Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 45

KERJA KURSUS SEJARAH TINGKATAN 3

NAMA : MUHAMMAD AFIQ IEMAN BIN ASRI TINGKATAN : 3T1 GURU PENILAI : PN SALMAH BT OTHMAN

TUGASAN 1

PENGHARGAAN

PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izinNya,kerja kursus Sejarah dapat disiapkan tepat pada masanya.Dalam menyiapkan folio ini saya mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak. Pertamanya saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kurau kerana telah memberikan kerjasama yang tidak terhingga kepada saya dan rakan-rakan dalam menyiapkan kerja kursus yang berkaitan dengan Kegiatan Ekonomi Tradisional. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pihak sekolah yang turut sama membantu saya

menyempurnakan folio saya ini. Seterusnya saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tinggi kepada Guru Mata Pelajaran saya iaitu Pn.Salmah bt Othman kerana telah memberi bimbingan dan teguran yang sangat berharga semasa saya membuat kerja kursus ini. Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan di Kelas 3T1 antaranya ialah Zul Akmal,Haziq,Amir,Nur Nadiah dan Afiqah yang turut sama membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk menyiapkan folio ini seperti yang telah ditetapkan. Saya juga amat terhutang budi kepada kedua ibu bapa saya yang telah memberikan bantuan daripada segi kewangan dan buah fikiran kepada saya apabila saya memerlukan mereka.
Sekian,terima kasih. 4

ISI KANDUNGAN TUGASAN 1 1. Objektif Kajian 2. Maklumat Asas Jenis Kegiatan Ekonomi Sejarah Asal usul Kegiatan Ekonomi Lokasi kajian Pihak yang terlibat dengan penanaman pisang 9-10 5 6-8

3. Latar Belakang Tujuan dijalankan Kaedah Kajian

4. Dapatan Kajian Kaedah Kajian Peralatan/kaedah yang digunakan Tempat /Kawasan Kos Pengendalian Sumbangan/ pengaruh kepada keluarga dan masyarakat Sumber Pendapatan utama/sampingan Memenuhi permintaan Penerusan Tradisi Keluarga Peluang pekerjaan

12-16

Prospek Penglibatan pihak luar/Galakan kerajaan Reaksi/penerimaan Masyarakat Saranan dan Harapan

17-18

5. Kajian Proses Tanaman Pisang 6. Rumusan TUGASAN 2

19-26 27 28-30

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian saya merangkumi objektif-objektif yang berikut: Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih.Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul,jelas dan tepat. Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang kegiatan ekonomi tradisional dalm kalangan masyarakat. Kajian ini dilakukan untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran Peperiksaan Penilaian Rendah(PMR). Kajian ini juga dapat menyedarkan orang melayu betapa pentingnya kegiatan ekonomi tradisional.

MAKLUMAT ASAS

JENIS KEGIATAN EKONOMI


Kegiatan ekonomi yang saya kaji ialah penanaman pisang oleh Encik Asri bin Ramli di Kampung Lasah, Sungai Siput Perak.

Sejarah Asal Usul Kegiatan Ekonomi


Penanaman pisang ini telah dimulai oleh Encik Asri dan Pn Supiah mulai tahun 2000 di atas tanah milik pusaka kedua ibu bapa Encik Asri. Namun keluasan tanah tersebut agak terhad iaitu kira-kira 6 ekar sahaja.Dalam tempoh 10 tahun beliau menyara keluarga dengan pendapatan sampingan hasil jualan pisang mengikut harga pasaran yang tidak menentu. Akhirnya pada tahun 2011 Encik Asri mulai

melangkah lebih jauh dengan meneroka 20 ekar lagi tanah baru yang terletak berhampiran dengan perkampungan orang Asli Bawong dan Chior di Sungai Siput. Tanpa mengenal erti putus asa walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan masalah termasuklah ancaman binatang buas seperti gajah, babi, kerbau dan harimau namun beliau terus menerus menanam lebih banyak pokok pisang sehingga mencecah 2000 pokok. Akhirnya Encik Asri kini berpuas hati kerana hasil tanaman pokok pisangnya telah membuahkan hasil yang lumayan berkat kesabarannya selama ini. Malahan beliau juga mendapat sokongan pelbagai pihak termasuklah Pejabat Tanah Daerah Sungai Siput, RISDA, FELCRA, Jabatan pertanian dan kenalan-kenalan yang sentiasa memberi sokongan padu kepadanya.

LOKASI KAJIAN
Encik Asri kini berusia 44 tahun dan beliau memulakan tanaman pisang ini ketika usianya 40 tahun. Lokasi terbabit sekitar Perkampungan Kampung Lasah, Bawong dan Chior yang rata-ratanya merupakan kawasan tempat tinggal masyarakat asli. Lokasi ini agak jauh di pedalaman malahan kawasan ini dikelilingi kawasan hutan yang sangat luas serta berbukit bukau. Untuk sampai ke kawasan ini agak sukar jika menggunakan kenderaan biasa kerana keadaan jalan berturap kebanyakan sudah rosak kerana kerap kali digunakan oleh lori balak untuk mengangkut balak. Jarak dari rumah beliau yang terletak kira-kira 2 kilometer di Kampung Lasah menyukarkan untuk sampai ke kebun pisangnya . Oleh itu beliau kini menggunakan kenderaan pacuan 4 roda yang sesuai untuk sampai ke kawasan tersebut.

Pihak Yang Turut Terlibat Penanaman Pisang.


Penanaman pisang ini turut juga dijalankan oleh penduduk setempat di kampung Bawong, Chior dan Kampung Lasah. Bagi tujuan kerja Khusus ini saya memilih Encik Asri Bin Ramli kerana beliau merupakan ayah saya sendiri dan ianya memudahkan untuk saya mendapatkan maklumat. Malahan daripada pemerhatian saya turut serta terbabit dan meninjau kawasan kebun pisang yang diusahakan oleh beliau di kawasan tersebut . Oleh itu dapatan kajian saya adalah lebih mudah kerana dapat dibuktikan melalui foto-foto yang saya ambil.

LATAR BELAKANG

10

Tujuan Dijalankan
Encik Asri bin Ramli pada mulanya menanam pisang sebagai pendapatan tambahan untuk menyara keluarganya kerana beliau telahpun mempunyai pekerjaan yang tetap.Kemudian beliau berubah fikiran untuk meluaskan lagi kawasan tanaman pisang ini dan tidak mahu bergantung sepenuhnya dengan pendapatan kerjayanya sebagai seorang juru ukur tanah.Oleh itu,beliau mengambil keputusan menghubungi pihak Pejabat Tanah Sungai Siput untuk mengetahui status tanah hak milik ayahnya dan tanah-tanah hak milik kerajaan yang belum lagi diusahakan untuk diteroka.Usahanya berbaloi kerana mendapat sokongan daripada pihak pejabat tanah.Dan kini beliau juga mendapat bantuan berupa nasihat dan tunjuk ajar daripada pihak Risda dan Felcra. Antara pisang yang ditanam oleh Encik Asri yang mendapat tempat di pasaran ialah pisang Abu,pisang nangka, pisang berangan dan pisang tanduk. Kebanyakkan hasil pisang dijual pada pemborong pisang yang berdekatan mengikut pasaran harga pisang yang tidak menentu.Buat masa ini pendapatan Encik Asri juga tidak menentu.

KAEDAH KAJIAN
a) Kaedah Lisan/Temubual -Menemuramah orang sumber untuk mendapatkan maklumat daripada Encik Asri bin Ramli. b) Kaedah Analisis Dokumen (tiada maklumat) c) Kaedah Pemerhatian

11

-Kemudahan alat perhubungan seperti kenderaan,kemudahan jalan dan tahap ketersampaian d) Kaedah Melawat Tempat Kajian -Kampung Lasah,Bawong dan Chior di Sungai Siput Perak. e) Kaedah Melayari Internet http://www.moe.gov.my/bpk/modul_pnp/ictic/beralun/penanaman1. htm http://www.lcsb.com.my/index.php?option=com_content&view=arti cle&id=63&Itemid=79 http://www.theborneopost.com/2013/02/05/penyelidikan-perlubuktikan-kepentingan-penanaman-kelapa-sawit-di-tanah-gambut/
http://www.scribd.com/doc/132189154/Nilai-berdikari

12

DAPATAN KAJIAN

13

KAEDAH KAJIAN
Saya menggunakan kaedah-kaedah kajian seperti berikut : 1. Buku Ilmiah- Dipetik dari risalah Institiut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM), Kementerian Perusahaan Utama Malaysia, 1992. 2. Pemerhatian Melawat tempat kajian 3. Penyelidikan melayari internet dan mencari maklumat di laman web yang berkaitan dengan kegiatan ekonomi tradisional.

PERALATAN YANG DIGUNAKAN


Dalam bidang penanaman sawit beliau telah membeli sebuah Ascavator terpakai berharga kira-kira RM50,000.00 untuk kemudahan beliau meneruskan penanaman pokok pisang.Ini memandangkan kawasan yang akan ditanam dengan pokok pisang ini agak berbukit. Beliau menggunakan ascavator untuk menerangkan kawasan, membuat teres dan untuk mengembur tanah pada mula mengusaha penanaman ini.Ascavator ini juga digunakan untuk meratakan kawasan kebun pisangnya.Selain itu peralatan lain yang digunakan olehnya ialah cangkul dan parang terutama untuk membersihkan rumput dan membersihkan kawasan ladang.

14

TEMPAT/ KAWASAN
Encik Asri mendapatkan kemudahan air dari kebun pisangnya sendiri dengan menyediakan sebuah kolam untuk tadahan air serta menempatkan lebih daripada 50 buah gelung air untuk menadah air hujan supaya dapat digunakan ketika meyembur racun rumput.Beliau berasa beruntung kerana jarak kebun dengan rumahnya adalah dekat kira-kira 2 kilometer . Oleh itu mudah pada beliau untuk

berulang alik ke kawasan kebun .Beliau juga telah memasang pagar berduri untuk mengelakkan daripada haiwan perosak tanaman .Justeru,beliau mengambil langkah drastik untuk memasang pagar berduri sebagai perlindung daripada serangan dan ancaman binatang perosak yang sering mengganggu tanamannya seperti babi hutan, kerbau, dan gajah.

KOS PENGENDALIAN
Benih pokok pisang dibeli daripada pembekal di merata-rata tempat di kawasan Sungai Siput dengan cecahan harga sepokok daripada RM 2.00 ke RM 4.00.Racun dan baja dibeli sendiri dan proses penjagaan seperti memangkas pelepah pisang,membungkus pisang dan memancang zink untuk keselamatan pokok daripada acaman binatang buas dilakukan bagi mengekalkan kualiti. Beliau

menggunakan baja kimia tertentu untuk tumbesaran pokok pisang.

15

SUMBANGAN/PENGARUH KEPADA KELUARGA ATAU MASYARAKAT SUMBER PENDAPATAN UTAMA DAN SAMPINGAN.
Dengan penanaman pisang ini, Encin Asri memperoleh kira-kira RM500 hingga RM1000 sebulan sebagai pendapatan sampingan mengikut harga pasaran pisang tempatan . Encik Asri hanya mengedar dan menjual hasil kebunnya kepada peraih pisang yang berdekatan sebelum dihantar kepada pembekal yang menghasilkan produk berasaskan pisang.

MEMENUHI PERMINTAAN.
Dengan menanam pisang ,beliau dapat memenuhi permintaan pasaran pisang di Malaysia terutama untuk bekalan pada musim perayaan,kenduri,pengusaha-pengusaha kerepek pisang, dan bahan berasaskan pisang seperti kek,kuih,kerepek , dan sebagainya.

16

PENERUSAN TRADISI KELUARGA


Penanaman pokok sawit ini adalah penerusan turun-temurun tradisi keluarga Encik Asri .Pengusaha mewarisi pengurusan tersebut daripada bapanya iaitu arwah Encik Ramli Bin Puteh Dau di atas tanah hak milik mereka seluas 6 ekar.

PELUANG PEKERJAAN
Dengan adanya kebun pisang ini secara tidak langsung Encik Asri dapat membantupenduduk kampung dalam menyediakan peluang pekerjaan terutama sekali kepada penganggur untuk bekerja di kebun hak milik Encik Asri ini.Antara pekerjaan yang boleh didapati di kebun ini adalah menanam anak-anak pokok,membaja, meracun, menebas,

membakar dan sebagainya.Oleh itu,penduduk yang menganggur dapat memenuhi dapat memenuhi masa yang terluang dengan perkara yang boleh mendatangkan manfaat dan pendapatan kepada mereka.

PROSPEK
17

CABARAN/KEKANGAN YANG DIHADAPI


Antara cabaran yang dihadapi bagi pengusaha pisang kebun pisang seperti Encik Asri ini termasuklah ancaman haiwan-haiwan perosak yang boleh memberi impak yang negatif seperti merosakkan anak pokok pisang dengan cara memakan daun pisang , mencabut anak pokok, memakan hasil penanaman dan merosakkan hasil penanaman.Antara haiwan perosak ialah: a) Babi Hutan b) Gajah c) Kerbau

Penglibatan Pihak Luar/ Galakan Kerajaan Swasta


Pihak kerajaan seperti Risda dan Felcra memberi bantuan kepada pengusaha kebun pisang dalam bentuk subsidi,kewangan, nasihat, tunjuk ajar dan sebagainya.Pihak kerajaan juga telah memberi ruang dan peluang kepada pengusaha untuk melakukan aktiviti pertanian agar dapat mengurangkan tahap pengangguran.

18

Reaksi/Penerimaan Masyarakat
Masyarakat di kampung ini menerima baik aktiviti menanam pisang untuk sara diri serta meningkatkan taraf hidup mereka . Sebahagiannya merupakan pemilik tanah yang mempunyai pendapatan yang lumayan dengan hasil tanaman pisang yang diperolehi. Manakala masyarakat yang tidak mempunyai kebun sendiri pulak telah dapat memperolehi pendapatan melalui kerja-kerja yang di tawarkan di bidang penananam pisang ini. Secara tidak langsung ianya dapat membantu hidup mereka.

Saranan dan Harapan


Encik Asri berharap agar dapat memperluaskan lagi kawasan tanaman pisang yang sedang diusahakannya .Selain itu beliau juga berharap dapat menambahkan kuantiti pokok pisangnya.Selanjutnya,beliau juga berusaha untuk menjaga penanaman tersebut agar dapat diteruskan anak-anak beliau dan tidak akan dibiarkan begitu saja dan berharap agar masalah-masalah yang pernah dihadapinya dapat dikurangkan dan secara tidak langsung mendapat sokongan padu daripada semua pihak .

19

KAJIAN PROSES TANAMAN pisang


20

PENGENALAN
Terdapat beberapa jenis pisang iaitu: Pisang Berangan Mula mendapat pasaran meluas. sebagai makanan pisang segar. mempunyai 8-12 sisir dengan Kebanyakan memilih berangan Berat setandan ialah 12-22 kg, setiap sisir mempunyai 12-20

jejari. Panjang jejari diantara 12-18 cm dengan garis pusat 2.5 - 3.5 cm. Buah bersaiz sederhana hingga besar, berwarna kuning oren dan sangat menarik apabila masak sepenuhnya. Kulitnya agak tebal, mudah dikupas dan meninggalkan sedikit talian serabut setelah dikupas. Isi buah pejal, berwarna kekuningan hingga oren, berbau wangi dan manis rasanya.

Pisang Mas Berat lebih kurang 12 kg, mempunyai 5-9 sisir setandan dan 14-18 jejari bagi setiap sisir. Panjang jejari ialah 8-12 cm dan 2-3 cm garis pusat. Kulit nipis dan berwarna kuning keemasan. Isi pejal, berwarna kuning keemasan, berbau harum kewangian dan sangat manis. Pokok Pisang Mas (PMas) boleh ditanam dengan cara mengubah anaknya. Jarak tanaman anak Pmas yang ideal ialah 10 kaki X 10 kaki.Ditanam dalam bentuk barisan. Apabila ia menjadi perdu, maka perdu yang ideal ialah dengan menyimpan 3 hingga 4 pokok seperdu, termasuk anak. Anak Pmas yang kurang subur hendaklah di pangkas. Ini akan memaksimumkan kualiti buah pisang yang akan diperolehi. Ia juga bertujuan untuk mengelakan dari pokok yang tidak berkualiti memakan baja. Untuk tanaman komersil, saliran air hujan hendaklah lancar dan
21

tidak bertakung. Pmas alah kepada air bertakung. Jika anda dapati daun pisang yang belum matang kelihatan seperti terbakar, itu adalah petanda bahawa dibawah tanah ada takungan air. Jika air bertakung lebih dari dua malam, daunnya akan jadi layu kekuningan dan akhirnya kecut kelihatan seperti terbakar.

Pisang Cavendish Mula diusahakan secara komersil dan kebanyakan hasilnya dieksport. Jenama dagangan seperti Gros Michel, Grand Naine dan lain-lain terkenal di Filipina atau Australia. Di Malaysia, jenama seperti Montel, Comel, Cabana atau Sun King Banana juga merupakan kultivar Cavendish. Berat setandan ialah 25-40 kg dan mempunyai 15-25 sisir bagi setiap tandan. Jejari berukuran diantara 15-22 cm panjang dan garis pusat 3.5 - 4.0 cm. Kulit buah adalah tebal dan mudah tanggal dari sisirnya. Isinya berwarna putih pekat, bertekstur halus dan lembut, berbau wangi dan manis rasanya.

Pisang Embun Ditanam untuk hidangan segar. Berat setandan antara 20-40 kg dan mempunyai 10-25 sisir bagi setiap tandan dan 14-25 jejari bagi setiap sisir. Panjang jejari ialah 15-20 cm dan besar diantara 3.5 - 4.0 cm garis pusat. Kulit buah licin dan berwarna kuning apabila sudah

masak. Isinya berwarna krim, sederhana pejal, berbau sedikit harum dan rasanya manis. Pisang Embun merupakan sejenis pisang yang ditanam bagi mendapatkan buahnya. Nama sains pokok Pisang Embun ialah Musa acuminata Colla (AAA Group) cv. 'Ambon Putih'. Di Filipina ia dikenali sebagai Ambon, di Indonesia ia dikenali sebagai Pisang Ambon
22

Putih. Pokok Pisang tidak mempunyai batang berkayu, tetapi sebaliknya ia terdiri dari gentian. Terdapat 2 jenis pisang Embun yang bewarna merah dan kuning apabila masak. Pokok Embun biasanya ditanam bagi mendapatkan buahnya kerana buahnya yang besar dan sedap digemari ramai dan boleh dimakan mentah. Tetapi buahnya tidak tahan lama dan perlu dimakan dengan cepat sebelum menjadi isinya menjadi lembik.

Pisang Rastali Digemari sebagai pisang sajian segar. Berat setandan antara 10-18 kg dengan 5-9 sisir setiap tandan. Setiap sisir mempunyai 12-16

jejari. Panjang jejari 10-15 cm dan 3-4 cm garis pusat. Kulit buah sangat nipis tetapi mudah dikupas, berwarna kuning terang setelah masak. Isi buah lembut dan berwarna putih, rasanya manis dengan sedikit rasa masam dan kelat jika belum masak sepenuhnya.

Pisang Lang Sesuai digoreng. Berat setandan ialah 7-10 kg dan terdapat 2 sisir bagi setiap tandan dengan 7-10 jejari bagi setiap sisir. Jejari ukuran 25-35 cm panjang dan 6-7 cm garis pusat. Kulitnya tebal dan berwarna kuning setelah masak. Isi buah berwarna krim dan bertukar kepada warna oren setelah masak digoreng. Rasanya manis dan enak dimakan.

Pisang Nipah Hanya sesuai untuk digoreng. Berat setandan ialah antara 15-28 kg dengan 12-18 sisir dan setiap sisir terdapat 12-20 jejari. Panjang jejari diantara 10-15 cm dan besar 3-5 cm garis pusat. Jejari bersegi, pendek
23

dan padat. Kulit buah tebal dan berwarna kuning setelah masak. Isi berwarna krim putih dan bertekstur halus. Setelah digoreng manis rasanya. Pisang nipah juga disebut pisang kapok. Pisang

Nipah merupakan sejenis pisang yang dituai dari pokok Pisang. Pisang Nipah biasanya ditanam bagi mendapatkan buahnya. Nama sains pokok pisang Nipah ialah Musa acuminata balbisiana cultivars (BBBc). Buah pisang Nipah ini biasanya tidak dimakan begitu sahaja. Ia biasanya dijadikan pisang goreng.

Pisang Raja Boleh dimakan segar atau dimasak untuk sajian. Berat setandan ialah 10-15 kg dengan 6-9 sisir dan setiap sisir terdapat 12-16 jejari. Panjang jejari 15 cm dan 3-4 cm garis pusat. Kulit buah tebal, berwarna kuning setelah masak dan mudah dikupas. Isinya berwarna krim oren dan berteksturkasar.

Pisang Nangka Berat setandan 12-14 kg dan mempunyai 6-8 sisir. Setiap sisir

mempunyai 14-24 jejari. Jejarinya bersegi dan memanjang dengan saiz jejari sederhana hingga besar. Isinya krim putih bertekstur halus, lembut dan masam-masam sedikit rasanya. Pisang nangka tahan disimpan.

Pisang Awak Sesuai untuk dimakan segar atau dimasak sebagai sajian. Berat setandan 18-22 kg dan mempunyai 8-12 sisir. Setiap sisir mempunyai 10-16 jejari. Panjang jejari ialah 10-15 cm dan besarnya 3-5 cm garis
24

pusat. Kulitnya tebal dan isinya putih keras dan melekit. Kadangkala mempunyai biji.

Pisang Putar Pisang Putar merupakan sejenis pisang yang sedap dan boleh dimakan begitu sahaja, atau dijadikan kuih.

Pisang Serendah Pisang Serendah merupakan jenis pokok Pisang yang ditanam bagi buah dan daunnya. Nama sains pokok Pisang Serendah ialah Musa acuminata Colla (AAA Group) cv. 'Dwarf Cavendish'. Ia juga dikenali sebagai Musa acuminata Colla (Cavendish Group) cv. 'Dwarf

Cavendish', Musa x paradisiaca L. cultigroup Dwarf Cavendish, Musa cavendishii Lambert & Paxton var. nana. Pokok Pisang tidak mempunyai batang berkayu, tetapi sebaliknya ia terdiri dari gentian. Pokok Pisang serendah biasanya mempunyai daun yang lebar dan tahan (tidak mudah koyak). Oleh itu pokok pisang Serendah sering ditanam bagi mendapatkan daun pisang yang mempunyai banyak kegunaan. Buah pisang Serendah boleh dimakan tetapi kurang digemari ramai. Oleh itu penanaman pokok pisang Serendah kebiasaannya adalah untuk daunnya berbanding bagi mendapatkan buahnya. Buah Pisang Serendah ini biasanya dimakan begitu sahaja.

25

Pisang Tanduk Pisang Tanduk merupakan sejenis pisang yang bersaiz besar dan dengan bentuknya menyebabkan ia diberi nama pisang tanduk. Pisang Tanduk sedap digoreng. Di antara pisang yang boleh di makan segar ialah seperti Pisang berangan, Cavendish dan Rastali. Pisang yang biasa di masak atau diproses adalah seperti pisang Nangka, pisang Raja, Lang, Relong, Tanduk, Nipah dan pisang Awak.

PANDUAN MENANAM
Iklim dan tanah: Keadaan panas dan lembap adalah paling sesuai untuk tanaman pisang. Ia boleh ditanam di atas jenis tanah yang dalam, ringan serta rata. Secara umumnya, suhu optimum antara 25oC-30oC sesuai untuk tanaman pisang. Suhu yang rendah akan memberi kesan yang negatif kepada pertumbuhan batang, daun dan melewatkan kematangan pokok. Jangan tanam di atas tanah yang bertakung air. Tanah bertekstur lempung berpasir dan keadaan tanah adalah peroi sesuai untuk pisang. Keadaan permukaan tanah yang sesuai hingga beralun iaitu kecerunan kurang 12%. Pisang tidak sesuai ditanam di tanah yang mempunyai halangan terhadap pertumbuhan akar seperti tanah padat, lapisan batu, paras air tinggi, gambut dan lapisan asid. Untuk pertumbuhan yang baik, pokok pisang sangat memerlukan cahaya yang terbuka. Jika terdapat naungan, pertumbuhan batang

26

palsu

akan

berlarutan

dan

pokok

bertambah

tinggi.

Tempoh

kematangan juga akan berlarutan dari keadaan biasa. Suhu yang terlalu tinggi serta pendedahan cahaya yang berpanjangan akan mengakibatkan kelecuran pada buah. mempengaruhi pertumbuhan pokok. Angin Tiupan angin turut yang kuat boleh

merosakkan daun dan mematahkan pucuk serta merendahkan mutu hasil buah. Penanaman pisang tidak digalakkan di kawasan yang terdedah kepada tiupan angin melebihi 15 km/jam. Sistem Penanaman: TanamanTunggal Diusahakan untuk pengeluaran secara komersil dan bekalan berpanjangan. Jarak tanaman ialah 2.5 m x 2.5 m dengan kepadatan 1,600 pokok sehektar. kepadatan mencapai 1,100 Pada jarak 3 m x 3 m pokok sehektar.

TanamanSelingan Pisang ditanam bersama tanaman kekal, seperti getah, kelapa sawit, koko dan durian sebagai tanaman selingan sebelum pengeluaran hasil daripada tanaman utama. Sebaris pisang

dengan jarak 3 m x 3 m dengan kepadatan 700-900 pokok sehektar dapat ditanam antara barisan kelapa sawit atau pokok getah dan juga pokok buah-buahan yang bersesuaian.

Pembajaan: Pembajaan dilakukan secara ditabur sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 cm. Pembajaan menggunakan
27

sistem poket juga biasa digunakan. Poket atau lubang sedalam 15 cm digali sejauh dalam lingkungan semeter daripada pangkal rumpun atau pokok pisang. Dalam sistem tanaman pisang secara tunggal, adalah disyorkan pisang ditanam dengan kaedah sistem tanaman berbatang tunggal atau single stem kerana sistem ini sesuai bagi pekebun pisang yang mementingkan berat tandan dan kualiti buah khususnya untuk eksport. Dalam sistem berbatang tunggal ini, hanya pokok induk dibiar tumbuh dari mula hingga peringkat berbuah (satu generasi sahaja). Anak-anak sulur yang tumbuh dibuang semuanya bermula pada 3-4 bulan selepas menanam dan diulangi membuangnya setiap 6-8 minggu sekali sehingga permulaan musim menuai. Apabila 60% keluasan kawasan telah dituai, pemangkasan menyeluruh dilakukan untuk memilih satu anak sulur sahaja pada setiap rumpun untuk dijadikan ratun dan yang selebihnya dibuang. Pemilihan pokok ratun ini adalah berdasarkan kepada

ketinggian sulur (70-100 cm) dan yang didapati tumbuh di umbisi utama. Sementara itu sistem yang sesuai bagi tanaman selingan adalah seperti dihuraikan dalam pemangkasan sulur atau dengan mengguna kaedah sistem berbatang dua. Sistem ini bermaksud pada setiap masa

serumpun pisang mempunyai dua batang pokok iaitu pokok yang akan berbuah dan anak sulur. Dalam sistem ini sulur yang dipilih adalah ketika pokok induk mula mengeluarkan bunga iaitu 8 bulan selepas ditanam bagi pisang berangan dan 6-7 bulan bagi pisang mas.

Pengurusan Air: Pokok pisang memerlukan air di antara 1500-2500 mm/tahun atau 8-12 liter sehari. Biasanya pisang tidak dibekalkan dengan pengairan tetapi
28

ia mendapat bekalan air dari simpanan dalam tanah atau dari air hujan. Pemasangan sistem pengairan untuk tanaman pisang

melibatkan kos yang tinggi. Sistem pengairan boleh dilaksanakan sekiranya permintaan pasaran pisang yang banyak dan pulangan yang boleh menguntungkan. Namun begitu tanaman pisang dikatakan tidak dapat bertahan dalam keadaan terendam yang melebihi 24 jam.

Pemangkasan Sulur: Aktiviti membuang sulur yang tidak dikehendaki dengan tujuan menjarakkan penuaian hasil dalam satu-satu rumpun serta memastikan hasil dan mutu buah tidak terjejas akibat persaingan dalam

permakanan. Pemangkasan peringkat awal dilakukan dengan memilih dan membiarkan satu pokok induk dan satu sulur, di peringkat pokok berumur 3 bulan bagi pisang emas dan 4 bulan bagi pisang berangan. Seterusnya sulur-sulur lain dipangkas secara berjadual iaitu 3-4 minggu sekali dan dipilih serta dikekalkan satu lagi sulur pada umur 8 bulan bagi pisang emas dan 9 bulan bagi pisangan berangan. Cara pemangkasan yang mudah ialah menggunakan pisau tajam untuk memotong sulur pada aras tanah.

Cantasan Pelepah: Pelepah tua dan berpenyakit perlu dicantas dengan menggunakan pisau tajam dari peringkat awal penanaman. Pelepah tersebut perlu

dikumpulkan di suatu lokasi yang ditentukan diantara barisan tanaman pisang.

29

Menyokong Pokok: Pokok yang condong perlu ditongkat dengan kayu atau buluh untuk menahan pokok pisang daripada tumbang atau patah tengkok kerana batang tidak dapat menampung buah yang berat.

Pembungkusan Tandan Pisang: Langkah awal untuk mengawal mutu buah pisang ialah dengan membungkus tandan pisang. Pembungkusan dapat mengelak gigitan serangga pada buah, geseran dengan daun atau kayu

penyokong. Juga dapat mengelak buah dari calar atau lebam semasa penuaian, pengumpulan dan seterusnya pengangkutan ke rumah pembungkusan. Sebelum pembungkusan, jantung perlu dipotong terlebih

dahulu. Tandan buah dibungkus dengan menyarung sehingga melepasi sisir utama dan diikat kemas. Pada penghujung tandan dibiarkan sarung plastik berlebihan menutupi kesemua sisir pisang. Penandaan perlu dibuat selepas pembungkusan supaya tarikh penuaian dapat ditentukan semasa penebangan.

Kutipan Hasil: Pisang akan berjantung dalam masa 7-10 bulan selepas

ditanam. Pisang Mas biasanya mengambil masa enam hingga tujuh bulan untuk berjantung dan buah boleh dikutip lapan minggu kemudian. Pisang Berangan pula berjantung anggaran sembilan bulan selepas menanam dan buah boleh dikutip dalam masa 11-12 minggu
30

kemudian. Bagi mengelakkan buah tercedera, tebang pokok pisang kira-kira 0.5 meter dari tandan buah. Potong sedikit-sedikit, sementara sebelah tangan lagi memegang tandan pisang agar buah tidak

terhempas di tanah.

PENYAKIT TANAMAN PISANG:


1. Bintik-bintik Daun atau Penyakit Sigatoka

Bintik-bintik daun atau sigatoka kuning adalah disebabkan oleh kulat Mycosphaerella musicola atau Cercospora musae (peringkat konodia) manakala Mycosphaerella fijinensis pula dikenali sebagai Sigatoka hitam. Kulat ini senang membiak di kawasan yang lembab dan mempunyai sistem saliran yang kurang baik. Keadaan taburan hujan yang tinggi juga menggalakkan pembiakan kulat ini. Serangan berlaku pada daun yang matang. Daun akan menjadi perang dan kering dan dari jauh pokok kelihatan seperti terbakar.

Serangan teruk pada peringkat pokok pisang sedang berbuah menyebabkan bilangan daun atau keluasan daun hijau yang berfungsi berkurangan seterusnya mengakibatkan saiz buah dan bilangan sisir buah berkurangan. Buah muda tidak akan masak dan buah yang matang akan masak lebih awal dan mutunya terjejas. Serangan pada peringkat pokok muda boleh mengakibatkan pokok akan mati.

31

Syor Kawalan:

- ladang hendaklah bersih dan mempunyai saliran yang sempurna. - buang sulur yang tidak dikehendaki dan daun yang diserang Sigatoka. -pembajaan dilakukan dengan secukupnya. - sembur racun kimia yang disyorkan setiap 10 hari sekali. - racun kulat yang digunakan adalah mancozeb, benomyl, tridemorph, propiconazole, maneb dan thiophnate-methyl. Sedikit campuran minyak seperti Orchex dicampurkan dalam bancuhan boleh membantu melanjutkan kekesanan racun kulat tersebut.

2. Penyakit Layu Panama

Penyakit ini disebabkan oleh kulat Fusarium oxysporium f.sp. cubense ras no. 1 yang mudah menyerang pada pisang Rastali dan Embun. Pisang Emas dan Berangan rintang terhadap penyakit ini. Kulat ini akan memasuki akar pisang melalui tebukan dan kerosakan bermula disebabkan serangan nematod atau luka pada bahagian akar. Pembiakan kulat seterusnya berlaku di dalam saluran sistem pemakanan pisang tersebut terutama di bahagian umbisi. Akibatnya saluran makanan tersumbat dan mengganggu pengaliran air dan zat makanan.

Tanda-tanda serangan pada peringkat pokok muda ialah pucuknya yang masih bergulung kelihatan layu dan mati. Bagi
32

pokok tua, pucuk juga akan kelihatan kekuningan dan disamping itu daun-daun lain kelihatan patah terkulai. Tandan buah juga menghadapi masalah yang sama dan kering. Pokok-pokok yang diserang selalunya mengeluarkan banyak anak tetapi kelihatan layu.

Syor dan Kawalan:

- kebersihan kebun hendaklah sentiasa dijaga. - gunakan sulur yang sihat dan tanam mengikut jarak yang disyorkan. - sistem saliran kebun yang baik. - setakat ini belum ada kawalan kimia yang berkesan untuk mengawal penyakit ini. - pokok yang diserang hendaklah ditebang dan dimusnahkan dengan segera.

3. Penyakit Moko Pisang Simptom/Tanda : - Tisu vaskular menjadi perang atau kehitaman - Terdapat ooze bakteria apabila batang/ rhizom pokok pisang dipotong - Buah hitam dan reput - Buah pisang masak tidak seragam.Pengurusan

bersepadu adalah penting untuk mengawal penyakit moko pisang. Langkah-langkah kawalan adalah seperti berikut:

33

Laksanakan amalan pertanian baik dan pengurusan ladang yang baik. Musnahkan segera pokok yang dijangkiti dan pokokpokok berdekatan dalam lingkungan 5 10 meter diameter. Basmi kuman semua peralatan ladang dengan larutan formaldehye 10 %. Lakukan pemantauan ladang dan pengesanan awal kejadian serangan penyakit Kuarantinkan kawasan seranganKawasan yang diserang akan dibiarkan rang (fallowing) selama 18 24 bulan untuk mengurangkan inokulum bakteria dalam tanah dan dipagarkan sekeliling kawasan serangan untuk mencegah jangkitan patogen ke kawasan /pokok yang berhampiran. Sumber : Jabatan Pertanian

PEROSAK TANAMAN PISANG:


Program kawalan penyakit dan perosak hendaklah dijalankan dari peringkat awal penanaman sehingga ke peringkat penuaian hasil. Kebersihan ladang, cantasan daun berpenyakit dan tua, pembinaan saliran dan pembungkusan tandan buah adalah aktiviti yang perlu dijalankan bagi mengurangkan kos kawalan penyakit dan perosak. Antara penyakit utama yang menyerang pisang ialah Bintik Daun Sigatoka (Mycosphaerella sp), Penyakit Layu Panama (Fusarium oxysporium) dan Penyakit Bintik Daun Cordana (Cordana musae).
34

Manakala perosak utama tanaman adalah Pengorek Umbisi Pisang (Cosmopolites sordidus germ), Kumbang Pengorek Batang Pisang (Odoiporus longgicolis, Oliv, Ulat Gulung Daun (Erionate thrax) dan ialah lalat Buah (Bactocera musae). Pengorek Umbisi Pisang

Peringkat larva mengorek di bahagian umbisi dan pangkal batang yang berhampiran dengan tanah. Ia tidak menyerang pada akar. Tisu-tisu di sekeliling lubang yang dikorek akan menjadi perang dan busuk. Serangan teruk menyebabkan daun-daun menjadi kuning dan pokok mudah tumbang. Sulur bahagian tengah terbantut. Anak pokok yang diserang akan mati jika serangannya merebak sehingga ke bahagian pucuk. Pokok yang diserang akan mengeluarkan tandan buah yang lebih kecil dari saiz biasa.

Kawalan:

Cara Kultura:

Guna sulur yang sihat sahaja sebagai bahan tanaman. Jalankan rawatan dengan cara memotong di sekeliling umbisi dan celup dalam air panas bersuhu 55oC selama 5-10 minit.

Pemasangan Perangkap

Batang pisang tua yang dipotong-potong 2-3 kaki dibelah dan


35

ditelungkupkan. Kumbang-kumbang akan bersembunyi di bawah belahan batang pisang tersebut. Pungut kumbang tersebut dan musnahkan.

Cara Kimia

Siram dengan bancuhan racun Dieidrin pada kadar 0.1% a.i. di pangkal pokok pisang yang diserang dan permukaan rhizom yang dipotong ketika membuang sulur. Celupkan sulur-sulur ke dalam larutan bancuhan racun Dieldrin dengan kadar 0.1% a.i. Kumbang Pengorek Batang Pisang

Menyerang dengan memakan tisu-tisu batang pisang dan bahagian tengah batang membentuk alur-alur panjang. Bahagian yang diserang akan berubah warna coklat dengan cepat. Daun menjadi kuning dan batang pisang mudah patah apabila ditIup angin kencang. Peringkat dewasa juga boleh melakukan kerosakan.

Syor dan Kawalan:

- buang dan musnahkan semua batang-batang yang ditebang dan sulur yang diserang - tanam sulur-sulur yang bebas dari serangan perosak ini - sembur racun serangga Dieldrin dengan kepekatan 0.1% pada pangkal batang pisang yang diserang

36

Ulat Gulung Daun

Selalu menyerang pada semua jenis pisang. Serangan teruk boleh mengakibatkan daun menjadi kering dan pokok terencat. Serangga ini bertelur sebiji-sebiji pada daun muda. Setelah menetas larvanya bersembunyi dengan cara menggulungkan daun ke arah tulang daun. Larvanya cergas pada waktu malam, keluar dari gulungan daun untuk makan daun pisang. Ia menggulungkan daun dan melekatkan dengan menggunakan bebenang putih. Di waktu siang ia bersembunyi di dalam gulungan daun. Jika gulungan daun ini terbuka, larva atau kepompong akan terdedah. Daun yang bergulung akhirnya kering dan tidak berfungsi.

Syor-syor Kawalan:

- pungut dan musnahkan larva - serangga pemangsa semulajadi atau parasit dapat memusnahkan telur serangga Lalat Buah

Menyerang buah yang masak. Larvanya akan merosakkan buah dan tidak boleh disimpan lama dan dipasarkan. Tanda-tanda buah yang telah diserang apabila masak atau berwarna kuning terdapat bintik-bintik hitam bekas tusukan ovipositor semasa lalat buah dewasa bertelur.

37

Nematoda

Menyerang pada bahagian akar pisang. Biasanyanya berlaku pada tanaman pisang generasi kedua. Kerosakan lebih lazim berlaku di tanah peroi daripada di tanah berat. Akar yang diserang kelihatan tompok-tompok hitam. berbintil-bintil dan pecah

terutama dekat bahagian umbisi dan menjadi reput. Serangan dan kerosakan pada akar boleh membawa kesan yang serupa dengan kekurangan air. Pokok yang belum berbuah bahagian tepi daun kelihatan kering manakala pokok yang berbuah serangannya mengakibatkan saiz tandan kecil, buahnya kering dan menjadi keras serta hitam semasa muda lagi. Pokok yang diserang ini mudah diserang oleh kulat Rhizoctonia solani dan Fusarium oxysporium yang akan menambahkan lagi kerosakan pada akar seterusnya pokok pisang akan mati. Kutu Trips

Apabila populasinya tinggi ia boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian kulit pisang. Kulit pisang akan berkeruping dan proses kematangan pisang terganggu. Rumpai

Kawalan rumpai dilakukan dengan cara manual (menggunakan cangkul, tajak atau mesin sandang) atau kimia. dengan menutupkan kawasan keliling pokok Sungkupan yang

pisang

menggunakan lalang, rumput kering, batang dan daun pisang

38

boleh juga mengawal rumpai.

Secara kimia rumpai dikawal

dengan racun seperti paraquat, glifosat dan glufisonat-ammonium.

Buah pisang mencapai tahap matang apabila pembesaran buah berakhir. Pisang yang mencapai peringkat matang akan masak dengan sempurna. Bagi menentukan kematangan buah, beberapa panduan digunakan seperti saiz dan rupa bentuk jejari buah, warna kulit, rupa warna benang sari yang tertinggal atau umur buah selepas pengeluaran jantung. Buah pisang yang mencapai peringkat matang mempunyai jejari yang kurang segi, berbentuk hampir bulat dan padat, dibandingkan jejari buah muda bersaiz kecil dan masih bersegi-segi. Pada hujung jejari buah matang, benang sari berwarna perang dan rapuh serta mudah tertanggal tetapi benang sari buah muda berwarna hijau. Buah matang tua berwarna hijau kecerahan berbanding dengan buah matang muda yang berwarna masih hijau pekat. Penuaian buah yang cukup matang biasa juga dihitung bilangan hari dari mula pengeluaran jantung. Penuaian pisang, juga disebut sebagai 'menebang', iaitu dilakukan dengan menakik batang pohon pada ketinggian beberapa kaki di bawah tangkai tandan. Tandan buah dipotong setelah batang pisang tadi patah dengan keadaan tandan tergantung. Bagi pisang jenis besar seperti Embun dan Cavendish, dua orang pekerja diperlukan dengan seorang daripadanya menebang pokok dan seorang lagi menyambut

buah. Apabila pokok telah ditebang, buah disambut oleh salah seorang pekerja tersebut di atas bahunya yang beralaskan span. Tangkai tandan kemudiannya dipotong.

39

ALAT MEMBUNGKUS BUAH PISANG


Alat membungkus buah pisang adalah satu teknologi yang direka khas bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja pembungkusan tandan buah pisang di ladang. Alat ini dapat meningkatkan kecekapan pembungkusan dan membolehkan pekebun melaksanakan kerja dengan mudah, cepat dan selamat serta menjimatkan tenaga, masa dan kos. Dengan penggunaan alat ini, kerja-kerja pembungkusan buah pisang dapat dilakukan oleh seorang pekebun sahaja. Pekebun tidak

memerlukan tangga, bangku, kotak kayu atau tong besi untuk mencapai tandan pisang yang tinggi. Cara lama didapati merumitkan, mengambil masa, cerewet malah merbahaya kepada pekebun. Alat ini terdiri daripada 3 bahagian, iaitu rangka, galah dan rak.

ALAT KHAS PENGGALI ANAK PISANG


Alat ini merupakan 'penggali mata leper' yang dibuat sedikit pengubahsuaian dengan menambahkan alat pemijak bebas (boleh berpusing) ke atasnya mengikut kehendak pengguna. Cara Penggunaan: Pilih anak pisang yang hendak digali dan sesuaikan alat

pemijaknya. Tekan dengan sebelah kaki pada alat pemijak sehingga mata penggali masuk ke dalam tanah dan memotong umbisi pisang. Cungkil keluar anak pisang yang telah terpotong itu dengan cara menolak batang penggali ke kiri atau ke kanan.

40

RUMUSAN
Kajian yang dijalankan selama kira-kira 2 bulan ini memberikan saya pelbagai pengalaman baru dan menarik.Tugasan ini menggerakkan saya untuk mempelajari tentang tatacara bagi mendapatkan bahan untuk keperluan kerja kursus ini.Melalui kajian ini ,saya menyedari bahawa kita haruslah berbangga sebagai rakyat Malaysia dan berasa bersyukur kerana hidup dalam sebuah negara yang aman dan damai seperti Malaysia. Melalui pemerhatian secara tidak langsung,salah satu faktor yang membawa kepada kemajuan pesat ekonomi negara kita dalam pelbagai bidang adalah natijah daripada kepimpinan Negara yang mengambil berat terhadap nasib dan masa depan bidang pertanian di Negara ini.Di pihak pengurusan kejayaan beliau ialah hasil daripada komitmen yang jitu terhadap bidang tugasnya selama ini. Kesimpulannya kajian kerja kursus ini telah menyedarkan saya tentang pentingnya sifatbertanggungjawab,tabah,cekal dan prihatin.Pada masa yang sama,saya sedar bahawa banyak perkara sebenarnya mampu di sumbangkan oleh golongan petani kepada pendapatan dan kemajuan Negara.

41

TUGASAN 2

42

TUGASAN 2 (ELEMEN 3) SOALAN : KEGIATAN EKONOMI TRADISIONAL PENTING DALAM MEMPERKUKUHKAN SEMANGAT NASIONALISME BANGSA MALAYSIA. BERIKAN PENDAPAT ANDA.

Golongan masyarakat yang menjalankan kegiatan ekonomi tradisional ini sebenarnya merupakan golongan yang mempunyai semangat jati diri yang tinggi. Mereka mempunyai semangat berdikari yang tinggi. Mereka sentiasa berusaha memajukan diri, bangsa dan negara tanpa

mengharapkan bantuan daripada mana-mana pihak. Sumbangan mereka amat bererti kepada kemajuan ekonomi negara yang secara tidak langsung meningkatkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat yang berbilang bangsa. Bagi meningkatkan hasil mereka kerajaan sentiasa memberi bantuan dan sokongan bagi meningkatkan taraf hidup mereka. Dalam menjalankan kegiatan ekonomi tradisional, kita akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan seperti kesukaran mendapat bahan, kekurangan tenaga kerja, dan modal. Oleh itu,kita perlu tabah menghadapi cabaran tersebut. Kegiatan ekonomi tradisional sememangnya dapat memperkukuhkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Melalui kegiatan tersebut pihak yang terlibat telah menunjukkan nilai rajin dan gigih. Hal ini kerana mereka perlu melakukan pelbagai aktiviti sebelum mendapatkan hasil. Sebagai contoh dalam kegiatan

penanaman padi, petani-petani perlu menyemai benih, membaja, membajak, meracun, mengairi sawah sehingga hasil dapat dinikmati. Di sini juga semangat kerjasama dan bermuafakat dapat dihidupkan. Nilai bersatu padu dan berharmoni ditonjolkan oleh para petani sewaktu
43

proses penanaman pisang. Sikap kerjasama dan tolong- menolong ini haruslah menjadi ikutan para generasi muda sekarang. Amalan ini akan dapat memupuk semangat nasionalisme yang tinggi bagi menjamin kedaulatan Negara. Masyarakat Malaysia kaya dengan sifat-sifat terpuji. Mereka hidup saling bekerjasama antara satu sama lain dalam melaksanakan aktiviti harian. Kesempurnaan kerja diperoleh apabila mereka sentiasa bersefahaman dan bermuafakat menjayakan sesuatu kerja. Kita perlu bersyukur sebagai warganegara kerana negara kita aman dan makmur .Keadaan ini membolehkan kita menjalankan kegiatan ekonomi dengan baik tanpa ada perasaan takut dan bimbang . Seterusnya dapat menjana pendapatan masyarakat, bangsa dan Negara. (271 patah Perkataan)

44

Rujukan 1. Institiut Penyelidikan Industri kecil , Kementerian Perusahaan Utama Malaysia, 1992. 2. Chung C.W.(2000). Penanaman Pisang Dengan Sistem Tanaman Berbatang Tunggal. Seminar Teknologi Buah-buahan, Jabatan Pertanian Negeri Perak. 3. Hanapiah bin Hj. Omar (1994). Pengurusan Berkualiti Projek Tanaman Pisang Berangan :Tisu Didik, Ulu Yam, Selangor. 4. MARDI (1990). Panduan Penanaman Pisang Mas, Kuala Lumpur. 5. Zainal Abidin Wan Chik.(1976).Tanaman Pisang,Jabatan

Pertanian, Semenanjung Malaysia. 6. http://www.moe.gov.my/bpk/modul_pnp/ictic/beralun/penanaman1. htm 7. http://www.lcsb.com.my/index.php?option=com_content&view=arti cle&id=63&Itemid=79 8. http://www.scribd.com/doc/132189154/Nilai-berdikari 9. http://www.pertanianperak.gov.my/jpp/index.php?option=com_conten t&view=article&id=434:panduan-menanam-pisang

45

You might also like