Bab 7

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

Bab 7 Acara Padang

Pegawai-pegawai Kejohanan
PENGURUS KEJOHANAN

PENGURUS TEKNIK

REFERI PADANG

K.Hakim (L Jauh) * 3 Orang Hakim

K.Hakim (L Tinggi) * 2 Orang Hakim

K.Hakim (Lembing) * 4 Orang Hakim

Pasukan Lain Jika Diperlukan

1. Bilangan pasukan/Pegawai a) Setiap pasukan adakan seorang ketua. b) Bilangan Hakim dan pembantu padang dalam sesuatu pasukan tergantung pada peringkat pertandingan. 2. Alatan yang diperlukan Referi Padang akan bekerjasama dengan Pengurus Teknik untuk semua keperluan. 3. Pertukaran program atau tempat pertandingan - Referi akan berbincang dengan Pengurus Pertandingan jika beliau ingin mencadangkan sesuatu pertukaran. - Pertukaran tempat hanya akan dilakukan selepas satu pusingan itu ditamatkan

Pertandingan Kelayakan
1. Bila mengadakannya: - Bila mengadakan lebih daripada 20 peserta dalam sesuatu acara.

2. Cara mengendalinya: i. Lompat jauh, lompat kijang & Acara lontaran, a) Tetapkan paras tahap kelayakan. b) Bahagikan kepada dua atau lebih kumpulan. c) Bertanding serentak di tempat yang berlainan tetapi mempunyai keadaan yang sama, pada hari yang sama. d) Setiap peserta diberi 3 percubaan. Apabila seseorang peserta telah mencapai tahap kelayakan, peserta itu tidak boleh lagi membuat percubaan seterusnya. Semua percubaan yang sah mesti diukur.

ii. Lompat Tinggi & Lompat Bergalah a) Tetapkan paras tahap kelayakan. b) Bahagikan kepada dua atau lebih kumpulan. c) Bertanding serentak di tempat yang berlainan tetapi mempunyai keadaan yang sama, pada hari yang sama. d) Mulakan pada paras lima kenaikan bawah paras tahap kelayakan dan menjalankan pertandingan kelayakan seperti menjalankan acara Lompat Tinggi atau Lompat Bergalah yang biasa, sehingga percubaan terakhir pada paras tahap kelayakan yang ditetapkan. Semua perserta yang mencapai tahap kelayakan akan masuk ke pertandingan terakhir.

3. Cara menetapkan paras tahap kelayakan. a) Teliti pencapaian dalam tiga tahun yang lalu. b) Menetapkan satu sasaran lebih kurang 12-20 orang peserta untuk ke pertandingan akhir.
4. Rekod & Pencapaian a) Rekod yang dicipta semasa pertandingan kelayakan diiktirafkan. b) Pencapaian tercatat dalam pertandingan kelayakan tidak boleh dikira sebagai sebahagian daripada pertandingan sebenar (akhir)

Pertandingan
Untuk Lompat Jauh, Lompat Kijang dan Acara Lontaran sahaja

1. Menentukan Kedudukan
a) Pencapaian terbaik dari semua 6 percubaan. b) Jika seri berlaku, percubaan terbaik yang kedua akan dikira untuk memutuskan seri, jika masih terdapat seri, percubaab terbaik yang ketiga dan sebagainya akan dikira untuk memutuskan seri. (peraturan 146.3)

2. Bilangan percubaan
a) Sekirannya terdapat hanya 8 peserta atau kurang daripada 8 peserta bertanding, setiap peserta mengambil bahagian. i. Tiap-tiap peserta dibenarkan membuat 3 percubaan dan 8 orang peserta yang terbaik di antara kesemuanya akan dibenarkan pula untuk membuat 3 percubaan tambahan dengan giliran songsang berdasarkan kedudukan selepas 3 percubaan pertama(peserta yang terbaik di hujung sekali) ii. Jika berlaku seri di tempat yang kelapan, seri ini harus diputuskan, mengikut peraturan 146.2 atau 146.3

Tempoh masa untuk percubaan


Acara 3 orang peserta 2 atau 3 1 orang orang peserta peserta 1 minit 2 minit 1 minit 3 minit 5 minit 1 minit

Lompat 1 minit Tinggi Lompat 1 minit Bergalah Lain 1 minit acara padang

Bukan untuk acara campuran


Dalam kes percubaan berturut-turut yang dilakukan oleh peserta yang sama bila lebih daripada 1 peserta, tempoh masa membuat percubaan ditambahkan kepada 3 minit untuk acara lompat bergalah dan 2 minit untuk acara padang yang lain, termasuklah acara Campuran.

1. Jadual di atas menunjukkan tempoh masa seseorang dibenarkan membuat percubaannya tetapi pertimbangan harus diberi kepada gangguan luar. 2. Panggil peserta dan mulakan masa hanya bila kawasan mendarat dan semua pengawai sudah sedia. 3. Seorang pegawai hendaklah mengangkat bendera kuning untuk menyatakan bahawa 15 saat masih ada untuk peserta itu melakukan percubaannya.

4. Referi boleh memberi amaran kepada peserta yang melambat-lambat membuat percubaan tanpa sesuatu sebab yang munasabah. 5. Referi berhak tidak benarkan peserta itu dari membuat percubaab atau menyinkirkannya daripada mengambil bahagian setrusnya jika peserta itu melambat-lambat membuat percubaannya akan buat kali kedua.

Pengukuran
a. Semua acara limpatan dan lontaran termasuk cakera, lembing dan tukul besi: -Mengukur dalam unit angka o.o1m pada jarak paling hampir kepada sentimeter di bawah jarak pencapaian. Cth: 4m 23cm 08mm= 4.23m 4m 15cm 01mm= 4.15m Cth : 23m 46cm 09mm= 23.46m 23m 47cm 08mm=23.47m

You might also like