Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 29

Pengenalan

Dunia telah mencatat sejarah apabila tokoh-tokoh matematik di seluruh dunia berjaya membangunkan teori-teori matematik yang berguna sehingga ke hari ini. Sumbangan tokoh matematik terdahulu ternyata telah memberi impak yang besar kepada dunia hari ini. Antara tokoh matematik yang telah berjasa ialah al Khawarizmi, Brahmagupta, Aryabhata, Al- Biruni, Thabit ibn Qurra dan banyak lagi. Tanpa mereka, matematik mungkin tidak akan berkembang dan aplikasi yang memerlukan matematik dalam kehidupan seharian tidak mungkin dapat dijalankan. Maka, teori-teori matematik yang telah disumbangkan oleh tokoh-tokoh matematik dari pelbagai tamadun sangat berguna kepada kurikulum Matematik Malaysia dan kehidupan masyarakat Malaysia serta dunia.

SUMBANGAN TOKOH-TOKOH MATEMATIK


Rene Descartes (1596-1650)

Beliau adalah pencipta bagi cabang matematik geometri koordinat. Menurut beliau, adalah mencukupi untuk melukis suatu garis lurus jika penjangnya diketahui. Graf dilukis pada paksi Cartesan mengandungi satu set pasangan tertib (x,y). Beliau dikatakan mendapat idea mengenai koordinat ketika beliau sedang terbaring dan memerhatikan seekor labah-labah pada siling biliknya.

Sir Isaac Newton (1642-1727)

Dilahirkan pada 1642 di sebuah keluarga petani di jajahan Lincoln, England. Semasa kecil beliau tidak dapat bermain permainan kasar kerana badannya tidak cukup kuat, maka beliau menghabiskan masa lapangnya dengan mereka cipta berbagai permainan seperti lelayang bertanglung, roda yang dipusingkan oleh air, jam kayu dan jam matahari. Pencapaian beliau adalah dalam bidang Hukum Newton dan Teorem binomial. John Venn (1834-1923)

John Venn dilahirkan pada 4 Ogos 1834 di Hull, Yorkshire, England dan meninggal pada 4 April 1923 di Cambridge, England. Beliau banyak membuat kajian terhadap logik dan kebarangkalian. Minatnya bertambah apabila membaca buku tulisan George Boole dan De Morgan. Beliau mengembangkan lagi idea George Boole mengenai logik dengan mencipta gambarajah Venn untuk menunjukkan persilangan dan kesatuan set.

Al-Battani (850-929)

Al-Battani atau Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan Abu Abdullah adalah bapa trigonometri dan dilahirkan di Battan, Damsyik. Beliau putera Arab dan juga pemerintah Syria. Al-Battani diiktiraf sebagai ahli astronomi dan matematik Islam yang tersohor. Beliau berjaya meletakkan trigonometri pada tahap yang tinggi dan merupakan orang pertama yang menghasilkan jadual kotangen Omar Khayyam (1048-1131)

Nama sebenarnya ialah Ghiyath al-Din Abdul Fateh Omar Ibn Ibrahim alKhayyam dan dilahirkan pada 18 Mei 1048 dan meninggal dunia pada 4 Disember 1131. Khayyam sebenarnya bermaksud pembuat khemah. Sumbangan terbesar Omar Khayyam ialah dalam bidang Algebra. Beliau pernah membuat percubaan untuk mengklasifikasikan kebanyakan persamaan algebra termasuk persamaan

darjah ke tiga. Malah beliau juga menawarkan beberapa penyelesaian untuk beberapa masalah algebra. Ini termasuklah penyelesaian geometrik bagi

persamaan kiub dan sebahagian daripada penyelesaian kebanyakan persamaan lain. Bukunya `Mazalat fi al-Jabr wa al-Muqabila adalah karya agungnya dalam bidang algebra dan sangat penting dalam perkembangan algebra. Pengklasifikasian persamaan yang dilakukan oleh Omar Khayyam adalah berasaskan kerumitan sesuatu persamaan. Omar Khayyam telah mengenal pasti 13 jenis bentuk persamaan kiub. Kaedah penyelesaian persamaan yang digunakan oleh Omar Khayyam adalah bersifat geometrikal. Dalam bidang geometri pula, beliau banyak membuat kajiankajian yang menjurus kepada pembentukan teori garisan selari. Beliau juga pernah diarahkan oleh Sultan Saljuq - Malikshah Jalal al-Din untuk bekerja di balai cerap. Di sana, beliau ditugas untuk menentukan kalendar solat yang tepat.Khayyam berjaya memperkenalkan kalendar yang hampir-hampir tepat dan dinamakan Al-Tarikh-alJalali. Al-Khazin (900-971)

Abu Jafar Muhammad ibn al-Hasan Khazin lahir pada tahun 900 Masehi di Khurasan yang terletak di timur Iran. Lebih dikenali sebagai al-Khazin dan merupakan ahli astronomi dan matematik terkenal pada zamannya.

Al-Khazin merupakan salah seorang saintis yang tinggal di bandar dikenali, Rayy. Pada tahun 959 atau 960 Masehi, Perdana Menteri Rayy yang dilantik oleh Adud ad-Dawlah meminta al-Khazin mengukur sudut tidak tepat gerhana iaitu sudut di mana permukaan rata atau datar yang muncul pada matahari untuk bergerak ke arah garisan Khatulistiwa di bumi. Selepas pengukuran dilakukan, al-Khazin

berkata: Saya menggunakan cincin yang saiznya kira -kira empat meter untuk mengukurnya. Salah satu hasil kerja al-Khazin iaitu Zij al-Safaih telah dinobatkan sebagai satu kejayaannya yang terbaik dalam kerja lapangan yang akhirnya menjadi bahan rujukan utama saintis lain. Kerja itu menggambarkan peralatan astronomi dan salinannya telah dibuat di Jerman pada waktu Perang Dunia Kedua. Hasil kerja alKhazin dikatakan banyak dipengaruhi oleh motivasi yang diterimanya daripada ahli Matematik, al-Khujandi. Al-Khujandi mendakwa berjaya membuktikan bahawa x3 + y3 = z3 adalah mustahil untuk semua nombor x, y, z. Selain itu, al-Khazin telah mengusulkan model solar yang berbeza daripada Ptolemy. Beliau mempunyai pendapat yang berbeza mengenai model solar yang dikemukakan oleh Ptolemy yang menyatakan bahawa pergerakan matahari adalah mengikut kitaran seragam yang bukan berpusatkan bumi. Al-Khazin yang tidak setuju dengan model itu mengusulkan satu model yang mana menurut beliau, matahari bergerak dalam satu pusingan yang berpusatkan bumi. Archemides (212-287 SM)

Dilahirkan pada 212 sebelum masihi dan meninggal pada tahun 287 sebelum masihi ketika perang, dibunuh oleh tentera Rom. Beliau kemungkinan mendapat pendidikan di Alexandria, di sekolah Euklid. Egypt merupakan kota terbesar pada ketika itu. Beliau telah diajar mengenai kalkulus. Beliau juga dianggap sebagai Bapa Kalkulus. Pencapaian beliau yang terkenal ialah Hukum Hidrostatik Archimedes, mencipta takal, Skru Archimedes dan menemui pi .

Johann Carl Friedrich Gauss (1777-1855)

Beliau dilahirkan pada 30 April 1777 di Brunswick, Jerman dan meninggal dunia pada 23 Feb 1855 di Gttingen, Hanover , Jerman. Kepintarannya terserlah seawal 7 tahun, apabila dia mengira jumlah nombor 1-100 dengan cepat menyedari bahawa kiraan nombornya adalah 50 pasang dan setiap satunya ialah 101. Beliau banyak memberi sumbangan di dalam bidang Matematik dan astronimi. Antara pencapaiannya ialah :

Menemui Hukum Bode iaitu teorem binomial, arithmetik-geometrik, hukum pertukaran kuadratik dan teorem nombor perdan

Pembinaan 17-gon(poligon) menggunakan pembaris dan kompas Al-Khawarizmi (780-850)

Nama penuhnya ialah Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi dan dikenali sebagai bapa algebra. Beliau pakar dalam bidang matematik dan astronomi. Antara buku-buku terkenal hasil tulisan beliau ialah Hisab Al-Jabr wal Mugabalah (Buku Pengiraan, Perbaikan dan Pengurangan) dan Algebra. Pada kurun ke-12, Gerard of

Cremona dan Roberts of Chester telah menterjemahkan buku algebra AlKhawarizmi ke dalam bahasa Latin. Terjemahan ini digunakan di seluruh dunia sehinggalah kurun ke-16. Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa Al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tetapi di dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Al-Khawarizmi merupakan guru aljabar di Eropah. Beliau merupakan ahli matematik teragung dan jasanya terhadap dunia Matematik sangat besar. Beliau merupakan pengasas kepada beberapa cabang dan konsep asas Matematik. Hasil kerjanya dalam algebra begitu cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi juga bertanggungjawab

membangunkan penyelesaian analitikal dalam pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik. Persamaan kuadratik ialah satu persamaan di mana kuasa kedua tanpa kuasa lebih tinggi digunakan bagi yang tidak diketahui (x2 + 2x 8 = 0). Kejayaan itu akhirnya menjadikannya pengasas Algebra. Nama Algebra diperoleh daripada bukunya yang terkenal iaitu Al-Jabrwa-al-Muqabilah. Beliau turut menjelaskan dengan teliti kegunaan sifar iaitu sistem angka yang dibangunkan oleh orang Arab. Pada masa yang sama, beliau membangunkan sistem perpuluhan dan dengan itu, keseluruhan sistem nombor angka, algorithm atau algorizm memperoleh nama selepas dibangunkan oleh orang Arab. Dalam usahanya memperkenalkan sistem angka India (kini dikenali angka Arab), beliau telah membangunkan beberapa prosedur kira-kira termasuk operasi dan pecahan. Sistem angka itu kemudiannya diperkenalkan kali pertama oleh orang Arab kepada Barat yang mana hasil kerjanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah. Seterusnya, beliau turut membangunkan secara terperinci bidang

trigonometri iaitu ilmu matematik mengenai sudut dan sempadan segitiga yang mengandungi fungsi sine. Beliau juga menyempurnakan teori geometri yang mewakili muka keratan kon dan membangunkan kalkulus yang mana membantunya menguasai konsep pembezaan. Beliau juga turut bekerjasama dalam pengukuran darjah di bawah perintah Mamun al-Rashid yang bertujuan mengukur isipadu dan lilitan bumi. Pembangunan ilmu kaji bintang atau ilmu falak olehnya mempunyai

makna yang cukup besar terhadap kemajuan dalam bidang sains astronomi yang mana beliau turut menulis buku mengenainya. Sumbangan Khawarizmi dalam ilmu geografi turut cemerlang. Beliau tidak hanya menyemak pandangan Patolemy mengenai geografi tetapi juga membetulkannya termasuk dalam melakar peta dunia. Al Khawarizmi merupakan saintis pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830 Masihi iaitu 10 tahun sebelum beliau meninggal dunia.

Al-Biruni (973-1048 M)

Nama penuhnya Abu Rayhan Muhammad bin Ahmad al-Biruni daripada keluarga Tajik. Lahir pada 4 September 973M di Parsi. Menurut kitab al-Ansab yang ditulis oleh Samani dan kitab Mujam al-Buldan yang ditulis oleh Yaqut al-Hamawi, penduduk Khawarizm memanggil orang asing sebagai biruni (dalam bahasa Parsi). Maka atas alasan inilah yang menyebabkan Abu Rayhan dikenali sebagai al-Biruni kerana beliau merupakan orang asing bagi penduduk Khawarizm. Pendidikan Beliau banyak memperoleh ilmu pengetahuan daripada seorang Putera Raja Parsi, iaitu Abu Nasr Mansur bin Ali Jilani, pakar matematik. Keluarga Abu Nasr begitu mengambil berat tentang al-Biruni. Al-Biruni merupakan sarjana agung pada akhir abad ke-4H/1OM dan pakar dalam bidang astronomi, sejarah dan bahasa. Beliau hidup sezaman dengan Ibn Sina. Antara karya beliau yang teragung ialah Rasail al Biruni, sebuah ensiklopedia astronomi dan matematik. Sebagai seorang yang dahagakan ilmu, beliau tidak suka membuang masa. Sepanjang hayatnya ditumpukan kepada bidang penyelidikan dan penu-lisan. Dengan itu, beliau dapat menguasai dua buah tamadun besar pada ketika itu iaitu tamadun Arab dan tamadun Yunani. Beliau mempunyai hubungan erat dengan para intelek Islam dan

Kristian. Seorang daripadanya ialah Abu Sahl Masihi (ahli flzik Kristian). Beliau juga berhubung rapat dengan para saudagar Kristian Syria, tujuannya adalah untuk mempelajari nama-nama orang Yunani serta sebutan dan ejaan istilah perubatan yang betul. Walaupun al-Biruni lebih melibatkan dirinya dalam bidang astronomi namun beliau mahir dalam ilmu matematik. Al-Biruni dapat menguasai geometri, aritmetik dan menggunakan algebra dengan mahir. Beliau juga berminat dalam bidang fizik namun tidak meminati bidang muzik. Dalam bidang trigonometri sfera Al-Biruni menulis Kitab Maqalid Ilm al-Haiah fi Basit al-Kurah. Buku itu dihasilkan sebagai satu karya yang setanding dengan buku astronomi berjudul al-Tafhim kerana penguasaan bahasa dan subjeknya yang baik dan mudah difahami. Ketika ahli sains ini berusia 60 tahun, beberapa karya beliau dilengkapkan lagi. Satu daripadanya diberi tajuk Jami al-Tarq al-Sairah fi Marafah Awtar al-Dairah yang membincangkan mengenai kaedah-kaedah dalam penemuan ukur lilit bulatan. AlBiruni patut diberi penghargaan kerana beliau menganggap trigonometri sebagai bidang yang terpisah dengan astronomi mengembangkannya dengan cara yang sistematik. Beliau tidak membataskan dirinya setakat huraian yang ringkas tetapi membandingkannya dengan bahan dan keterangan lain yang berkaitan, menilai, mengkritik dan memberi pengolahan yang lebih baik. Karangan Qanun al-Masudi yang berkaitan dengan trigonometri mengandungi 10 bab. Bab pertama menerangkan cara-cara mendapatkan sisi-sisi daripada pelbagai gambar rajah seperti segi tiga sisi dan segi empat sama hingga segi sepuluh jejari sesuatu bulatan. Bab seterusnya membincangkan cara untuk mendapatkan pelbagai garis rentak lentuk. Teori ini beliau gunakan ketika menentukan sinus bagi sudut-sudut yang berganda. Beliau turut membincangkan tentang jejari bulatan sebagai satu ke-satuan mnenggantikan 60. Ini akan memendekkan lagi kerja-kerja pengiraan. Beliau berjaya mendahului ahli matematik yang lain dengan membuktikan rumus sinus dalam satah segi tiga iaitu: sinA = sinB = sinC a b c

Banyak lagi rumus-rumus yang dikemukakan dan diperkenalkan oleh beliau. Beliaulah orang pertama yang berjaya membuktikan rumusan sinus bagi satah segi tiga. Beliau cekap menggunakan rumus dan penentu dalaman dan yang pertama memberikan contoh mengenai kalkulus dan teorem umum. Di samping trigonometri sfera, al-Biruni turut menguasai aritmetrik orang India. Beliau telah menulis beberapa buah buku berhubung dengan subjek itu. Antaranya ialah Rashikat al-Hind iaitu Zodiak di India, Kaedah aritmetik yang berbeza dalam Brahma Siddhant, Kaedah-kaedah orang India (Rusum al-Hind) dalam pengajaran aritmetrik dan Mansubat al-Darab yang menerangkan tentang kaedah mendarab yang berbeza. Minatnya dalam matematik menyebabkan al-Biruni mempelajari tentang berat dan ukuran. Ini kenana ia berkait rapat dengan bidang kajian astronomi dan fizik. Ketumpatan sebenar 18 bahan yang diukur oleh beliau menunjukkan kepakarannya dalam menyediakan berat dan ukuran yang paling tepat.

Pythagoras (569 SM475 SM)

Pythagoras hidup dalam zaman 500's SM, dan merupakan salah seorang daripada ahli fikir Greek. Beliau menghabiskan sebahagian besar masanya di Sicily dan selatan Itali. Pengikut-pengikut setia beliau bergelar Brotherhood of Pythagoreans, terdiri daripada lelaki dan perempuan dan mereka menumpukan sepenuh masa mengkaji matematik. Mereka sentiasa bersama Pythagoras dan mengajar orang lain tentang apa yang telah Pythagoras ajarkan kepada mereka. Mereka terkenal dengan kehidupan yang sejati atau tulin, di mana mereka tidak

makan kacang kerana pada fikiran mereka, kacang bukan benda yang sepenuhnya tulin. Mereka berambut panjang, berbaju biasa sahaja dan berkaki ayam. Pythagoreans berminat dalam falsafah terutama falsafah dalam muzik dan matematik. Menurut mereka, muzik mengeluarkan bunyi yang mempunyai makna dan matematik pula mempunyai cara atau peraturan bagaimana sesuatu perkara berlaku. Pythagoras sendiri dikenali sebagai orang yang berjaya membuktikan bahawa Teorem Pythagoras adalah benar. Pythagoreans menulis banyak bukti berbentuk geometri, tetapi agak sukar untuk menentukan siapa membuktikan apa, disebabkan kumpulan ini ingin merahsiakan semua penemuan. Mereka menemui nombor bukan nisbah.

Euclid ( 325 SM265 SM)

Sehingga ke hari ini, tiada seorang pun yang mengetahui dengan mendalam tentang sejarah hidup Euclid. Kita hanya mengetahui bahawa beliau bekerja di bandar Alexandria, Mesir untuk beberapa ketika. Kemungkinan nama Euclid diadaadakan sahaja. Walaubagaimana pun, beliau hidup dalam masa 300 SM. Beliau belajar di Akademi Plato di Athens, di mana dia banyak belajar tentang matematik dan seterusnya terkandung dalam buku beliau. Beliau juga mungkin berjumpa Aristotle di sana. Sepertimana Anaxagoras sebelum beliau, Euclid mahu membuktikan bahawa benda-benda boleh dibuktikan melalui penggunaan logik dan alasan (reason). Pada asasnya, segala peraturan dalam Geometry hari ini adalah berdasarkan tulisan Euclid, terutamanya 'The Elements'. The Elements terdiri daripada cetakan berikut :

Volumes 1-6: Plane Geometry, Volumes 7-9: Number Theory, Volume 10: Eudoxus' Theory of Irrational Numbers, Volumes 11-13: Solid Geometry. The Elements juga mengandungi permulaan bagi Teori Nombor. The Euclidean algorithm yang selalunya dirujuk sebagai Euclid's algorithm digunakan untuk menentukan faktor sepunya terbesar (FSTB) bagi dua nombor integer. Ini adalah salah satu daripada algoritma yang tertua , juga terkandung dalam Euclid's Elements. Hari ini, kita masih mempunyai salinan buku Euclid yang dimulakan dengan definisi asas tentang titik, garisan dan bentuk-bentuk. Kemudiannya, beralih kepada penggunaan geometri untuk membuktikan sesuatu. Buku Euclid seterusnya adalah mengenai matematik lanjutan, berkenaan bagaimana segitiga dan bulatan dihasilkan, begitu juga tentang nombor bukan nisbah dan geometri tiga-dimensi. Buku-buku Euclid terkenal disebabkan mudah untuk dibaca dan difahami. Ianya digunakan sebagai buku rujukan utama bagi matematik di semua sekolah di Eropah, Asia Barat dan Amerika selama dua ribu tahun, sehingga ke abad 20.

Liu Hui (220 SD280 SD)

Liu Hui hidup semasa kerajaan Wei. Tidak banyak perkara yang diketahui tentang Liu. Sejarah mencatatkan bahawa beliau menulis komentar terhadap Nine Chapters pada tahun keempat di era Jingyuan di bawah pemeri ntahan Putera Chenliu, lebih kurang 263 SD. Ini merupakan buku praktikal bagi matematik, bertujuan menyediakan kaedah-kaedah untuk menyelesaikan masalah berkenaan kejuruteraan, soal selidik, urusan jual-beli dan urusan cukai.

Liu Hui beranggapan bahawa kebanyakan kaedah dalam teks asal adalah penghampiran (approximations), dan beliau mengkaji sejauh mana tepatnya penghampiran tersebut. Ada yang mengatakan bahawa beliau mencuba untuk memahami konsep berhubung dengan topik differential and integral calculus.

Brahmagupta (598 670 SD)

Brahmagupta adalah seorang ahli matematik yang sangat signifikan pada zaman India purba. Beliau memperkenalkan konsep yang sangat berkesan tentang asas matematik, dimana kita menggunakan sifar dalam pengiraan matematik, algoritma untuk punca kuasa dua, penyelesaian bagi persamaan kuadratik dan penggunaan matematik dan algebra untuk bercerita mengenai peristiwa astronomi dan jangkaan yang akan berlaku. Idea-idea beliau amat berguna kepada perkembangan di Eropah. Penulisan Brahmagupta banyak mengandungi konsep matematik dan astronomi sehingga ke hari ini. Seorang penulis pada zaman itu, Bhaksara II, menggelar Brahmagupta sebagai Ganita Chakra Chudamani, yang bermaksud, "mutiara di kalangan ahli matematik (the gem in the circle of mathematicians).

Blaise Pascal ( 1623 1662 )

Beliau dilahirkan di Clermont Ferrand, Perancis pada 19 Jun 1623. Pada awal kerjayanya dia merumuskan salah satu teorem asas untuk geometri unjuran, yang disebut teorem Pascal. Selain itu ia merumuskan teori matematik kebarangkalian, yang masih digunakan dalam matematik hari ini, jadual Aktuaria, teori fizik dan statistik sosial. Dalam hal penemuan, beliau menghasilkan mesin mekanik pertama pada tahun 1642. Sumbangan beliau terhadap Sains termasuklah bukti eksperimen bahawa medan merkuri meningkat atau berkurang sesuai dengan tekanan atmosfera sekitarnya. Kemudian, ahli fizik Torricelli Itali mengesahkan pemerhatian Pascal itu.

Sumbangan Tokoh Matematik Dunia Dan Impaknya Terhadap Kurikulum Matematik Malaysia Dan Kehidupan Masyarakat Matematik merupakan satu aspek yang unik pada pendapat manusia dan sejarah yang dilakar oleh matematik berbeza daripada sejarah yang lain. Pendapat dan teori dalam matematik masing-masing telah difikirkan oleh tokoh-tokoh matematik kita yang terdahulu. Seiring dengan peredaran masa, pembangunan Matematik Malaysia di dunia pada era globalisasi ini sudah mampu berdiri megah dengan pendidikan Matematik negara-negara maju. Bak kata pepatah, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Pada zaman globalisasi kini, kita dapat lihat bahawa hampir kesemua bidang keusahawanan manusia melibatkan matematik Sebagaimana yang kita ketahui, setiap tokoh dan ahli matematik yang hebat menambah hasil kajian yang sedia ada; dalam maksud kata lain membuat penambahbaikkan pada sesuatu kajian, teori dan hukum. Maka, kemajuan matematik yang kita capai pada masa kini

sebenarnya merupakan sumbangan tokoh-tokoh matematik pada zaman dahulu. Tanpa mereka, kita tidak mungkin mengetahui teori-teori matematik yang kita guna pakai pada waktu ini. Maka, sumbangan tokoh-tokoh matematik terdahulu ternyata memberi impak yang sangat besar terhadap kurikulum Matematik Malaysia dan kehidupan masyarakat kita. Sumbangan Tamadun Cina Salah seorang tokoh matematik yang terkenal dari tamadun Cina ialah Zu Chong Zhi ataupun dikenali sebagai Tsu Chung Chi. Beliau merupakan ahli matematik yang terkemuka semasa pemerintahan Dinasti Liu Sung. Ketaksuban tokoh tamadun Cina dengan nilai Pi ( ) mencapai tahap

kemuncaknya apabila sampai kepada hasil penemuan ZU Chong Zhi berkaitan dengan nilai Pi ( ) pada tahun 430 hingga 501. Maka, sumbangan utama Zu ) dalam angka 7 digit. Melalui penelitian

Chong Zhi ialah penemuan nilai Pi (

yang dilakukan oleh beliau berdasarkan kajian beliau terhadap nilai Pi tokoh matematik Lui Hui, beliau telah memperolehi nilai Pi sehingga 7 digit dan terletak di antara 3.1415926 dengan 3.1415927 serta memperolehi nilai Pi mirip dalam bentuk pecahan. Salah satu nilai Pi yang diperolehnya sama dengan Archimedean iaitu 22/7. Beliau menganggap nilai tersebut kurang tepat dan mengatakan bahawa nilai 355/113 sebagai nilai yang tepat. Kesimpulannya beliau menganggap nilai 355/113 sebagai nilai yang hampir tepat dan nilai 22/7 sebagai nilai kasar. Jika seseorang mendakwa bahawa hasil kerja beliau dipengaruhi oleh pengaruh barat, mereka boleh menerangkan ketepatan nilai Pi Zu Chong Zhi sehinggalah abad ke 15 apabila nilai penyangka dan penyebut nilai Archimedian ditolak daripada nilai Ptolemy iaitu 377/120. Walaubagaimanapun, kajian berkaitan nilai Pi yang telah dijalankan oleh beliau dan anaknya merupakan hasil kajian luar biasa pada tamadun itu dan sentiasa diingati.

Daripada sudut lain, kita dapat lihat sumbangan Zu Chong Zhi secara jelas dalam kurikulum Matematik Malaysia dari segi penggunaan nilai Pi ( beliau.

Pi telah diserap masukkan sebagai salah satu topik dalam kurikulum matematik menengah atas Malaysia. Hal ini kerana nilai Pi yang telah dicipta oleh Zu Chong

Zhi iaitu 22/7 telah diguna pakai sehingga sekarang dan sangat penting dalam menentukan isi padu, luas bulatan dan pengiraan yang melibatkan penggunaan Pi. Apabila kita menyemak buku teks Matematik Tingkatan 4 dan 5, simbol Pi ( )

terdapat dalam mana-mana muka surat di dalam buku teks tersebut. Maka, Pi sangat penting untuk pendidikan menengah terutamanya menengah atas. Selain itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggunakan unsur sejarah dalam matematik (penerapan unsur sejarah dalam Matematik). Hal ini bermaksud sejarah penemuan nilai Pi yang diterokai oleh Zu Chong Zhi dan tokoh Cina sebelumnya diterap masuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran KBSM selaras dengan objektif KBSM untuk menghargai kepentingan dan keindahan matematik. Perkara ini membuatkan sejarah penemuan PI dari tamadun Cina dan tamadun yang lain dapat dipelajari oleh para pelajar. Sebagaimana yang kita ketahui nilai Pi; 22/7 diguna pakai sebagai formula sehingga sekarang. Maka, tidak dapat dinafikan bahawa nilai Pi tersebut mempunyai peranan yang penting dalam Kurikulum Matematik Malaysia.

Di samping itu, impak sumbangan Zu Chong Zhi terhadap kehidupan masyarakat Malaysia ialah nilai Pi yang dijumpainya telah memudahkan urusan harian masyarakat Malaysia dan dunia. Buktinya, nilai Pi telah diguna pakai dalam kehidupan seharian manusia tanpa kita sedari. Sebagai contohnya, nilai Pi telah digunakan oleh pihak pengilang kilang minuman dalam mengira dan menentukan isi padu yang tepat bagi sesebuah botol air mineral. Selain itu, nilai Pi juga digunakan untuk menyelaraskan isi padu setiap kotak yang akan dihasilkan oleh sesebuah kilang. Tanpa nilai Pi, isipadu setiap botol minuman dan kotak tidak dapat ditentukan. Contoh yang lain dapat dilihat dalam bidang arkitek. Para arkitek memerlukan nilai Pi untuk mengira luas pelan lukisan bangunan yang akan dibina. Walaupun Pi digunakan secara minor oleh para arkitek, tetapi ianya mampu membawa perubahan yang besar terhadap pelan seseorang arkitek tersebut. Tanpa Pi, lukisan pelan tidak mungkin dapat direalisasikan menjadi bangunan yang utuh. Selain itu, Pi juga secara tidak lansung digunakan dalam bidang astronomi. Perkara ini dapat dilihat daripada penggunaan Pi untuk mengukur skala atau jarak atau ukur lilit bumi kita. Daripada contoh yang diberi, kita dapat lihat bahawa Pi mempunyai peranan yang penting dalam membuat anggaran isipadu, luas dan sebagainya.

Manakala, membuat anggaran pula sangat penting dalam kehidupan seharian. Ini secara tidak lansung membuatkan Pi mempunyai peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita. Sumbangan Tamadun India Dalam tamadun India pula, tokoh matematik yang telah memberi salah satu sumbangan yang besar terhadap matematik ialah Aryabhata. Sumbangan terbesar dalam kerjaya beliau sebagai seorang ahli matematik ialah beliau telah memberikan satu peningkatan baru kepada trigonometri pada tahun 500 A.D. Trigonometri merupakan salah satu antara dua sumbangan terbesar India terhadap sejarah matematik. Untuk pengetahuan semua, idea penggunaan sinus yang kita gunakan pada hari ini merupakan salah satu hasil kajian Aryabhata dalam bukunya, Aryabhatiyam. Masalah trigonometri yang dikemukakan oleh beliau sangat menarik. Beliau telah mentakrifkan konsep sinus dan kosinus buat kali pertamanya. Kajian pertama beliau iaitu ardha-jya (separuh kord) yang melibatkan kord tersebut dipanggil jya (sinus) dan kojya (kosinus). Hasilnya, beliau telah memperkenalkan jadual sinus. Jadual sinus yang telah diciptakan oleh beliau telah berjaya menggantikan jadual kord Yunani. Rajah 1 di sebelah menunjukkan jadual sinus yang telah dikaji oleh Aryabhata dalam bukunya Aryabhattiya. Berdasarkan jadual sinus yang dicipta oleh beliau, beliau memberi nilai sinus pada setiap selang 3 o 45. Beliau mengkaji trigonometri dengan menggunakan permukaan satah dan permukaan sfera. Pada masa yang sama, beliau turut mengkaji fungsi tangen dan kotangen. Beliau tururt mendefinisikan luas segitiga sebagai hasil serenjang dengan sisi separuh.

Rajah 1: Jadual Sinus Seperti Yang Dijumpai Dalam Aryabhattiya.

Selain itu, sumbangan Aryabhata telah memberi impak yang mendalam dalam kurikulum Matematik Malaysia. Antaranya ialah penggunaan pertama idea 'sinus' beliau masih lagi digunakan sehingga sekarang. Bahkan ianya menjadi salah satu formula penting (formula fungsi sinus) dalam topik Trigonometri dalam kurikulum Matematik Malaysia. Jadual sinus yang telah dicipta oleh beliau menjadi asas dalam mencipta jadual sinus yang kita gunakan pada hari ini. Oleh sebab itulah kita mendapati bahawa jadual sinus yang kita gunakan pada masa sekarang lebih mudah untuk difahami. Hal ini kerana jadual sinus yang dibina telah mengalami transformasi daripada jadual sinus yang asalnya iaitu jadual sinus Aryabhata, tetapi masih lagi menekankan asas yang terdapat di dalam jadual sinus Aryabhata. Trigonometri secara lansung telah diperkenalkan sebagai salah satu

sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) berikutan kepentingannya dalam kehidupan manusia dan juga pelajar. Tambahan pula, sumbangan Aryabhata bukan sahaja melibatkan kurikulum Matematik Malaysia tetapi juga impaknya terhadap kehidupan seharian manusia. Sebagaimana yang kita dapat lihat, trigonometri banyak digunakan dalam kehidupan seharian kita. Trigonometri memang tidak dapat dinafikan bahawa ianya memainkan peranan penting dalam bidang astronomi. Hal ini kerana trigonometri merupakan pelengkap kepada astronomi. Jadual trigonometri telah dicipta lebih 2000 tahun yang lalu untuk kerja pengiraan dalam bidang ini. Asas-asas trigonometri membolehkan ahli

astronomi untuk menentukan segala macam maklumat tentang jarak, jisim, orbit dan kelajuan. Fungsi trigonometri memberikan kita keupayaan untuk mengukur sesuatu yang terletak di luar kemampuan kita seperti bumi serta membantu ahli astronomi dalam berurusan dengan skala yang besar daripada skala yang terdapat di atas bumi. Selain itu, trigonometri dapat dilihat secara jelas penggunaannya dalam bidang arkitek. Kita tidak boleh memisahkan seni bina dari trigonometri. Trigonometri penting dalam menentukan permukaan melengkung dalam bahan binaan seperti keluli dan kaca. Trigonometri amat berguna dalam merekabentuk bangunan untuk menentukan corak geometri yang diinginkan. Trigonometri membolehkan arkitek untuk memikirkan ukuran dan sudut supaya pelan induk mereka boleh diwujudkan dengan bahan-bahan mentah. Apabila bangunan itu siap didirikan, strukturnya bukan sahaja kuat, tetapi ia juga mempunyai ukuran yang tepat. Trigonometri membolehkan apaapa yang dilakarkan di atas kertas mempunyai peluang untuk

dibangunkan. Kita tidak boleh membayangkan jika bangunan didirikan atas ukuran yang diletakkan dengan semena-menanya. Oleh sebab itu fungsi trigonometri memainkan peranan yang penting bagi arkitek untuk mencari sudut dan ukuran yang betul bagi sesuatu bangunan. Di samping itu, bidang kejuruteraan juga menggunakan fungsi trigonometri dalam pelaksanaan kerjayanya. Bidang kejuteraan mempunyai cabangnya masing-masing dan menggunakan asas trigonometri untuk struktur, sistem, mereka bentuk jambatan, menyelesaikan masalah saintifik dan banyak lagi. Jurutera boleh mula membina projek dan menentukan skop projek yang diambil apabila

mengaplikasikan konsep trigonometri. Contohnya, bagi jurutera reka bentuk, mereka menggunakan hukum sinus dalam menyenggarakan

pesawat. Jurutera ini mesti mengira halaju pesawat tersebut serta halaju udara untuk membuat ia mempunyai aerodinamik. Oleh kerana halaju angin, sudut bearing dan laju udara sudah diketahui, maka mereka perlu mencari sudut yang tidak diketahui nilainya (perbezaan dalam arah angin dan

bearing). Penggunaan hukum sinus dengan halaju angin dan kelajuan udara memberikan sudut yang mengimbangi pesawat tersebut. Kemudian jurutera menggunakan hukum kosinus dan sudut yang ketiga dan hasilnya jurutera dapat mencari magnitud kelajuan paduan pesawat dengan arah bearing yang dipilih. Contoh yang lain pula ialah dalam kejuruteraan awam, kita perlu mengira taburan kuasa untuk struktur yang berbeza, seperti jambatan kekuda. Mereka juga perlu mengira sudut yang terlibat antara batang rasuk yang terdapat di jambatan serta panjangnya. Muzik juga merupakan salah satu daripada aplikasi trigonometri dalam kehidupan sebenar. Apabila kita mendengar muzik, ianya akan sampai ke telinga kita dalam bentuk gelombang bunyi. Fungsi trigonometri boleh menjelaskan dengan lebih lanjut bagaimana gelombang bunyi itu bergerak daripada sumbernya dan menjelaskan kualiti, nada, dan kenyaringannya. sudut gelombang bilik atau dewan cara yang

Jurutera menggunakan trigonometri untuk memikirkan bunyi dan bagaimana untuk supaya gelombang melantun mereka kepada bentuk sebuah

pendengar dengan

seimbang dan terus. Maka dapat dirumuskan bahawa trigonometri digunakan dalam segenap aspek kehidupan masyarakat kita seperti akustik, seni bina, astronomi, navigasi, bidang sains, muzik dan banyak lagi. Sumbangan Tamdun Arab Tamadun Arab juga mencapai zaman kegemilangannya apabila melibatkan tokoh matematik. Banyak pencapaian yang telah dibuat oleh tokoh matematik Tamadun Arab. Antara nama tokoh ahli mantik yang terkenal dalam tamadun Arab ialah Muhammad Ibn Musa al Khawarizmi atau lebih dikenali dengan panggilan al Khawarizmi. Sumbangan utama al-Khawarizmi ialah beliau merupakan pengasas bagi algebra sehingga dikenali sebagai Bapa Algebra. Salah

satu kajian beliau ialah beliau telah membuktikan bahawa persamaan kuadratik merupakan satu persamaan di mana terdapat kuasa dua (kuasa paling tinggi dalam persamaan tersebut) digunakan bagi nilai yang tidak diketahui. Contohnya, x2 -4x +9 = 0. Beliau telah memperkenalkan pelbagai kaedah penggunaan simbol yang

mewakili nombor, nilai atau pemboleh ubah untuk menyelesaikan banyak masalah pengiraan yang melibatkan pemboleh ubah yang tidak diketahui nilainya. Dalam kitab Al- Khawarizmi iaitu Al-Jabrwal al-Muqabilah, beliau telah memperkenalkan istilah pemboleh ubah (x) dan pemboleh ubah kuasa 2 (x2) serta mencakupi topiktopik seperti pengiraan tambah, tolak, darab, dan bahagi, persamaaan, kerja ukur, timbangan dan ukuran, permasalahan jual beli, pembahagian mata wang, pengukuran satah rata,luas bulatan dan segi tiga, isipadu pyramid dan kon serta wasiat dan pembahagian harta pusaka. Kesannya, sumbangan beliau dalam bidang aljebra telah memberi impak yang mendalam dalam kurikulum Matematik Malaysia. Impak yang jelas kelihatan ialah aljebra yang telah diasas oleh beliau telah dikembangkan oleh tokoh matematik yang lain dan berkembang sehinggalah menjadi salah satu daripada topik penting dalam matematik tulen. Algebra bukan sahaja menjadi tajuk yang penting dalam Kurikulum Matematik menengah rendah dan atas tetapi juga peringkat pendidikan yang tinggi seperti peringkat maktab dan matrik serta universiti. Daripada buku al-Khawarizmi ( Al Jabr wal muqabalah) juga munculnya perkataan aljebra dan Eropah telah mendapati bahawa aljebra merupakan salah satu cabang penting dalam matematik. Maka, tidak hairanlah bahawa aljebra merupakan salah satu topik penting yang dibentangkan dalam standard kurikulum Matematik Malaysia. Tambahan pula sumbangan beliau juga turut mendatangkan kesan terhadap kehidupan manusia. Buktinya, aljebra banyak digunakan dalam kehidupan seharian masyarakat kita. Tanpa kita sedari, kita juga menggunakan aljebra dalam bidang ekonomi. Aljebra seperti pelengkap kepada bidang ekonomi dan bidang perniagaan. Apabila kita membuat pengiraan yang mudah dalam urusan jual beli dan perbandingan harga dua barang di pasar raya, kita sebenarnya

mengaplikasikan pengetahuan aljebra.

Tanpa pengetahuan yang mendalam

mengenai aljebra, kita tidak mungkin dapat menjalankan urusan jual beli dan

perniagaan dengan lancar. Selain itu, kita juga dapat lihat dalam bidang kejuruteraan, para jurutera menggunakan aljebra untuk menyelesaikan trajektori sebuah penerbangan; berapa lama untuk membakar teras pada intensiti yang tertentu dan pada sudut apa sesuai untuk melakukan penerbangan. Dalam bidang perniagaan pula, ahli perniagaan menggunakan aljebra untuk menghitung kadar faedah yang dikenakan, cukai dan apa-apa duti yang berkaitan dengan industri perniagaan. Tambahan pula, ahli arkitek juga menggunakan aljebra. Sebagai

contoh, mereka menggunakan aljebra untuk menentukan skala yang betul bagi sesebuah bangunan ke dalam sesebuah pelan; setiap sudut bagi setiap sudut, setiap lengkung di sepanjang dinding dan setiap lekapan lampu memerlukan aljebra untuk mendapatkan ukuran yang tepat. Tanpa aljebra, pelan bangunan yang dilukis tidak mungkin dapat direalisasikan. bentuk Daripada aljabar aplikasi boleh aljabar yang kita

diterangkan

sebelumnya,

membantu

menyelesaikan masalah yang terjadi di sekeliling kita. Secara ringkasnya, kita tidak tahu berapa banyak minyak gas yang diperlukan oleh kereta kancil selama 2 jam serta jarak yang ditempuh dalam waktu tertentu, tetapi semuanya dapat diselesaikan hanya dengan menggunakan aljebra. Maka, dapat disimpulkan bahawa, aljebra digunakan dalam pelbagai bidang dalam kehidupan masyarakat kita seperti bidang ekonomi, perdagangan, pertanian dan perikanan serta bermanfaat bagi ahli akuantan, banker dan administor. Sumbangan Tamadun Eropah Tidak ketinggalan juga tamadun Eropah dalam sumbangan tokoh matematik mereka dalam bidang matematik. Antara ahli matematik yang terkenal dalam tamadun Eropah ialah Leonardo Fibonacci. Beliau merupakan ahli matematik terunggul pada Zaman Pertengahan. Sumbangan utama Fibonacci ialah penemuan unggulnya dalam siri nombor Fibonacci dan Nisbah Keemasan. Ini dapat dibuktikan dalam karyanya iaitu Liber Abaci pada tahun 1202. Di dalam Seksyen 3 buku Liber Abaci beliau;
A certain man put a pair of rabbits in a place surrounded on all sides by a wall. How many pairs of rabbits can be produced from that pair in ayear if it is supposed that every month each pair begets a new pair which from the second month on becomes productives?

Daripada permasalahan tersebutlah timbul idea untuk beliau memperkenalkan siri nombor Fibonacci yang unik. Siri nombor Fibonacci tersebut ialah 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55 Setiap nombor dalam siri nombor Fibonacci mempunyai perkaitan yang unik. Apabila setiap kali dua nombor yang berturutan dalan siri nombor Fibonacci dibahagi, nisbah yang diperolehi akan menghampiri nilai limitnya, 1.618033988. Nilai ini dipanggil nilai Phi yang mewakili Nisbah Keemasan. Begitulah Leonardo Fibonacci memperoleh penemuan terunggulnya iaitu siri nombor Fibonacci dan Nisbah Keemasan. Selain itu, penemuan beliau telah memberi impak yang mendalam terhadap kurikulum Matematik Malaysia. Konsep nombor Fibonacci dan Nisbah Keemasan telah digunakan sebagai salah satu topik penting dalam peringkat pendidikan tinggi. Sebagai contohnya, pada peringkat STPM , Universiti dan Institut Pendidikan Guru, konsep nombor Fibonacci dan Nisbah Keemasan diajar kepada pelajar dan bakal guru untuk meningkatkan kemahiran para pelajar dan bakal guru dalam matematik. Hal ini supaya mereka dapat membuat perkaitan antara matematik dengan alam sekitar dan kehidupan seharian manusia. Konsep yang telah diperkenalkan oleh Fibonacci ini juga secara tidak lansung telah diserap masuk dalam kurikulum matematik apabila para guru mengajar pelajar untuk mencari kaitan di antara matematik dan seni. Guru menyerapkan unsur nombor Fibonacci dan nisbah Keemasan dalam seni matematik. Ini secara tidak lansung menampakkan perkaitan rapat antara seni dengan matematik dan menggalakkan penghargaan terhadap kepentingan dan keindahan matematik. Maka, secara tidak lansung salah satu objektif kurikulum Matematik Malaysia dapat dicapai. Tambahan pula, sumbangan beliau juga telah memberi kesan yang besar dalam kehidupan masyrakat kita. Sebagaimana yang kita tahu, nombor Fibonacci ini wujud secara semulajadinya dalam alam sekitar dan juga dalam diri kita sendiri secara sedar atau tanpa sedar. Tahukah anda lukisan terkenal Leonardo Da Vinci di seluruh dunia iaitu Monalisa? Lukisan tersebut lahir daripada inspirasi si pelukis daripada nombor Fibonacci. Maka terbuktilah bahawa terdapat perkaitan

antara matematik dengan seni. Contoh seni yang lain dapat dilihat pada Graham Sutherlands Tapestry in Conventry Cathedral dan The Eden Project. Tanpa kita sedari, siri nombor Fibonacci dan Nisbah Keemasan ini banyak digunakan dalam kehidupan seharian kita. Antaranya ialah aplikasinya dalam seni bina. Sebagai contohnya, Nisbah Keemasan telah digunakan pada zaman Mesir Purba untuk mendirikan bentuk piramid serta pembinaan Parthenon di Athens. Golden rectangle muncul dalam banyak bahagian pembinaan bangunan tersebut. Antara contoh bangunan lain yang mengaplikasikan Nisbah Keemasan dalam seni bina mereka ialah Pantheon, The Core dan banyak lagi. Nombor Fibonacci juga telah diaplikasikan dalam bidang anatomi tubuh manusia seperti pengukuran tulang jari manusia. Di samping itu, Nisbah Keemasan dan nombor Fibonacci telah digunakan dalam pembuatan filem. Pembuat filem akan membahagikan filem tersebut dengan menggunakan seksyen keemasan untuk memulakan babak penting dalam sesuatu filem. Tidak ketinggalan juga bidang kejuruteraan. Contohnya dapat kita lihat dalam pembinaan California Polytechnic Engineering Plaza. Kolej Kejuruteraan di California PolytechnicState University telah merancang untuk membina satu plaza kejuruteraan yang berasaskan nombor Fibonacci dan sedikit bentuk geometri. Daripada pelan di bawah (Rajah 2), kita dapat lihat bahawa jurutera tersebut menggunakan siri lingkaran Fibonacci atau Nisbah Keemasan untuk

mempersembahkan pengetahuan kejuruteraannya dalam membuat pelan.

Rajah 2 : California Polytechnic Engineering Plaza

Sebagai kesimpulannya, setiap tokoh-tokoh matematik dari setiap tamadun telah memberikan sumbangan yang bermakna dalam bidang matematik. Tanpa sumbangan mereka, kita tidak mungkin mengetahui apa itu nombor dan sebagainya. Tanpa sumbangan mereka juga, kita tidak mungkin mampu membina bangunan yang tinggi dan megah serta melakukan aktiviti harian kita kerana setiap yang kita lakukan dalam kehidupan ini berkaitan dengan nombor dan matematik. Maka, jelas bahawa tokoh matematik terdahulu telah mencapai satu tahap yang mengkagumkan dunia.

Rifleksi Semasa menerima tugasan ini perasaan ingin tahu telah hadir dalam diri saya oleh kerana pada kebiasaanya kami didedahkan dengan maklumat dan fakta yang berkaitan tentang sains, namun pada kali ini saya telah diberi tugasan untuk mendapatkan nama tokoh dan sumbangan mereka dalam matematik. Pada permulaannya terasa sukar untuk menjalankan tugasan ini walau bagaimanapun dengan tunjuk ajar dan info yang telah diberikan oleh Pensyarah telah membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Meskipun sesetengah nama tokoh dalam matematik saya kenali namun saya kurang peka mengenai sumbangan mereka dalam bidang matematik. Ini adalah mungkin kerana saya hanya memberi perhatian terhadap tokoh dalam bidang sains yang mana sering diperdengarkan semasa mengikuti program ini. Oleh kerana kurangnya sumber rujukan yang ada dalam koleksi buku yang telah dibeli sebelum ini saya telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan maklumat mengenai tokoh yang telah memberi sumbangan dalam bidang matematik saya telah mengambil inisiatif lain bagi membantu saya menjalankan tugasan ini. Saya telah merujuk kepada beberapa sesawang untuk memperolehi maklumat tersebut. Walaubagaimanapun saya juga merujuk kepada sesetengah buku yang dipinjam untuk memastikan maklumat yang diperolehi dalam talian adalah tepat. Ini adalh kerana apa yang telah saya dapati sesetengah laman sesawang telah memaparkan maklumat yang kurang tepat mengenai tokoh dan sumbangan mereka dan ianya telah memberikan pengalaman serta pengajaran kepada saya untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan jitu. Dalam meyiapkan tugasan ini juga saya mendapati sumbangan tokoh dalam bidang matematik juga telah memberikan impak yang besar terhadap kehidupan seharian manusia pada masa kini. Tanpa disedari masyarakat pada hari ini dapat menjalani kehidupan yang selesa dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan tercetus daripada idea dan hasil pemikiran yang telah dikeluarkan oleh tokoh-tokoh yang terdahulu. Idea dan hasil pemikiran mereka telah membantu kehidupan kita sehingga ke hari ini yang mana kita dapat menjalani kehidupan yang mudah serta selesa .

Selain daripada itu juga dalam menyiapkan tugasan ini saya telah dapati sumbangan tokoh dalam bidang matematik sebenarnya saling berkait dengan sumbangan tokoh dalam bidang sains. Dengan gabungan idea serta sumbangan tokoh dalam kedua-dua bidang tersebut telah dapat membantu masyarakat dalam mereka cipta dan menghasilkan pelbagai teknologi baru sehingga kini. Setelah mengkaji sumbangan tokoh dalam bidang matematik ianya menunjukkan

pengetahuan dalam bidang sains dan matematik adalah saling memerlukan dan ianya telah menyedarkan saya betapa pentingnya masyarakat pada masa kini perlu menguasai dalam kedua-dua bidang ini. Setelah menyiapkan tugasan ini beberapa input baru telah saya perolehi serta kesedaran tentang sumbangan tokoh Matematik dalam kehidupan seharian yang telah memberikan pelbagai sumbangan dalam kehidupan seharian. Selain itu secara tidak langsung tugasan ini telah membuka satu pemikiran baru untuk saya untuk mengaplikasikan dan menghargai sumbangan mereka dalam bidang sains. Selain daripada itu juga saya dapat mencari, meneliti dan memahami bahan-bahan bacaan yang berkaitan dengan sumbangan tokoh-tokoh matematik dari pelbagai tamadun. saya juga mampu untuk mengarang esei ilmiah dengan mengaplikasikan pengetahuan tentang kurikulum matematik yang telah diperolehi.

RUJUKAN
Ade Humaidi. ( 2011 ). Alexander Voldarsky. Mathematical Achievement of Aryabhata. Institte of the History of Science and Technology, Moscow ; Tesis

Bhavya Dabas. (2009). Aryabhata A Pioneering Indian Mathematician. http://bhavyadabas.suite101.com/aryabhatta-a179879. Dilayari pada 8 April 2012.

Carl B. Boyer. (1989). A History of Mathematics. (2nd Edition). John Wiley & Sons, INC ; United States Of America.

Dirk J. Struik. (1986). A Concise History of Mathematics. (4th Edition) Dover Publications, INC ; New York.

Tokjogho. ( 2012). Tokoh Cendiakawan Islam - Al Khawarizmi Ahli Matematik Teragung. http://panduanpercuma.info/agama/864/tokoh-cendikiawan-islam-al-khawarizmi-ahlimatematik-teragung/. Dilayari pada April 2012.

Ismail Bin Kailani, Herlinda bt Abdul Rahim. Penerapan Unsur Sejarah Matematik Dalam Menentukan Nilai Pi dan Keberangkalian. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis

Jayanti A/P Arumugum. (2011). Leornardo Fibonacci. http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php/2011/629-tokoh/868-leonardofibonacci. Dilayari pada April 2012.

Laura Anne Stuart. ( ). Anatomy and Algebra. http://www.expressmilwaukee.com/article4823-anatomy-and-algebra.html. Dilayari pada April 2012.

Zu Chong Zhi dan Pi. http://indonesian.cri.cn/chinaabc/chapter17/chapter170301.htm. Dilayari pada April 2012.

You might also like