Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 30

POKOK BAKAU

PENGENALAN

Pokok Bakau merujuk kepada tumbuhan yang hidup di kawasan berpaya di muara sungai, antara pertembungan air tawar dan air laut. Pokok bakau terdiri daripada pelbagai spesies antaranya termasuk spesies Api-api Avicennia spp., bakau Kurap Rhizophora spp., Perepat Sonneratia spp. dan Berus Bruguiera spp.

JENIS-JENIS POKOK BAKAU

Api-api Avicennia Perepat atau berembang Sonneratia Rhizophora bakau kurap dan bakau minyak Bakau berus dan lenggadai Bruguiera

ZON POKOK BAKAU

ADAPTASI POKOK BAKAU


Masalah Tanah lembut Kandungan O2 rendah / lumpur Air Garam Adaptasi Struktur Akar panjang, bercabang atau akar jangkang menyokong pokok pada tanah. Akar pokok bernafas dikenali pneumatofor. Akar pokok tumbuh ke atas Pertukaran gas pada lentisel di kulit pokok. Sap sel pada akar mempunyai kandungan garam yang tinggi Hidatod (liang pada epidermis daun) berfungsi singkirkan garam.

Bijih benih Bijih benih vivipariti. mati di lumpur Bercambah semasa melekat pada pokok. Radikel yang panjang untuk membolehkan terpacak pada tanah. Matahari terik Daun memiliki kutikel yang tebal dan stomata tenggelam untu kurangkan transpirasi.

CIRI-CIRI UTAMA POKOK BAKAU


a) Akar ceracak @ akar udara untuk pernafasan (menyerap oksigen daripada udara walaupun pokok separa tenggelam). Contoh: Pokok bakau api-api dan perepat. b) Akar jangkang menyokong pokok daripada tumbang. Contoh: Pokok bakau kurap dan bakau minyak. c) Daunnya bersaiz kecil, berkilat, lebar, tebal dan liat d) Malar hijau e) Batang pokok mempunyai banyak cabang

Ciri Penyesuaian

Avicennia dan Sonneratia Akar pneumatofor yang membolehkan akar menjalankan pertukaran gas dalam tanah yang bertakung air. Pada pneumatophor terdapat liang-liang lentisel yang membolehkan pertukaran gas berlaku.

CIRI PENYESUAIAN BRUGUIERA SP.

Bruguiera sp. mempunyai akar banir yang memberikan sokongan. Ia juga mempunyai akar pneumatofor berbentuk lutut . Akar pneumatofor berbentuk lutut ini juga mempunyai laing lentisel yang membolehkan pertukaran gas berlaku.

Ciri Penyesuaian Avicenna sp.

POKOK BAKAU DI MALAYSIA

Di Malaysia, hutan Bakau biasanya dilindungi dan kawasan hutan Bakau Simpan yang telah digazetkan diuruskan oleh Jabatan Perhutanan untuk pengeluaran kayu secara mapan. Pada masa ini Malaysia mengamalkan sistem penebangan secara clear-felling mengikut giliran iaitu dalam jangka masa 20 hingga 30 tahun.

KEPENTINGAN HUTAN BAKAU


Habitat banyak spesies ikan, udang dan ketam yang bernilai komersial. Sumber kayu balak. membina rumah dan bot (sebagai rasuk, alang, pelancar dan tiang) Membuat perangkap ikan Arang dan kayu api selain daripada menjadi sumber bahan api Kraftangan dan barangan rumah (pemegang alatan dan perabot). Tanin yang diperolehi daripada kulit pokok bakau digunakan untuk mewarnakan jaring ,kain layar dan pelekat plastik. Banyak bahagian tumbuh-tumbuhan bakau boleh dimakan dan sememangnya dijadikan makanan oleh penduduk setempat Ubat-ubatan (contohnya dedaun , tunas , buah-buahan dan bijibenihnya). Daun-daun Nipah yang bersaiz besar digunakan dalampembuatan atap dan rokok daun serta penganyaman bakul dan tikar.

KEPENTINGAN POKOK BAKAU

Melindungi persisiran pantai Mengelakkan banjir dan tsunami. Menghalang tiupan angin kencang daripada laut. Tempat pembiakan burung dan organisma lain. Menghalang hakisan tanah dan banjir kilat. Sumber makanan. Membekalkan kayu balak. Aktiviti riadah dan pelancongan.

MASALAH HUTAN BAKAU


1. Hutan bakau tidak tahan dengan tahap gangguan yang tinggi dan amat sensitif terhadap : penukaran tanah penebangan hutan Penebusgunaan pencemaran.

MASALAH HUTAN BAKAU


2. Banyak kawasan bakau ditebang untuk memberi laluan kepada kegiatan : akuakultur ernakan ikan dalam sangkar kolam ternakan udang dan ikan air masin Zon perindustrian yang berdekatan dengan pelabuhan Pembinaan kawasan pangkalan nelayan Pelabuhan dan tapak gudang kontena-kontena Perbandaran dan perkampungan nelayan poinggir pantai. Tempat pembuagan sisa cecair ole kapal dagangan dan bot nelayan.

PEMULIHARAAN HUTAN BAKAU DI MALAYSIA

PEMULIHARAAN HUTAN BAKAU


Ekosistem yang mudah terjejas (sensitif) ini perlu dipulihara sebagai simpanan alam semula jadi atau taman alam. Banyak usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran awam dan menanamkan rasa tanggungjawab dalam diri kita untuk memulihara warisan bakau semula jadi yang menyimpan sebahagian daripada flora dan fauna dunia yang terancam.

Penanaman semula Pokok Bakau Sandakan

PENANAMAN SEMULA POKOK BAKAU KOTA BELUD

Penanaman semula Pokok Bakau Beaufot

PERANAN RAKYAT MALAYSIA

Aktiviti penanaman pokok bakau juga adalah sebagai antara cara untuk memulihara ekosistem paya bakau. Program itu tidak akan berjaya tanpa mendapat kerjasama sepenuhnya dua badan iaitu Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA) dan Jabatan Perhutanan Selangor.

PERANAN KERAJAAN

Selepas peristiwa tsunami pada 26 Disember 2004 yang lalu, Kerajaan telah menyarankan supaya usaha-usaha pemuliharaan dan perlindungan kawasan di pesisiran pantai negara dipertingkatkan. Bagi menyahut saranan tersebut, satu Pasukan Petugas Khas Jawatankuasa Operasi Menanam Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara telah ditubuhkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) pada 7 Februari 2005.

PELANCARAN KEMPEN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR SEMPENA MASM 2008


UCAPAN Y.B. DATUK DOUGLAS UGGAH EMBAS . MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR MALAYSIA

Pada masa kini, isu dan masalah alam sekitar mendapat perhatian di pelbagai peringkat kerana ianya mempunyai implikasi bukan sahaja ke atas generasi masa kini tetapi juga masa depan. Antara isu-isu alam sekitar yang sering dibangkitkan termasuk pencemaran udara, pencemaran air, kehilangan biodiversiti dan perubahan iklim. Punca utama masalah-masalah ini ialah pembangunan fizikal yang tidak terkawal, gaya hidup dan corak penggunaan (consumption patterns) dan perbuatan manusia yang kurang bertanggungjawab. Isu-isu ini jika tidak ditangani akan membawa kesan-kesan negatif termasuk menjejaskan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat. Pada hari ini, kita memberi fokus kepada kesedaran mengenai kepentingan tanah lembab dan ekosistem paya bakau di negara kita. Ini ialah kerana tanah lembap mempunyai kepelbagaian biologi yang tinggi dan berperanan penting dengan memberikan pelbagai perkhidmatan ekosistem seperti sumber makanan, bekalan air, perlindungan daripada ribut, pengawal banjir, pengawal hakisan, penuras air dan penstabil cuaca tempatan. Tanah lembab juga membekalkan faedah-faedah ekonomi yang amat besar seperti perikanan, pertanian, penghasilan kayu balak, sumber tenaga, sumber hidupan liar, pengangkutan, rekreasi serta peluang-peluang pelancongan. Dalam pada itu, salah satu ekosistem tanah lembab ialah ekosistem hutan bakau. Hutan paya bakau mempunyai keunikan pelbagai spesis flora dan fauna di sampingmembekalkan sumber makanan sama ada kepada hidupan laut, burung dan manusia. Ianya jugamerupakan kawasan yang sesuai bagi pembiakan dan pembesaran hidupan laut seperti ikan, ketam dan udang. Selain itu, pokok bakau adalah pokok yang unik di mana ianya mempunyai akar yang panjang di panggil prop roots, yang terletak di bawah dasar air dan dapat membantu kestabilan pokok tersebut seterusnya dapat mengelakkan hakisan pantai atau tebing sungai. Justeru, paya bakau yang terdapat di negara kita perlulah diurus dengan baik dan sebarang kerosakan atau kemusnahan yang berlaku akibat daripada aktiviti pembangunan dan pembalakan hendaklah diperbaiki. Ini adalah untuk meminimakan kesan kerosakan yang berlaku dan supaya keseimbangan ekosistem di kawasan paya bakau boleh dipulihkan. Di samping itu, hasil yang boleh dikomersilkan dapat dituai dengan cara yang berhemah dan mendatangkan pendapatan kepada negara. Buat masa sekarang, jumlah hutan paya bakau di Malaysia ialah seluas 584 ribu hektar daripada jumlah ini sebanyak 57 % terdapat di Sabah, 26 % di Sarawak dan 17 % di Semananjung Malaysia.

PEMULIHARAAN DI TAPAK RAMSAR


Di negara kita, kerajaan sehingga kini telah mewartakan 6 tapak RAMSAR di seluruh negara meliputi keluasan berjumlah lebih 134,000 hektar. Tapak-tapak ini ialah Tasek Bera di Pahang, Kuching Wetlands National Park di Sarawak danLower Kinabatangan-Segama Wetlands di Sabah serta tiga lagi di negeri Johor iaitu, diSungai Pulai, Tanjung Piai dan Pulau Kukup. Oleh yang demikian, semua pihak hendaklah menghormati tapak-tapak RAMSAR ini dengan memastikan aktiviti pembangunan yang dijalankan tidak menyebabkan kemusnahan atau mengganggu keseimbangan ekosistem di tapak-tapak ini.Penekanan hendaklah diberi kepada langkah-langkah kawalan pencemaran dan hakisan yang ketat.

PEMULIHARAAN HUTAN BAKAU


PERINGKAT ANTARABANGSA

PERANAN PIHAK ANTARABANGSA..

Program Geran Pemuliharaan dan Alam Sekitar 2012 adalah sebahagian daripada falsafah yang menjadi pegangan Ford bahawa pertumbuhan perniagaan hendaklah diselarikan dengan kelestarian alam sekitar. Program di Malaysia pada tahun ini menumpukan kepada projek tempatan yang berusaha untuk melindungi alam sekitar.Program ini adalah satu daripada pelbagai cara Ford berusaha memulihara alam sekitar dan meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat di tempat kami beroperasi, kata David Westerman, pengurus serantau, Asia Pasifik, Operasi Eksport & Pertumbuhan Ford.

PROJEK PEMULIHARAAN
Penerima geran program tahun 2012 di Malaysia adalah lapan organisasi berikut dan projek masing-masing: 1. Kelab Alami, penerima geran RM15,000 untuk projek kesedaran alam sekitar mereka yang melatih belia untuk menjadi Ranger Belia yang secara saintifik memantau rumput laut, pantai berbatu-batan dan kawasan paya bakau di tempat mereka. 2. EcoKnights, penerima geran RM25,000 untuk projek mereka yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap isu-isu alam sekitar menerusi bengkel masyarakat yang akan dianjurkan sempena festival filem alam sekitar pertama Malaysia, Anugerah Hijau. 3. Tatana Roots, penerima geran RM30,000 untuk projek mereka yang bertujuan untuk mendidik masyarakat Dusun Tatana di Sabah tentang cara untuk memulihara ekosistem di sekeliling mereka, menghidupkan warisan budaya mereka dan membina masa depan yang lestari. 4. Pertubuhan Muafakat Warga Desa, penerima geran RM25,000 untuk projek mendidik masyarakat tempatan tentang cara untuk memulihara hutan paya bakau.

PROJEK PEMULIHARAAN
5. Sekolah Antarabangsa Dalat, penerima geran RM8,000 untuk projek pendidikan pelajar tentang akuafonik: sains penggunaan air bersih, dengan kawalan suhu dan nutrien larut daripada tangki ikan, untuk penanaman buah-buahan dan sayuran. 6. Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, penerima gran RM2,000 untuk projekBio Pores mereka, yang akan menanam pokok dalam kawasan 100 hektar menggunakan sisa makanan yang dikitar semula sebagai baja. 7. Pendidikan Alam Sekitar, penerima geran RM25,000 untuk projek memulihkan sebatang sungai dan hutan paya bakau di sekitarnya. 8. Persatuan Pencinta Alam Malaysia, penerima geran RM20,000 untuk projek pemantauan persekitaran pantai, yang akan menggandingkan masyarakat pantai tempatan, agensi kerajaan dan pembuat dasar dalam usaha menjaga ekosistem tepian pantai.

SEKIAN. TERIMA KASIH


Ahli kumpulan 1. Siti Puspa 2. Masrawati 3. Hafizah Ibrahim 4. Khoo Siew Luang 5. Azlina Samiti

You might also like