Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

PENGENALAN Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, negeri-negeri jirannya yang mempunyai hubungan rapat

seperti Singapura, Sarawak, Borneo Utara (Sabah) dan Brunei masih belum merdeka lagi. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957, memperuntukkan sebuah negara Persekutuan yang merdeka dalam Komanwel. Ia terdiri daripada sebelas buah negeri, iaitu sembilan buah negeri-negeri Melayu yang tidak lagi dilindungi oleh British dan Melaka serta Pulau Pinang. Pulau Pinang dan Melaka mempunyai Gabenor yang dilantik oleh Yang di-pertuan Agong. Singapura berada di luar Persekutuan dan tidak lagi menjadi tanah jajahan British. Negeri Sarawak dan Borneo Utara masih tetap menjadi tanah jajahan British manakala Kesultanan Brunei masih menjadi negeri lindungan British. 1 Idea percantuman negeri-negeri Tanah Melayu, Singapura dan wilayah-wilayah Borneo sebenarnya bukanlah satu idea baru. Sejak tahun 1887 lagi, Lord Brassey iaitu Pengarah Syarikat Borneo Utara British pernah mengemukakan pandangan yang sama kepada pihak British supaya mencantumkan negeri-negeri tersebut untuk membentuk sebuah tanah jajahan yang besar.2 Menjelang tahun 1950-an, cadangan yang sama telah disuarakan oleh Malcolm MacDonald, iaitu Pesuruhjaya Tinggi British di Asia Tenggara (1949-1952) selepas Perang Dunia Kedua. Kemudian, David Marshall iaitu Ketua Menteri Singapura yang pertama, diikuti oleh Lim Yew Hock dan Lim Kuan Yew juga pernah mengenengahkan cadangan tersebut. Pada tahun 1955, Tan Cheng Lock pula menyarankan konsep Malaysia.3 Namun gagasan tersebut lenyap begitu sahaja.

1 2

Simandjuntak, Federalisme Tanah Melayu 1945-63, Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1985, hlm. 132. Ruciman, S., The White Rajahs, London: Cambridge University Press, 1960, hlm. 195. 3 Nordin Sopiee, From Malayan Union to Singapore Separation: Political Unification in The Malaysian Region 194565, Kuala Lumpur, 1974, hlm. 130.

Pada 26 Disember 1955, dalam satu Perhimpunan Agung UMNO, Tunku Abdul Rahman telah mengesyorkan supaya Singapura mencapai kemerdekaan melalui Tanah Melayu. Selepas itu, pada 26 Jun 1956, Tunku sekali lagi mengumumkan bahawa beliau mengalu-alukan Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei bergabung mewujudkan Tanah Melayu Raya. Bagi Tunku, gabungan itu hanya dapat dicapai setelah negeri-negeri itu terlebih dahulu mencapai kemerdekaan. Segala kebimbangan dan keraguan yang timbul akhirnya dapat diatasi apabila Tunku Abdul Rahman menyuarakan konsep atau Gagasan Malaysia. Pengumuman Tunku bahawa Singapura akan menyertai Persekutuan Tanah Melayu dibuat dalam ucapannya kepada Persatuan Wartawan-wartawan Luar Negara di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961.4 Ucapan Tunku telah memeranjatkan ramai pihak memandangkan sudah banyak kali permintaan Singapura untuk menyertai Tanah Melayu ditolak. Wartawan-wartawan yang hadir pada hari tersebut tertarik dengan ucapan Tunku dan ini telah dijadikan asas bahawa Tanah Melayu ingin menggabungkan Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah untuk menubuhkan Malaysia. 5 Tunku Abdul Rahman mengatakan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei mempunyai banyak persamaan. Kerjasama politik dan ekonomi dapat ditingkatkan apabila kelima-lima wilayah digabungkan dalam satu unit politik. Ada sesetengah pihak yang berpendapat bahawa ucapan Tunku dibuat dengan cara yang agak mengejut dan tidak membuat persediaan awal sebelumnya. Sebenarnya, apabila kita lihat secara terperinci andaian ini tidak begitu tepat kerana kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah membuat sedikit kajian terutama tentang kedudukan penduduk di Sabah, Sarawak dan Brunei. Malaysia yang diperkenalkan oleh Tunku diharap dapat mewujudkan satu perpaduan politik. Ada juga ura-ura yang mengatakan gagasan dan penubuhan Malaysia itu sebenarnya adalah
4 5

Lotfi Ismail, Sejarah Malaysia 1400-1963, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 1975, hlm. 298. Malaysia Kita, Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara, 1991, hlm. 511.

rancangan Inggeris dan Tunku hanya diberi kehormatan untuk mengumumkannya. Benar atau tidak bukan lah suatu isu yang perlu kita bahaskan kerana apa yang perlu dilihat di sini ialah adakah komunis dan kepentingan keselamatan itu sendiri menjadi faktor utama dalam penubuhan Malaysia pada tahun 1963? Ataupun terdapat faktor-faktor lain yang menjadi penyebab dalam penubuhan Malaysia ini.

FAKTOR-FAKTOR PENUBUHAN MALAYSIA PADA TAHUN 1963 ANCAMAN DAN PENGARUH KOMUNIS Persekutuan Tanah Melayu mempunyai pengalaman yang lama dalam membanteras pengaruh Parti Komunis Malaya (PKM) dari 1948-1960. Jika diimbas kembali sewaktu Zaman Darurat (1948-1960) merupakan satu titik hitam dalam sejarah Semenanjung Tanah Melayu kerana berlakunya peperangan terbuka antara pihak kerajaan dengan Parti Komunis Malaya yang turut melibatkan semua lapisan rakyat Tanah Melayu. Dalam tempoh sepanjang dua belas tahun tersebut, kerajaan Tanah Melayu telah mengatur pelbagai strategi dan langkah-langkah untuk menghapuskan pemberontakan bersenjata oleh komunis. Zaman Darurat telah diisytiharkan tamat secara rasminya oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Julai 1960. Namun demikian, ancaman PKM masih wujud dan berterusan di sempadan negara Thai-Malaysia tetapi kekuatannya adalah terhad. Mereka ini masih mampu bergerak aktif di dalam hutan dan ada yang mewujudkan perkampungan-perkampungan baru serta meminta bantuan makanan daripada penduduk Cina untuk menjalani kehidupan mereka seharian. Sekiranya tidak diberi pertolongan, nyawa penduduk terancam. Ancaman komunis merupakan masalah serius dan utama kepada negara. Masalah yang sama turut berlaku di Singapura. Pengaruh komunis meluas di Singapura pada tahun-tahun 1950an. Fahaman komunis telah merebak ke sekolah-sekolah Cina dan kesatuan-kesatuan sekerja. Fahaman komunis telah menyerap masuk ke dalam Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah pada masa itu. Keadaan ini memberi tekanan politik yang kuat ke atas Lee Kuan Yew. Tunku bimbang sekiranya pengaruh komunis di Singapura tidak dibendung kemungkinan besar fahaman komunis akan merebak ke Tanah Melayu. Kejayaan golongan komunis

menguasai sebahagian ahli PAP telah membawa kepada penubuhan Parti Sosialis yang dipimpin oleh Lim Chin Siong. PAP akhirnya mengalami perpecahan sehingga mengalami kekalahan kepada Parti Sosialis dalam pilihan raya 29 April 1961 di kawasan Hong Lim dan pada 15 Julai 1961 di Anson. Keadaan ini menguatkan alasan Singapura untuk menyertai Gagasan Malaysia. Lee Kuan Yew cuba menghapuskan golongan kiri dalam PAP dengan menyingkirkan golongan tersebut dari PAP, namun pengaruh golongan kiri semakin berkembang. Keadaan ini membimbangkan Tunku Abdul Rahman bimbang kemungkinan fahaman komunis di Singapura yang akan memperkuatkan lagi barisan komunis tanah Melayu yang diterajui oleh Parti Komunis Malaya di Tanah Melayu. Ketidakmampuan Lee Kuan Yew membendung pengaruh komunis bukan sahaja membimbangkan Tunku tetapi juga membimbangkan Britain dan Amerika Syarikat. Oleh itu, kedua-dua negara itu menyokong gagasan Malaysia yang dikemukakan oleh Tunku. Pengaruh komunis turut berkembang di Sarawak sejak zaman pendudukan Jepun lagi. Pihak komunis telah menubuhkan Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut pada tahun 1947. Namun, pertubuhan itu diharamkan setahun kemudian apabila darurat diisytiharkan. Bagi menggantikannya sebuah pertubuhan sulit ditubuhkan iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak (SAYA). Pertubuhan ini telah menghasut orang-orang Cina terutamanya dalam kalangan pelajar dan petani. Kesatuan sekerja dan sekolah-sekolah Cina di luar bandar telah digunakan untuk menentang Inggeris. Antara propaganda yang dimainkan oleh pihak komunis ialah sistem pendidikan Inggeris dikatakan mengancam pendidikan Cina. SAYA juga akhirnya mewujudkan Pertubuhan Sulit komunis (CCO). Pertubuhan ini berdasarkan Marxist-Lenism dan ajaran-ajaran Mao Tse Fung. CCO bertujuan untuk mengguling kerajaan yang sedia ada di Sarawak atas alasan kebebasan daripada pemerintahan imperalis British dan sebagai ganti menubuhkan sebuah

negara komunis.6 CCO semakin kuat apabila mereka berjaya menembusi Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP). Sebenarnya sokongan yang diberikan itu mempunyai motif tertentu untuk kemajuan rancangan CCO sendiri. Kerajan British telah melancarkan Operasi Pisang bagi membanteras komunis dalam SUPP tetapi gagal. Adalah tidak salah untuk menganggap lambat laun CCO akan memasuki Borneo Utara dan Brunei yang sebelum ini tidak dipengaruhi oleh gerakan subversif komunis.7 Anggapan bahawa CCO akan meluaskan pengaruhnya ke wilayah-wilayah itu adalah berdasarkan matlamat asas komunis iaitu untuk menguasai seluruh dunia. Namun begitu, hal ini telah disedari oleh kerajaan Tanah Melayu yang mula berasa curiga terhadap motif CCO. Maka datanglah idea bahawa dengan menarik wilayah-wilayah tersebut menyertai Tanah Melayu satu pertahanan yang kukuh dapat dibina untuk menghadapi komunisme. Tunku Abdul Rahman telah mengambil keputusan untuk menubuhkan persekutuan Malaysia kerana pada pendapat Tunku sekiranya parti berhaluan kiri berjaya menguasai politik di Singapura,hubungan di antara Singapura dan Tanah Melayu akan mula terjejas baik dari segi politik mahupun ekonomi. Kebimbangan Tunku ini juga disokong oleh Simanjuntak melalui penulisannya yang telah menyatakan bahawa Singapura kemudiannya akan menjadi tapak yang kukuh bagi puak berhaluan kiri di mana kegiatan-kegiatan subversif yang berterusan dengan mudah dapat dilancarkan Tanah Melayu dan Wilayah-wilayah Borneo. Ahli-ahli politik Singapura yang condong ke kiri sudah tentu mengalu-alukan perwakilan diplomatik daripada negara-negara blok komunis dan akhirnya melakukan apa yang telah dilakukan oleh Rusia dan Cuba. Pada 1 September 1962 telah dibentuk Referendum Singapura bagi meninjau pendapat penduduk di Singapura untuk menyertai Malaysia. Hasilnya mereka bersetuju.

6 7

Simandjuntak Federalisme Tanah Melayu 1945-63, hlm. 141 Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 2000, hlm. 449.

ASPEK KESELAMATAN Kita dapat lihat di mana aspek keselamatan juga merupakan faktor terpenting dalam penubuhan Malaysia. Apabila Persekutuan Tanah melayu 1948 menggantikan Malayan Union, pemerintah-pemerintah Melayu telah diberikan kuasa dan hak-hak kewarnegaraan orang asing telah di perketatkan. Walaubagaimanapun, pemisahan Singapura merupakan satu perkara yang luar biasa bagi mereka. Justeru itu, Parti Buruh (1955-59) melalui David Marshall dan Lim Yew Hock telah berjumpa dengan Tunku Abdul Rahman untuk membincangkan kemungkinan percantuman antara kedua-dua wilayah itu. Hanya apabila Parti Tindakan Rakyat atau Peoples Action Party (PAP) berkuasa, barulah terdapat usaha-usaha yang ketara untuk memujuk Tunku menerima cadangan percantuman itu. Masalah utama PAP adalah corak pemerintahan parti puak kiri yang kini mula berpengaruh. Sejak pilihan raya diperkenalkan di Singapura, setiap parti politik yang bertanding lebih kekirian. Lebih membimbangkan pihak Singapura ialah apabila berlaku rusuhan di kalangan pelajar dan mogok oleh pekerja buruh. Keadaan ini memungkinkan komunis mengambil kesempatan. Apabila PAP memenangi pilihan raya 1959, para pemimpinnya merasakan bahawa perkara ini perlu dikawal dengan segera. Puak kiri akhirnya telah membentuk Barisan Sosialis pada bulan Julai 1961. Menurut Lew Kuan Yew yang memimpin PAP, golongan komunis dalam partinya sendiri telah ketara dalam tahun 1960. Oleh itu percantuman Tanah Melayu berkemungkinan besar akan dapat menyelesaikan atau sekurang-sekurangnya membantu mengatasi masalah tersebut. Kerajaan Tanah Melayu berkemungkinan besar mampu menghadapi cabaran tersebut. Tambahan pula, gerakan komunis di Tanah Melayu memperoleh sokongan daripada Singapura. Dari segi keselamatannya, kedudukan Singapura agak terancam kerana Singapura tidak mempunyai kedudukan yang strategik dari sudut pertahanan dan sering diancam

oleh kuasa besar seperti komunis. Penyertaan Singapura dalam persekutuan Malaysia turut memberi faedah kepada British. Petikan dari kata-kata Tunku semasa berucap di Parlimen, Singapura semasa di bawah British menyebabkan kita merasakan bahawa terdapat kurang sekali cabaran daripada komunis yang boleh membahayakan keselamatan dan keamanan di Persekutuan, tetapi dengan sebuah Singapura yang merdeka, apa-apa boleh berlaku..kita mesti mengelakkan satu situasi di mana Singapura mengarah ke satu hala dan Persekutuan pula ke hala yang lain. 8Percantuman juga merupakan satu cadangan yang sangat praktikal. Tunku mulai sedar bahawa PAP bukanlah parti sosialis yang keterlaluan seperti tanggapan awalnya. Malah perbezaan antara komunis dan antikomunis dalam PAP dapat dilihat dengan lebih jelas. Sebarang perkembangan yang berlaku di Singapura sedikit sebanyak akan mempengaruhi Persekutuan. Tunku memainkan peranan penting dalam usaha ini. Beliau pernah memujuk kerajaan British secara peribadi menyerahkan kemerdekaan Singapura melalui Malaysia supaya Kuala Lumpur dapat menjaga keselamatan Singapura.9 Beralih di Sabah dan Sarawak, negeri Sabah diancam oleh Filipina. Semenjak awal tahun 1962 lagi beberapa orang perseorangan termasuk pegawai-pegawai tinggi kerajaan Filipina telah menyuarakan supaya kerajaan Filipina membuat tuntutan hak ke atas Sabah bagi pihak waris Sultan sulu. Pemerintah Filipina yang dibawah Presiden Macapagal telah menentang rancangan pembentukan Malaysia ini dengan mendakwa bahawa Sabah adalah sebahagian daripada wilayah Filipina dan bukan jajahan takluk atau milik Inggeris. Menurut tuntutan mereka, asal pemindahan wilayah Borneo Utara daripada Kesultanan Sulu pada tahun 1778 adalah dalam bentuk pajak dan bukan jualan. Ini dapat dibuktikan dengan adanya pembayaran tetap tahunan

8 9

Chan Heng Chee, Singapore: The Politics of Survival 1965-67, Singapore: Oxford University Press, 1971, hlm. 5. Simandjuntak, Federalisme Tanah Melayu 1945-63, hlm. 140.

oleh Syarikat Borneo Utara kepada Sultan Sulu dan waris-warisnya sebanyak $5000 setahun sebagai bayaran pajakan dan bukannya bayaran ganti rugi penyerahan.10 Tuntutan Filipina ini telah ditolak oleh British. British enggan mengakui kedaulatan Filipina ke atas Sabah. Menurut British dokumen-dokumen terdahulu menyatakan Sultan Sulu telah menyerahkan Sabah buat selama-selamanya kepada British. Berikutan itu, Filipina tidak lagi berhak ke atas sabah. Walaubagaimanapun, Filipina masih tidak berpuas hati dan terus mengancam Sabah. Filipina juga telah menuduh rancangan Malaysia sebagai usaha British untuk menjalankan penjajahan dalam bentuk baru. Ada sesetengah penkaji sejarah mengatakan dakwaan Filipina ini setelah dikaji dengan lebih mendalam, hal ini ternyata merupakan suatu dakwaan yang amat lemah dan tidak mempunyai bukti-bukti yang munasabah. Lantaran itu pihak Inggeris dan Kerajaan Tanah Melayu tidak begitu menghiraukannya. Demi memastiakn negeri Sabah selamat tanpa gangguan anasir luar, pemimpin Sabah pada ketika itu bersetuju untuk menyertai Malaysia. Kemudian, Parti Komunis Indonesia (PKI) menganggap pembentukan Malaysia satu bentuk neokolonisme yang akan mengancam Indonesia. Indonesia telah melancarkan dasar konfrontasi dengan konsep Ganyang Malaysia dengan menghantar pengintip-pengintip, menyerang kapal-kapal nelayan di Tanah Melayu dan menceroboh udara Tanah Melayu. Perluasan kuasa oleh Indonesia yang akan beralih ke Borneo selepas Indonesia berjaya meluaskan kuasanya terhadap Irian Barat jelas menunjukkan penduduk di Sarawak bimbang akan hal tersebut. Keadaan menjadi lebih rumit apabila di Brunei telah berlaku satu pemberontakan yang dicetuskan oleh A.M Azhari dan telah mendapat sokongan padu daripada Indonesia. A.M Azahari melakukan pemberontakan adalah kerana beliau ingin membawa Indonesia dan Filipina menyertai konsep Melayu Raya yang berpusat di Brunei. Hal ini telah

10

Lotfi Ismail, Sejarah Malaysia 1400-1963, hlm. 301.

menyebabkan pemimpin Sarawak mengubah pendiriannya dan bersetuju untuk menyertai pembentukan Malaysia. Pada mulanya pemimpin Sabah dan Sarawak tidak bersetuju untuk menyertai Malaysia kerana mendakwa pentadbiran Tanah Melayu sama dengan pentadbiran British namun akhirnya mereka melakukan perbincangan. Pemimpin parti Perikatan telah membuat lawatan ke Sabah dan Sarawak untuk menjelaskan rancangan Persekutuan Malaysia. Akhirnya, pada 16 januari 1962, Suruhanjaya Cobbold telah dibentuk dan ahlinya terdiri daripada Lord Cobbold (Pengerusi), Sir Anthony Bell, Sir David Watherston, Dato Wong Pow Nee dan Encik Muhammad Ghazali Shafie yang dilantik oleh Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya Cobbold ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai pembentukan Malaysia dan sebelum mulakan penyiasatan, kertas-kertas putih telah disebarkan kepada rakyat Sabah dan Sarawak supaya mereka mendapat pemahaman lebih jelas mengenai Malaysia. Hampir dua bulan lawatan tersebut diadakan dan hasilnya Suruhanjaya telah menerima 2 200 surat dan memorandum. Akhirnya, Suruhanjaya Cobbold mendapati majoriti rakyat di Sabah dan Sarawak menyokong kemasukan negeri mereka ke dalam malaysia.

Selain faktor komunis dan aspek keselamatan yang kita bincangkan tadi, terdapat juga faktor-faktor lain yang mempengaruhi penubuhan Malaysia pada tahun 1963. MENCANTUMKAN KEMBALI ALAM MELAYU Kawasan yang dinamakan Alam Melayu atau Gugusan Kepulauan Melayu sebenarnya mengalami proses sejarah dan pengaruh kebudayaan yang sama. Konsep kebudayaan Melayu dikatakan telah bermula sejak zaman Srivijaya dan Majapahit lagi. Alam Melayu telah digabungkan oleh kerajaan seperti Srivijaya, Majapahit dan Melaka hingga terkenal dan masyhur. Kawasan ini menjadi pusat tumpuan perdagangan antara Timur dengan Barat dan pusat penyebaran agama Islam. Tetapi sejak kedatangan penjajah eropah pada tahun 1511 dan dengan kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka, maka bermulalah proses pemisahan antara negeri-negeri Melayu dengan Alam Melayu secara beransur-ansur dan kemuncaknya ialah dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824. Kedua-dua pihak Inggeris dan Belanda telah mengenepikan kebudayaan yang wujud antara Sumatera dan Semenanjung selama beberapa abad dan bersetuju membahagikan dua Alam Melayu di Selat Melaka. Dengan berbuat demikian, mereka memisahkankan buat selama-lamanya Empayar Johor-Riau dan kesatuan kebudayaan Pantai Timur Sumatera dengan Semenanjung Tanah Melayu. Perjanjian ini membahagikan wilayah jajahan sepanjang Selat Melaka dan menjadi asas sempadan Malaysia dan Indonesia.11

11

Barbara Watson Andaya & Y. Leonard, Sejarah Malaysia, Petaling Jaya: Macmillan, 1983, hlm. 141.

MEMPERCEPATKAN KEMERDEKAAN Penubuhan Malaysia boleh menolong mempercepatkan kemerdekaan bagi negeri-negeri Borneo dan Singapura. Dari segi latar belakang sejarah, semua negeri tersebut pernah berada di bawah sistem pentadbiran yang sama iaitu di bawah kerajaan British. Malah negeri-negeri Borneo mempunyai hubungan politik dan ekonomi dengan Tanah Melayu semasa berada di bawah penjajahan British. Oleh itu, Tanah Melayu, Singapura atau negeri-negeri Borneo akan mendapat faedah keseluruhannya. Jika negeri Sarawak, Borneo Utara, Brunei dan Singapura memperoleh kemerdekaan secara berasingan sebelum tahun 1963, Tunku berpendapat negerinegeri tersebut belum bersedia dari segi politik dan sebagainya. Pada masa itu, Borneo Utara dan Sarawak mempunyai majlis-majlis eksekutif dan legislatif yang kesemuanya dilantik oleh Gabenor. Brunei pula diperintah oleh seorang sultan feudal. Walaubagaimanapun, tiada perbezaan ketara antara pentadbiran negara ini dengan yang wujud di tanah jajahan British yang berjiran dengannya. Di Sarawak, pilihan raya kerajaan setempat yang pertama berlangsung pada tahun 1959 dan kedua pada tahun 1963. Di Borneo Utara pula, pilihan raya pertama bagi Lembaga Bandaran dan Majlis Daerah diadakan bulan Disember 1962 dan di Brunei pilihan raya pertama bagi majlis penasihat negeri pada bulan Ogos 1962. Kerajaan British telah mencadangkan pemerintahan sendiri bagi wilayah-wilayah Borneo atau bercantum dengan Persekutuan Tanah Melayu. Tunku sebaliknya berpendapat bahawa pelaksanaan dasar ini terlalu makan masa yang panjang dan kemungkinan memberi peluang kepada komunis untuk menjalankan kegiatan mereka. 12 Melalui percantuman dengan Tanah Melayu, rancangan komunis akan dapat digagalkan dan ini juga merupakan jalan mudah kepada kemerdekaan Borneo. Mereka akan diberi hak dan taraf yang
12

Simandjuntak, Federalisme Tanah Melayu 1945-63, hlm. 142.

sama dengan yang dimiliki oleh negeri-negeri anggota Persekutuan Tanah Melayu. Tambahan pula, sekiranya Sarawak dan Borneo Utara cuba mencapai kemerdekaan secara sendirian, besar jangkaan kemerdekaan yang diharap sukar dicapai. Hal ini juga mendorong kepada punubuhan Malaysia.

MENGHAPUSKAN PENJAJAHAN BRITISH Tidak cukup dengan itu, penubuhan Malaysia ditubuhkan kerana ingin menghapuskan penjajahan British. Kemasukan wilayah-wilayah Borneo dalam gagasan Malaysia merupakan jawapan dan jalan terbaik untuk melenyapkan kesan-kesan penjajahan British di Asia Tenggara. Britain juga telah tergugat dengan usul Bangsa-bangsa Bersatu yang menyeru mengenai penamatan penjajahan di seluruh dunia. Oleh itu, British harus menarik diri secara terhormat untuk mengekalkan perasaan muhibah dan persahabatan dengan negara-negara yang pernah diperintahnya. Dalam pada itu, timbul kebimbangan kemungkinan Indonesia akan menumpukan perhatian kepada wilayah-wilayah Borneo apabila pertikaian Indonesia mengenai Irian Barat telah diselesaikan.13 Dalam konteks penghapusan saki baki penjajahan British, dengan kemerdekaan Singapura akan menghalang Britain daripada mengekalkan pangkalanpangkalannya. Ini disebabkan oleh kenyataan yang dikeluarkan oleh Duncan Sandys, Menteri Pertahanan British pada bulan April 1959, Tiada keraguan tentang pengekalan pangkalan British di Singapura. Ia adalah paksi bagi kedudukan tentera kami di Timur Jauh dan kami tidak pernah terfikir untuk menukarkannya.14 Selain itu, nasib kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak memang begitu terabai pada zaman pemerintahan British tersebut. Orang asing telah membolot sebahagian besar daripada jawatan-jawatan penting di kedua-dua tanah jajahan itu kerana kebanyakan mereka berpelajaran. Sungguhpun jawatan-jawatan penting dipegang oleh pegawai-pegawai British, jawatan-jawatan lain boleh dikatakan kesemuanya dipegang oleh orang asing. Kaum bumiputera yang kurang

13 14

Simandjuntak, Federalisme Tanah Melayu 1945-63, hlm. 143. Ibid.

pendidikan agak terbiar dan ketinggalan. Dengan tertubuhnya Malaysia, mereka akan mendapat layanan yang isitimewa sebagaimana dilaksankan di Persekutuan Tanah Melayu. 15

15

Malaysia Kita, hlm. 512.

KESEIMBANGAN KAUM DAN MASALAH PERKAUMAN Populasi di Singapura terlalu berorientasikan Cina (China-oriented)dan penerimaan satu setengah juta orang Cina dari Singapura akan menyebabkan berlakunya ketidakeseimbangan antara kaum. Tambahan pula, polisi dan politik di Singapura dianggap terlalu kekirian untuk diterima oleh pemimpin-pemimpin Persekutuan.16 Apabila wujudnya percantuman Singapura dan Tanah Melayu, penduduk Persekutuan menjadi tidak seimbang kerana jumlah orang Cina akan melebihi orang Melayu. Secara tidak langsung keadaan ini dapat mengimbangi pengundi dan jumlah penduduk Malaysia kelak. Perlu dilihat bahawa walaupun bumiputera di Nusantara tergolong dalam satu kumpulan ras dan budaya yang sama, akan tetapi akibat masalah perhubungan gama dan penjajahan, wujud suku-suku kaum yang berbeza. Keadaan ini bertambah rumit dengan kewujudan kumpulan etnik-etnik Cina dan India. Komposisi kaum di Singapura adalah berbeza dengan komposisi kaum di Tanah Melayu. Jadual 1 menunjukkan jumlah dan peratusan penduduk di Malaysia dan Singapura menurut bancian pada tahun 1957. Kaum Wilayah Tanah Melayu (Bancian 1957) Singapura (Bancian 1957) Melayu & Bumiputera yang lain 3 125 474 (50.1%) Cina India Lain-lain Jumlah

2 333 756 (37.4%)

656 186 (10.5%)

123 342 (2.0%)

6 238 758

197 060 (13.6%)

1 090 575 (75.4%)

124 084 (8.6%)

34 190 (2.4%)

1 445 909

3 322 534 3 424 331 780 270 157 532 7 684 667 (43.2%) (44.6%) (10.2%) (2.0%) Jadual 1. Sumber: James Ongkili: National Building in Malaysia 1946-1974, 1985, hlm. 153

16

Chan Heng Chee, Singapore: The Politics of Survival 1965-67, hlm. 5.

Berdasarkan jadual tersebut, penduduk Cina di Singapura melebihi penduduk Cina di Tanah Melayu. Kemasukan Singapura sekali gus akan menyebabkan keunggulan orang-orang Melayu tercabar. Walaupun begitu masalah ini dapat diselesaikan dengan kehadiran Borneo. Kaum Wilayah Tanah Melayu & Singapura Borneo Jumlah Melayu & Bumiputera 3 322 534 872 853 Cina 3 424 351 355 491 Lain-lain 977 802 54 383 Jumlah 7 724 687 1 282 727 9 007 414 (100%)

4 196 387 3 799 842 1 032 185 (46.6%) (41.9%) (11.5%) Jadual 2. Penyusunan bangsa di Tanah Melayu, Singapura dan Wilayah Borneo

Berdasarkan Jadual 2, kemasukan negeri-negeri di wilayah Borneo akan mengimbangi jumlah penduduk Tanah Melayu. Walaupun terdapat perbezaan yang besar antara penduduk Tanah Melayu dengan penduduk Cina di Singapura, namun ini dapat diseimbangkan dengan kemasukan negeri-negeri Borneo dan seterusnya mengurangkan masalah perkauman. Menurut Tunku lagi, orang Cina merupakan satu bangsa yang materialistik dan berfikiran praktikal. Pada umumnya, mereka tidak berminat dengan politik tempatan, lebih suka tinggal di tempat-tempat yang terdapat undang-undang suasana aman, agar mereka dapat menjalankan perniagaan dan keuntungan. Sebagai minoriti, mereka tidak begitu berkesan tetapi sebagai majoriti, mereka akan lebih berpengaruh dan akan memastikan pendapat mereka didengar oleh orang lain. Orang Melayu pula lebih simple dan sudah biasa dengan cara hidup tradisi mereka, percaya kepada Islam dan mematuhi perintah sultan. Secara ekonomi, mereka tidak dapat bertanding dengan orang Cina yang gigih menjalankan perniagaan untuk rezeki hidup. Oleh itu, adalah jelas bahawa tanpa perlindungan perlembagaan, orang Melayu mungkin merasa diri mereka ketinggalan di tanah air mereka sendiri. Masalah besar akan timbul jika ada perasaan tidak puas hati.

Perkara ini tidak diingini oleh kedua-dua pihak. Orang Cina mengatakan bahawa persengketaan tempatan (local trouble)akan mempengaruhi perniagaan mereka. Oleh itu, pembentukan Malaysia khasnya yang akan membawa masuk Singapura tidak semudah yang difikirkan oleh para idealis.17 Pada mulanya kedua-dua wilayah Borneo tidak begitu berhasrat untuk menyertai Persekutuan kerana bimbang tentang masa depan yang belum pasti. Untuk mengatasi masalah ini, Tunku telah bersetuju untuk memberi beberapa konsesi kepada mereka, antaranya : 1. Kedua-dua negeri akan diberi kuasa atas imigresen termasuk mengenai warganegara Malaysia dari negeri-negeri lain. 2. Bahasa Melayu akan diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan akan tetapi bahasa Inggeris akan terus digunakan sebagai bahasa pengantar dan sebagai bahasa rasmi bagi kerajaan negeri sehingga Dewan Undangan Negeri memutuskan sebaliknya. 3. Islam akan menjadi agama rasmi akan tetapi agama-agama lain boleh dikembangkan 4. Rakyat bumiputera daripada kedua-dua negeri boleh menikmati hak-hak istimewa sama seperti hak-hak yang dinikmati oleh orang Melayu di Tanah Melayu. 5. Satu perkhidmatan awam persekutuan bagi kedua-dua negeri itu akan ditubuhkan supaya pegawai-pegawai dagang boleh dikekalkan sehingga ada sebilangan pegawai tempatan yang cukup terlatih untuk menggantikan pegawai dagang itu.18

17 18

Tunku Abdul Rahman, Looking Back, Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1977, hlm. 78-79. Andaya, Sejarah Malaysia, hlm. 318.

Dalam pilihan raya kecil Municipal 1963, Perikatan Sabah dan Perikatan Sarawak telah menang dan ini memberi mereka mandat untuk merundingkan syarat-syarat kemasukan ke dalam Persekutuan Malaysia. Faktor keseimbangan kaum merupakan salah satu faktor kepada penubuhan Malaysia.

ASPEK EKONOMI Sebelum penubuhan Malaysia kemajuan ekonomi antara Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura adalah tidak seimbang. Tanah Melayu, Singapura dan Brunei lebih berkembang pesat akibat ramai pelabur Eropah telah melabur di negeri-negeri berkenaan sedangkan ekonomi di Sabah dan Sarawak masih mundur. Contohnya hasil ekspot bijih timah dan getah telah menyumbang sumber pendapatan terbesar Tanah Melayu. Singapura telah berkembang pesat dalam kegiatan perdagangan antarabangsa, perusahaan dan pelancongan Brunei pula kaya dengan hasil minyak. Negeri-negeri di wilayah Borneo seperti Sabah dan Sarawak masih mundur dari segi ekonomi dan pembangunan infrastruktur. Kerjasama ekonomi juga dapat dijalankan dengan mudah kerana berada dalam satu entiti politik yang sama. Contohnya, Tanah Melayu dan Singapura akan memberi bantuan kewangan kepada negeri borneo itu dalam melaksanakan Malaysia projek pembangunan akan sektor pertanian. Oleh itu, dan

penubuhan Persekutuan

dijangka

mewujudkan

kerjasama

kesimbangan ekonomi yang menguntungkan kepada negeri-negeri berkenaan. Said Zahari (Dark Clouds of Dawn) menganggap penubuhan Malaysia sebagai satu bentuk Neon Kolonialisme yang diusahakan oleh pihak British untuk menjaga kepentingan ekonomi dan strategik mereka. Tunku Abdul Rahman pula berpendapat bahawa lima buah negeri yang akan membentuk Malaysia mempunyai beberapa ciri persamaan. Kesemuanya telah diperintah oleh British. Struktur kerajaan mereka adalah agak serupa dan terdapat persamaan dalam kebudayaan dan kedudukan kaum. Jadi, aspek ekonomi juga mendorong dalam penubuhan Malaysia.

KESIMPULAN Secara keseluruhan, komunis dan kepentingan keselamatan adalah faktor utama yang mendorong penubuhan Malaysia. Hal ini demikian kerana idea penubuhan Malaysia telah dikemukakan sebelum itu namun ditolak oleh Tunku tetapi diteruskan tidak sihat berkembang dan boleh mempengaruhi keselamatan Persekutuan Tanah Melayu. Walaupun perkembangan komunis di Singapura dan ancaman keselamatan Tanah Melayu adalah faktor utama namun faktor lain juga penting kerana telah mempercepatkan lagi pelaksanaan penubuhan Malaysia. Akhirnya, Malaysia telah ditubuhkan pada 16 September 1963 yang terdiri daripada Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu. Sebuah perlembagaan baru telah disusun. Perlembagaan ini adalah hasil daripada laporan-laporan yang dibuat oleh Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia, Suruhanjaya Cobbold dan Jawatankuasa Lord Landsdowne. Dalam pada itu, pelbagai perdebatan dan perbahasan telah diadakan. Perlembagaan yang terhasil merupakan satu tolak ansur yang diterima oleh semua pihak. Percubaan untuk menyelaraskan kehendak negeri-negeri terhadap autonomi dengan keperluan. Kerajaan negeri-negeri Borneo bertikai dengan Kerajaan Pusat seperti yang berlaku di Sarawak pada tahun 1966. Hubungan antara Kerajaan Pusat dengan Singapura telah menimbulkan lebih banyak kesukaran. Pembentukan Gagasan Malaysia telah dapat menyekat perkembangan pengaruh komunis di Tanah Melayu, Singapura , Sabah dan Sarawak. Selain itu, pembentukan Gagasan Malaysia juga mempercepatkan kemerdekaan Sabah dan Sarawak. Di samping itu, penubuhan Malaysia dapat membantu perkembangan ekonomi di Sabah dan Sarawak. Namun begitu pembentukan Malaysia turut memberi kesan kepada hubungan serantau di Asia Tenggara terutamanya daripada Indonesia dan Filipina. Singapura kemudiannya telah menarik diri akibat perbalahan politik yang berterusan dengan Kerajaan Pusat dan akhirnya membuat keputusan untuk keluar

daripada Gagasan untuk menjadi sebuah negara yang berasingan pada tahun 1965. Pemisahan Singapura memberi lebih ruang untuk Perikatan menjalankan pemerintahan tanpa gangguan. Ini kerana PAP tidak lagi berupaya melemparkan sebarang kecaman ke atas isu-isu kepentingan Melayu dan juga ke atas MCA yang dianggapnya gagal membawa matlamat sebenar.

BIBLIOGRAFI Barbara Watson Andaya & Y. Leonard, Sejarah Malaysia, Petaling Jaya: Macmillan, 1983.

Chan Heng Chee, Singapore: The Politics of Survival 1965-67, Singapore: Oxford University Press, 1971. Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 2000.

Lotfi Ismail, Sejarah Malaysia 1400-1963, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 1975. Malaysia Kita, Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara, 1991.

Nordin Sopiee, From Malayan Union to Singapore Separation: Political Unification in The Malaysian Region 1945-65, Kuala Lumpur, 1974. Ruciman, S., The White Rajahs, London: Cambridge University Press, 1960.

Simandjuntak, Federalisme Tanah Melayu 1945-63, Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1985.

Tunku Abdul Rahman, Looking Back, Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1977.

JABATAN SEJARAH
AEEA1101 SEJARAH MALAYSIA
SOALAN 9 : KOMUNIS DAN KEPENTINGAN KESELAMATAN ADALAH FAKTOR UTAMA PENUBUHAN MALAYSIA PADA TAHUN 1963. BINCANGKAN. NAMA : NADIRAH BINTI FUAD NOMBOR MATRIK : AEE 130033 NAMA PENSYARAH : JOSEPH M. FERNANDO NAMA TUTOR : MOHD FIRDAUS BIN ABDULLAH TEMPAT : BS 5 SESI/ TAHUN : (1) 2013/2014

You might also like