Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

1.0 DEFINISI 1.

1 KURIKULUM

Menurut Shaifol Bahary Sulaiman, (2011), kurikulum boleh didefinisikan sebagai satu pelan atau rancangan untuk tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati. (Ornstein dan Hunkins 1993, 1998).

Menurut Shaifol Bahary Sulaiman, (2011), kurikulum ialah unsur budaya atau ilmu pengetahuan untuk memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu. (Mohd Daud, 1995).

Menurut Shaifol Bahary Sulaiman, (2011), kurikulum ditakrifkan sebagai dokumen yang mengandungi rancangan pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai objektif psikomotor, afektif, dan kognitif bagi satu mata pelajaran.

1.2 STANDARD Standard pula ditakrifkan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat sebagai sesuatu yang dapat diterima (diiktiraf)dan dijadikan dasar untuk mengukur sesuatu yang lain.

2.0 PENGENALAN

Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera, dan produktif. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan, Kemahiran dan Kesukanan. Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani.

16

Murid perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Jasmani agar dapat mengamalkan gaya hidup cergas sebagai budaya Malaysia. Murid diorientasikan dengan ilmu dan amalan Pendidikan Jasmani bagi membentuk sahsiah dan sikap untuk menghadapi cabaran hidup.

Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan optimum. pembelajaran bagi meningkatkan potensi murid ke tahap

2.1 DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI

Menurut Shaifol Bahary Sulaiman, (2011) yang dipetik daripada Pettitor (n.d), Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, social dan emosi. Melalui Pendidikan Jasmani, pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya (dipetik oleh Wee Eng Hoe, 2005)

Menurut Shaifol Bahary Sulaiman, (2011) yang dipetik daripada Asiah Abu Samah, (1993), Pendidikan Jasmani adalah merupakan mata pelajaran yang diperkenalkan di sekolah yang memiliki kesepaduan di antara domain kognitif dan domain psikomotor. Kesepaduan ini adalah seiring dengan penerapan nilai murni bagi domain afektif yang bermatlamat menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif.

16

2.2 MATLAMAT PENDIDIKAN JASMANI

Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

3.0 PERBANDINGAN KANDUNGAN PENDIDIKAN JASMANI SECARA KBSR DAN KSSR

Jika diteliti kandungan Pendidikan Jasmani secara KBSR & KSSR, terdapat banyak perbezaan yang boleh dikenal pasti. Antaranya ialah kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani KBSR disusun mengikut tiga tunjang pembelajaran yang utama iaitu kecergasan, kemahiran dan kesukanan manakala kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani KSSR disusun berasaskan lima aspek iaitu kemahiran pergerakan, aplikasi pengetahuan dalam pergerakan, kecergasan meningkatkan kesihatan, aplikasi pengetahuan dalam meningkatkan kecergasan serta kesukanan.

Selain itu, terdapat tiga tajuk utama bagi tajuk-tajuk bagi tunjang pembelajaran kecergasan iaitu kecergasan berasaskan kesihatan, kecergasan berasaskan perlakuan serta konsep, definisi, prinsip dan kaedah latihan. Bagi tajuk-tajuk di bawah kecergasan berasaskan kesihatan boleh dibahagikan kepada lima iaitu daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan, kelenturan dan komposisi badan. Bagi tajuk-tajuk di bawah kecergasan berasaskan perlakuan boleh dibahagikan kepada enam iaitu koordinasi,imbangan, ketangkasan, kuasa, masa tindakbalas dan kepantasan.

Di samping itu, bagi tunjang kemahiran, terdapat tujuh kemahiran yang akan dipelajari oleh murid-murid di bawah skop ini iaitu pergerakan asas, permainan, olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif, rekreasi dan kesenggangan.
16

Bagi tunjang kesukanan yang terdapat di dalam kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani KBSR, terdapat lima tajuk kesukanan yang akan dipelajari oleh murid iaitu keselamatan, pengurusan, kerjaya, isu Pendidikan Jasmani dan sukan serta etika.

Seterusnya, dari aspek bahan kurikulum. Bagi kandungan Pendidikan Jasmani KBSR, bahan kurikulum yang digunakan oleh guru ialah sukatan pelajaran manakala bahan kurikulum yang digunakan oleh guru bagi Pendidikan Jasmani KSSR ialah Dokumen Standard Kurikulum.

Untuk kandungan Pendidikan Jasmani KBSR, reka bentuk kurikulumnya berbentuk linear manakala reka bentuk kurikulum Pendidikan Jasmani KSSR berbentuk modular yang mana dalam kandungan kurikulum modular, kandungan dikelompokkan kepada bahagianbahagian yang dinamakan sebagai modul. Modul merangkumi kandungan pembelajaran dalam bentuk unit kendiri-lengkap (self-contained) yang terdiri daripada pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai dan dicapai.

Adapun demikian, bagi kandungan Pendidikan Jasmani KSSR, ia digubal dalam pernyataan standard yang terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam satu tahap persekolahan. Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai, manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Hal ini berbeza dengan kandungan Pendidikan Jasmani KBSR yang mana kandungan Pendidikan Jasmani KBSR digubal dalam pernyataan tunjang pembelajaran.

Terdapat juga perbezaan bagi cadangan agihan masa bagi kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani KBSR dan KSSR. Bagi kandungan Pendidikan Jasmani KBSR, waktu yang diperuntukkan bagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani selama 2 waktu seminggu
16

bersamaan dengan 60 minit. Waktu yang diperuntukkan bagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani KBSR tersebut mestilah bergabung dan berterusan selama 2 waktu ataupun bersamaan dengan 60 minit. Hal ini berbeza dengan Pendidikan Jasmani KSSR yang mana waktu yang diperuntukkan bagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani tetap sama seperti KBSR iaitu 2 waktu seminggu bersamaan dengan 60 minit. Namun, perbezaannya ialah guru digalakkan untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani selama 30 minit sehari dan dilaksanakan secara berselang hari. Sebagai contoh, guru mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani pada hari Isnin dan Rabu dengan peruntukan waktu 30 minit bagi setiap waktu. Hal ini kerana, ia bertujuan agar murid-murid dapat bersenam 2 kali seminggu dan memupuk gaya hidup sihat.

Seterusnya, terdapat juga perbezaan dari segi bilangan waktu bagi pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani KBSR dan KSSR. Menerusi Pendidikan Jasmani KSSR, jumlah waktu yang diperuntukkan bagi sekolah rendah Tahap 1(Tahun 1, 2 dan 3) ialah sebanyak 80 waktu setahun x 30 minit. Hal ini berbeza pula dengan bilangan waktu yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani KBSR bagi sekolah rendah Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) iaitu sebanyak 84 waktu setahun x 30 minit.

4.0 PERBANDINGAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN JASMANI ANTARA KBSR DAN KSSR

Penilaian adalah proses mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Penilaian mata pelajaran ini dirancang dan dikendalikan oleh guru di peringkat sekolah. Instrumen penilaian dibina dan ditadbir oleh guru.

Bagi Pendidikan Jasmani KBSR, murid diukur berdasarkan penilaian. Hal ini berbeza dengan Pendidikan Jasmani KSSR yang diukur berdasarkan pentaksiran.
16

Dalam Pendidikan Jasmani KBSR, selain penilaian berbentuk sumatif, penilaian berbentuk formatif banyak dilakukan. Penilaian berbentuk formatif dilakukan bagi mengenal pasti pencapaian murid dalam menjalani proses pembelajaran mereka. Cara pengajaran guru akan diubahsuai berasaskan hasil penilaian tersebut supaya pembelajaran murid

berkesinambungan. Hal ini berbeza dengan pentaksiran Pendidikan Jasmani KSSR yang mana pentaksirannya bersifat formatif dan lebih memberi penekanan kepada penilaian atau pentaksiran yang berterusan iaitu pentaksiran ke atas murid-murid berlangsung dari semasa ke semasa.

Selain itu, pentaksiran bagi Pendidikan Jasmani KSSR lebih bersifat holistik dan autentik yang mana melibatkan aspek-aspek berkaitan seseorang murid akan dilakukan. Ini amat berbeza dengan penilaian Pendidikan Jasmani KBSR yang tidak bersifat holistik dan autentik.

Di samping itu, Pendidikan Jasmani KSSR lebih memberi penegasan kepada pelaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan. Bagi Pendidikan Jasmani KBSR, ia lebih memberi penegasan kepada pelaksanaan kaedah penilaian berasaskan segak.

Seterusnya, pentaksiran bagi Pendidikan Jasmani KBSR lebih berorientasikan peperiksaan iaitu murid-murid belajar untuk peperiksaan seperti Peperiksaan Akhir Tahun dan UPSR. Hal ini berbeza dengan pentaksiran Pendidikan Jasmani KSSR yang tidak terlalu berorientasikan peperiksaan. Sebaliknya, murid-murid belajar untuk memperolehi pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi sesuatu mata pelajaran tersebut.

Sementelahan itu, bagi Pendidikan Jasmani KSSR, pentaksiran sangat memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuklah pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa dan pihak berkepentingan. Hal ini berbeza dengan Pendidikan Jasmani KBSR yang mana penilaiannya hanya bertumpu kepada guru sahaja yang menilai murid tersebut.
16

Adapun demikian, bagi Pendidikan Jasmani KSSR, aktiviti pemulihan, pengukuhan dan penggayaan dilaksanakan mengikut keperluan murid bagi memastikan murid mencapai standard yang ditetapkan. Hal ini kerana, murid-murid ditaksir menerusi Band di dalam pentaksiran KSSR. Oleh itu, murid-murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai mengikut standard yang telah ditetapkan. Hal ini berbeza dengan Pendidikan Jasmani KBSR yang kurang memberi penekanan kepada aktiviti pemulihan, pengukuhan dan penggayaan. Hal ini kerana, penilaian lebih bertumpu kepada penilaian sumatif seperti Peperiksaan Akhir Tahun. Justeru, bagi murid yang kurang menguasai sesuatu kemahiran seperti permainan hoki, murid tersebut tidak dapat menguasai sepenuhnya permainan hoki tersebut berikutan guru tidak bertumpu kepada setiap murid untuk mengajar permainan hoki tersebut.

Pelaporan pencapaian murid dalam Pendidikan Jasmani bagi Pendidikan Jasmani KSSR hanya memerlukan guru mengklik pencapaian murid dalam sistem dan menjana laporan pencapaian murid tersebut. Hal ini berbeza dengan Pendidikan Jasmani KBSR yang mana guru perlu merekodkan markah ujian bulanan dan menulis laporan pencapaian murid secara manual.

16

6.0 RUJUKAN

Borhannudin bin Abdullah, Abdul Razak bin Sulaiman, Mohd. Fauzi bin Abd. Rahman, Hamizon bin Hamid. (2010). Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dzulkifli bin Ismail, Jamaliyah binti Ahmad, Aris Fazil bin Haji Ujang. (2007). Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Tahun 6. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Julismah Jani. (2012). Pengenalan Ilmu Konten Pedagogi. Selangor: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 1. Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani Tahun 1. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1999). Sukatan Pelajaran Rendah dan Menengah Pendidikan Jasmani. Selangor: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Shaifol Bahary Sulaiman, Norazhan Che Lan, Hasnul Faizal Hushin Amri, Dr Sanmuga Nathan A/L K. Jeganathan, Norkhalid Salimin, Yusop Ahmad. (2011). HBPE 1103 Pengenalan Pendidikan Jasmani. Selangor: Open University Malaysia.

16

You might also like