Frasa Kerja

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Sintaksis Bahasa Melayu

Binaan Frasa Kerja


Binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata kerja Kata kerja boleh merupakan kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan manakala kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsure-unsur lain. Terbahagi kepada dua: 1. Frasa kerja yang tidak mengandungi objek: Kata kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek untuk melengkapnya. Mengandungi kata kerja tak transitif. Contoh: Ali menang. Mereka sedang tidur. 2. Frasa kerja yang mengandungi objek: Kata kerjanya mesti disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan kata kerjanya. Mengandungi kata kerja transitif. Contoh: Kami makan ayam goreng itu.
PPISMP 2D; Kumpulan 2 ( Surie, Aida, Cici, Memiey)

Binaan frasa kerja tanpa objek -Tidak mengandungi frasa nama sebagai objek -Terdiri daripada satu jenis kata kerja sebagai intinya, yang disebut kata kerja tak transitif . -Kata kerja tak transitif ialah sejenis kata kerja yang tidak boleh disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya.
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap

Jenis kata kerja tak transitif

Kata kerja tak transitif dengan pelengkap

Kata kerja tak transitif dengan kata nama sebagai pelengkap

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap: + Tidak memerlukan apa-apa unsur sebagai pelengkap + Contoh-contoh kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan pelengkap ialah kata kerja yang mempunyai makna yang sempurna. + Contoh: Pokok itu tumbang Kanak-kanak itu menangis.

Sintaksis Bahasa Melayu

Kata kerja tak transitif dengan pelengkap + Kata kerja yang tidak mempunyai makna yang lengkap sekiranya tidak diikuti oleh unsur pelengkap. + Contohnya: beransur, tinggal, menjadi

Unsur-unsur yang menjadi pelengkap kepada kata kerja tak transitif

Kata nama sebagai pelengkap - Ada dua kumpulan kata kerja tak transitif yang memerlukan kata nama sebagai pelengkap - Pertama, kata kerja yang berimbuhan ber- kan. - Contoh: Dia berbantalkan lengan. Pak Kaduk berbajukan kertas. - Kedua, kata kerja tak transitif yang boleh diikuti oleh kata nama sebagai pelengkap - Contoh: Dia menjadi guru. Orang itu ada harta. Kata kerja tak transitif dengan kata nama sebagai penerang. - Kata nama hanya menjadi penerang bagi kata kerja tak transitif dan bukan pelengkap kerana kata nama penerang boleh ditiadakan tanapa merosakkan kesempurnaan makna kata kerja. - Contoh: Kanak-kanak itu berbaju Melayu. Mereka belajar bahasa Jepun. Binaan frasa kerja dengan objek. - Dibentuk oleh kata kerja transitif sebagai intinya dan frasa nama yang mengikuti kata kerja itu sebagai objek atau penyambutnya. - Ayat-ayat yang mengandungi frasa nama sebagai objek itu boleh dipasifkan menjadi ayat. - Contohnya: Kami makan ayam goreng itu. Ayam goreng itu kami makn.

Kata adjektif

Kata nama

Frasa sendi nama

Kata adjektif sebagai pelengkap - Kata adjektif hadir sesudah kata kerja tak transitif untuk melengkapkannya. - Contoh: Kesihatan bapanya beransur baik. Badannya menjadi lemah. Frasa sendi nama sebagai pelengkap - Hadir selepas kata kerja tak transitif untuk mendukung makna tempat sebagai unsur yang melengkapkan kata kerja tak transitif - Contoh: Mereka berada di Kuala Lumpur. Saya tinggal di kampung. Keretanya membelok ke kiri.

PPISMP 2D; Kumpulan 2 ( Surie, Aida, Cici, Memiey)

You might also like