhadap harta. Satu aliran yang jelas dalam tiap-tiap peruntukan di bawah Bahagian 2 itu ialah betapa hak-hak tersebut tidak bersifat mutlak. Semua peruntukan-peruntukan tersebut tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan melalui undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen. Apa yang menjadi masalah di sini ialah tafsiran kepada undang-undang itu sendiri. Perkara yang dikatakan undang-undang itu dibataskan kepada apa-apa sahaja undang-undang tidak kira sebagaimana zalim atau tidak munasabah sekalipun yang diluluskan oleh Parlimen. Kesan negatif pendekatan atau tafsiran yang sedemikian ialah betapa perlembagaan meskipun undang-undang tertinggi negara pada hakikatnya tidak lagi menjadi rujukan asas kepada hak-hak yang dikatakan sebagai kebebasan asasi itu. Sebaliknya hak-hak asasi itu pada praktiknya merujuk kepada kehendak Parlimen serta tafsiran mahkamah itu sendiri. Salah satu kelemahan yang sering disuarakan berhubung dengan masalah hak-hak asasi di Malaysia ialah betapa perlembagaan kita tidak cukup lengkap. Perlembagaan kita dikatakan tidak serba merangkum. Antara yang disebut di dalam ini termasuklah apa yang dipanggil sebagai larangan terhadap penderaan, hak untuk hidup dalam persekitaran yang tidak dicemari dan sebagainya. Sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi kayu ukur kepada undangundang dan tindakan pihak-pihak berkuasa, peruntukan perlembagaan boleh digunakan untuk mempersoalkan sama ada undang-undang lain sah atau

3 No.Matrik : 201785

GLUL3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

sebaliknya. Bagaimanapun oleh sebab perlembagaan telah mengizinkan Parlimen mengenakan sekatan atas pelbagai alasan maka pada hakikatnya kebanyakan hak yang diisytiharkan sebagai asasi itu hanya tinggal nama sahaja. Contohnya di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan

memperuntukkan kebebasan bersuara, berhimpun secara aman tanpa senjata dan berpersatuan kepada seluruh rakyat Malaysia. Bagaimanapun, ianya masih lagi terdapat sekatan berpaksikan kepada ketenteraman awam dan keselamatan nasional. Isu ini jelas dapat dilihat di dalam kes Madhavan Nair & Anor lwn Public Prosecutor. Perayu di dalam kes ini telah didakwa atas kesalahan menyalahi syarat-syarat untuk membuat perjumpaan terbuka di mana di dalam perjumpaan itu tidak boleh sama sekali merujuk kepada keputusan ujian M.C.E dan status Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi kebangsaan. Peguam perayu telah menyatakan bahawa syarat tersebut telah ultra vires artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu syarat tersebut adalah terbatal. Hakim bicara mahkamah rendah telah memutuskan kes ini untuk di dengar di Mahkamah Tinggi. Justeru, Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa syarat perjumpaan tersebut adalah tidak bertentangan dengan artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu, pihak polis mempunyai kuasa di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967 untuk mengenakan apa-apa syarat. Jelasnya di sini, kebebasan untuk berhimpun tersebut telah disekat oleh Akta Polis 1967 walaupun perkara yang dilakukan oleh perayu itu secara zahirnya tidak langsung menyentuh isu keselamatan negara dan sebagainya.

RUMUSAN Secara umumnya, sebagaimana yang diketahui, perundangan di Malaysia telah digubah oleh badan legislatif. Prinsip di dalam setiap undang-undang adalah untuk memberi keadilan, kebebasan, kesamarataan dan pelbagai lagi. Dengan

adanya undang-undang, keadilan dapat ditegakkan dan rakyat boleh hidup dalam
4 No.Matrik : 201785

GLUL3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

negara

yang

aman.

Prinsip

kebebasan

asasi

yang

dijanjikan

di

bawah

Perlembagaan Persekutuan jelas tidak bersifat mutlak dan tertakluk kepada undangundang lain yang diluluskan oleh parlimen. Pada pandangan saya, prinsip perundangan ini bukan hanya untuk melindungi persekutuan, malah untuk melindungi kepentingan kerajaan. Walaupun, jelas masih terdapat beberapa lakuna pada Perlembagaan Persekutuan Malaysia, isu kebebasan hak asasi ini seharusnya tidak menjadi isu yang besar di dalam negara. Terdapat beberapa negara yang perlembagaan mereka juga tidak begitu sempurna atau lengkap namun pelaksanaan hak asasi tidak menjadi isu yang besar contohnya seperti di sesetengah negara seperti United Kingdom, malah terdapat negara yang langsung tidak mempunyai perlembagaan bertulis pun. Ini bermakna bahawa meskipun perlembagaan bertulis yang mengkanunkan peruntukan-peruntukan hak asasi itu penting tetapi apa yang lebih kritikal dalam menjamin perlindungan dan pelaksanaan hak-hak asasi ini ialah sikap dan komitmen pihak berkuasa dalam mentafsir peruntukan-peruntukan perlembagaan kerana keputusan dan tindakan mereka memberi kesan secara langsung kepada rakyat.

2. Sejauhmanakah kedudukan umat Islam dan peruntukan kebebasan beragama di Malaysia yang tertakluk di bawah perlembagaan

persekutuan. Terdapat beberapa perkara pokok yang hendak diperhatikan di bawah tajuk kecil ini iaitu: Kedudukan Islam dalam kerangka perlembagaan. Bagaimana mahkamah melihat kedudukan Islam dalam rangka ia

menafsirkan peruntukan-peruntukan yang mempunyai kesan kepada umat Islam. Sejauh mana ketertinggian agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini.
5 No.Matrik : 201785

GLUL3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

Kebebasan beragama ialah prinsip yang menyokong kebebasan individu atau masyarakat untuk mengamalkan agama atau kepercayaan secara tertutup atau terbuka. Kebebasan beragama termasuk kebebasan untuk menukar agama dan tidak mengikut apa-apa agama. Dalam negara yang mengamalkan kebebasan beragama, agama-agama lain bebas diamalkan dan pemerintah tidak menghukum atau menindas pengikut kepercayaan yang lain daripada agama rasmi. Perkara 18 dalam Konvensyen Antarabangsa PBB tentang Hak-Hak Sivil dan Politik menyatakan dasar yang menafikan kebebasan seseorang untuk

mengamalkan agamanya adalah satu kezaliman rohaniah. Kebebasan beragama merupakan satu konsep perundangan yang berkaitan, tetapi tidak serupa dengan toleransi agama, pemisahan di antara agama dan negara, atau negara sekular. Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat yang diterima oleh 50 anggota Perhimpunan Agung PBB pada 10 Disember 1948, dengan lapan berkecuali, di Paris, mentakrifkan kebebasan beragama sebagai: "Setiap orang berhak kepada kebebasan berfikir, berkeyakinan dan beragama; hak-hak ini termasuk kebebasan untuk menukar agama atau kepercayaan, dan kebebasan, sama ada bersendirian atau dalam masyarakat bersama orang lain dan dalam ruang terbuka atau peribadi, untuk menzahirkan agama atau kepercayaannya dalam pengajaran, perbuatan, penyembahan dan pengamalan agama." Kedudukan Islam di dalam perlembagaan tidak jelas. Ada berpendapat bahawa Islam hanya merupakan faktor yang mewarnakan ciri perlembagaan. Dengan kata lain ia tidak mempunyai implikasi yang mendasar kepada kerangka perlembagaan keseluruhannya. Pendapat lain berhujah bahawa perlembagaan boleh menjadi kerangka pelaksanaan Islam sekiranya perubahan-perubahan yang perlu dibuat. Mengenai tafsiran mahkamah dan kesannya terhadap kedudukan Islam kita perlu memperincikan beberapa kes yang secara langsung menyangkut kedudukan du bawah Bahagian 2. Kes yang paling awal mengenai kebebasan beragama ialah Re Susie Teoh yang menyentuh hak untuk orang bukan Islam memeluk Islam. Apa yang berlaku dalam kes ini ialah seorang gadis di bawah umur (yakni kurang 18

6 No.Matrik : 201785

GLUL3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

tahun) memeluk Islam dengan kerelaan hatinya sendiri tetapi tidak diizinkan oleh bapanya. Ini menyebabkan si bapa membawa kes ini ke mahkamah dan menghujahkan bahawa oleh sebab anak gadisnya masih di bawah umur maka hak menukar agama hendaklah dibuat hanya dengan persetujuannya sebagai bapa. Kes ini telah didengar di Mahkamah Tinggi di mana hakim Mahkamah Tinggi telah menolak hujah ini dan memutuskan bahawa oleh sebab si gadis telah mencapai umur baligh (yakni mengikut hukum Islam) maka ia mempunyai kebebasan dan keputusannya untuk memeluk Islam tidak boleh diisytiharkan sebagai tidak sah. Bapa gadis ini telah membuat rayuan ke Mahkamah Agung. Mahkamah agung memutuskan bahawa dalam kes-kes yang sensitif begini ia perlu mengambil kira sensitiviti pelbagai pihak dan memutuskan bahawa sesiapa yang masih berada di bawah umur maka hak memilih agama hendaklah diputuskan oleh ibu bapanya atau penjaganya. Justeru, Mahkamah Agung telah menolak keputusan Mahkamah Tinggi. Antara lain kes berhubung isu ini adalah di dalam kes Halimatussadiah

lawan Public Service [1992] 1 MLJ 517 di mana plaintif seorang kerani di pejabat penasihat tundang-undang negeri telah memakai purdah semasa waktu pejabat di mana perbuatan ini adalah bersalahan dengan surat pekeliling perkhidmatan yang telah dikeluarkan. Di dalam surat ini telah menyatakan apa-apa pakaian yang menutup muka tidak boleh di pakai semasa bekerja. Ini bermakna hak untuk

seorang wanita Islam mengamalkan agamanya iaitu hak untuk mengenakan purdah telah disentuh di dalam kes ini. Plaintif telah dibuang kerja dan beliau telah membawa kes ini ke Mahkamah dan menghujah bahawa dalam mengeluarkan perintah tersebut pihak kerajaan telah mencabul hak kebebasan beragama. Bagaimanapun, Mahkamah menolak hujah ini dan memutuskan bahawa pekeliling tersebut tidak membawa kesan tersebut kerana perlembagaan sendiri telah memutuskan bahawa hak kebebasan beragama adalah tidak mutlak. Di dalam kes Meoratiqurrahman juga dapat dilihat isu mengenai kebebasan agama telah dibangkitkan. Isu ini berbangkit ekoran tindakan tegas Pihak Sekolah Kebangsaan Felda Serting Hilir Jempol Negeri Sembilan memecat 3 orang pelajarnya yang memakai serban ke sekolah iaitu Meor Atiqulrahman bin Ishak,
7 No.Matrik : 201785

GLUL3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

Syed Abdullah Khaliq Aslamy bin Syed Ahmad Johari dan Syed Ahmad Syakur Dihya bin Syed Ahmad Johari. Kes ini pernah dibicarakan di Mahkamah Tinggi Seremban (dikenali sebagai kes Meor Atiqurrahman & Ors vs Fatimah Sihi Abdullah & Ors) dan dimenangi oleh pihak pelajar (plaintif). Rayuan telah dibuat dan kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi Persekutuan (Bidang Kuasa Rayuan) dengan permohonan sivil No. 01 3 2005 (N). Mahkamah Persekutuan (3 panel hakim : Tan Sri Abdul Malek Ahmad, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong dan Dato' Abdul Hamid bin Hj. Mohamad) (12 Julai 06) telah memutuskan kes ini dimenangi oleh pihak Fatimah Sihi dan Kerajaan Malaysia yang mana bertindak sebagai Perayu

RUMUSAN Kesan yang jelas daripada kes-kes ini ialah betapa agama Islam tidak diberikan kedudukan yang seharusnya dalam pelaksanaan kebebasan beragama. Sepatutnya, Islam diberikan kedudukan yang istimewa selaras dengan

kedudukannya sebagai agama rasmi persekutuan. Di dalam ketiga-tiga kes yang telah dibincangkan, dapat dilihat bahawa kedudukan umat Islam dan agama Islam adalah tidak selari sebagaimana yang telah diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Perlu dicatatkan bahawa apabila kita menyebut keperluan Islam diberikan kedudukan istimewa ia bukanlah prinsip yang ganjil kerana ia telah tertakluk di dalam perundangan tertinggi sebagai agama rasmi persekutuan. Sesiapa yang biasa mengikuti kes-kes yang melibatkan konflik antara prinsip Inggeris dan prinsipprinsip asing akan melihat betapa prinsip dan nilai Inggeris diberi keutamaan. Secara logiknya, mengapa tidak di aplikasikan perkara ini dalam konflik yang timbul melibatkan agama Islam.? Selain itu, bidang kuasa Mahkamah Syariah juga harus diperluaskan agar Mahkamah Syariah boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Mahkamah Sivil dengan seboleh-bolehnya, setiap konflik yang menyentuh isu
8 No.Matrik : 201785

GLUL3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

berhubung agama Islam hendaklah diputuskan oleh Mahkamah Syariah. Walaupun dalam isu-isu tertentu seperti hak-hak awam untuk berhimpun dan sebagainya, umat Islam selalunya seiring dan sependapat dengan rakyat bukan Islam, namun dalam hal-hal yang melibatkan agama Islam, umat Islam umumnya mahukan hak itu diberikan kepada orang Islam. Umat Islam di Malaysia bukan hendak memaksa agama mereka kepada orang bukan Islam, mereka hanya mahukan Islam diamalkan dengan cara yang tidak mendatangkan mudarat kepada Islam. Dengan kata lain, umat Islam hanya menuntut hak untuk hidup mengikut landasan agama mereka.

3. KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN Polemik tentang status dan kedudukan bahasa Melayu di Malaysia sering kali berlaku dan tidak putus-putus mengalami tamparan dan bual bicara dari pelbagai pihak. Di Malaysia bahasa Melayu atau juga dikenali sebagai bahasa piawaian

Malaysia merupakan bahasa

kebangsaan negara

yang

mengikuti

ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Namun, selepas lebih dari 50 tahun Malaysia mengekalkan kemerdekaan, penggunaan bahasa kebangsaan masih menjadi isu dan polemik yang tidak berkesudahan. Paling menyedihkan apabila ada kajian menunjukkan terdapat generasi muda dari kaum Cina yang tidak tahu berbahasa Melayu. Malah lebih banyak jawatan di negara ini yang di antaranya memerlukan kefasihan dalam bahasa Cina dan Inggeris berbanding bahasa Melayu dalam sektor swasta sedangkan Perlembagaan Persekutuan memperakukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan, Berkenaan dengan istilah Bahasa Malaysia, ini tidak terdapat dalam perlembagaan. Perkara 152 (1) memperuntukkan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Istilah bahasa Malaysia timbul selepas peristiwa 13 Mei 1969 untuk menggalakkan orang bukan Melayu menggunakan bahasa kebangsaan. Di Amerika, orang memanggil bahasa Inggeris sebagai bahasa Inggeris, tidak bahasa Amerika
9 No.Matrik : 201785

GLUL3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

dan begitu juga di Britain. Justeru, penggunaan istilah bahasa Malaysia itu tidak begitu menepati kehendak perlembagaan itu sendiri. Peruntukan Perkara 150(6A) dengan terang menyatakan bahawa hal-hal yang berhubung dengan bahasa Melayu, walaupun dalam keadaan darurat adalah dilindungi oleh perlembagaan. Perkara 150(6A) ini penting kerana secara umumnya perisytiharan darurat mempunyai kesan menggantung sebahagian besar

peruntukan-peruntukan perlembagaan.

Dengan kata lain, ia menyebut pengecualian terhadap bahasa Melayu kepada kuasa darurat yang luas itu (Abdul Aziz Bari 2005). Kedudukan bahasa Melayu ini semakin jelas dalam perlembagaan melalui Perkara 10 (4) yang menjadikan bahasa Melayu adalah antara perkara yang sensitif yang dilarang daripada dibahaskan di tempat terbuka atas tujuan keselamatan dan ketenteraman awam. Kedudukan ini juga begitu kukuh kerana ia tidak dapat dipinda oleh Parlimen jika tidak mendapat sokongan dua pertiga setiap dewan dan perkenan Majlis Raja-Raja melalui Perkara 159 (5). Begitu juga dengan kedudukan sebagai bahasa rasmi bagi tujuan kerajaan baik kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri dan termasuk apa-apa tujuan untuk sesuatu kuasa awam, hendaklah menggunakan bahasa Melayu kecuali atas beberapa perkara yang dibenarkan oleh undang-undang seperti yang termaktub dalam Seksyen 4, Akta Bahasa Kebangsaan. Antara pengecualian tersebut ialah bagi tujuan hubungan diplomatik dan latihan yang dijalankan oleh pakar-pakar asing. Seterusnya, perkara ini ditambah lagi dengan peruntukan di bawah Perkara 160(b) yang menjelaskan bahawa jika perlembagaan diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan dan jika terdapat percanggahan teks terjemahan dengan teks dalam bahasa Inggeris, maka teks kebangsaan itu hendaklah mengatasi teks bahasa Inggeris. Antara kes yang membincangkan berhubung isu berhubung bahasa melayu ini adalah kes Merdeka University lwn Malaysia. Kes ini merupakan kes rayuan ke
10 No.Matrik : 201785

GLUL3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

atas penolakan petition untuk memohon kebenaran mengiktiraf Merdeka Universiti sebagai private university oleh Hakim bicara. Penubuhan Merdeka University ini telah diasaskan oleh beberapa persatuan cina yang diketuai oleh Persatuan Sekolah Jenis Cina dan Persatuan Guru Cina. Isu yang timbul di dalam kes ini adalah antaranya penggunaan bahasa cina sebagai medium perantaraan. Defendan di dalam kes ini telah menolak petition penubuhan MU atas alasan bahawa ia terbatal dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Justeru, Plaintif telah memohon relif untuk menolak permohonan defendan. Keputusannya, Hakim Bicara telah menolak tuntutan plaintif dengan alasan penghakiman antaranya ialah penggunaan Bahasa Cina sebagai bahasa

pengantaraan adalah bercanggah dengan polisi pelajaran kebangsaan dan sekali gus bercanggah dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan

RUMUSAN Dalam isu bahasa kebangsaan tidak ada unsur paksaan untuk dilaksanakan. Apa yang ada ialah isu Perlembagaan yang sedia termaktub di dalamnya bahawa bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan negara dan hendaklah digunakan dalam acara rasmi kerajaan. Begitu juga dalam Akta Pendidikan 1996, Dasar Pelajaran Rahman Talib, Dasar Pelajaran Razak dengan jelas menyatakan 'Suatu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar utama dalam semua sekolah termasuk sekolah jenis kebangsaan.' Malangnya Akta Pendidikan dan Perlembagaan Negara jelas dilanggar oleh oleh sesetengah pihak. Bahasa Melayu seharusnya di letakkan dalam kedudukan yang paling tinggi di negara ini dalam semua urusan pentadbiran. Contohnya seperti di Indonesia, Thailand, Jepun dan Korea mereka memartabatkan bahasa mereka dalam segala aspek pentadbiran. Bahasa memainkan peranan penting dalam penyatuan negara. Sebab itu di Indonesia menggunakan bahasa Melayu yang digelar bahasa Indonesia sebagai alat penyatuan. Di Timur Timor dan Irian Barat

11 No.Matrik : 201785

GLUL3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

pun bahasa Indonesia diajar di sekolah-sekolah. Ketika Jepun datang menyerang Asia Tenggara, bahasa Jepun dipaksa kepada penduduk taklukannya. Kenapa? kerana bahasa amat penting dalam sistem komunikasi sesebuah negara. Ianya harus dilaksanakan walaupun dengan cara paksaan sekalipun. Justeru itu, pihak kerajaan dan mana-mana pihak yang bertanggungjawab hendaklah senantiasa memastikan bahasa kebangsaan negara Malaysia

dimartabatkan. Pemansuhan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di lihat merupakan salah satu usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu. Walaupun begitu, kita juga tidak boleh sama sekali menafikan hak dan kepentingkan untuk bahasa asing dipelajari dan digunakan atau di amalkan di Malaysia.

KESIMPULAN Hak-hak asasi seperti hak untuk bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan pada ketika ini menjadi hak yang paling kritikal. Hak-hak yang lain, termasuk kebebasan diri, juga berada di dalam tahap yang sama. Sebahagian daripada alasan yang dikemukakan untuk menyekat atau mengurangi hak-hak tersebut, terutamanya ancaman komunisme dan seumpamanya, ternyata sudah berlalu dan tidak relevan lagi. Apa yang kelihatan di sini ialah betapa pihak berkuasa tidak yakin dengan kematangan dan ketamadunan rakyat Malaysia sendiri. Seolah-olahnya, melihat kepada pelbagai sekatan itu, rakyat dianggap tidak matang dan gemar melakukan keganasan. Satu lagi masalah besar yang tidak mudah untuk diatasi ialah betapa perjuangan untuk mendaulatkan hak-hak asasi terntamanya hak-hak sivil untuk bercakap, berhimpun dan seumpamanya terns dilabelkan sebagai mempromosikan keganasan dan kekerasan. Sikap yang kritis juga dilabelkan demikian. Ertinya apa sahaja yang tidak selari dengan kepentingan dan keutamaan terns dianggap anti nasional dan akan ditekan.

12 No.Matrik : 201785

GLUL3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

Perkara lain yang perlu disebut ialah mengenai landasan dan pengarahan hak-hak asasi di Malaysia. Perlembagaan, meskipun jelas kelihatan berkerangkakan Westminster, tetapi tidak menganut fahaman liberal Barat. la juga tidak memperlihatkan kecenderungan ke arah Islam. Malah jika dilihat daripada segi pelaksanaannya bahagian berkenaan agak jelas tidak mesra-Islam. lni kelihatan dalam kes-kes murtad. Secara keseluruhan tema yang melatari tafsiran dan pelaksanaan hak-hak asasi ialah sikap autokratik atau feudal yang merasakan bahawa pemimpin mempunyai autoriti mutlak untuk menentukan sebanyak mana kebebasan dan hak yang boleh dimiliki oleh rakyat. Ada pendapat yang menyatakan bahawa antara masalah yang menjadi penghalang kepada pelaksanaan hak-hak asasi di Malaysia ialah tidak wujudnya sebuah kanun atau peruntukan yang serba lengkap dan merangkum.

Bagaimanapun, melihat kepada kelonggaran yang diberi kepada hak-hak tertentu seperti yang kelihatan dalam hubungan hak kebebasan beragama tadi - pendapat sedemikian jelas tidak seratus peratus benar. Kelonggaran itu menunjukkan bahawa Bahagian 2 boleh menjadi asas untuk melindungi dan menjamin hak-hak asasi sekiranya pihak-pihak yang berwajib, terutamanya pihak eksekutif dan badan kehakiman, mempunyai visi dan komitmen yang selaras dengan falsafah hak-hak asasi itu sendiri. Persoalan apakah kita memerlukan sebuah kanun hak asasi yang serba lengkap sebenarnya bukanlah isu besar sekarang. Ini kerana peruntukanperuntukan yang ada dalam Bahagian 2 itu belum dilaksanakan sepenuhnya mengikut ideal dan falsafahnya. Lagipun sukar untuk mengadakan sebuah kanun yang serba lengkap kerana manusia selalunya tidak berupaya untuk menduga apa yang perlu untuk masa depan. Selain itu kekurangan dan kelemahan kerangka perlembagaan yang ada sekarang hanya boleh dipastikan setelah kesemua peruntukan yang ada itu ditafsir secara liberal dan selaras dengan kehendak dan falsafah asalnya. Setelah kita melihat kedudukan Islam dalam sistem perlembagaan dan perundangan, perlu dinilai pula apakah ruang-ruang yang ada itu sudah

13 No.Matrik : 201785

GLUL3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

dimanfaatkan sepenuhnya. Hal ini amat perlu dirumuskan sebelum langkah-langkah seterusnya diambil. Sebelum sistem alternatif atau perubahan-perubahan yang mendasarkan difikirkan, perlulah dipastikan terlebih dahulu bahawa sistem yang ada sekarang tidak mampu menghasilkan natijah yang umat Islam hasratkan. Hal ini perlu dinilai dengan melihat undang-undang yang diluluskan selama ini, polisi dan program yang dilaksanakan serta tafsiran-tafsiran yang dibuat oleh mahkamah terhadap peruntukan peruntukan yang berkenaan. Pelaksanaan undang-undang jenayah Islam, yakni hudud dan qisas, seperti yang dikatakan di atas boleh dilaksanakan melalui kerangka perlembagaan dan undang-undang yang ada. Bagaimanapun, beberapa penyesuaian dalam bentuk pindaan dan pengkanunan undang-undang baru perlu dan ini mengambil masa. Hal ini mungkin agak jauh ke hadapan. Dalam mekanisme perubahan dalam perlembagaan ada dua perkara yang perlu diambil kira iaitu yang pertama perubahan politik dan yang kedua perubahan menerusi perlembagaan yang tidak semestinya dilakukan melalui kuasa politik. Agak jelas bahawa perubahan melalui politik adalah kaedah yang paling popular. Hal ini kemungkinan berpunca daripada anggapan bahawa sistem yang ada sekarang ini sekular dan jahiliah dan tidak mungkin memberi ruang kepada Islam. Dari satu sudut pendekatan ini kelihatan efektif kerana banyak hal yang berlaku sama ada peringkat legislatif, eksekutif dan mahkamah menggambarkan halangan yang datangnya daripada pihak kepimpinan politik. Bagaimanapun ini tidak semestinya seratus peratus benar dan pentadbiran negara bukan hanya bergantung pada kuasa politik semata-mata. Dari segi meminda perlembagaan pula sebenarnya tidak timbul masalah yang besar kerana kerajaan sekarang memiliki kerusi lebih daripada dua pertiga di Parlimen. Tetapi ini tidak mungkin untuk berlaku kerana hal-hal lain yang lebih kecil masih belum dilakukan. Contohnya, Akta Undang-Undang Sivil 1972 yang menjadi saluran kemasukan prinsip-prinsip common law masih belum dipinda untuk memberi laluan kepada prinsip-prinsip Islam. Oleh sebab itu, usahkan untuk menjadikan Islam

14 No.Matrik : 201785

GLUL3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

sebagai dasar undang- undang, hak untuk orang-orang Islam menggunakan hukum Islam menggunakan hukum-hukum Islam dalam soal-soal tertentu pun masih belum dapat dilakukan sepenuhnya. Kedudukan agama Islam di Malaysia dapat dibuktikan dengan kedudukan Mahkamah Syariah. Kontroversi yang berlaku sekarang jelas bukan berpunca dari perlembagaan. Ia adalah masalah yang timbul akibat kekeliruan dan kejahilan tentang perlembagaan. Sebab itu tidak timbul soal meminda peruntukan berkenaan. Orang bukan Islam terlibat kerana hubungan mereka dengan orang Islam bukan kerana mahkamah syariah menafikan hak mereka. Masalah ini boleh diselesaikan dengan memperbaiki undang-undang atau prosedur yang adil, ia tidak perlu melibatkan pindaan perlembagaan. Natijahnya, terbukti bahawa kedudukan agama islam dalam perlembagaan merupakan satu perkara yang seiring dengan pembentukan Mahkamah Syariah di Malaysia. Hal ini kerana, kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia diiktiraf oleh Perlembagaan, negara serta dunia. Penubuhan mahkamah syariah juga menunjukkan bahawa kerajan begitu komited dalam meletakkan Islam sebagai suatu dasar negara. Ketertinggian Perlembagaan masih berada pada tahapnya apabila kepimpinan negara diterajui oleh seorang Raja yang menjadi ketua Agama Islam serta sebagai lambang negara Islam. Pembentukan Mahkamah Syariah pula bertepatan dengan wujudnya institusi kehakiman syariah di Malaysia. Hal ini ditegaskan lagi apabila adanya akta di mana Mahkamah Sivil tidak boleh campur tangan dalam apa-apa berkait dengan kes di Mahkamah Syariah. Justeru itu, terlihat Kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan di Malaysia dan Bidang kuasa Mahkamah Syariah yang diberikan merupakan satu pengiktirafan besar kepada Islam serta menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara islam yang dihormati dan disegani.

15 No.Matrik : 201785

GLUL3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

BIBLIOGRAFI 1. Hood Philips, The Constitutional Law, Edisi Kedua 2. Salleh Buang, 1994, Malaysian Legal History : Cases and Materials, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dab Pustaka. 3. Kevin Jan, 1991, Constitutional Law in Malaysia and Singapore, Malayan Law Journal. 4. Wheare K.C, 1966, Modern Constitutions, Oxford University Press 5. Abdul Aziz Bari, 2000, Kebebasan dan Hak-hak Asasi di Bawah Perlembagaan Persekutuan, Jil.4, Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat. 6. Malayan Law Journal 7. Akta Perlembagaan Persekutuan

16 No.Matrik : 201785

You might also like