HBEF2503 - Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

MENINGKATKAN PEMBELAJARAN

TAHAP SAINS

PEMAHAMAN DALAM TAJUK

MURID GERHANA

TAHUN BULAN

BAGI

DENGAN

MENGGUNAKAN PERISIAN POWER POINT.

OLEH Jasini @ Jasni Apin @ Jaffrin OUM MATRIK NO: 740728125927001 SK Pinawantai, Ranau.

ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan tahap pemahaman murid tahun 6, SK Pinawantai Ranau yang berhadapan dengan masalah pengajaran dan pembelajaran sains bagi tajuk Gerhana Bulan. Daripada pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang lepas, didapati bahawa ramai murid yang tertukar konsep Gerhana Bulan dengan konsep Fasa-Fasa Bulan. Jesteru itu kajian ini dilaksanakan untuk memberi pemahaman yang jelas mengenai konsep Gerhana Gulan agar murid dapat membezakannya dengan konsep Fasa-Fasa Bulan. Kajian ini melibatkan murid-murid tahun 6 seramai 25 orang. Kajian ini akan dijalankan dengan menggunakan kaedah eksperimen dimana murid akan dibahagikan kepada dua kumpulan secara rawak dengan kumpulan A seramai 13 orang sebagai kumpulan rawatan dan kumpulan B seramai 12 orang sebagai kumpulan kawalan. Kumpulan kawalan akan mempelajari tajuk Gerhana Bulan mengikut kaedah tradisional iaitu mengikut aktiviti dalam sukatan pelajaran manakala kumpulan 2 akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah baru iaitu perisian power point. Keberkesanan program dapat dinilai dengan membuat perbandingan terhadap dua kumpulan yang terlibat. Kejayaan kajian dapat dibuktikan dengan membuat analisis statistik terhadap pencapaian kedua-dua kumpulan sebelum dan selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Instrumen kajian yang digunakan untuk mendapatkan data adalah ujian pra dan ujian pos serta borang soal selidik. Data yang didapati daripada instrumen akan dianalisis untuk mengetahui tahap keberkesanan kajian.

Bab 1 PENGENALAN

1.1 Pernyataan Masalah Kajian Topik bagi kertas kerja kajian ini diperolehi daripada analisis kertas soalan peperiksaan yang melibatkan soalan daripada tajuk Gerhana Bulan bagi percubaan UPSR tahun lepas. Daripada 22 orang murid yang menjawab soalan daripada tajuk Gerhana Bulan didapati 8 murid menjawab dengan tepat, 10 menjawab dengan menggunakan konsep Fasa-fasa bulan dan 4 murid menjawab soalan tersebut tanpa berkaitan dengan mana-mana satu konsep diatas. Perbincangan dengan guru sains dari sekolah lain juga mendapati bahawa terdapat murid mereka yang menghadapi masalah yang serupa. Ujian serupa telah dijalankan terhadap 10 orang murid tahun 6 pada tahun ini. Hasil ujian menunjukkan 4 daripada murid tersebut menjawab soalan berkaitan Gerhana Bulan dengan konsep Fasa-Fasa Bulan. Sesi perbincangan telah dijalankan terhadap 4 orang murid ini dan mendapati punca utama daripada masalah ini ialah murid keliru dengan bentuk bulan semasa kejadian kedua-dua fenomena tersebut. Bentuk-bentuk bulan dalam kedua-dua fenomena tersebut sememangnya serupa. Perbezaannya hanya pada masa atau tempoh bagi setiap bentuk bulan tersebut berubah. Bagi fenomena Gerhana Bulan, perubahan bentuk-bentuk bulan berlaku dalam beberapa jam sahaja sedangkan bentuk-bentuk bulan dalam fenomena fasa-fasa bulan berlaku dalam masa 30 hari. Turutan bentuk-bentuk bulan juga berbeza bagi setiap fenomena. Bagi Gerhana Bulan, Bentuk bulan dimulai dengan bulan penuh manakala bagi Fasa-Fasa bulan bentuk bulan dimulai dengan fasa anak bulan. Daripada pemerhatian dan perbincangan yang dijalankan dapatlah disimpulkan bahawa kekeliruan terhadap kedua-dua konsep ini hanya timbul apabila murid menjawab soalan melibatkan gambarajah bentuk-bentuk bulan semasa kejadian Gerhana Bulan. Bagaimanapun perkara ini boleh membawa impak yang besar bagi konsep murid tersebut terhadap fenomena Gerhana Bulan. Bayangkanlah murid tersebut menjadi seorang pendidik setelah dewasa, maka dia akan membawa konsep salah ini kepada sebahagian generasi akan datang. Diharapkan dengan penggunaan bahan-bahan ICT dapat meningkatkan kefahaman serta memperbetulkan konsep-konsep sains yang salah di kalangan murid-murid tersebut.

1.2 Soalan Kajian Adakah murid-murid yang diajar tajuk Gerhana Bulan menggunakan kaedah power point memperolehi markah yang lebih tinggi daripada murid-murid yang diajar menggunakan kaedah biasa.

1.3 Objektif kajian Objektif kajian ini adalah untuk: i. Meningkatkan tahap pemahaman murid tahun 6 SK Pinawantai Ranau bagi tajuk Gerhana Bulan dalam mata pelajaran Sains dengan menggunakan perisian power point. ii. Memperbetulkan salah konsep murid terhadap konsep Gerhana Bulan yang sering tertukar dengan konsep Fasa-Fasa Bulan.

1.4 Kepentingan Kajian Dapatan daripada kajian ini kelak diharap dapat digunakan oleh panitia sains sekolah dan guru-guru sains di sekolah ini bagi mengajar konsep-konsep sains yang sukar difahami. Ia juga boleh boleh digunapakai oleh guru-guru bagi matapelajaran lain sekiranya kaedah ini bersesuaian dengan tajuk yang mereka ajar. Hasil daripada kajian ini juga akan dibentangkan pada mesyuarat ketua-ketua panitia sains peringkat zon agar dapatan ini dapat dikongsi bersama dengan guru-guru dari sekolah sekitar. Hasil kajian juga akan diguna pakai terhadap muridmurid dari kelas lain untuk memudahkan mereka memahami konsep-konsep sains yang sukar.

1.5 Batasan Kajian Kajian ini sah hanya untuk murid tahun 6 SK Pinawantai bagi tajuk Gerhana Bulan Sahaja. Kajian dijalankan dengan menggunakan perisian power point sebagai bahantara pengajaran dan pembelajaran. Perisian ini memerlukan komputer dan projektor LCD yang memerlukan tenaga elektrik untuk beroperasi. Oleh itu, kajian ini hanya sesuai dilaksanakan di sekolah-sekolah yang mempunyai bekalan elektrik sahaja.

Bab 2 TINJAUAN LITERATUR Bab ini akan mininjau tentang hasil kajian yang berkaitan dengan keberkesanan pembelajaran sains berbantukan komputer dalam pengajaran, khususunya perisian PowerPoint. Antara aspek yang dibincangkan ialah beberapa hasil kajian yang berkaitan dengan penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan perisan komputer dan kesannya terhadap pencapaian pelajar menguasai konsep dan memahami sains dengan lebih baik dan dapat menarik minat pelajar terhadap sains serta kelebihan-kelebihan dalam menggunakan perisan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pembelajaran Sains dan Komputer `Di Malaysia pendidikan komputer telah mula diperkenalkan pada tahun 1993 dengan melibatkan 60 buah sekolah menengah. Sekolah-sekolah tersebut dibekalkan dengan 20 buah komputer. Pembelajaran Berbantukan Komputer juga mula berkembang dengan wujudnya sekolah bestari dan terkini Kementerian Pelajaran telah melaksanakan projek Pembestarian Sekolah, (Aszoura Salleh, 2007). Menurut Yakop (1985), kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini boleh digunakan untuk mengatasi masalah pelajar yang mempunyai kebolehan dan potensi yang berbeza. Pelajar-pelajar yang cerdas boleh belajar dan menyelesaikan latihan dengan secepat mungkin mengikut tahap pemahaman mereka. Pelajar yang lemah pula dapat mempelajarai topik yang sukar dengan berulang-ulang kali sehingga mereka faham. Ini dapat memotivasikan pelajar yang lemah untuk meningkatkan prestasi mereka. Sebuah program pendidikan yang lebih dinamik dan interaktif dapat dibina kerana teknologi multimedia interaktif mempunyai kekuatan untuk berfungsi dalam pelbagai aspek program pendidikan seperti proses pengajaran, proses pembelajaran, penggunaan masa pembelajaran, penilaian pencapaian murid, peranan guru, peranan murid dan pengurusan pendidikan, (Nik Azis Nik Pa, 1997). Menurut Rashidi (1986), kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang baru dan suasana pembelajaran yang sihat, seronaok untuk pelajar. Walau Bagaimanapun, Rashidi (1986) menyatakan sebenarnya komputer tidak boleh menggantikan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Peranan guru sebagai fasilitator atau pembimbing yang bertanggungjawab untuk mengerakkan dan menghidupkan perbincangan dan penerokaan ilmu dikalangan pelajar. Pelajar dikehendaki mentafsir sendiri melalui garis panduan yang diberikan

oleh guru, (Thomas, 1994). Memandangkan penggunaan komputer telah berkembang dengan pesat, maka tumpuan seharusnya diberikan untuk menghasilkan produk yang menggunakan perisian yang berkualiti (Yusuf Hashim, 1998). Oleh yang demikian kaedah ini wajar dijalankan bagi meninjau keberkesanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains.

Pembelajaran Sains dan Perisian PowerPoint William & louis (1993) mendefinisikan perisian sebagai jujukan suruhan yang terperinci. Ia direka bentuk untuk mengarah komputer melaksanakan fungsi-fungsi tertentu untuk membolehkan komputer menginput, menyimpan, membuat keputusan, mengolah secara aritmetik dan output data dalam jujukan yang betul. Capron (1996) pula menyatakan perisan sebagai satu arahan atau aturcara yang dirancang langkah demi langkah untuk menukarkan data dan maklumat yang menyebabkan kmputer berfungsi. Power Point merupakan salah satu daripada perisian yang berguna dalam program Microsoft Windows. Secara amnya, Power Point digunakan sebagai alat persembahan. Perisian ini mempunyai keistimewaanya tersendiri seperti digunakan untuk membuat slaid persembahan, dapat dimuatkan dengan gambarajah atau grafik yang menarik, melukis carta atau jadual dengan lebih cepat dan kesan animasi dapat dimasukkan kepada teks dan objek dalam slaid, (Aszoura Salleh, 2007). Pengguanan Perisian dalam pembelajaran adalah sebuah alat yang berfungsi untuk menyampai maklumat pembelajaran. Pembelajaran adalah sebuah proses komunikasi antara murid, guru dan bahan ajar. Komunikasi tidak akan berjalan tanpa bantuan alat penyampai maklumat. Penggunaan perisian yang baik harus memenuhi beberapa syarat. Ia seharusnya dapat meningkatkan motivasikan pelajar, harus dapat merangsang murid meningat apa yang sudah dipelajari selain memberikan rangsangan untuk ilmu baru dan juga akan mewujudkan murid yang aktif. Menurut Leong Mei (1998), kelebihan penggunaan komputer (PowerPoint) dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara umumnya ialah 1. Paparan Menarik Kombinasi warna dan muzik yang tepat menghasilkan paparan yang menarik. Penggunaan permainan dan susunan teks yang teratur akan memberikan persembahan yang menarik. Semua ini dapat menghasilkan cara pembelajaran yang berkesan.

2. Sikap Positif Perisian ini mempunyai ciri interaksi dengan murid secara tidak langsung dapat memotivasi murid menjadi aktif. Ini dapat mengatasi sikap murid yang negatif dan menggalakkan murid mengambil bahagian dalam perhubungan pelajaran.

3. Membantu Murid Lemah Murid yang lemah boleh belajar mengikut keupayaanya. Murid boleh mengulangkaji pelajaran sehingga berjaya memahami konsep-konsep yang diajar

4. Membantu Dalam Pemahaman Bantu murid faham dengan cepat. Ini kerana pengguanan grafik, animasi, warna, muzik, simulasi dan dialog akan mempercepatkan lagi proses pemahaman perkara-perkara atau konsep-konsep yang ingin disampaikan dengan berkesan.

5. Jangka Masa Pendek Seorang murid berupaya memahami sesuatu konsep dengan kaedah pembelajaran berbantukan PowerPoint berbanding konvensional. Ini kerana penggunaan PowerPoint berupaya memberi motivasi dalam pembelajaran pelajar.

6. Mutu dan Perhatian Penggunaan PowerPoint membantu tugas yang biasanya dilakukan oleh guru. Perhatian yang lebih dapat diberikan kepada kepekaan seseeorang murid. Guru mempunyai masa yang lebih untuk memperbaiki mutu bahan murid serta merancang menghasilkan perisian yang lebih baik untuk kesesuaian pegajaran dan pembelajaran mengikut tahap muri-muridnya.

Multimedia ialah kombinasi grafik, bunyi, video, teks dan animasi yang menghasilkan persembahan yang menajjubkan. Mutimedia mempunyai interaktif yang tinggi maka ia digunakan dalam program yang memerlukan interaksi guru. Pelajar sekolah berinteraksi melalui multimeia untuk memperoleh pengetahuan yang berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka (Zackeriya, 1995). Kajian yang dilaksanakan di sekolah-sekolah daerah Sacramento, Carlifornia, Ameriak Syarikat bermula tahun 1987 telah membuktikan bahawa

multimedia telah menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan memuaskan. Bahan pelajaran adalah mudah untuk difahami dan juga kaedah penyampaian pula lebih menyeronokkan melalui multimedia. Kombinasi pelbagai media dalam penerangan memberi penjelasan yang lebih menyeluruh tentang sesuatu konsep, proses atau kejadian. Program multimedia telah membolehkan pelajar mengambil bahagian yang lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Floyd, 1991). Proses pengajaran dan pembelajaran kerap terhalang dimana maklumat atau pengetahuan konsep yang disampaikan oleh guru tidak mampu diterima oleh pelajar-pelajarnya. Pelajar tidak akan dapat menunjukkan perkembangan dalam perubahan tingkah lakunya. Kegagalan penyampaian maklumat guru kepada pelajar menyebabkan pelajar tidak mampu mentafsir diri dalam kehidupannya dan seterusnya tidak mampu menyelesaikan masalah sendiri apa lagi untuk membantu pihak lain. Sehubungan dengan itu, proses pengajaran perlu mampu mendorong pembelajran ke peringkat yang maksimum. Untuk itu pembelajaran perlu berada dalam proses yang sistematik dan praktikal sehingga dapat mendorong pemahaman yang tinddi di kalangan pelajar. Salah satu usaha untuk meningkatkan keberkesananan dan kualiti terhadap ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh guru dan dapat diterima dengan pemahaman yang tinggi oleh pelajar ialah pengguanaan komputer iaitu perisian PowerPoint dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini terbukti dengan kajian-kajian yang telah dijalankan sebelum ini, di mana pengunaan perisian ini mampu meningkatkan pemahaman konsep pelajar terutamanya dalam mata pelajaran sains. Sebagai seorang guru, perisian persembahan elektronik boleh membantu guru mengukuhkan dan meningkatkan keberksesannan pengajatannya. Pelbagai Fungsi yang terdapat dalam perisian ini seperti corak teks, grafik, animasi, audio dan video boleh dintegrasikan dalam membina slaid persembahan yang mampu menarik minat pelajar. Bagi aktiviti pembelajran, perisian ini amat sesuai digunakan sebagai salah satu alat dalam aktiviti kumpulan. Secara tidak langsung pelajar boleh menunjukkan kreativiti masing-masing dalam persembahan

perbincangan, (Modul: Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran). Ulasan daripada How Stuff Works (2005) menyatakan bahawa Microsoft PowerPoint adalah aplikasi yang amat bermanafaat dalam menyampaikan maklumat. Aplikasi ini amat memudahkan pengguna kerana terdapat banyak templet dan pakej persembahan yang boleh digunakan oleh pengguna sebagai permulaan. How Stuff Works (2005) juga menambah, bahawa keupayaan Microsoft PowerPoint

yang boleh diintegrasikan dengan media lain seperti audio dan video amat membantu dalam penyampaian maklumat. Namun begitu, bahan yang digunakan dalam persembahan mestilah relevan dengan mata pelajran dan aktiviti yang dijalankan, jika tidak ia tidak akan dapat membantu guru dalam keberkesanan pengajarannya dan pelajar secara khusus dalam pemahaman pelajarannya.

Penutup Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, menekankan bahawa Malaysia perlu membangunkan ekonomi dengan tidak mengabaikan aspek politik, sosial, rohaniah, psikologi dan budaya. Untuk memastikan matlamat ini tercapai, Malaysia perlu mencapai sembilan cabaran utam dalam Wawasan 2020. Salah satu matlamat teknolgi maklumat di Malaysia adalah untuk menjadi negara membangun pada tahun 2020. Cabarab daripada sembilan strategi mencapai wawasan 2020 adalah menyatakan bahawa Malaysia mesti mewujudkan .....masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif yang bukan sahaja menjadi pengguna kepada teknologi malah menjadi penymbang kepada dunia sains dan teknologi pada masa depan.... (Mahatihir Mohamad,1998) Sehubungan dengan itu, untuk mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif bagi menyahut Wawasan 2020, pelajar mestilah menguasai konsep-konsep sains dengan baik. Hal ini dapat dicapai dengan bantuan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Teknologi yang paling berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran konsep sains adalah perisian PowerPoint.

Bab 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Rekabentuk kajian Rekabentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah reka bentuk kajian Kuantitatif berbentuk eksperimen. Rekabentuk ini juga dikenali sebagai kajian bandingan kumpulan. Dalam kajian ini murid-murid akan dibahagikan secara rawak kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Kumpulan A akan diajar dengan menggunakan kaedah baru iaitu pengajaran menggunakan perisian power point (kumpulan Rawatan) manakala kumpulan B akan diajar menggunakan kaedah pengajaran biasa (Kumpulan Kawalan). Selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran tamat, hasil eksperimen ini akan diukur seperti pencapaian akedemik yang boleh diukur melalui ujian. Analisis statistik digunakan untuk membandingkan pencapaian muridmurid dalam kedua-dua kumpulan.

3.2 Sampel kajian Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada murid-murid tahun 6 SK Pinawantai, Ranau yang terdiri daripada 25 orang. Senarai murid tersebut adalah seperti berikut:
Kumpulan A Bil 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12 13 Nama ALY ELLVIANI RESININ ANGGLIA MAICOL AUSTIN ROBIN EMILDA EMILY JOENEH DELPIAN POLINUS DEWANA PETER DEWI NAZIRAH JOHNNY FAYRES IMIN HAZREL LUSSIUS JABILI JUANIS JEBRAIL KILOU JELICA GESIKIN JULIKA JUANIS Tahap Akedemik SEDERHANA BAIK LEMAH BAIK SEDERHANA BAIK LEMAH LEMAH SEDERHANA LEMAH LEMAH BAIK SEDERHANA

Kumpulan B Bil 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12 JULAINEY JANING MICKLEY MELIK MOHD. ADERIAN JAUNIE MOHD.JOHAIMIE JOHS REDDY SAIMIN SABRINA SURUGAU VERS CHARLVES YELIS VONNIE VICTOR VINSON KARTINI EPIL HELENCE SYLVESTER WAN EVA KARINA SU NIERY ASYIRA JAIBI Nama Tahap Akedemik LEMAH SEDERHANA BAIK SEDERHANA LEMAH LEMAH BAIK BAIK SEDERHANA LEMAH SEDERHANA BAIK

3.3 Instrumen kajian Kajian ini menggunakan 2 instrumen soalan untuk menilai tahap keberkesanan program. Bagi instrumen 1, kaedah ujian pra dan ujian pos digunakan terhadap kedua-dua kumpulan responden. Instrumen 1 ini digunakan untuk mengukur tahap pemahaman murid terhadap tajuk yang diajar dan bagi mengukur keberkesanan program rawatan yang digunakan. Perjalanan ujian adalah seperti berikut: Kumpulan A (Kumpulan Rawatan) : Ujian pra > rawatan> Ujian pos. Kumpulan B (Kumpulan Kawalan) : Ujian pra > Ujian pos. Contoh soalan bagi ujian pra dan Ujian pos adalah seperti dalam lampiran.

Instrumen 2 pula menggunakan kaedah soal-selidik. Instrumen 2 ini digunakan untuk mengukur tahap minat murid kepada kaedah yang digunakan untuk program rawatan. Ujian ini dijalankan hanya untuk kumpulan A iaitu kumpulan rawatan sahaja. Contoh soalan soal selidik ini adalah seperti dalam lampiran.

3.4 Prosedur Pengumpulan data. Memandangkan kajian ini dijalankan disekolah sendiri dan responden adalah terdiri daripada murid sendiri maka guru kelas bagi matapelajaran yang dikaji akan menjalankan semua aktiviti memberi ujian dan pengumpulan data secara bersendirian tanpa bantuan guru lain atau individu lain. Guru hanya perlu memaklumkan dan meminta kebenaran daripada Guru Besar sekolah agar aktiviti yang dijalankan tidak menggangu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Berikut adalah jadual kerja tarikh ujian dan pengumpulan data bagi kajian ini.

Aktiviti Menulis kertas cadangan kajian. Membina instrumen kajian. Mendapatkan kebenaran daripada

Julai 2013

Ogos 2013

Sept 2013

Oktober 2013

November 2013

X X

pentadbir sekolah untuk menjalankan kajian di sekolah. Menjalankan ujian dan mengutip data Analisis data Menulis laporan kajian

X X X

3.5 Analisis Data Bagi instrumen 1, data yang diperolehi akan dianalisis dengan mengira statistik peningkatan pencapaian markah murid bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Statistik markah harus menunjukkan peningkatan yang tinggi bagi kumpulan rawatan daripada kumpulan kawalan untuk menunjukkan keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran rawatan tersebut adalah berkesan. Jadual dibawah menunjukkan pengiraan markah responden untuk penilaian tersebut.

Kumpulan A (Rawatan)
Bil 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12 13 Nama ALY ELLVIANI RESININ ANGGLIA MAICOL AUSTIN ROBIN EMILDA EMILY JOENEH DELPIAN POLINUS DEWANA PETER DEWI NAZIRAH JOHNNY FAYRES IMIN HAZREL LUSSIUS JABILI JUANIS JEBRAIL KILOU JELICA GESIKIN JULIKA JUANIS Jumlah % peningkatan Markah ujian pra Markah ujian pos % peningkatan

Kumpulan B (Kawalan) Bil 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12 Nama JULAINEY JANING MICKLEY MELIK MOHD. ADERIAN JAUNIE MOHD.JOHAIMIE JOHS REDDY SAIMIN SABRINA SURUGAU VERS CHARLVES YELIS VONNIE VICTOR VINSON KARTINI EPIL HELENCE SYLVESTER WAN EVA KARINA SU NIERY ASYIRA JAIBI Jumlah % peningkatan Markah ujian pra Markah ujian pos % peningkatan

Perbandingan = % X > %Y Bagi pengiraan instrumen 2, data yang diperolehi akan dianalisis dengan mengira peratusan murid- murid yang menyukai dan tidak menyukai kaedah yang telah digunakan. Instrumen ini hanya dijawab oleh murid-murid dalam kumpulan rawatan. Sebarang penambahbaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran rawatan juga boleh diperolehi melalui data yang didapati daripada instrumen ini.

Peratus murid yang suka kaedah powerpoint

Peratus murid yang tidak suka kaedah powerpoint

You might also like