Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

. Bab 5 LANDSKAP 2. 5.

1 Pengenalan Landskap Maksud Landskap segala tindakan untuk memelihara alam sekitar dan keindahannya agar manusia dapat hidup dengan selesa dan harmoni. Landskap adalah pemandangan di atas daratan. Ia merupakan suatu seni mengubah pemandangan rupa bumi menggunakan unsur-unsur asli dan binaan. Usur asli topografi, air dan tumbuhan. Unsur binaan bangunan dan struktur binaan manusia

3. Kepentingan Landskap Terhadap Kehidupan Kepentingan dari segi ekonomi Mewujudkan peluang perniagaan seperti nurseri dan kedai bunga. Menggalakkan aktiviti pelancongan. Menawarkan peluang pekerjaan

4. Kepentingan Landskap Terhadap Kehidupan Kepentingan dari segi alam sekitar Tanaman pokok dapat mengawal suhu persekitaran. Mengurangkan masalah hakisan tanah. Menyerap bunyi bising kenderaan. Mengawal pencemaran udara dan habuk. Mengimbangi ekologi kehidupan flora dan fauna.

5. Kepentingan Landskap Terhadap Kehidupan Kepentingan dari segi estetika Rupa bentuk, tekstur, bau dan warna meningkatkan suasana yang menyegarkan. Kehijauan warna tumbuhan dapat merangsangkan deria manusia dan memberi ketenangan jiwa.

6. 5.2 Tanaman Dalam Landskap KUMPULAN TANAMAN LANDSKAP POKOK HERBA POKOK PALMA POKOK KAKTUS POKOK RENEK POKOK HIASAN POKOK BUNGA SEMUSIM POKOK NAUNGAN POKOK MEMANJAT POKOK LENDAIR POKOK PAKU PAKIS POKOK TUTUP BUMI

7. Fungsi Tanaman Landskap Memberi perlindungan dan teduhan. Membentuk ruang dan sempadan sesuatu kawasan. Mengadang pandangan yang tidak menarik. Mengarah pergerakan atau sebagai petunjuk arah. Melembutkan pandangan dengan mengurangkan kesan binaan konkrit. Mengurangkan kebosanan.

8. 5.3 Reka Bentuk Taman Mini Taman mini ialah tempat penanaman pokok hiasan di satu kawasan yang terhad. Beberapa pokok hiasan yang dikumpulkan di dalam satu kawasan dapat mewujudkan keadaan semulajadi yang indah dan menarik. Terdapat pelbagai prinsip reka bentuk taman mini.

9. Skala atau Ukuran Keseimbangan Turutan Penumpuan Keanekaan Keringkasan Prinsip Reka Bentuk Taman Mini

10. 1. Keringkasan Bermaksud mereka bentuk menggunakan hanya elemen yang penting di dalam sesuatu gubahan. Gubahan hendaklah ringkas, teratur dan mudah difahami. Beberapa bentuk, warna dan tekstur boleh digunakan berulang kali di beberapa tempat. Susunan dan kesatuan perlu diwujudkan untuk memudahkan pemahaman dan pengenalan.

11. 2. Keanekaan Bermaksud menggunakan pelbagai jenis elemen seperti warna, bentuk, susunan, tekstur dan saiz tanaman dalam mereka bentuk. Ini adalah untuk mengelakkan rasa bosan dan menimbulkan minat dalam satu gubahan.

12. 3. Penumpuan Bermaksud reka bentuk taman mini yang dibuat menjadi tumpuan dan menarik perhatian. Elemen tertentu dijadikan daya tarikan. Penumpuan biasanya dibuat pada tempattempat yang strategik, unik dan paling menarik. Dapat diwujudkan dengan menggunakan warna tumbuhan yang menarik, tekstur yang kasar, bentuk yang unik atau garisan yang bertemu di satu tempat.

13. 4. Turutan Bermaksud perubahan dari satu keadaan kepada keadaan yang lainsecara berperingkat. Ini bertujuan untuk menentukan arah pandangan atau pergerakan. Turutan ini meliputi saiz pokok, ukuran, warna tekstur dan jarak tanaman. Turutan adalah perubahan yang berperingkat dari suatu elemen seperti dari tekstur kasar ke sederhana dan halus.

14. 5. Keseimbangan Elemen-elemen yang sama digunakan unutk mendapatkan keadaan yang seimbang. Tumbuhan yang hendak ditanam, perlu seimbang dari sudut bentuk, warna dan saiz taman mini

yang akan dibina. Keseimbnagn formal menggunakan gubahan geometrik manakala keseimbangan tidak formal menggunakan gubahan berbentuk semulajadi. 15. 6. Skala atau Ukuran Bermaksud ukuran saiz elemenelemen tanaman dalam landskap. Elemen-elemen landskap, reka bentuk dan tanaman harus bersesuaian dengan saiz rumah dan keluasan kawasan. 16. Melukis simbol tanaman dan elemen landskap Tanaman dan elemen landskap dilukis dalam bentuk simbol untuk membina sesuatu taman mini. Ini akan memberi gambaran sebenar keseluruhan rupa bentuk taman yang akan dibina. Antara simbol tanaman hiasan: Simbol pokok renek Penutup bumi Binaan konkrit / batu kayu Pergerakan air Bayangan matahari 17. Melakar gambar rajah buih Gambar rajah buih ialah lakaran kasar yang berbentuk bulatan atau bujur telur untuk mewakili tanaman, okbek dan binaan pada reka bentuk landskap. Ianya dilukis berskala bebas atau anggaran sahaja. Tujuan gambar rajah buih: Memudahkan kerja menyusun jenis tumbuhan dan struktur binaan. Melihat keseimbangan penggunaan tumbuhan dan binaan. Membantu kerja mereka bentuk projek. Mengetahui kesesuaian tumbuhan yang digunakan. 18. Menghasilkan pelan induk reka bentuk taman mini Pelan induk merupakan pelan akhir pembangunan sesuatu kawasan. Pelan ini menerangkan dengan terperinci mengenai idea yang telah dicadangkan untuk pelaksanaan. Pelan induk mestilah lengkap, menarik dan kemas untuk menarik perhatian. Pelan menunjukkan : Jenis tumbuhan yang digunakan Susun atur tumbuhan Kedudukan elemen fokus air pancut, kayu mati, kolam Jenis objek dan kelengkapan lain 19. Melakar pandangan perspektif Ia adalah lukisan pandangan dari arah depan dan belakang. Terbahagi kepada : Pandangan perspektif 1 titik Dilukis mengikut pandangan hadapan lalu

diunjurkan ke bahagian belakang pada satu titik sahaja. Pandangan perspektif 2 titik Dilukis pada suatu pandangan depan ke belakang dari dua arah / titik iaitu kanan dan kiri. 20. 5.4 Membina Taman Mini Taman mini boleh dibina: Di dalam bekas terbuka. Di dalam bekas tertutup / terrarium. Di tapak atau plot Prinsip asas untuk membina taman mini ialah saiz, warna, fokus, bentuk dan keseimbangan. 21. A. Membina taman mini di dalam bekas terbuka Sesuai diletakkan di bawah tangga, di ruang tamu atau di penjuru bilik. Ia perlu dibina dengan menanam pokok dan menyusun hiasan sampingan di dalam sebuah bekas yang terbuka. 22. B. Taman mini di dalam bekas tertutup Taman mini di dalam bekas tertutup dikenali sebagai terrarium. CO 2 digunakan untuk membuat makanan dan O 2 . O 2 digunakan dan membebaskan CO 2 semasa respirasi secara berterusan. Semasa transpirasi, wap air dibebaskan dan menjadi titisan air pada didinding bekas yang akan digunakan oleh tumbuhan. 23. 24. C. Taman mini di tapak atau plot Taman mini jenis ini dibina di kawasan lapang, laluan masuk atau taman rekreasi. 25. 5.5 Penyenggaraan Penyenggaraan taman mini ialah penjagaan kawasan sekelilingnya sekiranya di tanam di tapak atau di dalam bekas tertentu. Penyenggaraan penting dan harus dijalankan secara berterusan untuk menghasilkan taman mini yang menarik. Antara kerja-kerja penyenggaraan ialah menyiram, sungkupan, membaja, mengawal perosak dan memangkas.

You might also like