Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2 Februari 2013

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 2

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2 Februari 2013

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2 Februari 2013

PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum ini.

Adalah diharap dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2 Februari 2013

TAFSIRAN
o o o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu. Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik memberi gambaran holistik tentang individu. bagi

Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran. Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai. Evidens Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor. Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.

o o

Instrumen o

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2 Februari 2013

KERANGKA STANDARD PRESTASI BAND


1 2 3 4 5 6

STANDARD
TAHU TAHU, FAHAM TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2 Februari 2013

TAFSIRAN BAND
BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN

TAHU

Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. untuk melaksanakan sesuatu

TAHU, FAHAM

TAHU, FAHAM DAN BOLEH Murid menggunakan pengetahuan BUAT kemahiran pada suatu situasi.

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu TAHU, FAHAM DAN BOLEH mengikut prosedur atau secara sistematik. BUAT DENGAN BERADAB TAHU, FAHAM DAN BOLEH Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan BUAT DENGAN BERADAB mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap TERPUJI positif. Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta TAHU, FAHAM DAN BOLEH cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk BUAT DENGAN BERADAB mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang MITHALI sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2 Februari 2013

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI


Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI


Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 2, murid dapat : 1. Mengetahui maksud komponen-komponen kecergasan seperti daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan, kelenturan, kuasa, dan kelajuan; 2. 3. Melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal untuk membina kemahiran motor dan kecergasan fizikal; Mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik artistik, gimnastik irama, gimnastik pendidikan, dan pergerakan kreatif dengan betul dan selamat; 4. 5. 6. 7. Memahami dan mematuhi arahan serta peraturan dalam semua aktiviti bagi menjaga keselamatan; Melibatkan diri dalam mengamalkan etika sukan yang baik; Mengurus stor alatan sukan serta dapat mengklasifikasi jenis-jenis alatan sukan; dan Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan semasa beraktiviti dalam suasana yang riang dan menggembirakan.

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2 Februari 2013

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN


Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN


Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 2, murid dapat : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Memahami amalan pemakanan yang tidak sihat; Memahami peranan dan tanggungjawab ahli keluarga berdasarkan gender; Menjelaskan fungsi nutrien dan kesan kekurangannya; Memahami cara mengurus stres; Menjelaskan kesan pengambilan dadah; Memahami akta dan undang-undang penderaan kanak-kanak; dan Mengaplikasi prinsip dan prosedur Talk, Observe, Touch, Active, Passive dan Skills (T.O.T.A.P.S.).

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2 Februari 2013

BAND
1

PERNYATAAN STANDARD
Tahu tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, dan kebersihan dan keselamatan persekitaran. Tahu dan faham tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, dan kebersihan dan keselamatan persekitaran. Tahu, faham dan boleh melakukan aktiviti dalam komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta boleh mengurus kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, dan kebersihan dan keselamatan persekitaran. Tahu, faham dan boleh mengaplikasikan komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan dalam aktiviti harian dengan betul dan selamat serta membentuk sikap positif terhadap kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, dan kebersihan dan keselamatan persekitaran berasaskan pengetahuan dan pengalaman. Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan semasa beraktiviti dalam gaya hidup sihat, berkemahiran merancang, berkomunikasi, empati dengan orang lain, dan berupaya mengendalikan emosi dalam mengurus hidup secara positif, sihat dan selamat. Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan berterusan, menjana kreativiti minda menjurus kepada gaya hidup sihat serta sejahtera, dan berkeupayaan meningkatkan kualiti kehidupan secara keseluruhan bagi membentuk gaya hidup sihat.

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2 Februari 2013

BAND 1 Tahu

PERNYATAAN STANDARD B1 Tahu tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, dan kebersihan dan keselamatan persekitaran.

DESKRIPTOR B1 DJ1 Mengetahui maksud komponen kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan. B1 DJ2 Mengetahui tentang konsep kekhususan dan tambah beban dalam prinsip latihan. B1 DJ3 Mengetahui kemahiran asas olahraga.

EVIDENS B1 DJ1 E1 Menyatakan maksud komposisi badan.

B1 DJ2 E1 Menyatakan maksud kekhususan dan tambah beban dalam prinsip latihan.

B1 DJ3 E1 Menyatakan fasa-fasa lakuan dalam merejam lembing

B1 DJ4 Mengetahui aktiviti rekreasi. B1 DJ5 Mengetahui isu-isu dan etika dalam sukan dan permainan.

B1 DJ4 E1 Menyatakan maksud orienteering.

B1 DJ5 E1 Menyatakan jenis insentif dalam sukan.

B1 DJ5 E2 Menyatakan maksud etika dan amalan permainan bersih.

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2 Februari 2013

B1 DK1 Mengetahui penyakit akibat amalan pemakanan yang tidak sihat .

B1 DK1 E1 Menyatakan maksud anoreksia nervosa dan bulimia nervosa.

B1 DK2 Mengetahui jenis-jenis nutrien.

B1 DK2 E1 Menyatakan lima jenis nutrien.

B1 DK3 E1 B1 DK3 Menyatakan fungsi akta perlindungan Mengetahui akta dan undangundang perlindungan kanak-kanak kanak-kanak 2001. serta jenis penderaan. B1 DK3 E2 Menyatakan jenis penderaan kanak- kanak

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2 Februari 2013

BAND 2 Tahu dan Faham

PERNYATAAN STANDARD B2 Tahu dan faham tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, dan kebersihan dan keselamatan persekitaran.

DESKRIPTOR B2 DJ1 Menyatakan faedah latihan komponen kecergasan fizikal.

EVIDENS B2 DJ1 E1 Menyatakan dua faedah latihan daya tahan kardiovaskular (Par course dan Fartlek).

B2 DJ2 Menjelaskan konsep tambah beban dalam program latihan. B2 DJ3 Memahami undang-undang dan peraturan olahraga.

B2 DJ2 E1 Menjelaskan pembolehubah latihan dalam konsep tambah beban. B2 DJ3 E1 Menyatakan ciri-ciri lembing dan pembatalan rejaman dalam acara merejam lembing. B2 DJ4 E1 Menyatakan ansur maju kemahiran dalam gimnastik artistik dan gimnastik irama. B2 DJ5 E1 Menyatakan sekurang-kurangnya tiga faedah yang diperoleh dalam aktiviti orienteering.

B2 DJ4 Memahami pergerakan asas gimnastik. B2 DJ5 Memahami faedah yang diperoleh dalam aktiviti orienteering.

B2 DJ6 Memahami isu-isu dalam sukan.

B2 DJ6 E1 Menerangkan sekurang-kurangnya tiga kesan insentif dalam sukan.

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2 Februari 2013

B2 DK1 Mempunyai kefahaman tentang penyakit akibat amalan pemakanan yang tidak sihat.

B2 DK1 E1 Menyenaraikan kesan amalan pemakanan yang tidak sihat.

B2 DK1 E2 Menyenaraikan faktor yang mempengaruhi berlakunya anoreksia nervosa dan bulimia nervosa. B2 DK2 E1 Menyenaraikan peranan dan tanggungjawab setiap ahli dalam keluarga asas.

B2 DK2 Memahami peranan serta tanggungjawab setiap ahli keluarga. B2 DK3 Mempunyai kefahaman tentang jenis nutrien. B2 DK4 Memahami peranan agensi yang terlibat dalam akta dan undangundang perlindungan kanakkanak.

B2 DK3 E1 Menyenaraikan sumber makro dan mikro nutrien. B2 DK4 E1 Menjelaskan peranan agensi yang mengendalikan kes penderaan kanakkanak.

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2 Februari 2013

BAND 3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

PERNYATAAN STANDARD B3 Tahu, faham dan boleh melakukan aktiviti dalam komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta boleh mengurus kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, dan kebersihan dan keselamatan persekitaran.

DESKRIPTOR B3 DJ1 Melakukan aktiviti berdasarkan komponen kecergasan fizikal dan mengukur komposisi lemak badan.

EVIDENS B3 DJ1 E1 Melakukan aktiviti latihan Fartlek (daya tahan kardiovaskular) dan latihan litar (daya tahan otot, kekuatan otot, kuasa dan kelajuan) dengan kaedah yang betul.

B3 DJ1 E2 Mengukur komposisi lemak badan dengan kaliper di dua bahagian badan. B3 DJ2 E1 Melakukan kemahiran-kemahiran asas dalam permainan bola baling dan badminton dengan teknik yang betul.

B3 DJ2 Melakukan kemahiran asas permainan dan olahraga.

B3 DJ2 E2 Melakukan kemahiran lari berganti-ganti dengan teknik yang betul. B3 DJ3 E1 Merekod pinjaman dan pemulangan alatan sukan dan permainan.

B3 DJ3 Melakukan aktiviti pengurusan sukan.

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2 Februari 2013

B3 DK1 Memahami fungsi nutrien.

B3 DK1 E1 Menyatakan kesan kekurangan karbohidrat, protein dan lemak.

B3 DK2 Memahami kesan penyalahgunaan dadah.

B3 DK2 E1 Menyatakan contoh kesan penyalahgunaan dadah kepada individu dan institusi kekeluargaan.

B3 DK3 Memahami pengetahuan keselamatan dan pertolongan cemas.

B3 DK3 E1 Menjelaskan prinsip T.O.T.A.P.S.

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2 Februari 2013

BAND 4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

PERNYATAAN STANDARD B4 Tahu, faham dan boleh mengaplikasikan komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan dalam aktiviti harian dengan betul dan selamat serta membentuk sikap positif terhadap kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, dan kebersihan dan keselamatan persekitaran berasaskan pengetahuan dan pengalaman.

DESKRIPTOR B4 DJ1 Mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan dalam melaksanakan aktiviti berdasarkan komponen kecergasan fizikal dan mengukur komposisi lemak badan.

EVIDENS B4 DJ1 E1 Melakukan aktiviti berdasarkan komponen kecergasan fizikal dengan betul dan selamat. (aktiviti daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kuasa dan kelajuan) B4 DJ1 E2 Merekod dan membuat pengiraan komposisi lemak badan dengan merujuk kepada Jadual Peratusan Lemak Badan.

B4 DJ2 Mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan dalam melaksanakan kemahiran permainan dan olahraga.

B4 DJ2 E1 Melakukan aktiviti kemahiran bola baling dan badminton dengan betul dan selamat.

B4 DJ2 E2 Melaksanakan langkah-langkah keselamatan dalam melakukan aktiviti lari berganti-ganti.

B4 DJ3 Mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan dalam melaksanakan kemahiran pendidikan pergerakan.

B4 DJ3 E1 Melaksanakan langkah-langkah keselamatan dalam melakukan aktiviti kemahiran gerak edar, meringkuk, melunjur dalam pergerakan kreatif dengan teknik yang betul dan selamat.

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2 Februari 2013

B4 DJ4 Mengaplikasikan aspek keselamatan dalam aktiviti orienteering.

B4 DJ4 E1 Melaksanakan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti orienteering.

B4 DK1 Mengaplikasi pengetahuan keselamatan dan pertolongan cemas.

B4 DK1 E1 Menunjukcara pelaksanaan prosedur T.O.T.A.P.S.

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2 Februari 2013

BAND 5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

PERNYATAAN STANDARD B5 Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan semasa beraktiviti dalam gaya hidup sihat, berkemahiran merancang, berkomunikasi, empati dengan orang lain, dan berupaya mengendalikan emosi dalam mengurus hidup secara positif, sihat dan selamat.

DESKRIPTOR B5 DJ1 Menguasai tatacara melaksanakan latihan fizikal.

EVIDENS B5 DJ1 E1 Menghubungkait antara beban dengan ulangan dalam latihan daya tahan otot (DTO) dan kekuatan otot (KO).
* * DTO : Ulangan Tinggi, Beban Rendah KO : Ulangan Rendah, Beban Tinggi

B5 DJ2 Menguasai kemahiran, undangundang dan peraturan dalam situasi permainan.

B5 DJ2 E1 Mengaplikasi undang-undang dan peraturan asas dalam permainan bola baling dan badminton.

B5 DJ3 Mengaplikasi pengetahuan orienteering.

B5 DJ3 E1 Merancang aktiviti orienteering.


(senarai semak keperluan aktiviti orienteering)

B5 DJ4 Memerihal isu-isu dalam sukan.

B5 DJ4 E1 Membincang isu dalam sukan dan permainan daripada pelbagai sumber.
(penekanan : perancangan, kandungan, nilai positif / negatif, komunikasi)

B5 DK1 Menilai kesan stres.

B5 DK1 E1 Membincangkan kesan stres terhadap diri sendiri.


(eustres, distres)

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2 Februari 2013

BAND 6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

PERNYATAAN STANDARD B6 Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan berterusan, menjana kreativiti minda menjurus kepada gaya hidup sihat serta sejahtera, dan berkeupayaan meningkatkan kualiti kehidupan secara keseluruhan bagi membentuk gaya hidup sihat.

DESKRIPTOR B6 DJ1 Mengamalkan aktiviti kecergasan dan amalan pemakanan sihat.

EVIDENS B6 DJ1 E1 Merancang dan melaksanakan aktiviti secara sistematik dan berterusan berdasarkan jadual program kecergasan diri yang telah disediakan dan mengamalkan gaya hidup sihat.
(penekanan : amalan aktiviti dan pemakanan seimbang, penerapan nilai dan sahsiah diri, kepimpinan, pengurusan diri)

You might also like